Sabtu, 19 Jun 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Kata Nazri Aziz: Judi World Cup WAJIB untuk hormati non-Muslim, DAP apa tahu?!

Posted: 19 Jun 2010 07:47 PM PDT

Datuk Seri Nari Aziz menegaskan bahawa tindakan UMNO melalui Najib meluluskan lesen judi World Cup adalah wajib untuk menjaga hati NON-MUSLIM dan DAP sebenarnya gagal memahami hati nurani NON-MUSLIM yang begitu dahagakan perjudian. Apa pulak kata HARUSsani? Artikel disertakan:


Saturday, 19 June 2010 11:56am
©The Malaysian Insider (Used by permission)
By Shazwan Mustafa Kamal


KUALA LUMPUR, June 19 — Datuk Seri Nazri Aziz said the Najib administration's recent move to approve sports betting through tycoon Tan Sri Vincent Tan's Ascot Sports Sdn Bhd was a way to "respect" non-Muslim rights in the country.


The minister in the Prime Minister's Department said the government needed to take into consideration the rights of other citizens in the country and not just Muslims who form the majority.

"You must remember that the country does not belong to the Muslims. There are things that sometimes non-Muslims do, for example, gambling. It is their culture, their way of life and we have to respect their rights.

"Jangan semua undang-undang berdasarkan keperluan orang Islam sahaja (All laws in the country cannot be based on only the needs of Muslims)," Nazri (picture) told The Malaysian Insider this week.

The outspoken minister claimed that there was a general misconception that legitimising sports betting would earn the wrath of Malay-Muslim voters to vote against Barisan Nasional (BN) in the next general election.

"Go and ask the non-Muslims whether it will affect their votes, not just the Muslims. Our tendency is to always think from the Muslim point of view, as if non-Muslims are not an important part of the country. We cannot be like that, we have to consider their rights," said Nazri, who is also an Umno supreme council member.

The law minister slammed Pakatan Rakyat (PR) lawmakers for using the sports betting issue as a means to gain political points among Malay voters, who have traditionally been backing Umno and BN for decades.

Other BN parties such as the MCA and MIC have come out this past week to back the sports betting licence for Ascot Sports despite the government insisting that a licence has yet to be issued.

In a rare moment, Nazri agreed with former Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamed's claims that opposition to licensed sports betting from PR was "politically motivated and not because of Islam".

"Yes, I agree with Tun, although it may come as a surprise to you. DAP against sports betting? I think its just politicking because what's our concern (here)? Syariah (law) states that Muslims should not gamble. I agree, (there are) no two ways about that," said the law minister.

He disclosed the government will execute a system which will prevent Muslims from betting.

"We can have a system that will prevent Muslims from betting, so we will install it. If you want to bet, you must give your IC, full name. If you are Muslim, then naturally you can't place a bet."

However the minister stopped short of expressing confidence that such a system would be fool-proof.

"We can enforce it using whatever we have. But there is no 100 per cent guarantee that we can stop it (Muslims from betting)," said the Padang Rengas MP.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said this week that the Finance Ministry has not awarded a sports betting licence to Ascot Sports.

The finance minister has been elusive on the sports betting licence after it was reported that Berjaya Corporation had confirmed that the Treasury had approved the licence for Ascot Sports in its filing to Bursa Malaysia about its acquisition of the company.

"The Minister of Finance has given its approval for the re-issuance to Ascot of the licence to carry out sports betting operations upon certain terms and conditions," the announcement said.

However, the Treasury had earlier denied that the government awarded the betting licence to Ascot Sports.

The Finance Ministry told Parliament on June 7 that government has not yet concluded its discussions and terms regarding the legalisation of sports betting.

"The government has yet to issue a license to Ascot Sports Sdn Bhd for bookie operation in Malaysia.

"The government has also not concluded discussions on the terms and conditions for licensing to Ascot Sports for bookie operations in Malaysia," the ministry said in a written reply.

The ministry also said that it was still open to feedback from various parties.

Berjaya Corp reported that the government had last month re-issued the licence to Tan after the original licence was cancelled by the previous Abdullah administration. The tycoon's son — Datuk Robin Tan Yeong Ching — will retain his 30 per cent stake in the company.

Tan had first obtained the licence in 1987 but had "asked the government to take it back" when the venture was unsuccessful. But he has now obtained the right to get the licence back and was exercising it.

Berjaya Corp, a gaming, property and hospitality group, told Bursa Malaysia on May 12 that it plans to purchase a controlling stake in Ascot Sports, which has been re-issued a conditional sports betting licence by the Finance Ministry.

It said Tan has also agreed to guarantee that the company will make a cumulative net profit of at least RM375 million for the first three years of operation and had backed it by offering to deposit RM81.25 million worth of listed securities while Berjaya Corp will withhold RM125 million cash from the total purchase price.

Berjaya Corp said it will finance the initial consideration of RM400 million by undertaking a renounceable rights issue of up to RM614.46 million nominal value of 10-year eight per cent irredeemable convertible unsecured loan stocks (Iculs), done on the basis of one RM1 nominal value of Iculs for every eight Berjaya Corp shares owned.

It added that Tan has undertaken to subscribe to his and his private companies' entitlements in full, which would amount to at least RM400 million.

Ascot Sports, which is currently a dormant company, recorded net liabilities and net loss of RM11.2 million and RM4.6 million respectively for the financial year ended Dec 31, 2008.

Deputy Finance Minister Datuk Dr Awang Adek Hussein told reporters on May 6 that the government was considering issuing the licence to curb illegal gambling."".


p/s:

NAMPAKNYA, Tun Mahathir, Nazri Aziz, Najib malah 'bakal' Menteri Besar Kelantan, Awang Adek sebulat suara memperjuangkan habis-habisan judi bola. MENGAPA? Mengapa ahli UMNO bawahan begitu bebal sekali? Benarlah firman Allah bahawa Allah menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki.

Menjadi kewajipan kita kaum Muslimin merancang dengan kemas dan mengalahkan golongan munafiqin nihh.

JANGAN LUPA, 11 daripada pilihanraya kecil BN sebelum ini turut ditaja oleh syarikat judi. Kerana itulah hati mereka begitu keras dan nur cahaya keimanan tidak dapat meresap masuk.


Berdasarkan Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan :

"Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan.
Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.
Kedua, apabila berjanji, dia ingkari.
Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia khianati""

Orang-orang munafiq juga melampau dalam pertengkaran. Cuba lihat Nazri Aziz waktu bergaduh dengan Tun Mahathir dulu, sungguh melampau mereka berdua. Lihat juga Najib, dia berkata tidak pernah berjumpa Saiful sebelum Saiful 'diliwat'. Saiful pula berkata di mahkamah bahawa dia berjumpa Najib SEBELUM diliwat Anwar.

Lihat saja ayat-ayat kesat yang digunakan oleh pengampu dan blogger UMNO ke atas ulamak seperti Tok Guru. Sekiranya Baginda Rasullullah SAW sendiri masih hidup, nescaya Baginda tidak terlepas dari maki hamun dan cercaan mereka. Ini kerana ulamak pewaris Nabi tidak lebih dari sekadar menyambung episode-episod perjuangan Islam yang dibawa oleh Nabi.

Bayangkan jika Saidina Umar masih hidup, AGAK-AGAKNYA, apa ulasan beliau tentang Nazri Aziz ni??

Kad Merah Akan diLayangkan Buat Umno / BN

Posted: 19 Jun 2010 12:25 AM PDT

"Ramai daripada rakan seperjuangan saya telah membuktikan keteguhan menuntut perubahaan sehingga terpaksa merengkok dalam penjara.

"Maknanya kehilangan tiga pingat bukanlah satu pengorbanan besar seperti pepatah yang berbunyi 'tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali,"
kata Chua pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Kehilangan tiga darjah kebesaran negeri Johor yang ditarik balik oleh Sultan Johor bukannya satu pengorbanan besar dalam perjuangan menuntut perubahaan demi memastikan Malaysia yang adil untuk semua, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Dr Chua Jui Meng.

"Ramai daripada rakan seperjuangan saya telah membuktikan keteguhan menuntut perubahaan sehingga terpaksa merengkok dalam penjara.

"Maknanya kehilangan tiga pingat bukanlah satu pengorbanan besar seperti pepatah yang berbunyi 'tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali," kata Chua pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Justeru, katanya dia sebenarnya amat bertuah.

"Saya yakin Umno pastinya kesal dengan tindakan mereka untuk menggangu saya. Sebaik sahaja pengumuman penarikkan tersebut, sokongan rakyat terhadap saya datang mencurah-curah terhadap saya dan Keadilan."

Muflis idea

Sokongan itu menurut Chua membuktikan bahawa rakyat juga menolak politik kebencian yang selama ini menjadi sebahagian daripada kerajaan Umno.

"Mereka (rakyat) juga menzahirkan hasrat untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN yang terbukti muflis idea untuk memacu negara ini ke hadapan," katanya.

Sehubungan itu, kata Chua, beliau akan memulang ketiga-tiga pingat yang dikurniakan oleh Almarhum Sultan Iskandar.Ketiga-tiga pingat tersebut adalah Dato' Paduka Mahkota Johor, Seri Paduka Mahkota Johor dan Pingat Sultan Ismail.

Katanya, surat rasmi mengesahkah bahawa darjah kebesarannya itu ditarik balik diterimanya pada 15 Jun lalu dan tiada alasan berhubung penarikan berkenaan diberikan.

"Saya dengan berlapang dada akan menghantar balik (pingat itu) kepada istana," katanya.

Chua berkata tindakan berkenaan haanya memperkukuhkan iltizamnya untuk bersama Pakatan Rakyat dan berjuang untuk memastikan negara terus maju dan diselamatkan daripada gejala rasuah yang berleluasa sekarang ini.

"Sepertimana dalam permainan bolasepak, rakyat tahu siapa di antara pemain yang bermain secara jujur atau tidak. Manakala pada tahun 2008, rakyat melayangkan kad kuning, saya pasti pada tahun 2012, rakyat akan melayangkan kad merah kepada Umno-BN," katanya.

Masih bergelar 'Datuk'

Chua yang juga bekas menteri kesihatan pada awal bulan ini dihubungi setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkah semua darjah kebesaran negeri itu.

Beliau yang juga bekas ahli parlimen Bakri selama empat penggal merupakan naib presiden MCA sebelum meninggalkan parti itu pada 2008 apabila gagal merebut jawatan presiden. Beliau mengganggotai PKR pada 2009.

Chua bagaimanapun masih mengekalkan gelaran Datuk memandangkan beliau menerima dua lagi darjah kebesaran daripada Pahang dan Selangor, masing-masing pada tahun 2002 dan 2003 yang membawa gelaran tersebut.

Kita Cabar Zahrain Dan Zul Kulim Bersumpah Pula, Ada Berani?

Posted: 18 Jun 2010 07:52 PM PDT

MP Bayan Baru, Zahrain sudah mula hilang arah setelah DS Anwar berjaya meyakinkan rakyat betapa Zahrain adalah penipu besar setelah mendapat upah. Ini ekoran daripada cerita dongeng Zahrain bahawa DS Anwar pernah melihat VCD lucah kununnya melibatkan YB Eli. Seperti yang diduga, akhirnya Zahrain menggunakan `ilmu' yang diperturunkan oleh Senatak Ezam sesumpah iaitu mencabar DS Anwar bersumpah di dalam masjid.

Selaku orang yang jahil bukan sahaja di dalam agama bahkan jahil dari aspek undang-undang, Zahrain tetap yakin dengan acara `sumpah menyumpah' ini walaupun terpaksa `menjual' kemuliaan masjid asalkan agenda mereka tercapai.

Stail menuduh seseorang, kemudiannya mencabar orang yang dituduhnya itu bersumpah adalah stail Ezam sesumpah. Keberanian untuk mendedahkan serta menyertakan bukti atau hujah berfakta tiada pada Zahrain atau Ezam kerana jiwa mereka kini teramat kecil dan lemah untuk berbuat demikian. Bayangkan jika semua tuduhan yang orang lain buat terhadap kita, kita mesti bersumpah dan perkara itu selesai. Jika Najib dituduh mengambil komisyen kapal selam, kemudiannya Najib pun bersumpah menafikannya, adakah kes tersebut mahu terus ditutup? Terlalu dangkal orang yang beranggapan begini dan lebih malang lagi mereka teramat jahil di dalam menjaga hukum agama itu sendiri yang meletakkan sumpah sebagai acara mainan sesuka hati mereka.

Peliknya, tiba-tiba pula YB Zul Kulim pun menyampuk dalam isu ini. YB Zul Kulim yang sentiasa berkopiah itu pula terlibat di dalam tuduhan terhadap YB Eli. Orang yang dikatakan berugama seperti beliau ini terlalu mudah untuk menerima cerita seperti ini atau mungkinkah YB Eli melakukan aksi terlampau itu didepannya? Atau, YB Kulim ada menyaksikan VCD tersebut? Kenapa bila Zahrain bercerita pasal isu tersebut, tiba-tiba YB Zul pun menyatakan dia pun tahu kisah sebenar? Kenapa tidak dihebohkannya sewaktu berada di dalam PKR atau sewaktu mula-mula beliau dipecat dahulu?

Lagi pelik, tiba-tiba YB Zul pula terasa bila DS Anwar dedahkan bahawa MP yang melompat ada menerima tawaran RM2 juta. DS Anwar tidak menyebut namanya, dan YB Zul bukan melompat tetapi beliau dipecat, mengapa beliau terasa? Ini semua untuk mendapatkan publisiti murahan kerana tiada apa lagi isu yang boleh mereka perjuangkan untuk membela rakyat dan agama. Mengapa YB Zul atau Zahrain tidak pernah mencabar Najib untuk bersumpah di dalam masjid dan Najib mesti mengaku tidak ada hati atau hajat untuk luluskan lesen judi bola? Mengapa terima bulat-bulat kata-kata Najib di Parlimen? Apabila DS Anwar menafikan, tidak pula mahu terima bahkan kena bersumpah dulu? Inilah hipokritnya beliau setelah jiwanya dibeli dengan terlalu murah.

Mengapa sudah terlalu banyak pendedahan yang didedahkan oleh DS Anwar beserta bukti terang dan nyata seperti klip video Linggam dan banyak lagi kes itu tidak pula diperjuangkan oleh mereka? Tidak pula mereka sibuk untuk mencabar mereka yang terlibat dengan upacara sumpah karut itu? Teringin juga kita mencabar YB Zahrain dan YB Zul bersumpah di dalam masjid dan mengaku bahawa kesemua pengundi di kawasannya yang diwakilinya kini menyokong penuh beliau sebagai Wakil Rakyat. Ada berani ke? Mampus tak berani.



Oleh: WFAUZDIN NS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.