Justice For All |
- Ali Rostam Langsung Tak Peduli Nasib Mahasiswa Melaka
- Macam2c Zaman Najib : Bapa Rogol 3 Anaknya Sekaligus
- GAS Akan 'Tutup Kedai'???
- Mahasiswi Dominan Di IPTA
- Takkanlah Ustaz Menipu..
- Lawak : Zaid Nak Ajak Zahrain Jumpa Raja Petra, Tapi SPRM Dah Surrender Awal2
- Lantik Penasihat Undang-Undang Sendiri..Seekor Lagi Spy BN Dihalau..
- Menteri Tadika Dalam Parlimen Harini
- Macam2 Zaman Najib : Nak Tangkap Hisap Dadah, Jumpa Pula Berkhalwat Dalam Rumah Yang Mak Bapaknya Tinggal Bersama
- Orang Asli Tuntut Haq Lebih Bijak Dari Orang Felda Yang Pertahankan Benda Batil
- 2 Gempa Bumi Dahsyat Hari Ini..Peringatan Dari Allah
- Azmin Ali Tak Mahu Kekalkan Dun Bukit Antarabangsa Pada PRU 13 Akan Datang
- Pendedahan Terbaru Khalid Ibrahim
- Hakim Sebelahi UMNO???
| Ali Rostam Langsung Tak Peduli Nasib Mahasiswa Melaka Posted: 30 Jun 2010 06:19 PM PDT PTPTN diminta lanjut tempoh permohonan MELAKA 30 Jun - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diharap melanjutkan tempoh permohonan pinjaman yang berakhir hari ini kepada sebulan lagi. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, ini disebabkan talian PTPTN ketika ini begitu sesak sehingga menyukarkan pelajar menghubungi perbadanan itu bagi mengemukakan permohonan. Beliau berkata, sedangkan pihaknya menerima laporan mengatakan masih ramai pelajar di negeri ini tidak dapat menghubungi PTPTN untuk urusan permohonan pinjaman. "Bukan sahaja hari ini, bahkan saya juga difahamkan, talian PTPTN sentiasa sibuk sejak seminggu yang lalu. "Justeru, saya amat berharap agar PTPTN boleh melanjutkan lagi tempoh permohonan pinjaman ini untuk tempoh sekurang-kurangnya sebulan lagi demi kemudahan pelajar berkenaan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Seri Negeri di sini hari ini. Mohd. Ali berpendapat, kesesakan talian itu disebabkan terlalu ramai pelajar di seluruh negara menghubungi perbadanan itu secara serentak. Sehubungan itu, beliau berkata, bagi mencari penyelesaian terbaik, kerajaan negeri akan memaklumkan kepada PTPTN berhubung masalah tersebut. "Saya sudah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh untuk menguruskan perkara ini," katanya sambil menambah permohonan itu bukan hanya kepada pelajar lepasan SPM dan STPM di Melaka malah di seluruh negara. Katanya, di Melaka sahaja, setiap tahun terdapat kira-kira 15,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang membuat permohonan pinjaman PTPTN. Justice4all : Kah..kah Ali Rustam, langsung tak nak contohi kerajaan PR Selangor dalam isu pendidikan tinggi. Sepatutnya kerajaan Melaka buat mesyuarat tergempar, luluskan bajet untuk anak negeri yang layak ke IPT. Macam yang kerajaan Selangor buat. Bukannya minta PTPTN yang cekik darah tu tangguh pendaftaran. Sepatutnya sebagai tanggungjawab negeri, Ali Rustam boleh cari dana untuk tampung pelajar Melaka, bukannya membazir tak tentu hala perabis harta karun negeri Melaka..dengan projek tak berfaedah seperti monorel dan Sukma yang bertindih dengan Piala Dunia. Kesian rakyat Melaka, dahla dapat ketua menteri roswah, tak pandai mentadbir pula tu.. |
| Macam2c Zaman Najib : Bapa Rogol 3 Anaknya Sekaligus Posted: 30 Jun 2010 05:42 PM PDT Macam-macam ada kat Malaysia..rogol 3 orang anak sekaligus, pastu lari ke dalam hutan. Harap-harap si haruan makan anak ini dimakan oleh harimau atau ular sawa dalam hutan tu..biar bayar cash atas perbuatan jijiknya itu Kes terbongkar, petani rogol 3 anak larikan diri KOTA KINABALU: Seorang petani berusia 40 tahun dipercayai melarikan diri ke dalam hutan di Kota Marudu, 150 kilometer dari sini, selepas kegiatan merogol tiga anak kandungnya sejak awal tahun ini terbongkar, kelmarin. Suspek yang berpisah dengan isterinya sejak lima tahun lalu tinggal bersama ketiga-tiga anak perempuannya di Kampung Talangkapas dekat Kota Marudu, dipercayai mula merogol anaknya, masing-masing berusia 11, 13 dan 14 tahun di rumahnya sejak awal tahun ini. Suspek dikatakan menjadikan anaknya yang berusia 14 tahun sebagai mangsa pertama apabila merogolnya dalam sebuah bilik di rumah papan di kampung itu 15 kilometer dari pekan Kota Marudu sebelum dua lagi adik mangsa dijadikan sasaran melepaskan nafsu buasnya. Kejadian itu dipercayai dilakukan berulang dengan mengugut mangsa merahsiakan perbuatannya. Bagaimanapun, mangsa yang berusia 11 tahun dipercayai tidak tahan dirogol bapa sendiri menceritakan kejadian itu kepada ibu saudaranya. Wanita itu segera menghubungi ibu mangsa yang bekerja di Sandakan. Ibu mangsa yang terkejut dengan kejadian itu menghubungi anak perempuan sulungnya berusia 18 tahun yang bekerja di Likas supaya ke Kota Marudu dan membawa semua mangsa untuk membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof, berkata ibu mangsa membawa tiga beradik itu membuat laporan polis pada jam 11.30 pagi kelmarin. "Mangsa yang berusia 14 tahun mendakwa dirogol sejak Januari lalu hingga awal bulan ini manakala adiknya berusia 13 tahun mendakwa dirogol mulai pertengahan Mei lalu hingga bulan ini. "Mangsa yang berusia 11 tahun mendakwa dirogol sejak awal bulan ini hingga kali terakhir, Jumaat lalu. Semua mangsa dibawa ke Hospital Kota Marudu untuk menjalani pemeriksaan," katanya. |
