Justice For All |
- Jamu arak tepi pantai di Johor
- Pemuda UMNO Kelatan Maki Berahim Katak
- Projek Monarel Melaka Ditangguh Lagi
- Cikgu Gedik Dengan Mawi
- UMNO Dah Menggelabah Isu Pengundi Baru
- Mat Said Kesal Roswah Dalam JKR
- Piala Dunia (37) : Sepanyol & Paraguay Layak Ke Suku Akhir
- UMNO Sabah Dah Gedebe...Tuntut Kerusi Dari Parti Komponen BN Lain
- Tian Chua Rayu Ke Mahkamah Rayuan..Sama ada RM 2,001 Atau RM 2,000
- Jadual Perlawanan Malam Ni..Saya Sokong Jepun & Sepanyol
- Yang Mana Satu Betul Ni???
- Seekor Ayam Masih Hidup Walaupun 2 Kali Disembelih
- Gila Bola : Bunuh Anak Kerana Ganggu Tengok World Cup
| Jamu arak tepi pantai di Johor Posted: 29 Jun 2010 09:09 PM PDT Johor: Jamu arak tepi pantai
Perbuatan segelintir remaja buang sampah, botol arak dikhuatiri jejas kedatangan pelancong ke Mersing MERSING: Sikap segelintir remaja yang melakukan perbuatan tidak bermoral menyebabkan populariti dan keindahan pantai Bandar Mersing tercemar, sekali gus menjejaskan tarikan di kalangan pelancong. Perbuatan remaja yang berdua-duaan, malah ada yang dipercayai minum minuman keras kerana bekas botol dibiarkan bersepah di situ ternyata memburukkan lagi keadaan. Sehubungan itu, penduduk meminta pihak berkuasa membanteras perbuatan itu daripada berleluasa kerana boleh memberi kesan buruk kepada remaja terbabit. Mereka percaya selagi perbuatan meminum minuman keras yang dilakukan di kalangan remaja yang masih di bangku sekolah itu tidak dibanteras, ia boleh mempengaruhi remaja lain. Tinjauan di pantai Bandar Mersing mendapati banyak botol minuman keras yang dipercayai diminum remaja termasuk pada waktu malam. Mereka meninggalkan botol minuman keras itu di kawasan tempat duduk di pantai berkenaan dan membuang sampah sesuka hati menyebabkan kawasan itu kotor. Beberapa penduduk yang ditemui ketika sedang bersenam di pantai itu berpendapat perbuatan itu bukan saja boleh merosakkan masa depan diri, malah keluarga remaja terbabit. Penduduk juga meminta pihak berkuasa supaya dapat membanteras sikap membuang sampah merata-rata tempat di kawasan pantai berkenaan sedangkan banyak tong sampah disediakan. Penduduk, Azira Rahim, 45, berkata perbuatan remaja terbabit bukan saja merosakkan nama baik keluarga, malah masa depannya yang akan menghidap penyakit termasuk sakit jantung jika kerap meminum minuman keras murah. "Saya agak terperanjat ketika mengunjungi pantai berkenaan apabila mendapati botol minuman keras ditinggalkan di bangku rehat di pantai berkenaan dengan sewenang-wenangnya oleh mereka yang tak bertanggungjawab, " katanya. Beliau kesal kerana remaja yang kebanyakan pelajar dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadikan beberapa pantai peranginan dan perkelahan di daerah itu tempat mereka melakukan perbuatan tidak bermoral. Seorang lagi pengunjung, Lam Chong Yee, 53, berkata perbuatan remaja berkenaan boleh merosakkan masa depan mereka. Beliau bimbang, jika keluarga remaja terbabit tidak membanteras perbuatan terkutuk itu boleh menyebabkan mereka ketagih arak dan merosakkan kesihatan serta masa depan mereka. Sehubungan itu, Lam meminta kerjasama semua pihak supaya mengawasi anak masing-masing termasuk jika keluar pada waktu malam bagi mengelak daripada terjebak dengan perbuatan terkutuk berkenaan. "Jangan menyalahkan pihak yang berkuasa saja, sebaliknya, ibu bapa adalah orang yang bertanggungjawab terhadap anak masing-masing," katanya. |
| Pemuda UMNO Kelatan Maki Berahim Katak Posted: 29 Jun 2010 08:11 PM PDT Jangan hentam tanpa fakta jelas: Pemuda UMNO KOTA BHARU - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan mengingatkan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali supaya tidak menghentam sesama sendiri tanpa fakta jelas. Ketuanya, Anuar Safian berkata, beliau percaya Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menubuhkan Perkasa adalah semata-mata mahu menjadi ikon nasional dan menentukan kemenangannya di Parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang. Menurutnya, realitinya Ibrahim tidak lagi mendapat tempat di hati Pas malah UMNO juga belum tentu sekiranya beliau mengambil sikap sedemikian. "Malahan dengan tindakan beliau yang memutar belitkan isu di sebalik kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong seolah-olah beliau menjadi jaguh orang Melayu dalam negara ini. "Ibrahim harus sedar bahawa selaku orang lama dalam politik, beliau tidak sepatutnya mencari isu murahan seperti itu untuk jadi jaguh. "Sebaliknya perlu melihat kepada sensitiviti dasar yang hendak dilaksanakan Perdana Menteri dengan konsep 1Malaysia," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Beliau berkata, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memberi penjelasan terhadap isu itu, malah Ka Siong beri penjelasan kepada Pengerusi Pemuda Barisan Nasional berkaitan perkara itu. "Jadi ia tak perlu lagi dibesar-besarkan. Pemuda negeri bukan hendak campuri isu perbalahan antara beliau dengan Khairy tetapi harus diingat yang majoriti Pemuda seluruh negara berada bersama-sama Khairy," katanya. |
| Projek Monarel Melaka Ditangguh Lagi Posted: 29 Jun 2010 07:17 PM PDT Apani Ali Rustam..asyik tangguh jer..roswah ke ni Projek monorel tertangguh lagi? stesen Monorel Hang Tuah masih dalam proses pembinaan walaupun kerajaan negeri menjanjikan produk pelancongan baru itu akan beroperasi akhir bulan ini. MELAKA 29 Jun - Entah di mana silapnya, pembinaan produk pelancongan menyusuri Sungai Melaka dikenali monorel sepanjang 1.6 kilometer bernilai RM28 juta yang dijanjikan kerajaan beroperasi akhir bulan ini mungkin tertangguh lagi. Tempoh akhir bulan ini merupakan tarikh kedua diberi kerajaan negeri untuk melihat monorel tersebut beroperasi selepas tarikh pertama yang sepatutnya dijadual mula beroperasi pada 31 Mei lalu gagal ditepati. Namun, tinjauan Utusan Malaysia semalam mendapati, operasi monorel yang diumumkan pembinaannya pada Mac 2008 itu kali ini mungkin ditangguh lagi. Ini kerana tinjauan mendapati, pembinaan hentian di Stesen Hang Tuah berhampiran Eye On Melaka tidak berjalan lancar apabila sebahagian tiang, dinding, bumbung dan tangga yang masih belum siap hingga ke hari ini. Situasi itu jauh berbeza dengan sebuah lagi stesen, Stesen Hang Jebat di Taman Rempah yang boleh dikatakan sudah 99 peratus siap yang cuma memerlukan sedikit masa untuk kerja-kerja pembersihan dan penurapan jalan di kawasan sekitarnya. Salah seorang pekerja binaan yang ditemui di Stesen Hang Jebat berkata, semua kemudahan di stesen itu telah siap termasuk elektrik, air dan landskap di kawasan sekitarnya. Dia yang enggan dikenali berkata, stesen tersebut sudah boleh beroperasi dalam masa beberapa hari saja lagi, tetapi monorel tidak dapat digunakan kerana kerja-kerja pembinaan di stesen kedua, Stesen Hang Tuah tidak berjalan lancar. "Stesen Hang Jebat kita dah siap, tapi pembinaan di Stesen Hang Tuah lambat sikit, mungkin lagi sebulan baru siap," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia. Pada Mac 2008, kerajaan negeri mengumumkan Melaka bakal mempunyai produk pelancongan dan kemudahan pengangkutan monorel bernilai RM28 juta meliputi taman permainan roller coaster di Sungai Melaka. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika itu berkata, monorel itu akan mula dibina sebulan selepas itu dan apabila keseluruhan projek siap, ia bakal menjadi taman permainan terbuka seperti Disneyland. Projek tersebut yang pada masa itu dijangka siap pada Mac lalu itu bagaimanapun gagal beroperasi pada masa yang dijadualkan dan ditunda ke tarikh 31 Mei lalu untuk mula beroperasi. Para tarikh tersebut juga, masyarakat khususnya para pelancong sekali lagi kecewa apabila monorel pertama kebanggaan rakyat negeri itu masih belum boleh beroperasi. Kelewatan kali ini dikatakan berpunca daripada kegagalan pembinaan tiang monorel berhampiran Stesen Hang Tuah di Kampung Bunga Raya Pantai apabila penduduk kampung tersebut pada mulanya enggan menerima pampasan untuk pengambilan tanah mereka. Bagaimanapun, hasil rundingan kerajaan negeri diketuai Mohd. Ali, kesemua 42 keluarga di kampung berkenaan akhirnya akur dengan kehendak kerajaan negeri membangunkan kawasan tersebut menjadi pusat komersial untuk tarikan pelancong. Masalah itu juga dianggap selesai apabila kerajaan negeri juga telah membayar wang pampasan keseluruhan berjumlah RM1.4 juta kepada semua 42 keluarga tersebut pada 4 Disember tahun lalu. Namun, selepas melihat monorel itu masih juga tidak beroperasi pada 31 Mei lalu dan tidak mungkin pada hujung bulan ini, rakyat sekali lagi berasa kecewa. Justeru, adalah diharapkan kerajaan negeri segera mempercepatkan pembinaan monorel ini supaya monorel menjadi daya tarikan pelancong yang unggul seterusnya meningkatkan ekonomi kerajaan dan rakyat. |
| Posted: 29 Jun 2010 05:59 PM PDT
Cikgu ni mendidik anak bangsa atau menghancurkan anak bangsa. Ya..Bukan semua cikgu yang berperangai macam hantu. Tapi ada juga cikgu yang berperangai macam hantu bila jumpa artis kesayangan mereka. Di bawah ini koleksi gambar dari Cursingmalay yang ambil gambar ini semasa hadiri majlis Sambutan Hari Guru peringkat Negeri Sembilan yang turut dihadiri MB Negeri Sembilan, Mohammad hassan. Tengoklah aksi-aksi gedik cikgu cekgi ini.. ![]() ![]() Dilaporkan bahawa Mawi terpaksa stop show sekejap semata-mata seorang Cikgu gila-gila nak bergambar dengan dia. Dan paling mengaibkan, Pipi cikgu tu dengan pipi Mawi hampir berlaga. Ada juga cikgu yang gedik berdiri rapat sangat sampai Mawi sendiri naik segan kerana guru tu menggesel badannya pada mawi. Mawi terpaksa sound seorang dua cikgu yang nak peluk bahu dia. Kenapalah cikgu yang bertudung sanggup lakukan perkara haram itu. Tak malu ke pada tuhan di bulan Rejab ini??? Bagaimana jika anak murid lihat gurunya bergedik..tentu dia juga akan bergedik dengan lelaki lain hingga buang anak..bukankah jika guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Malu betullah ada guru islam yang berperangai macam budak liar ini Bertaubatlah wahai cikgu sekalian. Janganlah cemari nilai cikgu dengan perangai gedik anda itu. Janganlah cemari moral tinggi yang ada pada guru, dengan perilaku anda ini. Nanti semua guru dituduh tak bermoral bila jumpa artis. Bab kata pepatah kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Saya bukan nak cemari imej guru, kerana mak dan ayah saya juga guru. Bahkan pengorbanan ayah dan mak dalam profesion ini amatlah besar. Ayah saya sendiri, terpaksa berulang alik sejauh 100 km sehari semata-mata untuk mengajar di sekolah luar bandar (juga kerana permainan politik umno yang zalim, yang buang guru pro islamik jauh-jauh ke luar bandar). Jadi guru-guru lain janganlah cemari imej guru itu sendiri. Bertaubatlah..Mohon maaf pada suami masing-masing.
|
| UMNO Dah Menggelabah Isu Pengundi Baru Posted: 29 Jun 2010 05:32 PM PDT Ini mesti orang UMNO yang tulis surat pembaca di bawah ini..padan muka ko UMNO...biar rakyat humban ko dalam Pru 13 akan datang.. Belia Melayu patut sedar hak sebagai pengundi STATISTIK yang menunjukkan pengundi Melayu khususnya orang muda ramai tidak mendaftar sebagai pengundi memerlukan anjakan paradigma dalam diri mereka. Belia hari ini masih kabur dengan sejarah bangsa kita yang berjuang bermati-matian menentang Malayan Union (MU) hingga tertubuhnya negara kita yang merdeka hari ini. Belia Melayu perlu 'dijentik dan dijolok' jika mereka masih leka dengan hak memilih di bawah sistem demokrasi, maka jika hak Perlembagaan kita tergadai nanti maka mata hitam bakal menjadi putih. Nisbah 1:40 pengundi Melayu berbanding pengundi bukan Melayu amat memeranjatkan seolah-olah orang kita tidak kisah kehilangan kuasa dianugerahkan oleh Perlembagaan Persekutuan 1957. Jangan kelak apabila kuasa satu undi yang diberi kepada kita tidak digunakan dengan sebaiknya kita mahu memberontak pula. Majoriti 2/3 Kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin susut dilanda tsunami 2008 sepatutnya menyedarkan parti yang tewas untuk menggembleng tenaga menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan memperkasakan daftar pengundi ahli UMNO dan parti komponen Bumiputra lain. Walau sehebat mana manifesto kita membela rakyat keputusan akhir bergantung kepada jumlah undi yang ada di dalam peti undi ketika pilihan raya. Pembangkang mula berkempen mendaftar pengundi mereka di merata negara ini. Parti komponen BN dilihat baru mula bergerak membentuk skuad sayang untuk kerja kebajikan semata-mata. Mungkin skuad ini boleh dijana untuk memberi kesedaran kepada wanita dan belia untuk menjadi pemilih berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Tugas ini bukan mudah kerana mereka perlu mengejutkan belia yang belum sedar bahawa di bawah Perlembagaan setiap rakyat Melayu dan Bumiputera ada tempat istimewa dan ini yang perlu dipertahankan dengan kuasa satu undi ketika pilihan raya. Elok juga daftar mengundi diwajibkan kepada warga negara Malaysia yang cukup umur 21 tahun supaya mereka sedar satu undi mempunyai impak besar dalam pentadbiran negara kita. Ketika ini di Selangor, gerakan parti pembangkang berkempen untuk memilih pendaftar sudah menjadi perkara lumrah. Kain rentang untuk tujuan itu, terpampang di merata tiang lampu dan dinding bangunan. Oleh itu, parti komponen BN perlu bergerak senada di masa Perdana Menteri kita masih gagah dengan agenda pentadbiran beliau. Kuasa ada di tangan kita dengan menjadi pengundi berdaftar bila cukup umur 21 tahun. Pemimpin yang ada jangan leka dengan agenda sendiri di depan TV menghadap bola Piala Dunia 2010 dan terlena hingga meninggi hari. Jika kuasa satu undi kita manfaatkan sebaiknya tidaklah nanti kita jadi seperti lagu Warisan. 'Bumi dipijak milik orang, nenek moyang kaya-raya tergadai seluruh harta benda…'. ABDUL RAZAK IDRIS, Banting, Selangor. ![]() |
| Mat Said Kesal Roswah Dalam JKR Posted: 29 Jun 2010 04:58 PM PDT Nak runtuh stadium pun kena rasuah..apalah punya JKR. Sepatutnya mat said masuk campur, bukannya keluar kenyataan yang dia hanya malu sahaja.. KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Ahmad Said kecewa kerana kerja pembersihan runtuhan sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak di sini, masih belum dilaksanakan hingga kini. Ahmad berkata, beliau masih belum mendapat sebarang maklumat berhubung kerja pembersihan runtuhan itu daripada Jabatan Kerja Raya (JKR). "Saya tak tahulah, JKR yang buat penilaian dan mengeluarkan tender. Saya difahamkan ramai sangat yang masuk untuk mendapatkan kerja pembersihan itu sehingga 40 kontraktor. "JKR ada penilaiannya sendiri melalui lembaga tendernya. Kalau saya, senang saja pilih yang murah untuk jimat kos. Nak nilai apa yang lama sangat sehingga lima dan enam bulan belum selesai lagi. Saya pun rasa malu juga," katanya selepas majlis penyerahan komputer riba mini atau e-book kepada pelajar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk di sini, semalam. Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan orang ramai berhubung kerja pembersihan bumbung stadium itu yang runtuh pada 2 Jun tahun lalu, masih terbengkalai sehingga kini walaupun laporan kertas siasatan berhubung punca kejadian itu diumumkan kerajaan negeri April lalu. |
| Piala Dunia (37) : Sepanyol & Paraguay Layak Ke Suku Akhir Posted: 29 Jun 2010 04:19 PM PDT Piala Dunia: Sepanyol 1 Portugal 0 CAPE TOWN: Juara Eropah, Sepanyol mempamerkan keunggulan apabila menumpaskan Portugal 1-0 pada pusingan kedua Piala Dunia di Stadium Green Point sebentar tadi. Gol tunggal jaringan penyerang David Villa pada minit ke-63 hasil hantaran Inesta sudah cukup untuk memastikan Sepanyol menempah tiket ke pusingan suku akhir. Piala Dunia: Paraguay 5, Jepun 3 (Penentuan penalti) Paraguay mara ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Jepun 5-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan apabila tamat masa tambahan dalam perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Loftus Versfeld malam tadi. Jepun gagal meraih gol pada penalti ketiga apabila sepakan Yuichi Komano terkena palang. Paraguay akan dengan Sepanyol pada peringkat suku akhir.
![]() |
| UMNO Sabah Dah Gedebe...Tuntut Kerusi Dari Parti Komponen BN Lain Posted: 29 Jun 2010 06:10 AM PDT Kah..kah UMNO Sabah..belum PRU lagi dah gaduh berebut kerusi. Macamana nak masuk Sarawak. Parti komponen Sarawak terutama PBB perlu jaga-jaga dengan UMNO nih. Mereka jenis cantas mencantas punya orang. Memang UMNO bawa bala dulu, kini dan selama-lamanya.. Belum masa untuk putuskan pengagihan kerusi di Sabah PENAMPANG 29 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan hari ini, belum sampai masanya memutuskan sama ada pengagihan kerusi Barisan Nasional (BN) di Sabah dikekalkan "status quo"nya ataupun tidak menjelang pilihan raya seterusnya. "Belum sampai masanya kita buat apa-apa keputusan, kenapa orang nak melatah dan terlalu banyak riak pada masa sekarang. "Saya belum membuat sebarang keputusan tentang apapun... Serahkan pada saya untuk memutuskan apa yang terbaik bagi Sabah. Pada masa ini, kita jangan terlalu teruja tentang apa pun," katanya ketika ditanya sama ada beliau mempertimbangkan untuk sebarang perubahan dari segi politik di Sabah. "Terlalu banyak politiking dalaman, tapi walau apapun ia, nasihat saya ialah tumpukan untuk berkhidmat kepada rakyat. "Kita mesti tunjuk, kita sebuah parti yang prihatin dengan rakyat di Sabah, itu yang penting sekali," katanya kepada pemberita selepas program tinjauan mesra beliau ke Pasar Lido, dekat sini. Najib ditanya demikian berikutan baru-baru ini, terdapat pergeseran sesama parti-parti komponen BN di Sabah apabila ada yang meminta supaya kerusi tertentu diberikan kepada parti mereka pada pilihan raya akan datang. Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh dilaporkan meminta supaya kerusi DUN Merotai dikembalikan kepada UMNO kerana Parti Liberal Demokratik (LDP) yang memegang kerusi tersebut selama dua penggal, gagal membawa perubahan kepada kawasan tersebut. Ahad lalu pula, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin menyarankan agar kerusi Parlimen Putatan diserahkan kepada calon UMNO untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang, yang kini diwakili calon dari Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Marcus Majigoh. – Bernama |
| Tian Chua Rayu Ke Mahkamah Rayuan..Sama ada RM 2,001 Atau RM 2,000 Posted: 29 Jun 2010 05:28 AM PDT Denda RM2,000: Tian Chua mohon rayu keputusan mahkamah PUTRAJAYA 29 Jun – Ahli Parlimen (MP) Batu, Tian Chua, yang tidak pasti tentang statusnya sebagai wakil rakyat, memfailkan permohonan kepada Mahkamah Rayuan hari ini supaya membenarkan beliau merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Jun lepas yang mendendanya RM2,000 kerana mencederakan seorang anggota polis. Tian Chua perlu berbuat demikian kerana kesnya berasal dari Mahkamah Majistret. Dalam permohonan beliau, Tian Chua, yang nama penuhnya Chua Tian Chang, 47, juga memohon agar dia diberi tempoh lanjutan selama 14 hari untuk memfailkan dan mengemukakan notis rayuan. Dalam afidavitnya, Tian Chua berkata, beliau wajar diberi kebenaran membuat rayuan kerana terdapat 13 persoalan undang-undang yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah. Antara persoalan itu ialah sama ada denda RM2,000 yang dikenakan itu menghilangkan kelayakannya sebagai Ahli Parlimen mengikut Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha mengenakan denda RM2,000 terhadap wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu selepas mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 yang dikenakan terhadap Tian Chua sebelum itu kerana mencederakan Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, di jalan menghala ke bangunan Parlimen pada 10.45 pagi 11 Disember 2007. – Bernama Justice4all : Baguslah Tian Chua rayu ke mahkamah. Biar hakim buat keputusan terhadap 13 persoalan undang-undang yang diperdebatkan termasuk kelayakannya sebagai Ahli Parlimen. Sama ada gugur jadi ahli Parlimen ikut keputusan Mahkamah Agung pada 1993 yang menyatakan gugur jadi ahli Parlimen jika didenda RM2001 atau tafsiran Perkara 48, Perlembagaan Persekutuan yang membawa maksud RM2,000. Apapun, dalam isu ini, tafsiran UMNO yang penting. Jika mereka rasakan prk Parlimen Batu tak perlu diadakan kerana yakin kalah dan mencemarkan imej mereka, maka tafsiran RM 2,001 diputuskan mahkamah. Jika UMNO yakin boleh menang, maka mahkamah akan putuskan Tian Chua perlu kosongkan kerusi Parlimen Batu..ianya semuanya bergantung pada UMNO, bukannya keadilan dan keluhuran undang-undang. Seperti kata Dr Aziz Bari, ada 2 set undang-undang. Satu untuk UMNO, satu untuk orang lain. Dan hakim akan memihak pada UMNO dengan putar belit segala undang-undang. Untuk rakyat, hakim putar juga tapi putar untuk kenakan rakyat. Bukankah Ketua hakim Negara adalah peguam UMNO..sudah tentu anak buahnya akan ikut cakap UMNO..tengoklah kalau tak percaya.. |
| Jadual Perlawanan Malam Ni..Saya Sokong Jepun & Sepanyol Posted: 29 Jun 2010 03:31 AM PDT Jadual Piala Dunia Malam Ini & Awal Pagi Esok BERIKUT adalah jadual perlawanan peringkat kalah mati yang akan berlangsung malam ini dan awal pagi esok. Perlawanan pada malam ini akan menyaksikan pertembungan sengit di antara juara Kumpulan F, Paraguay dan naib juara Kumpulan E, Jepun, satu-satunya pasukan tunggal dari Asia. Sementara itu, juara Kumpulan H, Sepanyol akan menentang naib juara Kumpulan G, Portugal pada awal pagi esok. Malam ini Paraguay lwn Jepun, 10.00 mlm Awal pagi esok Sepanyol lwn Portugal, 2.30 pagi Saya sokong Jepun & Sepanyol |
| Posted: 29 Jun 2010 02:38 AM PDT Ini berita satu Abdul Wahab nafi sertai UMNO KANGAR - Aktivis Sunnah Wal Jamaah, Abdul Wahab Abdullah semalam, menafikan dirinya menjadi sebahagian daripada 40 ulama muda yang menyertai UMNO seperti yang dihebahkan media sebelum ini. Dalam satu sidang media di sini semalam, Abdul Wahab berkata, tidak pernah mengisi sebarang borang untuk menyertai parti itu dan semuanya hanya tipu muslihat yang dimainkan oleh pihak tertentu dalam UMNO yang dilihat cuba mencari publisiti untuk kepentingan politik mereka. Menurutnya, tujuan sebenar beliau hadir ke majlis itu adalah mewakili Persatuan Al-Islah Perlis untuk berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan. "Saya tidak tahu mengenai penyerahan borang menyertai UMNO itu, kerana saya pergi untuk tujuan lain iaitu bagi mendapatkan imej baik dalam Persatuan Islah, bukan untuk menyertai UMNO. Tetapi agenda itu disusun untuk tujuan lain. "Perkara itu seperti cuba memerangkap golongan ulama untuk menyertai parti itu," katanya dalam sidang media menafikan penyertaan beliau dalam UMNO, di Balai Islam sekolah Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (Madi), Jejawi, di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Dewan Pemuda Pas Perlis, Yaakub Abu Seman; Pegawai Perhubungan Awam Pas, Khairi Hassan dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Perlis, Khoo Yang Chong. Sementara itu, Yaakub berkata, beliau kesal dengan kejadian itu kerana ada sebahagian daripada mereka yang berada di majlis itu terpedaya dengan mainan politik Shahidan. Menurutnya, beberapa individu dari Perlis yang hadir dalam majlis itu mahu berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tujuan lain, sebaliknya terperangkap dengan mainan politik bekas Menteri Besar itu. "Pengaruh Shahidan semakin menurun jadi dia perlu lakukan sesuatu untuk menarik perhatian orang," katanya. "Sepatutnya, jika mahu berpolitik, berpolitiklah dengan cara baik," katanya kepada Sinar Harian. Difahamkan, Abdul Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (Madi), salah sebuah sekolah kelolaan Pas Perlis. Dan ini berita 2 Shahidan nafi perdaya "ulama" masuk UMNO 29/06/2010 5:09pm BUTTERWORTH 29 Jun - Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau telah memperdaya empat orang "ulama" untuk menyertai UMNO tanpa pengetahuan mereka. Katanya, dakwaan yang dipetik oleh sebuah laman akhbar web Harakahdaily adalah satu pembohongan yang cuba mengelirukan orang ramai dan memburukkan UMNO kerana keempat-empat lelaki yang mendakwa mereka adalah "ulama", sebenarnya tidak diundang untuk menghadiri majlis penyerahan borang keanggotaan UMNO kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. "Saya terkejut dengan dakwaan berkenaan kerana mereka datang ke majlis kita tanpa dijemput dan hanya dibawa oleh seorang ustaz yang merupakan orang kuat UMNO," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau yang juga penganjur majlis penyerahan borang keanggotaan 40 ulama untuk menyertai UMNO itu berkata, apa yang berlaku sebenarnya ialah ustaz berkenaan yang juga kenalan beliau itu telah memaklumkan bahawa anaknya bersama tiga lagi rakan penuntut di sebuah universiti di Jordan ingin turut serta dalam majlis itu kerana hendak berjabat tangan dengan Perdana Menteri. "Pada mulanya saya menghalang kerana ia adalah majlis khas, bagaimanapun mereka beria-ia untuk menyertai dan berjumpa dengan Najib dan saya terpaksa akur," kata beliau. Harakahdaily memetik Hosni Mubarak Abdul Hamid bersama rakan-rakannya konon telah dijemput menghadiri majlis itu bagi bertemu dengan Perdana Menteri dan bukannya hendak menyertai UMNO. Hosni, 27, mendakwa beliau dan tiga lagi rakannya diminta beratur menyambut Najib sebelum gambar mereka diambil bertalu-talu oleh jurugambar dan akhbar-akhbar tempatan, kemudiannya mendakwa kononnya mereka telah menyertai UMNO. Shahidan berkata, beliau tidak pernah berjumpa dengan empat "ulama" itu dan akan membuat laporan polis terhadap berita yang disifatkan sebagai fitnah itu. - Bernama Yang mana satu betul ni.. |
| Seekor Ayam Masih Hidup Walaupun 2 Kali Disembelih Posted: 28 Jun 2010 11:54 PM PDT Macam-macam kisah pelik. Kali ini kisah seekor ayam tak mati-mati walaupun disembelih sebanyak 2 kali..inilah kisah kekuasaan Allah di Perak Nyawa ayam masih panjang TAMAN MERU – Ibarat bangkai bernyawa. Ayam jantan yang dibeli Ahmad Nayan, 70, tiga bulan lalu masih hidup walaupun sudah dua kali disembelih. Menurutnya, dia yang ingin menikmati hidangan ayam bersama keluarga pada 26 Jun lalu, menyembelih tujuh ekor ayam yang dipelihara sejak tiga bulan. "Kira-kira jam 9 pagi, saya menyembelih kesemua ayam itu tetapi seekor daripadanya masih bernyawa. Saya menyembelihnya kali kedua pada keesokannya," katanya kepada Sinar Harian di kediamannya, semalam. Ahmad berkata, ayam seberat empat kilogram yang dibeli dari pasar Jelapang itu akhirnya dibiarkan dan sehingga saat ini masih lagi bernyawa. "Ayam ini seolah-olah mempunyai satu tenaga yang luar biasa walaupun urat merihnya sudah putus. "Masuk hari ini (semalam), sudah tiga hari ia masih hidup dan tidak makan. Perkara ini adalah yang pertama terjadi kepada saya," katanya. Ketika ditanya sama ada mahu menjual ayam itu ataupun tidak, katanya buat masa ini dia berhasrat untuk memeliharanya. |
| Gila Bola : Bunuh Anak Kerana Ganggu Tengok World Cup Posted: 28 Jun 2010 11:27 PM PDT Macam-macam manusia gila kerana Piala Dunia. Haritu sebuah Universiti di Dhaka terpaksa ditutup gara-gara pelajar merusuh kerana tak dapat tengok bola. Kali ini seorang bapa bunuh anak kerana ganggunya tengok bola.. Anak dibunuh kerana menangis ketika Piala Dunia CHICAGO 29 Jun - Seorang lelaki Texas sanggup membunuh anak perempuan tirinya berusia dua tahun gara-gara kanak-kanak itu enggan berhenti menangis ketika perlawanan Piala Dunia sedang berlangsung. Hector Castro, 28, memukul kanak-kanak itu beberapa kali menyebabkan tulang rusuk mangsa patah sebelum mencekiknya ketika perlawanan antara Amerika Syarikat dan Ghana sedang berlangsung Sabtu lalu, lapor The McAllen Monitor. Suspek kemudian menyumbat sebatang skru ke dalam tekak mangsa untuk menunjukkan seolah-olah ia satu kemalangan sebelum memanggil ambulan, lapor akhbar Texas. Ternyata skru tersebut bukan penyebab kematian dan polis segera dipanggil ke apartmen tersebut di mana empat lagi kanak-kanak yang ada di kediaman itu didapati selamat. - AF memang dah gila manusia. Segila Najib dan UMNO yang mengaku islam, tapi nak lulus judi bola. Nasib baik rakyat bangkit dan kerajaan tarik balik keputusan mereka. Dan satu lagi nasib baik, Mahader suka judi dah tak jadi pm..kalau tak, tentu lesen judi dah lulus dengan senang, sebab mahader ni pernah bersumpah, jika dia pm, sudah tentu rakyat boleh main judi bola..nasib baik betul dia sekarang ni hanya jadi gurkha sahaja.. ![]() |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
.jpg)



























Tiada ulasan:
Catat Ulasan