Generasi Pewaris Khilafah |
| Penjara Pudu Warisan Koloni British Posted: 29 Jun 2010 09:01 PM PDT Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menolak tanggapan bahawa Penjara Pudu yang berusia lebih 100 tahun adalah sebuah bangunan warisan.Beliau berkata, sesuatu yang dianggap warisan mestilah mempunyai ciri-ciri kebangsaan yang besar nilainya, ciri-ciri sejarah yang membentuk masyarakat serta nilai estetika dan nilai seni bina."Penjara semata-mata bukanlah satu warisan yang boleh melonjakkan nilai nasional atau nilai estetika. Namun demikian bagi mereka yang mempunyai kerinduan di zaman lampau, kita boleh menggunakan pintu gerbang sebagai satu preservasi," katanya selepas menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang 2009 bagi warga kementerian itu di Istana Budaya, di sini, semalam. Rais berkata, Uda Holdings Berhad bebas membuat sebarang pembangunan di tapak penjara itu tetapi kementerian mahu pintu gerbang penjara itu dirizabkan.Minggu lalu, tembok Penjara Pudu sudah dirobohkan kontraktor dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi membina laluan bawah tanah di Jalan Pudu. Penjara Pudu dibina pada 1895. - sumber : Bernama komentar : Pada pandangan saya, Datuk Rais kena belajar dengan Datuk Ali Rustam bagaimana cara untuk mengekalkan bangunan warisan yang rasanya boleh dijadikan salah satu daripada tarikan pelancong. Bangunan Penjara Pudu adalah bangunan warisan penjajah british yang masih tinggal sebenarnya dan sewajarnya dijadikan bahan warisan sejarah sepertimana tinggalan kota A-Farmosa. Tetapi andai kata keputusan yang dibuat untuk kemaslahatan semua adalah wajar dipertimbangkan sama ada ianya perlu dikekalkan atau tidak sebagai warisan sejarah. |
| Monorel Datuk Ali Tak Siap : Salah Siapa ?? Posted: 29 Jun 2010 07:30 PM PDT Entah di mana silapnya, pembinaan produk pelancongan menyusuri Sungai Melaka dikenali monorel sepanjang 1.6 kilometer bernilai RM28 juta yang dijanjikan kerajaan beroperasi akhir bulan ini mungkin tertangguh lagi.Tempoh akhir bulan ini merupakan tarikh kedua diberi kerajaan negeri untuk melihat monorel tersebut beroperasi selepas tarikh pertama yang sepatutnya dijadual mula beroperasi pada 31 Mei lalu gagal ditepati. Ini kerana tinjauan mendapati, pembinaan hentian di Stesen Hang Tuah berhampiran Eye On Melaka tidak berjalan lancar apabila sebahagian tiang, dinding, bumbung dan tangga yang masih belum siap hingga ke hari ini.Situasi itu jauh berbeza dengan sebuah lagi stesen, Stesen Hang Jebat di Taman Rempah yang boleh dikatakan sudah 99 peratus siap yang cuma memerlukan sedikit masa untuk kerja-kerja pembersihan dan penurapan jalan di kawasan sekitarnya. Salah seorang pekerja binaan yang ditemui di Stesen Hang Jebat berkata, semua kemudahan di stesen itu telah siap termasuk elektrik, air dan landskap di kawasan sekitarnya.Dia yang enggan dikenali berkata, stesen tersebut sudah boleh beroperasi dalam masa beberapa hari saja lagi, tetapi monorel tidak dapat digunakan kerana kerja-kerja pembinaan di stesen kedua, Stesen Hang Tuah tidak berjalan lancar. Pada Mac 2008, kerajaan negeri mengumumkan Melaka bakal mempunyai produk pelancongan dan kemudahan pengangkutan monorel bernilai RM28 juta meliputi taman permainan roller coaster di Sungai Melaka. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika itu berkata, monorel itu akan mula dibina sebulan selepas itu dan apabila keseluruhan projek siap, ia bakal menjadi taman permainan terbuka seperti Disneyland. Projek tersebut yang pada masa itu dijangka siap pada Mac lalu itu bagaimanapun gagal beroperasi pada masa yang dijadualkan dan ditunda ke tarikh 31 Mei lalu untuk mula beroperasi.Para tarikh tersebut juga, masyarakat khususnya para pelancong sekali lagi kecewa apabila monorel pertama kebanggaan rakyat negeri itu masih belum boleh beroperasi.Kelewatan kali ini dikatakan berpunca daripada kegagalan pembinaan tiang monorel berhampiran Stesen Hang Tuah di Kampung Bunga Raya Pantai apabila penduduk kampung tersebut pada mulanya enggan menerima pampasan untuk pengambilan tanah mereka.Bagaimanapun, hasil rundingan kerajaan negeri diketuai Mohd. Ali, kesemua 42 keluarga di kampung berkenaan akhirnya akur dengan kehendak kerajaan negeri membangunkan kawasan tersebut menjadi pusat komersial untuk tarikan pelancong. Masalah itu juga dianggap selesai apabila kerajaan negeri juga telah membayar wang pampasan keseluruhan berjumlah RM1.4 juta kepada semua 42 keluarga tersebut pada 4 Disember tahun lalu.Namun, selepas melihat monorel itu masih juga tidak beroperasi pada 31 Mei lalu dan tidak mungkin pada hujung bulan ini, rakyat sekali lagi berasa kecewa. |
| You are subscribed to email updates from Generasi Pewaris Khilafah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.