al-brangi |
- Ramadhan Di'dagang''kan?
- Kucing Istimewa......al-Nantunya namanya.....
- Katak-katak memanggil-manggil hujan
- Umno......jangan ingkar titah Sultan
| Posted: 18 Jun 2010 09:45 PM PDT Ramadhan bukanlah satu komoditi......tapi ia adalah mengenai ta'budi.....ia bukan untuk tujuan perdagangan.....jauh sekali untuk tujuan pelancongan.Ramadhan melatih membulatkan hati kepadaNYA......bukan MERENCONG jauh daripadaNYA. al-brangi: Begitulah apabila sesuatu urusan diberi kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran. [sumber .] |
| Kucing Istimewa......al-Nantunya namanya..... Posted: 18 Jun 2010 06:40 PM PDT Saya ada seekor kucing jantan yang sangat cun. Namanya al-Jantani.Bulunya tebal macam karpet Parsi. Saya ada beli seekor kucing Parsi betina yang sangat cantik, mempunyai sepasang mata galak yang biru menawan untuk dikahwinkan dengan al-Jantani. Bulunya sangat gebu dan putih melepak, menarik setiap mata memandang......menjadi rebutan si kucing-kucing jantan lain. Saya bertanyakan kawan-kawan akan nama yang sesuai untuk dipadankan dengan kecantikannya serta sesuai dengan nama pasangannya al-Jantani. Ada yang mencadang al-Wan-Malazinya......ada yang syorkan al-Betinanya......ada yang rekomen al-Umconya.....ada yang beri al-Fulusnya......al-Feldanya......al-Darbynya...... al-Autarnya.....al-Habislonya......al-Sibunya......al-Samynya......al-Soileknya......al-VeeCeeDeenya Namun satu pun tak berkenan di hati......sehinggalah satu petang datang seorang tua yang mengusulkan nama al-Nantunya yang membawa maksud itulah kucing si'menantu'nya. Maka di hari perkahwinannya kucing itu, orang tua itu mengisytiharkan Kucing Istimewa itu diberi nama Al-Nantunya.....Maka sehingga saat ini, kucing al-Nantunya menjadi popular amat.....meniti dari bibir ke bibir akan pujiannya. Sekelip mata menjadi masyhur di seluruh Kampong dan Pekan......seluruh Bandar dan Negeri......sehingga ke Satu Dunia. |
| Katak-katak memanggil-manggil hujan Posted: 18 Jun 2010 07:00 AM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim disarankan tidak perlu buang masa melayan rengekkan katak-katak hingusan itu.Ini bukan masa nak bergurau senda, nak buang masa macam katak-katak tu berendam bersenang lenang di tepian parit menyejukkan diri. Katak-katak tu terpaksa melompat mengikut alunan muzik yang telah diputar oleh tuannya. Mereka terpaksa diheret ke hulu ke hilir......apakan daya.....hidung dah dicucuk tali......alahai..... Kita tak ada masa nak tunjuk bukti RM2.0 juta atau nak bercakap-cakap pasal video lucah yang tidak wujud itu......kita serah kepada rakyat 'melayani' mereka..... nun di depan sana banyak lagi tugas mencabar yang perlu kita layani. PRU13 sudah hampir......gendang perang sudah terasa hampir sangat dengan gegendang telinga. [sumber .] |
| Umno......jangan ingkar titah Sultan Posted: 18 Jun 2010 03:45 AM PDT Umno patut pasang telinga betul-betul, jangan buat pekak badak pulak......bukak mata luas-luas, jangan buat-buat tidur pulak.....ambik pesanan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang menitah agar dibendung ajaran sesat supaya ia tidak menular sehingga merosakkan akidah umat Islam. Menghalalkan judi yang telah diharamkan oleh Islam adalah sesat yang amat nyata. Apalah kita manusia yang serba lemah ingin menggunakan aqal yang terbatas untuk berhelah dengan ketetapan Agama. [sumber .] |
| You are subscribed to email updates from al-brangi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.