Blog-list Malaysia |
- Menyibuk Macam Laa Orang Tengok Sangat Siaran RTM
- Serang Kuil - Musa Hassan Digesa Kemuka Bukti Dan Jangan Tabur Fitnah
- Pertandingan Namakan Kucing Parsi PM Najib Razak
| Menyibuk Macam Laa Orang Tengok Sangat Siaran RTM Posted: 18 Jun 2010 09:51 AM PDT |
| Serang Kuil - Musa Hassan Digesa Kemuka Bukti Dan Jangan Tabur Fitnah Posted: 18 Jun 2010 05:37 AM PDT Pengerusi kumpulan hak asasi manusia, Citizens International, SM Mohamed Idris dalam kenyataannya berkata jika tidak ada bukti terhadap jenayah itu, mereka yang menyebarkan berita palsu berkenaan dengan tujuan untuk memburuk-burukkan Islam perlu diseret ke mahkamah. "Kami menggesa Ketua Polis Negara supaya mendakwa mereka (pengganas) di mahkamah jika terdapat bukti yang menyokong dakwaan bahawa mereka merancang untuk memusnahkan kuil itu. "Jika tidak terdapat bukti terhadap jenayah yang didakwa itu, maka mereka yang bertanggungjawab mereka-rekakan dan menyiarkan kenyataan palsu untuk memburuk-burukkan Islam dan umat Islam itu hendaklah dibawa ke muka pengadilan," katanya. Dalam laporan media arus perdana hari ini dilaporkan kononnya pengganas merancang untuk memusnahkan kuil Batu Caves di Kuala Lumpur dan kuil Kuan Yin di Air Itam, Pulau Pinang. "Berita itu dipetik daripada 'sumber perisikan' yang tidak mendedahkan nama mereka dan ini merupakan taktik yang sering digunakan oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) dan Mossad Israel untuk menyebarkan propaganda hitam dalam media bagi memburuk-burukkan lagi imej Islam dan para penganutnya," kata Mohamed. 'Pengganas' itu didakwa kononnya mempunyai hubungan dengan Al Qaeda dan Jemaah Islamiah, organisasi yang dilabelkan oleh Amerika Syarikat sebagai pertubuhan pengganas Islam. Mohamed berkata menurut sumber itu, lebih menarik lagi sasarannya adalah kuil Hindu yang menjadi tempat suci bagi orang India dan kuil Buddha bagi orang Cina. "Ia merupakan cara yang paling baik untuk menyalahkan Islam dan umat Islam sebagai pembekal keganasan di mata pengikut kedua-dua agama ini." Berita yang amat membimbangkan ini, katanya, melainkan disokong oleh bukti yang konkrit, akan menimbulkan ketegangan antara rakyat pelbagai kaum di negara ini. Beliau juga memberi contoh - Detachment 88 - yang diwujudkan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan Australia dengan menyediakan peruntukan dan latihan untuk pegawainya. Atas alasan untuk memerangi keganasan, Mohamed berkata ia hanya merupakan alat kerajaan asing untuk mendakwa orang Islam yang berjuang untuk mempertahankan maruah ummah dan kedaulatan negara Indonesia. |
| Pertandingan Namakan Kucing Parsi PM Najib Razak Posted: 18 Jun 2010 05:32 AM PDT Datuk Seri Najib Razak mengalu-alukan cadangan nama bagi anak kucing yang dibelinya semalam. "Saya dan keluarga saya dalam proses memilih nama baginya, tapi saya mengalu-alukan cadangan daripada anda," kata Najib dalam laman blognya www.1malaysia.com.my hari ini. Perdana Menteri berkata beliau pernah membela kucing sebagai binatang manjaan. "Bila saya mengangkat si kecil ini, saya terus terpaut kepada makhluk yang sedap dipeluk ini. "Saya pasti anak perempuan saya akan gembira bertemu dengannya bila pulang ke rumah nanti," katanya. Najib berkata semasa berada di majlis pelancaran kempen '"Beli Barangan Malaysia", beliau berkesempatan membeli beberapa barangan peribadi dan antaranya ialah pembelian tanpa dirancang: seekor anak kucing Parsi berbulu jingga dan putih. – Bernama |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan