keAZAManMalaysia |
| Khairy Jamaluddin Dipukul oleh Ahli-ahli PERKASA Posted: 29 Jun 2010 04:48 AM PDT Berita Harian keluaran hari ini menyiarkan;(ringkasan) KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seorang pemimpin muda yang `caca-marba dan dianggap perosak parti selain memalukan bangsa Melayu. Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berkata, rakyat dapat menilai sendiri siapa sebenarnya pejuang dan siapa sebenarnya petualang. KJ (Khairy) adalah seorang pemimpin yang syok sendiri, naik dan kaya kerana bertenggek dan diramal mempunyai masa depan yang muram.... orang macam ini merosakkan parti sendiri, memalukan bangsa sendiri, malah tidak malu pada diri sendiri, katanya mengulas tindakan Khairy menarik balik perkataan `jaguh kampung yang diberi kepada Ibrahim, sebaliknya menggantikannya dengan `gedebe politik. 1.Wah,MP Rembau betul-betul dihentam! 2.Dihentam oleh ejen UMNO itu sendiri iaitu PERKASA. 3.Dituduh sedemikian sekali,memang memedihkan,jadi,dimanakah maruah MP Rembau. 4.Paling menyedihkan,Ketua Pemuda UMNO itu sendiri pasti tidak akan di"back up" oleh Presiden UMNO. 5.Apa sudah jadi dengan perpaduan umat Melayu di dalam UMNO? 6.Inikah dia yang dimaksudkan dengan "Melayu perlu bersatu"?Bersatu apakah ini?Sudah bersatu kemudian bertelagah pula? 7.Amat kelakar apabila mereka yang menyokong UMNO dan atas pagar berkata,"Melayu sama Melayu bergaduh,bangsa lain gelak".Jadi kes sekarang ini,siapa yang akan ketawa? 8.Jangan Dr.M pula yang ketawa,maklumlah,beliau ini masih hidup dan akan sentiasa menjadi penulis skrip dalam politik UMNO dan BN. 9.MP Rembau sedang cuba disingkirkan,mungkin beliau bakal disingkirkan seperti ayah mertuanya,MP Kepala Batas. 10.Lebih sedih,Berita Harian pula yang menyiarkan berita ini,(ahahahahahahahah)bukankah sepatutnya akhbar pro-UMNO ini sepatutnya menutup keretakan dalam UMNO? Sekian,Wallahu'alam ABIS KO KERY!!!!!!!! INI MESTI ADA MAMAK MENGAKU MELAYU LA YG NK HANTAM KO PADAN MUKO EKAU JANG MANO LAIE EKAU NAK LARI HOBING JANG HOBING!!!! AHAHAHAHAHAHA |
| You are subscribed to email updates from keAZAManMalaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan