Rabu, 2 Jun 2010

Dunia Berwarna Luna Version 2

Dunia Berwarna Luna Version 2


Berjuanglah, usah dibazir usia muda!!

Posted: 01 Jun 2010 10:49 PM PDT

Oleh : Lanh14

*Ini cerita lama yang rasa saya relevan berdasarkan perkembangan semasa.

Saya hadir di Masjid Tabung Haji tengah hari tadi. Selain bersolat Jumaat, saya terpanggil untuk sama-sama menyertai membantah kezaliman rejim Zionis (Israel dan sekutunya Amerika) ke atas penduduk Gaza. Saya tidak dapat menahan diri daripada tidak membuat apa-apa selepas melihat gambar menyayat hati anak-anak Palestin yang dibunuh sedemikian rupa.

Ketika berada di Masjid Tabung Haji, saya teringatkan suasana yang hampir sama pada2001. Ketika itu saya solat Jumaat di masjid itu, kemudian menyertai jemaah membantah pembataian Amerika ke atas umat Islam Afghanistan.

Sebagai orang muda (ketika itu masih berusia 30-an), selepas solat saya pun bingkas bangkit, penuh bersemangat, berlari, berarak beramai-ramai ke Kedutaan Amerika. Panas mentari tidak dipedulikan. Laungan takbir saya turut membantu gegak gempita pemuda. Di depan pintu masuk kedutaan, saya gagah menahan panas untuk mengikuti ceramah ringkas pemimpin.

Ketika itu Afghanistan diperintah Taliban yang dituduh Amerika menyorokkan tokoh didakwa pengganas nombor satu dunia, Osama bin Laden. Kerana Taliban enggan menyerahkan Osama dan pemimpinnya Mullah Omar, Amerika pun menghujani bumi barakah itu ledakan dan bedilan roket.

Tindakan Amerika itu menyebabkan ratusan ribu rakyat Afghanistan menyerang sempadan, menjadi pelarian di Pakistan. Salah satu bandar sempadan yang menjadi tumpuan adalah Peshawar.

Hendak dijadikan cerita, saya dan jurugambar Nasir Sudin dihantar ke Peshawar untuk membuat liputan. Ketika itu semangat tinggi, apatah lagi ketika berada di sana, suasana sungguh menyayat dan memilukan kerana ketika itu Ramadan. Jadilah Ramadan yang dikongsi bersama pelarian Afghanistan begitu mengesankan. Masih terbayang-bayang kesejukan malam solat tarawih bersama jemaah di Masjid Emas, Peshawar.

Juga terbayang menikmati epal berdebu untuk berbuka puasa. Orang di sini nampaknya tidak peduli membasuh buah-buahan, mereka makan saja. Lagi pun air susah didapati. Jadi kami pun sama-sama makan epal berdebu. Bertawakal sajalah.

Hari ini saya benar-benar insaf kerana ketangkasan itu tiada lagi pada diri saya. Saya berjalan lambat-lambat ke Kedutaan Amerika. Nasib saya baik kerana berjalan di bawah bendera besar PAS yang dijulang oleh sekumpulan pemuda perkasa. Saya menumpang teduh di bawah bendera itu kerana tidak tahan sengatan sang matahari. Malulah saya berkeadaan begitu kerana ada golongan Hawa yang cergas bergerak di depan, tetapi 'apo nok dikato'.

Itulah saya, sejak disahkan sebagai penghidap kencing manis (diabetes) sejak tahun 2002, saya dapat merasakan kelainan diri. Kadang-kadang jika tekanan gula terlalu rendah, anggota badan akan berpeluh, kepala mula pitam dan mahu muntah rasanya. Badan pun terasa sengal-segal, kadang-kadang mahu mengangkat tangan pun ada masalah.

Jadi sebelum saya pengsan di tengah-tengah orang ramai itu dan menyusahkan orang yang mahu berdemo, lebih baik saya mencari ketenangan diri. Pada perhimpunan hari ini, saya yang sudah berada di depan pintu masuk Kedutaan Amerika, kemudiannya melintasi jalan dan mencari teduh di bawah pokok besar berhampiran Kedutaan Singapura.

Seorang rakan yang terserempak di sana, tertawa memandang saya. Ehh, demo di bawah pokok, katanya yang saya tahu ikhlas dan memahami di sebalik kata-kata itu. Tetapi terasa juga betapa saya semakin tua dan tidak berdaya. Saya buat setakat yang saya boleh, tidak terikut-ikut dengan upaya orang lain. Kalau orang boleh berdiri, berdirilah; biarlah saya duduk asalkan tidak menyusahkan orang lain.

Saya cukup sedar bahawa terkandung pengajaran yang cukup bermakna yang perlu saya dan rakan-rakan dan pembaca hayati. Orang tua-tua dan bijak berkata; ketika zaman kanak-kanak ilmu tiada, tenaga tiada pengalaman pun tiada; ketika muda tenaga banyak pengalaman kurang; sudah tua pengalaman banyak, ilmu banyak tetapi sayang tenaga pula sudah habis; itulah sebabnya manusia selalu tersadung dalam hidup ini.

Jadi kepada anak-anak muda, saya ingatkan, perhebatkan perjuangan jangan dibazirkan tenaga muda itu sebab akan ditanya nanti - zaman muda kamu ke mana kamu habiskan?

Akan buruklah nasib badan jika dijawab dihabiskan di pub dan kelab (maksiat) sebaliknya akan berbahagiakan yang menjawab dihabiskan untuk perjuangan antara lain membela nasib umat Islam Palestin (Gaza) sekalipun melalui demonstrasi seusai solat Jumaat tadi.

*************

* Pagi ini (2 Jun 2010) ketika tertengok siaran Malaysia Hari Ini, pengacara TV3 hebat memperkatakan mengenai demonstrasi membantah keganasan rejim Israel ke atas aktivis di atas kapal bantuan bagi penduduk Gaza. Begitu ringan mulut pengacara berkata, rakyat Malaysia dapat bersatu membantah, ini membuktikan tiada sentimen agama dalam isu ini.

Sekali dengar, memang benar pandangan beliau bahawa isu ini adalah isu kemanusiaan sebenarnya, bukan berkaitan agama. Namun pada pandangan saya yang kurang arif ini, hidup dan matiku sebagai seorang Muslim adalah kerana agamaku Islam yang kucintai, kerana-Mu ya Allah ya Tuhanku dan Muhammad s.a.w. junjunganku.

Jika aku berdemo aku membuatnya kerana-Mu ya Allah, segala-gala kerana agamamu ya Allah, biarlah hidup dan matiku kerana-Mu. Bagiku Islam adalah paling tinggi, tiada yang setandingnya. Jika demikian tingginya Islam, apakah ertinya kemanusiaan itu?

Membuat kebaikan tetapi bukan atas landasan Islam (panduan digariskan Islam), anda tidak akan mendapat apa-apa, malah rugi dunia dan akhirat. Lihatlah bagaimana seorang pemuda Palestin dalam demo semalam (1.6.10) mengelar diri sendiri dan ada laporan menyatakan dia tekad membunuh diri. Apa, Islam ajar begitukah? Dengan mengelar dirinya dia bukan menolong orang Palestin tetapi menyusahkan orang ramai. Masyarakat sudah bertimbun dengan masalah, pemuda Palestin ini menambahkan masalah lagi. Jadi apa kebaikan dibuatnya dengan tindakan tidak berpandukan ajaran Islam itu?

Membuat kebaikan dan jihad atas nama Allah dan Islam sebagai satu-satu agama diredai-Nya, insya-Allah, saya dan saudara-saudara Muslimin dan Muslimat sekalian akan diganjari di dunia dan akhirat.

Jadi berjuang dan berjihadlah atas nama agamamu yang mulia, Islam dan bukan isme dunia termasuklah atas nama kemanusiaan! Marilah bersama-sama mencari keredaan dan hidayah Ilahi, bukannya memburu kemasyhuran dan laba dunia termasuklah berjuang atas nama kemanusiaan!

Kenapa dalam perang Badar, Allah hantar 1000 malaikat??

Posted: 01 Jun 2010 08:42 PM PDT

(Aku ingat 'Avatar' tu adalah filem dari animasi 'The Last Air Bender a.k.a The Legend of Aang', tapi bila melihat remaja palestin yang meniru makhluk Avatar biru di Palestin, akupun mencari penunggang Toruk di kalangan mereka, yang mana Toruk adalah raksasa paling ganas yang hanya lima Na'vi sahaja dapat menjinakkanya dalam sejarah pandora...)

Tiada 'Original Screenplay' dalam filem Avatar arahan terbaru James Cameron, dengan mengolah kembali filem 'Dances with Wolves' lakonan Kevin Costner yang memenangi 7 Academy Awards termasuk 'Best Picture', James Cameron hanya menukar watak red Indian kepada puak Na'vi yang berwarna biru, dan kuda di tukar kepada raksasa, manakala pihak United States Army ditukar kepada kumpulan military canggih siap dengan robot hidrolic dan beberapa waktak di beri peluang mengembangkan emosi.., berlatarkan kehidupan di plenet Pandora dan kemajuan sains di tahun 2154...

Babak akhir dalam filem 'Avatar' sedikit berbeza dengan 'Dances with Wolves' sebab mengikut sejarah, red Indian memang kalah teruk menentang tentara bersekutu, tapi dalam Avatar, puak Navi menang walaupun mereka hanya menggunakan lembing dan anak panah, sedangkan pihak penceroboh ada jet, heli dan robot tapi kalah kerana puak na'vi mendapat bantuan ghaib..

Bercerita tentang perang yang mendapat bantuan ghaib, teringat aku pada peristiwa perang badar, iaitu perang pertama ummat islam yang mana bilangan orang islam sikit, hanya 313 orang, itupun tidak ada kelengkapan perang yang sempurna, ada yang tiada senjata, hanya bawa pelepah tamar, ada yang tidak berbaju, kuda pun hanya ada 3 ekor jer, dan beberapa ekor unta, walaupun begitu, demi ugama, mereka sanggup menentang 1000 orang kafir yang lengkap bersenjata, siap dengan kuda dan perisai, dan pendek cerita, akhirnya orang kafir kalah teruk kerana orang islam menang cemerlang setalah mendapat bantuan ghaib dari Allah...

Arghh, aku bukan nak puji filem Avatar atau nak kaitkan perang dalam filem avatar dengan perang badar, aku rasa terpanggil nak menulis entry ini setelah melihat gambar gambar puak puak 'navi' di Palestin yang tersebar di internet, aku tak tahu sama ada ini provoke yahudi atau memang soheh remaja pelestin punya kerja yang sanggup berlagak sebagai puak na'vi dengan mengecat badan mereka dengan warna biru, mungkin mereka mengharapkan keajaiban bantuan dari alam ghaib seperti dalam filem avatar? Sama sama kita kupas isu tentang bantuan ghaib ini, (rasa skema semacam jer..)

Ok, kembali kepada perang Badar.., aku nak Tanya?

Tahukah korang? Kenapa dalam perang Badar, Allah hantar 1000 malaikat turun ke bumi membantu Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat? Sedangkan kita sedia maklum, bahawa satu malaikat sudah memadai untuk menghancurkan tentara kafir yang berjumpah seribu orang itu.

Kenapa perlu seribu malaikat?

Jika ikut sejarah, Nabi Nabi terdahulu, bila doa bala terhadap kaum mereka yang ingkar, bilangan Malaikat yang datang, hanya satu atau dua sahaja, lalu malaikat ini, dengan kuasa yang Allah beri, terus membalikkan bumi, atau di cantumkan gunung, atau di belah awan lalu memancar kilat yang seterusnya mengazab semua orang kafir sehingga lenyap di telan bumi..

Pendek cerita, Satu malaikat turun, satu kaum binasa, jumlahlahnya berpuluh puluh ribu, tenggelam di azab seksaan malaikat, tapi dalam perang badar, jumlah malaikat yang turun adalah sama banyak dengan bilangan tentera musuh, satu musuh satu malaikat, sehingga dalam riwayat menceritakan, ketika sahabat Nabi mengankat pelapah tamar, kepala musuh sudah terbelah dua…

Jadi, soalan aku, Kenapa dalam perang Badar, Allah hantar 1000 malaikat turun ke bumi membantu Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat? Sedangkan kita sedia maklum, bahawa satu malaikat sudah memadai untuk menghancurkan tentara kafir yang berjumpah seribu orang itu.

Bacaan yang menarik untuk dikongsi oleh Kereta Mayat.

Tiada ulasan: