Selasa, 29 Jun 2010

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Letak Gambar Manusia Dalam Rumah,Malaikat Nak Masuk Pun Segan,Tapi Gambar Menteri Ok Kot?

Posted: 29 Jun 2010 06:13 PM PDT


Kelihatan macam gelas biasa yang normal.

Tetapi apabila dipusingkan akan kelihatan wajah MB Negeri Sembilan yang "agak kacak."

Apabila digabungkan semua free gift yang aku dapat malam tu,aku tertanya-tanya,adakah ini sambutan merayakan guru-guru Negeri Sembilan atau sambutan guru-guru yang wajib datang kalau tak datang kena hantar surat tunjuk sebab kepada Jabatan untuk merayakan Menteri Besar yang "agak kacak" itu.

Aku tau benda ni adalah free gift tapi bila kita bercakap mengenai sesuatu yang akan digunakan ketika makan dan minum,kita semua pastilah tidak gemar melihat sesuatu yang menurunkan selera makan bukan?

Dari Aisya Ummul Mukminin ra, dia mengkhabarkan kepadanya bahwa dia membeli bantal yang padanya terdapat gambar. Ketika Rasulullah melihatnya, beliau berdiri di pintu dan tidak memasukinya. Saya melihat kebencian pada wajahnya, saya berkata, "Wahai Rasulullah saya bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya, dosa apa yang telah saya perbuat?" Rasulullah menjawab, "Apakah urusannya bantal ini?" saya jawab, "saya membelinya untukmu agar kau duduk di atasnya dan memakainya sebagai bantal." Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya pemilik gambar ini pada hari kiamat akan disiksa dan dikatakan kepada mereka hidupkanlah apa yang kamu ciptakan, lalu melanjutkan, sesungguhnya rumah yang di dalamnya ada gambar tidak akan dimasuki oleh para malaikat." (Bukhari)


Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata saya mendengar Abu Thalhah berkara saya mendengar Rasulullah saw bersabda, " Para malaikat tidak akan masuk ke sebuah rumah yang di dalamnya terdapat gambar dan patung."




Menjawab Mengenai Posting Aku di TranungKite Mengenai Cikgu-Cikgu Negeri Sembilan

Posted: 29 Jun 2010 04:43 AM PDT

Aku bukak-bukak Analytics,hari ni visitor cecah dah lebih 10 ribu.Gila apa.Lalu aku pun mencari sebab apa yang membuatkan tiba-tiba visitor blog ni naik mencanak-canak.Biasanya dalam 2500 ke 3000,tak pernah lebih.Ada sekali aje la dekat 5 ribu masa aku letak gambar Nik Aziz dengan Zaid Ibrahim minum arak yang sangat "real" dan "sangat dipercayai oleh ramai orang."

Carik punya carik,jumpalah sebabnya.Front page TranungKite ada letak link ke posting aku pasal Mawi tu.Ces.Aku jadi hangin pulak.Orang Melayu suka sangat stereotaipkan kelompok-kelompok manusia.Habis bini aku terkena sekali walaupun bini aku tak suka Mawi pun.Tengok la tajuk dia;



Apa ni?Jangan la samakan SEMUA cikgu Negeri Sembilan tak senonoh.

Fakta tentang majlis itu :

1. Memang ada Cikgu-Cikgu wanita yang menggedik lebih-lebih.

2. Mawi terpaksa stop show sekejap semata-mata seorang Cikgu NAK SANGAT bergambar dengan dia.Pipi dengan pipi hampir berlaga.

3. Mawi terpaksa sound seorang dua cikgu yang nak peluk bahu dia.Ada yang berdiri rapat sangat sampai Mawi sendiri naik segan.

4. Itu semua bukan salah Menteri Besar.Itu semua salah KERAJAAN MALAYSIA yang menggalakkan artis jadi "ikon masyarakat." Kalau seorang penyanyi budak-budak remaja daripada AF boleh jadi Ikon Negeri Perak dan Mawi adalah idola masyarakat,salah dia dekat pemerintah negara.

5. Tak semua Cikgu tu taksub.Lebih ramai yang duduk belakang dan buat tak peduli.

6. Jangan stereotaipkan semua orang itu buruk.Yang buruk tu semua masuk dalam gambar aku.Yang tak buruk ada aje beribu-ribu kat belakang.

7. Aku pun tak sangka fanatiknya peminat Mawi ni sampai cikgu-cikgu yang berbaju kurung dan bertudung ni boleh lupa diri,keluarga,suami dan Tuhan.

8. Apa yang lebih buruk berbanding perangai-perangai cikgu-cikgu gatal tu?Perangai Menteri Besar tu sendiri yang "mendewakan" diri dia.Aku akan tulis pasal ni esok pagi.

Okeh.Ciow.
Assalamualaikum.

PS - Mana-mana yang ada msg aku kat komen tu esok pagi aku jawab.Terima kasih.

Tiada ulasan: