Sabtu, 26 Jun 2010

Biaqpila

Biaqpila


Ghana tewaskan USA (Video Jaringan)

Posted: 26 Jun 2010 02:14 PM PDT


Penjaga gol Ghana dan penjaga gol USA berebut bola di udara pada minit-minit terakhir masa tambahan

USA 1 - 2 GHANA

RUSTENBURG: Ghana menewaskan USA 2-1 dalam perlawanan yang berlanjutan ke masa tambahan sebentar tadi.Kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam 90 minit permainan.

Ghana memperolehi gol pertama seawal minit ke 5 melalui rembatan kencang Kevin Boateng di penjuru sebelah kanan gol.USA menyamakan kedudukan melalui penalti jaringan Donovan pada minit ke 62.

Kedudukan seri memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan di mana Asamoah Gyan menyumbat gol untuk Ghana pada minit ke 3 masa tambahan.

Ghana akan bertemu Uruguay di peringkat suku akhir pada 2 Julai di Johannesburg.




USA 0-1 Ghana

Simão | MySpace Video




USA 1-1 Ghana

Simão | MySpace Video



USA 1-2 Ghana

Simão | MySpace Video



Keputusan Piala Dunia 26 Jun 10: Uruguay 2 Korea Selatan 1

Posted: 26 Jun 2010 09:00 AM PDT


URUGUAY 2 - 1 KOREA SELATAN

2010/06/26

PORT ELIZEBETH: Uruguay muncul pasukan pertama melangkah ke pusingan suku akhir Piala Dunia apabila menumpaskan wakil Asia, Korea Selatan 2-1 pada pusingan kedua di Stadium Nelson Mandela, sebentar tadi.

Uruguay mendahului Korea Selatan menerusi gol Luis Suarez pada minit ke-8, sebelum Korea Selatan menyamakan kedudukan menerusi Lee Cung Yong pada minit ke-68.

Suarez bagaimanapun menyerlah menerusi gol keduanya pada minit ke-80 untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Azmin nafi ada konspirasi tumbangkan MB S'gor

Posted: 26 Jun 2010 07:00 AM PDT



Beberapa pemimpin PKR menafikan wujudnya pakatan untuk menumbangkan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam permukiman parti itu di Shah Alam hari ini.

Bercakap di luar sesi permukiman parti itu di Shah Alam, seorang naib presiden parti itu Azmin Ali berkata soal menumbangkan Khalid tidak timbul sama sekali.

Katanya, kritikan ke atas menteri besar itu telah disalahtafsirkan sebagai usaha menjatuhkan Khalid.

"Tidak sama sekali. Saya menyokong sepenuhnya kepemimpinan Tan Sri Khalid sebagai menteri besar," katanya yang juga ahli parlimen Gombak.

Bagaimanapun, kritikan daripada pemimpin parti ke atas Khalid menunjukkan kerajaan negeri perlu membuat perubahan bagi memastikan rakyat sentiasa menyokong Pakatan Rakyat.

Khalid jalankan tugas dengan baik

"Tidak ada penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah. Dari segi ini, Khalid telah menjalankan tugas dengan baik.

"Maknanya pentadbiran beliau bersih... Tapi masalah birokrasi masih ada. Yang ini harus diperkemaskan," katanya lagi.

Tambahnya, perkara utama yang dibincangkan dalam permukiman hari ini ialah persiapan untuk menghadapi pemilihan parti yang melibatkan jawatan di 218 cabang dan di majlis pimpinan tertinggi.

Katankamarul baharin abbasya, taklimat hari ini juga menyentuh mengenai latihan yang akan diberikan kepada petugas-petugas dalam pemilihan yang ditetapkan berlangsung selama lapan hari itu.

"Kita sambut baik persiapan oleh sekretariat dan ada pegawai pilihan raya yang akan dilantik di setiap cabang" katanya lagi

Sementara itu, ketua sekretariat wakil rakyat PKR Datuk Kamarul Baharin Abbas (kanan) pula menafikan pembabitannya mengetuai seramai 15 orang wakil rakyat bagi menjatuhkan Khalid sebagai menteri besar.

"Saya dalam parti mengetuai sekretariat MP dan ADUN, itu betul. Tapi soal yang dibangkitkan media itu tidak ada dibincang secara khusus.

"Tidak ada petisyen, tidak ada memorandum seperti yang dilaporkan. Kalau ada saya akan tahu," katanya kepada media ketika ditemui di permukiman parti itu.

Buat spekulasi

KNONEetika ditanya lanjut, beliau turut menafikan kewujudan 15 orang wakil rakyat berkenaan sebagai spekulasi yang ditimbulkan oleh media.

"Siapa kata 15 (orang)? Yang kata 15 itu wartawan. Wartawan yang buat spekulasi. Kenapa 15 (orang) bukan 20, (sedangkan) ada 20 MP dalam PKR.

"Jadi ini adalah nombor yang direka-reka oleh seseorag. Saya tidak bertanggungjawab tentang itu," katanya lagi.

Sementara itu presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail (atas, kanan), ketika ditemui wartawan turut menafikan isu itu ditimbulkan dalam permukiman kali ini.

"Tidak, kita telah keluarkan notis bahawa kita akan buat penilaian sebab kita ada pemilihan parti yang akan datang, dan kita bertemu (di permukiman). Apa yang isunya? Tidak ada isu.”

hishamuddin rais yusmadi yusoff baljit singh suaram forum 110509 07Turut ditemui, ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof yang berkata beliau langsung tidak mengetahui mengenai wujudnya "komplot" untuk menggulingkan Khalid.

"(Bagi) saya, apa yang dikatakan komplot, saya tidak tahu. Apa yang saya tahu perjumpaan hari ini adalah untuk memantapkan parti," katanya.

Sejak kebelakangan ini, media menimbulkan desas-desus 15 ahli parlimen PKR akan cuba menggulingkan menteri bear Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerna didakwa tidak berpuas hati dengan cara pentadbirannya.

malaysiakini



Peneroka felda dah jadi 'flowerhornes'.

Posted: 26 Jun 2010 05:00 AM PDT

Oleh Ustaz Saiful Bahri
 
Bebudak bila tengok ikan flowerhornes dalam akuarium tentu seronok. Jadi bahan lawak. Tubuh kecik tetapi tu dia punya kepala. Bonjol dan besar. Tersengih bangga. Berenang dalam akurium bukan main ‘eks’ lagi. Tetapi yang baham duit adalah tokey akuarium. Ditaburnya bijik2 kecik sebagai makanan yang dibuat dari hampas sahaje. Berbangga sakan diumumkan sebagai ikan perhiasan terpilih, yang bolot hadiah tokey jugak.



Teringat kepada nasib si peneroka. Saling tak tumpah macam ikan flowerhornes nilah. Merekalah membanting tulang membangunkan tanah felda. Bukan percuma semua mereka bayar. Semua pengurusan, baja, anak pokok, jalan dalam ladang bahkan kakitangan felda serta pengurusan mendapat habuan hasil titik peluh peneroka. Sehingga ke hari pelbagai perancangan yang disusun sehingga peneroka terus menjadi mangsa kepada Felda. Tetapi kini kantung kekayaan Felda akan kering dan susut. Isu berhubung kemerosotan rizab tunai Felda yang
menjunam daripada RM4.08 billion pada 2004 kepada hanya RM1.35 billion pada tahun lalu. Ini menunjukkan jumlah rizab tunai Felda susut sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun. Sedangkan isu yang melibatkan Felda dan peneroka tidak berselesaian.
Kini pelbagai pendedahan demi pendedahan akan terbongkar. Dengan gerak-kerja ANAK yang dipimpin oleh Mazlan Aliman serta semua pimpinan disemua peringkat di kalangan PR, nampaknya Felda macam cacing kepanasan. Tindakan yang terbaru adalah usaha untuk menyaman Suara Keadilan dan beberapa pimpinan diatas isu Felda bangkrap. Pihak pimpinan mengalu-alukan saman diambil untuk mereka mendedahkan lagi penyelewengan dami penyelewengan yang berlaku dalam Felda dan tindakan yang tidak sewajarnya terhadap para peneroka di Malaysia. Beranikah mereka. Secara langsung ia kan membuka mata peneroka maupun generasi anak peneroka yang akan menjejaskan sokongan terhadap UMNO-BN yang amat bergantung harap kepada kawasan Felda, Felcra sebagai penyumbang undi kepada pihak pemerintah.
Sebab itulah mereka tidak lagi member geran dan hak milik kepada peneroka. Tidak sebagaimana pemerintahan dizaman PAS dimana para peneroka diusahakan mendapat geran dan hak milik yang menyebabkan mereka bebas sepertimana di gugusan Felda di Air Putih, Jerangau dan Felda Ketengah Jaya . Tidak sebagaimana beberapa gugusan lain yang mereka masih lagi terikat dengan Felda maka berjalanlah politik ugut mengugut, memaksa serta memperalatkan para peneroka demi kekuasaan UMNO-BN.

Hari ini UMNO-BN macam tokey akuarium yang membolot harga, memperagakan ikan yang hanya diberi umpan yang sedikit tetapi mereka menghakis laba yang banyak. Tetapi para peneroka yang ditipu terasa bangga, sombong dan bermegah dengan UMNO-BN seolah-olah kawasan Felda macam undi pos buat UMNO-BN. Setiap kali datang pilihanraya, meningkat mendadaklah harga sawit. Sekali lagi UMNO-BN mendapat sokongan.

Hari ini akan terdedah dengan pelbagai isu yang melibatkan Felda. Ke mana menghilang Dr Yusof Noor yang setiap kali pilihanraya maka ia seolah-olah macam santa Claus mengusung guni kebendaan untuk memancing para peneroka. Dilakukan secara terang-terangan dan terbuka tanpa rasa malu dan segan. Diharapkan kini para peneroka sedar tentang pengkhianatan UMNO-BN terhadap Felda dan para peneroka maupun generasi kedua agar mereka lebih bermaklumat dan tidak lagi diperalat oleh pihak pemerintah dalam PRU-13 nanti.

detikdaily

Saya akan terus berkartun hingga titisan dakwat terakhir

Posted: 26 Jun 2010 12:00 AM PDT

 

1. Kerajaan/KDN menuduh bahawa kartun-kartun saya mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam.  Ia adalah satu tuduhan yang serius dan harus ditunjangi dengan alasan perundangan yang kukuh.

2. Dengan mengharamkan keenam-enam penerbitan ini, ertinya sebanyak 312 karya-karya kartun saya dan pasukan kartunis saya yang terdapat dalamnya diharamkan.

3. Saya menuntut KDN/kerajaan memberi penjelasan apakah yang dimaksudkan dengan takrif "mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam."

4. Saya menuntut KDN/kerajaan memberi penjelasan karya yang mana dan pada muka surat yang mana dari 312 kartun tersebut yang dikategorikan sebagai mengancam keselamatan negara dan tidak sesuai untuk bacaan umum.  Saya bertanggungjawab dan sedia mempertahankan karya-karya saya.  Saya sedia menghadapi tindakan undang-undang.

5. Dari sudut perniagaan, larangan KDN ini sudah pasti membawa kerugian besar kepada syarikat saya.  Saya menjangka pengedar-pengedar seluruh Malaysia akan memulangkan naskah yang telah beredar di pasaran dan kerugian sekitar RM50,000 hingga RM80,000.

6. Tetapi, keuntungan material bukanlah matlamat utama saya.  Sebagai kartunis, tanggungjawab sosial adalah keutamaan saya.  Melalui karya kartun, saya akan terus membongkar kezaliman, rasuah dan salah laku kerajaan BN.  Saidina Ali berkata, "Bercakap benar kepada pemerintah yang zalim adalah patriot sebenar".

7. Kerajaan boleh mengharamkan buku saya, kerajaan boleh mengharamkan majalah saya, tetapi kerajaan tidak boleh mengharamkan minda saya.  "Saya akan terus berkartun sehingga ke titisan dakwat terakhir."

Latar belakang:

Setakat kenyataan ini ditulis, saya belum mendapat surat rasmi dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai pengharaman buku saya.

Berdasarkan laporan Malaysiakini (24 Jun 2010), KDN berkata tiga buku/majalah saya - 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun telah diharamkan.  "1Funny Malaysia" adalah koleksi karya-karya pilihan kartun saya yang tersiar dalam ruangan Cartoonkini dalam portal web Malaysiakini dari tahun 2005 hingga 2009.

"Perak Darul Kartun" adalah buku terbitan syarikat saya sendiri, Sepakat Efektif Sdn Bhd.  "Isu Dalam Kartun (IDK)" adalah majalah bulanan yang mempunyai permit penerbitan dari KDN dan setakat ini tiga edisi IDK telah diterbitkan; vol 1, vol2 dan vol 3.

Tahun lepas, sebuah lagi majalah saya "Gedung Kartun" telah dirampas dan juga telah diharamkan.  Berdasarkan kenyataan KDN ini bererti keenam-enam penerbitan saya dan juga pasukan kartunis saya telah diharamkan.

Dalam laporan Malaysiakini, Ketua setiausaha KDN, Mahmood Adam dipetik sebagai berkata buku-buku tersebut diharamkan kerana ia tidak sesuai untuk bacaan umum.

"Ketiga-tiga bahan penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan.  Ia tidak sesuai untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam," kata beliau.

*Zunar (Zulkiflee Anwar Ulhaque) ialah kartunis dan Editor kartun.



merdekareview

Pencuri pulang coli, seluar dalam

Posted: 25 Jun 2010 10:00 PM PDT


Gambar hiasan

Oleh Rashidi Karim

2010/06/26

KANGAR: Seorang wanita tergamam sebaik melihat seluar dalam dan coli miliknya yang hilang dua minggu lalu, ditinggalkan di atas cermin keretanya yang diletakkan di pinggir jalan sebuah taman perumahan di sini, semalam.

Mangsa berusia 24 tahun yang enggan nama disiarkan berkata, sepasang pakaian dalam itu dilaporkan hilang bersama kamera digital Sony DSLR milik majikannya yang disimpan dalam bilik tidurnya pada 8 Jun lalu.

"Pagi tadi (semalam) ketika menghidupkan kenderaan untuk ke tempat kerja, saya tergamam selepas mendapati seluar dalam dan coli yang hilang dipulangkan semula pencuri dengan diletakkan di atas cermin depan kereta.

"Saya mengakui ia milik saya yang hilang dan berharap pencuri memulangkan kamera kepunyaan syarikat kerana menyukarkan saya menjalankan tugas harian," katanya yang menafikan menggunakan khidmat bomoh bagi mendapatkan semula barangan terbabit ketika ditemui di rumahnya, dekat sini.

Menurutnya, dia tidak mengetahui punca sebenar pencuri memulangkan semula barangan terbabit dan tidak bercadang menggunakannya semula.

Katanya, pencuri berkenaan kemungkinan besar memulangkan semula barangan itu secara tergesa-gesa dengan meletakkannya di atas cermin kereta pada waktu malam ketika penghuni taman perumahan nyenyak tidur.

"Tindakan pencuri meletakkan pakaian dalam di tempat terbabit bakal menimbulkan persepsi negatif kepada penghuni taman perumahan.

"Mungkin ramai penghuni atau jiran menganggap saya tidak sopan kerana menjemur seluar dalam dan coli secara terbuka di atas kereta yang diletakkan di pinggir jalan utama walaupun hakikatnya ia dicuri," katanya.
Dalam kejadian pada 8 Jun lalu, katanya, pencuri dipercayai mengambil barangan dalam bilik ketika nyenyak tidur dengan bertindak membuka tingkap bilik rumah teres yang disewa bersama dua rakan.

"Pencuri berkenaan gagal mengambil komputer riba kerana sukar mengeluarkannya memandangkan tingkap bilik dipasang jeriji besi. Saya hanya menyedari kehilangan kamera ketika mahu keluar bekerja," katanya.

Menurutnya, banyak kes kecurian dilaporkan berlaku di kawasan perumahan itu termasuk kes menceroboh rumah seorang jiran yang mempunyai anak perempuan untuk mengendap.

Katanya, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Beseri, dekat sini, jam 3.30 petang pada hari kejadian dan polis tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan 'kaki sekodeng' yang mengambil kesempatan mencuri barangan ketika menjalankan kegiatan terbabit.

Penemuan semula seluar dalam dan coli miliknya itu turut dilaporkan kepada pegawai penyiasat balai polis terbabit.

HM

MJ Dibunuh Kerana Wang - Latoya Jackson

Posted: 25 Jun 2010 08:00 PM PDT



ADIK kepada penyanyi Michael Jackson iaitu Latoya Jackson (gambar) mendakwa abangnya telah dibunuh kerana wang memandangkan Raja Pop itu "jauh lebih bernilai selepas kematiannya berbanding ketika masih hidup".

Dalam satu kenyataan kepada laman web mirror.co.uk baru-baru ini, Jackson menegaskan, keluarga dan peminat abangnya berhak untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku di sebalik kematian penyanyi itu genap setahun yang lalu.

"Saya memang tidak ragu-ragu dia (Michael) telah dibunuh. Apabila mendapat tahu tentang berita kematiannya dan apabila ibu kami menjerit di telefon memberitahu 'dia sudah mati', hanya satu persoalan yang terlintas di fikiran saya iaitu 'siapa yang melakukannya?'"

"Michael dibunuh kerana katalog lagu-lagunya yang sangat bernilai. Pihak yang terlibat dalam konspirasi kematian Michael menyedari betapa tingginya nilai Michael selepas dia mati berbanding ketika masih hidup.

"Anak-anaknya, ahli keluarga dan peminat berhak untuk mengetahui cerita sebenar di sebalik kematian Michael. Sejujurnya, ia (konspirasi) adalah satu tamparan hebat bukan sahaja kepada Michael, malah kepada ahli keluarganya juga. Ia sangat tidak adil, satu kesalahan besar dan bukannya kemalangan seperti yang dihebahkan," katanya.

Bercerita tentang keadaan ibunya selepas kematian Michael, Jackson berkata: "Saya dapat merasai penderitaan dan kesedihan di mata ibunya. Namun, dia sangat kuat menghadapi keadaan itu dan memilih untuk tidak menangis atau menunjukkan kesedihannya. Saya tahu dia berbuat demikian demi anak-anak Michael."

Sementara itu Raja Pop itu turut menerima 600 batang bunga matahari yang dihantar ke pusaranya di kawasan perkuburan Glendale, California bersempena dengan ulang tahun kematiannya yang pertama hari ini.

Sunflowerguy.com menghantar bunga-bunga tersebut dengan setiap satu mengandungi mesej tersendiri bersama 100 lagi jambangan bunga matahari oleh orang persendirian dan juga 4,000 kuntum bunga ros.

Bunga matahari yang merupakan bunga kegemaran Michael Jackson diletakkan kira-kira 100 kaki dari tanah perkuburan tersebut, ekoran kerja-kerja pembinaan yang dilakukan, lapor tmz.com.

Wakil Sunflowerguy.com, Jason Levin berkata, MJ layak untuk menerima lebih daripada semua barangan termasuk bunga, lilin dan hadiah yang diletakkan di pusaranya.

mstar


Khairy: Ibrahim Ali 'jaguh kampung'

Posted: 25 Jun 2010 06:00 PM PDT

Perang mulut antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) , Datuk Ibrahim Ali semakin memuncak dan kini berlarutan di Twitter dengan Ibrahim dilabelkan sebagai 'jaguh kampung'.

NONE"Dia ahli politik jaguh kampung di dunia antarabangsa dan masanya hampir berakhir. Dia juga halangan kepada 1Malaysia," kata ahli parlimen Rembau itu di blog web mikronya.

Merujuk cabaran Ibrahim supaya ketua pemuda itu meletakkan jawatannya, Khairy berkata: “Dia bukan pengundi Rembau, bukan juga ahli Umno. Dia tiada hak menyuruh saya letak jawatan.”

Pertengkaran kedua-dua mereka tercetus dua hari lalu apabila Khairy membela rakannya, ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong, selepas 'diserang' oleh Ibrahim berhubung isu biasiswa.

Ahli parlimen Pasir Mas itu mengecam Wee berhubung pernyataannya minggu lalu yang menggesa kerajaan supaya mengekalkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

KhNONEairy mempertahankan rakannya itu dengan berkata Wee tidak mempersoalkan hak oang Melayu ataupun menyarankan supaya biasiswa Mara diberhentikan, dan menegaskan bahawa Ibrahim yang salahfaham dengan maksud Wee.

Sebaliknya, dalam kenyataannya menerusi sms semalam, Ibrahim mendakwa Khairy "tidak faham maksud yang tersirat" dalam kenyataan Wee mengenai perkara itu.

"Pasal tu PERKASA marah. Mana mungkin (biasiswa) MARA hendak disamakan dengan (biasiswa) JPA. MARA khas untuk Melayu. (Biasiswa) JPA untuk semua kaum

"KalNONEau nak disamakan keduanya, ke mana akan pergi keistimewaan orang Melayu," kata Ibrahim.

Beliau kemudiannya menempelak Khairy yang didakwanya "tidak faham" apabila Wee "cakap berlapik".

"(Universiti) Oxford tak ajar budaya bahasa Melayu yang halus mulus. Mana dia faham makna 'yang tersurat dan tersirat'.

Tak ada masalah

"Kalau macam itu baik berhenti jadi ahli parlimen, sama macam (Wee) Ka Siong. Takkan K (Khairy) sanggup gadai bangsa sendiri...," tegasnya.

Dalam pada itu, Ibrahim dalam reaksinya berkata beliau tidak ada masalah dilabelkan sebagai 'jaguh kampung' yang lazimnya mempunyai konotasi negatif.

"Saya bangga dilabel sebagai jaguh kampung...sekurang-kurangnya saya dekat dengan kampung yang bererti barang 'asli'. Sebab itu saya boleh menghayati perjuangan nenek moyang dulu dan kasih pada bangsa begitu tebal serta memahami sejarah.



Jaguh bandar atau Oxford tidak bermakna kepada saya, kalau naik dan kaya pada permulaan kerana bapa mentuanya PM ataupun (terlibat dengan) politik wang?” katanya.

Ahli parlimen Pasir Mas itu merujuk kepada Khairy yang lulusan Oxford dan bapa mentuanya adalah bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta pembabitannya dengan politik wang dalam Umno tetapi dilepaskan dengan hanya amaran.

"Saya jaguh kampung seperti orang berlawan dengan lembu jantan...apa di depan saya sondol, kalau tak betul, saya rembat,” kata Ibrahim.

malaysiakini




Keputusan Piala Dunia 25 Jun 10

Posted: 25 Jun 2010 05:03 PM PDT


PENYERANG, David Villa (kiri), meraikan kejayaan berjaya menjaringkan gol pertama Sepanyol menentang Chile, dalam perlawanan Kumpulan H yang berkesudahan Sepanyol menang 2-1 serta kedua-duanya layak ke pusingan seterusnya, awal pagi tadi. - Foto Reuters

SEPANYOL 2 - 1 CHILE

PRETORIA: Sepanyol mengakhiri perlawanan terakhir Kumpulan H Piala Dunia dengan kemenangan bergaya 2-1 menumpaskan Chile di Stadium Loftus Versfeld, awal pagi tadi.

Gol Sepanyol dihasilkan oleh penyerang David Villa pada minit ke-24 dan Andres Iniesta pada minit ke-36.

Chile pula mendapat gol sagu hatinya menerusi pemain gantian, Rodrigo Millar pada minit ke-46 meskipun terpaksa bermain sepanjang 53 minit dengan 10 pemain.

Bagaimapun, Sepanyol dan Chile layak ke pusingan kalah mati apabila masing-masing muncul juara dan naib juara kumpulan.

Sepanyol akan bertemu Portugal selaku naib juara Kumpulan G pada 30 Jun depan manakala Chile berdepan Brazil sehari sebelum itu.


SWITZERLAND 0 - 0 HONDURAS

BLOEMFONTEIN: Honduras dan Switzerland terikat tanpa jaringan dalam perlawanan terakhir Kumpulan H dengan kedua-dua pasukan tersingkir daripada saingan Piala Dunia kali ini.



PENYERANG Portugal, Cristiano Ronaldo (tengah), mengucapkan tahniah kepada pemain Brazil selepas perlawanan kumpulan G Piala Dunia FIFA 2010 yang tamat sebentar tadi, dengan keputusan seri tanpa jaringan. Susulan keputusan itu, Brazil dan Portugal mara ke pusingan kalah mati. - Foto AFP

PORTUGAL 0 - 0 BRAZIL

DURBAN: Pertemuan Portugal dan Brazil dalam perlawanan terakhir Kumpulan G di Stadium Moses Mabhida berkesudahan seri 0-0.

Dengan keputusan itu, Brazil dan Portugal yang masing-masing juara dan naib juara kumpulan melangkah ke pusingan kalah mati.


IVORY COAST 3 - 0 KOREA UTARA

NELSPRUIT: Ivory Coast menundukkan Korea Utara 3-0 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan G Piala Dunia FIFA 2010 yang berlangsung di Stadium Mbombela, malam tadi.

Gol Ivory Coast dijaringkan Toure Yaya pada minit ke-14, Romaric (minit ke-20) dan Kalou (minit ke-82).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.