| Posted: 30 Jun 2010 04:53 PM PDT Macam-macamlah si Mu Gila nih.. GAS 'tutup kedai' jika Samy dapat majoriti KUALA LUMPUR 30 Jun – Penganjur Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS), V. Mugilan berjanji akan 'tutup kedai' jika Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mendapat sokongan penuh kira-kira 3,600 ketua cawangan dari seluruh negara. Namun, menurutnya, Samy Vellu harus bersetuju mengadakan pemilihan secara undi rahsia seperti yang dilakukan oleh MCA sebelum ini. "Beliau harus bersetuju untuk mengadakan undi rahsia bagi membolehkan kesemua ketua cawangan di negara ini membuat pemilihan sekali lagi. "Jika beliau mendapat sokongan majoriti, saya berjanji GAS akan 'tutup kedai' dan tidak lagi menganjurkan sebarang perhimpunan menggesa beliau meletak jawatan. Saya akan akui bahawa beliau adalah hero masyarakat India di negara ini," katanya di sini hari ini. Sebelum itu beliau bersama bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC), G. Kumar Aamaan membuat laporan polis terhadap Samy Vellu dengan mendakwa Presiden MIC itu menyalahgunakan dana yang diperuntukkan kepada Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) iaitu entiti kewangan parti itu. Dalam laporan itu, beliau mendakwa MIED yang diterajui oleh Samy Vellu mengalami kerugian sebanyak RM12,447,380 pada 2009 dan RM15,625,326 pada 2008. |
| Posted: 30 Jun 2010 03:38 PM PDT Ini tanda akhir zaman. Perempua nisbah lelaki 7 : 1 Pelajar perempuan dominasi kemasukan ke universiti awam KUALA LUMPUR: Pelajar perempuan terus mendominasi kemasukan di universiti awam apabila menguasai 64.8 peratus atau 26,229 daripada 40,506 tempat yang ditawarkan untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2010/2011 yang akan mendaftar pada Sabtu dan Ahad ini. Jumlah mereka juga melebihi lelaki bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf yang akan mendaftar pada tarikh sama dan 23 Mei lalu dengan 21,567 pelajar perempuan berjaya mendapat tawaran atau 58.45 peratus daripada keseluruhan 36,900 tempat kemasukan. Hanya 35.2 peratus atau 14,277 pelajar lelaki mendapat tempat dalam program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Matrikulasi/Asasi/Setaraf (Ijazah Pertama) dan 41.55 peratus atau 15,333 untuk kemasukan program lepasan SPM atau setaraf. Menurut sumber Kementerian Pengajian Tinggi, jumlah penawaran tempat kepada pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki bagi semua kategori kaum bagi kedua-dua peringkat program pengajian. Bagi program ijazah pertama, 18,814 atau 65.7 peratus pelajar Bumiputera adalah perempuan berbanding 9,819 atau 34.3 peratus lelaki, Cina (5,909 atau 61.8 peratus perempuan dan 3,660 atau 38.2 peratus lelaki), manakala India dan lain-lain (1,506 atau 65.4 peratus perempuan dan 798 atau 34.6 peratus lelaki). Sumber itu berkata, bagi program lepasan SPM/setaraf, 21,032 atau 58.50 peratus pelajar Bumiputera adalah perempuan berbanding 14,919 atau 41.50 peratus lelaki, Cina (351 atau 58.50 peratus perempuan dan 249 atau 41.50 peratus lelaki), manakala India dan lain-lain (205 atau 58.74 peratus perempuan dan 144 atau 41.26 peratus lelaki). Katanya, dominasi kemasukan pelajar perempuan ke IPTA selari jurang gender yang amat ketara antara pelajar perempuan dan lelaki dalam permohonan untuk kemasukan program lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Setaraf (Ijazah Pertama), tahun ini. Beliau berkata, sebanyak 67 peratus atau 41,046 daripada keseluruhan 61,228 permohonan diterima adalah daripada pelajar perempuan dengan jumlahnya melebihi sekali ganda berbanding hanya 33 peratus atau 20,182 calon lelaki. Malah, bilangan pemohon perempuan pada kemasukan tahun ini meningkat berbanding 40,886 tahun lalu, melebihi sekali ganda daripada 20,141 permohonan oleh pelajar lelaki. Katanya, bilangan pelajar perempuan mengatasi lelaki bagi permohonan dalam semua kategori kaum yang meliputi 44,305 Bumiputera, Cina (12,342) serta India dan lain-lain (4,581). Bagi kategori Bumiputera, 68.8 peratus atau 30,471 permohonan diterima daripada perempuan berbanding 31.2 peratus atau 13,834 lelaki, Cina (62.4 peratus atau 7,701 perempuan, 37.6 peratus atau 4,641 lelaki), manakala India dan lain-lain (62.7 peratus atau 2,874 perempuan dan 37.3 peratus atau 1,707 lelaki). Malah, bilangan calon perempuan jauh mengatasi lelaki bagi permohonan program lepasan SPM/setaraf dalam semua kategori kaum dengan Bumiputera 60.25 peratus, Cina atau 62.87 peratus dan India serta lain-lain 61.56 peratus. Sementara itu daripada jumlah tempat ditawarkan IPTA bagi program ijazah pertama, Universiti Utara Malaysia (UUM) mendahului senarai dengan mengambil seramai 4,392 pelajar baru, diikuti Universiti Malaysia Sabah (UMS) (4,001) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) (3,717). Universiti Sains Malaysia (USM) (3,694), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (3,436), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) (2,973), Universiti Malaya (UM) (2,819) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (2,495), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) (2,304), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) (2,218), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) (1,945), Universiti Malaysia Pahang (UMP) (1,674), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) (1,406). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) (1,168), Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA – sebelum ini dikenali sebagai Universiti Darul Iman Malaysia/UDM) (881), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) (678), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (445) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (260). Dan ini keszan sosial akibat fenomena ini.. Pelajar perempuan kuasai IPT, semakin ramai wanita andartu KUALA LUMPUR – Fenomena pelajar perempuan menguasai institut pengajian tinggi (IPT) dikhuatiri akan mewujudkan semakin ramai golongan wanita yang enggan berkahwin atau andartu. Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Tan Sri Zaleha Ismail berkata, wanita lulusan IPT sudah tentu menceburi bidang pekerjaan yang menjanjikan pendapatan lumayan selepas tamat pengajian. Katanya, kehidupan mereka akan menjadi lebih selesa dan kemungkinan ada antara mereka mengambil keputusan untuk tidak berumah tangga. Menurut Zaleha, kebanyakan golongan lelaki ketika ini hidup tidak stabil dan lebih malang lagi ada antara mereka terlibat dalam gejala sosial yang pasti mempengaruhi wanita untuk terus hidup membujang. ''Jadi wanita terbabit akan berpendapat apa perlunya berkahwin dengan lelaki seperti itu. "Lebih baik mereka hidup bersendirian. Kalau berkahwin pun mungkin asyik bergaduh yang akhirnya menyebabkan rumah tangga menjadi porak-peranda," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata, gejala itu sebenarnya amat bertentangan dengan kehendak semulajadi manusia dan jika dibiarkan berlarutan sudah tentu bakal memberi kesan kepada kehidupan masyarakat. Zaleha berkata demikian ketika diminta mengulas trend wanita bekerja yang enggan berkahwin kerana mereka dikatakan lebih selesa hidup membujang. Perdebatan mengenai andartu dan perkahwinan itu adalah rentetan kenyataan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah bahawa ramai lelaki mungkin terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena pelajar perempuan menguasai IPT dibiarkan berlarutan. Ibrahim berkata, secara umum setiap universiti di negara ini memiliki jumlah pelajar perempuan yang jauh lebih ramai berbanding lelaki. Zaleha mengakui, semua pihak termasuk kerajaan dan ibu bapa perlu berbuat sesuatu supaya trend itu tidak berleluasa. ''Ini adalah satu perkara serius yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak. LPPKN turut memberi tumpuan kepada isu ini termasuk memperkenalkan modul baru dalam programnya. ''Antaranya modul yang menggalakkan lelaki dan wanita berumah tangga. Dalam modul itu dinyatakan cara untuk membentuk keluarga yang sejahtera,'' ujarnya. Menurut Zaleha, beliau pernah dimaklumkan mengenai trend itu ketika menghadiri satu seminar di Colarado, Amerika Syarikat. Seminar tersebut diberitahu trend itu berlaku di seluruh dunia. Beliau berkata, agama Islam sendiri meminta umatnya berkahwin dan ia merupakan perbuatan yang amat dituntut. ''Perkahwinan amat penting sebagai sokongan kepada wanita apabila usia mereka semakin meningkat. Pada masa itu mereka memerlukan penjagaan daripada suami dan anak-anak," katanya. Mungkinkah 'pelajar' lelaki ramai di sini??? ![]() |
| Posted: 30 Jun 2010 09:52 AM PDT Takkanlah ustaz nak tipu..lainlah kalau al ustazi wahab Shahidan Kassim tipu..kita pun tak hairan.. Lebih baik saya bersalam dengan Tuan Guru Nik Aziz SHAH ALAM, 30 Jun: "Tentang hendak bersalam dengan Najib, adalah lebih munasabah saya pergi ke Kelantan bersalaman dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, itu lebih baik dari bersalaman dengan orang yang didakwa," jelas Ustaz Mohd Hosni Mubarak Abdul Hamid al-Hafiz (gambar).
Ini susulan respons Umno menafikan empat sahabat lulusan Jordan tidak dijemput menghadiri majlis 40 ulama muda menyertai parti itu Jumaat lalu, sebaliknya hanya dijemput oleh orang kuat Umno disifatkan sebagai amat melucukan. Beliau juga menolak dakwaan mereka beria-ia untuk hadir ke situ untuk bersalaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Menurutnya, satu malam sebelum itu, seorang orang kuat Umno telah memujuk beliau untuk menyertai Umno dan mengajak hadiri majlis tersebut dan kebetulan merupakan bapa kepada kawan rapatnya, beliau tidak dapat menolak jemputan itu. "Logiknya bagaimana kami boleh hadir jika tidak mendapat sebarang jemputan malah cara masuk juga ditipu, dari bangunan sebelah Mall, naik escalator, turun tangga, tiba-tiba muncul di Bangunan Umno. Beliau yang sebelum ini mendedahkan penipuan Umno ini di dalam majlis Pentas Pemuda anjuran Dewan Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini menyatakan, mereka dijemput datang ke majlis itu kerana Perdana Menteri hendak bertemu dengan lulusan Jordan. Dalam pada itu, Hosni berkata, beliau mendapat maklumat terdapat seorang lagi lepasan Madinah yang dijemput ke majlis berkenaan kerana terdapat majlis diskusi sebaliknya yang berlaku adalah penyerahan borang menyertai Umno oleh beberapa orang yang digelar sebagai sebagai ulama muda yang 'ori'. Katanya, seorang di Perlis, Ustaz Abdul Wahab Abdullah berkata, beliau hadir untuk bertemu dengan perdana menteri bagi membersihkan nama kumpulan mereka yang dikaitkan dengan keganasan. "Terbukti Umno menggunakan banyak cara untuk menarik ulama muda menyertai mereka kerana jika untuk alasan biasa pasti mereka tidak didekati, lalu mereka gunakan berbagai cara," ujarnya. Menjawab hasrat mereka untuk membuat laporan polis terhadap penafian beliau yang disiarkan oleh Harakahdaily, dua hari lalu, Hosni bersetuju, artikel tersebut langsung tidak menyebut nama orang berkenaan. |
| Lawak : Zaid Nak Ajak Zahrain Jumpa Raja Petra, Tapi SPRM Dah Surrender Awal2 Posted: 30 Jun 2010 08:50 AM PDT Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim membidas ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mempersoalkan pertemuannya dengan Raja Petra di Manchester pada tahun lalu dan menjadikannya isu di Dewan Rakyat hari ini. Dengan sinis, Zaid berkata sebagai wakil rakyat, Zahrain sepatutnya menimbulkan ca "Itulah tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh seorang Yang Berhormat. Lebih-lebih lagi kalau kita itu, wakil rakyat Bebas yang begitu di gemari oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Kenalah jaga standard supaya orang tak mengatakan kita ini budak suruhan semata mata, dan tidak ada modal bernas untuk diketengahkan dalam Dewan," kata Zaid dalam blognya. Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Zahrain kini sudah semacam menjadi wakil kepada polis perisikan yang membuat pendedahan yang beliau menginap di hotel yang sama dengan Raja Petra. "Dia kata SPRM kena siasat petemuan ini. Inilah kerja wakil rakyat pro-BN kita "Jumpa Raja Petra tidak salah...Raja Petra dan isterinya, Marina kawan saya. Saya tak tinggalkan kawan semata-mata kawan ada dalam kesusahan. Jadi setiap kali saya ke London, saya jumpa mereka. Tahun lepas saya bawa Petra tengok bolasepak di Old Trattford, dia minat kepada Manchester United. Jadi saya belanjalah dia. "Itulah sedikit hiburan baginya yang terpaksa meninggalkan tanah air kerana menuntut kebenaran. Perjuagan seperti Petra mungkin YB Bayan Baru kita itu tak mengerti atau faham," kata Zaid. Beliau juga mengakui bahawa Raja Petra membuat tempahan di hotel Britan "Hotel yang saya menginap itu pun tiga star, tak lah seperti hotel Zahrain guna semasa ke Washington. Maklumlah saya bayar sendiri," katanya merujuk kepada seminar berprofail tinggi mengenai kehakiman dan kerajaan Malaysia di Washington DC yang dihadir Zahrain selepas berpaling tadah daripada PKR. Seminar itu anjuran sebuah badan pemikir terkemuka - Pusat bagi Strategi dan Pengajian Antarabangsa (CSIS) dan dihadiri oleh pegawai kerajaan Amerika, aktivis, diplomat dan rakyat Malaysia di sana. Menurut Zaid, beliau akan kota London lagi minggu depan dan besar berkemungkinan akan dengan Raja Petra dan isterinya lagi. "Saya akan bekalkan butir lanjut jika YB Zahrain atau SPRM mahu maklumat lain. Saya harap dapat juga bertemu Bala kalau SPRM tidak mahu bertemu dengannya," katanya. Justice4all : Kah..kah Zahrain..takde isu ke nak ditimbulkan, isu remeh pun nak didedahkannya. Ikut Zaidlah nak jumpa RPK, dia bukannya macam Slovodan Milosevic atau Osama Laden yang dikehendaki interpol. Kalau berani sangat, pergilah bersama Zaid nanti untuk jumpa PRK sekali lagi. Dan bawa sekali Gani Petail dan minta Britain ekstradisi RPK. Tak berani punya..SPRM kata nak pergi pun, dah tak jadi pula. Memang BN terutama Najib montel risau kalau RPK dibicarakan di mahkamah Britain, sebab hakim kat sana hakim tak makan roswah, tak buat zalim. Sapa tak kenal nama-nama seperti Lord Goddard, Viscount Caldecote dan Lord Judge, nama-nama besar dalam sistem kehakiman dunia. Takkan beraninya si montel nak ektradisi RPK. Jadi sesiapa bebas nak jumpa RPK. Termasuk Zaid pun. Sebab RPK bukan orang bersalah, bukannya penjenayah. Yang takut nak jumpa adalah SPRM dan Najib, sebab jika masuk Britain, pasti kena tahan kerana disyaki penjenayah antarabangsa..sebab dua-dua ni dituduh bunuh prang tapi terlepas. Tak ke haru biru jika Najib ditahan di lapangan Heathrow..tentu negara kita malu di seluruh dunia |
| Lantik Penasihat Undang-Undang Sendiri..Seekor Lagi Spy BN Dihalau.. Posted: 30 Jun 2010 08:20 AM PDT Saya amat setuju dengan pandangan dua pemimpin utama PR, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan juda Datuk Seri Anwar untuk melantik Penasihat Undang-undang sendiri bagi menggantikan penasihat undang-Undang yang dilantik oleh Kerajaan Pusat. Cadangan ini amatlah bagus dan selari dengan konsep federalisme dalam sebuah negara demokrasi. Sepertimana kita tahu, kerajaan Pusat yakni UMNO sentiasa campuri urusan kerajaan negeri dan cabuli konsep federalisme itu sendiri. Antara peristiwa yang boleh kita lihat adalah campurtangan Kerajaan Pusat bagi menjatuhkan Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan pada 1960an, Pemerintahan Darurat di Kelantan pada 1977 yang membolehkan Kerajaan Pusat menjatuhkan Kerajaan PAS, peminggiran hak Sabah di bawah PBS pada awal 1990an dan isu royalti minyak Terengganu dan Kelantan. Ini jelas peristiwa yang menggambarkan BN akan rakus cabuli federalisme, seandainya mereka tidak berkuasa di negeri itu. Lantikan penasihat undang-undang sendiri juga akan mengurangkan lagi agen BN di negeri Pakatan. Sepertimana kita tahu, ada 3 agen penting kerajaan BN di negeri PR. Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat undang-Undang Negeri. Mereka ini bukannya sekadar duduk dalam mesyuarat Exco, bahkan terlibat sama dalam sidang DUN. Mereka ini memang balaci dan pengintip UMNO. Pernah masa PAS memerintah Terengganu 1999, SUK negeri, Datuk Che Mat Jusoh bocorkan maklumat mesyuarat exco pada UMNO. Mesyuarat habis pukul 5, UMNO dah tahu maklumat tu pukul 5.30. Sebab itulah nak balas jasa Che Mat nih, diberikan peluang bertanding calon UMNO di Dun Batu Buruk pada 2004 tapi kalah. Dan kemudiannya dilantik sebagai Speaker DUN dan sekarang terpaksa merana ke FAM kerana UMNO dah tak perlu khidmat jahatnya lagi.
Begitu juga krisis Perak jatuh ke tangan Mamak Zambry, ianya turut disumbang oleh Suk lantikan Kerajaan Pusat. Justeru itu, tindakan lantikan penasihat undang-undang sendiri di negeri PR adalah satu tindakan bijak. Menurut Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata Pakatan Rakyat mengambil keputusan demikian berdasarkan pengalaman mentadbir Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, yang dinafi nasihat perundangan yang jujur.
Tengoklah kes Dun Kota Siputeh, siapa yang bawa kes itu. Sepatutnya ia dibawa oleh Penasihat Undang-Undang Negeri dan bukannya Speaker. Tapi kes ni dibawa oleh Speaker yang terpaksa upah Sulaiman Abdullah untuk lawan SPR, bukannya Penasihat Undang-Undang Negeri. Jadi memang Penasihat Undang-Undang Negeri ni makan gaji buta dari kerajaan negeri, pastu tak berani lawan tokey iaitu kerajaan pusat yang hantar mereka melalui Jabatan Peguam Negara. Ikut undang-undang, memang dibolehkan kerajaan PR lantik Penasihat Undang-Undang Negeri sendiri. Kerana ia tak termaktub dalam Senarai Bersama (iaitu Senarai Ketiga yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan) Perlembagaan Persekutuan. Bahkan Perkara 134 Perlembagaan Persekutuan berkaitan peminjam pegawai memberi kuasa pada negeri untuk pilih atau tidak pegawai dari Persekutuan. Perkara 134. Peminjaman pegawai (1) Persekutuan boleh, atas permintaan sesuatu Negeri, pihak berkuasa tempatan, atau pihak berkuasa berkanun atau mana-mana organisasi, di dalam atau di luar Malaysia, meminjamkan mana-mana anggota perkhidmatan awamnya kepada perkhidmatan Negeri, Juga ikut undang-undang tubuh kerajaan negeri, tidak menyebut tentang perkara ini. Oleh itu, kerajaan PR perlu tunjukkan bahawa mereka pentingkan keadilan, lantiklah Penasihat Undang-Undang Negeri yang pro pada rakyat negeri, bukannya pada BN atau Ghani Petail. Lepas ni tentu terkinja-kinjalah UMNO kerana hilang seorang spy di pejabat negeri. Kalau lebih hebat lagi, buang je semua spy-spy bn pusat dan lantik pegawai negeri yang tidak berpihak. Dan jangan lupa, laksanakan juga cadangan bubar Dun tak ikut pusat untuk buktikan bahawa BN bukannya tuhan yang boleh caturkan apa sahaja di Malaysia. Biar ternganga kerajaan BN dengan tindaka reformasi oleh negeri-negeri pr ini.. |
| Menteri Tadika Dalam Parlimen Harini Posted: 30 Jun 2010 07:16 AM PDT Dalam Parlimen, ada sesi soal jawab. Dan sesi soal jawab ni ada soal jawab lisan dan soal jawab bertulis. Bab soalan bertulis bolehlah menteri lepas. Tapi bila soal balas lisan, ini yang buat menteri yang bodoh, tak dapat jawab..macam Timbalan Menteri dari Masjid Tanah ni..memang menteri mambang tanah betul.. Memang patut pun Karpal Singh kata menteri ni macam budak tadika. Saya tambah, menteri tadika roswah Permata. Langsung tiada tanggungjawab sebagai seorang menteri (resposibility of minister). Memang tak layak jadi menteri. Ada ke bila Ahli Parlimen tanya, tak nak jawab. Memang menteri ni langsung tak tahu apa-apa. Hanya baca ucapan sahaja. Memang menteri buta huruf. Apalah taraf menteri macam ni. Asal wakil BN, menang. Letak chimpanzi pun menang. kesian rakyat ada menteri macam ni. Langsung tak pandai. Makan gaji buta..geram betul ada menteri zaman jepun nih..
|
| Posted: 30 Jun 2010 05:33 AM PDT Apa punya manusia..buat projek haram ketika mak bapak ada dalam rumah. Memang berani betul mereka nih..kalau ada lagi undang-undang islam yang diwartakan pas di Terengganu dulu, tentu mereka ni takut nak buat benda haram Berpelukan dalam selimut DUNGUN – Rahsia seorang remaja yang menjadikan bilik tidur rumahnya sebagai Lebih dikesalkan, perbuatan itu dikatakan berlaku sewaktu ibu bapa remaja lelaki berkenaan berada di rumah dan perkara itu mula disedari setelah beberapa anggota polis menyerbu masuk, dan mendapati kedua-duanya sedang berpelukan dalam selimut di atas katil dalam bilik rumah itu. Sebaik serbuan dibuat, kedua ibu bapa remaja terbabit hanya terkedu setelah mendapati anak lelaki mereka menjadi buruan polis kerana terbabit dengan penyalahgunaan dadah itu sanggup melakukan perkara terkutuk di dalam bilik tidur sedangkan ketika itu mereka berada di rumah. Setelah disoal siasat, kedua-duanya didapati tidak mempunyai sebarang hubungan muhrim dan gadis dari Batu Lima itu dipercayai bertandang ke situ pada malam sebelumnya, lalu bermalam di rumah teman lelakinya yang difahamkan lepasan kolej swasta di Kemaman. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata, hasil risikan mendapati remaja lelaki terbabit dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah lalu satu serbuan dilakukan di rumah yang terletak berdekatan Sekolah Menengah (SM) Tengku IntanZaharah itu kira-kira jam 11.30 pagi semalam. "Hasil serbuan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah diketuai Inspektor Wahid itu membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 19 tahun dan kekasihnya berusia 21 tahun. "Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis 'meth' dan kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 ( Gadis terbabit yang difahamkan anak seorang anggota renjer hutan ketika ditanya Sinar Harian turut mengaku mula menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelakinya hampir setahun lalu. Dia yang hanya mengenakan jeans ketat dan baju T lengan panjang itu mengakui turut melakukan aksi cumbuan dengan teman lelakinya, dan difahamkan perbuatan itu menjadi sebahagian daripada rutinnya setiap kali mengadakan pertemuan sulit dengan kekasihnya. Pasangan terbabit juga dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu kerana kesalahan berkhalwat yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua- duanya sekali. |
| Orang Asli Tuntut Haq Lebih Bijak Dari Orang Felda Yang Pertahankan Benda Batil Posted: 30 Jun 2010 04:29 AM PDT Lebih 200 dipercayai peneroka Felda kebanyakan kaum wanita berhimpun di hadapan pejabat Suara Keadilan, Shah Alam menghantar memorandum bantahan berhubung isu 237 yang bertajuk 'Felda Bankrap'. Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh Majlis Belia Felda Malaysia itu kemudiannya bertindak membakar organ rasmi parti KEADILAN, Suara Keadilan. Kumpulan berkenaan mulanya berhimpun di sebuah restoran berhampiran manakala kereta peronda polis dilihat berlegar-legar di kawasan sekitar. Turut dilihat ialah kumpulan pemberita media arus perdana yang diarah membuat liputan terhadap penyerahan memorandum itu. Pengarang Suara Keadilan Dzulkarnain Taib ditemani Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin kemudiannya menerima memorandum daripada kumpulan berkenaan, diiringi kata-kata kesat dari sebahagian ahli kumpulan itu. Bagaimanapun Dzulkarnain kelihatan tenang biarpun para penunjuk perasaan itu kelihatan emosi mencerca dan menuduh beliau sebagai tidak bertanggungjawab. Selepas menyerahkan memorandum, polis meminta kumpulan tersebut bersurai. Kelihatan juga kesemua kumpulan berkenaan diberi makanan dan minuman percuma ketika menuju ke kenderaan yang disediakan. Justice4all : Orang asli atau orang asal lebih intelek dan cerdik dari 200 demontrans UMNO Felda ini. Jika orang asli berdemo tuntut hak mereka di Putrajaya, warga felda pula sanggup diperkudakan oleh UMNO felda untuk buat demontrasi di Pejabat Keadilan Shah Alam. Jika tuntut kenaikan elaun felda atau hakmilik tanah kekal takpalah, ini tak tahu hujung pangkal, bela Felda yang mereka pun tak tahu Felda ni muflis atau bangkrap. Kesian mereka naik 6 buah bas datang dari Felda. Semata-mata nak bela sesuatu yang batil. Penat lelah je duduk lama-lama dalam bas. Lepas jika felda benar-benar bangkrap, tahulah langit itu tinggi atau rendah. Buat warga Felda sekalian,tolong catit nama 200 orang yang demontrasi ni..jika Felda benar-benar bangkrap, jom kita gelakkan mereka ramai-ramai (jangan pukul dahla)..dan jangan lupa kita ajak pula kuda-kuda ni buat demontrasi kat pejabat felda yang tersergam indah di KL. |
| 2 Gempa Bumi Dahsyat Hari Ini..Peringatan Dari Allah Posted: 30 Jun 2010 02:30 AM PDT 2 kejadian gempa bumi hari ini. Satu di Mexico dan satu di Fiji. Semoga kita ambil iktibar peringatan Allah ini.. Gempa bumi berkekuatan 6.5 di Mexico
MEXICO CITY 30 Jun - Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.5 pada skala Richter berlaku di bahagian selatan Mexico hari ini, menggoncangkan bangunan sehingga ke Mexico City dan menyebabkan pendudukan bertempiaran keluar dari kediaman mereka dengan berpakaian tidur. Pusat Kajian Geologi AS berkata, gempa berpusat 41 Km di timur laut Pinotepa Nacional di negeri Oaxaca pada pukul 2.22 pagi ini waktu tempatan (3.22 petang waktu Malaysia). Gegaran itu mengejutkan penduduk di Mexico City yang hampir 470 Km ke utara, tetap pegawai perlindungan awam di bandar raya itu tidak menerima laporan mereka yang terbunuh atau cedera. - Reuters MEXICO CITY — A strong 6.5-magnitude earthquake struck southern Mexico in the early hours of Wednesday, shaking buildings as far away as Mexico City, where some people filed onto the street in their pajamas. The U.S. Geological Survey said the quake struck 120 kilometres west-south of the colonial city of Oaxaca and police patrols were checking surrounding towns for damage. "It felt strong, especially near the coast. It woke me up, I was scared too," said Oaxaca civil protection official Gilberto Mateo. "For now we haven't had reports of damage, we are checking communities." Guests at a hotel in the cobblestone center of Oaxaca felt the tremor strongly and evacuated briefly. The Pacific Tsunami Warning Center had no warning or advisory in place. "We didn't feel it here, everything is quiet," said Abel, a receptionist at a hotel in the beach resort of Puerto Angel, on the Pacific coast. The temblor awoke residents in Mexico City nearly 300 miles (470 km) to the north, and cut power in some city districts, but civil protection officials in the capital also had no initial reports of casualties. "I felt it like I almost always do. People came running out of the building," said Pedro Salazar, 42, a security guard at a four-story historic apartment building in Mexico City. Helicopters whirred overhead and police sirens and car alarms could be heard, but power and phone connections were still working in the center. "We don't have reports of damaged buildings or people hurt," a civil protection official said. Mexico is regularly shaken by tremors and is on tenterhooks ever since devastating earthquakes in Haiti and Chile earlier this year. Gempa bumi kuat landa Fiji Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda selatan kepulauan Fiji, kira-kira jam 12.30 tengah hari ini. Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, pusat gempa bumi itu terletak di kedudukan 23.3 darjah Selatan dan 179.3 darjah Timur, 584 km tenggara Suva, Fiji, dan 7,316 barat daya Kunak, Sabah. Menurutnya, gempa bumi itu tidak mencetuskan ancaman tsunami. - Bernama |
| Azmin Ali Tak Mahu Kekalkan Dun Bukit Antarabangsa Pada PRU 13 Akan Datang Posted: 30 Jun 2010 01:46 AM PDT Azmin Ali hari ini nyatakan pendirian tak akan bertanding di Dun Bukit Antarabangsa, bagi buktikan beliau bukannya kemaruk jawatan MB Selangor. Baguslah Azmin, berikan satu smash pada UMNO gila laungkan wujud krisis PKR di Selangor. Jika YB Azmin tidak bertanding di Dun dalam PRU akan datang, bermakna bahawa beliau tak boleh jadi MB ikut undang-undang tubuh negeri Selangor. Oleh itu, segala cakap kosong umno dan blogger pencacainya ibarat anjing salak bukit..bukit tak runtuh, tekak yang sakit.. Azmin tidak ghairah rebut jawatan Mohd Rashidi Hassan NAIB Presiden KeADILan, Mohamed Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihak tertentu bahawa beliau 'budak jahat' yang mahukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan. Tegas Azmin, beliau menyokong penuh Khalid sebagai MB Selangor dan sekarang ini bukan masanya untuk Khalid diarahkan meletakkan jawatan. "Semasa diretreat (pemukiman) KeADILan, saya duduk di sebelah Tan Sri (Khalid), saya katakan dengan jelas kepada semua yang hadir, ya memang saya ada masalah dengan Tan Sri, tetapi saya tidak sekali-kali mahu merampas jawatan beliau. "Malah dengan jelas saya tawarkan kepada parti, saya sanggup melepaskan jawatan Adun Bukit Antarabangsa, supaya dengan itu tiada lagi spekulasi bahawa saya mahu merebut jawatan MB," tegasnya. Begitulah penegasan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, kepada penulis ketika kami sembang-sembang di Parlimen, 29 Jun lepas. Azmin jelas menunjukkan kekecewaan beliau, terhadap sesetengah pihak sama ada blogger dalam KeADILan dan pucuk kepimpinan tertentu yang sengaja 'mislead' dan memperbesar-besarkan isu jawatan MB. Menurut Azmin, sebagai Naib Presiden parti, suatu jawatan kanan yang disandang, beliau berhak untuk membuat teguran dan kritikan kepada mana-mana pihak, khususnya pemegang-pemegang jawatan dalam kerajaan negeri. "Yang saya mahu ialah mereka 'deliver' untuk kepentingan parti dan rakyat, bukan saya mengkritik kerana hendak merebut jawatan. "Saya tidak gila kuasa, malah saya tegaskan kepada Ketua Umum (Dato' Seri Anwar Ibrahim), saya meletakkan jawatan sebagai Pengarah PKNS atas dasar prinsip, saya tidak gila kuasa, saya tidak gila untuk jadi MB," katanya bersungguh-sungguh. Merujuk kepada jawatan Pengerusi Perhubungan KeADILan Selangor, menurut Azmin, dalam retreat tersebut beliau dengan tegas menolak jawatan itu. "Tetapi ini arahan Ketua Umum, arahan parti, saya akur walaupun berat hati saya hendak menerimanya," ujar beliau. Masalah yang timbul di antara Azmin dengan Khalid digembar gemburkan oleh media, sebagai menunjukkan keretakan dalaman KeADILan yang serius. Mahupun Azmin ataupun Khalid, tidak menafikan wujudnya perbezaan dalam isu-isu tertentu, tetapi ia hanya membabitkan perbezaan pendekatan, bagaimana yang terbaik untuk memperkukuhkan imej Pakatan Rakyat di mata rakyat. Keputusan yang dibuat oleh Anwar dengan mengkhususkan tugasan Khalid sebagai MB Selangor, Azmin sebagai pengerusi negeri dan pengerusi Wilayah Persekutuan yang disandang Azmin kepada Dato' Zaid Ibrahim sebagai suatu penyelesaian yang terbaik. Penganalisis berpendapat isu terbabit dapat diselesaikan dengan lunak dan masing-masing yang didakwa bertelagah, mempunyai tugas dan peranan khusus dan seharusnya lebih fokus. Dakwaan pertelagahan dalaman KeADILan ini menarik minat bekas MB Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo untuk memberi komen, kononnya ia bukanlah suatu penyelesaian kerana dakwanya, KeADILan ada tiga nakhoda di negeri tersebut. Khir mendakwa perjalanan parti dan kerajaan tidak dapat berjalan dengan baik kerana wujud individu yang berbeza atas jawatan utama di negeri. "Buat apa kita hendak ikut Umno, memang kerja depa (mereka) kuasai pengerusi negeri dan kerajaan negeri. Ini pemusatan kuasa yang akan melahirkan diktator sahaja," tegas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Mohd Yusof. Tegasnya, dalam KeADILan tidak akan wujud diktator kerana mereka menjalankan pentadbiran secara pemuafakatan. "Khir Toyo tidak payah pertikai Pakatan Rakyat, dia di Selangor pun banyak masalah dalaman Umno yang kelam-kelibut," ujarnya. Isu ini juga menarik perhatian Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad. "Apa masalahnya wujud perbezaan jawatan MB dengan pengerusi negeri? Dalam PAS pun semasa kita perintah Perak, MB Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, manakala Pengerusi Perhubungan PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang. "Buat apa kita hendak mengikut cara Umno-BN?" ujarnya. Dengan tegas Ahli Parlimen Shah Alam itu mempertegaskan sokongan PAS untuk terus memperkukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Apa pun keadaan yang berlaku, nampaknya Umno-Barisan Nasional tidak akan henti-henti membuat serangan untuk menjatuhkan kredibiliti Pakatan Rakyat, khususnya parti KeADILan. KeADILan, khususnya yang menerajui Kerajaan Negeri Selangor, seharusnya berusaha mengelakkan isu-isu sebegini timbul kerana ianya amat merimaskan rakyat yang menyokong kita. Abdul Khalid harus lebih fokus dan mesti melaksanakan keputusan yang diarahkan parti, supaya kerajaan negeri ditadbir mengikut acuan Pakatan Rakyat. Azmin harus lebih berhati-hati, supaya selepas ini sebarang tindakan dan kenyataan beliau, tidak dilihat sebagai suatu penentangan ke atas kepimpinan Khalid. Dan, terutama sekali Anwar harus melihat isu-isu yang berlaku sebegini, boleh menggugat persepsi rakyat terhadap kepimpinannya, yang mungkin menjejaskan peluang Pakatan Rakyat di peringkat Persekutuan.
Yang lebih penting, Anwar dan KeADILan sendiri, harus lebih sedar, bahawa banyak lagi 'peluru berpandu' akan dilepaskan Umno-BN menjelang PRU ke-13 nanti. Kita seharus lebih berhati-hati, supaya hasrat kita untuk memerintah negara selepas PRU ke-13, menjadi realiti bukannya 'mimpi yang tak sudah'. |
| Pendedahan Terbaru Khalid Ibrahim Posted: 30 Jun 2010 01:32 AM PDT BN..BN..nak dedahkan kononnya krisis PKR di Selangor, rupanya mereka pula yang terdedah.. Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi pada Isnin lalu yang mengarahkan laporan audit dan perjanjian konsesi air antara Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) didedahkan kepada umum. Mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 15 Disember 2004, laporan dan audit konsesi tersebut adalah 'rahsia' dan hanya boleh dibuka untuk tatapan umum jika semua pihak bersetuju. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ekoran keputusan itu, rakyat Selangor boleh menilai sendiri perjanjian konsesi yang telah dipersetujui oleh pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini. "Tarif air bergantung kepada harga perjanjian konsesi. Jika perjanjian itu berat sebelah kepada syarikat konsesi, maka rakyat perlu membayar tarif yang tinggi. "Oleh itu, keputusan mahkamah supaya dokumen konsesi dan laporan audit didedah kepada umum akan memberi manfaat besar kepada rakyat Selangor kerana mereka boleh membuat penilaian sama ada perjanjian ini adil atau tidak adil kepada mereka," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Kata beliau, pihaknya mengganggap keputusan mahkamah ini sebagai dorongan dan membuka jalan yang lebih luas kepada usaha-usaha untuk mengambil alih pengurusan industri air di negeri itu. Abdul Khalid menambah, pendedahan dokumen konsesi tersebut juga akan membantu pihaknya meneruskan bantahan terhadap usaha-usaha syarikat konsesi menaikkan tarif air. Menurutnya, siri perbincangan dengan syarikat konsesi dan Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan proses pengambilalihan operasi air di Selangor ketika ini sudah berada di peringkat akhir. "Rundingan ini akan dapat diselesaikan jika semua pihak memberi kerjasama," ujarnya lagi. Sehubungan itu, Menteri Besar itu menyeru Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui memberi kerjasama kepada pihaknya dalam rundingan itu. "Rakyat Selangor dan Lembah Klang akan mendapat banyak manfaat jika rundingan pengambilalihan industri air dapat diselesaikan dengan segera," tambah beliau. |
| Posted: 29 Jun 2010 09:56 PM PDT Hakim jelaskan kenapa kerusi Tian Chua tidak lucut Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha menegaskan pada penghakiman bertulisnya bahawa denda RM2,000 yang dikenakan ke atas Tian Chua dari PKR tidak akan menyebabkan beliau kehilangan kerusi parlimen Batu. Pada 17 Jun lalu, ketika menolak rayuan Chua tetapi mengurangkan hukumannya, Ghazali berkata keputusannya adalah berdasarkan penghakiman Mahkamah Agung 1993 kes Public Prosecutor lawan Leong Yin Ming yang hanya denda RM2,001 atau lebih yang akan meyebabkan perlucutan kerusi secara automatik. Dalam penghakiman 18 dokumennya, hakim itu memetik sebahagian penghakiman hakim Mahkamah agung, Tan Sri Gunn Chit Tuan yang berkata "Tidak kurang dari" seharusnya membawa maksud "lebih daripada". "Maka dengan berpegang kepada keputusan dalam kes Mahkamah Agung di atas, saya berpuas hati dan berpendapat bahawa denda RM2,000 itu tidak menjadikan perayu hilang kelayakan beliau secara automatik kerana denda untuk menjadikan beliau beliau hilang kelayakan adalah RM2,001 ke atas dan bukannya bermulka daripada RM2,000. "Keputusan Mahkamah Agung ini mengikat mahkamah rendah. Ia adalah autoriti kukuh yang boleh diguna-pakai oleh mahkamah ini," kata hakim Ghazali. "Oleh itu, saya berkeyakinan bahawa hukuman denda tersebut tidak akan memberi implikasi kepada satu pilihan raya kecil di kawasan Batu; maka niat saya yang ikhlas itu telah dizahirkan melalui hukuman denda tersebut, selain memberikan suatu amaran keras kepada perayu supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama pada masa hadapan," katanya. Keputusan hakim, Ghazali yang sebelum ini mengurangkan denda daripada RM3,000 dan enam bulan penjara kepada RM2,000 atau dua bulan penjara menimbulkan kontroversi sama ada ahli parlimen Batu itu telah hilang kelayakannya. Tian Chua didapati bersalah kerana mengiggit seorang konstabel polis ketika ditahan di sebuah protes di bangunan parlimen, tiga tahun lalu. Kontroversi timbul berikutan tafsiran Artikel 48, Perlembagaan Persekutuan berhubung istilah denda tidak kurang RM2,000 dan penjara tidak kurang setahun. Peguam yang mewakili Tian Chua berhujah berdasarkan keputusan Mahkamah Agung pada 1993, tafsiran itu membawa maksud RM2001. Bagaimanapun peguam kanan Karpal Singh, bersama bekas presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan dan bekas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Syed Ahmad Idid Syed Ahmad berpendapat tafsiran itu membawa maksud RM2,000. |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

















Tiada ulasan:
Catat Ulasan