Isnin, 9 Januari 2017

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] PAS Yang Bersekongkol Dengan UMNO, Dituduhnya AMANAH..

Posted: 09 Jan 2017 01:53 AM PST

UMNO TAJA CALON AMANAH - MELAWAK KE APA PAS NI?

Kata Pas, parti Amanah mungkin akan bekerjasama dengan UMNO bagi menjatuhkan kerajaan Kelantan dalam pilihanraya umum akan datang.

Naib Presiden Pas, Mohd Amar Abdullah memberitahu, kemunculan Amanah di kawasan marginal Pas sedikit sebanyak boleh menjejaskan usaha parti itu mempertahankan kerusi-kerusi tersebut.

"Amanah mungkin akan bekerjasama dengan UMNO untuk menumbangkan kerajaan Pas di Kelantan seperti yang pernah dilakukan oleh Berjasa pada 1978 dahulu,


"Kemungkinan itu tidak boleh ditolak, boleh jadi UMNO taja calon-calon Amanah di kawasan-kawasan yang mereka anggap boleh menang," ujarnya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Melawak ke apa Pas ini?

Macam mana UMNO boleh menaja calon-calon Amanah sedangkan Amanah adalah komponen rasmi Pakatan Harapan?

Amanah tidak berunding dengan UMNO untuk memutuskan kawasan mana yang akan ditandinginya, sebaliknya akan berbuat demikian bersama rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan dan juga Bersatu.

Jadi, bagaimana tajaan boleh diberikan dan UMNO boleh menentukan kawasan mana Amanah perlu bertanding?

Kalau pun UMNO mahu menaja Amanah, bermakna mereka kena berunding sama dengan Pakatan Harapan dan Bersatu yang terang-terang berjuang mahu mengalahkan UMNO itu sendiri.

Bukankah ia amat-amat mustahil untuk dilakukan?

Sebaliknya, yang mungkin ditaja oleh UMNO ialah mereka yang bersendirian dan tidak terikat dengan mana-mana gabungan seperti Pas itu sendiri.

UMNO bukan saja boleh memberi tajaan kepada Pas, secara langsung mahupun tidak langsung, tidak saja di Kelantan bahkan juga di kerusi-kerusi Parlimen di seluruh negara pada pilihanraya akan datang.

Logiknya, hanya orang yang bersendirian "lebih mudah untuk dipikat", "diajak berdating" dan "berkahwin", sama ada secara rasmi atau senyap-senyap di Thailand berbanding mereka yang sudah ada "pasangan atau gandingan rasmi" serta diketahui ramai pula statusnya.

Lawak kan?

Tapi cari lawak lainlah, Ustaz Mohd Amar!!-shahbudindotcom


VIDEO BERKAITAN







FEATURED ADS



Tiada ulasan: