Sabtu, 26 Jun 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


"Saya Mahu elak di LIWAT"

Posted: 26 Jun 2010 06:44 AM PDT

Pagi tadi selepas sarapan aku membelek-belek Harian Metro keluaran semalam Jumaat, 25 June 2010, terbaca aku satu berita yang agak menarik.

Berita mengenai seorang penghantar gas yang didakwa membunuh tukang urut di Mahkamah Tinggi di Georgetown, dimana ketika membela diri terduduh berkata dia tidak berniat membunuh mangsa, sebaliknya hanya mahu mencederakannya bagi melemahkannya ketika berlaku pergelutan antara mereka.

"Saya hanya berniat untuk mencederakannya bagi mengelak daripada diliwat," kata Mohd Hairi Sabdin, 27, didakwa membunuh warga emas, Abdul Rahman Hussain, 69, di Kampung Makam, Jalan Datuk Keramat, lima tahun lalu.

Menarik kerana berita ini memaparkan demi mempertahankan dirinya dari diliwat ataupun mempertahankan maruahnya si penghantar gas yang berusia 27 tahun sanggup melawan hingga menyebabkan menyebabkan tukang urut yang berusia 69 tahun itu terbunuh…


Sekadar gambar hiasan

Kes ini hampir menyamai kes tuduhan liwat yang dikenakan keatas DS Anwar Ibrahim dimana DS Anwar Ibrahim 63 yang juga Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat dituduh meliwat bekas pembancuh tehnya Mohd Saiful, 25, di sebuah apartmen di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Yang berbeza cuma Mohd Hairi Sabdin, 27 menentang Tukang Urut yang berusia 69 tahun itu sehingga orang tua itu terbunuh manakala dalam kes DS Anwar Ibrahim pula yang mengatakan kononnya dirinya diliwat itu mengaku tidak rela diperlakukan sebegitu tetapi telah menurut arahan DS Anwar Ibrahim untuk masuk kebilik tidur utama membersihkan dirinya di bilik air sebagai persediaan untuk diliwat.

Hairan ya… kedua-dua mereka tidak mahu diliwat, tetapi reaksi mereka amat berbeza dalam menzahirkan bantahan mereka…

Berita Berkaitan..


'Saya mahu elak diliwat'

Harian Metro - Jun 25, 2010

GEORGETOWN: "Saya hanya berniat untuk mencederakannya bagi mengelak daripada diliwat," kata penghantar tong gas yang didakwa membunuh tukang urut di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.

Tertuduh, Mohd Hairi Sabdin, 27, didakwa membunuh warga emas, Abdul Rahman Hussain, 69, di Kampung Makam, Jalan Datuk Keramat, lima tahun lalu.

Ketika membela diri, tertuduh berkata, dia tidak berniat membunuh mangsa, sebaliknya hanya mahu mencederakannya bagi melemahkannya ketika berlaku pergelutan antara mereka.

Menurutnya, pergelutan berlaku selepas mangsa cuba meliwatnya ketika mengurut pada malam kejadian, selain bertindak agresif termasuk mencekiknya hingga menyukarkannya bernafas ketika bergelut di rumah mangsa selepas dihalang keluar dari rumah.

"Saya hanya berniat mencederakannya, bukan membunuhnya.

"Ketika itu, saya menganggap dia akan lemah untuk melawan jika dicederakan dan tidak menyangka perbuatan itu menyebabkan kematiannya," katanya ketika menjawab soalan peguam belanya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, semalam.

Tertuduh berkata, dia tidak mempunyai sasaran untuk menyerang anggota badan mangsa dan hanya dapat mencucuk leher mangsa dengan gunting yang digunakan mangsa dan ketika itu, dia hanya memeluk mangsa sambil melutut.

Sementara itu, ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Azhar Mokhtar, tertuduh mengakui tenaganya lebih kuat berbanding mangsa berdasarkan kekuatan fizikal dan usianya yang hanya 22 tahun ketika kejadian.

Hakim Datuk Abd Halim Aman menetapkan hari ini bagi penggulungan hujah pendakwaan dan pembelaan.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Hairi didakwa membunuh Abdul Rahman di sebuah rumah di Kampung Makam, Jalan Datuk Keramat pada 25 September 2005 dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Itu adalah berita semalam, Manakala hari ini pula Harian Metro telah melaporkan. Hakim Datuk Abd Halim Aman membebaskan Mohd Hairi Sabdin, 29, daripada tuduhan membunuh Abdul Rahman Hussain di sebuah rumah di Kampung Makam, Jalan Datuk Keramat pada 25 September 2003 selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan tertuduh bertindak demikian bagi mempertahankan diri.Seterusnya sila baca di SINI

Lesen Judi Batal?.. Baguslah.. tapi kenapa diumum MT Umno?

Posted: 26 Jun 2010 05:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Pemuda DAP mengalu-alukan keputusan kerajaan membatalkan pengeluaran lesen judi pertaruhan sukan tetapi mempersoalkan perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam tadi.

Ketua Pemuda Sosialis DAP Loke Siew Fook berkata walaupun secara umumnya keputusan itu dialu-alukan, namun persoalan yang timbul soal pemberian lesen ini yang sepatutnya dikeluarkan oleh kerajaan diputuskan dalam mesyuarat Umno, bukannya di Kabinet.

"Apakah Majlis Tertinggi Umno yang menentukan segala dasar kerajaan dan bukannya Kabinet yang dianggotai oleh semua wakil komponen Barisan Nasional?

"Di manakah semangat perkongsian kuasa yang menjadi prinsip utama Barisan Nasional?" kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah.

Ketika mengumumkan perkara itu lewat malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan semalam mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang jelas menunjukkan bahawa sebahagian besarnya tidak bersetuju lesen itu dikeluarkan.

Kata Najib, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat MT Umno malam tadi dan keputusan tersebut disokong sebulat suara.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan bila keputusan itu dibuat.

Menurut Najib, di peringkat awalnya, terdapat perbezaan pendapat mengenai perkara itu, tetapi selepas itu, semuanya akur dengan keputusan berkenaan.

"Ditanya mengenai parti-parti komponen BN yang menyokong pemberian lesen judi sukan itu, Najib berkata, "saya percaya mereka terima kerana ini keputusan kerajaan. Kerajaan memikirkan sebaik-baiknya kepentingan masyarakat pada keseluruhannya."

Loke berkata perkembangan malam tadi amat jelas sekali bahawa yang menjadi penentu segala keputusan dalam kerajaan ialah Umno dan bukannya Barisan Nasional yang mempunyai 13 komponen.

"Kuasa hegemoni Umno dalam Barisan semakin menonjol dan parti-parti komponen yang lain hanya berperanan sebagai penghias semata-mata. Pandangan daripada MCA, Gerakan, MIC, PPP dan lain-lain adalah tidak relevan sama sekali.

"Pucuk pimpinan MCA, MIC dan PPP telah secara terbuka menyatakan sokongan mereka terhadap pemberian lesen perjudian sukan kepada Ascot Sports sebelum ini.

"DAPSY ingin mempersoalkan apakah pendirian mereka sekarang? Atau sokong sahaja sebarang keputusan yang dibuat oleh Umno?" kata beliau lagi.

Loke memberitahu DAPSY mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk menarik balik hasrat memberikan lesen perjudian sukan kepada Ascot Sports seperti yang diumumkan oleh Najib yang juga Menteri Kewangan.

"Ini merupakan satu keputusan yang tepat dan memenuhi hasrat dan permintaan rakyat Malaysia. Ia juga membuktikan pandangan yang telah dilontarkan oleh DAPSY dan pertubuhan lain yang menentang pemberian lesen tersebut memang ada asas yang kukuh dan hujah yang meyakinkan," katanya.

Malah katanya, keputusan malam tadi dilihat sebagai kesan kebangkitan kuasa rakyat yang dicetuskan oleh tsunami politik 8 Mac 2008.

"Suara rakyat tidak lagi dapat diketepikan oleh pimpinan kerajaan seperti dahulu dan mampu mengubah keputusan dan pendirian kerajaan dalam sebarang isu termasuk isu lesen perjudian sukan ini," katanya lagi.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut MCA mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan tabung khas bagi mengutip segala perolehan dan keuntungan daripada syarikat perjudian berlesen agar ia tidak bercampur dengan pendapatan lain.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata sekiranya tabung itu diwujudkan, ia boleh digunakan untuk membiayai projek pembangunan yang membawa faedah kepada semua kaum di negara ini.

"Sudah sampai masanya kerajaan membayangkan cukai-cukai kerajaan kutip dari lesen perjudian yang dibenarkan sejak dulu, seharusnya tidak masuk 'consolidated fund' ... tabung berlainan ini boleh digunakan untuk pendidikan, kebajikan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-31 Koperasi Serbaguna Malaysia Berhad di sini.Selain itu kata beliau, kerajaan seharusnya sentiasa meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap sebarang aktiviti perjudian haram di kalangan rakyat, khususnya pertaruhan perjudian dalam sukan.

"Pemantauan rapi dan penguatkuasaan terhadap perjudian yang dikatakan haram seharusnya dipertingkat kerana perjudian sukan, walaupun tidak dibenarkan, masih boleh berlaku melalui telefon dan internet kerana ia tidak memerlukan lesen," katanya.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden Umno berkata keputusan kerajaan membuktikan keprihatinan Najib yang mengambil kira kepentingan semua pihak sebelum memutuskan perkara itu.

Ketika ditemui di Kota Baru, Zahid berharap isu itu tidak lagi dimanipulasi pihak pembangkang dan menafikan keputusan tersebut dipengaruhi desakan mereka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan turut bersetuju dengan pandangan Ahmad Zahid berhubung tindakan kerajaan tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan

Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, keputusan itu dibuat bukan hanya disebabkan suara pembangkang, tetapi juga suara akar umbi anggota Umno yang disalurkan ke dalam mesyuarat MT parti malam tadi.

Jambatan Ganti Tambak Johor : Takut gelaran ditarik ke.....

Posted: 25 Jun 2010 11:44 PM PDT

Cepat saja Najib menjawab ya.. takut gelaran ditarik ke.. kah.. kah.. kah..

Kerajaan akan kaji semula jambatan ganti tambak Johor, kata PM

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kerajaan akan mengkaji semula rancangan asal pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Bagaimanapun Perdana Menteri tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu.

"Akan dikaji," kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan Program Mengukuh Wadah Memperkasa Ummah anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di sini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang mahu kerajaan mempertimbangkan semula rancangan asal pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor.- Bernama

Sebelum itu..

Sultan mahu jambatan baru ganti Tambak Johor...!!

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail mahu kerajaan pusat mempertimbangkan semula projek jambatan baru menggantikan Tambak Johor yang pembinaannya dibatalkan pada 2006.

Sultan Ibrahim bertitah Tambak Johor amat penting kepada rakyat malah institusi kesultanan Johor sejak pemerintahan terdahulu sentiasa memberi sokongan kepada usaha menaik taraf Tambak Johor.

"Jika disingkap sejak dahulu, tidak dinafikan bahawa Tambak Johor adalah amat penting kepada rakyat. Berdasarkan kepada kepentingan Tambak Johor kepada rakyat, maka keluarga saya sejak zaman moyang Almarhum Sultan Ibrahim sehingga ayahanda saya, almarhum Sultan Iskandar sentiasa memberi sokongan kepada usaha menaik taraf Tambak Johor," titah baginda.

Titah baginda, pada , projek jambatan itu penting untuk rakyat.

Menurut Sultan Johor dengan terbinanya jambatan berkenaan ia melengkapkan peranan Kompleks Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Bangunan Sultan Ismail dan JB Sentral.
Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika merasmikan bangunan JB Sentral dan melancarkan Kembara Mahkota Johor 2010, di Dewan Menunggu Penumpang, JB Sentral, di Johor Baharu hari ini.

Hadir sama isteri baginda Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

Pada 18 Jun tahun lalu, almarhum Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail menolak cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura.

Titah Sultan Johor itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan persidangan penggal kedua DUN Johor.

"Saya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa Tuanku tidak setuju dengan cadangan untuk membina jambatan ketiga," kata Tunku Ibrahim Ismail yang sekarang ini adalah Sultan Johor berikutan kemangkatan ayahandanya.

Pada 12 april 2006, kerajaan mengambil keputusan menghentikan pembinaan jambatan baru itu bagi menggantikan Tambak Johor setelah mengambil kira pandangan semua pihak.

Sebelum itu Malaysia bercadang untuk meneruskan pembinaan jambatan itu di bahagian perairan Malaysia walaupun Singapura enggan berkerjasama.

Jambatan yang pada asalnya disebut sebagai 'Jambatan Bengkok' itu diperlukan untuk menggantikan Tambak Johor yang sesak.

Alahai.. menggigit jarilah UMNO buat masa ini..

Posted: 25 Jun 2010 11:27 PM PDT

Dr Asri tak cadang sertai parti politik

Jun 26, 10

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan hari ini yang beliau sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik dan tidak bercadang untuk berbuat demikian.

"Sokongan saya adalah kepada kebenaran dan fakta, tanpa mengira batasan parti, kaum atau agama. Itulah prinsip Islam yang adil untuk semua," katanya dalam satu kenyataan menerusi sms ringkas kepada Malaysiakini hari ini.

Asri berkata pada masa yang sama, beliau menghormati mana-mana pihak untuk melakukan dakwah dalam mana-mana parti.

"Saya tidak mahu membuat kenyataan banyak dalam hal ini, demi menjaga perasaan sahabat-sahabat dan pihak-pihak yang lain. Apa yang penting, saya tidak menyertai mana-mana parti, dan tidak bercadang untuk memilih jalan itu setakat ini," katanya.

Desas-desus kemasukkan Asri ke Umno bertiup kencang sejak awal bulan ini tetapi ia tidak menjadi kenyataan apabila pada malam semalam antara 40 ulama muda yang menyertai parti itu, kelibatnya tidak kelihatan.



Pada sidang media yang diadakan selepas penyerahan borang keahlian kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno, ahli MT, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Asri akan berbuat demikian "bila sampai masanya".

"(Kemasukan dalam Umno) ini berperingkat-peringkat. Dalam Umno ini ada ahli Umno, dan ada penyokong Umno... Melihat dari aspek tersebut, saya rasa (Asri) tak ada masalah. Ini peringkat pertama.

"Beliau (Asri) akan masuk dalam kumpulan yang kedua," katanya.


Malaysiakini

ULAMAkah mereka itu?

Posted: 25 Jun 2010 07:32 PM PDT

Dari IkutSukaAku

CIRI-CIRI RINGKAS ULAMA;

Jikalau hendak disenaraikan ciri-ciri ulama satu persatu, sudah tentulah tidak terhitung banyaknya. Jadi gua nyatakan secara ringkasnya sahaja ciri-ciri seorang ulama sepertimana berikut:

- Sentiasa melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
- Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat mendalam berkenaan agama Islam di dalam segenap sudut.
- Beramal dengan segala ilmu yang dimilikinya.
- Berakhlak mulia.
- Tidak gentar untuk menegur dan berkata benar kepada sesiapa sahaja.
- Mempunyai sifat-sifat terpuji seperti: Zuhud, warak, sabar, jujur, ikhlas dan sebagainya lagi.
- Meninggalkan perkara-perkara mazmumah seperti: Riyak, takabur, sombong, angkuh dan sebagainya lagi.
- Sentiasa menyampaikan ilmu pengetahuan dan menyeru manusia kepada Islam.
- Dan banyak lagi.

Siapa yang dinamakan Ulama?

Terdapat beberapa ungkapan ulama dalam mendefinisikan ulama. Ibnu Juraij rahimahullah menukilkan (pendapat) dari 'Atha, beliau berkata: "Barangsiapa yang mengenal Allah, maka dia adalah orang alim." (Jami' Bayan Ilmu wa Fadhlih, hal. 2/49)

Asy-Syaikh Ibnu 'Utsaimin rahimahullah dalam kitab beliau Kitabul 'Ilmi mengatakan: "Ulama adalah orang yang ilmunya menyampaikan mereka kepada sifat takut kepada Allah." (Kitabul 'Ilmi hal. 147)

Badruddin Al-Kinani rahimahullah mengatakan: "Mereka (para ulama) adalah orang-orang yang menjelaskan segala apa yang dihalalkan dan diharamkan, dan mengajak kepada kebaikan serta menafikan segala bentuk kemudharatan." (Tadzkiratus Sami' hal. 31)

Abdus Salam bin Barjas rahimahullah mengatakan: "Orang yang pantas untuk disebut sebagai orang alim jumlahnya sangat sedikit sekali dan tidak berlebihan kalau kita mengatakan jarang. Yang demikian itu karena sifat-sifat orang alim mayoritasnya tidak akan terwujud pada diri orang-orang yang menisbahkan diri kepada ilmu pada masa ini.

Bukan dinamakan alim bila sekadar fasih dalam berbicara atau pandai menulis, orang yang menyebarluaskan karya-karya atau orang yang men-tahqiq kitab-kitab yang masih dalam tulisan tangan. Kalau orang alim ditimbang dengan ini, maka cukup (terlalu banyak orang alim). Akan tetapi penggambaran seperti inilah yang banyak menancap di benak orang-orang yang tidak berilmu.

Oleh karena itu banyak orang tertipu dengan kefasihan seseorang dan tertipu dengan kepandaian berkarya tulis, padahal ia bukan ulama. Ini semua menjadikan orang-orang takjub.

Orang alim hakiki adalah yang mendalami ilmu agama, mengetahui hukum-hukum Al Quran dan As Sunnah. Mengetahui ilmu ushul fiqih seperti nasikh dan mansukh, mutlak, muqayyad, mujmal, mufassar, dan juga orang-orang yang menggali ucapan-ucapan salaf terhadap apa yang mereka perselisihkan." (Wujubul Irtibath bi 'Ulama, hal. 8)

Allah Subhanahu wa Ta'ala menjelaskan ciri khas seorang ulama yang membedakan dengan kebanyakan orang yang mengaku berilmu atau yang diakui sebagai ulama bahkan waliyullah. Dia berfirman:

إِنَّماَ يَخْشَى اللهَ مِنْ عِباَدِهِ الْعُلَمآءُ

"Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah adalah ulama." (Fathir: 28)



Persoalannya di sini, layakkah seseorang yang baru menyandang degree dalam bidang agama digelarkan dengan gelaran Ulama...??? Dan ketuanya pula adalah seorang pensyarah sahaja... dan ada pula yang sedang dalam mendapatkan PHD..., wow.. di malaysia baru jadi pensyarah dalam bidang ugama sudah boleh di iktiraf sebagai ulama... perghhhh... sounds like Ular dalam Semak.. jer...

Dan layakkah 40 penyamun yang menyertai umno ini... di gelarkan ulama..., umno parti haramjadah yahudi laknatullah dan media pencacai mereka ini tak habis2 nak saiko dan perbodohkan minda melayu dengan gelaran "Ulama", apakah apabila orang2 melayu mendengar perkataan ulama... mereka akan terikut dan mempercayai kepada umnoapco ini...????

Apatah lagi jika parti yang disertai oleh para pensyarah dan ahli agama itu adalah sebuah parti yang banyak menentang dan engkar kepada suruhan dan larangan Allah. Jika di perhalusi ciri-ciri untuk menjadi atau mendapat gelaran ulama seperti di atas... sudah tentu mereka akan menjauhkan diri dari parti munafik umnoapco itu...

Seorang ulama sejati tidak akan tunduk kepada kemungkaran.

Umno dalam usaha memperbodohkan minda orang2 melayu dengan kemasukkan ahli2 agama ini untuk penyucian imej mereka yang telah kotor dan berkarat hanya dengan mengunakan umpan perkataan "ULAMA".

Renungkanlah...
IkutSukaAku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.