Sabtu, 19 Jun 2010

Anak Cucu Nabi Adam

Anak Cucu Nabi Adam


Umno-BN akan dilayangkan kad merah

Posted: 19 Jun 2010 03:18 AM PDT

Kehilangan tiga darjah kebesaran negeri Johor yang ditarik balik oleh Sultan Johor bukannya satu pengorbanan besar dalam perjuangan menuntut perubahaan demi memastikan Malaysia yang adil untuk semua, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Dr Chua Jui Meng.

"Ramai daripada rakan seperjuangan saya telah membuktikan keteguhan menuntut perubahaan sehingga terpaksa merengkok dalam penjara.

"Maknanya kehilangan tiga pingat bukanlah satu pengorbanan besar seperti pepatah yang berbunyi 'tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali," kata Chua pada sidang media di ibu pejabat PKR di Damansara hari ini.

Justeru, katanya dia sebenarnya amat bertuah.

"Saya yakin Umno pastinya kesal dengan tindakan mereka untuk menggangu saya. Sebaik sahaja pengumuman penarikkan tersebut, sokongan rakyat terhadap saya datang mencurah-curah terhadap saya dan Keadilan."

Muflis idea

Sokongan itu menurut Chua membuktikan bahawa rakyat juga menolak politik kebencian yang selama ini menjadi sebahagian daripada kerajaan Umno.

"Mereka (rakyat) juga menzahirkan hasrat untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN yang terbukti muflis idea untuk memacu negara ini ke hadapan," katanya.

Sehubungan itu, kata Chua, beliau akan memulang ketiga-tiga pingat yang dikurniakan oleh Almarhum Sultan Iskandar.

Ketiga-tiga pingat tersebut adalah Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ), Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) dan Pingat Ismail Sultan (PIS).

Katanya, surat rasmi mengesahkan bahawa darjah kebesarannya (DPMJ dan SPMJ) itu ditarik balik diterimanya pada 15 Jun lalu dan tiada alasan berhubung penarikan berkenaan diberikan.

"Saya ada mengingatkan beliau (Abdul Rahim) semasa perbualan telefon bahawa saya juga dianugerahkan PIS dan bertanya adakah beliau turut mahukan pingat itu juga. Beliau berkata ya," katanya.

"Saya dengan berlapang dada akan menghantar balik (pingat itu) kepada istana. Ketiga-tiga pingat itu saya akan pulangkan kepada Istana Johor," katanya.

Chua berkata tindakan berkenaan hanya memperkukuhkan iltizamnya untuk bersama Pakatan Rakyat dan berjuang untuk memastikan negara terus maju dan diselamatkan daripada gejala rasuah yang berleluasa sekarang ini.

"Sepertimana dalam permainan bolasepak, rakyat tahu siapa di antara pemain yang bermain secara jujur atau tidak. Manakala pada tahun 2008, rakyat melayangkan kad kuning, saya pasti pada tahun 2012, rakyat akan melayangkan kad merah kepada Umno-BN," katanya.

"Terima dengan hati yang terbuka"

Ditanya perasaan beliau susulan penarikan pingat tersebut Chua berkata beliau menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

"Saya tidak marah dan saya akan serahkan (kepada Istana). Perjuangan rakyat lebih besar daripada martabat yang saya dapat.

"Saya akan serah pingat itu tapi saya tidak akan menyerah (kalah) untuk membuat reformasi," katanya sambil menambah tidak perlu tergesa-gesa untuk menyerahkan pingat tersebut.

Turut hadir dalam sidang media tersebut, Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah dan barisan kepimpinan Wanita PKR yang turut memberi sokongan kepada Chua berhubung isu terbabit.

Chua yang juga bekas menteri kesihatan pada awal bulan ini dihubungi setiausaha Istana Johor supaya memulangkah semua darjah kebesaran negeri itu.

Beliau juga adalah bekas ahli parlimen Bakri selama empat penggal merupakan naib presiden MCA sebelum meninggalkan parti itu pada 2008 apabila gagal merebut jawatan presiden. Beliau mengganggotai PKR pada 2009.

Chua bagaimanapun masih mengekalkan gelaran Datuk memandangkan beliau menerima dua lagi darjah kebesaran daripada Pahang dan Selangor, masing-masing pada tahun 2002 dan 2003 yang membawa gelaran tersebut.

Selain Chua, tiga lagi individu turut ditarik balik anugerah darjah kebesaran mereka dari Istana Johor iaitu pengembara Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, adik ipar Sultan Johor, Kommander Shaftdean Lufty Rushdan dan peguam Hassan Yunos.

~MK~

Adakah kerajaan ikhlas sokong banteras merokok

Posted: 19 Jun 2010 03:17 AM PDT

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan langkah Kementerian Kesihatan Malaysia (MoH) menerima moto Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) "Lindungi Wanita Daripada Asap dan Pemasaran Tembakau" untuk Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada 31 Mei 2010 sebagai dorongan untuk memberikan tumpuan kepada wanita yang menjadi sasaran utama bagi pemasaran industri tembakau di Malaysia.

Dalam laporan media baru-baru ini, Presiden Persatuan Torasik Malaysia, Profesor Roslina Manap menyatakan bahawa lebih ramai wanita di seluruh dunia menjadi perokok memandangkan syarikat tembakau terus mensasarkan mereka melalui iklan dan di Malaysia, adalah dianggarkan 50% daripada perokok adalah lelaki manakala perokok wanita pula kira-kira 20% daripada lebih satu billion penduduk dunia yang merokok.

Jelas sekali industri tembakau di sini juga telah berjaya dalam mensasarkan wanita generasi muda. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, peratus remaja perempuan yang merokok, lebih tinggi daripada remaja lelaki, amat membimbangkan, terutama sekali apabila terdapat remaja perempuan yang mula merokok sebelum mencapai usia 10 tahun.

Beliau berkata Kajian Mortaliti dan Morbiditi Kesihatan Kebangsaan Kedua (NHMS11) yang dijalankan pada 2003 mendapati 28.8 peratus remaja perempuan merokok, lebih dua kali ganda daripada angka bagi remaja lelaki yang merupakan 14.1 peratus.

"Trend ini amat membimbangkan memandangkan ia jelas menunjukkan terdapat peningkatan yang serius dalam bilangan perokok wanita yang memulakannya pada usia yang masih muda," tambah beliau.

Dengan wanita muda, industri ini dengan mudah serta mempunyai lebih banyak ruang untuk berkembang. Dengan wabak penggunaan tembakau dalam kalangan lelaki secara perlahan semakin merosot di beberapa buah negara, penggunaannya dalam kalangan wanita di beberapa negara semakin meningkat.

Daripada lebih lima juta orang yang mati setiap tahun daripada penggunaan tembakau adalah dianggarkan 1.5 juta daripadanya merupakan wanita. Melainkan tindakan segera diambil oleh kerajaan seluruh dunia, tembakau yang digunakan boleh membunuh lebih daripada lapan juta orang menjelang 2030, 2.5 juta daripadanya adalah wanita.

Adalah dianggarkan tiga suku daripada kematian wanita ini akan berlaku terutamanya di negara berpendapatan rendah dan pertengahan seperti Malaysia yang kurang mampu untuk menyerap kerugian itu. Setiap kematian pramatang ini boleh dielakkan.

Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 memberikan fokus kepada bahaya pemasaran tembakau dan merokok kepada wanita. Wanita, dan lelaki mestilah dilindungi daripada pemasaran industri tembakau dan merokok sepertimana yang dicatatkan dalam mukadimah Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) PBB yang turut ditandatangani oleh Malaysia.

Berkuatkuasa sejak 2005, perjanjian antarabangsa ini menyedari "peningkatan dalam merokok dan pengambilan tembakau dalam bentuk lain oleh wanita dan remaja perempuan di seluruh dunia" dan mengenal pasti dengan jelas "keperluan strategi kawalan tembakau khusus untuk gender".

Malangnya, kurang daripada 9% daripada penduduk dunia yang diliputi oleh pengharaman iklan komprehensif. Hanya 5.4% diliputi oleh undang-undang bebas merokok kebangsaan komprehensif.

Malaysia merupakan salah sebuah negara di mana undang-undang seperti itu digubal dan dikuatkuasakan dengan lemah sekali. Malah undang-undang penting berhubung kawalan tembakau juga tertakluk kepada sikap berdolak-dalik kerajaan dalam membuat keputusan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pada tahun lalu tiada lagi halangan dalam pengharaman kotak rokok 14 batang dan pada 1 Jun 2010 selepas lima tahun kelewatan kotak rokok 14 batang akan dihapuskan.

Pada lewat Mei tahun ini, kerajaan dengan tiba-tiba memutuskan untuk menangguhkan pengharaman kotak rokok 14 batang kepada 1 Januari tahun depan. Kerajaan telah melanggar peraturannya sendiri.

Kami melihat tiada alasan untuk mengubah perkara ini melainkan terdapat kemungkinan lobi oleh beberapa syarikat tembakau yang memberikan kesan terhadap kemampuan kerajaan nenepati janjinya.

Hanya baru-baru ini selepas bantahan daripada orang ramai dan pertubuhan awam terhadap kegagalan kerajaan, pengharaman itu akhirnya dikenakan selepas sekali lagi berubah haluan oleh kerajaan pada 1 Jun.

Amat sedih sekali, perkara ini hanya berlaku selepas syarikat tembakau mengancam untuk mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap MoH terhadap kemungkinan kerugian yang dialami oleh mereka daripada menghentikan pengeluaran kotak bersaiz sederhana hasil daripada penangguhan dasar secara tiba-tiba.

Kementerian Kesihatan ketika menguatkuasakan pengharaman itu juga berkata kajian ke atas penjualan rokok haram juga akan dijalankan oleh pihak kementerian. Masalah rokok haram yang boleh diperolehi dengan murah dan meluas tanpa amaran grafik atau paras nikotin dan tar dijual secara terbuka dengan harga serendah RM1.80 sekotak pernah didedahkan oleh CAP pada tahun lalu.

Adalah menjadi pengetahuan umum rokok murah ini terus dijual secara terbuka kepada remaja perempuan. Kami tidak faham kenapa perlunya sebarang kajian apabila hanya kurangnya kemahuan politik untuk menguatkuasakan dengan berkesan undang-undang terhadap penyeludupan dan penjualan rokok ini.

Keadaan yang menyedihkan ini hanya menunjukkan bahawa dalam kes kesilapan kotak rokok 14 batang, kerajaan hanya berminat untuk menjaga kepentingannya sahaja, dalam keadaan ini industri tembakau tidak ikhlas dalam usaha menghapuskan kegiatan merokok dan melindungi kesihatan seluruh rakyat Malaysia, memandangkan ia merupakan tugas utama kepada rakyat melalui Kementerian Kesihatan.

Dengan sikap tidak tetap kerajaan dalam menjalankan pelaksanaan dasar, kami mempersoalkan keikhlasan dan keseriusan kerajaan dalam mematuhi FCTC dan menyedari "peningkatan dalam merokok dan pengambilan tembakau dalam bentuk lain oleh wanita dan remaja di seluruh dunia" dan mengenal pasti dengan jelas "keperluan strategi kawalan tembakau khusus untuk gender" di Malaysia.

Adakah kerajaan benar-benar ikhlas dalam aspirasi untuk menghentikan peningkatan bilangan perokok remaja perempuan dengan banyak cara untuk diperolehi atau ia sekali lagi tunduk kepada tekanan oleh pihak industri?

Dengan kedatangan Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) pada tahun ini, Malaysia terpaksa mengurangkan duti import tembakau. Penanaman tembakau dijangka merosot dan kerajaan dalam beberapa tahun yang lalu telah mengadakan beberapa program untuk menghentikan petani daripada penanaman tembakau dan bertukar kepada tanaman komersial sebagai alternatif.

Apakah jalan lain yang akan diambil oleh pihak industri tembakau tempatan? Adakah mereka sekali lagi mengugut kerajaan supaya menentang dasar pertaniannya sendiri dengan mengarahkan semula petani kita daripada tembakau atau lebih buruk lagi, adakah kerajaan mengalah kepada taktik ugutan oleh industri tembakau?

Kami menggesa kerajaan Malaysia yang menandatangani FCTC pada 2003 dan bersetuju untuk mematuhinya dan meratifikasikannya pada 2005, untuk mematuhi semangat perjanjian yang menegaskan hak bagi semua orang terhadap standard kesihatan yang tinggi mengatasi segalanya.

Sebagai salah satu negara yang menerima Konvensyen itu dan menjaga kesihatan rakyat, kerajaan mestilah membuktikan kepada rakyat kejujurannya dan memberikan jaminan yang sebenar dalam menjamin pengubalan dasar dan perundangan yang teguh dan tegas, pelaksanaan dan penguatkuasaan yang selaras dengan Konvensyen secara keseluruhan dan tanpa kekaburan.

S. M. Mohamed Idris,
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

PPP Bukan Parti Islam Tak Sokong Judi Bola

Posted: 19 Jun 2010 03:16 AM PDT

Dalam usaha untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikecam hebat oleh rakyat berhubung isu lesen judi sukan Kumpulan Berjaya, PPP hari ini mengambil pendirian yang sama dengan MCA, iaitu kelulusan berkenaan mesti diimbangi dengan peraturan yang ketat.

"Sebab utama bagi memberi lesen judi adalah untuk memastikan pertaruhan haram disekat dan bagi memastikan orang ramai tidak menjadi mangsa kepada sindiket judi haram, yang sehingga kini tidak berjaya dibanteras," kata presiden PPP, Datuk M Kayveas pada ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan parti itu pagi ini yang turut dihadiri oleh Najib.

"Negara kita telah lama membiarkan beberapa pertaruhan dan loteri dijalankan. Malah, tempat perjudian utama adalah di Genting Highlands.

"Hanya bdengan penguatkuasaan yang ketat, kita akan pastikan rakan-rakan Islam tidak terbabit dengan judi yang diberikan lesen itu," katanya.

Diskaun 10 peratus

Kayveas pada ucapannya juga meminta diskaun 10 peratus bagi pembelian hartanah diberikan kepada golongan bukan bumiputera yang mempunyai pendapatan kurang RM3,000 sebulan.

Pada masa ini, semua bumiputera tanpa mengira status kemampuan mereka menikmati potongan 10 peratus apabila mereka membeli rumah. Tindakan afirmatif kerajaan itu bertujuan mengalakan bumiputera memiliki rumah.

Beliau juga 'merayu' kepada Najib untuk mencari jalan bagi membantu masyarakat India di negara ini bagi mencapai tiga peratus ekuiti yang dijanjikan sejak negara mencapai kemerdekaannya 53 tahun lalu.

~MK~

PPP hentikan pertelagahan

Posted: 19 Jun 2010 03:14 AM PDT

Datuk Seri Najib Razak mahu semua pemimpin parti komponen menghentikan pertelagahan secara terbuka dan sebaliknya menumpukan tenaga untuk berdepan dengan pembangkang bagi mendapatkan keyakinan rakyat.

Perdana Menteri memberi amaran bahawa perkara seumpama itu hanya akan melemahkan parti gabungan itu sambil menambah bahawa adalah penting bagi Barisan Nasional (BN) untuk bersatu dan kelihatan bersatu pada kaca mata rakyat.

Beliau juga menggesa PPP supaya menghentikan pertikaian dalaman parti itu.

"PPP adalah parti kecil, jika dibandingkan dengan parti-parti lain di BN. Jadikan diri anda berguna. Biarkan orang dapat melihat PPP boleh berjuang untuk Barisan Nasional.

"Anda hendak nasihat saya? Saya akan berikan nasihat dan tidak akan minta bayaran. Jadikan parti terkenal dengan rakyat. Lagipun baju yang pakai memang bersilau," kata Najib sempena AGM ke-57 parti itu.

Katanya PPP tidak boleh menjadi parti kepada semua rakyat Malaysia kerana parti itu terlalu kecil tetapi ia boleh menjadikannya sangat berguna kepada rakyat dengan mencari bidangnya yang tersendiri.

"Tidak kira apa jenis kucing selagi ia dapat menangkap tikus. Apa yang penting adalah BN kukuh dan diterima rakyat, katanya.

'Kayveas ditempelak'

Dalam nada yang hampir marah, Najib merenung ke wajah Kayveas ketika berucap dan berkata selama ini beliau banyak bertolak ansur.

"Apa yang mampu, saya akan penuhi. Anda mahu jawatan timbalan menteri, saya bagi," katanya merujuk perlantikan naib presiden PPP Maglin D'Cruz sebagai timbalan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan.

Tindakan berkenaan semasa rombakan kabinet baru-baru ini dilihat sebagai langkah mententeramkan penyokong Kayveas kerana kerusi timbalan menteri PPP masih disandang oleh T Murugiah yang 'dipecat' daripada parti itu.

Dalam ucapannya Najib yang juga Pengerusi BN berkata parti pembangkang banyak berbohong dan bercakap separuh benar sambil menambah bahawa beliau bekerja siang dan malam bagi mengukuhkan BN dengan rancangan-rancangan yang akan diumumkan secara berperingkat.

"Kita mesti fokus berhubung apa yang akan menjadikan BN kukuh.. para pemimpin BN tidak sepatutnya bertelagah antara satu sama lain secara terbuka, di depan khalayak atau kepada rakyat...mari kita bertelagah dengan pembangkang. Kenapa bertelagah sesama para pemimpin BN...beritahu saya kenapa kita perlu bertelagah sesama sendiri?

'PPP mesti tolong saya'

"Musuh kita ada di luar...musuh kita mahukan kerusi kita dalam kerajaan..(mereka) mahu pergi ke Putrajaya. Kita mesti pastikan BN kekal berkuasa. Kenapa perlu kita dedahkan masalah kita sendiri. Beritahu saya kenapa kita perlu mencari masalah.

"Tidak perlu kerana pada akhirnya apa yang penting ialah BN berkhidmat kepada rakyat dan rakyat yakin kepada BN," katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat agung ke-57 Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Najib berkata BN perlu membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang dan oleh itu setiap parti komponennya perlu memainkan peranan masing-masing dengan menjadikan BN lebih kukuh agar kerajaan BN dapat meneruskan rancangan mentransformasikan negara menjadikannya sebuah negara yang lebih makmur.

Beliau berkata pembangkang mempunyai banyak masalah tetapi mereka sangat pandai menutupnya. Dalam nasihatnya kepada kepimpinan PPP, Najib berkata sebagai pengerusi BN, beliau sentiasa bersedia mendengar permasalahan mereka.

"Jika anda ada masalah dalam BN beritahu saya. Sebagai pengerusi BN, beritahu saya jika anda tidak suka seseorang itu, jika anda tidak suka, hanya bisik kepada saya tapi secara terbuka anda lawan pembangkang... Anda lawan PKR, DAP, PAS (tapi) jangan bergaduh sesama kita," jelas Najib.

"Macam mana saya nak tolong PPP jika kita (BN) tidak berkuasa, tapi PPP mesti tolong saya...anda boleh tolong saya dengan memberi tumpuan tenaga dalam BN tetapi fokus di luar BN (lawan pembangkang)," katanya.

Kira-kira 3,000 perwakilan parti menghadiri mesyuarat sehari itu. Sebelum itu, ketibaan Najib disambut Kayveas, D'Cruz dan para pemimpin parti itu.

~MK~

Nik Aziz saran wanita solat Jumaat

Posted: 19 Jun 2010 03:13 AM PDT

Kompleks Masjid Daruttarbiyah bakal menyaksikan perubahan baru apabila kaum wanita disaran supaya menunaikan solat Jumaat seperti mana dilakukan kaum lelaki selepas siap pembinaannya kelak.

Harakah Daily melaporkan saranan itu diutarakan oleh Mursyidul Am, PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Sebenarnya sudah lama saya hendak tengok keadaan ini boleh dilakukan oleh wanita," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan dan Penerimaan Derma mengisi tabung kompleks masjid tersebut di Kampung Wakaf Zain, dekat Bachok, malam semalam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, keselesaan ruang masjid yang cukup luas mampu membawa kaum wanita untuk turut bersama menunaikan solat Jumaat.

"Saya cadangkan ruang bawah untuk orang perempuan dan di sebelah atas pula bagi orang lelaki masa sembahyang Jumaat," katanya.

Kompleks masjid tersebut mula dibina sejak Ogos tahun lalu di atas tapak seluas satu ekar yang dibeli dengan harga RM180,000 manakala pembinaannya menelan belanja sebanyak RM2 juta dan dijangka siap pada Ogos 2011.

Kos pembelian tapak serta binaan adalah daripada sumbangan orang ramai.

Masjid dua tingkat yang kini dalam 40 peratus pembinaan itu dibina secara bergotong royong melibatkan seluruh kepimpinan cawangan termasuk penghulu-penghulu mukim dan masyarakat tempatan.

~MK~

MAS sewajarnya pertahan tanah Kg Baru

Posted: 19 Jun 2010 03:12 AM PDT

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali berkata, adalah sangat wajar Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru menjadi benteng mempertahankan pemilikan hartanah dan hak pemilik serta pewaris di situ.

Beliau menyatakan demikian berikutan akhirnya MAS berani bersuara yang menafikan mereka bersetuju dengan cadangan pembangunan semula kawasan tersebut itu sebagaimana diiumumkan oleh menteri berkenaan.

Katanya, MAS selaku Lembaga Pentadbir diwujudkan seawal kewujudan Kampung Baru sejak 110 tahun lalu selayaknya pandangan mereka didengari dan dilibatkan secara aktif kerana mereka yang sangat arif dan maklum tentang situasi di situ.

Beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily menambah, anggota-anggota MAS antaranya terdiri daripada ketua-ketua daripada tujuh buah kampung dalam Kampung Baru sendiri.

Justeru, katanya badan itulah yang mewakili Kampung Baru dan bukannya 50 orang yang pilih oleh Menteri Wilayah Persekutuan dalam perbincangan yang diadakan pada hari Isnin, 14 Jun yang lalu.

"Syabas MAS. Menteri Wilayah Persekutuan boleh datang dan pergi, Datuk Bandar, KSU, TKSU dan yang lain-lain boleh datang dan pergi tapi MAS akan terus dianggotai oleh anak Kampung Baru," ujarnya lagi.

Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru, yang selama ini hanya berdiam diri, pada 16 Jun lalu menafikan mereka bersetuju dengan cadangan pembangunan semula kawasan tersebut itu sebagaimana diiumumkan oleh menteri.

"Kita diam selama ini tidak bermaksud bersetuju dengan segala laporan yang dibuat," kata Pemangku Naib Pengerusi MAS, Mashuti Mat Soom sebagaimana dilaporkan The Malaysian Insider.

"Tetapi selepas menerima banyak persoalan dalam perkara ini daripada penduduk kami berpendapat adalah lebih baik menyatakan pendirian dalam hal ini.

"Kita bukan mahu menyanggah pendapat yang dikeluarkan menteri tetapi ini adalah tanggungjawab kami yang selama ini mentadbir Kampung Baru selama 110 tahun," kata beliau pada sidang media.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mengatakan pemilik dan pewaris tanah bersetuju dengan cadangan pembangunan kampung itu yang akan mengekalkan 100 peratus hak milik Bumiputera.

~harakah~

Perjalanan ke Planet Marikh

Posted: 18 Jun 2010 07:31 PM PDT

Kenapa manusia harus berlomba mencapai Marikh?

Menurut buku karya Robert Zubrin ini, selain karena Marikh adalah planet terdekat yang memiliki banyak kesamaan dengan Bumi, adalah kerana Marikh sangat kaya mineral, terutama mineral berharga seperti perak dalam jumlah yang banyak. Kedua, Marikh sangat kaya dengan Deuterium, bahan untuk tenaga fungsi nuklear yang sangat hebat dan mahal di Bumi.

Marikh menjadi sumber bisnis dan industri yang sangat besar dan menguntungkan bagi bangsa mana pun yang boleh mencapainya pertama kali.

Di tahun 2005, Para ilmuwan telah menemukan ladang es raksasa di kedua kutub Marikh. Mereka juga percaya bahawa jutaan tahun yang lalu, Marikh adalah planet yang sebagian besarnya terdiri dari air.

Dan NASA juga telah menyimpulkan pada Maret 2007, bahawa bila seluruh es yang ada di Marikh dicairkan, maka air dari lelehan es itu akan menutupi seluruh Marikh, sampai kedalaman 11 meter.

Jika disana dulu pernah ada air, maka ada kemungkinan, dulu juga pernah ada kehidupan di Marikh.

Planet Marikh, 9 Januari 2004, NASA's Mars Exploration Rover Spirit. Ini adalah foto dengan resolusi tertinggi daratan di Marikh yang dikirim wahana NASA, Spirit Rover tahun 2004. Jarak Bumi dan Planet Marikh adalah antara 55,7 juta km sampai 78 juta km jauhnya tergantung posisinya dalam mengelilingi Matahari.

PAS Sabotaj Kelantan Fiesta?

Posted: 18 Jun 2010 07:30 PM PDT

Ada yang menulis dalam blog mengatakan bahawa Majlis Pelancaran Gilang-Gemilang Kelantan Fiesta telah di"sabotaj" oleh Parti PAS. setakat ni aku tak de maklumat yang tepat untuk mengatakan bahawa "Ya... PAS sabotaj..!" atau "Tidak... itu fitnah semata-mata..!".

Apa yang aku ada cuma pandangan peribadi aku dalam hal ni berdasarkan kepada beberapa perkara yang berlaku pada sebelah siangnya (pagi sebelum Kelantan Fiesta dilancarkan) dan juga beberapa "insiden" yang telah berlaku di Kelantan hasil kerja tangan "Puaka-Puaka" UMNO.

PAS Sabotaj Majlis Pelancaran Gilang-Gemilang Kelantan Fiesta..?

3 blog pro UMNO menceritakan secara detail (kununnya) rentetan peristiwa "sabotaj" yang "kununnya" dilakukan oleh pihak PAS pada malam kejadian. antara "sabotaj" yang "kununnya" dilakukan oleh pihaak PAS ialah -

1 - Merampas segala banner dan bunting iklan Kelantan Fiesta.
2 - Tidak memasang lampu stadium walaupun "cakap-cakap" mengatakan "kebiasaannya" lampu stadium dipasang seawal jam 6:30 petang.
3 - Power supply dibilik media tidak berfungsi (diputuskan..?)
4 - Pembesar suara dipentas utama dimatikan sebaik saja acara mahu dimulakan.
5 - Sistem elektrik di pentas utama diganggu.
6 - Segala peralatan ditapak X-treme park dibongkar.

Lebih kurang gitu la "sabotaj-sabotaj" yang pihak PAS Kelantan lakukan ("kununnya") semalam dan hari ni.

Aku tak nak susah-susah cari orang tu, cari orang ni atau sesiapa yang berkenaan untuk dapatkan pengesahan atas semua yang berlaku. aku pun malas nak tanya betul ke macam tu, betul ke macam ni..?

Kali ni aku saja jadi "berat sebelah". korang nak cakap apapun cakaplah. aku pedulik hape..?

Terus-terang aku cakap kalau betul la PAS sabotaj program "Gilang-Gemilang" semalam dan jugak pagi tadi, ianya adalah satu kerja yang amat-amat tidak profesional.

Patutnya PAS sabotaj lebih dari tu... aku ada masa majlis "Gilang-Gemilang" semalam dan aku tengok 1 persatu apa yang berlaku. sepatutnya kalau nak sabotaj, jangan bukak terus lampu stadium, semalam ada 1 lampu stadium tak ditutup masa Tok Pa tengah berucap. kalau aku la, aku padam je terus semua lampu stadium tu, biar gelap terus..!

Dengan UMNO ni bukan boleh bagi muka. elleh... baru kena sabotaj sekali dah nak kecoh, yang UMNO dok sabotaj program-program Pakatan Rakyat dari dulu, kini dan selamanya tu tak pe pulak..? tak samseng pulak..?

Program Pakatan Rakyat dari dulu, kini dan selamanya walaupun dibuat dalam kawasan persendirian korang pergi arah polis dengan FRU serang tak samseng ke..? tembak bom asap, siram orang ramai yang berhimpun dalam program-program Pakatan Rakyat dulu, kini dan selamanya yang dibuat dalam kawasan persendirian tak samseng ke..?

Ni nak bagitau... orang UMNO tolong baca betul-betul..!

Kalau betul la PAS sabotaj program Kelantan Fiesta, memang aku sungguh-sungguh 100% sokong sesokong-sokongnya kerja-kerja sabotaj ni.

Woi... bagi aku ni cara paling "lembut" nak mengajar beruk-beruk yang bersifat kurang ajar dengan Pemangku Raja dan jugak Menteri Besar Kelantan. perjanjian asal yang dah dipersetujui ialah Kelantan Fiesta akan dilancarkan oleh pemangku Raja Kelantan dan bukannya Murujib..!

Ikut perjanjian asal juga, Menteri Besar Kelantan akan berucap sebelum Kelantan Fiesta dilancarkan. 2 perjanjian yang dah dipersetujui ni telah dilanggar pada saat-saat akhir.

Baik... bab Menteri Besar Kelantan tak dibagi peluang untuk berucap bagi aku kecik punya hal, tapi bab menggantikan Pemangku Raja sebagai perasmi dengan Murujib bagi aku ialah hal yang paling besar dan paling-paling kurang ajar yang UMNO dah buat.

Kalau bercakap soal Raja-Raja, UMNO cukup-cukup hero, dalam masa yang sama, UMNO jugak la yang kurang ajar dengan Raja-Raja. masuk kali ni, dah 3 kali UMNO kurang ajar dengan Pemangku Raja Kelantan. nanti aku senang sikit aku cerita paling kurang ajar-kurang ajar yang UMNO buat pada Istana Kelantan.

Selama ni UMNO dok kecoh bila Dato' Seri Ir Nizar "mohon derhaka" dekat Sultan Perak, lepas ni kita akan bongkar pulak siri-siri penderhakaan UMNO terhadap institusi Raja-Raja di Kelantan. kes-kes yang akan dibongkarkan nanti bukan kes-kes lama zaman Annuar Musa dulu, tapi semuanya kes-kes baru yang berlaku dalam masa setahun kebelakangan ni tapi tak dikecohkan.

Tunggu je dalam 2-3 hari lagi kita akan bongkar ke pengetahuan umum. UMNO Kelantan dan Murujib jangan dok main gila. pokoknya, kalau betul PAS sabotaj program semalam, itu adalah perkara paling kecik bagi aku, perkara paling besar yang orang tak tau ialah, UMNO telah menderhaka kepada Pemangku Raja. kenapa Utusan tak hilite benda ni..?

Kenapa tak de akhbar pun laporkan yang ikut perjanjian asal, yang akan rasmikan Kelantan Fiesta ialah Tuanku Pemangku Raja..? apa pandangan blogger-blogger UMNO dalam hal ni..? apa komen menteri-menteri UMNO dalam hal melanggar perjanjian asal dan menghina Pemangku Raja yang UMNO Kelantan buat..?

Ada blogger pro KERAjaan letak gambar aku dekat stadium semalam dan quot dekat bawah gambar tu:

Dua orang petugas dari media pembangkang masuk secara haram untuk membuat fitnah, mereka masuk tampa pass media, bila di larang, mereka menjawap 'ini kelantan pas punya, so suka hati aku la' jadi nak tak nak petugas keselamatan RCW terpaksa melepaskan mereka masuk, bimbang berlaku kekecohan.

Bab yang ni aku dengan member-member aku yang pergi stadium semalam bantai gelak berguling-guling lepas baca quot tu.

Gelak berguling-guling no 1 ialah sebab aku dikata "petugas dari Media Pembangkang". aik..? media mana ni beb..? aku nak tau jugak aku ni kerja dengan media pembangkang yang mana... nak claim gaji aku neh... mintak tolong "tukang lapor" tu koling-koling atau sms aku segera dengan Media Pembangkang yang mana aku kerja... dah dekat akhir bulan neh... kang tak sempat claim la kang...

Gelak berguling-guling no 2 ialah bila dia sebut "pembangkang"... oi beruk... dekat Kelantan ni "Pembangkang' ialah UMNO/BN, bila masa pulak aku kerja dengan UMNO/BN..? kalau aku kerja dengan UMNO/BN, tak kan korang tak tau..? oi..! korang ni mabuk ke..? "Pembangkang" tak sedar diri..!

Dah lebih 20 tahun jadik "Pembangkang" dekat Kelantan pun tak leh nak terima kenyataan lagi ke..? lawak la lu beb..! beb... dekat Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dengan Selangor, lu "Pembangkang" beb... korang tak tau ke korang kalah masa PRU-12 hari tu..? ni mesti sebab "naik keretapi Tok Pa" neh... tu yang lambat tu...

Gelak berguling-guling no 3 ialah bila dia sebut "masuk secara haram"... wakhakhakha..! masuk secara haram..? tak tau pulak aku nak masuk stadium semalam kena pakai pasport atau mintak kebenaran.

Masa nak masuk stadium pun tak de orang cakap pun nak kena mintak kebenaran. memang kalau program Gilang-Gemilang nak kena mintak kebenaran kalau nak masuk ek..? mesra sungguh..! patutla tak sampai 500 orang dok dalam stadium semalam... agaknya ramai yang tak dapat "kebenaran' untuk masuk dalam stadium... baru la aku tau...

Gelak-berguling-guling no 4 ialah bila dia sebut "bila di larang, mereka menjawap 'ini kelantan pas punya, so suka hati aku la' jadi nak tak nak petugas keselamatan RCW terpaksa melepaskan mereka masuk, bimbang berlaku kekecohan".

Petugas Keselamatan RCW yang mana pulak larang aku masuk..? dekat pintu masuk mana pulak yang ada Petugas Keselamatan RCW..? pintu VIP..? apa gila babi ke aku nak masuk ikut pintu VIP yang penuh dengan FRU..? apa pulak specialnya aku sampai nak masuk ikut pintu VIP..?

AKU ADA KENAL ORANG DALAM RCW ke sampai nak masuk ikut pintu VIP..? AKU ADA KENAL ORANG DALAM RCW ke..? hahaha...!!!

Pas Media..? aik..? nak masuk Majlis Gilang-Gemilang sebagai penonton memang nak kena ada "Pas Media" ke..? kiranya yang datang semalam tu semua-semuanya "Petugas Media" la ek..? kiranya orang luar atau rakyat Kelantan yang bukan "Petugas Media" tak leh pergi tengok Pelancaran Kelantan Fiesta la ye..? o... patutla tak sampai 500 orang semalam... rupa-rupanya yang datang semalam tu semua "Petugas Media"... baru la aku tau...

Yang ni lagi 1 perkara yang aku suka nak komen:

9.15 malam: Mungkin kerana jijik melihat perangai kepimpinan pas kelantan yang mensabotaj fiesta kelantan, datuk najib pulang dengan hampa, tempatnya di ambil alih oleh tok pa (mustapa mohamed) untuk merasmikan fiesta kelantan.

Ni nak tanya betul-betul la... Murujib tengok dekat mana perangai kepimpinan PAS Kelantan ni..? sampai stadium pun tidak tetiba boleh "tengok"..? Murujib pakai Bomoh ke..? ada main tilik-tilik ke..?

Program Murujib semalam:
6:00 petang - Mengadap Pemangku Raja, Tengku Mahkota Kelantan.

9:00 malam - Merasmikan Kelantan Fiesta Di Stadium Sultan Mohammad ke-IV
Orait... yang ni paling menarik... ada sesape nak tolong cerita apa yang berlaku masa Murujib mengadap Pemangku Sultan, Tengku Mahkota Kelantan..? sebelum tu elok aku ingatkan dekat tukang yang nak cerita 1 perkara:

14hb. Jun, 2010 - Tuanku Pemangku Raja, Tengku Mahkota Kelantan dalam 1 surat bertulis telah mengesahkan kehadirannya ke Stadium Sultan Muhammad ke-IV bagi merasmikan Kelantan Fiesta seperti yang telah dipersetujui oleh ke 2-2 pihak (PMBK dan RCW) sebelumnya.
16hb. Jun, 2010 - (Jadual Murujib seperti yang disebarkan, dicetak didalam kertas aturcara dan juga diprint di banner-banner dan bunting-bunting) 9:00 malam - Merasmikan Kelantan Fiesta Di Stadium Sultan Mohammad ke-IV.

Rasa-rasa korang la... Pemangku Raja murka atau tidak atas perbuatan Murujib..? pada fikiran korang... kenapa agaknya Pemangku Raja tak hadir ke Stadium malam tu dan kenapa agaknya Murujib tak sampai-sampai ke stadium untuk rasmikan Kelantan Fiesta tapi terus "terbang" balik ke Kuala Lumpur lepas Mengadap Pemangku Raja..?

Jangan bagitau aku Murujib tak hadir sebab hujan beb... alasan tak dapat hadir atas "sebab-sebab tertentu" boleh diterima tapi apa "sebab-sebab tertentu" tu..?

~topengperak~

Najib Bubar Parlimen PR Bubar DUN

Posted: 18 Jun 2010 07:19 PM PDT

Padang permainan tak sama rata telah menguasai pilihanraya Malaysia sejak UMNO mewarisi negara ini dari penjajah.

Sebahagian sebab kemenangan UMNO/Perikatan dan UMNO/BN selama ini ialah kerana mereka menguasai semua instrumen penting untuk menjadikan proses pilihanraya sentiasa menyebelahi mereka.

Setiap dua kali pilihanraya, mereka mengubah sempadan pilihanraya ikut corak yang membolehkan mereka menang mudah dengan ramuan berubah-ubah peratusan Melayu-Cina-India dan beberapa faktor lain.

Kali ini, hingga kini, mereka tidak lagi boleh berbuat demikian kerana majoriti dua pertiga yang telah hilang buat pertama kalinya. Apa lagi unsur pilihanraya yang boleh diubah untuk menjadikan padang lebih sama dan rata?

Bagaimana dengan tarikh pilihanraya?

Najib dengan nada yakin memberitahu kita, tarikh pilihanraya hanya berada dalam tangan beliau. Beliau telah berjanji menjadikan tarikh pilihanraya sesuatu yang mengejutkan. Itu yang diucapkan beliau di Kelantan semalam.

Pilihanraya mengejut bertujuan memerangkap pembangkang dan mencari satu masa di mana pembangkang belum bersedia atau sedang mengalami pusingan ke bawah. Termasuk dengan media stage yang mereka atur.

Jika itu janji Najib dan kita hanya mengikut, sekali lagi tangan UMNO berada lebih atas. Jika Najib dengan berani menunjukkan bahawa beliau 'in command', apa pilihan kita untuk membolehkan Najib berfikir dua kali?

Apa kata empat negeri Pakatan menetapkan tarikh pilihanraya DUN lebih awal?

Sebelum Najib membubarkan Parlimen, kita mengumumkan tarikh pilihanraya kita sekarang. Tak semestinya tarikh pilihanraya itu awal tetapi penetapan tarikhnya diumumkan awal.

Ini bermakna, tarikh pilihanraya DUN di empat negeri itu berbeza dari tarikh pilihanraya Parlimen jika sekiranya Najib memilih mengadakan pilihanraya berbeza dari tarikh yang telah kita umumkan.

Mereka bubarkan Parlimen tetapi kita tidak bubarkan DUN sampai tarikh yang telah kita isytiharkan. Pilihanraya DUN dan Parlimen tidak berjalan serentak, kecuali mereka menjadualkan sama dengan jadual kita.

Ada dua kemungkinan. Pertama, mereka ikut tarikh kita atau mereka berunding bersama untuk menetukan tarikh lebih awal dan terbuka seperti yang selama ini kita kehendaki. Ini bermakna, tarikh pilihanraya bukan lagi teka-teki dan memberikan kelebihan kepada mereka semata-mata. Atau, mereka terus berdegil dan membubarkan Parlimen tak bersamaan tarikh dengan kita.

Namun, kita telah mulakan satu precedent baru iaitu tarikh pilihanraya ditetapkan secara terbuka. Bukan bermisteri dengannya. Bukan pula dijadikan senjata yang menguntungkan parti pemerentah semata-mata.

Tindakan begini bertujuan menghapuskan monopoli penentuan tarikh pilihanraya. Tindakan demokratik untuk kesaksamaan kepada semua pihak.

Pilihan tarikh itu boleh atas berbagai asas. Jika nak genapkan lima tahun, bermakna DUN empat negeri Pakatan hanya akan dibubarkan awal 2013. Jika empat tahun nak digunakan sebagai asas, DUN boleh dibubarkan pada awal 2012. Akhir 2012 boleh juga dipilih untuk memberikan masa yang cukup untuk negeri ini ditadbir tanpa terlalu banyak politiking pilihanraya.

Paling penting, Najib perlu tahu, mengejut atau tidak, bukan beliau seorang sahaja berhak untuk tentukan.

Datuk Paduka Husam Musa,
Exco Kerajaan Kelantan.

ABIM bantah Festival Ramadan

Posted: 18 Jun 2010 07:18 PM PDT

Rancangan Kementerian Pelancongan untuk mengadakan Festival Ramadan bagi menarik pelancong Arab melawat Malaysia, terus mendapat bantahan.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Muhamad Razak Idris berkata, hasrat kerajaan mengadakan festival itu merupakan satu cadangan yang lari dari roh sebenar Ramadan.

Beliau berkata, dalam perspektif Islam, bulan Ramadan merupakan bulan untuk meningkatkan kualiti ibadah.

"(Bagaimanapun) kalau kementerian pelancongan membuat sedikit pengubahsuaian sejajar dengan falsafah sebenar Ramadan dan mendatangkan kebaikkan kepada semua orang, ia boleh diteruskan jika ia tidak mempunyai unsur bersuka-ria.

"Kementerian boleh mendapatkan pandangan dan rundingan daripada pertubuhan Islam bagi mendapatkan konsep yang wajar yang boleh mendatangkan kebaikkan kepada semua orang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin pula berkata, pihaknya tidak bersetuju jika Ramadan dikomersialkan dengan penganjuran Festival Ramadan.

Bagaimanapun beliau berkata, jika acara itu bertujuan untuk menjalinkan hubungan antarabangsa dan mempunyai fungsi merapatkan ukhuwah untuk kebaikkan, maka ia wajar diadakan.

"Tetapi kalau festival ini untuk 'difestivalkan' maka saya tidak setuju," katanya.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz juga membantah cadangan kementerian pelancongan itu jika majlis yang bakal dianjurkan tidak menghormati bulan Ramadan.

Muhammad Faisal berkata, perkara ini bukan kali pertama terjadi kerana tahun sebelum ini turut diadakan program sedemikian.

"Pada pandangan saya, program yang dianjurkan disifatkan (sebagai) tidak hormat (bulan Ramadan).

"(Festival) bukan baru (malahan) sudah dianjurkan pada tahun-tahun lepas, contohnya konsert yang seolah-olah tidak menjaga sensitiviti umat Islam," katanya.

Beliau berkata, menteri pelancongan seharusnya mempunyai satu panduan yang khusus dalam menjalankan sesuatu program walaupun menteri pelancongan bukan beragama Islam.

~MK~

Naib presiden keempat

Posted: 18 Jun 2010 09:46 AM PDT

Walaupun Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS pusat 10 Jun lalu meluluskan usul agar diwujudkan satu jawatan naib presiden untuk disandang anggota wanita parti itu, namun usul berkenaan tidak mendapat sokongan menyeluruh.

"Muslimat tidak mahu menjadi perjuang padang jarak padang terkukur, belum berjuang sudah tersungkur," jelas exco Muslimat Pas Pusat Aiman Athirah Al-Jundi.

Katanya, cadangan supaya jawatan naib presiden keempat diwujudkan, tidak akan memberi apa-apa manfaat kerana sebelum ini ahli Dewan Muslimat pernah dicalonkan pada tahun 2005 sebagai Naib Presiden dan Pesuruhjaya Negeri tetapi kalah tipis dalam pertandingan jawatan tersebut.

Aiman berkata, ahli Dewan Muslimat boleh memegang mana-mana jawatan naib presiden sama ada satu,dua atau tiga, dan tidak semestinya timbul jawatan naib presiden yang keempat.

"Silap Muslimat, (apabila) tidak berusaha mencalonkan nama untuk jawatan Naib Presiden atau Timbalan Pesuruhjaya Negeri," katanya.

Selain itu, katanya, Dewan Muslimat juga telah mengaturkan strategi agar setiap ketuanya bertanggungjawab dalam memastikan ada ahlinya dicalonkan.

Malahan dalam strategi jangka panjang pula, Aiman berkata mereka sudah menubuhkan 'Gerakan Perubahan Minda Muslimat' yang telah diusulkan kepada Senator Mumtaz Mohd Nawi untuk tindakan susulan.

Gerakan ini ditubuhkan supaya pemimpin Dewan Muslimat yang berkaliber berpeluang memegang jawatan kanan yang bersesuaian dalam PAS.

"Apa saja tindakan diperingkat Muslimat dalam PAS secara langsung memaparkan kematangan Muslimat di peringkat Nasional.

"Tolak (membantah) naib presiden empat kerana nampak seperti menjatuhkan martabat kaum hawa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Aiman menegaskan bahawa ahli Dewan Muslimat tidak mahu diberi kelebihan hanya kerana jantina, tetapi sebaliknya mereka mahu bertanding di padang secara sama rata. Beliau turut memberi contoh seperti jawatan pengarah selalu dipegang oleh lelaki sahaja, walhal wanita juga mempunyai kemampuan yang jauh lebih baik daripada mereka.

"Muslimat mahu menjadikan (parti) hebat serta mempunyai kemampuan dan suatu masa akan berjaya lebih daripada Muslimin," katanya sambil ketawa.

Semasa perbahasan usul itu pada 10 Jun lalu, wakil Selangor, Noraini Hussin, membuat bantahan kerana berpendapat bahawa selama inipun PAS tidak pernah meminggirkan muslimat dalam urusan parti.

"Saya bantah usul ini untuk diterima kerana selama ini PAS telah iktiraf kekuatan muslimat sama dengan naib presiden," katanya.

Noraini berkata kini terdapat 30 peratus penglibatan anggota wanita dalam urusan Pas termasuk dalam soal menggubal dasar parti.

"Malahan muslimat PAS juga terpilih untuk bertanding dalam pilihan raya sehingga menang dan dilantik sebagai ADUN dan juga ahli parlimen," katanya.

~MK~

Coklat Dapat Turunkan Kolestrol

Posted: 18 Jun 2010 09:39 AM PDT

Makan coklat dapat menurunkan tingkat kolesterol tetapi itu hanya berlaku pada sedikit dan hanya pada sebahagian orang, demikian hasil satu analisis.

Dr Rutai Hui dari "Chinese Academy of Medical Sciences" dan "Peking Union Medical College" di Beijing, China, bersama rakannya mendapati coklat hanya membantu orang yang memiliki faktor risiko bagi sakit jantung dan hanya ketika dikonsumsi dalam jumlah yang tak berlebihan.

Makan coklat dalam jumlah sedang mungkin "akan menjadi pendekatan pola makan yang bermanfaat" dalam pencegahan kolesterol tinggi pada beberapa kelompok orang tertentu, demikian kesimpulan para peneliti tersebut di dalam American Jounal of Clinical Nutrition.

Analisis itu dilakukan setelah beberapa pelajar menyatakan coklat mungkin baik bagi kesihatan manusia. Satu analisis yang disiarkan pada akhbar memperlihatkan bahawa di kalangan 19.300 orang, mereka yang makan paling banyak coklat memiliki tekanan darah yang lebih rendah dan menghadapi kemungkinan lebih kecil untuk menderita strok atau serangan jantung selama 10 tahun ke depan.

Namun, seperti analisis baru itu, para peneliti tersebut mengeluarkan peringatan perbezaan dalam konsumsi coklat antara kelompok yang mengkonsumsi coklat paling banyak dan paling sedikit adalah sekitar enam gram, atau sekitar sepertujuh dari batang coklat susu Hershey.

Hui dan rakannya mencari catatan perubatan untuk menemukan analisis yang mengkaji bagaimana coklat mempengaruhi lemak darah, atau lipid, dan menemukan lapan percubaan yang melibatkan 215 orang.

Ketika semua laporan dianalisis secara bersama, para peneliti tersebut mendapati bahawa makan coklat mengurangi tingkat LDL, atau kolesterol "jahat" sampai lima miligram/dL dan mengurangi jumlah kolesterol dalam jumlah yang sama.

Namun coklat tidak memiliki dampak pada kolesterol di dalam tiga analisis kualiti paling tinggi. Analisis lebih jauh memperlihatkan hanya orang yang makan sedikit coklat yang berisi 260 miligram polyphenols, atau lebih sedikitnya lagi mengalami dampak yang menurunkan kolesterol. Orang yang mengkonsumsi lebih banyak coklat tak memperlihatkan dampak tersebut.

Polyphenols adalah zat anti-oksidan yang terdapat pada buah, sayur-mayur, coklat dan anggur putih. Satu batang coklat susu seberat 1,25 ons berisi sebanyak 300 miligram polyphenols. Para peneliti itu juga mendapati bahwa orang yang sehat tak memperoleh dampak yang menurunkan kolesterol dari coklat, tapi orang dengan faktor resiko sakit jantung, seperti diabetes, menyaksikan tingkat kolesterol LDL mereka dan seluruh kolesterol turun sampai delapan miligram/masing-masin dL.

"Penelitian masa depan mesti dipusatkan pada percubaan lebih aktif secara acak dan berkualiti lebih tinggi dengan tindak lanjut lebih lama guna menyelesaikan ketidakpastian sehubungan dengan keefektifan klinik, kata Hui dan pasukannya.

"Lalu kita benar-benar dapat makan coklat tanpa rasa bersalah," kata Hui dan pasukannya sebagaimana dilaporkan oleh Reuters Life.

Penggunaan “MasyaAllah”

Posted: 18 Jun 2010 09:35 AM PDT

Tahukah anda apa erti kalimah "MasyaAllah" dalam bahasa Melayu?

Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkan anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah "MasyaAllah" ini bersesuaian pada tempatnya?

Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar-gambar yang kurang baik, melihat perkara-perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya.

Sebenarnya maksud kalimah "MasyaAllah" ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY.

Mengikut buku "What Do Say" oleh Kathyn Abdullah, kalimah "MasyaaAllah" sesuai digunakan apabila melihat sesuatu yang menarik seperti melihat bayi atau kanak-kanak yang comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya lagi. Pendek kata apa saja perkara baik eloklah kalimah puji-pujian ini digunakan.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau kurang baik seperti yang dinyatakan di atas adalah salah dan tidak sesuai. Sebaliknya lafaz yang sesuai pada ketika itu ialah "Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali).

Shaikh Aiman Bukan Pengganas

Posted: 18 Jun 2010 09:25 AM PDT

Aku singgah sebentar di kedai yang menjual surat khabar, untuk melihat berita muka hadapan. Aku terhenti pada akhbar NST. Aku terdiam, muka depannya memaparkan komplot pengganas kononnya untuk mengebom rumah ibadat bukan Islam di Selangor dan Pulau Pinang. Nama yang dituduh ialah seorang insan yang amat aku kenali, Shaikh Aiman ad-Daqqaq hafizahullah.

Terdiam, aku berjumpa dengan rakan-rakan. Hati kami tidak tenang. Masih segar diingatan aku saat-saat fitnah bermula, pihak UTK menyerbu kuliah Sahih Muslim yang disampaikan oleh Shaikh Aiman ad-Daqqaq.

Rumah yang menjadi tempat lokasi penyebaran ilmu, yang dipenuhi dengan kitab-kitab yang berisi ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis Nabawi ditohmah sebagai pusat pengganas, sebagai pusat melancarakan serangan di seluruh dunia.

Sungguh pendusta wahai kalian yang memberi maklumat kepada pihak polis! Sungguh pendusta kalian yang menulis di dada akhbar! Sungguh kalian pendusta dan akan dipersoal di akhirat kelak, di mahkamah Tuhan Yang Maha Adil. Tangan-tangan kalian yang berdusta, lidah-lidah kalian yang berdusta akan menjadi saksi di atas pendustaan kalian.

Sungguh jika muka hadapan terbalut 1000 pendustaan, kononnya Shaikh Aiman mahu menyerang rumah-rumah ibadat bukan Islam. Isi-isi di dalam pula penuh lagi dengan pendustaan.

Wahai pendusta! Wahai manusia yang zalim! Apakah kalian buta bahawa Shaikh Aiman ad-Daqqaq hafizahullah seorang yang mendakwah kepada Islam yang tulen. Apakah kalian lupa menyelongkar kitab-kitab fatwa di rumah beliau?
Apakah kalian sebenarnya tidak tahu membaca Bahasa Arab sehingga tidak bertemu kitab-kitab tulisah Shaikh Muhammad Bin Saleh al-Uthaimin, Shaikh Ibn Baz, Shaikh al-Albani rahimahumullah! Inilah antara ulama'-ulama' kontemporari yang menjadi sumber rujukan Shaikh Aiman ad-Daqqaq.
Wahai PDRM! Apakah kalian tidak pernah menyemak fatwa-fatwa ulama' ini tentang serangan berani mati?

Inilah kenyataan ulama' yang sering menjadi rujukan Shaikh Aiman ad-Daqqaq. Apakah kalian tidak memeriksa semua ini sebelum melemparkan tuduhan dan fitnah kepada seorang pendakwah?

Atau apakah ada manusia yang menjadi tangan ghaib untuk menghapuskan dakwah tauhid, lalu memainkan isu fitnah. Ya, tangan-tangan ghaib yang pernah memfitnah Ibn Taimiyyah pada zamannya hingga Ibn Taimiyya disumbat ke dalam penjara.
Tangan-tangan ghaib yang dimiliki golongan penyembah kubur, golongan zikir menari, golongan penyebar hadis palsu, golongan yang memusuhi dakwah tauhid dan sunnah. Aku merayu kepada SB-SB yang membaca tulisan aku ini. Jadikanlah kerja kalian ibadah, sungguh kalian sedang memfitnah seorang insan yang tidak berdosa.
Lupakah kalian ketika kalian menyerbu kami, menangkap kami, kami tidak melawan sedikitpun, tidak memaki hamun anggota polis sedikitpun. Kami hanya dengar dan taat kerana kami tahu kalian wahai pihak keselamatan hanya menjaga keamanan dan menjalankan tugas.

Tidak kasihankah kalian kepada ahli keluarga mangsa tahanan fitnah ini. Mereka ada yang mahu menghabiskan Phd, ada yang hampir selesai, ada yang baru memulakan master. Dihantar pulang begitu sahaja, ahli keluarga dibiar terkapai-kapai di Malaysia, dan tiada sedikitpun belas kasihan kalian, membiarkan anak terpisah daripada ayahnya, memisahkan si isteri dari suaminya. Lupakah kalian ini yang kalian lakukan beberapa bulan yang lalu?

Kalian menjadikan si anak yatim sedangkan ayahnya masih hidup. Kalian menjadikan si isteri balu sedangkan suaminya masih hidup. Lupakah kalian!

Setelah mereka semua dihantar pulang. Ya dihantar pulang, kerajaan negara mereka menyambut mereka. Yang Nigeria disambut oleh pihak pemerintah mereka kerana mereka tahu rakyat mereka bukan pengganas. Yang sudah pulang sudah merasa aman.
Si isteri dan anak-anak dihantar pulang atas ehsan wang derma rakyat Malaysia yang mempunyai perikemanusiaan. Kini, ketika mereka tiada di Malaysia, kalian memalu kembali gendang fitnah. Kalian memfitnah mereka di dada-dada akhbar tatkala mereka tak mampu mempertahankan diri mereka.

Wahai pihak keselamatan! Berhati-hatilah kalian dengan pihak penabur fitnah. Ya, perangilah golongan pengganas. Hapuskan mereka yang melakukan keganasan dengan bertopengkan Islam. Tetapi, aku merayu di sini, jangan dihukum mereka yang tak bersalah.
Jangan ditangkap para pendakwah yang tidak tahu memegang pistol apatah lagi M-16. Kalian melakukan kesilapan yang besar! Kalian sedang memfitnah seorang pendakwah yang menentang aliran pengganas yang bertopengkan Islam. Kalian sedang memfitnah seorang pendakwah yang menyeru masyarakat kembali kepada Islam yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam.

Berhati-hatilah kalian dengan pemberi maklumat palsu! Periksalah kitab-kitab yang ada di rumah Shaikh Aiman, periksalah semua kitab-kitab beliau, nescaya kalian tidak menemui seruan membunuh manusia tidak berdosa, kalian tidak akan menemui seruan untuk menyerang rumah-rumah ibadat.

Wahai pembaca sekalian! Aku teringat pada liqa' terakhir [yang juga pertama selepas sekian lama aku tidak hadir ke kuliah beliau] sebelum Shaikh Aiman dimasukkan ke Hospital Tawakal. Seorang yang hadir bertanya isu nama Allah, diceritakan isu serangan ke atas gereja. Kalian mahu tahu apa jawapan Shaikh Aiman?
Kalian mahu tahu apa yang beliau seru? Apa yang ada di fikiran kalian? Kalian fikir dia suruh kami berjihad dan menyerang gereja-gereja? Jika itu fikir kalian, sungguh pemikiran kalian terpesong. Beliau menyeru semua umat Islam bertenang.
Beliau menasihati kami agar menjauhkan diri daripada terlibat dengan hal-hal tersebut. Beliau menasihatkan kami memfokuskan kepada yang lebih penting, menuntut ilmu, berdakwah, dan bukan menyibukkan diri dengan isu perebutan nama Allah antara Kristian dan Islam.
Kalian lihat, ketika isu nama Allah sedang panas, ada gereja dan surau dibakar. Shaikh Aiman ad-Daqqaq menasihati kami agar bertenang, jangan melibatkan diri dengan hal-hal yang tidak berfaedah ini. Kata beliau, isu nama Allah ini hanya menjauhkan umat dari hal-hal yang lebih penting.

Pembaca sekalian. Aku mengenali Shaikh Aiman ad-Daqqaq sejak aku tahun 1 di UIA Gombak. Aku menghadiri kuliah Aqidah Tahawiah beliau. Bila Ramadhan, aku menghadiri tazkirah-tazkirah beliau selepas solat Terawih. Beliau mengajar kitab Adab al-Mufrad yan membicarakan soal adab dan akhlak.

Inikah sosok tubuh yang kalian gelar pengganas. Sungguh aku merayu pada pihak kerajaan, pihak PDRM, hentikan fitnah-fitnah ini. Kalian sedang menzalimi insan-insan yang tidak bersalah. Hanya pada Allah tempat kita berlindung.

Berdoalah agar Allah membukakan hati-hati pemimpin kita untuk menjauhkan diri daripada fitnah ini. Berdoalah agar Allah memberikan petunjuk kepada pihak keselamatan agar yang benar-benar pengganas ditangkap, dan yang tidak bersalah diberi keadilan.
Berdoalah agar Allah memberi hidayah kepada kaum pembuat fitnah, atau jika tidak, berdoalah agar Allah menghancurkan kaum-kaum yang zalim, yang memusuhi Islam dan para pendakwah yang menyeru kepada Islam.

Ya Allah, hanya kepadaMu kami memohon pertolongan.

~muslimz87~

QBB Ghee Contains Pig Lard

Posted: 18 Jun 2010 09:20 AM PDT

Attention: Ms. Tan Poh Hong
CEO
Agri-Food & Veterinary Authority
5, Maxwell Road
Tower Block, MND Complex
Singapore 069110

Dear Madam

We wish to inform your goodself that for years, our consumer group as many other faithful consumers have been using "QQB" Ghee for various delicacies and religious functions without doubt, with full confidence that the said product is manufactured from the milk of dairy cows by its highly reputable manufacturer based in Queensland, Australia.

However, lately, we found that although the colour and aroma had now varied much, the taste seemed to be somewhat different. Therefore, we investigated this matter and concluded the following matters:

· Its manufacturer Butter Producers' Co-operative Federation Ltd (BPCF) addressed as No. 489, Kingsford Smith Drive, Hamilton, Brisbane, Australia had ceased operations in September 2006 and was no longer listed in the website of Australian trade authority being http://www.austrade .gov.au/. In fact the satellite picture as the website http://maps. google.com shows that the following site is vacant land.

· Printed on the tin is that the said product is manufactured from milkfat of dairy cows of Australia and in even smaller and rather unclear script, it is mentioned that its manufacturer is Q.B.I. Packaging Sdn Bhd, No. 19, Lorong Keluli 1C, Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan, 41050 Shah Alam, Selangor DE., Malaysia and that the said product is manufactured under license from QBB (Pte.) Ltd., Singapore.

· QBB Pte Ltd.., Singapore was originally the sole agent for "QBB" Ghee for Malaysia, Singapore and Brunei and it is not clear whether at the time when BPCF ceased operations in 2006, the "QBB" trademark rights were transferred from BPCF to QBB Ptd Ltd., Singapore. We suspect that Q.B.I. Packaging Sdn Bhd and QBB Ptd Ltd., Singapore are together carrying an act of piracy i.e. producing and selling a product whose legitimate manufacturing and sales rights were not transferred to them by its original manufacturer BPCF who was since wound up.

· The report of an analysis conducted by a reputable food technology laboratory in Australia on the contents of a 2-lb tin of this product, where the said tin was taken from Malaysia to Australia by one of our group members, mentions the following:-
"This product constitutes of decolorized and deodorized lard (pig fat) in semi-solid state with permitted additives giving the product color, flavor and aroma similar to that of pure ghee color, flavor and aroma." (Original report is with the sender of this letter).

Therefore, our consumer group had to boycott the use of this product as:-

a) Our muslim members cannot use this product as it is haram by religion
b) Our Hindu and Sikh members cannot use this product for burning of ghee lamps, religious functions or for preparing sweetmeats as places of worship which forbid the use of any animal oil/animal fat.
c) Our vegetarian friends who only consume vegetarian diet cannot consume the said product.

We believe that the "QBB Ghee" sold in Malaysia, Singapore and Brunei ever since BPCF closed down, is a product which is violating the related laws on the principle of "misrepresentation of label". Therefore we hope that your goodself will take the appropriate action to stop the sale of this product.

Thanking you.

Letter signed by Mohd Kadir bin Mohd Karim (I/C No. 601223-10-6157)
Secretary of Kumpulan Konsumer Satu Malaysia (KKSM)

Note: Copy of this letter and analysis report sent to
YAB Tan Sri Dato' Seri Abd. Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor DE.

Dakwa mereka yang cuba burukkan Islam

Posted: 18 Jun 2010 09:19 AM PDT

Ketua Polis Negara digesa mendedahkan nama pengganas dan mendakwa mereka ke mahkamah atau didakwa "merekacipta dan menyiarkan kenyataan palsu untuk memburuk-burukkan Islam dan umat Islam di negara ini."

Pengerusi kumpulan hak asasi manusia, Citizens International, S. M. Mohamed Idris dalam kenyataannya mengutuk sekeras-kerasnya propaganda hitam yang didedahkan oleh unit Polis Indonesia Detachment 88 dan disiarkan dalam media tempatan dengan tajuk utama yang menonjol bahawa ulama Indonesia yang dihormati Abu Bakar Bashir didakwa membantu membiayai dan menyokong sarang pengganas bersenjata di Acheh.

Kini, polis Malaysia pula mendakwa kononnya "pengganas merancang untuk memusnahkan kuil Batu Caves di Kuala Lumpur dan kuil Kuan Yin di Air Itam, Pulau Pinang.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan kenyataan polis itu dan mendesak agar kalau ada, mereka didakwa segera.

"Ketua Polis Negara Malaysia juga mestilah menjelaskan mengenai laporan berita dalam akhbar harian tempatan bahawa "pengganas merancang untuk memusnahkan kuil Batu Caves di Kuala Lumpur dan kuil Kuan Yin di Air Itam, Pulau Pinang." kata SM Idris.

'Pengganas' itu didakwa kononnya mempunyai hubungan dengan Al Qaeda dan Jemaah Islamiah, organisasi yang dilabelkan oleh Amerika Syarikat sebagai pertubuhan pengganas Islam.

Berita itu dipetik daripada 'sumber perisikan' yang tidak mendedahkan nama mereka dan ini merupakan taktik yang sering digunakan oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) dan Mossad Israel untuk menyebarkan propaganda hitam dalam media bagi memburuk-burukkan lagi imej Islam dan para penganutnya.

Lebih menarik lagi sasarannya adalah kuil Hindu yang menjadi tempat suci bagi orang India dan kuil Buddha bagi orang Cina, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Ia merupakan cara yang paling baik untuk menyalahkan Islam dan umat Islam sebagai pembekal keganasan di mata pengikut kedua agama ini.

"Berita" yang amat membimbangkan ini melainkan disokong oleh bukti yang konkrit akan menimbulkan ketegangan antara orang Islam, Hindu dan Buddha," kata SM Idris.

Menurut SM Idris, Detachment 88 diwujudkan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan Australia yang menyediakan biaya dan latihan untuk pegawainya.

Atas alasan untuk memerangi keganasan, ia hanyalah merupakan alat kerajaan asing untuk mendakwa orang Islam yang berjuang untuk mempertahankan maruah umat Islam dan kedaulatan negara Indonesia.

Abu Bakar Bashir, kata kenyataan itu, menjadi penghalang kepada Indonesia untuk menjadi negara yang tunduk kepada Amerika Syarikat dan juga kepada ejennya yang menyalahtafsirkan ajaran Islam dan mengutuk penentangan oleh umat Islam terhadap dominasi dan hegemoni asing.

Kerajaan Amerika Syarikat dan Australia, melalui ejen mereka di dalam pasukan polis, pentadbiran dan media cuba untuk membabitkan Abu Bakar Bashir dalam aktiviti keganasan, dakwa SM Idris lagi.

"Mereka mereka-rekakan bukti untuk mengaitkannya dengan pengeboman Bali yang tidak dapat dipertahankan terhadap penelitian mahkamah. Beliau didakwa sebagai pengkhianat tetapi dibebaskan kerana kekurangan bukti.
"Bagaimanapun, beliau didapati bersalah kerana melanggar peraturan imigresen dan dipenjara tiga tahun, jelas untuk memuaskan kerajaan Amerika Syarikat dan Australia tetapi mereka masih tidak berpuas hati dan mengkritik keputusan itu dan menekan kerajaan Indonesia supaya bertindak ke atasnya," katanya dalam kenyataan itu.

Sekali lagi, tambah SM Idris yang juga Pengerusi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Detachment 88 dilihat mereka-rekakan bukti terhadap Abu Bakar Bashir untuk memenjarakannya bagi memuaskan hati mereka.

"Kami menggesa Pejabat Peguam Negara Indonesia agar tidak terperangkap dengan Detachment 88 dan agensi perisikan Amerika Syarikat dan Australia dan mendakwa ulama yang amat dihormati itu.

"Tindakan seperti itu adalah bertentangan sama sekali dengan berjuta umat Islam dan bukan Islam yang amat menghargai keadilan," katanya.

~harakah~

Kemuka bukti atau dakwa penyebar berita

Posted: 18 Jun 2010 09:18 AM PDT

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan digesa mendedahkan nama pengganas dan pertubuhan mereka jika terdapat bukti, mereka cuba menyerang tempat ibadat bukan Islam di negara ini.

Pengerusi kumpulan hak asasi manusia, Citizens International, SM Mohamed Idris dalam kenyataannya berkata jika tidak ada bukti terhadap jenayah itu, mereka yang menyebarkan berita palsu berkenaan dengan tujuan untuk memburuk-burukkan Islam perlu diseret ke mahkamah.

"Kami menggesa Ketua Polis Negara supaya mendakwa mereka (pengganas) di mahkamah jika terdapat bukti yang menyokong dakwaan bahawa mereka merancang untuk memusnahkan kuil itu.

"Jika tidak terdapat bukti terhadap jenayah yang didakwa itu, maka mereka yang bertanggungjawab mereka-rekakan dan menyiarkan kenyataan palsu untuk memburuk-burukkan Islam dan umat Islam itu hendaklah dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Dalam laporan media arus perdana hari ini dilaporkan kononnya pengganas merancang untuk memusnahkan kuil Batu Caves di Kuala Lumpur dan kuil Kuan Yin di Air Itam, Pulau Pinang.

"Berita itu dipetik daripada 'sumber perisikan' yang tidak mendedahkan nama mereka dan ini merupakan taktik yang sering digunakan oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) dan Mossad Israel untuk menyebarkan propaganda hitam dalam media bagi memburuk-burukkan lagi imej Islam dan para penganutnya," kata Mohamed.

'Pengganas' itu didakwa kononnya mempunyai hubungan dengan Al Qaeda dan Jemaah Islamiah, organisasi yang dilabelkan oleh Amerika Syarikat sebagai pertubuhan pengganas Islam.

Mohamed berkata menurut sumber itu, lebih menarik lagi sasarannya adalah kuil Hindu yang menjadi tempat suci bagi orang India dan kuil Buddha bagi orang Cina.

"Ia merupakan cara yang paling baik untuk menyalahkan Islam dan umat Islam sebagai pembekal keganasan di mata pengikut kedua-dua agama ini."

Berita yang amat membimbangkan ini, katanya, melainkan disokong oleh bukti yang konkrit, akan menimbulkan ketegangan antara rakyat pelbagai kaum di negara ini. Beliau juga memberi contoh - Detachment 88 - yang diwujudkan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan Australia dengan menyediakan peruntukan dan latihan untuk pegawainya.

Atas alasan untuk memerangi keganasan, Mohamed berkata ia hanya merupakan alat kerajaan asing untuk mendakwa orang Islam yang berjuang untuk mempertahankan maruah ummah dan kedaulatan negara Indonesia.

~MK~

Apa Jadi PAda Felda selepas Najib ambil alih?

Posted: 18 Jun 2010 09:17 AM PDT

Datuk Zaid Ibrahim meminta kerajaan menjelaskan berhubung beberapa syarikat berkaitan Felda yang telah ditutup dalam tempoh lima tahun terakhir semenjak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil alih Felda.

"Syarikat-syarikat berikut telah ditutup: Felda Karet, Sutera Jaya dan Felda Herbal. Harus ada penjelasan terperinci kenapa ianya ditutup dan apakah hal ini disebabkan kelemahan pengurusan," ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR mendakwa penjelasan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung kejatuhan sumber kewangan Felda tidak jelas dan boleh dipertikai.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, kenyataan Datuk Ahmad Maslan Ahmad di Dewan Rakyat Rabu lalu juga tidak menyentuh keuntungan pelaburan yang diperolehi Felda.

"Dia gagal untuk menjelaskan nilai keuntungan Felda melalui pelaburan selain menggunakan wang tersebut untuk 'tujuan kesejahteraan', seperti yang dinyatakan," katanya.

Felda mengalami kejatuhan sumber kewangan sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

Rabu lalu, Ahmad ketika menjawab soalan di parlimen memberitahu, kejatuhan nilai kewangan Felda dari RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009 adalah kerana digunakan untuk tujuan kebajikan.

RM2 bilion, jelasnya untuk penanaman semula tanaman, RM603 juta untuk pinjaman rumah tanpa faedah, RM253 juta bagi tabung pembasmian kemiskinan Sabah dan RM662 juta diperuntukkan untuk pembangunan ibupejabat baru Felda.

Menurut Zaid, jumlah RM2 bilion untuk penanaman semula adalah besar dan Ahmad sewajarnya memberi penjelasan lebih terperinci.

"Timbalan Menteri harus memperincikan bagaimana RM2 bilion diperuntukkan termasuk jumlah peneroka yang terlibat, luas kawasan dan adakah ianya termasuk wang pendapatan penduhuluan untuk para penduduk dalam program ini dan apakah ianya menggunakan kaedah penanaman yang standard.

Beliau juga turut mempersoal bagaimana RM253 juta yang dinyatakan oleh timbalan menteri untuk dana pemberantasan kemiskinan Sabah.

"Adakah wang tersebut disalurkan terus kepada penduduk miskin, atau apakah itu disalurkan kepada kerajaan negeri Sabah yang kekurangan wang?

"Jika ini dianggap 'kesejahteraan masyarakat', kita harus bertanya apakah tugas wajib Felda dan adakah termasuk membantu kerajaan BN yang kekurangan wang," katanya lagi.

Berhubung ibu pejabat baru Felda di Taman Platinum pula, Zaid mempertikai mengapa Felda perlu membayar 40% deposit (berbanding asal 10%) kepada Naza TTDI untuk bangunan baru itu yang bernilai RM662 juta.

Turut dituntut penjelasan berhubung jumlah sejumlah RM4 juta ke RM5 juta dihabiskan untuk kemudahan Felda Football Club.

"Saya menyeru Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak untuk melepaskan Felda dan membiarkan organisasi profesional ini dikendalikan secara telus," katanya.

~harakah~

Kaji semula GSA tindas peneroka

Posted: 18 Jun 2010 09:15 AM PDT

Kerajaan Barisan Nasional diseru menyemak dan meneliti semula Akta Kawasan Tanah Berkelompok 1960 (GSA) kepada peneroka tanah rancangan Felda kerana ia dilihat menindas peneroka dan menguntungkan pihak pengurusan Felda semata-mata.

Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-10 di Dewan Rakyat semalam berkata, terdapat perkara berbangkit yang menimbulkan rasa tidak puas hati peneroka selepas 50 tahun kewujudan akta itu.

Antaranya mengenai keengganan Felda menyerahkan 10 ekar tanah seperti yang dijanjikan kepada peneroka meskipun hutang mereka sudah dilangsaikan. Perkara berkenaan pernah dibangkitkan pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman sebelum ini.

"Ada beberapa persoalan berbangkit selepas 50 tahun akta ini berjalan. Di antara perkara utama ialah apabila bayaran balik sudah dibuat peneroka, beberapa polisi baru dilihat telah digubal semula oleh pihak Felda yang telah menyebabkan hak milik 10 ekar tanah tidak diberi sepenuhnya kepada peneroka.

"Felda seolah-olah ingin mengekalkan peneroka sebagai pekerja mereka dan mereka mengaut keuntungan yang besar tanpa mempedulikan banyak hak dan kebajikan peneroka," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat.

Selain itu, turut dibangkitkan beliau mengenai kegagalan Felda memberi wang tanam semula yang dicarum peneroka sejak mereka mula menyertai tanah rancangan lagi dan enggan menyerahkan urusan tanam semula kepada mereka.

"Beberapa pihak mempersoal tentang tabung tanam semula yang dicarumkan para peneroka selama dua puluh tahun mereka menyertai rancangan Felda. Ada masalah berbangkit apabila dikatakan bahawa Felda urusan tanam semula kepada mereka sendiri dan dianggarkan berlaku di seluruh Felda seluruh negara.

"Begitu juga ada peneroka yang telah menyerahkan ladang mereka untuk ditaman semula oleh Felda tapi wang caruman hanya dibayar separuh dan separuh lagi kononnya untuk input pertanian.

"Walaupun sudah diberikan hak milik, kenapa mereka masih belum diberi kuasa untuk menjual dan menguruskan sendiri ladang-ladang mereka ini?" soalnya.

Beliau turut mempersoal mengenai kewujudan tanah rancangan di bawah Felda Plantations yang bertentangan dengan akta GSA.

"Dalam akta GSA hanya ada dua jenis pemilikan tanah iaitu pemilikan individu peneroka ataupun melalui koperasi yang diluluskan oleh Felda. Yang berlaku sekarang terdapat banyak tanah yang dicatatkan di sini, Felda Plantations mempunyai ladang seluas 3,800 hektar di seluruh negara.

"Jadi ini bertentangan dengan akta yang dibentangkan di peringkat awal dan sekiranya Felda Plantations ini diberikan kepada peneroka, hampir 80 ribu orang peneroka baru akan mendapat manfaat.

"Ada beberapa pihak membangkitkan tentang tidak sahnya dan terbatalnya pemilikan oleh Felda Plantations ini yang bercanggah dengan akta GSA yang hanya membenarkan pemilikan dalam bentuk individu dan koperasi," katanya.

Rabu lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata Kerajaan tidak bercadang mengkaji semula Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 bagi membolehkan tanah yang diberikan kepada Felda Plantations diambil kembali dan dimanfaatkan untuk penempatan generasi kedua.

Beliau terus mempertahankan akta GSA dengan alasan untuk kepentingan peneroka kerana dapat mengelakkan pemecahan tanah yang akhirnya membawa kepada saiz kecil yang tidak ekonomik dan mengelakkan daripada tanah tergadai.

~harakah~

Najib perlu lepaskan Felda

Posted: 18 Jun 2010 09:14 AM PDT

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menuntut supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan cengkamannya ke atas Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi membolehkan organisasi itu diuruskan secara telus dan profesional.

Bekas menteri di jabatan perdana menteri itu juga menuntut supaya penjelasan lanjut diberikan berhubung kemerosotan jumlah rizab tunai Felda yang menjunam daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada tahun lalu.

Zaid meminta supaya penjelasan lanjut diberikan terhadap jawapan timbalan menteri di jabatan perdana menteri (JPM) Datuk Ahmad Maslan di Dewan Rakyat bahawa jumlah rizab berkenaan susut sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

"(Ahmad Maslan) gagal menjelaskan apa hasil yang boleh diperolehi Felda melalui pelaburannya, sebaliknya menggunakan wang tersebut untuk berbelanja sakan untuk 'tujuan kebajikan', seperti yang ditakrifkan.

"Me
nteri itu sendiri, bukan timbalannya, yang patut memberikan jawapan ini di Parlimen. Akauntabiliti awam adalah paling utama apabila duit pembayar cukai digunakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara yang dibangkitkan oleh Zaid ialah bayaran pendahuluan sebanyak 40 peratus kepada syarikat pemaju Naza TTDI untuk membina ibu pejabat baru lembaga itu, dengan kos keseluruhan RM662 juta.

Sedangkan, kata Zaid lagi, bayaran deposit pada kebiasaannya hanya pada kadar 10 peratus sahaja.

"(Ahm
ad Maslan) juga tidak mendedahkan mengapa harga (RM662 juta) itu sangat tinggi berbanding harga pasaran," katanya lagi.

Tambahnya, Felda juga telah menutup tiga buah syarikat yang dikuasainya - Felda Rubber, Sutera Jaya dan Felda Herbal, dalam tempoh lima tahun lalu.

"Sepatutnya ada penjelasan terperinci mengapa penutupan dibuat, dan sama ada tindakan ini disebabkan salahurus yang lebih teruk," katanya.

Katanya lagi, penjelasan juga perlu dilberikan berhubung perbelanjaan antara RM4 juta sehingga RM5 juta untuk menganjurkan pertandingan futsal dan sokongan kepada Kelab Bolasepak Felda.

"(Se
dangkan), kebanyakan persatuan bolasepak kebangsaan mengurangkan perbelanjaan untuk pasukan mereka, termasuk pasukan yang layak ke Piala Dunia," katannya.

Zaid juga berkata, perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk program tanaman semula Felda adalah satu jumlah yang terlalu besar bagi program tersebut.

Katanya lagi, kerajaan perlu mendedahkan jumlah peserta rancangan terlibat, keluasan tanah, bayaran sara diri dan pendahuluan pendapatan kepada peserta program berkenaan.

Selain itu, turut dibangkitkannya ialah dana sebanyak RM253 untuk program pembasmian kemiskinan di Sabah.

"Timbalan menteri tidak menjelaskan bagaimana RM253 juta itu disalurkan, atau memperincikan semua penerimanya.

"Adakah wang tersebut disalurkan terus kepada peserta miskin, ataupun disalurkan kepada kerajaan negeri Sabah yang sedang pokai?" soalnya.

~MK~

Felda perlu disiasat

Posted: 18 Jun 2010 09:11 AM PDT

Pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong yang juga timbalan menteri tanah dan pembangunan koperasi sehingga tahun 2004 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan salahurus dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Beliau yang menemani ahli parlimen Klang, Charles Santiago membuat laporan ke SPRM berhubung kemerosotan rizab tunai Felda yang menjunam daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada tahun lalu.

Dalam aduannya, Santiago meminta SPRM menyiasat penjelasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan bahawa jumlah rizab tunai Felda susut sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

Ahmad dalam jawapannya di Dewan Rakyat pada 16 Jun berkata, walaupun jumlah rizab berkurangan, nilai aset yang dimiliki oleh Felda tetap meningkat. Ahmad juga berkata, rizab tunai tersebut digunakan untuk program kebajikan peserta rancangan dan juga untuk membina ibu pejabat Felda yang baru.

Sementara itu, Tan yang pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri di kementerian yang bertanggungjawab ke atas Felda berkata, bangunan baru berkenaan bertaraf "lima bintang" dan terletak bersebelahan Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura.

Felda, katanya, telah membayar pendahuluan sebanyak RM230 juta kepada Naza TTDI, pemaju yang bertanggungjawab membina bangunan baru dengan kos RM662 juta. Beliau juga mendedahkan bahawa wujudnya satu rancangan pada 2006 untuk menggantikan ibu pejabat Felda sedia ada di atas tapak yang sama di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Rancangan itu akan hanya membabitkan kos pembinaan RM220 juta kerana tanah itu dimiliki Felda sendiri, kata Tan yang berkhidmat di kementerian tanah dan pembangunan koperasi sehingga tahun 2004.

"Tender untuk meruntuhkan bagunan lama telahpun dibuka," katanya dalam ketika bercakap kepada wartawan di perkarangan pejabat SPRM hari ini.

"Perdana Menteri (pada ketika itu) Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah bersetuju untuk merasmikan majlis pecah tanah itu," katanya lagi.

Beliau seterusnya mempertikaikan apa perlunya bangunan baru itu dibina dengan kos RM662 juta, sedangkan ia boleh dibina dengan satu pertiga daripada kos berkenaan.

~MK~

Tiada ulasan: