Rabu, 30 Jun 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Polis Dan Pemuda Umno Serbu Pejabat Suara Keadilan

Posted: 30 Jun 2010 12:47 AM PDT

Lima buah bas yang membawa peneroka Felda dengan beberapa buah trak polis menyerbu pejabat akhbar PKR, Suara Keadilan (SK) petang ini ekoran laporan muka depan akhbar itu, 'Felda bangkrap' sebelum ini.

Editor online SK, Fadli Osman berkata, kira-kira 200 yang mendakwa peneroka Felda itu sedang berkumpul di perkarangan pejabat mereka di samping beberapa trak polis.

"Tapi saya rasa mereka orang Umno ni," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily dari peiabatnya.

Menurut kakitangan SK yang berada di Parlimen, mereka menerima panggilan dari pejabat mereka, beberapa buah kereta peronda dan trak polis berada di bawah pejabat mereka di Shah Alam sekarang ini.


"Hanya seorang dua sahaja berada di pejabat sekarang dan kami perlu balik segera," kata seorang wartawan SK yang ditemui di Parlimen.

SK sebelum ini melaporkan berita bertajuk 'Felda bangkrap' di muka depannya. Ekoran itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, SK dan beberapa pihak lagi akan disaman ekoran laporan itu.

Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengeluarkan lesen untuk SK telah memanggil editor akhbar rasmi PKR itu beberapa hari lalu dan keputusan dikatakan akan dibuat hari ini berhubung dengan status akhbar itu.

"Saya dimaklumkan, KDN akan membuat keputusan hari ini tentang permit SK," kata Fadli kepada Harakahdaily.

- Harakahdaily

Kan Dah Cakap, SPRM Memang Tak Berani Punyalah..

Posted: 30 Jun 2010 12:31 AM PDT

SPRM tak jadi wawancara PI Bala di London..ha.ha..SPRM telah dihalang oleh..???

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan menghantar pegawainya ke London untuk merakam kenyataan penyiasat persendirian P Balasubramaniam berhubung kes Altantuya Shaariibuu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdull berkata keputusan untuk membatalkan pertemuan tersebut dibuat atas pertimbangan undang-undang.

Sebaliknya, SPRM akan menulis soalan kepada Balasubramaniam dan meminta beliau menyerahkan affidavit berhubung perkara itu untuk tujuan penyelidikan.

Syukri berkata langkah tersebut diambil selepas menimbang nasihat daripada Pejabat Peguam Negara. - RAKYAT MARHAEN

Jangan Haraplah SPRM Akan Bertindak

Posted: 29 Jun 2010 10:12 PM PDT

Aduan SPRM dibuat ke atas Taib Mahmud

Tiga rakyat Sarawak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa oleh ketua menterinya Tan Sri Taib Mahmud.

Tiga pengadu itu - John Brian Anthony, Ting Cek Ming dan Kung Chin Chin menggesa suruhanjaya itu menyiasat 'empayar' perniagaan Taib dan keluarganya yang didakwa bernilai 'lebih RM3 bilion' berdasarkan apa yang dilaporkan di blog sarawakreport.org.

Aduan dibuat kepada pegawai kanan SPRM, Ranjit Singh.

Ini adalah aduan kedua yang dibuat berhubung perkara yang sama. Aduan pertama dibuat kepada SPRM di Kuching, semalam oleh Ahmad Nazib Johari.

Menurut seorang daripada pengadu itu, Ting Chek Ming, proses membuat aduan berjalan lancar berbanding minggu lalu apabila beliau bersama Ahmad Nazib dan James Wong cuba mengemukakan aduan mereka.


"Kali ini, kami datang dengan salinan laporan yang ditaip dan pegawai SPRM menandatangani mengesahkan penerimaan aduan berkenaan di salinan kami bagi memastikan tiad ada perubahaan dibuat terhadap aduan itu," katanya.

Minggu lalu, Ting, Wong dan Ahmad Nazib terpaksa menarik balik laporan mereka kerana mendakwa pihak SPRM di Shah Alam enggan memberikan salinan aduan yang ditulis dengan tangan.

Hadir bersama menemani ketiga-tiga mereka membuat aduan hari ini adalah pemimpin wanita PKR, Rozaini Mohd Rosli bagi menzahirkan sokongan Pakatan Rakyat berhubung isu berkenaan.

Ketiga-tiga pengadu berkenaan dinasihatkan bahawa mereka mungkin akan dipanggil kemudian bagi memberikan kenyataan terhadap apa yang diistilahkan oleh suruhanjaya itu sebagai 'kes besar'.

"Kami diberi jaminan yang SPRM akan menyiasat kes itu dan dinasihatkan menulis kepada Pengarah Siasatan bagi mendapatkan perkembangannya," kata Ting.

Sarawakreport.org mendakwa Taib dan keluarganya mempunyai empayar perniagaan antarabangsa, termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang disangsikan.

Blog, yang dikendalikan oleh "rakyat prihatin' itu juga mempersoalkan pembabitan keluarga Taib dalam konglomerate terbesar negeri itu - Cahaya Mata Sarawak.

Ia juga mendakwa 85 peratus saham CMS dimiliki oleh Taib dan keluarganya serta rakan-rakan karib mereka ketika syarikat berkaitan kerajaan itu diswastakan yang menimbulkan dakwaan salah guna kuasa.

Suara PERKASAM Ganti Suara Keadilan

Posted: 29 Jun 2010 05:16 PM PDT

Suara Perkasa lahir esok, nasib Suara Keadilan jadi tanda tanya

Ketika Suara Keadilan berhadapan dengan kemungkinan dikenakan tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri ekoran isu Felda, Perkasa akan mengeluarkan edisi sulung akhbarnya — Suara Perkasa esok.

Akhbar terbitan dua kali sebulan itu akan memasuki pasaran mulai 1 Julai, kata pemimpin kanannya.

Ia sepatutnya dilancarkan ketika mesyuarat tahunan pertama Perkasa awal tahun ini, pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang diasaskan oleh Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali selepas pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu, tetapi ditangguhkan atas sebab-sebab teknikal dan logistik.

Surat khabar itu menyuarakan kepentingan Melayu dan Islam, kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali.


Bagaimanapun beliau enggan memberikan maklumat terperinci atas alasan sidang media khas penerbitan akan diadakan petang ini.

Bagaimanapun Syed Hassan berkata, pihaknya bercadang untuk menjadikan Suara Perkasa sebagai akhbar harian pada tahun depan.

"Tahun ini kita tumpu pada edisi dwibulanan dan tahun depan ia akan dijadikan akhbar harian," kata beliau ketika dihubungi lewat malam tadi.

Difahamkan edisi pertama akan diedarkan dalam lingkungan 50,000 naskhah.

Perkasa, yang kelahirannya mendapat perhatian pelbagai pihak keras pendiriannya yang lantang dan dilihat ultra Melayu, didaftarkan pada 12 Sept 2008 sebagai badan untuk membela orang Melayu dan Bumiputera.

Pendirian Perkasa mendapat sokongan berbelah bahagi dari dalam dan luar Umno.

Perkasa juga dilihat sebagai penggerak kepada penubuhan Majlis Perundingan Melayu yang dilancarkan awal Mac lalu.

Kelmarin, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Suara Keadilan berhubung laporan mendakwa Felda sudah muflis.

Ia perlu menjawab surat tunjuk sebab dalam tujuh hari.

Difahamkan permit penerbitannya berakhir bulan ini dan nasibnya akan diketahui esok.

Menteri Ke Budak Tadika Nih?

Posted: 29 Jun 2010 09:24 AM PDT

BABI Luar Jangan Sibuk..

Posted: 29 Jun 2010 06:18 AM PDT

Tak usah campur urusan PKR, kata MB Selangor

Gambar  BABI Hiasan

SHAH ALAM, 29 Jun — Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta pihak yang tiada kaitan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tidak mencampuri urusan pentadbiran parti itu.

Katanya urusan pelantikan dalam parti merupakan proses pembaharuan dan penambahbaikan terhadap kepimpinan hanya boleh ditentukan oleh mereka yang terbabit dalam parti.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan oleh beberapa pihak yang meminta beliau berundur sebagai Menteri Besar selepas melepaskan jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor.

"Tidak menjadi masalah sekiranya Menteri Besar tidak dilantik menjadi Pengerusi MPN di sesebuah negeri itu kerana ia adalah satu reformasi yang dilakukan oleh PKR," katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.

Pada Pemukiman PKR, Ahad lepas, Abdul Khalid melepaskan jawatan Pengerusi MPN Selangor dan digantikan oleh naib presiden PKR Azmin Ali manakala Datuk Zaid Ibrahim dilantik menerajui MPN Wilayah Persekutuan, berkuat kuasa serta-merta. — Bernama

Khalid Ibrahim Merajuk Bawa Diri Ke Luar Negara

Posted: 29 Jun 2010 05:14 AM PDT

Khalid Ibrahim bercuti ke luar negara mulai esok

Tan Sri Khalid Ibrahim yang akan bercuti selama lima mulai esok, berkata kedudukan beliau sebagai menteri besar Selangor tanpa berkuasa dalam parti di peringkat negeri, merupakan satu "cara pentadbiran baru."

Bermula esok, Khalid akan ke Singapura bagi menghadiri Persidangan Bandar Sedunia esok dan seterusnya ke Brisbane, Australia untuk menghadiri satu sesi perbincangan dengan para graduan terpilih University of Queensland.

Katanya, penyusunan kuasa seperti ini juga bagi memastikan tiada konflik kepentingan di kalangan pentadbir kerajaan dan juga pemimpin parti.

"Ini satu pembaharuan, satu inovasi. Satu isu lagi ialah untuk mengelakkan konflik kepentingan. Seorang jaga negeri, seorang lagi jaga parti," katanya.


Ditanya lanjut, beliau berkata, perubahan seperti itu juga perlu bagi memastikan Pakatan Rakyat akan kekal memerintah Selangor.

"Pakatan akan membuat beberapa perubahan dari masa ke semasa tapi mensesuaikannya dengan keadaan.

"Untuk negeri Selangor, satu daripada perkara yang terpenting ialah selain daripada kita mentadbir dan menentukan pembangunan negeri, kita juga mesti memantapkan (sokongan politik) untuk menentukan pakatan rakyat akan terus memerintah di negeri Selangor," katanya.

Bercakap di sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini, Khalid juga berkata media tidak perlu mencampuri urusan pelantikan akan penarikan jawatan pemimpin parti.

"Tak ada, itu you tak payah campur. Kita tak payah campur pihak tersebut. Ini pasal letak jawatan, terima jawatan, ini tak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang ditimbulkan mengenai kedudukannnya sebagai menteri besar di Selangor.

"Yang termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat dan PKR ialah memantapkan pertubuhan supaya kita membawa satu pembaharuan dalam pentadbiran negara dan akhirnya menjadi contoh bagaimana Malaysia akan diurus untuk masa depan," katanya lagi.

Tiada ulasan: