al-banjari online 2010 |
- LL4GAZA - "..di Malaysia umat islam dibedil Umno..! "
- LL4GAZA - NAZI era baru !
- LL4Gaza - Seruan membaca Qunut Nazilah
- 12 rakyat Malaysia di Mavi Marmara
- Gaza : Saidina Othman dibunuh ?
| LL4GAZA - "..di Malaysia umat islam dibedil Umno..! " Posted: 01 Jun 2010 02:53 AM PDT Di Gaza umat islam dibedil siang dan malam oleh Israel, di Malaysia umat islam dibedil oleh umno, mana ulamak yang nak kepada islam, tunggu ajer masa untuk dibedil oleh orang islam sendiri.Masa kian suntuk.., yahudi makin kuat bergembira. Umat islam menderita. Jahanam Israel. Jahanam UPCO. Apa khabar Umno? ![]() FTZ - Hari ini dunia dikejutkan dengan tindakan israel membedil kapal kapal yang membawa bekalan makanan dan ubatan ke gaza. nampakanya kekejaman israel tiada tolok banding. umat manusia seluruh dunia bangkit menentang kekejaman israel tapi israel tetap angkuh dan bongkak kerana adanya syaitan besar dibelakangnya. Di malaysia ada watak badut dalam nak mengajurkan demostrasi mengikut acuan jakim. boss besar jakim mahu sesiapa yang mahu menganjurkan demostrasi perlu mendapat kebenaran jakim, pihak berkuasa negeri dan juga pihak polis. nak tunjuk perasaan pun anti israel kena ambik permit dulu kalau permit tak lulus tak boleh buat demo. jakim dah semakin jakun dalam hal macam ini, kalau dah pengecut sangat janganlah buat kenyataan bangang. buat kenyataan tentang hal judi lagi baik ni senyap je. Di gaza umat islam dibedil siang dan malam oleh israel, dimalaysia umat islam dibedil oleh umno, mana ulamak yang nak kepada islam akan dibedil oleh orang islam sendiri. pemimpin islam membedil sesama sendiri, apa yang tak kena dimata dan fikiran mereka mereka akan membedil. Betapa bangangnya penulis menghentam kepada pemimpin yang mahukan kepada islam tapi hanya berlaku sedikit kekeliruan dan telah dijawab tapi masih lagi mahu menghentam sesama islam. Betapa jahatnya pemikiran umat islam waktu ini, umat islam merasakan hanya dialah saja memiliki kebenaran, mengamalkan politik kebangangan. kalau tak betul kena diperbetulkan dengan mata pena. dulu dengan pedang sebagaimana sahabat nak membetulkan saidina umar. Umat islam perlu bersatu. Lupakan sedikit kekeliruan ciptaan musuh. Rapatkan saf dan luruskan barisan untuk menghadapi musuh yang nyata. islam dah tak boleh lagi berpecah lagi. Masa bertaut dah perlu. Umat islam perlu kembali segera kepada islam. tidak perlu lagi kepada pemikiran yang mengikut kebodohan pemikiran. Yang penting sekarang umat islam perlu bersatu, bukannya meluahkan apa yang tidak perlu sangat. menulis benda yang sama setiap hari. tiada apa yang perlu dipanjangkan lagi. Masa dah suntuk yahudi dah makin bergembira. Umat islam makin menderita. (sumber) |
| Posted: 01 Jun 2010 01:14 AM PDT Terbitan foto-foto yang sempat dipetik dari Astro Awani. Dibawah insiden komando brutal Israel ketika melepaskan tembakan yang membunuh rakan jurukamera media Turki. Tembakan tepat dikepala. ![]() [II] - Solat Hajat dan bacaan Qunut Nazilah ebelNEWS - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru masjid dan surau di seluruh negara menganjurkan solat hajat dan bacaan qunut Nazilah malam ini bagi mendoakan keselamatan semua sukarelawan yang terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berharap solat hajat itu dapat diadakan serentak selepas solat Maghrib hari ini dan diteruskan selepas solat Jumaat ini. "Pendekatan (solat hajat) itu perlu dilaksanakan segera bagi memohon perlindungan Allah kepada sukarelawan terbabit sama ada yang beragama Islam dan bukan Islam daripada kekejaman rejim Israel," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keganasan tentera Israel terhadap sukarelawan yang menaiki kapal "Mavi Marmara" yang terlibat dalam misi "Flotila Kebebasan" bagi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza. Wan Mohamad juga menasihatkan mana-mana pihak yang berhasrat mengadakan perhimpunan bagi menzahirkan rasa marah mereka terhadap keganasan tentera Israel itu supaya terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Jakim, pihak berkuasa agama negeri serta polis. "Kita boleh melahirkan rasa marah dan berhak merasa marah kepada pihak yang zalim. Bagaimanapun tindakan kita hendaklah selari dengan peraturan dan undang-undang sedia ada. "Reaksi rakyat Malaysia khususnya masyarakat Islam sewajarnya melambangkan kematangan kita dalam menangani isu yang mencabar ini," katanya. — Bernama |
| LL4Gaza - Seruan membaca Qunut Nazilah Posted: 31 May 2010 09:32 PM PDT Seruan Lisan Sekretariat Blogger PAS Perak menyeru seluruh blogger-blogger dibawah naungannya serta semua sahabat-sahabat baik tidak kira apa jua lambang dan dokongan politik agar berusaha melakukan Qunut Nazilah di dalam solat fardhu buat saudara-saudara kita yang sedang berhadapan dengan anjing-anjing Yahudi. Doakan kemusnahan buat tentera-tentera Israel. Seruan lisan ini memohon agar dapat dilakukan bacaan Qunut Nazilah pada setiap rakaat akhir solat 5 waktu dan seruan ini berkuat kuasa SERTA MERTA mulai hari ini. Moga Allah memberikan kemenangan kepada Islam. albanjari Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak Lujnah Penerangan PAS Neg. ![]() Ringkasan beberapa kaedah/ |
| 12 rakyat Malaysia di Mavi Marmara Posted: 31 May 2010 04:00 PM PDT Difahamkan Israel akan menahan semua para aktivis Freedom Flotilla. Aktivis yang cedera kini dirawat di Haifa, termasuk yang meninggal dunia, ada aktivis yang mati ditembak di kepala. Buat masa ini Israel tidak mahu mengeluarkan apa-apa keterangan berkaitan insiden tersebut. Selain itu sumber Awani memaklumkan bahawa 12 rakyat Malaysia yang terlibat di dalam misi LL4Gaza berada di atas kapal tersebut. Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang "Mavi Marmara" milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa kelmarin.
Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan. Foto Ashwat bin Ismail ketika membuat lintas langsung 2 hari lalu dari Mavi Marmara. Lagi foto dibawah yang dipetik dari AwaniTV.![]() |
| Gaza : Saidina Othman dibunuh ? Posted: 31 May 2010 02:30 PM PDT " ..Konvoi ini bukan konvoi tentera. Ia konvoi damai. Ia bukan membawa alatan senjata. Ia konvoi menyambung nyawa manusia. Jangan diharap pada Amerika! jangan diharap pada PBB. Umat Islam mesti mengembelingkan tenaga membina kegerunan Yahudi yang bermaharajalela dan membabi buta !.." JAHANAM ISRAEL ! Umat Islam telah jemu mendengar kekesalan dari mulut pemimpin mereka. Telinga ini sudah tidak mampu menndengar kesedihan disebalik wajah hipokrit dan dayus! Mereka yang ditahan mesti dibebaskan. Dengan apa cara sekalipun. Mereka yang dibunuh mesti dituntut bela.! Masih terlintas ingatan apabila rombongan Rasulullah cuba ditahan dalam perjalanan untuk berumrah. Rombongan Rasulullah ialah rombongan damai. Tiada senjata atau tujuan membuat serangan selain ibadah kepada Allah. Namun apabila berita Saidina Usman dibunuh, para sahabat lantas berbaiah menuntut bela. Namun akhirnya kuffar itu mengalah setelah mendengar semangat dan daya juang para sahabat. Sedikit persamaan boleh difahami dari kisah rasulullah, ia tak serupa...hakikat pengajarannya tetap besar nilainya. ![]() |
| You are subscribed to email updates from al-banjari online 2010 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan