BRIGED MP SEGAMBUT |
- ARIEL MENGAKU DIALAH PELAKON VIDEO PORNO ITU
- DEMI PERJUANGAN:AZMIN TERIMA IMEJ YANG TERUK
- KHALID YANG MENGAGUMKAN:PARA ALKATAKIS PENUH BIMBANG!!
- KHALID AKAN DIISU MELETAK JAWATAN OLEH ALKATAKIS
- ZAID DAN PARA FIRAUN FIR'AUN PKR
| ARIEL MENGAKU DIALAH PELAKON VIDEO PORNO ITU Posted: 30 Jun 2010 09:23 AM PDT Pemeriksaan terhadap Ariel terkait kasus video porno telah selesai. Ariel pun sudah menandatangai BAP. Kabarnya, Ariel juga sudah mengakui kepemilikan video porno tersebut. Hal itu diungkapkan oleh salah satu sumber detikhot di kepolisian, saat dihubungi lewat telepon, Rabu (30/6/2010). Menurut sang sumber, Ariel sudah mengaku dirinya memang terlibat dengan video-video porno tersebut sejak awal. "Waktu dia (Ariel) datang pertama kali, dia juga sudah ngaku," ujarnya. Sumber itu mengungkapkan kalau saat itu pihak kepolisian memang tidak mau terburu-buru menetapkan Ariel sebagai tersangka. Polisi juga membutuhkan bukti-bukti lain selain pengakuan Ariel. "Kan mesti pakai bukti biar kuat secara hukum. Sekarang dia juga tandatangani BAP kan," jelasnya. Sebelumnya, hal itu sudah dikonfirmasi kepada kuasa hukum Ariel dan Luna Maya, OC Kaligis. Namun, ia membantahnya. "Enggak ada itu di BAP. Kalau isi BAP saya nggak bisa kasih tahu," ujarnya saat ditemui di Mabes Polri, Senin (28/6/2010).(hkm/iy) | |
| DEMI PERJUANGAN:AZMIN TERIMA IMEJ YANG TERUK Posted: 30 Jun 2010 07:55 AM PDT NAIB Presiden KeADILan, Mohamed Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihak tertentu bahawa beliau 'budak jahat' yang mahukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan. Tegas Azmin, beliau menyokong penuh Khalid sebagai MB Selangor dan sekarang ini bukan masanya untuk Khalid diarahkan meletakkan jawatan. "Semasa diretreat (pemukiman) KeADILan, saya duduk di sebelah Tan Sri (Khalid), saya katakan dengan jelas kepada semua yang hadir, ya memang saya ada masalah dengan Tan Sri, tetapi saya tidak sekali-kali mahu merampas jawatan beliau. "Malah dengan jelas saya tawarkan kepada parti, saya sanggup melepaskan jawatan Adun Bukit Antarabangsa, supaya dengan itu tiada lagi spekulasi bahawa saya mahu merebut jawatan MB," tegasnya. Begitulah penegasan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, kepada penulis ketika kami sembang-sembang di Parlimen, 29 Jun lepas. Azmin jelas menunjukkan kekecewaan beliau, terhadap sesetengah pihak sama ada blogger dalam KeADILan dan pucuk kepimpinan tertentu yang sengaja 'mislead' dan memperbesar-besarkan isu jawatan MB. Menurut Azmin, sebagai Naib Presiden parti, suatu jawatan kanan yang disandang, beliau berhak untuk membuat teguran dan kritikan kepada mana-mana pihak, khususnya pemegang-pemegang jawatan dalam kerajaan negeri. "Yang saya mahu ialah mereka 'deliver' untuk kepentingan parti dan rakyat, bukan saya mengkritik kerana hendak merebut jawatan. "Saya tidak gila kuasa, malah saya tegaskan kepada Ketua Umum (Dato' Seri Anwar Ibrahim), saya meletakkan jawatan sebagai Pengarah PKNS atas dasar prinsip, saya tidak gila kuasa, saya tidak gila untuk jadi MB," katanya bersungguh-sungguh. Merujuk kepada jawatan Pengerusi Perhubungan KeADILan Selangor, menurut Azmin, dalam retreat tersebut beliau dengan tegas menolak jawatan itu. "Tetapi ini arahan Ketua Umum, arahan parti, saya akur walaupun berat hati saya hendak menerimanya," ujar beliau. Masalah yang timbul di antara Azmin dengan Khalid digembar gemburkan oleh media, sebagai menunjukkan keretakan dalaman KeADILan yang serius. Mahupun Azmin ataupun Khalid, tidak menafikan wujudnya perbezaan dalam isu-isu tertentu, tetapi ia hanya membabitkan perbezaan pendekatan, bagaimana yang terbaik untuk memperkukuhkan imej Pakatan Rakyat di mata rakyat. Keputusan yang dibuat oleh Anwar dengan mengkhususkan tugasan Khalid sebagai MB Selangor, Azmin sebagai pengerusi negeri dan pengerusi Wilayah Persekutuan yang disandang Azmin kepada Dato' Zaid Ibrahim sebagai suatu penyelesaian yang terbaik. Penganalisis berpendapat isu terbabit dapat diselesaikan dengan lunak dan masing-masing yang didakwa bertelagah, mempunyai tugas dan peranan khusus dan seharusnya lebih fokus. Dakwaan pertelagahan dalaman KeADILan ini menarik minat bekas MB Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo untuk memberi komen, kononnya ia bukanlah suatu penyelesaian kerana dakwanya, KeADILan ada tiga nakhoda di negeri tersebut. Khir mendakwa perjalanan parti dan kerajaan tidak dapat berjalan dengan baik kerana wujud individu yang berbeza atas jawatan utama di negeri. "Buat apa kita hendak ikut Umno, memang kerja depa (mereka) kuasai pengerusi negeri dan kerajaan negeri. Ini pemusatan kuasa yang akan melahirkan diktator sahaja," tegas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Mohd Yusof. Tegasnya, dalam KeADILan tidak akan wujud diktator kerana mereka menjalankan pentadbiran secara pemuafakatan. "Khir Toyo tidak payah pertikai Pakatan Rakyat, dia di Selangor pun banyak masalah dalaman Umno yang kelam-kelibut," ujarnya. Isu ini juga menarik perhatian Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad. "Apa masalahnya wujud perbezaan jawatan MB dengan pengerusi negeri? Dalam PAS pun semasa kita perintah Perak, MB Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, manakala Pengerusi Perhubungan PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang. "Buat apa kita hendak mengikut cara Umno-BN?" ujarnya. Dengan tegas Ahli Parlimen Shah Alam itu mempertegaskan sokongan PAS untuk terus memperkukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Apa pun keadaan yang berlaku, nampaknya Umno-Barisan Nasional tidak akan henti-henti membuat serangan untuk menjatuhkan kredibiliti Pakatan Rakyat, khususnya parti KeADILan. KeADILan, khususnya yang menerajui Kerajaan Negeri Selangor, seharusnya berusaha mengelakkan isu-isu sebegini timbul kerana ianya amat merimaskan rakyat yang menyokong kita. Abdul Khalid harus lebih fokus dan mesti melaksanakan keputusan yang diarahkan parti, supaya kerajaan negeri ditadbir mengikut acuan Pakatan Rakyat. Azmin harus lebih berhati-hati, supaya selepas ini sebarang tindakan dan kenyataan beliau, tidak dilihat sebagai suatu penentangan ke atas kepimpinan Khalid. Dan, terutama sekali Anwar harus melihat isu-isu yang berlaku sebegini, boleh menggugat persepsi rakyat terhadap kepimpinannya, yang mungkin menjejaskan peluang Pakatan Rakyat di peringkat Persekutuan. Yang lebih penting, Anwar dan KeADILan sendiri, harus lebih sedar, bahawa banyak lagi 'peluru berpandu' akan dilepaskan Umno-BN menjelang PRU ke-13 nanti. Kita seharus lebih berhati-hati, supaya hasrat kita untuk memerintah negara selepas PRU ke-13, menjadi realiti bukannya 'mimpi yang tak sudah' | |
| KHALID YANG MENGAGUMKAN:PARA ALKATAKIS PENUH BIMBANG!! Posted: 30 Jun 2010 02:05 AM PDT jika benar mimpi khalid untukrakyat selangor dan kuala lumpur ini menjadi nyata, pahang akan menganga dan para alkatakis dan kroni akan terpinga pinga. ini karena jalan untuk menebalkan poket akan terhalang akibat kebijaksanaan khalid dalam menghalang ketirisan kewangan dan kesungguhannya dalam mengurus tadbir sumber untuk kepentingan rakyat. lihat kalimat dibawah ini: Projek pemuliharaan Sungai Klang hanya memakan belanja RM2 bilion berbanding skim mengimport air dari Sungai Pahang yang menelan kos RM40 bilion. "Kos projek bernilai hampir RM40 bilion ini melibatkan teknologi mengorek terowong di bawah Banjaran Titiwangsa. Kontraktor tersenyum lebar dengan jumlah RM40 bilion ini, yang sebenarnya dibayar oleh kamu semua. Apa kata jika kamu belanja kurang dari RM2bilion, kamu akan dapat jumlah air yang sama, bahkan dari sungai yang bersih, kamu juga turut memulihkan sungai itu, membersihkan tempat penapisan air, air murah untuk semua masyarakat Selangor dan di Wilayah Persekutuan," tegas Tan Sri Khalid. itulah mengapa para alkatakis tersangat ingin mb selangor ini cepat turun dan kerusi panas mb.karena khalid akan menjadi halangan besar mereka yang tamak untuk merampas selangor kembali. | |
| KHALID AKAN DIISU MELETAK JAWATAN OLEH ALKATAKIS Posted: 29 Jun 2010 08:36 PM PDT saye percaya percutian khalid bermula esok akan dijadikan isu dan spekulasi melampau dari kumpulan alkatakis bahawa khalid akan disingkirkan dari kerusi mb. maklum tahu bahawa perubahan perubahan yang baru dilakukan oleh pkr dalam memantapkan kedudukan dan arah tuju perjuangan sangat tidak disenangi oleh mereka dan dipromosikan sebegitu negatif untuk menghasilkan imej yang saling mencurigakan antara pemimpin pkr dan bias sekali. khalid yang sangat terbuka dalam mendepani sikap oportunis politik baik itu kawan atau lawan ini sangat digusarkan oleh para pencandu apco: sedangkan khalid mengakui: "Ini satu pembaharuan, satu inovasi. Satu isu lagi ialah untuk mengelakkan konflik kepentingan. Seorang jaga negeri, seorang lagi jaga parti," katanya. Ditanya lanjut, beliau berkata, perubahan seperti itu juga perlu bagi memastikan Pakatan Rakyat akan kekal memerintah Selangor. itulah khalid dengan keterbukaannya, bahkan suatu masa yang lalu khalid dengan rendah diri mengatakan beliau akan melepaskan kerusi mb jika itu yang diminta. jelaslah rakyat selangor sangat diuntungkan dengan mb baru mereka yang tidak gila jawatan dan berhidmat penug untuk rakyatnya, dan ini sangat menggusarkan apco dan pencintanya untuk merampas kembali selangor karena keberadaan khalid akan menyukarkan niat dan kerja mereka untuk merampas selangor. ini karena khalid bukan jaguh politik untuk selangor khalid hanyalah juara penggerak perubahan ekonomi selangor. | |
| ZAID DAN PARA FIRAUN FIR'AUN PKR Posted: 29 Jun 2010 05:06 PM PDT pemilihan zaid sebagai bos baru pkr wilayah didugakan oleh para katakis bahawa ia untuk mewarisi anwar ibrahim, bukan karena kepandaian dan kehebatan zaid dalam berpolitik, itu kata para katakis.. tapi menurutku ia karena kebolehan zaid berpolitik terhadap keadaan pkr dan anwar sehingga begitu cepat mendaki anak tangga pkr. kepedulian para al katakis dalam isu perlantikan zaid dan azmin dalam perubahan pimpinan nyata membuat mereka kecewa karena bukan mereka yang dilantik mungkin sahaja karena itu mereka telah hengkang dari pkr,. apakah nasib mereka dan merontanya jiwa alkatakis jika mereka berada dalam kedudukan seperti khairy.. alkatakis mengatakan hanya zaid yang diterima para firaun firaun, tidakkah alkatakis tahu bahawa firaun juga menerima tuhan ketika tersepit,tidakkah lebih utung diri zaid diterima ketika ruang terbuka untuk berjuang dan menguburkan mimpi politik para alkatakis.. jelaslah mereka yang tidak menerima perlantikan ini hanya sahaja katak yang kekeringan air.. |
| You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.