Rabu, 30 Jun 2010

Anak Cucu Nabi Adam

Anak Cucu Nabi Adam


Apa nak jadi dengan anak Mahathir ni?

Posted: 30 Jun 2010 04:15 AM PDT

Setelah UMNO meluluskan lesen judi. Kini ia mulakan kembali berita pengganas tempatan yang bertopengkan agama. Ini benda basi. Dulu UMNO sudah bikin cerita Al-Maunah. Sekarang entah apa kumpulan pula. Kenapa di zaman Pak Lah tak ada cerita dongeng ni?

Jangan kerana UMNO marahkan PAS, mereka terus bikin cerita pengganas II ini. Liwat II sudah ada. Insaflah UMNO. Khususnya Mahathir, kamu sudah tua.

Sekejap halalkan judi, sekejap tolong orang Palestin, sekejap guna APCO, sekejap anak meniaga arak, sekejap anak jual minyak sawit pada Israel. Apakah kamu ini wira Freemason gerakan bertopengkan Islam?

Mana kamu dapat idea menuduh Anwar meliwat?

Daripada idea Mazhar anak kamukah?

Cari-cari di Internet, bau dia macam gay? Makan ayam terlebihkah atau pun Google dah salah orang?

Aku hanya pastekan link kalau korang nak tengok, korang kliklah sendiri. Malas aku nak paste gambar2 kat blog aku ni. Buat menyemak jer.

http://www.youtube.com/watch?v=6w5Ymv2U30Q
http://profiles.friendster.com/285155
http://www.myspace.com/mazhar
http://www.facebook.com/mazhar84
http://viewmorepics.myspace.com/index.cfm?fuseaction=viewTaggedPhoto&friendID=125206627&imageUserID=6341041&imageID=63308092
http://viewmorepics.myspace.com/index.cfm?fuseaction=viewImage&friendID=6341041&albumID=247095&imageID=63308092
http://www.google.com.my/search?q=mazhar+mahathir&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a
http://www.myspace.com/mazhar

http://profiles.friendster.com/285155

Saya jamin lepas ini Mazhar Mahathir akan ikut jejak Ashman Najib iaitulah memadam semua butiran dirinya di Internet.Saya nampak trend UMNO sekarang ialah ingin memeluk syaitan terus. Tiada helah lagi nampaknya.



Ia seperti para penyanyi yang menggunakan puak-puak Illuminati untuk berjaya. Seperti Lady Gaga, Madonna, Jay-Z, Chris Brown dan lain-lain. Mereka secara terang bersekongkol dengan syaitan.

~http://hanief.blogspot.com/2010/06/anak-mahathir-gay-mazhar-mahathir.html~

Bertasbih Tapi Menghalal Yang Haram?

Posted: 30 Jun 2010 04:10 AM PDT

Di antara perkara yang sangat-sangat menggembirakan saya ialah apabila pimpinan PAS yang tidak mempunyai latar pendidikan agama yang tinggi (termasuk yang tidak berpendidikan formal dalam bidang agama) telah menunjukkan kemampuan dalam menghurai sesuatu dalam konteks Islam dengan begitu baik. Yakin sungguh di hati kecil saya, inilah kesan daripada perjuangan PAS yang dipimpin golongan ulama'.

Hasilnya, golongan dilihat telah mampu memahami dan menghuraikan aspek kehidupan dari perspektif Islam dengan jelas. Ia merupakan hasil didikan dan tarbiyah yang diperolehi di dalam PAS. Berbeza dengan UMNO yang dilihat membekukan golongan ulama'. Jika tidak, mana mungkin sesuatu yang haram seperti judi, boleh dilesenkan sebagai halal.

Saya menyentuh begini kerana ada peristiwa menarik hati saya sewaktu penggulungan perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan tempoh hari (9 Rejab 1431/22 Jun 2010). Ia adalah sidang kali ke-2 bagi tempoh penggal ketiga DUN Kelantan yang Ke- 12.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS menghuraikan falsafah solat begitu tepat sekali, walaupun tidak mendapat pendidikan agama yang tinggi secara formal. Jika boleh saya nukilkan kembali bagaimana YB Haji Zulkifli Mamat (Pulai Chondong) menyebut betapa peliknya sesetengah Muslim yang sewaktu rukuk dan sujudnya menyebut tasbih meninggikan Allah SWT, tetapi di dalam masa yang sama menyokong judi dihalalkan.

Tidakkah terdetik di hati kecil mereka betapa salahnya apa yang mereka lakukan. Dahi sujud kepada Allah membisik tasbih, memuji Allah SWT dengan mengaku bahawa Allah SWT yang Maha Tinggi, tetapi di luar solat mengangkat tangan bersetuju dengan judi. Tidakkah terdetik rasa malu kepada Allah SWT?

Saya ingin menambah dalam coretan ringkas ini. Sebenarnya Kerajaan UMNO/BN melesenkan judi untuk meraih pendapatan yang lebih. Dalam erti kata lain untuk mendapat kemakmuran. Sedar atau tidak, persoalan kemakmuran telah disebut jelas oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

Jika saya diberi peluang berkuliah kepada pimpinan UMNO, ingin sekali saya membaca ayat daripada Surah Al A'raf, ayat 96 yang bermaksud:

"...Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka segala macam berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya..."

Sudikah kiranya pemimpin UMNO yang beragama Islam mengambil sedetik dua masa untuk menelaah ayat ini? Jika sudi, perhatikanlah bagaimana janji Allah untuk melimpahkan segala macam berkat hanya apabila manusia beriman dan bertakwa.

