Anak Sungai Derhaka |
- Video Serangan keatas Mavi Marvara dari Perspektif Regime Zionist.
- Rombakan Kabinet : Khairy terpinggir lagi.....
- Arif Shah jangan tunjuk Jahil !!
- Kutuk Zionis : Najib tunggu kebenaran APCO?
- Israeli Raid : Memorandum for the US Embassy
- 487 aktivis pro-Palestin dihumban ke penjara
- Serangan Regim Zionis : Rakyat Malaysia protes...
- Serangan Regim Zionis : Kenyataan Media HALUAN Malaysia
- Samy!! Blah la lu..
- Najib Kutuk Serangan Regim Zionis.
| Video Serangan keatas Mavi Marvara dari Perspektif Regime Zionist. Posted: 01 Jun 2010 05:54 AM PDT Sebelum itu.. Aku bukan penyokong Regime Zionist! Harap maklum..
|
| Rombakan Kabinet : Khairy terpinggir lagi..... Posted: 01 Jun 2010 05:28 AM PDT Kesian kat Ketua Pemuda UMNO ni.. tak ada satu jawatan dalam kabinet pun Najib bagi kat dia.. Ingatkan dia nak dilantik sebagai Menteri Pertahanan pasal dia dah tamat latihan sebagai Askar Wataniah hari tu.. rupa-rupanya Najib tak pandang langsung.. Kabinet: Tee Keat digugur.. KUALA LUMPUR, 1 Jun — Dalam rombakan yang dilihat tidak mengejutkan ramai, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha dilantik sebagai Menteri Pengangkutan bagi menggantikan Datuk Seri Ong Tee Keat. Ong (gambar) yang tewas dalam pemilihan semula MCA bagi jawatan presiden digugurkan. Beliau memegang jawatan itu sejak 2008. Kong, yang turut gagal dalam persaingan jawatan timbalan presiden, kini merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tempat beliau digantikan oleh Datuk Wira Chor Chee Heung yang kini merupakan timbalan menteri kewangan. Chor pernah dikaitkan dengan isu projek Zon Bebas Pelabuhan Klang dan turut memenangi pemilihan jawatan Naib Presiden MCA Mac lalu. Rombakan ini sebahagiannya berhubung kait dengan perubahan barisan kepimpinan MCA yang diadakan Mac lalu bagi menyelesaikan krisis dalaman parti itu. Pengumuman perubahan anggota jemaah menteri persekutuan itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini. Rombakan menteri hanya membabitkan pemimpin MCA. Kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri menyebut, Perdana Menteri mengumumkan penamatan pelantikan Ong sebagai Menteri Pengangkutan dan Datuk Wee Jeck Seng sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam rombakan Kabinet yang berkuat kuasa Jumaat ini. Istiadat mengangkat sumpah jawatan akan diadakan 3.30 petang di Istana Negara, Jumaat ini. Rombakan kali ini hanya membabitkan pelantikan tujuh orang termasuk dua Ahli Parlimen sebagai timbalan menteri persekutuan. Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz dari Parti Progresif Penduduk (PPP) sebagai Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Timbalan Presiden MIC Senator Datuk G. Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti. Palanivel yang tidak diberikan tiket untuk bertanding semula pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu pernah memegang jawatan timbalan menteri sehingga Mac 2008. Ahli Parlimen Serian Datuk Richard Riot pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong, yang juga anak lelaki kepada Presiden MCA pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Dua Naib Presiden MCA yang baru masing-masing Senator Datuk Donald Lim Siang Chai pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Senator Gan Ping Sieu sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Donald Lim pernah memegang jawatan timbalan menteri sebelum ini tetapi digugurkan selepas tewas pilihan raya umum 2008. Selain itu, Najib juga mengumumkan pertukaran portfolio tiga timbalan menteri iaitu Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jelaing Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke Kementerian Pengangkutan; Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri. Kenyataan yang dikeluarkan menyebut Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Donald Lim, D'Cruz dan Gan sebagai senator berkuat kuasa hari ini. Mereka akan mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara dalam tempoh terdekat. The Malaysian Insider |
| Arif Shah jangan tunjuk Jahil !! Posted: 01 Jun 2010 02:37 AM PDT Allah hu Akhbar!! Jahil rupanya Ariff Shah ni.. kalau Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hasan ni tak bagitau sampai matipun aku tak tau.. Bukan jahil saja rupanya.. tapi dah sampai ke tahap kejahilan yang tinggi.. kira kejahilan yang melampau dah ni.. Patutlah orang-orang Melayu yang pi beli nombor ekor kat kedai 4D dekat dengan Pusat Khidmat dia di Taman Siakap, Seberang Jaya dia buat-buat tak nampak.. Judi: Arif Shah jangan tunjuk jahil Mohd Sabri Said PERMATANG PAUH, 1 Jun: Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hasan meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah menunjukkan kejahilan yang tinggi kepada bukan Islam berhubung lesen perjudian.Beliau juga menggesa Arif Shah memohon maaf kepada semua umat Islam Pulau Pinang kerana menolak pengharaman judi yang ditetapkan dalam Islam dengan beranggapan apa yang dinyatakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng hanya 'cakap politik' berhubung judi bola. Jelasnya, isu itu bukan isu politik sebaliknya berkaitan dengan Islam yang mengharamkan judi, maka tiada alasan lain dibolehkan walaupun ia diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN). "Adun Seberang Jaya nampak begitu jahil tentang isu ini dan sanggup pula menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang main politik bila mengeluarkan kenyataan beliau sanggup ke penjara sekiranya arahan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini agar tidak mengeluarkan lesen judi itu bertentangan dengan undang-undang," ujar Omar. Katanya, sebagai seorang Islam, Adun berkenaan patut malu apabila pemimpin bukan Islam pula mengeluarkan kenyataan demikian rupa dan bertepatan dengan apa yang diharamkan oleh Islam sendiri. Tambahan lagi, usaha tersebut memang harus dipuji oleh banyak pihak berikutan hasratnya menjadikan Pulau Pinang selari dengan pemerintahan Khalifah Omar Abdul Aziz yang walaupun tidak lama memerintah namun berjaya memartabatkan Islam dengan begitu tinggi. "Jangan tunjukan kejahilan yang tinggi pada bukan Islam apabila berusaha mengampu pemimpin BN, Datuk Seri Najib Razak yang telah melulusan lesen perjudian kononnya untuk menghindarkan perjudian haram ketika bola sepak Piala Dunia di Afrika Selatan beberapa hari lagi," katanya. Tegasnya, PAS Permatang Pauh bukan sahaja mendesak pengharaman judi bola malahan semua perjudian yang menjadi amalan negara ini. Kewujudan pusat perjudian, tegas beliau, bukan menyelamatkan manusia daripada keganasan bahkan menghidupkan suasana berkecamuk dalam masyarakat. Adun Seberang Jaya itu juga diingatkan selalu membaca Al-Quran dan mengambil pengertian ayat 90, surah al-Maidah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah kotor dan keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya". Harakah Daily |
| Kutuk Zionis : Najib tunggu kebenaran APCO? Posted: 01 Jun 2010 12:43 AM PDT Sebelum itu.. Najib telah menyahut cabaran Mahfuz agar bertindak dalam masa 48jam bagi menyelamatkan rakyat Malaysia yang ditawan oleh rejim Zionis. Tindakannya ialah menyerahkan isu tersebut kepada Kementerian Luar supaya menyelamatkan sukarelawan Malaysia yang berada di dalam kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang diserang Israel semalam. Katanya, memandangkan tidak ada komunikasi dengan pihak yang terlibat, maka Malaysia akan berusaha mendapatkan bantuan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan negara ketiga yang lain. "Saya dah minta Wisma Putra berusaha menyelamatkan sukarelawan kita. Kita amat sukar mendapat maklumat...tidak ada komunikasi dengan pihak terlibat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.Berita penuh sila baca di SINI mmm.. tindakannya itu seolah-olah melarikan diri atau mencuci tangan dari terlibat dengan isu yang melibatkan Regim Zionis ini.. Gaza: Najib diberi 48 jam untuk bertindak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberi tempoh 48 jam untuk bertindak segera membentang pelan bagi menyelamatkan rakyat Malaysia yang ditawan oleh rejim Zionis. Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, parti itu juga menuntut dalam tempoh 48 jam berkenaan Najib perlu memanggil sidang khas parlimen membincangkan isu serangan Israel ke atas flotila kebebasan yang menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza."(Selain itu), dalam tempoh tidak lebih dari 48 jam kerajaan hendaklah menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel dan Amerika Syarikat," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Pakatan Rakyat, juga katanya menuntut kerajaan menghentikan dengan segera sebarang urusan perdagangan yang rasmi atau tidak rasmi dengan Israel. Beliau juga kecewa dengan Najib yang hanya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan serangan itu Israel hanya pada tengah malam semalam. "Kenyataan itu hanya dibuat selepas didesak oleh pelbagai pihak yang mengangap kerajaan terlalu lembab dan takut untuk membuat kenyataan mengecam perbuatan lanun laut rejim Israel," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Kelembapan perdana menteri itu, katanya, dilihat seperti menunggu apa nasihat dari Apco Worlwide untuk kerajaan bertindak tanpa menjejas kerja firma Yahudi itu yang diamanahkan oleh kerajaan untuk memulihkan kepercayaan Amerika terhadap kerajaan Malaysia. "Tindakan rejim Israel tersebut adalah berpunca dari sikap lunak dan pak turut dasar luar kerajaan-kerajaan di dunia termasuk Malaysia yang menyumbang kepada tindakan kejam Israel. "Perbuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib yang begitu mesra Amerika dan Zionis mesti dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia," kata beliau. Malaysiakini |
| Israeli Raid : Memorandum for the US Embassy Posted: 01 Jun 2010 12:18 AM PDT Kuala Lumpur, 1st June – A memorandum issued by the Crisis Management Team for Lifeline For Gaza (CMT-LL4G) was handed over to the US ChargĂ© d'Affaires, Mr. Robert G. Rapson through his representative at US Embassy in Kuala Lumpur this afternoon. The memorandum was handed over by Zulkifli Nani, Solehuddin Shuib and Dr Hafizi from the CMT-LL4G. More than 1,000 people were reported attended the peaceful gathering in front of the US Embassy in Jalan Tun Razak.MEMORANDUM CONDEMNATION OF ISRAELI RAID ON AID FLOTILLA TO GAZA Tuesday 1st June 2010 We, a coalition of civil society representing the voice of the Malaysian people is utterly shocked and outraged at the blatant disregard of human lives by Israel in the recent murderous raid on the aid flotilla bound for Gaza. The Lifeline4Gaza flotilla has come under attack by the Israeli armed forces in the early morning hours of 31st Mei. The Israeli aggressors boarded the capital ship Mavi Marmara and opened fire on volunteers on the deck, leaving at least 16 people dead and another 50 seriously injured. Close to 600 volunteers, whose participation is solely humanitarian in nature were on board the ship when the tragedy unfolded. Such barbaric act was committed by Israel despite of the flotilla's observance of all maritime regulations and in full compliance with Resolution 1860 adopted by the UN Security Council (2009), which includes: a) An appeal to the international community to provide humanitarian aid to Gaza including food, fuel and medical assistance. b) Facilitate the ease of passage and unimpeded deliverance of aid. c) Call for support of these efforts to alleviate the dire humanitarian and economic situation in Gaza The volunteer corps included in their ranks parliamentarians, academics, journalists, scholars, an infant less than a year old and a senior citizen over 80 years old. They were completely unarmed which reflects their sole intention of delivering aid to the beseiged people of Gaza. The fact that this raid took place on an unarmed civilians and in international waters is all the more grievous and criminal. There is not a slightest doubt that Israel has violated international laws and her ghastly acts deserve a worldwide condemnation in the strongest possible term. We therefore call on the US Government to state her position on the murderous aggression of Israel on a peaceful flotilla whose entire objective is to deliver desperately needed aid to Gaza.These include a. Condemnation in the strongest possible term the aggression by Israel on the Freedom Flotilla b. Holding the Israeli government totally responsible for the lives and well being of all volunteers on board the Freedom Flotilla c. Demanding the immediate release of all the volunteers and urgent medical care be given to the injured d. Demanding that all the aid destined for Gaza be released with immediate effect. f. Assuring the safety of all volunteers on board the Freedom Flotilla in their effort to champion the Palestinian cause towards freedom, justice and self determination. Zulkifli Mohd Nani Chairman Crises Management Team for LL4G Malaysia — Fail Asal: MEMORANDUM CMT-LL4G for the US Embassy (pdf) |
| 487 aktivis pro-Palestin dihumban ke penjara Posted: 01 Jun 2010 12:09 AM PDT AFP Melaporkan 480 aktivis ditahan Regim Zionis manakala Gulfnews melaporkan 487 ditahan.. Israel dilaporkan menahan 480 aktivis pro-Palestin yang ditawan komandonya dalam flotila kebebasan yang membawa misi bantuan ke Semananjung Gaza, semalam.Menurut AFP yang memetik laporan radio awam Israel, pihak berkuasa negara itu juga akan melepaskan 48 tahanan yang lain. Mereka yang ditawan itu kini diletakkan dalam penjara Ashdod di selatan Israel. Sementara 48 yang akan dibebaskan kini dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing. Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada 12 rakyat Malaysia yang ditawan semalam itu antara yang dibebaskan ataupun dihumban ke penjara Israel. Malaysiakini |
| Serangan Regim Zionis : Rakyat Malaysia protes... Posted: 31 May 2010 11:57 PM PDT Rakyat Malaysia daripada pelbagai sektor hari ini bersatu untuk menyatakan keberangan mereka terhadap tindakan rejim Israel yang menyerang flotila keamanan yang membawa bantuan kemanusian ke Gaza, awal pagi semalam.Berhimpun di luar Kedutaan Amerika Syarikat, kira-kira 500 NGO Melayu membakar gambar Presiden Israel, Benjamin Netanyahu sebelum menyerahkan memorandum kepada perwakilan kedutaan itu. Pada serangan ke atas kapal Mavi Marmara yang turut membawa 12 rakyat Malaysia itu, sekurang-kurangnya 20 aktivitis pro Palestin dibunuh manakala puluhan lagi cedera. Kapal itu dan penumpangnya yang ditawan itu kemudiannya dibawa ke Haifa untuk dipenjarakan. Di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Jalan Dungun, Kuala Lumpur, lebih 50 ahli Pemuda Barisan Nasional membawa sepanduk menyatakan kemarahan mereka.Mereka juga memijak sebelum membakar bendera Israel sebelum menyerahkan memorandum yang mengecam tindakan Yahudi itu kepada penyelaras PBB di Malaysia, Kamal Malholtra. Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin yang menyerahkan memonrandum dua muka surat itu berkata PBB perlu melaksanakan sekatan perdagangan terhadap Israel kerana sering-kali mencabuli undang-undang antarabangsa. Kami menggesa ahli-ahli Majlis Keselamatan, - Amerika Syarikat, United Kingdom, Rusia, China dan Perancis tidak menggunakan kuasa veto mereka untuk menghalang sebarang tindakan yang bakal diambil ke atas Israel," katanya kepada wartawan.Khairy juga menggesa Amerika Syarikat agar tidak bersekongkol dengan Israel kerana "dunia telah menyaksikan kekejaman mereka menyerang tanpa sebarang sebab di perairan antarabangsa". Beliau berkata Malholtra memberi jaminan bahawa memorandum berkenaan akan disampaikan kepada ibu pejabat PBB di New York hari ini, memandangkan Majlis Keselamatan sedang membahaskan perkara berkenaan. "Kami difahamkan setiausaha agung PBB (Ban Kin Moon) tidak memandang ringan isu ini dan besar kemungkinan Majlis Keselamatan akan mengeluarkan resolusi berhubung perkara itu, dengan Turki sebagai anggota sementara menaja usul berkenaan," katanya selepas perbincangan 15 minit dengan wakil PBB itu.Timbalan ketua pemuda Umno, Razali Ibrahim juga senada dan berkata "Buat kali pertamanya, PBB mesti bertindak". Jika tidak, katanya, badan dunia itu akan kehilangan rasa hormat daripada masyarakat dunia. Khairy juga mengumumkan perhimpunan besar-besaran di Kedutaan Amerika Syarikat, Jumaat ini yang bakal dihadiri oleh NGO dan juga parti-parti politik kerajaan serta pembangkang. "Kami ingin menunjukkan bahawa rakyat malaysia bersatu menentang Israel. Ini bukan soal keagamaan tetapi isu sejagat. "Langkah seterusnya ialah memberi tekanan kepada negara-negara kuasa dunia supaya tidak berpihak dengan Israel," katanya. Hadir sama adalah ketua pemuda MIC T Mohan dan perwakilan dari MCA dan PPP. Kedua-dua protes berkenaan dipantau oleh sekumpulan polis yang ditugas memastikan ia dijalankan dalam keadaan terkawal. Pejabat kedutaan Amerika Syarikat akan juga menyaksikan tiga bantahan di perkarangannya. Selain, bantahan jam 10 pagi tadi yang diketuai oleh NGO seperti Pertubuhan Pribimu Perkasa Malaysia (PERKASA0, Majlis Perundingan Melayu (MPM)dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), terdapat dua lagi protes. NGO Islam yang diketuai oleh Talian Hayat untuk Gaza atau Lifeline4Gaza berhubung pada jam 11 pagi tadi manakala PAS dan parti-parti pembangkang pula akan berada di sana pada jam 12 tengahari. Malaysiakini |
| Serangan Regim Zionis : Kenyataan Media HALUAN Malaysia Posted: 31 May 2010 08:33 PM PDT kapal perang mereka memintas kapal Freedom Flotilla. PEMBUNUHAN TERBUKA DI LAUT LEPASDunia Menjadi Saksi Atas Kekejaman Dan Sikap Keganasan Israel Di Perairan Antarabangsa Laut Mediterranean. KUALA LUMPUR, Mei 31 – PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) "MV Mavi Marmara" sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu. HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain. "Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang "MV Mavi Marmara" dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya," tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia. "Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam. Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun. Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan mereka sebagai negara "underdog" yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu. Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel," ujarnya lagi. Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk "expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole". Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata. Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup. Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia. HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan "Bersatu Untuk Palestin". Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu. Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah. Siaran Media Hubungi: Encik Amran Baharum Telefon: (+6) 019-225 4105 /251 4105 Web : www.lifeline4gaza.org Emel : media@lifeline4gaza.org Mei 31, 2010 |
| Posted: 31 May 2010 08:17 PM PDT KUALA LUMPUR, 1 Jun – "Samy, sudah sampai masanya untuk pergi," kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menambah "dalam kepimpinan saya, hampir setiap orang telah bersara, termasuk diri saya"."(Yang) tinggal (hanya) dia (Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu) seorang sahaja," katanya kepada pemberita selepas menonton teater "Mulan & Mushu" karya Robert D San Sousi yang diolah semula oleh Sheery Mariam dan diarah oleh Ow Yeong Soon Ling pada festival Akademi Seni Budaya Dan warisan Kebangsaan (Aswara) di sini malam tadi. Dr Mahathir berkata sudah tiba masanya Samy Vellu melepaskan jawatan yang dipegangnya lebih tiga dekad itu bagi memberikan peluang kepada calon lain. Beliau berkata Samy Vellu telah mencatat rekod bersejarah dengan memegang jawatan presiden sebuah parti politik di negara ini yang paling lama. "Bila dia pegang jawatan terlalu lama, sudah tentu orang tidak mahu dia," katanya. Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita mengenai krisis MIC sekarang terutama mengenai langah terbaru Samy Vellu memecat setiausaha agung parti S. Murugessan kelmarin. Bernama |
| Najib Kutuk Serangan Regim Zionis. Posted: 31 May 2010 06:22 PM PDT Akhirnya aku jumpa juga Najib mengutuk serangan Regim Zionis ini.. Tak siarkan nanti penyokong UMNO yang membaca blog ni kata aku cuma mencari kesalahan Najib saja pulak.. Katanya "Saya atas nama kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Tel Aviv terhadap konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza," Dan dia juga berharap agar Israel diberi Teguran Keras... Teguran Keras saja.. bukannya tindakan keras.. Teguran Keras nak jadi apa Najib.. sepatutnya tindakan yang keras dikenakan keatas Israel bukannya teguran keras.. Perangai depa tu macam orang UMNO la.. setakat tegur tu dah tak jadi apa dah.... Gambar Hiasan : Tak ada kena mengena dengan Najib.. Peserta Demonstrasi membantah serangan Regim Zionis di Turki Perdana Menteri: Malaysia kecam serangan Israel KUALA LUMPUR, 1 Jun – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel yang menyerang kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, dan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi teguran keras terhadap rejim itu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia akan mengusulkan perkara tersebut kepada peringkat tertinggi Majlis Keselamatan PBB supaya perkara ini dibincangkan dalam masa terdekat. "Saya atas nama kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Tel Aviv terhadap konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza," katanya kepada wartawan selepas melancarkan Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni4B) semalam. Beliau juga berkata "seluruh dunia harus mengutuk dan mengecam tindakan rakus rejim itu". "Saya harap insiden ini akan membawa kepada satu tindakan yang boleh membawa kepada teguran keras terhadap Israel," katanya. Najib berkata serangan ini juga menunjukkan rejim Tel Aviv tidak menghormati langsung undang-undang antarabangsa dan menggunakan kuasa mereka sesuka hati tanpa sebarang pertimbangan sama ada tindakan mereka akan membawa kepada kehilangan nyawa orang-orang yang tidak berdosa. Perdana Menteri berkata pada masa ini beliau juga sedang menunggu butir dan maklumat sahih mengenai nasib rakyat Malaysia yang turut serta dalam konvoi itu. Salah sebuah daripada sembilan buah kapal kecil konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, yang dianjurkan oleh kumpulan pro-Palestin dan pertubuhan hak asasi manusia Turki iaitu Mavi Marmara telah diserang oleh tentera Israel semalam berdekatan Gaza. Dua rakyat Malaysia, iaitu seorang wartawan dan seorang jurukamera dari Astro Awani, dilaporkan berada di atas kapal itu dan nasib mereka masih tidak diketahui. Bernama |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |















Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.