Biaqpila |
- Najib bubar Parlimen, mestikah kita bubar DUN?
- Keputusan Piala Dunia 19 Jun 10
- Kesan tonton TV ke atas wanita mengandung
- Video Lucah : Ariel & Luna Jalani Pemeriksaan Forensik
- Umno-BN akan dilayangkan kad merah
- Godaan syahwat wanita China
- TANDA-TANDA KECIL PRU 13
- PKFZ: Ong Tee Keat Dedah Orang Terlibat Masih Bebas
- 3 beradik hamba seks
- Status Tian Chua : SPR Sedang Kaji Keputusan Mahkamah
| Najib bubar Parlimen, mestikah kita bubar DUN? Posted: 19 Jun 2010 03:00 PM PDT http://cetusan-hati.blogspot.com/ Padang permainan tak sama rata telah menguasai pilihanraya Malaysia sejak UMNO mewarisi negara ini dari penjajah. Sebahagian sebab kemenangan UMNO/Perikatan dan UMNO/BN selama ini ialah kerana mereka menguasai semua instrumen penting untuk menjadikan proses pilihanraya sentiasa menyebelahi mereka. Setiap dua kali pilihanraya, mereka mengubah sempadan pilihanraya ikut corak yang membolehkan mereka menang mudah dengan ramuan berubah-ubah peratusan Melayu-Cina-India dan beberapa faktor lain. Kali ini, hingga kini, mereka tidak lagi boleh berbuat demikian kerana majoriti dua pertiga yang telah hilang buat pertama kalinya. Apa lagi unsur pilihanraya yang boleh diubah untuk menjadikan padang lebih sama dan rata? Bagaimana dengan tarikh pilihanraya? Najib dengan nada yakin memberitahu kita, tarikh pilihanraya hanya berada dalam tangan beliau. Beliau telah berjanji menjadikan tarikh pilihanraya sesuatu yang mengejutkan. Itu yang diucapkan beliau di Kelantan semalam. Pilihanraya mengejut bertujuan memerangkap pembangkang dan mencari satu masa di mana pembangkang belum bersedia atau sedang mengalami pusingan ke bawah. Termasuk dengan media stage yang mereka atur. Jika itu janji Najib dan kita hanya mengikut, sekali lagi tangan UMNO berada lebih atas. Jika Najib dengan berani menunjukkan bahawa beliau 'in command', apa pilihan kita untuk membolehkan Najib berfikir dua kali? Apa kata empat negeri Pakatan menetapkan tarikh pilihanraya DUN lebih awal? Sebelum Najib membubarkan Parlimen, kita mengumumkan tarikh pilihanraya kita sekarang. Tak semestinya tarikh pilihanraya itu awal tetapi penetapan tarikhnya diumumkan awal. Ini bermakna, tarikh pilihanraya DUN di empat negeri itu berbeza dari tarikh pilihanraya Parlimen jika sekiranya Najib memilih mengadakan pilihanraya berbeza dari tarikh yang telah kita umumkan. Mereka bubarkan Parlimen tetapi kita tidak bubarkan DUN sampai tarikh yang telah kita isytiharkan. Pilihanraya DUN dan Parlimen tidak berjalan serentak, kecuali mereka menjadualkan sama dengan jadual kita. Ada dua kemungkinan. Pertama, mereka ikut tarikh kita atau mereka berunding bersama untuk menetukan tarikh lebih awal dan terbuka seperti yang selama ini kita kehendaki. Ini bermakna, tarikh pilihanraya bukan lagi teka-teki dan memberikan kelebihan kepada mereka semata-mata. Atau, mereka terus berdegil dan membubarkan Parlimen tak bersamaan tarikh dengan kita. Namun, kita telah mulakan satu precedent baru iaitu tarikh pilihanraya ditetapkan secara terbuka. Bukan bermisteri dengannya. Bukan pula dijadikan senjata yang menguntungkan parti pemerentah semata-mata. Tindakan begini bertujuan menghapuskan monopoli penentuan tarikh pilihanraya. Tindakan demokratik untuk kesaksamaan kepada semua pihak. Pilihan tarikh itu boleh atas berbagai asas. Jika nak genapkan lima tahun, bermakna DUN empat negeri Pakatan hanya akan dibubarkan awal 2013. Jika empat tahun nak digunakan sebagai asas, DUN boleh dibubarkan pada awal 2012. Akhir 2012 boleh juga dipilih untuk memberikan masa yang cukup untuk negeri ini ditadbir tanpa terlalu banyak politiking pilihanraya. Paling penting, Najib perlu tahu, mengejut atau tidak, bukan beliau seorang sahaja berhak untuk tentukan. Datuk Paduka Husam Musa, Exco Kerajaan Kelantan. harakahdaily |
| Keputusan Piala Dunia 19 Jun 10 Posted: 19 Jun 2010 09:47 AM PDT ![]() PENGADIL dari Itali, Roberto Rosetti (tengah) melayangkan kad merah kepada penyerang Australia, Harry Kewell (kiri) dalam perlawanan Kumpulan D, Piala Dunia FIFA 2010 menentang Ghana di Stadium Royal Bafokeng, malam tadi. Keputusan seri 1-1. - Foto AFP 2010/06/19 Ghana 1 - 1 Australia RUSTENBURG: Ghana melonjak ke kedudukan teratas Kumpulan D meskipun mencatat keputusan seri 1-1 bertemu Australia di Stadium Royal Bafokeng, sebentar tadi. Semua gol dijaringkan pada separuh masa pertama dengan gol awal oleh Australia menerusi Holman pada minit ke-11. Ghana menyamakan kedudukan menerusi penalti oleh A Gyan pada minit ke-25. PENJAGA gol Belanda, Maarten Stekelenburg (dua dari kanan) meraikan kemenangan bersama rakan sepasukan selepas menewaskan Jepun 1-0 dalam perlawanan di Stadium Moses Mabhida, dalam perlawanan Kumpulan E, Piala Dunia 2010, malam tadi. - Foto AFP Belanda 1 - 0 Jepun DURBAN: Sebaik separuh masa kedua bermula selepas Belanda dan Jepun terikat tanpa jaringan sebelum waktu rehat, saingan kumpulan E untuk perlawanan kedua yang berlangsung di Stadium Moses Mabhida menyaksikan rembatan kencang perancang Belanda, Wesley Sneijder pada minit ke-53 ditampan masuk ke gawang sendiri oleh penjaga gol Jepun, Kawashima. Gol itu membuka permainan antara kedua-dua pasukan apabila Jepun mula mengasak bagi mencari gol penyamaan dan disambut serangan balas pasukan Belanda. Sehingga tamat ke waktu tambahan, percubaan kedua-dua pasukan gagal menambah jumlah jaringan dan Belanda berpuas hati dengan kemenangan satu gol, seterusnya mengangkat pasukan itu sebagai peneraju kumpulan ketika ini. Keputusan awal pagi tadi: England 0 - 0 Algeria |
| Kesan tonton TV ke atas wanita mengandung Posted: 19 Jun 2010 07:00 AM PDT ![]() 19/06/2010 5:02pm CHENNAI — Wanita mengandung yang sering menonton siri trailer di televisyen di sebelah malam didapati melahirkan anak yang kuat menangis, demikian menurut satu kajian. Kajian Kolej Perubatan Madras di sini mendapati bayi yang dilahirkan oleh wanita mengandung yang suka menonton siri televsiyen Tamil seperti "Chitty" lebih kerap menangis. "Terdapat perbezaan antara bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidur lewat menonton siri televisyen lewat malam berbanding dengan ibu mengandung yang tidur awal. "Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidur lewat didapati sering menangis termasuk selepas diberi makan," kata Dr S. Elango, bekas pengarah kesihatan awam dan pencegahan perubatan Tamil Nadu kepada Bernama. Kajian khas ini dibuat di kalangan 3,500 wanita mengandung selama dua tahun mulai 2007 hingga 2009 di kawasan luar bandar di Tamil Naidu. - Bernama |
| Video Lucah : Ariel & Luna Jalani Pemeriksaan Forensik Posted: 19 Jun 2010 05:00 AM PDT ![]() Ariel, Luna (Ihsan/Detikhot) Model Indonesia, Luna Maya (kanan) dan penyanyi, Nazril Ariel (kiri). - Foto AFP JAKARTA: Kes penyebaran video lucah kononnya milik penyanyi Ariel dan model Luna Maya memasuki episod terbaru apabila kedua-dua artis tersebut hadir bagi menjalani pemeriksaan forensik. Kedua-dua pasangan itu tiba pada waktu yang berbeza di Pusat Makmal Forensik, balai polis, Jalan Trunojoyo, Jakarta, semalam. Berdasarkan pantauan detikhot, Luna tiba lebih awal iaitu kira-kira pukul 8.40 pagi sementara Ariel yang mengenakan jaket berwarna hitam tiba pukul 10.15 pagi. Ariel tiba dengan menaiki kereta Avanza berwarna perak milik polis. Ariel bersamaq seorang pegawai penyelidik. Pegawai itu kelihatan menggunakan baju berwarna biru untuk menghalang jurugambar daripada mengambil gambar Ariel. mstar |
| Umno-BN akan dilayangkan kad merah Posted: 19 Jun 2010 03:00 AM PDT ![]() Kehilangan tiga darjah kebesaran negeri Johor yang ditarik balik oleh Sultan Johor bukannya satu pengorbanan besar dalam perjuangan menuntut perubahaan demi memastikan Malaysia yang adil untuk semua, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Dr Chua Jui Meng. “Maknanya kehilangan tiga pingat bukanlah satu pengorbanan besar seperti pepatah yang berbunyi 'tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali,” kata Chua pada sidang media di ibu pejabat PKR di Damansara hari ini. Justeru, katanya dia sebenarnya amat bertuah. “Saya yakin Umno pastinya kesal dengan tindakan mereka untuk menggangu saya. Sebaik sahaja pengumuman penarikkan tersebut, sokongan rakyat terhadap saya datang mencurah-curah terhadap saya dan Keadilan.” Muflis idea Kata Chua, beliau juga akan menghantar kembali pingat ketiga - PIS - ke Istana selepas memaklumkan kepada Setiausaha Jemaah Majlis Di Raja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli yang menghubunginya pada 10 Jun lalu. "Terima dengan hati yang terbuka" Beliau juga adalah bekas ahli parlimen Bakri selama empat penggal merupakan naib presiden MCA sebelum meninggalkan parti itu pada 2008 apabila gagal merebut jawatan presiden. Beliau mengganggotai PKR pada 2009. |
| Posted: 19 Jun 2010 01:00 AM PDT ![]() DUA pelacur ini menghabiskan masa dengan berbual sambil mata liar mencari pelanggan yang melalui kawasan pasar raya di Jalan Pudu semalam. KUALA LUMPUR - Golongan suami yang pergi ke pasar raya seorang diri perlu berfikir dua kali selepas ini kerana jika tidak kental perasaan setia kepada isteri mereka mungkin akan terkulai dengan godaan amoi China di hadapan tandas di sebuah pasar raya di Jalan Pudu di sini. Selain dilatih khas untuk melacurkan diri, mereka juga pakar dalam memikat lelaki-lelaki gersang atau berjalan bersendirian dengan sapaan dan lirikan mata yang menggoda. Jika dulu golongan itu menjalankan kegiatan persundalan ini dengan berselindung tetapi kini mereka semakin berani menjual diri secara terbuka di hadapan tandas pasar raya berkenaan. Menurut seorang pekerja di pasar raya tersebut yang mahu dikenali sebagai Suhaimi, 20, dia sudah lali dengan pemandangan itu. kosmo |
| Posted: 18 Jun 2010 11:00 PM PDT ![]() BERSEDIALAH WAHAI PAKATAN RAKYAT.PILIHANRAYA UMUM KE 13 AKAN DI ADAKAN BILA-BILA MASA SAJA DARI SEKARANG.INILAH KEJUTAN YANG DIPERKATAKAN ITU.NAJIB DAH DAPAT SOKONGAN DARIPADA ANAK-ANAK KUCING 1MALAYSIA....KAH!KAH!KAH! DEY MACHA!!! PELIK BIN AJAIB APABILA SEORANG PM YANG BELIKAN KUCING PARSI UNTUK ANAK DIA,MINTA RAKYAT TOLONG BAGI NAMA KAT ANAK KUCING TU...KAH!KAH!KAH! INIKAH TANDA-TANDA KECIL PRU 13 TELAH HAMPIR? APABILA SEMUA MEDIA PENGAMPU MEMULAKAN KERJA MENGAMPU,MAKA KAKI AMPU PULAK AKAN BIKIN PERADUAN MENAMAKAN ANAK KUCING PARSI...KAH!KAH!KAH! APA-APA PUN TOLONG KASI NAMA KAT ANAK KUCING TU.TAKDAK NAMA MACAMANA NAK DAFTAR SEBAGAI PEMILIH DENGAN SPR? PILIHANRAYA DAH DEKAT NI BAI.....KAH!KAH!KAH!!! p/s Daripada gua pikiaq nama anak kucing tu baik gua pikiaq macamana nak menternak kucing,mana tau esok2 boleh jual kat Najib dengan harga rm650 sekoq....kah!kah!kah!!! |
| PKFZ: Ong Tee Keat Dedah Orang Terlibat Masih Bebas Posted: 18 Jun 2010 09:00 PM PDT Dari Merdeka Review Oleh Neo Chee Hua Pasukan Khas yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan untuk menyiasat skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mendapati bahawa wujudnya kes penipuan (fraud case) yang menelan RM 1.64 bilion dalam skandal PKFZ, dan orang yang terbabit masih bebas sehingga kini, tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Demikianlah pendedahan bekas Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat (gambar kanan) yang disingkirkan semasa kabinet dirombak pada 1 Jun 2010. Malah, Ong Tee Keat selanjutnya membongkarkan bahawa kontraktor utama PKFZ, Syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang dikuasai ahli parlimen Bintulu-BN, Tiong King Sing telah menuntut RM1.64 bilion daripada kerajaan sebelum projek ini dimulakan. Sebanyak tujuh laporan disediakan oleh pasukan khas dan jawatankuasa yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan, dan kesemuanya masih belum didedahkan sehingga kini. Bagaimanapun, tiada kesimpulan dan tindakan susulan, termasuk mendakwa pihak yang terlibat dan menipu, setelah Pasukan Petugas Khas (Super Task Force) yang ditubuhkan kabinet mengambil alih tugas siasatan PKFZ ini. Malah, tiada perbincangan dalam kabinet berhubung laporan Pasukan Petugas Khas, menurut bekas Menteri Pengangkutan ini. Seandainya dakwaan laporan pasukan khas oleh Kementerian Pengangkutan tersebut adalah benar, maka kerajaan harus mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menuntut wang tersebut daripada pihak berkenaan, malah menghalang wang itu daripada mengalir ke dalam akaun kontraktor tersebut secara beransur-ansur, tegas Ong Tee Keat. "Kesemua ini wang titik peluh rakyat," tekan bekas Presiden MCA ini dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 15 Jun 2010 di pejabatnya di Padan Jaya. Ini adalah kali pertama pegawai kerajaan terbabit tampil mengesahkan kandungan dalam tujuh laporan yang disediakan pasukan khas dan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengangkutan. Sebelum ini, The Straits Times yang mendakwa dirinya telah meneliti kandungan terperinci laporan tersebut mendedahkan bahawa beberapa orang pegawai kerajaan disenaraikan sebagai "possible conspirator", antaranya bekas Menteri Pengangkutan Chan Kong Choy, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Tiong King Sing (yang menguasai KDSB), bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), OC Phang, dan sesetengah pengarah dalam LPK. Namun demikian, antara nama yang tersenarai, hanya OC Phang (gambar kiri, wanita di kanan) yang didakwa ke mahkamah setakat ini. Selain itu, Ketua Pegawai Operasi (COO) KDSB, Steven Abok; Pengurus projek, Law Jenn Dong dan Bernard Tan Seng Swee dari syarikat perunding BTA Architect turut didakwa atas tuduhan menipu, dengan angka yang terlibat RM122.267 juta dan RM5.41700 juta. Namun, Ong Tee Keat mengesahkan bahawa beberapa orang disebut namanya dalam laporan pasukan khas oleh Kementerian Pengangkutan, dan "orang yang terbabit" semestinya lebih daripada empat orang yang didakwa di atas. Continue reading 'PKFZ: Ong Tee Keat Dedah Orang Terlibat Masih Bebas' |
| Posted: 18 Jun 2010 07:00 PM PDT ![]() 2010/06/18 KOTA KINABALU: Tiga beradik bawah umur warga Filipina yang terpedaya dengan janji manis sindiket pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan daripada terus menjadi hamba kepada ibu dan bapa ayam yang mendalangi aktiviti pelacuran di negeri ini. Mangsa yang berusia 13, 15 dan 16 tahun diselamatkan hasil beberapa serbuan dilakukan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah ke atas premis pelacuran di Tawau, kelmarin. Episod malang tiga beradik terbabit bermula apabila kedatangan mereka ke Malaysia untuk mencari rezeki halal tidak kesampaian selepas terjerat dalam perangkap ibu ayam sebelum dipaksa menjadi pelacur sepenuh masa. Helah ibu ayam yang licik dengan menjadikan rumah kedai untuk menyembunyikan kegiatan pelacuran terbongkar hasil maklumat awam dan intipan dijalankan polis sejak beberapa bulan lalu. Malah, lebih mengejutkan apabila dalam tiga serbuan itu, polis turut menyelamat 23 lagi gadis warga Filipina yang juga dipercayai menjadi mangsa sindiket penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Serbuan diketuai Pegawai Turus Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) IPK Sabah, Deputi Superintendan Taufik Mydin selepas melakukan beberapa intipan membabitkan tiga lokasi berbeza, dipercayai menjadi markas pusat pelacuran beroperasi. Taufik berkata, serbuan pertama pada kira-kira jam 6 petang kelmarin di sebuah rumah kedai di Tawau itu, polis berjaya menyelamatkan seorang gadis berusia 13 tahun yang berasal dari Filipina. "Gadis berusia 13 tahun ini dipercayai dibawa masuk dari Filipina ke daerah ini sejak dua bulan lalu selepas diperdaya sindiket pelacuran. "Sebaik diselamatkan dan menahan seorang lelaki dipercayai bapa ayam, polis mengesan dua lagi gadis bawah umur, difahamkan kakak kepada mangsa," katanya. Katanya, dua mangsa yang berusia 15 dan 16 tahun itu berjaya dikesan dan diselamatkan di dua premis berasingan di sekitar bandar itu. "Hasil maklumat daripada dua mangsa terbabit turut membawa kepada penemuan 23 lagi wanita rakyat Filipina yang dikurung dan dipaksa menjadi pekerja seks di sebuah premis berasingan. "Seramai lapan ahli sindiket terbabit termasuk empat wanita ditahan reman sehingga 22 Jun ini untuk siasatan lanjut," katanya. Taufik meminta orang ramai yang mengetahui kegiatan berkenaan supaya segera melaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Semua gadis yang diselamatkan itu kini ditempatkan di rumah perlindungan sementara dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 13 dan 14 Akta Anti Pemerdagangan Manusia 2007. Katanya, semua wanita yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen dan ada di kalangan mereka dipercayai dikurung serta dipaksa menjadi hamba seks sejak setahun lalu. "Kami mendapati mereka dikawal rapi anggota sindiket yang juga dipercayai bapa dan ibu ayam. Modus operandi mereka lazimnya menerima tempahan menerusi telefon sebelum gadis terbabit dihantar kepada pelanggan," katanya. hmetro |
| Status Tian Chua : SPR Sedang Kaji Keputusan Mahkamah Posted: 18 Jun 2010 05:00 PM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti implikasi keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengurangkan denda ke atas Ahli Parlimen Batu Tian Chua daripada RM3,000 kepada RM2,000 yang sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan sekarang. Portal The Malaysian Insider hari melaporkan ppenelitian itu termasuklah kemungkinan perlu diisytiharkan wujudnya kekosongan dan sekali gus mengadakan pilihan raya kecil di kawasan tersebut. "Penasihat undang-undang kami sedang mengkaji tafsiran keputusan... had denda RM2,000 sama ada termasuk atau tidak termasuk (dalam menentukan status kerusi Tian Chua)," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi. Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan ia tidak mendapat pengampunan. The Malaysian Insider juga difahamkan denda RM2,000 sudah cukup untuk Tian Chua hilang kerusi yang dimenangninya pada 8 Mac 2008. Ada pandangan yang merumuskan wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat itu sudah hilang kelayakan untuk menyandang kerusinya walaupun mahkamah yang mendengar rayuannya semalam telah mengurangkan denda daripada RM3,000 kepada RM2,000. Melainkan keputusan semalam diubah oleh Mahkamah Rayuan selepas ini, jika rayuan peringkat kedua dibuat, dan menerima pengampunan diraja, SPR tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil. Bagaimanapun Wan Ahmad enggan mengulas apabila ditanya sama ada pihaknya juga akan mengkaji kemungkinan diadakan pilihan raya kecil di kawasan tersebut. "Biar kami kaji dulu tafsiran keputusan semalam. Kami akan mengkaji pengertian itu dan akan membuat keputusan sewajarnya... bermakna bila (undang-undang mengatakan) tidak kurang daripada RM2,000 bermaksud boleh dibaca sudah mengatasi had RM2,000," kata Wan Ahmad lagi. Laporan The Malaysian Insider awal pagi ini memetik seorang bekas pegawai kanan SPR menyebut, undang-undang sedia ada dengan jelas memperuntukkan bahawa jika dikenakan denda RM2,000 dan ke atas, boleh menyebabkan wakil rakyat terbabit hilang kerusi disandangnya. "Perkara ini dengan jelas dinyatakan dalam Perkara 48(1) Perlembagaan Persekutuan," kata beliau. "Dalam kes ini, mahkamah telah menjatuhkan hukuman RM2,000, bukannya kurang daripada itu... oleh itu jelas bahawa dalam kes ini, Ahli Parlimen (Batu) sudah hilang kelayakan memegang kerusinya," kata beliau. Tian Chua sudah pun membayar denda RM2,000 semalam. Dalam buku bertajuk "Penjalanan Pilihan Raya Malaysia", bekas setiausaha dan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, "kehilangan kelayakan di bawah Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan, jika timbul keraguan perlu diputuskan oleh Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri di bawah Perkara 53(1) Perlembagaan Persekutuan dan perkara yang sama dalam Perlembagaan Negeri." Ia jelas dalam kes Ahli Parlimen DAP kerusi Menglembu Fan Yew Teng mengemukakan kes saman ke atas setiausaha Dewan Rakyat pada 1975 dan juga kes Lim Kit Siang (kini Penasihat DAP) apabila Tun Abdul Razak (perdana menteri ketika itu) pada 1969 mengemukakan usul bahawa wakil rakyat tersebut tidak layak kekal sebagai Ahli Parlimen. Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya, Chua Tian Chang dengan menggantikannya kepada hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara kerana mencederakan seorang anggota polis pada 2007. Bagimanapun Hakim Datuk Ghazali Cha menolak rayuan Tian Chua terhadap sabitan atas tuduhan itu setelah mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak. Ghazali berkata, soal hukuman merupakan budi bicara sepenuhnya hakim perbicaraan berkenaan kecuali yang melibatkan hukuman mati. "Dalam kes ini perayu adalah pesalah pertama. Tidak dapat dinafikan juga bahawa tiada keistimewaan patut diberikan kepada beliau sebagai Ahli Parlimen," katanya. Bagaimanapun, katanya jika hukuman yang dijatuhkan boleh menjadikan Tian Chua, 47, tidak layak menjadi seorang Ahli Parlimen, satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan. "Seperti yang diketahui pilihan raya kecil ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan memberi kesan kepada keseluruhan rakyat negara ini begitu juga kesejahteraan dan keharmonian di antara berbagai-bagai bangsa. "Di atas alasan ini, saya berpendapat suatu hukuman yang setimpal yang tidak melibatkan banyak pihak adalah merupakan suatu hukuman yang adil. "Hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret diketepi dan digantikan dengan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara," katanya. Tian Chua didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, dari Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di jalan masuk ke Bangunan Parlimen. Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff berkata pihak pendakwaan masih belum memutuskan sama ada merayu keputusan itu. Dalam pada itu, peguam Sankara Nair berkata, denda RM2,000 boleh menyebabkan wakil rakyat Batu kehilangan kerusinya. Pihaknya sedang mengaturkan pertemuan dengan hakim kes bagi membincangkan isu berbenaan, tetapi masalahnya denda sudah pun dijelaskan. Bagaimanapun dengan merujuk kepada kes Fan, katanya, Speaker Dewan Rakyat harus campur tangan dalam menentukan sama ada kerusi Tian Chua dianggap sudah pun kosong. Justeru katanya, kini isu ini terletak di tangan Speaker untuk diputuskan. "Hakim mungkin silap, peguam-peguam ketika itu seharusnya memikirkan (implikasi itu) pada masa itu juga," kata Sankara.-MalaysianInsider |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.