Kelab Greenboc |
[VIDEO] PAS Pengkhianat Sebenar! Posted: 03 Jan 2017 12:17 AM PST Siapa tikam siapa? soal PKR kepada PAS SHAH ALAM: Pemimpin PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid secara sinis mengingatkan PAS agar tidak lupa kejadian pertindihan kerusi yang membabitkan dua parti itu pada pilihan raya umum yang lalu. Tegasnya walaupun PKR-PAS bersahabat, terutama ketika menjalin hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR) mereka perlu akur kepada kepentingan rakyat berbanding kepentingan politik parti. "Siapa yang tikam belakang, siapa yang bersahabat? "Tikam belakang, berlawan tiga penjuru, letak calon di Terengganu seramai tiga orang, Selangor seorang, Pulau Pinang seorang. Komen saya, untuk bersahabat, kita kena nilai kepentingan orang ramai. Jika ada kepentingan itulah satu-satunya payung untuk meletakkan persahabatan itu," katanya kepada Antarapos, hari ini. Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, isu pertindihan enam kerusi membabitkan PKR-PAS menjadi barah dalam hubungan mereka sewaktu kewujudan Pakatan Rakyat (PR). PAS-PKR sebelum ini bertelagah dalam meletakkan calonnya di tiga kerusi DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera. Sementara di Pulau Pinang di DUN Sungai Acheh, Selangor di DUN Kota Damansara dan Johor pula di DUN Panti. Reaksi Abdullah Sani itu diberikan selepas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan partinya tidak mengamalkan budaya tikam belakang, terutama dalam menjalinkan persahabatan bersama rakan sekutu politik. Beliau mengingatkan PKR agar tidak 'berperangai' seperti parti serpihannya, Amanah meskipun dua parti berkenaan bekerjasama dalam Pakatan Harapan (PH). Bukan itu sahaja Mohd Amar turut mengingatkan PAS bukan 'tangga' untuk batu loncatan mana-mana pihak sehingga partinya dilupakan apabila ada pihak yang sudah sampai ke atas puncak. Abdullah Sani, yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat ketika mengulas lanjut bagaimanapun enggan 'melayan' peringatan berkenaan kerana apa yang penting adalah persiapan parti-parti pembangkang untuk mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dalam menumbangkan Barisan Nasional (BN). "Kita tidak berwatak begitu. "Waktu ini adalah waktu bersiap siaga untuk berperang dengan Umno-BN. Itu jelas. Masa untuk bercakap soal integriti dan sebagainya, kita pinggirkan, tumpu untuk tumbang Umno-BN," tegasnya. -antarapos
ULASAN GB Apa yang PAS dakwa semuanya terkena kepada dirinya semula. Tuduh AMANAH dengan pelbagai tuduhan dan fitnah, akhirnya kesemua tuduhan itu kembali kepadanya. Tuduh dan fitnah golongan AMANAH sebagai Syiah, akhirnya terdedah pekung yang PAS itu yang sebenarnya berbaik dengan Syiah tanpa menhiraukan rakyat Syria yang mati bergelimpangan dibunuh oleh Syiah, tuduh AMANAH kononnya parti RM2 tetapi lupa PAS pernah membuka keahlian partinya dengan bayaran percuma! Munuduh AMANAH dan PKR khianat, tetapi ternyata sejarah membuktikan PAS itu yang khianat kepada perjuangan Pakatan Rakyat khususnya di dalam PRU 13 dimana PAS menikam belakang rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dengan meletakkan calonnya di kerusi-kerusi Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Sungai Acheh, Kota Damansara dan Panti. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. PAS bakal terhukum dan terhumban di dalam PRU14 nanti. Insha Allah. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan