DIALOG RAKYAT |
- Umno Kedah desak pusat tidak sambung lesen judi sukan
- Najib pertahan lantikan Bakke ketuai Sime Darby
- Najib: Komponen BN perlu sekat Pakatan tawan Putrajaya
- Notis Parlimen tentukan pilihan raya kecil Batu, kata SPR
- PKR: Melakar Langkah Maju Ke Hadapan
- "Saya akan serahkan pingat tapi bukan perjuangan" – Chua
- Presiden PKIM terima dua ugutan bunuh
- Melayu perlu ubah cara pemikiran
- Parti komponen BN diarah laksana tranformasi politik
- Naib presiden keempat: Muslimat belah bahagi
- Lagi NGO bantah Festival Ramadan
- Pengganas: Hisham jamin keselamatan terkawal
- PPP 'kecil' diseru hentikan pertelagahan terbuka
- Adakah kerajaan ikhlas sokong banteras merokok
- Namakan kucing parsi dengan peristiwa hitam Najib
- Mesti buat akuan tidak pernah menerima RM2 juta
- Kedukaan Mahathir Kedukaan Kita Jua
- 33 daripada 207 majikan dikompaun oleh Perkeso
- Dr M: ‘Jumlah orang Melayu tak penting tapi kuasa’
- Parlimen serah SPR, A-G tentukan status Tian Chua
- Jui Meng dakwa Umno dalang Johor tarik balik ‘Datuk’
- Nazri: Tian Chua masih MP sah, terima keputusan
- Pemuda PAS: Najib tak harus ‘rahsiakan’ tarikh bubar Parlimen
- Pelan Kg. Baru: Penduduk masih kabur
- Keshvinder dicabar hadir di Malim Nawar esok
| Umno Kedah desak pusat tidak sambung lesen judi sukan Posted: 19 Jun 2010 06:35 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER ALOR STAR — Badan Perhubungan Umno Kedah mendesak kerajaan supaya tidak menyambung pemberian lesen menjalankan operasi pertaruhan judi bola sepak di negara ini. "Tindakan menyambung lesen perjudian itu hanya memberi kesan negatif terhadap institusi keluarga, masyarakat dan rakyat secara keseluruhannya," kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini. Dipetik Bernama, beliau berkata, kerajaan hendaklah meningkatkan penguatkuasaan dan mengambil pendirian yang tegas mencegah orang Islam daripada terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Alor Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Othman berkata pendirian itu berdasarkan kepada reaksi diterima daripada seluruh masyarakat di negeri ini. "Kita (Umno Johor) mendapat satu reaksi yang jelas daripada masyarakat di negeri ini untuk tidak menerima sebarang bentuk pertaruhan dalam sukan. "Masyarakat melihat satu bentuk perjudian berlaku dan saya percaya pihak yang terlibat dalam perkara ini dapat mendengar suara rakyat tentang perkara itu," katanya. Abdul Ghani, yang juga Menteri Besar Johor, berkata beliau akan mengemukakan penolakan pertaruhan itu kepada peringkat tertinggi dalam masa terdekat ini. Kerajaan sebelum ini bercadang mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata, pemimpin Umno Kedah yang mempunyai banyak kerenah dan tidak menjalankan tugas sebagai pemimpin dengan baik akan dikenakan tindakan kerana sikap mereka menyebabkan pembangkang semakin kuat di negeri ini. Ahmad Bashah berkata jika terdapat pemimpin yang hanya mementingkan diri tanpa menjalankan tugas dengan dedikasi, maka kredibiliti Umno akan terjejas. "Saya tahu ada sesetengah pemimpin bawahan sering mempersoalkan macam-macam perkara sedangkan dia sendiri tidak menggerakkan ahli-ahli di bawahnya bagi melaksanakan sesuatu program yang telah dirancang. "Kita akan membuat laporan kepada ibu pejabat supaya mereka mengambil tindakan kepada pemimpin yang tidak bertanggungjawab itu," katanya. Tanpa menamakan pemimpin terbabit, beliau berkata perkara seperti itu tidak harus berlaku jika mahu melihat Umno terus kuat. "Jika perkara itu tidak dibendung, ia akan melemahkan Umno dan memberi peluang kepada pembangkang untuk terus bertapak di Kedah hanya kerana kelemahan pemimpin Umno. Kita tidak mahu perkara itu berlaku," katanya. Ahmad Bashah berkata anggota Umno akan teraniaya jika mempunyai pemimpin seperti itu dan Umno akan mengetepikan ketua yang bersikap pentingkan diri tanpa memikirkan kepercayaan yang telah diberikan oleh anggota-anggotanya. Beliau berkata Umno perlu bergerak dalam satu pasukan jika mahu mengambil semula pentadbiran negeri Kedah pada pilihan raya akan datang. "Ketepikan perkara-perkara remeh dan bekerjasama dalam pasukan bagi memastikan jentera Umno kukuh dan kuat," katanya.
| |||||||||
| Najib pertahan lantikan Bakke ketuai Sime Darby Posted: 19 Jun 2010 05:26 AM PDT
Bakke, pengarah uurusan Felda Holdings dilantik untuk menggantikan ketua eksekutif Sime Darby Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid yang telah diminta mengambil cuti ekoran kerugian lebih RM1 bilion. Sejak minggu lalu kritikan mencurah berhubung prestasi Bakke (gambar) ekoran kemerosotan aliran tunai Felda Holdings Berhad lebih RM2 bilion sejak 2004. "Jika kita lihat pada rekod prestasi, Datuk Bakke ada keupayaan untuk memperbaiki kedudukan Sime Darby," kata Najib kepada pemberita di sini hari ini. Pelantikan Bakke sebagai presiden dan ketua eksekutif kumpulan Sime Darby diumumkan oleh Pengerusinya Tun Musa Hitam Isnin lalu. Bakke pernah mengepalai Lembaga Tabung Haji dan Bank Islam, yang beliau telah memainkan penting untuk mengembalikan ke kedudukan lebih baik selepas mengalami kerugian. "Bakke telah dilantik sebagai presiden dan ketua eksekutif baru dan pelantikan beliau akan berkuat kuasa secepat yang mungkin," kata Musa. Rabu lalu, kerajaan pusat secara terbuka mengakui simpanan tunai Felda telah merosot sehingga RM1.35 bilion tahun lalu berbanding paras RM4.08 bilion dimiliki pada 2004. Bagaimanapun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa penurunan simpanan tunai bukan kerana salah urus Felda. "Kami tidak pernah salah gunakan dana (Felda)," kata Ahmad di Dewan Rakyat sambil menjelaskan kewangan agensi itu diuruskan dengan baik. Mengulas lanjut, Najib berkata pemilihan Bakke untuk jawatan presiden dan ketua eksekutif tidak dibuat secara tergesa-gesa. Perdana Menteri berkata bagi pemilihan itu, proses penilaian dalaman dan oleh pihak tertentu yang ketiga telah dilakukan. "Jadi saya nafikan (pemilihan) dibuat cara tergesa dan saya harap semua pihak beri peluang untuk Mohd Bakke menjalankan tugas kerana bukan mudah menyelesai dan memulih keadaan di Sime Darby," katanya. Terdahulu, Najib merasmikan mesyuarat agung ke-57 Parti Progresif Penduduk (PPP) di sini. Najib berkata pemilihan ini dilakukan dalam proses lembaga Sime Darby dan lembaga itu telah menggunakan pihak-pihak tertentu untuk menentukan tahap profesional. "Ada beberapa nama shortlisted (disenarai pendek) dan lembaga pengarah berpendapat inilah nama top of list (teratas dalam senarai) untuk ambil alih Sime Darby," katanya. "Kita tak boleh biarkan kekosongan di sana tergantung terlalu lama. Kalau tidak diisi nanti orang kata lembaga pengarah tak decisive (tegas) tapi kalau isi cepat dia pusing balik dia kata tergesa-gesa. Sebenarnya tidak tergesa-gesa," kata Najib. | |||||||||
| Najib: Komponen BN perlu sekat Pakatan tawan Putrajaya Posted: 19 Jun 2010 05:24 AM PDT MALAYSIA KINI KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mahu semua pemimpin parti komponen menghentikan pertelagahan secara terbuka dan sebaliknya menumpukan tenaga untuk berdepan dengan pembangkang bagi mendapatkan keyakinan rakyat. Perdana Menteri memberi amaran bahawa perkara seumpama itu hanya akan melemahkan parti gabungan itu sambil menambah bahawa adalah penting bagi Barisan Nasional (BN) untuk bersatu dan kelihatan bersatu pada kaca mata rakyat. Najib yang juga Pengerusi BN berkata parti pembangkang banyak berbohong dan bercakap separuh benar sambil menambah bahawa beliau bekerja siang dan malam bagi mengukuhkan BN dengan rancangan-rancangan yang akan diumumkan secara berperingkat. "Kita mesti fokus berhubung apa yang akan menjadikan BN kukuh... para pemimpin BN tidak sepatutnya bertelagah antara satu sama lain secara terbuka, di depan khalayak atau kepada rakyat... mari kita bertelagah dengan pembangkang. "Kenapa bertelagah sesama para pemimpin BN... beritahu saya kenapa kita perlu bertelagah sesama sendiri? "Musuh kita ada di luar... musuh kita mahukan kerusi kita dalam kerajaan... (mereka) mahu pergi ke Putrajaya. Kita mesti pastikan BN kekal berkuasa. Kenapa perlu kita dedahkan masalah kita sendiri. "Beritahu saya kenapa kita perlu mencari masalah. "Tidak perlu kerana pada akhirnya apa yang penting ialah BN berkhidmat kepada rakyat dan rakyat yakin kepada BN," katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat agung ke-57 Parti Progresif Penduduk (PPP) di sini hari ini. Dipetik Bernama, Najib berkata BN perlu membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang dan oleh itu setiap parti komponennya perlu memainkan peranan masing-masing dengan menjadikan BN lebih kukuh agar kerajaan BN dapat meneruskan rancangan mentransformasikan negara menjadikannya sebuah negara yang lebih makmur. Beliau berkata pembangkang mempunyai banyak masalah tetapi mereka sangat pandai menutupnya. Dalam nasihatnya kepada kepimpinan PPP, Najib berkata sebagai pengerusi BN, beliau sentiasa bersedia mendengar permasalahan mereka. "Jika anda ada masalah dalam BN beritahu saya. Sebagai pengerusi BN, beritahu saya jika anda tidak suka seseorang itu, jika anda tidak suka, hanya bisik kepada saya tapi secara terbuka anda lawan pembangkang... anda lawan PKR, DAP, PAS (tapi) jangan bergaduh sesama kita," jelas Najib. "Macam mana saya nak tolong PPP jika kita (BN) tidak berkuasa, tapi PPP mesti tolong saya... anda boleh tolong saya dengan memberi tumpuan tenaga dalam BN tetapi fokus di luar BN (lawan pembangkang)," katanya. Najib berkata sedaya mungkin, beliau akan membantu demi kepentingan PPP, sambil memberi contoh pelantikan naib presiden kanan parti itu Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz sebagai Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan baru-baru ini. Katanya PPP tidak boleh menjadi parti kepada semua rakyat Malaysia kerana parti itu terlalu kecil tetapi ia boleh menjadikannya sangat berguna kepada rakyat dengan mencari bidangnya yang tersendiri. "Anda tidak boleh menjadi sebuah parti seperti parti yang besar tapi anda boleh menjadi tarikan kepada sesuatu kumpulan di dalam negara dan itu yang patut dicari... bidang keistimewaannya yang tersendiri," kata Najib. "Tidak kira apa jenis kucing selagi ia dapat menangkap tikus. Apa yang penting adalah BN kukuh dan diterima rakyat," katanya. | |||||||||
| Notis Parlimen tentukan pilihan raya kecil Batu, kata SPR Posted: 19 Jun 2010 05:17 AM PDT KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula menyerahkan kepada Dewan Rakyat untuk menentukan sama ada wujud kekosongan kerusi Parlimen Batu, sekali gus memutuskan sama ada perlu memanggil pilihan raya kecil. Badan itu menyatakan pendirian ini ketika teka-teki sama ada negara akan menyaksikan pilihan raya kecil ke-12 dan yang pertama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak Mac 2008 masuk hari ketiga hari ini. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya hanya boleh menentukan tindakan susulan sama ada perlu mengadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya selepas menerima notis rasmi daripada Dewan Rakyat. "Sekarang keadaan kurang jelas. Karpal (Singh) berkata kerusi itu sudah kosong, Tian Chua pula berkata beliau masih wakil rakyat sah bagi kerusi tersebut. "Jadi dalam keadaan ini, kita akan menunggu notis makluman rasmi daripada speaker atau setiausaha Dewan Rakyat," kata Wan Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini. Wan Ahmad berkata pihaknya memutuskan demikian selepas penasihat undang-undang SPR meneliti implikasi keputusan mahkamah tinggi kelmarin. "Oleh kerana perkara ini kurang jelas, maka berdasarkan Perkara 53(1) Perlembagaan Persekutuan, kami menyerahkan kepada Dewan Rakyat untuk menentukan status kerusi itu," kata beliau. Terdahulu dalam respons kepada The Malaysian Insider, Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Dewan Rakyat akan menyerahkan kepada SPR dan Jabatan Peguam Negara untuk menentukan status Ahli Parlimen Batu yang kini berhadapann dengan risiko dilucutkan kerusi walaupun dendanya diturunkan kepada RM2,000 kelmarin. Wan Junaidi berkata, bagi mengelakkan masalah berkaitan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Dewan Rakyat akan merujuk kes berkenaan kepada SPR untuk diputuskan. "Dewan Rakyat tidak perlu membincangkan kes ini... ini adalah kes (kadar denda) yang marginal di mana denda yang dikenakan RM2,000 (di paras sempadan), lebih elok statunya diputuskan oleh Peguam Negara," kata Wan Junaidi. Wakil rakyat itu berhadapan dengan risiko itu meskipun hukumannya dikurangkan daripada RM3,000 kepada RM2,000. Peguam Tian Chua, 47, yang gagal menemui hakim kes pagi semalam akan bertemu beliau Isnin ini. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, usul mengenai status kedudukan wakil rakyat boleh dibawa oleh mana-mana anggota Dewan Rakyat, katanya. Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan ia tidak mendapat pengampunan. Mengenai keputusan hilang status kelayakan, Perkara 53 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa "jika berbangkit apa-apa soal sama ada seseorang ahli Majlis Parlimen telah hilang kelayakan menjadi ahli, maka soal itu hendaklah diputuskan oleh Majlis itu dan keputusannya itu adalah muktamad." Peruntukan ini menambah, "dengan syarat bahawa Perkara ini tidak boleh ditafsirkan sebagai menghalang amalan Majlis menangguhkan sesuatu keputusan supaya langkah-langkah (termasuk langkah-langkah membatalkan hilang kelayakan itu) yang mungkin menyentuh keputusannya boleh diambil atau ditamatkan." Karpal berkata Tian Chua yang juga Pengarah Strategi PKR tidak lagi sah sebagai anggota Dewan Rakyat. Dengan merujuk kepada Ahli Parlimen Menglembu Fan Yew Ting pada 1975 sebagai kes rujukan, Karpal memberitahu Speaker Dewan Rakyat telah mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas beliau didenda RM2,000 ekoran kesalahan di bawah Akta Hasutan. Sementara Tian Chua sendiri menganggap beliau masih wakil rakyat yang sah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz juga beranggapan bahawa Pengarah Strategi PKR itu layak memegang terus kerusinya. Dengan mengambil pandangan Nazri, yang bertanggungjawab kepada hal ehwal Parlimen itu, Wan Ahmad berpandangan bahawa tidak perlu diadakan pilihan raya kecil. "Bagaimanapun kita menunggu notis makluman rasmi," kata Wan Ahmad. Lagi pun kata beliau, peguam-peguam Tian Chua hendak mengadakan pertemuan dengan hakim kes untuk mendapatkan penjelasan Isnin ini. "Jadi, bagi SPR keadaan masih belum begitu jelas. Dewan Rakyat akan memaklumkan kepada kami menurut Perkara 53(1) Perlembagaan," katanya. | |||||||||
| PKR: Melakar Langkah Maju Ke Hadapan Posted: 19 Jun 2010 05:15 AM PDT
Oleh Stephanie Sta Maria PETALING JAYA: PAS baru sahaja selesai menjayakan Muktamar Tahunannya ke 56 manakala DAP pula baru-baru ini meraikan kejayaannya pada pilihan raya kecil parlimen Sibu. Sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula masih menepis serangan bekas ahli-ahlinya dan dianggap komponen paling lemah dalam Pakatan Rakyat.
Sedemikian, pemilihan parti Disember ini membuka peluang terbaik tetapi terakhir buat PKR melakarkan usaha pengukuhan semula parti menjelang pilihan raya umum akan datang. Bagi mendapatkan gambaran corak lakaran persiapan parti langkah maju ke hadapan, Free Malaysia Today menemubual salah seorang pemimpinnya yang 'vocal', Datuk Zaid Ibrahim. Sebagai salah seorang ahli majlis pimpinan tertinggi parti, Zaid secara konsisten menyuarakan cadangannya ke arah membina semula parti dan kekuatan pucuk pimpinan parti. Khusus untuk wawancara ini, beliau bagaimanapun, menjelaskan bahawa beliau bukan bercakap bagi pihak parti tetapi beliau memberi pandangan berasaskan pemerhatiannya dalam tempuh setahun lalu. "Terdapat beberapa kelemahan dalam sistem PKR hingga melemahkan gagasan Pakatan Rakyat," katanya, dan menambah, "salah satunya ialah jawatan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebagai pemimpin 'de facto'." Beliau sepatutnya menjadi presiden parti untuk menggerakkan transformasi yang kita sebut-sebut. Wan Azizah Wan Ismail, presiden PKR sekarang ini merupakan seorang wanita yang baik tetapi beliau bukanlah seorang ahli politik dalam erti kata yang sebenarnya. Zaid menerangkan bahawa peranan Anwar sebagai presiden akan membawa beberapa perubahan berlaku, dari jenis kepimpinan yang beliau mahu dan kepada apakah isu-isu yang harus diberi keutamaan. Menurut beliau, perubahan-perubahan yang perlu dibawa adalah tersangat penting dan seharusnya menjadi fokus PKR untuk masa depan. Apakah bentuk kepemimpinan? "PKR harus menjelaskan apakah bentuk kepemimpinan yang ia mahu, kemudian memilih mereka yang dapat memenuhi ruang struktur dan organisasi sejajar dengan bentuk kepemimpinan itu. "Buat masa ini, terdapat kekurangan pemimpin parti yang kuat di peringkat akar umbi. Kualiti organisasi banyak bergantung kepada perkara ini," katanya. "PKR perlu mengenal pasti mereka yang memiliki semangat reformasi dan percaya dengan demokrasi dan nilai murni kerajaan yang lebih baik. Inilah prinsip teras parti." Penyelaras Sekretariat Pakatan Rakyat itu menerangkan bahawa setiap perjuangan mestilah mengandungi keyakinan yang mendalam, yang bermakna, tertanam kukuh dilubuk hati dan tidak boleh kekal dengan hanya bersandarkan keyakinan yang tidak boleh dirasai atau peristiwa masa lampau. "Kita mesti menaruh harapan bahawa kita sedang maju ke hadapan. Jika anda mahu menyemarakkan kembali semangat itu, maka kita perlu ada pemimpin yang berkeliber di peringkat negeri bagi membina jaringan yang penting buat sesebuah organisasi. Proses ini hendaklah bermula sekarang ini sebelum semangat perjuangan kembali pudar. Bukannya susah sangat tapi kita hendaklah memulakannya. Zaid juga menimbulkan kelebihan mengamalkan sistem demokrasi dalam parti, terutama apabila melibatkan pemilihan calon dan mencadangkan supaya pemilihan itu dibuat di peringkat akar umbi dan bukan oleh kepemimpinan pusat. "PKR adalah parti reformasi akar umbi maka kita perlu digerakkan oleh ahli akar umbi. Perlembagaan kita sekarang ini menyebut bahawa pemimpin-pemimpin di peringkat negeri dipilih oleh pucuk pimpinan parti, sama seperti stail Umno. Jika pemimpin negeri dipilih oleh ahli di peringkat akar umbi maka terdapat unsur berhemah dan kebertanggungjawaban. Apabila anda bertanggungjawab untuk membuat keputusan, maka anda cenderung untuk memastikan keputusan itu berjalan lebih baik dan anda tidak menyalahkan orang lain apabila gagal. "PKR masih merupakan sebuah parti yang memberi arahan dari atas dan saya fikir ini perlu ditukar," ujar beliau Parti perlu pemimpin karismatik Zaid berkata ukuran kejayaan baginya ialah apabila tiba masanya para penyokong parti mengambil inisiatf untuk berusaha sendiri untuk melaksanakan sesuatu perkara. Sungguhpun beliau mengakui bahawa parti memerlukan pemimpin yang karismatik, bekerja keras untuk parti, tetapi beliau juga berkata, kekuatan ahli akar umbi dan ahli-ahli yang lebih berkualiti akan membawa PKR lebih jauh. "Anwar masih memegang kepimpinan PKR tetapi kita tidak boleh bergantung kepada beliau seorang. PKR sendiri harus menjadi kuat jika kita mahu dua parti lagi (DAP dan PAS) menghormati dan bekerja bersama kita. Apabila ditanya mengenai ketidaktentuan orang ramai berikutan tindakan keluar parti beramai-ramai, Zaid menyelar perbuatan itu dan memberi amaran bahawa lanskap politik baru di negara ini tidak mempunyai tempat untuk kejadian seumpama ini. "Ia satu tindakan yang ganas dan membeli kuasa," katanya. "Tetapi sekiranya kita mempunyai sekumpulan pemimpin yang lebih komited, perkara sebegini tidak mudah berlaku. Ada insentif, ada lompat parti PAS telah lulus ujian ini dengan baik sekali. Berkemungkinan mereka telah dilatih dan bersedia untuk menerima bentuk serangan seperti ini, manakala PKR pula belum bersedia." "Selagi masih ada insentif, akan ada yang lompat parti. Keadaan ini telah mendedahkan kerapuhan kita dan perlunya komitmen untuk mendapatkan orang yang betul. "Kita memerlukan mereka yang mempunyai rekod perkhidmatan yang bersih dan mereka yang berdedikasi. Kita tidak boleh meletakkan calon-calon hanya kerana mereka mendapat kerlipan cahaya dari media. "Ramai ahli-ahli politik mendapatkan liputan berita dengan tujuan yang salah dan kita fikir mereka ini popular tetapi sebenarnya tidak. Ibrahim Ali sebagai contoh. Kita mesti memilih orang yang konsisten dengan perjuangan dan percaya dengan perjuangan kita. Kerapuhan parti kata Zaid, membuat pilihan raya parti menjadi penting supaya dapat ditadbir dengan baik dari segi memberi kuasa kepada para pemimpin yang dipilih. Ini menyerupai amaran keras kepada ahli-ahli politik di peringkat negeri dan mengingatkan supaya mereka bersikap realistik mengenai cita-cita politik mereka. "Beberapa pemimpin di peringkat negeri telah menimbulkan masalah kepada parti sejak dua tahun yang lampau tetapi tidak dapat disinggirkan tanpa bantuan daripada pucuk pimpinan. Oleh itu pucuk pimpinan harus mengalah dan memperakui ahli yang lebih positif. "Kita juga mesti lebih realistik tentang cita-cita politik dengan mengadunkan apa yang kita ada dengan apa yang kita mahu. PKR mahu memerintah negara ini tetapi persoalannya adakah kita mampu? Jika kita tidak, maka kita perlu realistik supaya kita tidak hilang kesemuanya. "Jika kita mampu, maka kita mestilah meletakkan orang yang sesuai pada tempat yang sesuai dan beri mereka kuasa untuk menjalankan tugas mereka. Sebagai contoh, Chua Jui Meng merupakan seorang ahli politik veteran dan sepatutnya menjadi pemimpin di Johor. Jika beliau menjadi pemimpin, beliau hendaklah diberi kuasa sepenuhnya untuk menyelamatkan Johor. Inilah apa yang saya maksudkan "mengurus dengan baik." Mengenai Pakatan Rakyat, Zaid berkata, ia berfungsi seperti parti politik tetapi belum lagi berfungsi sebagai sebuah kerajaan. "Ketiga-tiga parti ini menjadi semakin rapat tetapi agak berbeza cara mengendalikan kerajaan (negeri) masing-masing. Pakatan Rakyat mesti bergerak sebagai satu unit dalam menyelaraskan dasar-dasar di peringkat kerajaan negeri. "Hanya dengan cara ini, kita dapat mencipta momentum dan bergerak maju ke hadapan," ujar beliau sebagai mengakhiri wawancara. | |||||||||
| "Saya akan serahkan pingat tapi bukan perjuangan" – Chua Posted: 19 Jun 2010 05:08 AM PDT PETALING JAYA: Istana Johor meminta Chua Jui Meng menyerah kembali ketiga-tiga pingat yang dianugerah kepada beliau oleh Sultan Johor walaupun pada asalnya hanya menarik balik dua pingat. Minggu lalu, Chua dilucutkan gelaran 'datuk' dan 'datuk seri' dan diarahkan mengembalikan dua pingat kepada Istana. Tidak ada sebab diberikan ekoran menarik balik pingat tersebut walaupun spekulasi bertiup kencang adanya tangan Umno Johor dalam keputusan Istana tersebut. Umno Johor bagaimanapun menafikan tuduhan ini.
Pada sidang media di sini hari ini, Chua berkata, beliau telah memaklumkan kepada Setiausaha Mahkamah Diraja Johor, Abdul Rahim Ramli, bahawa beliau mempunyai pingat ketiga – Pingat Ismail Sultan (PIS). "Saya bertanya beliau sama ada pihak Istana mahu pingat itu juga dan beliau dengan pantas menjawab ya," kata Chua. Oleh itu, saya akan membuat persiapan untuk memulangkan pingat-pingat itu kepada Istana secepat mungkin. Dan saya mengembalikannya dengan dada terbuka. Ditanya bilakah beliau akan memulangkannya, Chua berkata, tidak ada keperluan untuk segera berbuat demikian. "Saya telah memberitahu Rahim bahawa apa yang perlu beliau lakukan ialah dengan menarik balik gazet ke atas dua pingat itu dan pingat-pingat itu akan bertukar menjadi timah sahaja kerana ia tidak lagi mempunyai nilai dan penghormatan ke atasnya. "Tetapi saya akan pulangkannya jua…. jangan bimbang," ujar beliau. Bagaimanapun, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sivarasa Rasiah, yang turut hadir, menyoal bidang kuasa Rahim menuntut dikembalikan pingat yang ketiga itu. "Saya terperanjat kerana beliau (Rahim) boleh segera membuat keputusan tanpa merujuk kepada Istana," katanya. "Jadi siapa yang menggunakan kuasa di sini? Siapa dibelakang keputusan pihak Istana? Chua, bekas menteri kesihatan menyertai PKR Julai lalu, kekal gelaran 'datuk' kerana beliau telah dianugerah gelaran 'datuk' oleh Pahang dan Selangor. Saya tidak akan mengalah Chua mengakui beliau sudah tahu sebaik sahaja beliau menyertai Pakatan Rakyat, beliau akan melalui ranjau-ranjau kehidupan dan memuji langkah rakan-rakan seperjuangan yang telah melalui keperitan hidup sejak 11 tahun yang lalu dalam usaha membawa perubahan di Malaysia. "Saya telah bersiap sedia untuk perjuangan ini tapi saya tidak menjangka saya akan dihukum sebegini pantas atas keputusan yang saya buat," katanya. "Tetapi kehilangan pingat-pingat ini tidak membawa apa-apa erti berbanding dengan pengorbanan yang ditunjukkan oleh golongan reformasi seperti Tian Chua, Sivarasa Rasiah dan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim. Chua juga terpesona dengan sokongan orang ramai yang datang mencurah-curah berikutan perlucutan gelaran dan berkata, "sesuatu yang saya tidak jangka langsung". Beliau berkata, tahap sokongan yang diterima menunjukkan rakyat telah muak dengan politik murahan dan politik dendam dengan kerajaan yang muflis idea untuk membawa Malaysia maju ke hadapan. "Umno telah membuat perkiraan yang salah dalam usaha untuk menggertak saya," jelas beliau. Mereka mungkin menjangka saya akan memperlahankan kempen reformasi dan malahan peristiwa ini memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan perjuangan. "Saya berdiri di pihak yang benar dan saya tidak akan berundur," ujar beliau. Chua kemudian menggunakan analogi bolasepak untuk menerangkan keyakinannya bahawa rakyat secara jelas bersedia untuk melakukan perubahan. "Dalam bolasepak, para penonton tahu apabila seseorang pemain itu membetis lawan dan bukannya bola. Dalam tahun 2008, rakyat melayangkan kad kuning kepada Barisan Nasional. Saya yakin pada tahun 2012, mereka akan melayangkan kad merah kepada Umno. | |||||||||
| Presiden PKIM terima dua ugutan bunuh Posted: 19 Jun 2010 05:06 AM PDT
Dua ugutan bunuh itu diterima kira-kira 9 pagi semalam ketika beliau sedang bekerja dan 3.17 pagi tadi dipercayai dari individu yang sama, katanya kepada pemberita di Klang hari ini. Beliau berkata lelaki yang tidak dikenali itu menghubunginya dan memberi amaran supaya beliau tidak terus memburukkan imej kerajaan pakatan pembangkang dan mengadakan sidang media atau menganjurkan piket sekiranya tidak mahu dirinya dibunuh. "Saya diugut bunuh sekiranya membangkitkan beberapa isu terutamanya kerosakan lif di Pangsapuri Taman Permai Indah, di Klang oleh pemanggil berkenaan yang bercakap dalam bahasa Tamil. Katanya ugutan pertama diterima dari nombor persendirian manakala ugutan kedua datang dari nombor lain," katanya. Sehubungan itu, beliau berkata satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pandamaran di Klang kira-kira pukul 9.29 pagi ini terhadap ugutan bunuh kedua yang diterima awal pagi tadi. Jurucakap balai polis itu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan Prakash. Prakash mendakwa ugutan bunuh itu dipercayai ada kaitan dengan pendedahan yang dibuatnya mengenai kegagalan kerajaan Selangor melaksanakan kerja baik pulih lapan lif di empat blok kediaman itu yang rosak sejak 10 bulan lalu. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Permai Indah berkata turut menerima beberapa ugutan bunuh sebelum ini sejak mendedahkan beberapa isu termasuk kerosakkan tandas awam di Jalan Tunku Kelana, pemindahan stesen bas Klang ke Meru dan peruntukan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil di Selangor. "Jika mereka fikir dengan ugutan bunuh yang seperti kanak-kanak ini akan buat saya diam, mereka silap. "Mereka boleh ugut bunuh, bunuhlah saya kerana isu ini akan tetap dibangkitkan," katanya. Prakasah berkata kejadian ugutan bunuh ini tidak sepatutnya berlaku, sebaliknya apa yang lebih penting adalah membantu rakyat dan melaksanakan janji yang telah dibuat serta terus membela nasib rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. | |||||||||
| Melayu perlu ubah cara pemikiran Posted: 19 Jun 2010 05:06 AM PDT
"Cara pemikiran dan perubahan sikap harus dilakukan orang Melayu supaya mereka lebih berfikiran terbuka dan berdaya saing," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Wangsa Maju di Kuala Lumpur, hari ini. Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata pendidikan adalah asas bagi semua perkara yang boleh memandu orang Melayu kepada kemajuan. "Tanpa ilmu, kita tidak boleh mengubah masyarakat dengan cepat," katanya. | |||||||||
| Parti komponen BN diarah laksana tranformasi politik Posted: 19 Jun 2010 05:02 AM PDT
Timbalan Perdana Menteri yang menyifatkan transformasi itu masih berjalan dengan perlahan berkata ia harus dilakukan dengan segera agar imej BN tidak menurun. "Setiap parti komponen harus menguruskan parti masing-masing dengan lebih cekap dan membuat perubahan dengan cepat agar imej BN tidak menurun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Perkembar Pagoh di Muar hari ini. Perkara tersebut ditekankan beliau semasa ucapan perasmian mesyuarat tersebut dan Mesyuarat Perwakilan MCA Pagoh di Grisek dekat Muar sebelum itu. Muhyiddin berkata perubahan itu penting kerana ekosistem dan lanskap politik negara sudah jauh berbeza di mana rakyat kini lebih berpengetahuan dan berilmu. Katanya, setiap kelemahan BN akan menimbulkan persepsi yang tidak baik di kalangan rakyat yang mana akan diputarbelitkan oleh pihak pembangkang untuk kepentingan politik mereka. Transformasi tersebut, katanya, turut bermakna setiap parti komponen berjuang melangkaui kaum yang diwakili mereka. "Sebagai contohnya Umno hendaklah berjuang bukan hanya untuk orang Melayu sahaja tetapi juga untuk orang Cina dan India," katanya. Ditanya mengenai rancangan pihak pembangkang untuk menggempur Johor yang merupakan kubu kuat BN, Muhyiddin berkata ia bukan sesuatu yang mustahil bagi pembangkang untuk berbuat demikian. Namun demikian, beliau percaya perkara tersebut merupakan satu ancaman yang besar terhadap BN tetapi sebagai peringatan agar setiap anggota parti komponen untuk terus bekerja keras mengikut kehendak dan keperluan rakyat. | |||||||||
| Naib presiden keempat: Muslimat belah bahagi Posted: 19 Jun 2010 04:58 AM PDT
Katanya, cadangan supaya jawatan naib presiden keempat diwujudkan, tidak akan memberi apa-apa manfaat kerana sebelum ini ahli Dewan Muslimat pernah dicalonkan pada tahun 2005 sebagai Naib Presiden dan Pesuruhjaya Negeri tetapi kalah tipis dalam pertandingan jawatan tersebut. "Silap Muslimat, (apabila) tidak berusaha mencalonkan nama untuk jawatan Naib Presiden atau Timbalan Pesuruhjaya Negeri," katanya. Malahan dalam strategi jangka panjang pula, Aiman berkata mereka sudah menubuhkan 'Gerakan Perubahan Minda Muslimat' yang telah diusulkan kepada Senator Mumtaz Mohd Nawi untuk tindakan susulan. Gerakan ini ditubuhkan supaya pemimpin Dewan Muslimat yang berkaliber berpeluang memegang jawatan kanan yang bersesuaian dalam PAS. "Apa saja tindakan diperingkat Muslimat dalam PAS secara langsung memaparkan kematangan Muslimat di peringkat Nasional. "T Aiman menegaskan bahawa ahli Dewan Muslimat tidak mahu diberi kelebihan hanya kerana jantina, tetapi sebaliknya mereka mahu bertanding di padang secara sama rata. Beliau turut memberi contoh seperti jawatan pengarah selalu dipegang oleh lelaki sahaja, walhal wanita juga mempunyai kemampuan yang jauh lebih baik daripada mereka. "Muslimat mahu menjadikan (parti) hebat serta mempunyai kemampuan dan suatu masa akan berjaya lebih daripada Muslimin," katanya sambil ketawa. Semas "Saya bantah usul ini untuk diterima kerana selama ini PAS telah iktiraf kekuatan muslimat sama dengan naib presiden," katanya. Noraini berkata kini terdapat 30 peratus penglibatan anggota wanita dalam urusan Pas termasuk dalam soal menggubal dasar parti. "Malahan muslimat PAS juga terpilih untuk bertanding dalam pilihan raya sehingga menang dan dilantik sebagai ADUN dan juga ahli parlimen," katanya. | |||||||||
| Lagi NGO bantah Festival Ramadan Posted: 19 Jun 2010 04:55 AM PDT
Beliau berkata, dalam perspektif Islam, bulan Ramadan merupakan bulan untuk meningkatkan kualiti ibadah. "(Bagaimanapun) kalau kementerian pelancongan membuat sedikit pengubahsuaian sejajar dengan falsafah sebenar Ramadan dan mendatangkan kebaikkan kepada semua orang, ia boleh diteruskan jika ia tidak mempunyai unsur bersuka-ria. Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin pula berkata, pihaknya tidak bersetuju jika Ramadan dikomersialkan dengan penganjuran Festival Ramadan. Bagaimanapun beliau berkata, jika acara itu bertujuan untuk menjalinkan hubungan antarabangsa dan mempunyai fungsi merapatkan ukhuwah untuk kebaikkan, maka ia wajar diadakan. "Tetapi kalau festival ini untuk 'difestivalkan' maka saya tidak setuju," katanya. Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz juga membantah cadangan kementerian pelancongan itu jika majlis yang bakal dianjurkan tidak menghormati bulan Ramadan. "Pada pandangan saya, program yang dianjurkan disifatkan (sebagai) tidak hormat (bulan Ramadan). "(Festival) bukan baru (malahan) sudah dianjurkan pada tahun-tahun lepas, contohnya konsert yang seolah-olah tidak menjaga sensitiviti umat Islam," katanya. Beliau berkata, menteri pelancongan seharusnya mempunyai satu panduan yang khusus dalam menjalankan sesuatu program walaupun menteri pelancongan bukan beragama Islam. | |||||||||
| Pengganas: Hisham jamin keselamatan terkawal Posted: 19 Jun 2010 04:26 AM PDT
"Saya hendak memberi jaminan bahawa keadaan keselamatan negara kita adalah selamat dan kedudukan keselamatan adalah terkawal. Kita memantau (ancaman keganasan) setiap hari, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan 365 hari setahun untuk memastikan negara kita selamat," katanya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Wanita Umno Bahagian Semberong di Taman Sri Lambak yang disempurnakan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Ketua Wanita Umno. Hishammuddin yang juga Ketua Umno Bahagian Semberong mengulas tentang ancaman pengganas yang mahu menyerang beberapa rumah ibadat di Selangor dan Pulau Pinang sebagaimana yang didedahkan oleh media baru-baru ini. Katanya, pemantauan KDN itu juga tidak tertumpu kepada hanya penuntut asing yang didakwa datang ke negara ini dengan tujuan merekrut pengikut bagi kumpulan-kumpulan pengganas antarabangsa. Bukan ancaman baruDitanya bilangan penuntut asing yang masih di bawah pemantauan KDN, beliau berkata, "ia tidak dalam jumlah yang membimbangkan." Hishammuddin turut menjelaskan bahawa ancaman serangan terhadap rumah-rumah ibadat sebagaimana yang dilaporkan oleh media tempatan itu bukanlah sesuatu yang baru, tetapi ia berlaku beberapa bulan lalu dan KDN telah lama mengetahuinya. "A Beliau juga berkata, kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak mempolitikkan isu keselamatan. "Dalam BN kita melihat amanah dan tanggungjawab itu sebagai serius dan perkara-perkara yang berhubungkait dengan keselamatan, kita tidak tergamak untuk mempolitikkannya," katanya. Mengenai laporan tentang tahanan oleh sebuah jawatankuasa Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Hishammuddin berkata, apa yang Malaysia capai dalam tempoh 50 tahun adalah lebih baik daripada pencapaian beberapa negara maju. Katanya, banyak perkara dalam laporan itu memberi pandangan yang amat positif terhadap Malaysia dan meminta media supaya tidak mensensasikan beberapa perkara tertentu. | |||||||||
| PPP 'kecil' diseru hentikan pertelagahan terbuka Posted: 19 Jun 2010 04:24 AM PDT
Beliau juga menggesa PPP supaya menghentikan pertikaian dalaman parti itu. Katanya PPP tidak boleh menjadi parti kepada semua rakyat Malaysia kerana parti itu terlalu kecil tetapi ia boleh menjadikannya sangat berguna kepada rakyat dengan mencari bidangnya yang tersendiri. "Tidak kira apa jenis kucing selagi ia dapat menangkap tikus. Apa yang penting adalah BN kukuh dan diterima rakyat, katanya. 'Kayveas ditempelak' Dalam ucapannya Najib yang juga Pengerusi BN berkata parti pembangkang banyak berbohong dan bercakap separuh benar sambil menambah bahawa beliau bekerja siang dan malam bagi mengukuhkan BN dengan rancangan-rancangan yang akan diumumkan secara berperingkat. "Kita mesti fokus berhubung apa yang akan menjadikan BN kukuh.. para pemimpin BN tidak sepatutnya bertelagah antara satu sama lain secara terbuka, di depan khalayak atau kepada rakyat...mari kita bertelagah dengan pembangkang. Kenapa bertelagah sesama para pemimpin BN...beritahu saya kenapa kita perlu bertelagah sesama sendiri? 'PPP mesti tolong saya' "Musuh kita ada di luar...musuh kita mahukan kerusi kita dalam kerajaan..(mereka) mahu pergi ke Putrajaya. Kita mesti pastikan BN kekal berkuasa. Kenapa perlu kita dedahkan masalah kita sendiri. Beritahu saya kenapa kita perlu mencari masalah. Najib berkata BN perlu membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang dan oleh itu setiap parti komponennya perlu memainkan peranan masing-masing dengan menjadikan BN lebih kukuh agar kerajaan BN dapat meneruskan rancangan mentransformasikan negara menjadikannya sebuah negara yang lebih makmur. Dalam nasihatnya kepada kepimpinan PPP, Najib berkata sebagai pengerusi BN, beliau sentiasa bersedia mendengar permasalahan mereka. Kira-kira 3,000 perwakilan parti menghadiri mesyuarat sehari itu. | |||||||||
| Adakah kerajaan ikhlas sokong banteras merokok Posted: 19 Jun 2010 04:21 AM PDT
| |||||||||
| Namakan kucing parsi dengan peristiwa hitam Najib Posted: 19 Jun 2010 12:34 AM PDT
| |||||||||
| Mesti buat akuan tidak pernah menerima RM2 juta Posted: 19 Jun 2010 12:20 AM PDT DETIK DAILY Pakatan Rakyat (PR) menggesa supaya Ahli Dewan Unda-ngan Negeri (ADUN) Bebas, Keshvinder Singh membuat kenyataan dalam Surat Akuan Berkanun di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk membuktikan beliau tidak pernah menerima RM2 juta daripada mana-mana pihak sebelum keluar dari DAP, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming turut mengajukan kenyataan yang sama kepada seorang Exco Kerajaan Negeri sama terlibat dalam perkara terbabit. Kor Ming menyuruh kedua-duanya berbuat demikian untuk membuktikan mereka tidak pernah terbabit di dalam 'skandal' wang itu. "Sebagai seorang peguam, beliau (Keshvinder) sepatutnya faham akan kesan dan implikasi jika membuat surat akuan itu. "Bagaimanapun, jika Keshvinder melaksanakannya dalam masa terdekat ia me-nunjukkan beliau seorang yang bersih, cekap dan amanah sepanjang menjadi pemimpin di kawasan Malim Nawar," katanya pada sidang media di Wisma DAP Perak di sini, semalam. Hadir sama, ADUN Tronoh, V Sivakumar; ADUN Buntong, A Sivasubramaniam; ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim; ADUN Keranji, Chen Fock Chye dan ADUN Menglembu, Lim Pek Har. Sebelum ini, Keshvinder pernah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan beliau ditawarkan RM20 juta dan jawatan Exco untuk meninggalkan PR. Dalam kenyataan bertarikh 25 Februari 2009 itu, Keshvinder mendakwa ada beberapa pihak dalam Barisan Nasional (BN) yang membuat tawaran sedemikian. Dalam perkembangan sama, Kor Ming dan ahli PR yang berasa sedih dan kecewa dengan tindakan Keshvinder yang boleh diibaratkan umpama kawan makan kawan. Beliau yang juga ADUN Pantai Remis berkata, tiada siapa di dunia ini hidup dalam keadaan sempurna namun bukan tanggungjawab parti sepenuhnya untuk mengawasi mereka sepanjang hidup. "Sepanjang lebih setahun Keshvinder jatuh dan bangun bersama-sama PR namun mengapa sekarang baru meninggalkan parti secara tiba-tiba. "Justeru, saya ingin menasihatkan kepada wakil rakyat supaya jangan sekali-kali menjadikan masalah peribadi beban kepada orang lain untuk memikulnya," katanya. S/H | |||||||||
| Kedukaan Mahathir Kedukaan Kita Jua Posted: 19 Jun 2010 12:03 AM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar KEBIMBANGAN Dr Mahathir Mohamad terhadap masa depan Melayu saya kira jujur dan bukan bermotif politik. Bekas PM itu membayangkan Melayu akan menjadi minoriti sekiranya perpecahan yang dialami kini tidak dikawal bendung. Mahathir serius kali ini? Beliau mengulangi kebimbangan itu sekali lagi di dalam blognya selepas menyatakan demikian semasa merasmikan program Melayu Bangkit (tetapi tidak berapa bangkit) di Kuala Terengganu. Hujah Mahathir, kedudukan (kuasa dan politk) orang Melayu terancam apabila Melayu yang kini menguasai 60 peratus penduduk negara terpaksa membahagi kepada tiga puak atau kumpulan. Puak itu ialah Umno, Pas dan PKR. Mahathir mempertahankan hujah dan kebimbangan itu walaupun ada penganalisa mengatakan Melayu tetap akan menjadi majoriti berdasarkan kepada populasi. Apa yang dimaksudkan oleh penganalisa, Melayu akan terus kekal dengan angka 60 peratus dan ia tidak menjejaskan dominasi Melayu. Alasannya angka itu akan terus berganjak dengan kelahiran-kelahiran baru. Ada peselisihan dalam memahami perkara ini. Menurut Mahathir disebabkan perpecahan itu, orang Melayu terpaksa membahagikan sokongannya kepada tiga entiti. Ini menyebabkan Melayu tidak lagi majoriti. Dalam perkiraan Mahathir setiap satu kumpulan hanya mendapat 20 peratus saja. Saya bersetuju dengan Dr Mahathir dalam hal ini. Sebagai sebuah negara mengamalkan demokrasi, di mana kuasanya terletak kepada bilangan undi bukan jumlah penduduk, fenomena yang ada sekarang ini meyebabkan Melayu akan lemah. Cuba, kalau Melayu terpaksa membahagi kepada tiga, ini menyebabkan satu kumpulan pun tidak memperolehi majoriti. Dari jumlah penduduk ia masih majoriti tetapi dari segi kuasa politik mengikut parti, sudah minoriti. Cuma kalau kita ingin menyedapkan hati kita mungkin boleh berkata bahawa kaum lain juga berdepan akibat sama apabila kaum itu juga terpaksa membahagikan lebih dari satu puak. Tetapi kita kena perlu insaf bahawa sikap dan persefahaman kaum bukan Melayu dalam soal kepentingan nasib dan masa depan mereka begitu kental sekali. Mereka boleh bingkas menjadi seperti kiamban apabila biduk berlalu. Soalnya apakah bangsa Melayu juga akan mengikut perangai kiamban? Serentak dengan kebimbangan Mahathir itu semua orang Melayu harus bangkit. Sudah lama dianjurkan supaya Melayu mengurangkan politiking, bermahasabah serta mengendurkan sedikit nafsu amarah terlalu menggilai kepada kuasa. Orang Melayu juga kena fikir apakah dalam mereak berjuang mendapatkan kuasa itu jika ia dicapai ianya mutlak? Bukan saja Mahathir tetapi banyak pihak juga merasai ini semua. Kewujudan berbagai NGO atau puak yang membangkitkan semangat Melayu, mengungkit sejarah keperitan Melayu adalah kerana kebimbangan yang sama. Tujuan itu semua untuk melihat Melayu bersatu. Kepada saya semua itu tidak memberi apa-apa erti. Saya sudah tulis sebelum ini buatlah sejuta NGO pun tidak menjadi. Masyarakat negara ini masih meletakkan harapan tinggi kepada parti politik. Mereka sudah terbius dan dikukus dengan parti politik. Makanya parti politik jugalah mampu untuk menyatupadukan Melayu. Mereka tidak akan mempedulikan walaupun NGO menjerit kandatipun suaranya mencecah puncak gunung. Bercakap soal ini di mana hendak kita mulakan? Kabur dan kosong megenangkan ini. Kita hanya mendesis dalam diri saja tetapi tidak boleh berbuat apa. Tengoklah sikap dan perangai para pemain politik mereka tidak mempedulikan langsung apakah kesan dan akibat mereka lalukan. Apa yang mereka kejar hanya bola sehingga melupai syarat-syarat yang ditentukan. Mereka hanya mahu gol dan gol. Justeru saya merasakan walaupun kebimbangan Mahathir itu ada kebenarannya, tetapi ia hanya menjadi siulan dan nyanyian sedih beliau saja. Ia tidak akan didengari oleh sesiapa. Beliau sendiri juga silap kerana dalam masa 22 tahun jadi PM beliau tidak pernah ingat akan bahaya itu sebalik terus juga ralik atas padang politik hegomeninya. Apa yang saya istilahkan 'perang salik' antara Najib dengan Anwar bukan mudah untuk ditamatkan. Jadi hari ini kalau Mahathir bercakap, ia tidak lebih sebagai sebuah ilusi saja. Ilusi menggambarkan hati dan perasaanya sakit. Kesakitan bekas PM itu adalah juga kesakitan kita semua. Saya tidak mahu mengungkitkan apa yang Mahathir lakukan dalam aktviti dan agenda jahat beliau memecah Melayu dalam mengukuhkan kuasa politiknya yang kosong itu. Semua orang sudah tahu. Kepada saya dosa berlakunya perpecahan Melayu ini tergenggam ditangan Dr Mahathir. Namun dalam hal ini kalau kita terus menyalahkan beliau, ia bukan satu perbuatan yang praktikal sebab semua manusia tidak dapat lari dari melakukan kesalahan. Satu lagi, kalau Mahathir salah, maka kita amat berharap jangan Najib pun salah, Anwar pun salah, Haji Hadi dan Nik Aziz juga akan turut sama salah! | |||||||||
| 33 daripada 207 majikan dikompaun oleh Perkeso Posted: 19 Jun 2010 12:02 AM PDT
| |||||||||
| Dr M: ‘Jumlah orang Melayu tak penting tapi kuasa’ Posted: 18 Jun 2010 11:55 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPURn — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi dakwaannya bahawa orang Melayu berisiko menjadi minoriti buat kali ketiga minggu ini dengan menegaskan, "bukan jumlah yang besar yang penting, tetapi keupayaan pasukan." Dr Mahathir mengulangi bahawa secara efektif tidak ada lagi kuasa 60 peratus pada Melayu kerana permusuhan sesama mereka menjadikan mereka lemah. "Kuasa mereka tidak lebih daripada jumlah mereka dalam parti-parti campuran yang mereka sertai iaitu hanya satu pertiga daripada 60 peratus iaitu hanya 20 peratus," kata beliau dalam blognya di bawah tajuk "Ke Mana Melayu 2". Dr Mahathir menambah ia akan menjadikan mereka, dalam konteks kuasa mengundi demokratik sebagai puak minoriti, walaupun daripada jumlah bilangan mereka sebagai warganegara berjumlah 60 peratus. "Kita mudah lupa. Bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada pasukan Portugis yang menyerang Melaka. Tetapi bala tentera Melaka kalah. "Bukan jumlah yang besar yang penting. Yang penting ialah keupayaan pasukan," kata bekas presiden Umno ini. Beliau menambah, tidak kurang pentingnya kepada hasil pertempuran antara Melaka dan Portugis ialah peranan Kitol dan Raja Mendeliar. "Di kalangan orang Melayu yang sudah terbahagi tiga terdapat ramai Kitol dan Raja Mendaliar. "Jumlah semua 60 peratus. Tetapi kuasa bukan 60 peratus. Kuasa Melayu hanya kuasa minoriti. Aspek yang inilah yang dimaksudkan oleh saya yang kurang matang fikiran," katanya. Dr Mahathir memberikan pandangan terbaru ini sebagai mengulas kenyataan Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya bahawa "sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri." "Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti," kata Azmi. Beliau juga menyifatkan kenyataan Dr Mahathir itu sebagai terdesak dan tidak bertamadun. "Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir. "Selain itu, ini hanya permainan politik yang dimainkan beliau untuk menakutkan orang Melayu dengan harapan mereka akan kembali kepada pembela negara iaitu Umno," katanya. Pada hari pandangan itu dikeluarkan, Dr Mahathir mengulangi risiko orang Melayu akan jadi minoriti di negara ini menerusi tulisan blognya bertajuk "Ke Mana Melayu". Beliau melahirkan pandangan itu ketika berucap pada majlis anjuran Gertak di Kuala Terengganu Isnin lalu. Dengan kenyataan dalam nada menyindir, Dr Mahathir berkata beliau akui yang pemikirannya "belum matang seperti yang didakwa oleh Dr Azmi." "Saya lupa bahawa 60 peratus daripada 100 peratus adalah majoriti. Dan, jumlah orang Melayu di Malaysia menjadikan mereka 60 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia. Mereka bukan minoriti," katanya. Bagaimanapun kata beliau, orang Melayu sekarang berpecah tiga menyebabkan setiap puak atau parti hanya mempunyai sokongan 20 peratus. "Walaupun mungkin ada parti yang mendapat lebih ramai penyertaan, jumlah peratusan mereka tak mungkin 50 peratus atau lebih," katanya. "Angka-angka sokongan kepada PAS sahaja dalam pilihan raya menunjukkan lebih 50 peratus daripada pengundi Melayu menyokongnya. Lima puluh peratus daripada 60 peratus (jumlah peratusan Melayu dalam negara) ialah 30 peratus. "Yang baki 30 peratus terbahagi antara Umno dan PKR dengan Umno mungkin mendapat bahagian yang terbesar," kata beliau. Beliau mengulangi bahawa dilihat dari segi keseluruhan penduduk negara, Melayu yang 60 peratus sudah terbahagi kepada tiga puak yang masing-masing mendapat peratusan kurang daripada 50 peratus penduduk iaitu kurang daripada majoriti. "Puak-puak ini pula bermusuh sesama mereka sehingga ketiga-tiga menjadi lemah," katanya. | |||||||||
| Parlimen serah SPR, A-G tentukan status Tian Chua Posted: 18 Jun 2010 11:53 PM PDT KUALA LUMPURn — Dewan Rakyat akan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Peguam Negara untuk menentukan status Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang kini berhadapann dengan risiko dilucutkan kerusi walaupun dendanya diturunkan kepada RM2,000 kelmarin. Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, bagi mengelakkan masalah berkaitan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Dewan Rakyat akan merujuk kes berkenaan kepada SPR untuk diputuskan. "Dewan Rakyat tidak perlu membincangkan kes ini... ini adalah kes (kadar denda) yang marginal di mana denda yang dikenakan RM2,000 (di paras sempadan), lebih elok statunya diputuskan oleh Peguam Negara," katanya lagi. "Apabila mahkamah memaklumkan kepada kami (Parlimen), kami akan merujuk kes ini kepada SPR, yang saya percaya akan mendapatkan nasihat Peguam Negara bagi menentukan kerusi Batu, yang pada pandangan saya kemungkinan sudah kosong (dengan keputusan mahkamah kelmarin)," kata Wan Junaidi ketika dihubungi The Malaysian Insider. Wakil rakyat itu berhadapan dengan risiko itu meskipun hukumannya dikurangkan daripada RM3,000 kepada RM2,000. Ketika ditanya sama ada Pejabat Speaker Dewan Rakyat akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan kes ini dalam waktu terdekat, "kita akan berbincang bila tiba masa." "Kami belum dimaklumkan apa-apa lagi (oleh mahkamah)... kami akan bercakap bila kami merentasi jambatan," katanya dengan berseloroh. Tanpa menolak wujudnya kes-kes rujukan masa lalu, Wan Junaidi berkata, usul bagi memutuskan status jika dibawa ke Dewan Rakyat, berdasarkan kedudukan semasa, secara logik akan menyumbang kepada undi tidak memihak kepada wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat itu. Barisan Nasional (BN) masih memiliki kelebihan dari segi kerusi di Dewan Rakyat sekarang dengan 137 anggota. "Dalam hal ini, saya secara peribadi berpandangan bahawa jika majoriti wakil rakyat mengundi mengesahkan kerusi Batu kosong, orang ramai akan mencemuh (seolah-olah Parlimen tidak adil)... ia juga akan mengakibatkan implikasi dari sudut peruntukan perlembagaan. "Akan ada yang berpandangan bahawa Parlimen bertindak bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. "Jadi, saya berpendapat lebih baik perkara ini diteliti oleh SPR dengan nasihat Peguam Negara," kata Wan Junaidi lagi. Peguam Tian Chua, 47, yang gagal menemui hakim kes pagi semalam akan bertemu beliau Isnin ini. Bagaimanapun peguam Tian Chua memaklumkan hakim kes menerusi timbalan pendaftar berpendapat bahawa peruntukan hukuman cukup jelas dan tidak memerlukan sebarang penjelasan lanjut. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, usul mengenai status kedudukan wakil rakyat boleh dibawa oleh mana-mana anggota Dewan Rakyat, katanya. "Bukan Speaker yang membawa usul, tetapi anggota Dewan akan membawa usul ini," kata Wan Junaidi. Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan ia tidak mendapat pengampunan. Mengenai keputusan hilang status kelayakan, Perkara 53 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa "jika berbangkit apa-apa soal sama ada seseorang ahli Majlis Parlimen telah hilang kelayakan menjadi ahli, maka soal itu hendaklah diputuskan oleh Majlis itu dan keputusannya itu adalah muktamad." Peruntukan ini menambah, "dengan syarat bahawa Perkara ini tidak boleh ditafsirkan sebagai menghalang amalan Majlis menangguhkan sesuatu keputusan supaya langkah-langkah (termasuk langkah-langkah membatalkan hilang kelayakan itu) yang mungkin menyentuh keputusannya boleh diambil atau ditamatkan." Peguam Karpal Singh berkata Tian Chua yang juga Pengarah Strategi PKR tidak lagi sah sebagai anggota Dewan Rakyat. Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata kerusi wakil rakyat Batu itu secara automatik menjadi kosong ekoran keputusan Mahkamah Tinggi itu, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya kecil. "Jika denda RM2,000 (beliau) habis. Kerusi menjadi kosong. Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mengatakan bahawa RM2,000 atau lebih, anda sudah hilang kelayakan. "Tiada hujah lagi dalam soal ini," kata Karpal. Dengan merujuk kepada Ahli Parlimen Menglembu Fan Yew Ting pada 1975 sebagai kes rujukan, Karpal memberitahu Speaker Dewan Rakyat telah mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas beliau didenda RM2,000 ekoran kesalahan di bawah Akta Hasutan. Karpal memberitahu, undang-undang itu telah dipinda selepas kes Fan yang membolehken kelucutan secara automatik apabila seseorang Ahli Parlimen didapati bersalah tanpa perlu melalui Dewan Rakyat. | |||||||||
| Jui Meng dakwa Umno dalang Johor tarik balik ‘Datuk’ Posted: 18 Jun 2010 11:50 PM PDT Chua menunjukkan pingat kebesaran yang akan dipulangkan kepada Istana Johor pada sidang media pagi tadi. — Gambar oleh Jack Ooi Bekas menteri kesihatan yang menyertai PKR Julai lalu menyifatkan ia sebagai tindakan intimidasi politik. "Saya pasti sekarang Umno amat menyesal dengan perkiraan salah mereka mengintimidasi saya," kata anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR ini. Chua (gambar) berkata ini kerana dalam beberapa hari sahaja rakyat dari seluruh negara menyatakan sokongan moral bukan sahaja kepada beliau, juga kepada Pakatan Rakyat dalam isu terbaru ini. Selain itu, Chua juga mendedahkan beliau telah diminta oleh Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli supaya mengembalikan Pingat Sultan Ibrahim (PIS) yang tidak membawa sebarang gelaran. "Apabila Datuk Rahim menelefon saya, saya mengingatkan beliau bahawa saya mempunyai pingat ketiga, Pingat Ibrahim Sultan. Beliau juga meminta saya memulangkan pingat itu," kata beliau pada sidang media di sini. Pada 11 Jun lalu, Rahim mengesahkan penarikan balik dua darjah kebesaran yang membawa gelaran "Datuk" terhadap Chua tetapi menafikan ia berpunca daripada tekanan politik. Rahim berkata kuasa Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail untuk menganugerahkan atau menarik balik darjah kebesaran adalah "melampaui politik." "Tidak wujud keadaan yang dikatakan sebagai tekanan politik untuk menganugerahkan atau menarik balik darjah kebesaran itu. "Sultan Johor tidak mempunyai kaitan dengan politik. Ahli politik tidak mempunyai hak dalam perkara ini," kata beliau. Sultan Johor katanya, berkuasa penuh terhadap perkara itu di bawah Fasal 12 Undang-undang dan Peraturan bagi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia dan Fasal 7(f) Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895. Ditanya mengenai sebab disebalik langkah penarikan balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Chua itu, Abdul Rahim berkata, Sultan Johor tidak perlu memberikan sebab kerana itu adalah kuasa baginda. Chua berkata meskipun tiada alasan diberikan berhubung tindakan Istana Johor, beliau akan mengembalikan ketiga-tiga pingat. Chua juga mengesahkan beliau menerima surat makluman rasmi dilucutkan gelaran "Datuk" Selasa lalu. Diminta mengulas lanjut mengenai pembabitan Umno, Chua berkata, perkara itu sangat jelas. "Tidak perlu tanya saya apa yang saya fikirkan, tanya rakyat, ia sangat ketara," katanya. | |||||||||
| Nazri: Tian Chua masih MP sah, terima keputusan Posted: 18 Jun 2010 06:22 PM PDT KUALA LUMPUR – Ketika pelbagai pihak beranggapan Tian Chua sudah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Batu kerana denda RM2,000, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berpandangan sebaliknya.
"Bagi saya beliau (Tian Chua) masih lagi Ahli Parlimen yang sah kerana denda RM2,000 tidak akan menyebabkannya hilang kelayakan tetapi jika RM2,001 baru akan dilucut jawatan itu. "Jadi keputusan yang dibuat hakim perlu diterima, jangan dengar pendapat orang lain yang cakap Tian Chua (gambar) bukan lagi Ahli Parlimen," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini. Nazri memberikan pandangannya ini ketika peguam-peguam Tian Chua dijadual menemui hakim kesnya Isnin ini. Pandangan Nazri itu berbeza dengan pendirian Pengerusi DAP Karpal Singh yang juga peguam veteran bahawa Tian Chua sudah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Batu hanya kerana denda RM2,000. Malah seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya juga berpendapat denda RM2,000 sudah cukup memadai untuk Tian Chua kehilangan kerusinya. Menurut Nazri, sebarang persoalan mengenai keputusan terhadap Tian Chua perlu diajukan kepada hakim yang menjatuhkan hukuman itu. "Perlu tanya kepada hakim mengenai keputusan itu. Mengapa beliau menjatuhkan hukuman sebanyak RM2,000? "Kalau beliau berbuat demikian supaya Tian Chua tidak hilang kelayakan, jadi kenapa tidak ikut pelaksanannya (hukuman)?" kata beliau. Nazri memberitahu, sekiranya hakim membuat keputusan tersebut untuk mengelakkan daripada berlakunya pilihan raya kecil, maka semua pihak harus menerimanya. SPR sedang meneliti implikasi keputusan hakim semalam. Tian Chua, 47, atau nama sebenarnya, Chua Tian Chang dikenakan denda RM2,000 atau penjara dua bulan berhubung tuduhan mencederakan seorang anggota polis dengan cara menggigit lengannya. Denda itu lebih rendah berbanding RM3,000 yang dikenakan tahun lalu. Beliau didakwa mencederakan konstabel Mohd Rosyaidi Anuar, 22, ketika anggota polis itu sedang menjalankan tugasnya dalam satu perhimpunan di Parlimen, 11 Dis 2007. Semalam Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara dua bulan ke atas Tian Chua berhubung tuduhan mencederakan Mohd Rosyaidi. Peguam Tian Chua Amer Hamzah Arshad memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka akan membangkitkan keputusan hakim Mahkamah Persekutuan pada 1993 di mana Hakim Tan Sri Gunn Chit Tuan merumuskan bahawa "tidak kurang daripada" bermakna "lebih". Peguam Tian Chua gagal menemui hakim kes mereka pagi tadi, sebaliknya dimaklumkan menerusi timbalan pendaftar bagai apa yang diputuskan semalam sudah cukup jelas. Dalam keputusannya semalam, Ghazali mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap wakil rakyat berkenaan dan menggantikannya dengan denda RM2,000 atau tiga bulan. Bagimanapun, Ghazali menolak rayuan Tian Chua terhadap sabitan atas tuduhan itu setelah mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak. Ghazali berkata penghakiman Majistret pada 22 Okt lalu yang berdasarkan penemuan fakta adalah betul dan pemakaian undang-undang juga adalah tepat dan tidak perlu lagi diganggu. Ghazali berkata soal hukuman merupakan budi bicara sepenuhnya hakim perbicaraan berkenaan kecuali yang melibatkan hukuman mati. "Dalam kes ini perayu adalah pesalah pertama. Tidak dapat dinafikan juga bahawa tiada keistimewaan patut diberikan kepada beliau sebagai Ahli Parlimen," katanya. Bagaimanapun, katanya jika hukuman yang dijatuhkan boleh menjadikan Tian Chua tidak layak menjadi seorang wakil rakyat, satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan. "Seperti yang diketahui pilihan raya kecil ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan memberi kesan kepada keseluruhan rakyat negara ini begitu juga kesejahteraan dan keharmonian di antara berbagai-bagai bangsa. "Di atas alasan ini, saya berpendapat suatu hukuman yang setimpal yang tidak melibatkan banyak pihak adalah merupakan suatu hukuman yang adil. Hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret diketepi dan digantikan dengan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara," katanya. | |||||||||
| Pemuda PAS: Najib tak harus ‘rahsiakan’ tarikh bubar Parlimen Posted: 18 Jun 2010 06:20 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Walaupun menjadi hak mutlak perdana menteri membubarkan Parlimen, Pemuda PAS menegaskan, Datuk Seri Najib Razak tidak harus merahsiakan tarikh mahu memanggil pilihan raya sebagaimana pernah dilakukan oleh ketua-ketua kerajaan sebelum ini. Pemangku Naib Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, tindakan Najib merahsiakan tarikh pilihan raya umum akan memberi kelebihan kepada jentera Umno-BN yang boleh bersiap sedia dalam tempoh tersebut sedangkan pembangkang masih berteka-teki tanpa persediaan cukup. "Selain itu, dengan merahsiakannya, mereka juga boleh mempersiapkan senarai daftar pemilih di kawasan yang mereka sasarkan untuk menang," kata beliau. "Lihatlah tindakan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang cukup berahsia dengan tarikh pilihan raya sehingga sanggup menipu rakyat. "Sehari sebelum membubarkan Parlimen beliau berkeras menafikan Parlimen akan dibubarkan tetapi esoknya beliau sendiri yang menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen," kata beliau dalam satu kenyataan. Rabu lalu, Najib mengatakan tarikh pilihan raya umum akan "mengejutkan semua pihak". Beliau juga berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokongnya. Suhaimi berkata tindakan merahsiakan tarikh pilihan raya umum seperti membelakangkan hak rakyat untuk mengetahuinya. "Seperti mana perdana menteri sebelum ini yang mempunyai hak untuk menjalankan pilihan raya mengikut sukahati mereka, Najib juga begitu. "Sudah menjadi amalan sejak dulu, tarikh pilihan raya umum menjadi hak mutlak seorang perdana menteri dan tidak boleh dikongsikan dengan rakyat apatah lagi terhadap pembangkang. "Ternyata sikap perdana menteri Malaysia
Beliau berkata sepatutnya perdana menteri perlu mengisytiharkan pilihan raya umum lebih awal, sekurang-kurangnya setahun sebelum itu. "Ini kerana pilihan raya umum adalah perkara besar dan melibatkan banyak pihak termasuk kos yang sangat tinggi. Lagipun ia hanya diadakan setiap lima tahun. "Di negara jiran seperti Thailand, Filipina, Indonesia sehinggalah kepada negara maju seperti Jepun, China, Britain dan Amerika Syarikat tarikh pilihan raya umum dimaklumkan sekurang-kurangnya setahun lebih awal supaya semua pihak dapat mempersiapkan diri dan jentera mereka. "Ia lebih adil kepada parti-parti yang bertanding khususnya kepada pembangkang," katanya. Selain itu, Suhaimi berkata kerajaan masih tidak sedar bahawa yang memberikan kemenangan kepada pembangkang adalah kuasa rakyat. "Kuasa rakyat ibarat gelombang yang sukar disekat oleh apa-apa kuasa. "Malah kuasa rakyat ini nanti akan terjemahkan hak mereka dalam pilihan raya umum nanti dan bakal menenggelamkan bahtera Umno-BN yang semakin reput," katanya. | |||||||||
| Pelan Kg. Baru: Penduduk masih kabur Posted: 18 Jun 2010 06:13 PM PDT KUALA LUMPUR: Pemilik tanah dan penduduk Kampung Baru di ibu negara masih kabur terhadap pelan pembangunan semula kampung itu seperti yang diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin baru-baru ini. Mereka mendakwa pemilik tanah dan penduduk belum mendapat penerangan yang jelas mengenai pembangunan semula tersebut. Seorang pemilik tanah, Rohilah Abdul Rahman memberitahu belum ada pihak yang tampil mengadakan perjumpaan dengan pemilik tanah.
"Sepatutnya MAS (Malay Agriculture Settlement) sebagai pentadbir tanah Kampung Baru mengadakan perjumpaan dan menerangkan perkara sebenar kerana isu pembangunan semula bukan perkara baru. "Pada sekitar awal tahun 1990-an, kerajaan pusat telah mengumumkan pembangunan Kampung Baru akan dilaksanakan oleh Koperasi Kijang Emas Berhad, koperasi milik penuh Bumiputera. Tiada hasil "Tan Sri Isa Samad pula semasa menjadi Menteri Wilayah Persekutuan juga mengumumkan perkara yang sama tetapi tidak ada hasilnya. "Jadi adakah pembangunan semula Kampung Baru akan menjadi kenyataan?," soal beliau. Seorang penduduk Kampung Baru, Abdul Samad Ishak pula berkata, setakat ini penduduk hanya mengetahui perkara itu melalui media dan cakap-cakap orang politik sahaja. Menurutnya, pemilik tanah ingin tahu berapa harga tanah mereka sekaki persegi kerana sebelum ini hanya bernilai RM100 sahaja. "Kalau RM100 murah sangat kerana ia bersebelahan dengan Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang dikatakan berharga RM1,200 sekaki persegi. "Sebagai seorang penduduk pula, saya juga ingin tahu ke mana kami semua hendak dipindahkan selepas kampung ini diambil kerajaan. "Ada tak pampasan yang dibayar atas kerugian kerana telah menghuni kampung ini sejak puluhan tahun lalu?," katanya. Pemangku Timbalan Pengerusi MAS, Mashuti Mat Soom dilaporkan sebagai berkata, pihaknya tidak setuju dengan rancangan pembangunan semula Kampung Baru. Katanya, ramai penduduk menyoal bila pula yang MAS setuju dengan cadangan pembangunan semula Kampung Baru. | |||||||||
| Keshvinder dicabar hadir di Malim Nawar esok Posted: 18 Jun 2010 06:09 PM PDT PETALING JAYA: Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham mencabar Adun Malim Nawar Keshvinder Singh hadir di pasar pagi Malim Nawar esok bagi bersemuka bersama pemimpin DAP dan juga rakyat untuk menjelaskan tindakan beliau meninggalkan parti DAP. Menurutnya, Keshvinder dicabar berhadapan rakyat bagi menjelaskan isu mengapa beliau meninggalkan parti supaya rakyat mengetahui kebenaran tanpa berselindung.
Ngeh berkata, tindakan Keshvinder meninggalkan parti langsung tidak menjejaskan DAP tetapi DAP tetap menyaman beliau selepas bermesyuarat pada 21 Jun ini kerana melanggar perjanjian menjadi seorang wakil rakyat dalam DAP. "Rakyat Malim Nawar perlu tahu mengapa wakil rakyat mereka lari meninggalkan parti tanpa penjelasan. Jika dia (Keshvinder) berani, datang esok di pasar Malim Nawar untuk bersemuka," katanya ketika dihubungi wartawan Free Malaysia Today, hari ini. Beliau berkata, jika Keshvinder gagal hadir esok, jelas menunjukan bahawa beliau adalah "Kalau dia benar, dia mesti datang kepada rakyat yang telah menyokong dia hingga dia jadi Adun. Kita nak lihat bagaimana kejujuran dia pada rakyat di Malim Nawar yang ingin mengetahui kisah dia sendiri," katanya. Tambah beliau, DAP telah menubuhkan jawatankuasa khidmat yang diketuai oleh Chin Fook Chy untuk membantu rakyat di Malim Nawar yang memerlukan bantuan. "Kita dah tahu Keshvinder tidak bertanggungjawab, jadi kita tubuhkan segera jawatankuasa baru untuk membantu kawasan Malim Nawar. "Bagaimanapun kita tetap menjalankan tanggungjawab kepada rakyat di Malim Nawar, walaupun Adun tidak bertanggungjawab itu meninggalkan parti," jelasnya. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan