Ahad, 8 Januari 2017

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Budaya Takfiri Bawaan PAS Bakal Hancurkan Parti Itu Sendiri...

Posted: 07 Jan 2017 11:32 PM PST

LUCU: STATUS USIN CEROI PALING WIN

Semalam lepas mencandat sotong, sambil berjalan balik sama guru tok, tok bertanya satu soklan kat guru tok.

"Tuan Guru Ayatollah Almarangi, benarkah jika sudah ada satu parti Islam dlm negara kita, haram diwujudkan satu lagi parti yg lain?". Soal tok.

"Na'am. Betul. Harang tubuh parti islang laing, sebab kite doh molek ade parti Islang yg kita anuti sekarang. Wat mende bebanyok parti Islang? Cukup se...". Jawab guru tok.


Tok senyap seketika. Untuk kepastian, tok tanya lagi, " Contohnya, kite doh ade bini molek doh, haram juga la kita berbini lagi, Tuan Guru?". Soal tok dengan serius.

Tiba2 muka guru tok bertukar jadi merah macam sotong mengawan nak sampai klimaks.

"Mung ni using...nak soal sungguh2 ke atau nak mengate kat ambe?". Jerkah guru tok sambil menggenggam batu karbala.

Tok dengan laju melangkah jauh dari guru tok mengelak dari terkena lontaran batu karbala, " Maapkan saya, Tuan Guru....Ampunkan saya...penunggu gua, errr... tuan guru... saya tak teringat Tuan Guru pun ada lebih bini...". Kata tok terketar2. -FB TUC


ULASAN GB

Saja GB bawa status fb Tok Usin Ceroi di atas sebagai bahan untuk renungan semula.

Perkara pokok yang GB nak ulas ialah Presiden PAS di dalam ucapan penggulungan di Muktamar Pas 2016 telah menjadikan parti politik Pas seperti telah mencapai tahap sebuah agama.

"Kita perlu ada jati diri. Untuk berada dalam parti Islam Se-Malaysia kena ada akidah perjuangan. Jikalau kita tidak taat, hilang akidah kita," katanya.


Bagi Presiden Pas dan pengikut-pengikut beliau, ahli-ahli Amanah adalah pengkhianat. Begitu juga ahli-ahli yang tidak taat dan keluar parti, pemahaman mudahnya mereka telah hilang akidahnya.

Malah Presiden PAS itu mendakwa di dalam satu capannya di Tumpat pada Oktober 2015, kononnya Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Yusof Al-Qaradhwi menolak kewujudan 2 parti berorientasikan Islam di Malaysia.

Katanya, penubuhan Amanah adalah haram kerana ia ditubuhkan selepas adanya parti Islam lain iaitu PAS.

"Yusuf menyatakan haram menubuhkan parti baharu kerana PAS sudah ada. Pendapatnya ini turut ditulis setiausahanya," kata Hadi.

Bagaimana pun, kenyataan Hadi itu jelas bercanggah dengan pandangan Yusuf sendiri yang sebelum ini pernah menyatakan hukumnya tidak sebegitu.

Menurut Yusuf dalam kitabnya, fatwa mendakwa kumpulannya saja yang Islam dan kumpulan ditubuhkan selepasnya terbubar merupakan pintu kejahatan dan merosakkan agama.


Said Hawa, penulis dan pengarang kitab "Jundullah: Tsaqafatan wa Akhlaqan" yang ada menjadikannya teks usrah PAS selama ini, telah keluar dari jemaah Ikhwanul-Muslimin dan menubuhkan Ikhwan Qutri. Begitu juga Sheikh Said Syaban telah menubuhkan Ikhwan Jihadi kerana tidak bersetuju dengan Fathi Yakan (Pengarang "Mengapa Saya Menganut Islam").

Tidak takutkah Said Hawa dan Said Syaban terhadap ancaman "jatuh kafir" kerana memisahkan diri dari jemaah Islam Ikhwanul- Muslimin?

Kita lihat apa pandangan Hassan Al-Bana menegnainya:


PAS nampaknya semakin haru-biru, semakin tertekan apabila semakin ramai yang meninggalkan parti itu untuk menyertai AMANAH.

Budaya TAKFIRI yang diamalkan oleh Presiden PAS selama ini menyebabkan para pengikut taksubnya turut terjebak apabila mereka menjadi samseng-samseng dengan mengeluarkan pelbagai ugutan dan ancaman, kata-kata kesat, maki hamun malah sampai ke peringkat mencarut.

Apakah PAS masih layak memakai nama "Parti Islam" dan membicarakan soal pengukuhan syariat Islam yang dicanangkan melalui RUU?

Hukum kebenaran dan keadilan sednag berjalan. Yang nyata budaya takfiri yang dibawa oleh PAS itu kini semakin mereputkan parti itu sendiri.

VIDEO BERKAITAN





FEATURED ADS



Tiada ulasan: