Rabu, 2 Jun 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


PADANG RATA BUAT NAJIB:APCO ATAU DUNIA PILIHANNYA?

Posted: 02 Jun 2010 07:58 AM PDT

umum tahu bahawa kerajaan najib mengambil penasehat dari yahudi apco jelasnya, kini ketua pembangkang anwar ibrahim menyampaiakan undangannya terhadap pm najib dan bahkan tidak hanya pm yang di undangannya mengenai kemelut palestin dan israel serta masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan kedamaian.

kita tahu juga bahawa kerajaan kitanajib lambat dalam memberikan respon dan kenyataan terhadap isu yang timbul mengenai israel ini sehingga exco kerajaan kelantan mengatakan bahawa kerajaan malaysia lena dalam pelukan apco.

peluang dan padang rata terbuka luas kini untuk bersama komunitas antara bangsa untuk keamanan duni. soalnya mahukah najib akan menghadiri undangan tersebut apatah lagi ia dihulurkan musuh politiknya anwar ibrahim, dan yang paling diperhitungkan mestinya soal hati dan kesannya terhadap hubungan dengan penasehatnya apco yahudi.

kita akan saksikan permainan ini.apakah najib akan bersama dunia untuk keamanan atau apco.





ANWAR JEMPUT NAJIB UNTUK DEMO DUTA US:BERANIKAH NAJIB?

Posted: 02 Jun 2010 01:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Pakatan Rakyat menjemput Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kesemua parti politik mengadakan perbincangan meja bulat Jumaat ini untuk mengambil pendirian sebulat suara mengecam serangan Israel ke atas konvoi kapal kemanusiaan ke Gaza semalam.

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengeluarkan jemputan kepada Perdana Menteri dan kesemua komponen Barisan Nasional, malah kepada pertubuhan bukan kerajaan Islam dan bukan Islam agar menghadiri perbincangan itu.

Perbincangan meja bulat itu akan diadakan pada pukul 11.30 pagi di Kampung Baru di sini.

"Kita perlu mengambil tindakan lebih serius dalam isu ini dan mengecam keganasan yang berterusan," kata beliau selepas menghadiri mesyuarat Sekretariat Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Anwar menambah, susulan perbincangan meja bulat itu kesemua parti yang terlibat akan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak untuk mengemukakan memorandum bagi pihak rakyat Malaysia bagi mengutuk tindakan rejim Israel dihentikan.

"Bagi ini, kami juga telah memutuskan untuk menjemput Perdana Menteri agar menyertai kami dalam pertemuan khas ini," katanya.

Kata beliau, parti-parti komponen Pakatan Rakyat juga bersetuju untuk mendesak Parlimen mengadakan usul khas membincangkan tindakan Israel.

"Kami mahu Parlimen mengadakan sesi khas agar kita boleh bercakap atas satu suara," katanya lagi.

Pagi tadi, Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan di depan Kedutaan Amerika Syarikat.

Pemuda Pakatan Rakyat dijadual mengadakan perhimpunan protes di depan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya tengah hari esok.

UMNO DAN PERKAUMAN:SIAPA PENGKHIANAT!!?

Posted: 02 Jun 2010 12:29 AM PDT

kehendak umno yang berlainan dengan rakyat seringkali merugikan melayu dan terlebih lagi merugikan dan menghacurkan islam.

masyarakat penggerak dan pencinta sukan bola sepak telah melontarkan ketidak setujuan mereka bidang kerjaya mereka menjadi satu perjudian, karena impak buruk terhadap sukan tersebut.
pemain sepak bola hanya ingin sukan itu terus maju dengan usaha dan kegigihan mereka dan mereka mencintai permainan yang cantik dan bertenaga.

sayangnya umno tidak begitu, umno melihat ruang dan tempat yang akan menghasilkan uwang ringgit,dan memenuhkan poket dari sukan bolasepak.

sejarah telah menjadi saksi banyak pemain bolasepak kebangsaan terhukum akibat perjudian joki dan menjunam jatuhlah mutu sepak bola kita selepas itu.
itu tidak menjadi masalah kepada umno dengan memekakkan telinga terhadap kebimbangan rakyat.

ummat islam begitu dimalukan bila mana agama mereka diperjualkan oleh umno dengan menghalalkan judi..yang jelas terang lagi nyata diharamkan oleh allah swt.

kalau tuhan allah swt pun umno boleh lawan dan memekakkan telinganya,apakan lagi hanya segelintir rakyat..apa yang penting wang mari apco ada disini ..cis keparat kau!!!

KHARY SEMAKIN LAYU DALAM KABINET NAJIB

Posted: 01 Jun 2010 10:22 PM PDT

kelibat dan mimpi khairi untuk menjadi menteri pak jib masih samar dan terasa makin jauh, mengharap akan ada rombakan kabinet dapur najib sekali lagi mmmm dalam masa terdekat rasanya satu igauan.

malang sungguh nasib khairy ni... kalau hendak dibandingkan denga g palanivel yang diberikan bonus akibat tidak bertanding bukan...?

dan lebih malang nasib mp dari umno yang harus merelakan kerusi empuk mereka diberikan kepada mca karena mungkin ketakutan orang china tak menyokong bn lagi..

jelaslah mp bn menjadi kambing korban untuk kepentingan najib,dan orang bilang kabinet dapur ini bukanlah kehendak rakyat bila mana kebanyakan mereka adalah lantikan dari senator yang memang kita tahu ada permainan kepentingan politik kepartian dan bukan demi kepentingan rakyat.

ayo penyokong bn umno tinggalkanlah kerajaan apco ini.....

TENTERA MUHAMMAD SAW KEMBALI:ISRAEL BUTA MATA

Posted: 01 Jun 2010 08:12 PM PDT

Israel mengklaim bahwa salah satu hal yang membuat mereka "gelap mata" menembaki armada Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan untuk Gaza adalah karena dari armada tersebut terdengar nyanyian "rasis." Nyanyian rasis? Ya, yang menurut Israel berbunyi seperti, "Khaybar Khaybar Ya Yahuud, Jaisyu Muhammad Saufa Ya'uud!"

Itulah yang menurut Direktur Eksekutif AJC (American Jewish Committee) David Harris membuat Israel naik pitam. "Tragedi di laut lepas ini seharusnya bisa dihindari, dan kami menyesal akan matinya sebagian orang. Fakta armada Flotilla menolak untuk bekerja sama dengan Israel untuk membongkar muatan kemanusiaan mereka di Asdod membuktikan bahwa bentrokan ini persis seperti yang para pendukung Hamas dalam skala internasional telah rencanakan."

Menurut AJC, Israel, di bawah hukum internasional, memiliki hak untuk mencegat kapal, dan telah memperingatkan armada untuk tidak mencoba tanah di Gaza, yang dikendalikan sejak 2007 oleh teroris Hamas, kelompok yang secara terbuka berusaha menghancurkan Israel, dan merebut kekuasaan Gaza dalam kudeta kekerasan mengusir Otorita Palestina yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas.

"Gerakan Free Gaza itu ironisnya yang ada hanya untuk memperkuat rezim Hamas. Armada ini tidak memberikan bantuan kemanusiaan, tapi untuk mendorong sebuah dimensi internasional dalam kampanye tanpa henti dari Hamas terhadap eksistensi Israel," tambah Harris.

Dalam rekaman televisi Al Jazeera, ketika memulai pelayaran para aktivis pro-Hamas memang tanpa henti menyanyikan kata-kata terkenal, "Khaybar Khaybar Ya Yahuud, Jaisyu Muhammad Saufa Ya'uud!" yang artinya "Khaibar, Khaibar, wahai Yahudi, tentara Muhammad akan kembali." yang tanpa diduga ternyata sangat menggentarkan Israel.eramuslim

AHLI PARLIMEN BN TERHINA KELAKU NAJIB?

Posted: 01 Jun 2010 05:06 PM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyenaraian lebih banyak senator dalam kabinet baru seakan memberi gambaran bahawa ahli parlimen BN tidak layak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

"Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kebanyakan ahli-ahli parlimen yang kanan di Dewan Rakyat mungkin tidak layak menjadi menteri dan timbalan menteri dalam kabinet baru ini," jelas beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemimpin Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR, Tropicana lewat petang tadi.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mencadangkan Najib supaya mengadakan pilihan raya kecil dengan meletakkan para senator yang baru dilantik bertanding dan menjadi Ahli Parlimen bagi menggantikan segelintir ahli parlimen BN yang sedia ada.

"Elok Datuk Seri Najib adakan suatu pilihan raya kecil untuk memilih dari kalangan senator-senator terbabit menjadi ahli parlimen, ganti mana-mana ahli Parlimen BN yang dirasakan Najib tidak layak," ujar beliau yang juga Ketua Umum PKR.

Sebelum pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mempersoal tindakan Najib melantik banyak senator untuk menganggotai kabinet baru beliau.

Dengan perlantikan tersebut, menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, langsung tidak mencerminkan sebuah 'Kabinet Rakyat'.

Ini kerana, menurut beliau, pemilihan beberapa senator terbabit bukannya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya yang demokratik, tetapi dipilih oleh Najib berasaskan kepentingan politik sempit parti-parti komponen BN semata-mata.

harakahdaily

APCO DAN UMNO BERSAMAAN?

Posted: 01 Jun 2010 11:15 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2tD6DmGfsycOaucaEp3lgvns10FTW5wGORarlvIyc5Ij2Da9UMfF_xk8VLww4UoQIM3i-kfwaPxuKcg0CQw57nRipUQK5JS3jpcMiZEdPDedEK1itqV2wJMwjrhofaTIJbH3pjAHrvGY/s1600/30890_112402375471373_100001048345003_85516_2813641_n.jpg
http://tukartiub.blogspot.com/2010/06/apco-dan-apno.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.