Kemakmuran ialah satu keberkatan. Kemakmuran bukannlah bermakna kemewahan semata-mata. Hidup kaya raya tetapi hati susah bukan makmur namanya. Negara mendapat pendapatan yang lebih, tetapi kesan terhadap sosial dan kehidupan rakyat jelata begitu teruk.

Itu bukan makmur namanya. Sedangkan kami di Kelantan percaya bahawa keberkatan itu ada kaitan erat dengan ketakwaan kepada Allah SWT, dan atas asas inilah kami memperkenalkan dasar Membangun Bersama Islam yang berteraskan prinsip Ubidiah, Masuliah dan Itqan.

Sayangnya, pimpinan UMNO pada hemat saya gagal atau langsung tidak mahu memahami ayat al-Quran di atas. Barangkali, jika masih ada golongan ulama' yang berminat mahu berada di dalam kubang UMNO, saya hanya mampu untuk bersimpati.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Mursyidul Am PAS

Pandangan Prof Aziz Bari Kes Tian Chua

Posted: 30 Jun 2010 04:08 AM PDT

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang mengekalkan hukuman ke atas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua telah menimbulkan kontroversi.

Ia menjadi perdebatan ramai ekoran keputusan mahkamah mengenakan denda RM2,000 ke atasnya selepas didapati bersalah mengigit seorang penjawat awam yang bertugas.

Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, menjelaskan kelayakan seorang ahli Parlimen gugur jika beliau dihukum penjara melebihi setahun atau didenda melebihi RM2,000 dan tidak mendapat keampunan.

Bagi menjelaskan kontroversi ini, TARMIZI MOHD JAM mendapatkan pengamatan pakar perlembagaan, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berkenaan simpang-siur isu ini.

Apa pandangan profesor terhadap kedudukan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu?

PROF. DR ABDUL AZIZ BARI: Saya fikir isu ini mudah dan tidak sepatutnya menjadi perbahasan. Kalau kita lihat undang-undang ia cukup jelas di mana Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 48(1)(e) jelas menyebut bahawa Tian Chua hilang kelayakan kerana beliau telah disabitkan dengan satu kesalahan dan dihukum denda tidak kurang daripada RM2,000. Dalam kes ini, Tian Chua didenda RM2,000 jadi apa yang tidak jelas?

Saya setuju dengan pandangan yang sama yang dinyatakan oleh YB Karpal Singh dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Dato' NH Chan. Malaysia menjadi bahan ketawa dunia kerana bertengkar dalam soal yang cukup jelas. Orang biasa yang tak belajar undang-undang pun tahu maksud "tidak kurang daripada dua ribu". Apa yang hendak dibelit lagi?

Kalau begitu apa yang jadi kelam kabut dan timbul macam-macam pandangan tentang sama ada Tian Chua masih atau telah terbatal kedudukannya sebagai ahli parlimen?

Saya rasa kita tahu kenapa jadi begitu. Kita tahu kenapa Tian Chua diseret ke mahkamah dan disabitkan. Tetapi selepas kekalahan di kubu mereka di Sibu, Barisan Nasional (BN) jadi takut.

Kita boleh faham kenapa SPR sendiri dengan tiba-tiba macam tidak begitu berminat mengadakan pilihan raya. Dan saya sendiri pelik kenapa soal mengelakkan pilihan raya kecil disebut oleh Hakim Dato' Ghazali Cha.

Apakah Profesor menganggap kenyataan hakim berkenaan tidak betul?

Saya tidak fikir hakim berkenaan patut berkata begitu. Kita kena sedar bahawa kes Tian Chua ialah kes jenayah dan dengan itu ia perlu ditangani mengikut undang-undang jenayah. Kalau beliau bersalah beliau perlu dihukum mengikut undang-undang.

Pada saya hakim tidak perlu mengambilkira kesan hukuman itu; itu pertimbangan politik bukan undang-undang. Macam juga kes Bung Mukhtar yang berpoligami tanpa kebenaran. Hukumlah mengikut undang-undang yang berkenaan. Jangan kaitkan benda yang tidak relevan.

Dan saya amat prihatin dengan kenyataan YB Tian Chua yang menyebut bahawa Hakim Mahkamah Tinggi tidak melayan hujahnya yang mahukan keterangan yang diterima oleh majisteret dalam mensabitkan dirinya. Ini cukup penting bagi saya; yakni sama ada benar Tian Chua menggigit anggota polis berkenaan sebagaimana yang dituduh atau sebaliknya.

Mengandaikan Profesor menjadi hakim dalam kes Tian Chua ini, apa yang akan Profesor akan lakukan?

Kalau saya duduk di situ, saya akan timbangkan hujah Tian Chua yang mempertikaikan bukti-bukti yang diterima dalam mensabitkan beliau. Kalau majisteret itu betul, kekalkan hukuman yang dikenakan ke atas Tian Chua. Kalau tidak batalkan keputusan majisteret itu dan bebaskan Tian Chua. Apa kaitan dan relevannya soal pilihan raya kecil?

Di sinilah kesalahan hakim mahkamah tinggi itu. Mungkin dia tidak baca dengan teliti peruntukan perlembagaan tadi walaupun beliau hendak mengelakkan pilihan raya kecil. Apa pun saya sudah katakan tadi, ini tak betul kerana tak ada kaitan.

Kalau Tian Chua bersalah dia perlu dihukum; soal sama ada pilihan raya kecil perlu diadakan atau tidak tidak ada kaitan. Kerana kesilapan hakim itu seluruh negara jadi kelam kabut sebab isu yang kecil ini. Kita semua jadi bodoh kerana membincangkan satu benda yang cukup jelas; yang tidak ada keraguan.

Apa yang menyebabkan kelam kabut ini timbul?

Pada saya mudah sahaja. Inilah yang berlaku apabila kehakiman sudah tidak bebas. Walaupun ada pihak yang akan menafikan, kita tahu, berdasarkan kes-kes yang dibawa ke mahkamah, undang-undang dibaca dengan pelik dan ganjil.

Saya tidak fikir kita tidak tahu mengapa Tian Chua dibawa ke mahkamah. Dan kita tahu mengapa beliau disabitkan atas keterangan yang begitu dipersoalkan. Saya tak nampak logiknya Tian Chua menggigit anggota polis. Lainlah kalau kita memang anti Tian Chua dan sentiasa mencari jalan untuk membatalkan kerusi parlimen yang disandangnya.

Profesor menyebut kehakiman yang tidak bebas; boleh huraikan lebih lanjut khususnya dalam konteks kes Tian Chua ini.

Pertama bebas atau tidak itu adalah soal tanggapan, soal persepsi. Tetapi ini kita rumuskan berdasarkan apa yang berlaku di depan mata kita. Dalam kes Tian Chua ini seperti yang saya katakan tadi ia perlu diputuskan berdasarkan undang-undang; khususnya undang-undang jenayah dan undang-undang keterangan.

Bukan kerja hakim untuk mengatakan bahawa pilihan raya kecil patut diadakan atau tidak. Hakim patut mengelakkan dari dari meletakkan mahkamah dalam kontroversi. Sekarang ini kita lihat ada dua aliran; yang pertama kes-kes diputuskan dengan cara membaca undang-undang melalui cara yang ganjil dan luar biasa dan yang kedua kita lihat hasil akhirnya sering memihak kepada Barisan Nasional (BN). Saya tak fikir ini satu kebetulan. Semacam ada sesuatu yang dirancang. Apalagi bila undang-undang tidak dibaca dengan betul.

~Kerabu~

Mengapa Jemaah Anak Muda Menentang Umno?

Posted: 30 Jun 2010 04:03 AM PDT

~Pemuda PAS Pjs~

Selepas muzakarah ilmu dengan pelajar2 Malaysia seluruh alam dan anak-anak muda di Malaysia.
HEBAHAN INI DIPERCAYAI AKAN MENGAKIBATKAN KECEDERAAN TERUK DI DALAM LOKAP , NAMUN KAMI SANGGUP CEDERA UNTUK ISLAM DAN KEBENARAN)

ABSTRAK/TEORI

Fenomena politik dan pelaksanaannya di dalam UMNO

-Terlalu banyak fenomena namun kenyataannya adalah insiden2 terbaru dan kita lihat perjalannya sama..dan rentak tarinya sama.

Insiden pertama - 2 Orang wakil rakyat PKR dituduh Rasuah --- Fakta

- Seterusnya 2 Orang wakil PKR yang diruduh rasuah melompat meyokong UMNO
- Akhirnnya Kes itu selesai

Insiden Kedua - pada bulan Mac 2010 Fathul Bari Mat Jahya telah ditangkap oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan dan polis kerana mengajar di N.Sembilan tanpa tauliah
- Seterusnya Seorang lagi ulama Fathul Bari Mat Jahya, 29, berkata langkah mereka menganggotai Umno itu berikutan janji Umno untuk memastikan pihak ilmuan dapat meneruskan kerja-kerja dakwah mereka.
- Akhirnya adakah kes itu akan diselesaikan

KONSPIRASI

Sebelum ini banyak lagi kes2 besar yang berpunca dari orang dalam UMNO masih belum dapat diselesaikan diantaranya

1) Kes Percaturan hakim (Video Lingam..corect3x)
2) Kes Pembunuhan Model Altantuya
3) Kes Penyerahan Blok Minyak Kepada Brunei
4) Lagi dan lagi

SKANDAL

Undang-undang di malaysia adalah petunjuk keharmonian dan ketelusan kepimpinan Kerajaan sendiri , Namun undang-undang bukanlah milik mutlak Perdana Menteri atau sesiapa sahaja di Malaysia.

Namun mengapa setelah beberapa individu telah diselamatkan dari hukuman setelah menyertai umno?

Apa yang Rakyat ingin tahu , Jika Hakim sendiri yang diberikan kuasa untuk menjatuhkan hukuman di aturkan (lihat Video Lingam)

Adakah undang2 dimiliki oleh seseorang?

ULAMA MUDA MASUK UMNO

Kita sedia maklum , usaha yang baik patut disokong, namun kita sangsi dengan cara ulama' itu memasuki umno, Setelah ditangkap mengajar tanpa tauliah pada bulan 3 dan pada bulan 6 menyertai umno...Yang mana undang2 paling besar?..mengajar tanpa tauliah atau bekerjasama dengan umno?

MANGSA

Kita lihat releven : Anwar ibrahim , kepala besar di dalam ABIM , penggerak Anak Muda Cintakan Islam , masuk umno untukmemperbaiki umno dari dalam , Akhirnya? lihat sini < v="Nw2l_GSV-qA">

Dr masyitah , Penceramah bebas ..masuk umno untuk menjadi wakil rakyat akhirnya mengeluarkan kenyataan yang menguntungkan umno dalam bab hudud dengan menjual prinsipnya sebagai penceramah dan pensyarah yang disegani dengan mengeluarkan kenyataan menghina hukum Allah disini < v="SmGoTY4TB2g">

PERSEPSI

UMNO kini mencipta persepsi , dan mengadakan rebranding dalam pelbagai peringkat walaupun ianya adalah kosmetik namun usaha ini harus berjalan , kerana persepsi akan mendatangkan imej yang melonjak kerana persepsi lebih luas keuntungannya.

PENASIHAT UTAMA NEGARA

Kita sedia maklum bahawa sultan ialah Payung negara Pemegang Rasmi Mohor Islam dan Bapa kepada seluruh anak-anak melayu

Namun adakah kita menyangkal kenyataan ini? <> disini < id="782">

MENGAPA KAMI ANAK-ANAK MUDA MENENTANG UMNO?

JAWAPANNYA SEMUA DIATAS! DAN JIKA ANAK -ANAK MUDA ATAU ANAK -ANAK TUA MASIH MENYOKONG UMNO , ANDA ADALAH ORANG PALING BERUNTUNG SELAGI UMNO MASIH HIDUP!

Tahan Ka Siong bawah ISA

Posted: 30 Jun 2010 04:02 AM PDT

Edisi sulung akhbar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dilihat bermula 'garang' dengan tajuk muka depannya berjudul "Tahan Ka Siong bawah ISA: Didesak minta maaf atau letak jawatan".

Dengan terbitnya Suara Perkasa, hasrat NGO itu untuk memilik akhbar sendiri menjadi kenyataan apabila akhbar yang memfokuskan suara NGO Melayu itu akan berada dalam pasaran mulai esok.

Timbalan presiden PERKASA, Datuk Abdul Rahman A Bakar berkata akhbar bersaiz tabloid dua kali sebulan itu akan menjadi wadah bagi mengetengahkan masalah dan kepentingan Melayu selaras dengan matlamat perjuangan mereka.

"Ia bukan seperti akhbar politik," katanya dalam sidang media di pejabat akhbar itu di Danau Kota, Kuala Lumpur.

Buat permulaan sebanyak 25,000 dicetak dan diedarkan di seluruh Malaysia. Ia dijual dengan harga RM2 di semenanjung dan RM2.50 di Sabah dan Sarawak.

~MK~

Abdullah tolak bina jambatan

Posted: 30 Jun 2010 04:01 AM PDT

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tampil sebagai pelindung kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang menerima kritikan berhubung pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor.

Sokongan itu timbul ketika Najib berhadapan dengan label "perdana menteri flip-flop" berhubung kegagalannya meneruskan pembinaan jambatan berkenaan, serta tindakannya membatalkan pemberian lesen judi sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd.

Dr Mahathir sebaliknya menyalahkan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana menolak cadangan pembinaan jambatan tersebut. Dalam coretan di blognya hari ini, Dr Mahathir turut mengemukakan persoalan sama ada Najib terikat dengan janji yang dibuat oleh 'PM kelima' itu.

"Yang menolak pembinaan jambatan ini hanyalah perdana menteri kelima (Abdullah) yang mendakwa rakyat Johor tidak mahu jambatan ini.

"(Sedangkan) tiga hari sebelum kenyataan ini dibuat, timbalan perdana menteri ketika itu, iaitu perdana menteri ketika ini, telah mengesahkan bahawa jambatan berkenaan tetap akan dibina," katanya.

Mahathir juga berkata, persoalan ini ditimbulkannya memandangkan rakyat tertanya-tanya mengapakah "Najib yang penuh berkuasa tidak sanggup meneruskan pembinaan jambatan ini."

"Apakah beliau terikat janji dengan perdana menteri kelima (Abdullah)? Apakah status janji ini?," soalnya.

Dr Mahathir juga mendakwa al-Marhum Sultan Johor Sultan Iskandar bersetuju supaya tambak berkenaan digantikan dan perkara itu disokong oleh seluruh rakyat Johor "kecuali seorang."

"Demikian juga saya tidak dengar bantahan oleh rakyat Malaysia terhadap projek jambatan mengganti tambak Johor ini," katanya lagi.

Tambahnya, bekas perdana menteri Singapura Goh Chok Tong juga menyetujui cadangan itu, melalui satu surat yang diterbitkan dalam sebuah buku berjudul "Water Talks - If Only It Could."

"Goh tidak membantah pembinaan jambatan di perairan Malaysia jika itu dikehendaki oleh kerajaan Malaysia," tulisnya lagi.

~MK~

Tiada keputusan status permit Suara Keadilan

Posted: 30 Jun 2010 04:00 AM PDT

Keputusan status permit akhbar PKR - Suara Keadilan akan diproses pada mesyuarat panel 13 anggota jawatankuasa mengkaji dan menilai permohonan permit penerbitan media cetak.

Bercakap pada sidang media di Putrajaya, Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian Dalam Negeri Datuk Zaitun Samad berkata semua penerbitan media cetak di negara ini tertakluk pada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

"Kami telah mendapat jawapan kepada surat kami bertarikh 28 Jun memohon penjelasan berhubung artikel mengenai Felda dan kita akan mengkajinya.

"Tetapi masih ada masa. Mereka akan hanya menerbitkan edisi seterusnya pada pertengahan Julai," katanya.

Suara Keadilan telah mendapat permit surat berita parti politik dari KDN pada 2007 dan pernah digantung selama tiga bulan pada 2008.

Minggu lalu, Suara Keadilan diberikan surat tunjuk sebab berhubung artikelnya yang mendakwa Felda bankrap.


Menurut Zaitun, permit akhbar Suara Keadilan tidak akan digantung selagi KDN belum mempertimbangkan penjelasan yang dikemukakan oleh akhbar berkenaan.

Katanya, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat panel permit penerbitan yang diadakan dua kali seminggu dan dipengerusikan oleh ketua setiausaha, kementerian itu, Datuk Mahmood Adam.

Zaitun berkata pihaknya juga sudah menerima sepucuk surat daripada peguam Suara Keadilan berhubung tiga surat yang dihantar sebelum 28 Jun.

Semalam, ketua pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib memberitahu Malaysiakini peguam berkenaan memohon tiga salinan surat daripada kementerian yang didakwa belum diterima.

~MK~

Dewan Rakyat tolak usul tergempar Scorpene

Posted: 30 Jun 2010 03:59 AM PDT

Speaker Pandikar Amin Mulia hari ini mendedahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan bahawa RM575 juta komisyen dibayar kepada Abdul Razak Baginda sebagai sebahagian daripada pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis.

Dalam jawapan bertulis kepada William Leong (PKR-Selayang), yang mengemukakan usul kepada Pandikar (kiri) semalam supaya Dewan Rakyat membincangkan perkara itu, Speaker berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa SPRM sedang menyiasatnya.

Atas sebab tersebut, isu berkenaan adalah tidak mendesak untuk dibincangkan oleh Dewan Rakyat, tegas Pandikar dalam suratnya kepada Leong untuk memaklumkan usulnya itu telah ditolak.

Kerajaan telah membayar sejumlah RM6.7 bilion untuk membeli kapal selam buatan Perancis itu.

Daripada jumlah keseluruhan, RM574.8 juta pergi kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki Abdul Razak, seorang teman karib Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Najib merupakan menteri pertahanan sewaktu urusniaga tersebut.

Kerajaan telah menafikan komisyen dibayar dalam urusan pembelian kapal selam tersebut, dengan menegaskan bahawa jumlah itu - yang merupakan 10 peratus daripada harga keseluruhan kapal selam berkenaan yang berjumlah RM4.85 bilion - adalah untuk perkhidmatan sokongan dan penyelarasan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pembayaran tersebut juga kini sedang disiasat pihak berkuasa Perancis kerana "komisyen" seumpama itu adalah salah di bawah undang-undang Perancis.

Dalam suratnya kepada Pandikar, Leong (kanan) berkata isu tersebut telah menarik perhatian media asing kerana wujudnya dakwaan bahawa Najib terlibat dalam isu tersebut.

Sampai hari ini, tambahnya, tidak satu pun pihak berkuasa yang mengambil tindakan untuk menyiasat skandal itu.

Malah, katanya, seorang jurucakap pejabat perdana menteri telah menyatakan bahawa 'tidak ada kes' terhadap skandal tersebut.

~MK~

Dakwaan empayar RM3b

Posted: 30 Jun 2010 03:57 AM PDT

Tiga rakyat Sarawak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa oleh ketua menterinya Tan Sri Taib Mahmud.

Tiga pengadu itu - John Brian Anthony, Ting Cek Ming dan Kung Chin Chin menggesa suruhanjaya itu menyiasat 'empayar' perniagaan Taib dan keluarganya yang didakwa bernilai 'lebih RM3 bilion' berdasarkan apa yang dilaporkan di blog sarawakreport.org.

Aduan dibuat kepada pegawai kanan SPRM, Ranjit Singh.

Ini adalah aduan kedua yang dibuat berhubung perkara yang sama. Aduan pertama dibuat kepada SPRM di Kuching, semalam oleh Ahmad Nazib Johari.

Menurut seorang daripada pengadu itu, Ting Chek Ming, proses membuat aduan berjalan lancar berbanding minggu lalu apabila beliau bersama Ahmad Nazib dan James Wong cuba mengemukakan aduan mereka.

"Kali ini, kami datang dengan salinan laporan yang ditaip dan pegawai SPRM menandatangani mengesahkan penerimaan aduan berkenaan di salinan kami bagi memastikan tiad ada perubahaan dibuat terhadap aduan itu," katanya.

Minggu lalu, Ting, Wong dan Ahmad Nazib terpaksa menarik balik laporan mereka kerana mendakwa pihak SPRM di Shah Alam enggan memberikan salinan aduan yang ditulis dengan tangan.

Hadir bersama menemani ketiga-tiga mereka membuat aduan hari ini adalah pemimpin wanita PKR, Rozaini Mohd Rosli bagi menzahirkan sokongan Pakatan Rakyat berhubung isu berkenaan.
Ketiga-tiga pengadu berkenaan dinasihatkan bahawa mereka mungkin akan dipanggil kemudian bagi memberikan kenyataan terhadap apa yang diistilahkan oleh suruhanjaya itu sebagai 'kes besar'.

"Kami diberi jaminan yang SPRM akan menyiasat kes itu dan dinasihatkan menulis kepada Pengarah Siasatan bagi mendapatkan perkembangannya," kata Ting.

Sarawakreport.org mendakwa Taib dan keluarganya mempunyai empayar perniagaan antarabangsa, termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang disangsikan.

Blog, yang dikendalikan oleh "rakyat prihatin' itu juga mempersoalkan pembabitan keluarga Taib dalam konglomerate terbesar negeri itu - Cahaya Mata Sarawak.

Ia juga mendakwa 85 peratus saham CMS dimiliki oleh Taib dan keluarganya serta rakan-rakan karib mereka ketika syarikat berkaitan kerajaan itu diswastakan yang menimbulkan dakwaan salah guna kuasa.

~MK~

SPRM tak jadi wawancara PI Bala di London

Posted: 30 Jun 2010 03:03 AM PDT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan merakam kenyataan penyiasat persendirian P Balasubramaniam di London.

Sebaliknya, SPRM akan menghantar soalan kepada Balasubramaniam dan meminta saksi tersebut menjawab dalam bentuk affidavit, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull.

"Kita akan menulis kepada peguam saksi berkenaan esok, untuk memaklumkan keputusan tersebut, dan untuk mengemukakan soalan-soalannya," katanya.

Shukri berkata langkah tersebut diambil atas nasihat Pejabat Peguam Negara, dengan mengambil kira kes Tan Sri Eric Chia di mana satu kenyataan saksi yang dirakam di luar negeri, tidak diterima sebagai bahan bukti dalam kes rasuah tersebut.


