BRIGED MP SEGAMBUT |
- TIDAK LAYAK DICONTOHI:Luna Maya-Ariel berpelukan DIPENJARA
- KATA DUA ANWAR DALAM MEMPERTAHANKAN MB SELANGOR
- BUNGA BUNGA PERKAUMAN DAN AGAM DALAM PRU 13?
| TIDAK LAYAK DICONTOHI:Luna Maya-Ariel berpelukan DIPENJARA Posted: 29 Jun 2010 09:02 AM PDT
JAKARTA - Pengacara terkenal, Luna Maya berpelukan dengan kekasihnya, Ariel Peterpan di sebuah pejabat polis selepas mereka berpisah selama enam hari, lapor sebuah akhbar semalam. "Oh ya, mereka berpelukan di dalam (tahanan)," kata penerbit album bad Peterpan, Capunk dalam laman Twitter miliknya yang menceritakan kunjungan kekasih Ariel itu. "Mereka makan berdua. Luna bawa makanan banyak sekali. Terus dibahagi-bahagikan dengan yang lain," tambahnya. Menurutnya, Ariel kelihatan sihat semasa dia melawatnya. "Tadinya, saya fikir dia bakal bimbang kerana tempatnya agak menyeramkan. Tetapi ternyata tidak, tempatnya nyaman," kata Capunk. Ariel ditahan di pejabat polis itu kerana dia menjadi suspek dalam pengedaran klip video seks melibatkan Luna Maya dan seorang lagi pengacara Cut Tari. Sementara itu, siasatan terhadap klip tersebut telah membuka satu lagi rahsia yang agak mengejutkan. Luna Maya dikatakan telah membuat pengakuan di hadapan penyiasat bahawa dia pernah bernikah pada usianya 14 tahun. Namun, peguam Luna Maya iaitu Alfrian Bondjol membantah keras-kerasnya berita tersebut dan memberitahu bahawa penyiasat tidak pernah mengajukan soalan mengenai pernikahan yang dimaksudkan dalam gosip tersebut. - Agensi | ||
| KATA DUA ANWAR DALAM MEMPERTAHANKAN MB SELANGOR Posted: 29 Jun 2010 07:58 AM PDT "Saya beri amaran terakhir. Mana-mana lagi kenyataan terbuka yang mempertikaikan Menteri Besar Selangor, terus (dihantar) ke Lembaga Disiplin." Demikianlah kata-kata yang terkeluar dari mulut Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam satu mesyuarat pimpinan pusat PKR, menurut sumber dalam parti itu. Selain itu, sumber maklumat tersebut memberitahu MerdekaReview, bahawa Anwar Ibrahim mengarahkan Azmin Ali untuk menarik balik perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Bagaimanapun, Azmin Ali cuba membantah atas alasan langkah ini bakal menjejaskan kredibiliti dirinya, malah beliau meluahkan kekhuatirannya bahawa keputusan mengambil alih jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor pada ketika ini mudah mencungkil kesangsian terhadap dirinya. "Tiada (ruang untuk) pendapat lain. Ini adalah arahan," tegas Anwar. Imej Azmin terpalit Menurut seorang pemimpin yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut, Azmin mempersoalkan, "Orang luar berkata ini dan itu terhadap saya, dan kamu masih menyerahkan jawatan ini kepada saya. Bukankah dengan ini, kamu mahu saya jadi 'orang jahat'?" Jelas, tindak tanduk ahli parlimen Gombak merangkap ADUN Bukit Antarabangsa kebelakangan ini memperlihatkan "cita-cita"-nya yang "tidak kecil". Sumber dalam parti tidak menolak kemungkinan bahawa Azmin Ali cuba mengambil kesempatan daripada "ketidakpuasan terhadap Khalid Ibrahim". Namun, dari perspektif luar parti, merebut kerusi dengan Khalid Ibrahim yang meraih sokongan tinggi dalam soal selidik, semestinya berakhir dengan nama diri yang terpalit. Harus diingatkan, pemilihan PKR yang bakal berlangsung pada akhir tahun ini bukan lagi menggunakan sistem perwakilan seperti dahulu, tetapi kira-kira 300 ribu orang anggota dari seluruh pelusuk akan menggunakan undi dalam tangan mereka untuk memilih pimpinan tertinggi PKR. Maka, hubung antara calon dengan perwakilan tempatan menjadi kurang penting, malah anggota parti secara umumnya akan mengundi berdasarkan persepsi dari media. Sesiapa yang ditonjolkan dengan imej yang lebih positif dalam media, maka beliaulah mempunyai peluang yang lebih cerah. Khalid Ibrahim dalam PKR Selangor Sumber memberitahu MerdekaReview, Azmin Ali sebenarnya mengambil kesempatan untuk mendesak Khalid Ibrahim, tetapi "sepanjang proses ini, beliau (Azmin Ali) turut tercedera." Sememangnya, PKR hanya mempunyai 24 orang ahli parlimen sekarang, termasuk Khalid Ibrahim. Jikalau benar 15 orang ahli parlimen cuba menggulingkan Khalid, maka angka ini telah melebihi separuh daripada jumlah ahli parlimen PKR. Apakah kekurangan yang ada pada Khalid, sehingga mencungkil ketidakpuasan yang mengombak dari parti? Seorang anggota Majlis Pimpinan Negeri Selangor berkata, selaku MB Selangor, Khalid tidak memberi sumbangan yang besar kepada PKR Selangor. Biarpun Selangor menjadi negeri yang terkaya antara negeri Pakatan Rakyat, namun keadaan kewangan PKR di Selangor amat tidak memuaskan. Kurang peka dalam politik Selain itu, bekas tokoh korporat ini dikatakan meneliti sendiri kesemua urusan perdagangan, malah enggan melepaskan kuasa kepada orang di bawahnya, menjurus kepada tundaan dan kelewatan dalam prosedur. Keadaan ini mengundang tuduhan bahawa Khalid tidak mempercayai orang lain, maka mereka mengambil kesempatan untuk mendesak agar Khalid akan berubah. Di samping itu, Khalid yang selama ini berkecimpung dalam dunia korporat, diadu kerana kurang peka dalam politik. Beliau yang berusia 64 tahun mempunyai ego dirinya, dan enggan mendengar cadangan atau pandangan lapisan pemimpin yang lebih muda daripadanya. Malah, latar belakang ini menyebabkan pandangannya sentiasa berbeza dengan NGO dan ahli politik, misalnya ketika berdepan dengan media, Khalid jelas kurang peka. EXCO Senior Selangor, Teresa Kok dari DAP turut menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP sedemikian, "Ketua Menteri ini mungkin tidak berpengalaman dalam pengurusan, tetapi beliau tahu apa yang dikehendaki media. Jadi, beliau tahu bagaimana mengolah hujahnya agar disambut baik NGO dan media." "Gembira sangatnya (Khalid). Beliau pernah berkata di banyak tempat, bahawa beliau tidak sukar menguruskan hal ehwal dalam parti. Paling baik untuk beliau menumpukan sepenuh perhatiannya dalam pentadbiran kerajaan negeri," kata seorang anggota Majlis Pimpinan Negeri Selangor. Keputusan pelucutan jawatan Pengerusi ini mungkin melegakan Khalid Ibrahim, yang sering diadu kerana tiada masa untuk menguruskan hal ehwal parti, namun rakannya dalam kerajaan pula menganggap Khalid selaku Menteri Besar, sebenarnya menerima tamparan daripada keputusan parti ini. Zaid Ibrahim dapat durian runtuh Secara ringkas, Khalid Ibrahim kehilangan jawatan Pengerusi PKR Selangor dalam pusingan perebutan kuasa ini, namun ia bukan sesuatu yang terlalu pahit, seandainya ditukar dengan kesudahan "meredakan kritikan secara terbuka oleh rakan partinya." Sebaliknya, meskipun Azmin Ali menguasai PKR Selangor, tetapi laporan media semestinya mencalar imejnya. *Wong Shu Qi ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Tulisan ini diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang, daripada teks asal. | ||
| BUNGA BUNGA PERKAUMAN DAN AGAM DALAM PRU 13? Posted: 29 Jun 2010 01:29 AM PDT DAP hari ini menafikan kajian biro keahlian dan daftar pemilih pemuda UMNO bahawa pendaftaran pengundi baru adalah dalam nisbah satu Melayu dan 40 bukan Melayu. "Ini adalah kenyataan palsu dan berbaur perkauman. Ia digunakan untuk menakutkan Melayu supaya merka percaya yang mereka akan kehilangan pegangan politik," kata Loke. Semalam pengerusi biro keahlian dan daftar pemuda Umno, Hishamudin Yahya yang mendedahkan nisbah itu berkata senario berkenaan seharusnya menyedarkan orang Melayu yang kuasa politik mereka boleh terhapus jika enggan terus mendaftar sebagai pengundi atau mengundi pada pilihan raya akan datang.Katanya, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, kebanyakan pengundi baru adalah dari Umno dan 70 peratus daripada mereka adalah bumiputera manakala selebihnya bukan bumiputera. "Jadi mustahil terdapat lebih ramai pengundi baru bukan Melayu," katanya. Ahli parlimen Rasah itu berkata beliau berpendapat pemuda Umno kini lebih terbuka dan ketuanya, Khairy Jamaluddin mempamerkan dirinya sebagai pemimpin yang progresif. " Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar juga tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan dan mendakwa ia tidak tepat serta berbaur perkauman. "Kenyataan itu bertujuan menakutkan oeang Melayu supaya terus menyokong Umno. Saya berharap kerajaan akan memantau laporan itu kerana ia boleh menimbulkan kebencian kaum," katanyahttp://www.malaysiakini.com/news/135860 |
| You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.