Kelab Greenboc |
- Bagaimana Taib Mahmud Merompak Kekayaan Bumi Sarawak
- Siapa Belasah Wang Pos Malaysia Sampai Kerugian?
- PKFZ: Apa Muslihat Kerajaan Teruskan Bayaran RM700 juta Kepada Pemegang Bon?
- UMNO BN Pengkhianat Negara
- Hutang FELDA Melambak Setelah Najib Pegang Kuasa
- ADUN PKR Bongkar Umno Kota Raja Ambil Tanah
- Kes ADUN Pel Kelang: Isterinya Dakwa Badrul Kawan Perempuan Jahat
- SPR dan Umno Hasut Bumiputera Benci Kaum Lain
| Bagaimana Taib Mahmud Merompak Kekayaan Bumi Sarawak Posted: 29 Jun 2010 11:57 PM PDT Tiga Rakyat Sarawak Ke SPRM, Lapor Salah Guna Kuasa RM3 BilionTiga rakyat Sarawak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa oleh ketua menterinya Tan Sri Taib Mahmud. Tiga pengadu itu - John Brian Anthony, Ting Cek Ming dan Kung Chin Chin menggesa suruhanjaya itu menyiasat 'empayar' perniagaan Taib dan keluarganya yang didakwa bernilai 'lebih RM3 bilion' berdasarkan apa yang dilaporkan di blog sarawakreport.org. Aduan dibuat kepada pegawai kanan SPRM, Ranjit Singh. Ini adalah aduan kedua yang dibuat berhubung perkara yang sama. Aduan pertama dibuat kepada SPRM di Kuching, semalam oleh Ahmad Nazib Johari. Menurut seorang daripada pengadu itu, Ting Chek Ming, proses membuat aduan berjalan lancar berbanding minggu lalu apabila beliau bersama Ahmad Nazib dan James Wong cuba mengemukakan aduan mereka. "Kali ini, kami datang dengan salinan laporan yang ditaip dan pegawai SPRM menandatangani mengesahkan penerimaan aduan berkenaan di salinan kami bagi memastikan tiada perubahaan dibuat terhadap aduan itu," katanya. Minggu lalu, Ting, Wong dan Ahmad Nazib terpaksa menarik balik laporan mereka kerana mendakwa pihak SPRM di Shah Alam enggan memberikan salinan aduan yang ditulis dengan tangan. Hadir bersama menemani ketiga-tiga mereka membuat aduan hari ini adalah pemimpin wanita PKR, Rozaini Mohd Rosli bagi menzahirkan sokongan Pakatan Rakyat berhubung isu berkenaan. Ketiga-tiga pengadu berkenaan dinasihatkan bahawa mereka mungkin akan dipanggil kemudian bagi memberikan kenyataan terhadap apa yang diistilahkan oleh suruhanjaya itu sebagai 'kes besar'. "Kami diberi jaminan yang SPRM akan menyiasat kes itu dan dinasihatkan menulis kepada Pengarah Siasatan bagi mendapatkan perkembangannya," kata Ting. Sarawakreport.org mendakwa Taib dan keluarganya mempunyai empayar perniagaan antarabangsa, termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang disangsikan. Blog, yang dikendalikan oleh "rakyat prihatin' itu juga mempersoalkan pembabitan keluarga Taib dalam konglomerate terbesar negeri itu - Cahaya Mata Sarawak. Ia juga mendakwa 85 peratus saham CMS dimiliki oleh Taib dan keluarganya serta rakan-rakan karib mereka ketika syarikat berkaitan kerajaan itu diswastakan yang menimbulkan dakwaan salah guna kuasa. -TVS
|
| Siapa Belasah Wang Pos Malaysia Sampai Kerugian? Posted: 29 Jun 2010 09:02 PM PDT KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil bekas Pengerusi Pos Malaysia Tan Sri Adam Kadir hari ini bagi menjelaskan mengenai tuduhannya sebelum ini mengenai kerugian Pos Malaysia. Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata pihaknya akan mendengar penjelasan daripada Adam berhubung beberapa kenyataannya sebelum ini dalam media. "Kita juga akan panggil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pos Malaysia. Kita nak tahu apa masalah yang sebenarnya seperti yang dilaporkan dalam media dan blog sebelum ini," katanya kepada pemberita di Parlimen di sini hari ini. Azmi juga berkata pihaknya sejak pagi tadi sudah pun mendengar penjelasan daripada Ketua Pegawai Operasi (COO) Khazanah Nasional Berhad Datuk Mohammad Zainal Shaari dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Syed Faisal Albar mengenai kerugian sayrikat berkaitan kerajaan (GLC) itu. "Kita akan mendengar penjelasan semua pihak dahulu, baru boleh buat kesimpulan mengenai tindakan PAC yang seterusnya," katanya. Pos Adam yang juga Presiden Pertubuhan Bekas Wakil Rakyat Umno (Pakku), sebelum ini mendakwa Khazanah cuba menyembunyikan gambaran sebenar kerugian sebanyak RM546 juta yang ditanggung Pos Malaysia. Khazanah bagaimanapun menyangkal tuduhan bekas Yang DiPertua Dewan Negara itu. Sementara itu, Azmi turut mengesahkan pihaknya akan mendengar penjelasan daripada Sime Darby Ogos depan. "Sime Darby meminta untuk menangguhkan perjumpaan dengan PAC kerana buat masa ini mereka sedang menjalankan siasatan forensik dalaman sendiri. Jadi kita tak mahu campur tangan dan merumitkan keadaan," katanya. Kumpulan Sime Darby Berhad sebelum ini juga dilaporkan mengalami kerugian operasi sejumlah RM1.019 bilion dari operasi bahagian tenaga dan utiliti bagi tempoh kewangan sembilan bulan pertama yang berakhir 31 Mac lalu. -FMT |
| PKFZ: Apa Muslihat Kerajaan Teruskan Bayaran RM700 juta Kepada Pemegang Bon? Posted: 29 Jun 2010 06:08 PM PDT PR Desak Kerajaan Jangan Bayar Pemegang Bon PKFZ Sehingga Kes SelesaiPakatan Rakyat mendesak Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) supaya tidak membayar 723 juta ringgit kepada pemegang bon Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Ini kerana syarikat milik Ahli Parlimen BN yang menjadi pemaju zon itu menggunakan bon mencecah RM4.6 bilion untuk membiayai pembinaan PKFZ, lantas PKA tidak berhutang apa-apa kepada pemegang bon. Ahli Parlimen Tony Pua berkata kerajaan dan PKA bertanggungjawab untuk memastikan tiada lagi wang rakyat diseleweng atau dibazirkan untuk memperkayakan KDSB atau pemegang bon PKFZ. Timbalan Menteri Pengangkutan Abdul Rahim Bakri di Dewan Rakyat hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan membayar RM723 juta kepada pemegang bon PKFZ. Abdul Rahim mendakwa kerajaan perlu melangsaikan hutangnya kepada pemegang-pemegang bon berkenaan, walaupun syarikat pemaju PKFZ, Kuala Dimensi Sdn Bhd didakwa di mahkamah kerana membuat tuntutan melampaui-batas. Lembaga Hasil Dalam Negeri juga dilaporkan menuntut Lembaga Pelabuhan Klang membayar RM328.4 juta cukai tertunggak yang dihutangi KDSB. KDSB adalah syarikat milik Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing. Pemaju PKFZ ini dan firma perunding BTA Architect disaman RM1.64 bilion oleh PKA kerana membuat tuntutan melebihi nilai sebenar, menyebabkan PKFZ dan PKA menanggung kerugian besar. Sekiranya PKA terpaksa membayar pemegang bon dan Lembaga Hasil Dalam Negeri, maka syarikat milik kerajaan itu terpaksa mengeluarkan belanja RM1.05 bilion. "Sekiranya ini berlaku, maka ini adalah penipuan terhebat abad ini, apabila LHDN berjaya mengutip cukai tertunggak, dan pemegang bon mendapat semula pelaburan mereka beserta faedah, manakala KDSB tidak lagi perlu membayar hutang mereka kepada LHDN walau satu sen pun," tegas Tony. Tony Pua mengesyaki pembayaran itu akan menyelamatkan Tiong King Sing dari disaman Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pemegang-pemegang bon PKFZ. Tony mencadangkan kerajaan menangguhkan pembayaran kepada KDSB sehingga kes PKFZ di mahkamah selesai. "Beban berbilion ringgit ini akan dipikul oleh rakyat yang terpaksa membayar untuk kerja-kerja jahat Barisan Nasional. KDSB akan diperkaya dan pemegang saham manakala mereka yang mungkin juga bertanggungjawab untuk salahlaku pecah amanah seperti bekas Menteri Pengangkutan Chan Kong Choy bebas berkeliaran," tegas Tony. Ulasan GB Tiada lain selain dari kekhuatiran BN akan kalah teruk di dalam pilihanraya jika pemegang bon bertindak balas. |
| Posted: 29 Jun 2010 08:42 AM PDT Pemimpin Umno-BN Jadi Agen Serah Kedaulatan NegaraAhli Parlimen Umno-Barisan Nasional didakwa menjadi agen negara Brunei dan Singapura apabila bertindak menyokong dalam isu menyerahkan kedaulatan di kawasan tuntutan bertindih di sempadan negara. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media di lobi parlimen petang tadi berkata beliau kecewa dengan sikap pemimpin Umno-BN yang menyokong tindakan kerajaan yang menyerahkan kedaulatan negara dalam isu Blok L dan M, tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad di Tanjong Pagar serta isu Pulau Batu Putih yang juga telah diserahkan kepada kerajaan Singapura. "Kerajaan Umno-BN tidak serius dalam isu mempertahankan kedaulatan negara. Jelas dalam isu Blok L dan M serta tanah KTMB, kerajaan Umno-BN nampaknya tidak mempunyai ketegasan. "Nampaknya negara kita dalam bahaya apabila pemimpin Umno-BN menjadi agen kepada negara Brunei dan Singapura kerana menyokong tindakan kerajaan itu," katanya. Mahfuz turut mempersoalkan apabila kerajaan Umno-BN berbangga dapat mempertahankan batuan tengah di dalam perebutan Batu Putih yang hasilnya untuk nelayan menangkap ikan tetapi dalam masa yang sama kita tidak dapat mempertahankan Blok L dan M yang memberikan keuntungan lumayan kepada negara, begitu juga dalam isu tanah KTMB di Tanjung Pagar yang dipajak oleh kerajaan selama 999 tahun di wilayah Singapura. Tambahnya, Dalam isu tanah di Tanjung Pagar, kerajaan juga tidak terhalang dalam membangunkan tanah tersebut tetapi apabila kerajaan membuat perjanjian 60:40 dengan kerajaan singapura, tanah tersebut katanya lagi bukan menjadi hak kerajaan Malaysia tetapi menjadi hak Singapura. Manakala Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof pula berkata Pakatan Rakyat kesal dengan dasar luar kerajaan yang hanya mementingkan ekonomi sekelompok pemimpin Umno-BN. "Isu blok L dan M bukan isu ekonomi semata-mata tetapi adalah berkenaan keselamatan negara kerana apabila Ahli Parlimen Kota Belud bangun mempertahankan atas dasar keuntungan yang sanggup menggadaikan maruah negara contohnya dalam isu lesen judi. "Dalam isu pertindihan di sempadan kita mempunyai hak kedaulatan di mana kita lihat pendekatan yang berbeza dalam isu pertindihan dengan Thailand yang diselesaikan mantan Menteri Luar Negara, Allahyarham Tan Sri Ghazali Shafie dengan mengadakan perbincangan sehingga membentuk satu 'Joint Authority' yang memberikan keuntungan di samping menjaga maruah negara. "Kerajaan Umno-BN nampaknya mengamalkan sikap dan dasar yang salah dengan menyerahkan kedaulatan negara yang merugikan negara," ujarnya lagi. Yusmadi juga membidas sikap pemimpin Umno-BN yang hanya mementingkan keuntungan negara yang menyebabkan banyak lagi kawasan bertindih negara akan tergadai. Pakatan Rakyat dalam pada itu kata beliau menyanggah jawapan Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Richard Riot Jaem yang tidak konkrit semasa membentangkan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 yang menurutnya telah menyebabkan kedaulatan negara tergadai. -TVS Ulasan GB |
| Hutang FELDA Melambak Setelah Najib Pegang Kuasa Posted: 29 Jun 2010 06:41 AM PDT FELDA Global Venture Holdings menggunakan tunai simpanan (cash reserves) dan berhutang secara besar-besaran, untuk menjalankan merger dan akuisisi di luar negeri. Lebih-lebih lagi, pembelian perusahaan-perusahaan ini dijalankan dalam keadaan tidak bersedia, tanpa penelitian dan penyemakan peneroka FELDA tentang bagaimana dana ini digunakan, dan maklumat terperinci berhubung pelaburan ini.Demikianlah perubahan yang membimbangkan dalam FELDA, setelah Najib Razak menyandang jawatan Perdana Menteri, menurut sumber dalaman FELDA. Beliau memberitahu MerdekaReview, FELDA memperlihatkan perkembangan yang membimbangkan, setelah Najib Razak menguasai FELDA sepenuhnya, terutamanya apabila FELDA Global Venture Holdings ditubuhkan pada tahun 2007. "Sebelum Najib masuk, kami (FELDA) tidak pernah bertindak sebegitu pantas dalam pembelian perusahaan (merger dan akuisisi). Setelah beliau masuk, terutamanya selepas penubuhan FELDA Global Venture Holdings, pembelian perusahaan di luar negeri dijalankan dengan begitu giat sekali," kata sumber maklumat. Malah, beliau menambah, keputusan pembelian perusahaan atau pelaburan ini bukannya hasil perbincangan dalam FELDA, tetapi arahan politik. Lebih-lebih lagi, dalam kebanyakan masa, hanya beberapa orang dari pihak atasan yang mengetahui maklumat terperincinya. Beliau menambah, Najib menjalin hubungan yang erat dengan FELDA sejak beliau menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Kekerapan Najib muncul dalam mesyuarat FELDA bertambah dari purata dua bulan sekali, sehingga sebulan sekali sekarang, bahkan kadang-kala, dua minggu sekali. Apa yang menarik, Najib telah mengalihkan FELDA ke bawah Jabatan Perdana Menteri setelah beliau dilantik sebagai TPM pada tahun 2004. FELDA diletakkan secara langsung di bawah bidang kuasa dirinya. Strategi radikal dalam pembelian perusahaan Sumber maklumat ini meluahkan keresahan pihak dalaman FELDA, "Kami menganggap projek merger dan akuisisi (yang dijalankan FELDA Global Venture Holdings) tidak harus dilakukan dengan tergesa-gesa, sekurang-kurangnya nilailah dahulu hasil projek pembelian perusahaan sebelum terus kepada projek yang selanjutnya... Bukannya asyik beli sahaja." Lebih penting, pembelian ini dijalankan tanpa persediaan yang mencukupi dalam FELDA sendiri, iaitu tidak mengambil kira sama ada mereka mampu untuk menanganinya. Misalnya, FELDA Global Venture Holdings mengambil alih kilang pemprosesan minyak kelapa sawit di luar negeri, yang mana perusahaan utamanya adalah penghasilan produk yang mempunyai nilai tambahan, sementara bahan mentahnya (iaitu kelapa sawit) dibekalkan melalui projek peneroka FELDA. Pada hakikatnya, FELDA sendiri belum bersedia untuk memenuhi keperluan kilang pemprosesan yang semakin bertambah. Pelaburan di luar negeri FELDA Global Venture Holdings ditubuhkan pada Disember 2007, tetapi hanya diumumkan struktur organisasinya pada Julai tahun lalu. Tiga buah anak negeri di bawah FELDA Global Venture Holdings termasuklan Felda Global Ventures North Amerika Sdn. Bhd, Felda Global Ventures Indonesia Sdn. Bhd dan Felda Global Ventures Middle East Sdn. Bhd. Setakat ini, pelaburan di luar negeri oleh FELDA Global Venture Holdings yang diumumkan termasuklah pembelian Syarikat Twin River Technologies di Amerika Syarikat. Selain itu, FELDA Global Venture Holdings turut mencari peluang pelaburan dalam bidang perladangan di Indonesia; di samping terlibat dalam pelaburan di Timur Tengah. Sebagaimana yang diketahui, apa yang diumumkan ini hanyalah sebahagian daripada pelaburannya. Pada hakikatnya, syarikat ini telah menerokai pelaburan di Brazil, India dan Amerika Syarikat. Tetapi, pelaburan ini masih dalam keadaan menanggung kerugian. Selain itu, FELDA telah menggunakan tunai simpanan (cash reserves) dan berhutang untuk menanggung pembelian perusahaan di luar negeri ini. Lantaran daripada itu, tunai simpanan FELDA menunjukkan pola pengurangan, malah menanggung hutang yang besar. "Pada awalnya, ketika FELDA mempunyai banyak tunai simpanan, sesetengah elit menuduh bahawa wang ini tidak dikendalikan dengan baik, dan seharusnya digunakan untuk melabur. Namun, pelaburan seharusnya mempunyai perancangan jangka panjang, bukannya melabur secara tergesa-gesa. Kini, tunai simpanan yang tinggal tidak seberapa, kerana telah digunakan untuk merger dan akuisisi." Sumber maklumat ini berkata, "Saya bersetuju dengan Tan Kee Kwong (bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi), bahawa FELDA pada asalnya tidak berhutang, tetapi terlebih berhutang pada masa sekarang." Baru-baru ini, kerajaan Najib mengakui bahawa tunai simpanan FELDA telah berkurang dari RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009, dengan pengurangan pada kadar 67%. Selain itu, Tan Kee Kwong pernah mendedahkan bahawa FELDA memiliki aset bernilai RM7 bilion, dan tunai simpanan sejumlah RM4.5 bilion, malah tidak berhutang, sebelum Najib mengambil alih FELDA. Sebelum ini, media melaporkan bahawa FELDA sedang merancang untuk menerbitkan bon yang bernilai RM6 bilion, sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula FELDA. Angka ini sama dengan pengumuman FELDA Global Venture Holdings bahawa mereka merancang untuk melaburkan lebih RM6 bilion untuk memperluaskan perusahaannya. Pembangkang mengkritik bahawa Najib dan Mohd Bakke Salleh yang bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, harus bertanggungjawab terhadap pengurangan tunai simpanan secara mendadak dalam FELDA. Sumber dalaman FELDA mengesahkan bahawa setelah FELDA melantik Mohd Bakke Salleh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FELDA Global Venture Holdings pada tahun 2008, merger dan akuisisi mula dijalankan dengan giat di luar negeri. Peneroka FELDA diketepikan Di samping itu, sumber maklumat ini menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju bahawa peneroka FELDA diketepikan ketika keputusan pelaburan ini dilakukan. "FELDA memegang 100% saham FELDA Global Venture Holdings, tetapi peneroka FELDA tidak boleh turut serta, dan tiada hak untuk mengetahui dan mengundi dalam FELDA Global Venture Holdings. Jangan lupa, kilang pemprosesan kepala sawit yang dibeli FELDA Global Venture Holdings itu, kelapa sawitnya dibekalkan peneroka FELDA. Daripada 800 ribu hektar ladang yang dimiliki FELDA, 50% daripadanya dimiliki peneroka FELDA. Tindakan ini (mengetepikan peneroka FELDA) telah merampas hak yang seharusnya dimiliki mereka," katanya. Menurut laporan media, kerajaan hanya memindahkan 49% saham FELDA yang dimiliki kerajaan ke FELDA Global Venture Holdings ketika ia ditubuhkan, sementara 51% saham yang dimiliki peneroka FELDA terus dikekalkan dalam FELDA. Peneroka FELDA memegang 51% saham melalui Koperasi Permodalan Felda, yang terdiri daripada 110 ribu orang peneroka FELDA dan 22 ribu orang pekerja. Dengan kata lain, walaupun FELDA menguasai 100% saham FELDA Global Venture Holdings, namun peneroka FELDA yang merupakan pemegang saham besar (51%) telah diketepikan dalam proses membuat keputusan dalam FELDA Global Venture Holdings. Menurut laporan The Malaysian Insider semalam, National Association of Felda Settlers' Children telah menggesa agar Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sama ada dana FELDA telah disalahgunakan. Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, seandainya Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan enggan memberi penjelasan berikutan pengurangan tunai simpanan FELDA, maka pihaknya bersedia untuk membuat laporan kepada SPRM dan balai polis di setiap negeri pada bulan depan. Minggu lalu, Ahmad Maslan menafikan bahawa pengurangan tunai simpanan FELDA disebabkan salah urus, malah menafikan bahawa wang ini disalahgunakan. -MR *Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal. |
| ADUN PKR Bongkar Umno Kota Raja Ambil Tanah Posted: 29 Jun 2010 05:31 AM PDT Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Mat Suhaimi Shafie, bakal membongkarkan penglibatan beberapa individu dalam Umno Bahagian Kota Raja yang didakwa mengambil tanah di sekitar Kota Kemuning, Taman Sri Muda dan Jalan Kebun di Klang.Antara individu terbabit termasuklah Ketua Wanita Umno bahagian Kota Raja Nahar Ahmad dan Ketua Puteri Suhaila Mat Zin. "Saya ada maklumat lengkap mengenai hal ini. Saya akan bongkarkan penglibatan Ketua Wanita dan Ketua Puteri Umno yang terbabit dalam kes pengambilan tanah ini," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini. Namun ketika ditanya mengenai bila pembongkaran itu akan dibuat beliau berkata "Saya tunggu masa yang sesuai dan akan bongkarkan secara berperingkat-peringkat," katanya. Menurutnya lagi selain dua individu berkenaan, pegawai kerajaan dan para penyokong Umno didakwa turut terlibat dalam pengambilan tanah itu. Sementara itu, Suhaimi berkata tindakan Umno Bahagian Kota Raja yang membakar akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Suara Keadilan kelmarin sebagai mencari publisiti murahan. Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai menutup kelemahan Umno bahagian terbabit, yang kini malap dengan menuduhnya dan ADUN Kota Raja Dr Mariah Mahmud tidak membawa sebarang pembangunan di kawasan berkenaan. Biadap dan kurang ajar "Mereka bersikap biadap dan kurang ajar. Malah tindakan mereka seperti kebudak-budakan….ternyata mereka melakukan tindakan sedemikian hanya untuk mencari publisiti murahan. "Ada sesiapa kenal Ketua Umno Bahagian Kota Raja? Umno Kota Raja langsung tidak bergerak malah mereka pernah ditegur oleh Ketua Penerangan Umno. Mereka nak tutup kelemahan dengan buat tindakan membakar Suara Keadilan dan menuduh saya dan Dr Mariah dengan tidak melakukan sebarang pembangunan selama kami menjadi wakil rakyat," katanya. Sebaliknya beliau mempersoalkan tiada sebarang pembangunan dibawa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sepanjang empat tahun lalu. "Saya tanya mereka balik, apa yang ADUN BN dulu buat? Empat tahun duduk tiada buat apa-apa. Zaman saya baru ada pasar, masjid, balai polis, pusat perniagaan untuk kami bangunkan," katanya. Dalam pada itu, beliau turut menafikan akan menyaman Umno Bahagian Kota Raja seperti dinyatakan dalam blog Pisau.Net. Malah satu sidang media yang dijadualkan tengah hari tadi seperti laporan laman blog itu juga ternyata palsu. "Saya tidak mengadakan sebarang sidang media tengah hari tadi dan saya menafikan untuk menyaman Umno Bahagian Kota Raja terbabit. Laporan dalam laman blog itu ternyata palsu," katanya. Ulasan GB Tahniah YB. Begitulah hendaknya semua ADUN dan MP Pakatan Rakyat. Tangkas dan pantas menjawab serangan musuh. Jangan jadi seperti beberapa kerat Yang Berhormat yang lesu. Rakyat kini membuka mata mereka seluas-luasnya terhadap setiap gerak geri YB terutama Pakatan Rakyat. Mereka meletakkan harapan yang tinggi kepada PR untuk menerajui negara selepas ini. |
| Kes ADUN Pel Kelang: Isterinya Dakwa Badrul Kawan Perempuan Jahat Posted: 29 Jun 2010 02:47 AM PDT Isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah mendakwa suaminya berkawan dengan perempuan jahat sehingga menyebabkan rumah tangga mereka yang dibina selama 17 tahun sering dilanda masalah.Ramizah Mazlan, 39, juga mendakwa, suaminya turut menjalin hubungan dengan seorang wanita berusia 23 tahun semenjak Februari 2008, iaitu selepas dilantik menjadi ADUN. "Saya pernah menjumpai beberapa gambar. Saya juga pernah terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon yang ada menggunakan perkataan sayang dan rindu,' katanya menerusi afidavit keterangan yang diikrarkannya. Afidavit keterangan itu dikemukakan pada perbicaraan permohonan cerai secara fasakh oleh Ramizah selaku plaintif terhadap Badrul Hisham, 50, (defendan) di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini. Permohonan cerai secara fasakh difailkan mengikut Seksyen 53, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Selain itu, Ramizah yang mengangkat sumpah pada pukul 10.40 pagi juga mendakwa, Badrul Hisham telah berhubung semula dengan bekas tunangnya (yang dikenali sejak 25 tahun dahulu) pada tahun 2006. Bagi menyelesaikan isu tersebut, Ramizah yang merupakan seorang suri rumah telah mengadakan perbincangan bersama bekas tunang defendan rumah ibunya yang terletak di Kampung Jawa, di sini. Ramizah yang berkahwin dengan Badrul Hisham pada 31 Julai 1993 juga mendakwa, ibu mentuanya menyokong tindakan defendan berkawan dengan wanita-wanita tersebut sehingga menyebabkan dia tidak mempunyai tempat untuk mengadu. Dia juga mendakwa telah tinggal berasingan dengan defendan sejak 4 Januari lalu selepas berlaku pergaduhan besar kerana mempersoalkan perbuatan defendan yang tidak pulang ke rumah selama empat hari bermula 29 Disember 2009. "Saya mendapat tahu bahawa dalam tempoh tersebut defendan telah pergi ke Thailand," tambahnya. Prosiding yang didengar di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh berlangsung tanpa kehadiran Badrul Hisham, seorang Adun bebas yang menyokong Barisan Nasional selepas keluar daripada Parti Keadilan Rakyat pada 29 Oktober tahun lalu. Pasangan itu mempunyai lima orang anak iaitu Dzarul Ashroff,16, Dzety Ashikin, 14, Dzureen Arysha, 10, Dzaleen Aryffa,9 dan Dzarif Ashakimi, 4 tahun. Selain itu, Ramizah yang pernah bekerja sebagai penjaga stor juga mendakwa, defendan telah bertindak menyakiti dan menjadikan kehidupannya menderita oleh perbuatan defendan. "Akibatnya saya mengalami tekanan perasaan yang teruk dan serius sehingga saya sering termenung dan bermurung," tambahnya. Dalam permohonan untuk membubarkan perkahwinan itu juga, Ramizah mendakwa suaminya cuai dalam menyediakan nafkah zahir sejak awal perkahwinan dan keadaan bertambah buruk selepas defendan tidak bekerja. Menurutnya, defendan yang bekerja di bahagian katering Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) berhenti kerja selepas sembilan bulan berkahwin dan menganggur selama dua tahun sebelum kembali bekerja sebagai pegawai operasi di Syarikat Penerbangan Transmile. "Selepas defendan dilantik menjadi Adun dan perlu menghadiri majlis tertentu yang memerlukan saya hadir bersama, defendan akan menyediakan pakaian rasmi untuk saya. Bagaimanapun, pada kebanyakkan masa, defendan tidak pernah mengambil peduli," katanya. Sementara itu, Abdul Malik menetapkan 28 September ini sebagai tarikh sambung bicara bagi membolehkan saksi disoal balas oleh peguam defendan, Mohd Junid Ramali. Semasa disoal berhubung ketidakhadiran defendan, Mohd Junid memberitahu, anak guamnya menghadiri mesyuarat di kawasannya. -MSTAR |
| SPR dan Umno Hasut Bumiputera Benci Kaum Lain Posted: 29 Jun 2010 01:42 AM PDT Kenyataan yang disiarkan akhbar Berita Harian hari ini jelas menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Umno menyentuh isu perkauman untuk menarik perhatian kaum Bumiputera mendaftar sebagai pengundi dengan mendakwa kononnya pendaftaran pengundi bukan Bumiputra meningkat menjadi 40 peratus sekarang.Ahli Parlimen DAP-Rasah Anthony Lok Siew Fook menyatakan kenyataan SPR tersebut jelas dilihat berkomplot bersama Umno untuk mewujudkan kebencian belia Melayu kepada kaum lain agar mengembalikan 10 peratus yang kononnya telah dirampas. "Fakta pengundi bukan Melayu yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian adalah tidak benar dan hanya propaganda untuk menghasut golongan Bumiputera membenci kaum lain. "Sebenarnya pengundi Bumiputera adalah 70 peratus dan pengundi bukan Bumiputera hanyalah 30 peratus, bukan seperti yang dinyatakan iaitu pengundi bukan Bumiputra meningkat menjadi 40 peratus," katanya di lobi Parlimen hari ini. Menurutnya, dengan kenyataan sedemikian, golongan Bumiputra akan merasa tercabar sekaligus mendaftarkan diri menjadi pengundi dengan segera agar kaum lain tidak menguasai peratus pengundian di negara ini. Tambah beliau, SPR sepatutnya memberi kenyatan tepat dan bukannya mewujudkan satu reaksi buruk kepada golongan belia untuk mula berdaftar. Kenyataan bersifat rasis Ahli Parlimen Pokok Sena Dato' Mahfuz Omar berkata, kenyataan SPR dan Umno mempunyai agenda politik untuk menakutkan masyarakat Melayu yang belum berdaftar dan menyatakan seolah-olah kaum Cina di negara ini adalah satu ancaman untuk menguasai pengundian kelak. "Kenyataan dalam akhbar tersebut adalah satu kenyataan yang bersifat rasis untuk merosakkan hubungan kaum dinegara ini. Sepatutnya SPR dan Umno harus menyalahkan diri mereka sendiri berikutan kekurangan pendaftar Bumiputera kerana membenci mereka. "Kerajaan Umno dan SPR seharusnya lebih bersedia untuk meminda perlembagaan atau peraturan pilihan raya melibatkan pendaftaraan automatik jika umur sudah mencapai 21 tahun, agar tidak timbul persoalan ini lagi," katanya. -FMT Ulasan GB GB melihat kenyataan SPR itu dari perpektif berbeza. Jika Antony menyatakan, SPR dan Umno menghasut Bumiputera untuk membenci kaum lain, saya melihat kenyataan SPR itu sebagai satu "camouflage" berkemungkinan untuk satu usaha terrancang bagi menambahkan bilangan pengundi UMNO ke dalam daftar pemilih kawasan di mana bukan Melayu lebih ramai. Hubaya-hubaya. |
| You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.