Menurut pengarah undang-undang dan pendakwaan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa pula, keputusan untuk tidak merakam kenyataan Balasubramaniam itu juga mengambilkira keputusan terhadap keterangan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand dalam inkues kematian Tan Hock Beng.

"Dalam kes Eric Chia, kami mempunyai kenyataan yang dirakamkan dalam kamar majistret di luar negeri, tetapi ia tidak dapat diterima. Kami tidak mahu usaha kami menjadi sia-sia," katanya.

'Bala bukan musuh kami'

Ketika ditanya, beliau mengakui afidavit tersebut mungkin tidak banyak membantu kes berkenaan jika Balasubramaniam tidak tampil memberi keterangan di mahkamah.


Katanya, menurut Seksyen 30 (1) (c) Akta SPRM 2009, sesuatu
afidavit diterima di mahkamah, tetapi berat bukti itu boleh dipersoalkan jika ia tidak boleh disoal-balas.

Shukri berkata kerana itulah SPRM meminta Balasubramaniam (kanan) memberikan pernyataan di Malaysia dan memberi keterangan di mahkamah.

SPRM telah merakam kenyataan "sebahagian besar saksi" dan kenyataan penyiasat persendirian itu sangat penting untuk kes berkenaan, katanya.

Menurutnya, SPRM memerlukan kenyataan Balasubramaniam untuk membantu siasatannya.

"Beliau bukan musuh kami dan begitu juga kami bukan musuhnya. Kami menjangka kita perlu merakamkan kenyataan dari lebih ramai lagi saksi, berasaskan kepada afidavit beliau."

Ditanya mengapa SPRM mengambil masa yang begitu lama untuk membuat keputusan mengenai wawancara dengan Balasubramaniam itu, Shukri berkata, lebih baik ianya dilakukan perlahan-lahan supaya usaha semua pihak, tidak menjadi sia-sia."

Sebelum ini, SPRM bersetuju untuk merakam kenyataan Balasubramaniam di Holiday Villa di London dari 5 hingga 7 Julai.

~MK~

ADUN PKR nafi laporan letak jawatan

Posted: 30 Jun 2010 03:02 AM PDT

ADUN Taman Medan, Haniza Mohamed Talha kesal kerana namanya telah disenaraikan sebagai salah seorang daripada empat ADUN PKR Selangor yang akan mengosongkan kerusi, kononnya kerana membantah kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

"Selain saya, YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), YB Amirudin Shari (Batu Caves), dan YB Shuhaimi Hj Shafiei (Sri Muda) juga turut dikaitkan dengan isu ini.

"Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Pandangan ini turut dikongsi tiga rakan YB saya yang turut dikaitkan dengan isu ini.

"Penyebaran berita palsu ini menggambarkan begitu terdesaknya pihak musuh yang cuba menimbulkan kekacauan dan keraguan dalam kerajaan Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebaliknya, katanya, beliau meyokong penuh kepimpinan Abdul Khalid sebagai menteri besar Selangor.

"Beliau merupakan seorang yang banyak berjasa kepada negeri Selangor dari segi ekonomi, pembangunan dan kebajikan rakyat negeri Selangor.

"Peralihan Majlis Pimpinan Negeri Selangor merupakan satu langkah yang baik bagi membolehkan Tan Sri Khalid Ibrahim memberi tumpuan yang penuh kepada pentadbiran negeri," tambahnya.

Sehubungan itu, Haniza menegaskan taat setianya dan menambah bahawa beliau tidak akan mengkhianati perjuangan rakyat didokongnya.

"Saya minta seluruh pendokong perjuangan rakyat supaya tidak mempercayai berita palsu ini," katanya.

~MK~

SPRM panggil dua Adun PKR

Posted: 30 Jun 2010 03:00 AM PDT

Kerajaan negeri Selangor menyifatkan langkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil dua Adun PKR Selangor untuk memberikan keterangan sebagai satu lagi serangan baru kepada mereka.

Pengarah Penerangan kerajaan negeri Selangor yang baru dilantik, Badrul Amin Baharom dalam kenyataannya berkata, SPRM telah mengeluarkan notis pemeriksaan kepada dua orang ADUN Pakatan Rakyat Selangor untuk hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM, Putrajaya esok.

Surat dikeluarkan kepada ADUN Batu Caves Amirudin Shari dan ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie pada Isnin lalu mengarahkan kedua-dua mereka untuk bantu siasat di bawah kesalahan 17(A) Akta SPRM.

"Kami yakin langkah SPRM ini ketika spekulasi berkenaan empat ADUN Parti Keadilan Rakyat akan meninggalkan parti baru-baru ini merupakan satu lagi serangan baru daripada siri percubaan untuk menjatuhkan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Kami juga tidak menyangkal kemungkinan SPRM dipergunakan untuk menjayakan agenda Umno-Barisan Nasional merampas kuasa pentadbiran Selangor, sepertimana berlaku dalam insiden rampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2009.

"Kami menggesa SRPM professional dalam menjalankan tugas dengan turut menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin Barisan Nasional yang terang-terang melakukan rasuah seperti bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Badrul, kedua-dua ADUN itu akan hadir bersama peguam masing-masing ke Pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 3 petang esok (1 Julai) untuk memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pihak SPRM.

~harakah~

Azmin tidak ghairah jadi MB Selangor

Posted: 30 Jun 2010 02:59 AM PDT

NAIB Presiden KeADILan, Mohamed Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihak tertentu bahawa beliau 'budak jahat' yang mahukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan.

Tegas Azmin, beliau menyokong penuh Khalid sebagai MB Selangor dan sekarang ini bukan masanya untuk Khalid diarahkan meletakkan jawatan.

"Semasa diretreat (pemukiman) KeADILan, saya duduk di sebelah Tan Sri (Khalid), saya katakan dengan jelas kepada semua yang hadir, ya memang saya ada masalah dengan Tan Sri, tetapi saya tidak sekali-kali mahu merampas jawatan beliau.

"Malah dengan jelas saya tawarkan kepada parti, saya sanggup melepaskan jawatan Adun Bukit Antarabangsa, supaya dengan itu tiada lagi spekulasi bahawa saya mahu merebut jawatan MB," tegasnya.

Begitulah penegasan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, kepada penulis ketika kami sembang-sembang di Parlimen, 29 Jun lepas.

Azmin jelas menunjukkan kekecewaan beliau, terhadap sesetengah pihak sama ada blogger dalam KeADILan dan pucuk kepimpinan tertentu yang sengaja 'mislead' dan memperbesar-besarkan isu jawatan MB.

Menurut Azmin, sebagai Naib Presiden parti, suatu jawatan kanan yang disandang, beliau berhak untuk membuat teguran dan kritikan kepada mana-mana pihak, khususnya pemegang-pemegang jawatan dalam kerajaan negeri.

"Yang saya mahu ialah mereka 'deliver' untuk kepentingan parti dan rakyat, bukan saya mengkritik kerana hendak merebut jawatan.

"Saya tidak gila kuasa, malah saya tegaskan kepada Ketua Umum (Dato' Seri Anwar Ibrahim), saya meletakkan jawatan sebagai Pengarah PKNS atas dasar prinsip, saya tidak gila kuasa, saya tidak gila untuk jadi MB," katanya bersungguh-sungguh.

Merujuk kepada jawatan Pengerusi Perhubungan KeADILan Selangor, menurut Azmin, dalam retreat tersebut beliau dengan tegas menolak jawatan itu.

"Tetapi ini arahan Ketua Umum, arahan parti, saya akur walaupun berat hati saya hendak menerimanya," ujar beliau.

Masalah yang timbul di antara Azmin dengan Khalid digembar gemburkan oleh media, sebagai menunjukkan keretakan dalaman KeADILan yang serius.

Mahupun Azmin ataupun Khalid, tidak menafikan wujudnya perbezaan dalam isu-isu tertentu, tetapi ia hanya membabitkan perbezaan pendekatan, bagaimana yang terbaik untuk memperkukuhkan imej Pakatan Rakyat di mata rakyat.

Keputusan yang dibuat oleh Anwar dengan mengkhususkan tugasan Khalid sebagai MB Selangor, Azmin sebagai pengerusi negeri dan pengerusi Wilayah Persekutuan yang disandang Azmin kepada Dato' Zaid Ibrahim sebagai suatu penyelesaian yang terbaik.

Penganalisis berpendapat isu terbabit dapat diselesaikan dengan lunak dan masing-masing yang didakwa bertelagah, mempunyai tugas dan peranan khusus dan seharusnya lebih fokus.

Dakwaan pertelagahan dalaman KeADILan ini menarik minat bekas MB Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo untuk memberi komen, kononnya ia bukanlah suatu penyelesaian kerana dakwanya, KeADILan ada tiga nakhoda di negeri tersebut.

Khir mendakwa perjalanan parti dan kerajaan tidak dapat berjalan dengan baik kerana wujud individu yang berbeza atas jawatan utama di negeri.

"Buat apa kita hendak ikut Umno, memang kerja depa (mereka) kuasai pengerusi negeri dan kerajaan negeri. Ini pemusatan kuasa yang akan melahirkan diktator sahaja," tegas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Mohd Yusof.

Tegasnya, dalam KeADILan tidak akan wujud diktator kerana mereka menjalankan pentadbiran secara pemuafakatan.

"Khir Toyo tidak payah pertikai Pakatan Rakyat, dia di Selangor pun banyak masalah dalaman Umno yang kelam-kelibut," ujarnya.

Isu ini juga menarik perhatian Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

"Apa masalahnya wujud perbezaan jawatan MB dengan pengerusi negeri? Dalam PAS pun semasa kita perintah Perak, MB Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, manakala Pengerusi Perhubungan PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang.

"Buat apa kita hendak mengikut cara Umno-BN?" ujarnya. Dengan tegas Ahli Parlimen Shah Alam itu mempertegaskan sokongan PAS untuk terus memperkukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Apa pun keadaan yang berlaku, nampaknya Umno-Barisan Nasional tidak akan henti-henti membuat serangan untuk menjatuhkan kredibiliti Pakatan Rakyat, khususnya parti KeADILan.

KeADILan, khususnya yang menerajui Kerajaan Negeri Selangor, seharusnya berusaha mengelakkan isu-isu sebegini timbul kerana ianya amat merimaskan rakyat yang menyokong kita.

Abdul Khalid harus lebih fokus dan mesti melaksanakan keputusan yang diarahkan parti, supaya kerajaan negeri ditadbir mengikut acuan Pakatan Rakyat.

Azmin harus lebih berhati-hati, supaya selepas ini sebarang tindakan dan kenyataan beliau, tidak dilihat sebagai suatu penentangan ke atas kepimpinan Khalid.

Dan, terutama sekali Anwar harus melihat isu-isu yang berlaku sebegini, boleh menggugat persepsi rakyat terhadap kepimpinannya, yang mungkin menjejaskan peluang Pakatan Rakyat di peringkat Persekutuan.

Yang lebih penting, Anwar dan KeADILan sendiri, harus lebih sedar, bahawa banyak lagi 'peluru berpandu' akan dilepaskan Umno-BN menjelang PRU ke-13 nanti.

Kita seharus lebih berhati-hati, supaya hasrat kita untuk memerintah negara selepas PRU ke-13, menjadi realiti bukannya 'mimpi yang tak sudah'.

~harakah~

Macam ada agen asing dalam kabinet Najib

Posted: 30 Jun 2010 02:58 AM PDT

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar membuat andaian bahawa kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seakan turut disertai oleh agen asing, sama ada dari Singapura mahupun Brunei Darussalam.

Beliau membuat andaian demikian ekoran melihat insiden penyerahan dua telaga minyak, Blok L dan Blok M pada kerajaan Brunei Darussalam; serta isu penyerahan tanah KTM di Tanjong Pagar pada kerajaan Singapura yang nyata lebih merugikan kepentingan dan kedaulatan negara.
"Mesti ada yang tidak kena, seolah-olah ada agen asing tak kiralah agen Singapura atau (agen) Brunei dalam kabinet Najib, yang mendapat manfaat kewangan dalam kedua-dua rundingan ini," tegas beliau pada Harakahdaily.

Tambah Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, kalau Najib atau delegasi Malaysia bukan agen asing seperti yang beliau andaikan, sepatutnya natijah dari rundingan negara dengan Brunei dan Singapura itu sudah tentu dilihat lebih menguntungkan kepentingan negara.

"Kalau tidak, mengapa Najib sanggup setuju 40 nisbah 60 dalam membangunkan tanah bernilai tinggi di Tanjong Pagar sedangkan kita boleh bangunkan sendiri sebab itu milik mutlak kita sebelum Singapura Malaysia berpisah," beliau menambah.

"Kita pun tak tahu betulkah Limbang diserahkan pada kita kerana perkata itu tidak pernah dibentang di Parlimen tapi penyerahan kedua-dua telaga minyak ini jelas menguntungkan Brunei."

Sehubungan itu, beliau berkata, andaian peribadinya itu adalah tidak keterlaluan memandangkan Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri sebelum ini pun seakan mengaku bahawa agen Singapura benar-benar wujud dalam negara.

Ujarnya lagi, Dr. Mahathir pernah membuat andaian demikian apabila Datuk Kalimullah Maseerul Hassan yang diwar-warkan pro Singapura tiba-tiba dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Kumpulan Akhbar dalam New Strait Times Press (NSTP), empat tahun yang lalu.

Katanya lagi, beberapa media alternatif pada ketika itu pun turut dilihat bersama-sama Dr. Mahathir dengan mengaitkan NSTP yang baru disertai oleh Kalimullah bertanggungjawab dalam membocorkan maklumat keselamatan negara pada Strait Times Singapore apabila akhbar perdana Singapura itu lebih awal memasyhurkan Najib sebagai Perdana Menteri, sebelum Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Ekoran itu, beliau mencabar Najib menyangkal andaiannya dengan mendedahkan di Dewan Rakyat berhubung inti sebenar di sebalik kedua-dua rundingan yang merugikan negara dalam masa terdekat.

"Najib boleh sangkal dakwaan saya ini bahawa kebinet Najib mungkin disertai agen asing ini, tetapi dia mesti sangkal saya dengan mendedahkan inti rundingan sebenar, siapa yang terlibat dan apakah kewajaran kebinet menggadaikan kedaulatan negara pada Singapura dan Brunei dalam kedua-dua isu ini," tegas beliau sambil menganggap bahawa kedua-dua rundingan tersebut adalah tidak sah kerana tidak pernah dibahas di Parlimen.

~harakah~

TGNA sokong kerajaan PR lantik LA sendiri

Posted: 30 Jun 2010 02:56 AM PDT

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju cadangan melantik Penasihat Undang-undang sendiri bagi kerajaan Pakatan Rakyat sebagaimana yang dicadangkan sebelum ini.

Menurut Tuan Guru, perkara yang sama pernah dibincangkan sewaktu Kelantan di bawah kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah, iaitu sewaktu bergabung dengan parti Melayu Semangat 46.

"Saya tak terfikir benda ini (perkara ini) walaupun dah dibincangkan peringkat awal dahulu, tapi bila timbul semula baru saya ingat,"ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pihak lain supaya negeri-negeri Pakatan mempunyai penasihat undang-undangnya sendiri bagi menggantikan penasihat undang-Undang yang dilantik oleh Kerajaan Pusat.

Bagaimanapun kata Tuan Guru lagi, yang perlu diutamakan, bukan masalah penasihat undang-Undang sahaja, sebaliknya jiwa yang menyelubungi pemimpin kerajaan negara ini bukan dari jiwa yang adil.

"Sedangkan keadilan sebenar bukan kerana demokrasi, tapi Allah yang menyuruh kepada keadilan,"ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut mempertikaikan peranan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan walaupun PAS mentadbir negeri itu.

"Soalnya kenapa ada JPP lagi di negeri ini. Segala wang pusat datang ke Kelantan juga tidak melalui kerajaan Kelantan, macamlah kerajaan negeri hari ini tak sah.

"Tindakan berkenaan juga seolah membayangkan kerajaan korup, macam pegawai kerajaan budak kampung, bukan lulusan universiti, jadi tak faham saya mengapa jadi begini,"ujarnya.

Katanya lagi, sekiranya beliau menjadi pengerusi mana-mana mesyuarat, orang JPP tidak datang.

"Kalau setiusaha kerajaan sendiri pun buat mesyuarat JPP tak datang juga. Jadi seolah-olah kerajaan Kelantan ini kerajaan tak diiktiraf, apa erti kita adakan pilihan raya?,"soalnya lagi.

~harakah~

Tiada ulasan: