Nuffnang

Pengikut

DIALOG RAKYAT

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Selepas dibelasah Ridhuan Tee, Gerakan minta maaf dan tarik balik kenyataan

Posted: 13 Jan 2017 07:12 AM PST

ISMA WEB


  
BANGI– Setelah dibelasah teruk oleh Profesor Dr Ridhuan Tee kerana menghina sekolah agama, Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai meminta maaf.
Dia juga menarik balik kenyataannya semalam.

Hari ini, Dr Ridhuan Tee menyifatkan Dominic Lau sebagai amat biadab dan sangat kurang ajar kerana menuduh sekolah agama sebagai ancaman sebenar perpaduan di negara ini.

Dr Ridhuan juga membidas Dominic Lau dengan mengatakan kewujudan sekolah agama adalah selari dengan Perlembagaan berbanding sekolah vernakular.

Portal liberal FMT hari ini melaporkan Dominic Lau berkata, dia sebenarnya mahu pihak kerajaan mempertingkatkan langkah membendung penyusupan dakyah ekstremis dan pengaruh asing dalam sekolah agama.

Dalam kenyataannya semalam, Dominic menggesa kerajaan mengkaji semula dasa-dasar sekolah agama yang dibiayai oleh kerajaan kerana dakwanya, sekolah agama membawa ancaman perpaduan di negara ini.

Dia juga mendakwa sekolah agama mempunyai kecenderungan untuk menghasilkan mereka yang mempunyai fahaman ekstremis Islam.

Dr Ridhuan memberi amaran kepada Dominic agar tidak membuat kenyataan sembarangan menuduh produk sekolah agama punca perpecahan.

Dr Ridhuan juga menyindir Dominic kerana terlalu takut sehingga membuat kenyataan demikian.

Sindir Ridhuan Tee, apalah yang ditakutkan Dominic sehingga membuat kenyataan sedemikian.

"Tidakkah dia sedar, kehadiran menek moyangnya ke Tanah Melayu adalah disebabkan oleh agama Islam yang telah mengetuk pintu hati orang Melayu.

"Dengan Islamnya Melayu, mereka menjadi begitu lunak untuk menerima kehadiran orang asing. Ditakdirkan orang Melayu masih tidak memeluk Islam lebih 600 tahun dahulu, saya tak yakin Melayu sudi menerima orang luar untuk berada dalam negara tercinta.

"Bahkan dengan Islam, ia telah menyebabkan Melayu begitu meraikan orang lain. Jika tidak, sudah lama nenek moyang mereka (orang Cina) ditendang keluar ketika datang berhijrah," katanya.


LETAK JAWATAN PENGERUSI MARA, KETUA PENERANGAN UMNO!!

Posted: 13 Jan 2017 06:49 AM PST

 shahbudindotcom


Apa pilihan untuk Annuar Musa?

Sebaik didedahkan tentang tajaan oleh Pelaburan Mara Bhd dan UniKL kepada pasukan bolasepak Kelantan, dengan bangga beliau mengatakan tidak perlu perlu melayan "hujah-hujah bodoh" seperti itu.

Tetapi, tidak lama kemudian segera berubah fikiran  apabila dengan bangga mengatakan pasukan bolasepak Kelantan tidak pernah menerima tajaan walau satu sen pun daripada Mara.

Tetapi hari ini, berlainan lagi nadanya.

Semalam rupa-rupanya Annuar tidak sedar bahawa bersama pendedahan Tengku Mahkota Johor itu turut sama disertakan salinan surat permohonan tajaan, cek dan slip bank sebagai bukti apa yang didedahkannya.
 
 
 
 
Alasannya, beliau sedang berada di kawasan Taman Negara yang tidak mempunyai kemudahan internet, lalu tidak mendapat gambaran sebenar mengenainya, sebaliknya hanya berdasarkan mesej dan panggilan daripada kawan-kawannya saja.

Makna kata, jika tidak ditunjukkan bukti, walaupun mengetahui perkara yang sebenarnya, Annuar masih lagi cenderung untuk menafikan perkara itu.

Hanya setelah tidak mampu menafikan dan berdalih, barulah beliau mengaku akhirnya.

Sebab itu, hari ini nada Annuar berubah lagi. 

Katanya, pendedahan bukti-bukti itu menunjukkan tajaan kepada pasukan bolasepak Kelantan telah dijalankan dengan telus serta teratur.

"Bagi saya, kita ucapkan terima kasih atas edaran itu kerana ia menunjukkan kedua-dua pihak lakukan dengan begitu teratur. Ada tawaran, ada rundingan dan tawar menawar, ada kontrak, ada baucer, ada resit dan lain-lain lagi.

"Saya percaya bukan dengan UniKL saja, tetapi dengan semua penaja lain. Semuanya dibuat secara tertib dan berperaturan," ujarnya lagi.

Mengapa tidak awal-awal lagi Annuar mengakui perkara sebenar berkenaan tajaan itu sedangkan beliau tahu duduk perkara yang sebenarnya?

Begitukah sikap pemimpin yang bertanggungjawab?

Nampaknya sekali lagi Annuar keliru. 
 
 
 
 
Isunya bukan sama ada tajaan itu dilakukan dengan telus, teratur atau sebaliknya, tetapi wajar atau tidak dua anak syarikat Mara menaja sebuah pasukan bolasepak dan wujud konflik kepentingan atau sebaliknya?

Soal kedua-duanya berstatus anak syarikat juga tidak timbul kerana dana asalnya tetap diperolehi daripada Mara induk yang fokus utamanya adalah memperkasa bidang pendidikan, kemahiran dan keusahawanan.

Mara pula sudah tentu memperolehi dana tahunannya daripada peruntukan yang diberikan oleh kerajaan dengan menggunakan wang rakyat.

Selain itu, tajaan kepada Kelantan ini juga berkaitan konflik kepentingan di mana Annuar juga adalah Pengerusi Mara, Pengerusi Pelaburan Mara Bhd dan Presiden bolasepak Kelantan sebelum mengundurkan diri baru-baru ini.

Hanya UniKL dipengerusikan oleh seorang pemimpin UMNO Selangor, namun ia masih terletak di bawah Mara.

Soal konflik kepentingan adalah isu besar yang perlu dijawab dan dijelaskan oleh Annuar dalam perkara ini kerana menjadi Pengerusi Mara ada hubung kait dengan sikap jujur serta amanah kepada anak bangsa sendiri.

Jika tidak, dengan dalam masa yang sama juga berkapasiti sebagai Ketua Penerangan UMNO, beliau lebih menjadi liabiti kepada parti itu.

Siapa lagi mahu mempercayai kata-katanya dan ramai ahli-ahli UMNO tentu kecewa dengan apa yang telah dilakukannya di agensi kerajaan itu.

Paling wajar dan tepat, meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Mara dan Ketua Penerangan UMNO adalah pilihan yang terbaik bagi Annuar sebelum pihak polis dan SPRM harus diberi ruang melakukan penyiasatan terhadapnya.
 
 
 

PAS mahu AMANAH tidak tuding jari

Posted: 13 Jan 2017 06:34 AM PST

MALAYSIAKINI



PAS menasihati pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak menyalahkan pihak lain sebagai punca pembangkang gagal mencapai kata sepakat bagi menghadapi BN.

Timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sebaliknya berkata apa yang penting ialah, PAS bukan punca kepada apa yang berlaku sekarang.

"Saya fikir semua pihak harus lihat perkara ini pernah berlaku dan tidak perlu menyalahkan mana-mana parti.
"Apa yang penting ialah PAS bukan punca kepada apa yang berlaku sekarang," katanya di Kota Bharu seperti dilapor Harakahdaily.

Kenyataan itu dibuat sebagai reaksi kepada komen Naib Pengerusi AMANAH Kelantan, Che Ibrahim Mohamed, semalam yang menyatakan PAS penyebab parti pembangkang gagal bersatu di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN).

Sebaliknya, kata Che Ibrahim, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan punca persefahaman itu gagal direalisasikan.

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim menegaskan, kenyataan yang menyalahkan PAS itu sebagai tidak berasas dan tidak masuk akal.

Sebaliknya, kata beliau, sebelum AMANAH menyalahkan mana-mana pihak mereka wajar menyatuhan jentera dalaman mereka.

"Saya (rasa) parti itu (AMANAH) yang menjadi punca perpecahan pembangkang. Dia tidak ada pun keperluan untuk menubuhkan parti baru," katanya.


Beg plastik 20sen umpama cukai tambahan

Posted: 13 Jan 2017 06:32 AM PST

 
 

ULASAN Kebelakangan ini saya terdengar dan membaca beberapa rungutan tentang dasar hari tanpa plastik di negeri Selangor yang dikatakan menyukarkan pengguna. Pada masa yang sama, saya juga membaca komen balas terhadap rungutan-rungutan ini yang disifatkan sebagai mementingkan diri sendiri.

Sebenarnya ini bukanlah dasar baru. Ia juga telah dilaksanakan di Melaka, Perak, Johor dan Wilayah Persekutuan pada tahap berbeza. Di Selangor sendiri, sebelum ini hanya menjalankan dasar ini pada hari Sabtu sahaja. Ia hanya mula dijadikan dasar harian sejak tahun 2017, iaitu kira-kira dua minggu lalu.

Sebenarnya banyak bandar, negeri dan negara yang telah menjalankan dasar yang hampir sama. Ini termasuklah Denmark, Ireland, Itali, Jerman, China, Australia dan ratusan majlis bandar raya di Amerika Syarikat.

Semuanya dibuat dengan niat baik – memelihara dan memulihara alam sekitar. Ini ditambah pula dengan dakwaan bahawa beg plastik tidak mudah dilupuskan dan boleh memakan masa berdekad-dekad, malah mungkin sehingga 1,000 tahun untuk dilupuskan.

Di samping itu, sikap pengguna yang tidak mementingkan kebersihan dengan membuang plastik merata-rata turut menimbulkan tanggapan bahawa dasar ini diperlukan bagi mengawal pencemaran, malah terdapat beberapa kes di mana pembuangan plastik khususnya di laut dan sungai telah mencemarkan ekosistem hidupan air.

Dengan dakwaan-dakwaan ini, pastilah dasar larangan penggunaan beg plastik yang diambil mempunyai asas yang baik.

Misi memelihara dan memulihara alam sekitar memang mesti ditekankan dan disokong. Namun, apa juga dasar yang diambil oleh mana-mana kerajaan mestilah dianalisa secara kritikal.

Ekonomi

Hampir serta-merta, bila pengguna perlu membayar 20sen untuk setiap beg plastik yang diminta, apa yang terlintas kepada mereka ialah "kami perlu membayar untuk menggunakannya", bukan "kamu tidak lagi boleh menggunakannya."

Ini menjadi lebih dramatik jika dikatakan "kamu boleh menggunakan plastik jika sanggup membayar (memberi gambarkan bahawa orang yang mempunyai lebih kemampuan membayar diberi kelonggaran untuk 'mencemarkan alam sekitar' berbanding yang tidak sanggup membayar).

Siapa yang mendapat manfaat daripada kutipan jutaan 20sen ini? Bagi ramai orang ini tidak jelas. Pengguna merasakan penjual mendapat lebih manfaat berbanding diri mereka. Bayangkan sehelai plastik nipis dijual pada harga 20sen! Sekalipun wang ini pergi kepada kerajaan negeri (merujuk kes di Selangor), pengguna tetap merasakan mereka perlu membayar lebih.

Bayangkan dengan pembelian barangan RM20, mereka perlu membayar 20sen bagi sehelai beg plastik yang mahu digunakan. Ini bermaksud mereka perlu membayar satu peratus cukai sebagai tambahan daripada enam peratus cukai barangan dan perkhidmatan.

Ya, walaupun jumlahnya 20sen. Jika enam peratus cukai barangan dan perkhidmatan mendapat rungutan ramai, menambah satu peratus lagi cukai tidak membantu meringankan beban perbelanjaan mereka.

Bagi menambahkan lagi tekanan ini, sesetengah aktivis alam sekitar mencadangkan agar bayaran 20sen ini ditingkatkan kepada RM1 agar pengguna akhirnya tidak lagi menggunakan beg plastik.

Mungkin, pada tahap ini, wajar ditunjukkan sama ada kesan bayaran 20sen ini benar-benar telah mengurangkan penggunaan beg plastik atau ia sebenarnya tidak memberikan kesan yang signifikan kerana pengguna akhirnya memilih untuk membayar bagi menggunakannya.

Mesra alam

Ramai yang menyokong dasar ini menyoal "mengapa tidak membawa beg alternatif yang boleh dipakai ulang"? Ini disifatkan sebagai sikap pengguna yang pentingkan diri sendiri. Mungkin ada benarnya.

Namun, David Tyler, profesor kimia di Universiti Oregon dalam satu wawancaranya berpendapat sebaliknya. Dalam kajian menggunakan teknik penilaian kitaran hidup (LCA), beliau menyimpulkan penggunaan beg plastik biasa yang ringan (atau HDPE, polietilena berkepadatan tinggi) di kaunter bayaran adalah yang paling mesra alam sekitar.

LCA ialah teknik menilai kesan alam sekitar yang mengambil kira semua peringkat kehidupan produk bermula daripada pengambilan bahan mentah, pemprosesan, pembuatan, agihan, penggunaan, pembaikan dan penyelenggaraan dan pembuangan atau kitar semula.

Ia memperluaskan definisi konvensional kesan persekitaran dengan mengambil kira semua maklumat tenaga dan bahan dan kemudian kesan kaitan seperti perubahan iklim, asap, pencemaran air, guna tanah dan sebagainya.

Dalam menggunakan teknik ini, kajian Agensi Alam Sekitar di United Kingdom membandingkan tujuh jenis beg pembawa barangan pengguna yang direka bentuk untuk pelbagai tujuan berbeza.

Mereka mempertimbangkan kesan daripada jumlah beg yang diperlukan untuk membawa belian bulanan pengguna, yang jumlah penggunaan jenis beg berbeza akan dihitung dan dibandingkan dengan penggunaan semula beg HDPE untuk membuang sampah (selepas diguna sekali untuk membawa barangan yang dibeli).
Antara aspek yang dibandingkan ialah potensi mengurangi pemanasan global, penyusutan sumber, 
pengasidan, eutrofikasi, ketoksikan kepada manusia, ketoksikan kepada air mentah, hidupan air dan darat serta pengoksidaan fotokimia (pembentukan asap).

Apakah penemuan yang diperoleh?

Sama seperti David Tyler, beg plastik adalah yang paling mesra alam berbanding beg-beg lain yang dianggap sedemikian. Antara perincian penemuan mereka ialah:

  1. Beg barangan buatan kapas yang boleh digunakan semula mesti digunakan sebanyak 131 kali "untuk memastikan potensi pemanasan globalnya lebih rendah berbanding" sehelai plastik beg yang hanya digunakan sekali.

  2. Beg buatan kain perlu digunakan selama 7.5 tahun (dengan anggapan belian barangan sekali seminggu) sebelum ia menjadi pilihan yang lebih baik untuk alam sekitar berbanding sehelai beg plastik yang digunakan sebanyak tiga kali.

  3. Beg kertas, LDPE (polietilena berketumpatan rendah), polipropilena tanpa tenun (PP) dan kapas perlu digunakan masing-masing sekurang-kurangnya 3, 4, 11 dan 131 kali bagi memastikan potensi pemanasan globalnya lebih rendah berbanding beg plastic HDPE yang tidak digunakan semula.
Sebagai kesimpulan, kita boleh mengatakan bahawa kesan sebenar terhadap alam sekitar daripada penggunaan beg pembawa barangan adalah bergantung kepada penggunaan sumber dan tahap-tahap penghasilannya.

Terlepas apa pun jenis beg, kunci utama untuk mengurangkan kesan yang ada ialah penggunaan berulang yang cukup banyak dan sikap pengguna yang bertanggungjawab.

Saya tidak secara mutlak mengatakan dasar yang diambil salah, tetapi penelitian dan kajian lanjut mesti dibuat selaras dengan tekad kerajaan negeri Selangor yang mahu mencapai bandar pintar.


AMIN AHMAD ialah Pengarah Eksekutif, Institut Kajian Kepimpinan dan Pembangunan (Lead). Beliau lulusan Sains Perhutanan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).


500 pesawah terima baja organik atasi BLB

Posted: 13 Jan 2017 06:19 AM PST

OLEH LIZAWATI MADFA


IMG_20170112_181730_058


SABAK BERNAM=: Seramai 500 pesawah di DUN Sungai Panjang menerima bantuan baja organik bernilai RM250 setiap seorang bagi mengawal serangan penyakit hawar daun bakteria (BLB).

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, sumbangan itu mampu membantu petani mengelakkan kerugian sika serangan BLB dapat dikawal atau dicegah.

"Kerajaan Negeri juga berharap petani memperolehi hasil lebih baik untuk pendapatan mereka selepas mengalami kerugian ekoran BLB, sebelum ini.

"Buat masa ini, wabak BLB masih belum ada penawarnya, namun kita yakin ia boleh dikawal jika petani mengikut langkah disarankan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Bantuan Baja kepada pesawah DUN Sungai Panjang di Dewan Orang Ramai Simpang Lima, di sini, semalam.

IMG_20170112_181708_587

Hadir sama, Pengarah Pertanian Selangor, Idrus Abdul Hamid dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor, Dr Akma Ngah Hamid.

Terdahulu, Kerajaan Negeri mengumumkan peruntukan RM800,000 bagi membantu pesawah di daerah itu yang terjejas ekoran wabak BLB.

Pada 5 Disember lalu, serangan BLB menyebabkan hasil sawah padi seluas 3,700 hektar di Sabak Bernam musnah dengan kerugian hampir RM5 juta.

Serangan itu dikatakan paling teruk berlaku pada musim kedua tahun ini selepas serangan terakhir, pada 2013.-AA-

Jangan mangsakan sekolah agama untuk kepentingan politik

Posted: 13 Jan 2017 06:14 AM PST

 
Oleh USTAZ IDRIS AHMAD


Islam tidak pernah anti bahasa dan bangsa kerana semuanya anugerah Allah kepada kita semua. Malahan Islam menggalakkan belajar bahasa lain. Sebagaiman sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Belajarlah bahasa asing nescaya kamu aman dari tipu daya". Tidak ada sejarah pemerintahan Islam yang menutup sekolah bahasa asing. Ini menunjukkan walaupun Islam tidak ada negara, namun ia masih ada penghayatan Islam di dalam diri umat Islam.

Kita mengharapkan supaya Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai  menarik balik kenyataan beliau yang mengatakan sekolah agama adalah ancaman sebenar perpaduan di negara ini dan bukannya sekolah vernakular. Satu kenyataan yang biadab dan tidak memahami sejarah pembinaan negara.

Kalau atas alasan ada pelajar keluaran sekolah agama ekstremis, maka kita juga boleh beri alasan pelajar sekolah vernakular, sekolah aliran Inggeris, aliran kebangsaan juga ada melahirkan  golongan ekstremis. Apakah kita mahu cadang supaya sekolah ini juga dihapuskan? Tentu tidak. Ini adalah kes yang terpencil.

Sama seperti pandangan Dr Dominic yang dianggap tidak menjaga sensitiviti majoriti umat Islam, apakah kita hendak menghukum keseluruhan ahli Parti Gerakan yang lain. Saya yakin masih ramai orang yang rasional di dalam Parti Gerakan.

PAS berpegang kepada konsep demokrasi di dalam pendidikan, asalkan ia menepati dengan pembinaan tamadun bangsa dan negara, maka ia dibenarkan beroperasi di dalam negara kita.

Dr Dominic sendiri boleh hantar anak ke sekolah agama atau beliau sendiri pun boleh belajar. Tidak ada larangan untuk beliau belajar di sekolah agama. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) telah menerima pelajar bukan Islam untuk belajar di sana. PAS tidak paksa mereka.

Sejak mutakhir ini menjadi trend parti bukan Islam untuk memburuKkan Islam bagi mendapat sokongan politik. Sebelumnya isu 355 untuk memperkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah, tetapi digambarkan dengan sudut negatif. Ini sikap yang tidak baik dan mengganggu keharmonian kaum yang telah dibina sejak negara merdeka. Jangan rosakkan perpaduan ini, semata-mata untuk keuntungan yang tidak seberapa tetapi memusnahkan sebuah negara. Carilah modal lain, jangan mangsakan Islam. Perlu ingat isu agama cukup sensitif dalam kalangan orang Islam.

*USTAZ IDRIS AHMAD,  Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang

Mahkamah arah NSTP bayar Guan Eng ganti rugi RM300,000

Posted: 13 Jan 2017 06:11 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mengarahkan News Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) membayar ganti rugi sebanyak RM300,000 kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung satu artikel yang diterbitkan pada 20 Ogos 2015.
 
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rosilah Yop turut mengarahkan NSTP membayar RM35,000 sebagai kos dan faedah atas penghakiman sebanyak lima peratus kepada Guan Eng.
 
Dalam penghakimannya, Rosilah berkata mahkamah mendapati bahawa laporan yang ditulis oleh wartawan Berita Harian (BH), Siti Sofea Md Nasir itu diputarbelitkan dan berunsur fitnah.
 
"Plaintif berjaya membuktikan imbangan kemungkinan kes itu terhadap defendan.
 
"Wartawan berkenaan tahu mengenai penghakiman persetujuan yang dicapai di mahkamah. Pembelaan perlindungan bersyarat tidak diguna pakai kerana ia laporan prosiding kehakiman yang tidak adil dan tidak tepat," katanya ketika membacakan keputusannya hari ini.
 
Rosilah berkata ralat yang disiarkan BH susulan surat guaman Guan Eng juga 'tidak memuaskan hati secara keseluruhannya'. 
 
Peguam Simon Murali mewakili Guan Eng manakala NSTP diwakili peguam Leong Wai Hong.
 
Sementara itu, Leong ketika ditemui pemberita selepas prosiding tersebut, berkata beliau sedang menunggu arahan seterusnya sama ada mahu membuat rayuan ataupun tidak.
 
Pada Mac 2016, Guan Eng memfailkan saman terhadap NSTP, mendakwa penerbit BH itu mencetak dan menerbitkan satu artikel berhubung prosiding mahkamah yang berlangsung sehari sebelumnya, dengan tajuk 'Guan Eng tarik balik saman terhadap bekas Ketua Pemuda Umno negeri' pada 20 Ogos, 2015.
 
Menurut keterangan saksi Guan Eng, laporan BH menunjukkan seperti pemimpin DAP itu menggugurkan tuntutan itu tanpa sebarang syarat dikenakan kepada bekas Ketua Pemuda Umno negeri, Datuk Shaik Hussein Mydin  
 
Guan Eng mendakwa artikel itu antara lain menunjukkan seperti beliau mengaku kalah, dan secara tersirat mengaku yang beliau tidak ada kes terhadap penentangnya.
 
 

Kit Siang tak saman Tunku Aziz kerana bimbang banyak 'rahsia' terbongkar

Posted: 13 Jan 2017 06:09 AM PST

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Penganalisis politik berpandangan keengganan Lim Kit Siang menyaman Tunku Aziz Tunku Ibrahim adalah disebabkan bimbang akan lebih banyak lagi pendedahan yang bakal dibongkar bekas naib pengerusi DAP itu.
 
Sehubungan itu, Dr Baharuddin Aziz tidak menolak tindakan Penasihat DAP itu adalah satu perkara yang 'cerdik' dengan hanya menyaman akhbar yang melaporkannya.
 
"Kalau Lim Kit Siang ambil tindakan undang-undang terhadap Tunku Aziz maka akan terbongkar lagi cerita DAP (pakatan sulit).
 
"Sebab itu Kit Siang takut untuk saman (Tunku Aziz). Dari sudut ini, Kit Siang (nampak) cerdiklah," katanya sinis.
 
Tambah Baharuddin, pendedahan yang dibuat oleh bekas pemimpin tinggi DAP itu bukanlah perkara yang asing dalam politik tempatan.
 
Menurutnya, umum mengetahui, Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu merupakan seorang pakar strategi.
 
Ujar Baharuddin lagi, merujuk kepada cara politik Mahathir selama ini, beliau secara secara terbuka dilihat mahu anaknya, Datuk Mukhriz menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia akan datang.
 
"Apa yang diketahui (pendedahan) Tunku Aziz, bukanlah perkara yang menghairankan. Umum juga mengetahui, Mahathir seorang pakar strategi.
 
"Dari perspektif itu, maka dia tidak masuk (blok pembangkang) secara suka-suka. Dia pasti ada strategi. Salah satu strateginya ialah kesinambungan pemerintahannya (Mukhriz).
 
"Apabila (perkara) ini dibongkar oleh Tunku Aziz, maka ia bukanlah satu perkara (yang) menghairankan," katanya.
 
Terdahulu Tunku Aziz mendedahkan wujudnya komplot membabitkan Kit Siang untuk menaikkan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, jika pembangkang menang pilihan raya akan datang.
 
Ekoran daripada pendedahan tersebut, Kit Siang pada minggu lalu mengemukakan saman ke atas Utusan Malaysia dan New Straits Times (NST) selepas dua akhbar itu menyiarkan pendedahan Tunku Aziz.
 
Tunku Aziz seterusnya mempersoalkan tindakan Penasihat DAP itu, yang enggan mengambil tindakan undang-undang ke atas dirinya sebaliknya menyaman akhbar yang melapor pendedahan tersebut.
 
 

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar

Posted: 13 Jan 2017 05:54 AM PST

 
Ringgit ditutup rendah hari ini berikutan kekurangan permintaan susulan data eksport China yang lemah


nazri-khan_ringgit_dollr_600121


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kekurangan permintaan dan sejajar dengan prestasi beberapa mata wang Asia lain susulan data eksport China yang lemah pada Disember.

Pada 6.00 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.4600/4640 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Khamis.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, bagaimanapun, ringgit dijangka pulih kerana sentimen bertambah baik daripada minggu lepas.

"Ini disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan komoditi serta data ekonomi tempatan yang positif daripada nilai jualan sektor pembuatan pada November 2016 yang naik 8.2%.

"Walaupun data eksport China yang rendah, ia juga menunjukkan import tinggi, yang mana ia adalah berita yang memberangsangkan," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen kepada 3.8898/8949 daripada 3.9067/9113 pada Khamis dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1243/1282 daripada 3.1264/1303 sebelumnya.

Ringgit meningkat berbanding pound British kepada 5.4439/4497 daripada 5.4657/4711 pada Khamis.

Unit tempatan itu susut berbanding euro kepada 4.7468/7524 daripada 4.7407/7468 sebelumnya.


Lanun cari tebusan nilai tinggi, kejar kapal gergasi

Posted: 13 Jan 2017 05:53 AM PST

 
Lanun rantau ini menukar taktik sejak Oktober, menyasarkan kapal besar yang berlayar di Laut Sulu dan Laut Sulawesi


lanun_ship_kapal_600


SINGAPURA: Lanun Asia menumpukan serangan terhadap kapal dagang bersaiz besar berhampiran Filipina, mengharapkan bayaran tebusan yang tinggi untuk anak kapal yang diculik, kata ketua badan pembanterasan lanun serantau hari ini.

Lanun rantau ini menukar taktik sejak Oktober, menyasarkan beberapa kapal besar yang berlayar di Laut Sulu dan Laut Sulawesi, dan kurang memberi tumpuan kepada bot tunda kecil dan bot nelayan.

Kemelaratan menyebabkan Indonesia, Malaysia dan Filipina meningkatkan rondaan air dan laut di perairan tersebut, yang menjadi laluan kepada AS$40 bilion kargo setiap tahun.

"Kapal besar dimiliki pemilik besar, jadi mereka fikir pemilik besar boleh bayar wang tebusan yang lebih banyak," kata Masafumi Kuroki, pengarah eksekutif Kerjasama Serantau Perjanjian Pembanterasan Lanun dan Rompakan Bersenjata Terhadap Kapal-Kapal di Asia (ReCAAP).

Kumpulan itu, yang dianggotai 20 negara, membantu menyelaras maklumat mengenai kejadian pelanunan maritim.

Pakar maritim menyarankan kapal di kawasan berkenaan supaya mengamalkan langkah yang digunakan terhadap lanun perairan Somalia dan Lautan Hindi, termasuk tindakan mengelak zig-zag, pecut dan menembak penyerang dengan lampu cahaya berkuasa tinggi.

"Nasihat kami kawasan itu dielakkan sekiranya boleh," kata Gerry Northwood, ketua pegawai operasi di syarikat keselamatan, Maritime Asset Security and Training (Mast).

Kira-kira 48 anak kapal diculik dalam 16 serangan di Laut Sulu-Sulawesi sejak Mac, di mana 15 lagi masih dijadikan tebusan, menurut ReCAAP.

Pada November, 4 kapal dagang besar, termasuk kapal pengangkut saiz gergasi (cape size) seberat 179,191 ton, Kumiai Shagang, dikejar oleh lanun bersenjara yang menaiki kapal laju dalam cubaan serangan berasingan di Laut Sulu dan Laut Sulawesi.

Militan Abu Sayyaf mengaku bertanggungjawab di atas sebahagian besar serangan di kawasan itu. Operasi darat oleh tentera Filipina terhadap kumpulan itu menyebabkan militan mengalihkan tumpuan kepada sasaran lembut di laut, kata Kuroki.

Meskipun jumlah penculikan menunjukkan peningkatan, jumlah serangan lanun di Asia secara keseluruhannya turun ke paras terendah sejak ReCAAP dilancarkan pada 2006.

Sebanyak 86 kejadian dilaporkan pada 2016, turun daripada 203 pada 2015, hasil kerjasama antara negara pesisiran dan langkah pencegahan lanun oleh syarikat perkapalan.

abang Johari Ketua Menteri Sarawak yang baharu

Posted: 13 Jan 2017 02:37 AM PST

SINAR HARIAN

Datuk Amar Abang Johari Tun Openg
Datuk Amar Abang Johari Tun Openg
 
KUCHING - Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, 67, hari ini dilantik sebagai Ketua Menteri baharu Sarawak menggantikan Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia Rabu lepas.

Timbalan Presiden parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu yang lengkap berpakaian Baju Melayu hitam, mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sarawak keenam di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di Astana, kediaman rasmi ketua negeri di sini.

Turut hadir, isteri beliau Datin Amar Jumaani Tuanku Bujang, anggota-anggota Kabinet negeri, Adun dan kakitangan kanan awam.

Abang Johari atau dikenali mesra dengan nama Abang Jo, merupakan seorang daripada tiga timbalan ketua menteri di bawah pentadbiran Allahyarham Adenan, selain Datuk Amar Douglas Uggah dan Tan Sri Dr James Masing.

Merupakan seorang ahli politik veteran, Abang Johari berkecimpung dalam politik lebih daripada 30 tahun.
Beliau merupakan Adun bagi kawasan Satok selama sembilan penggal.

Abang Johari yang berkelayakan jurutera, buat pertama kali bertanding bagi kerusi itu, pada 1981.
Beliau mempunyai 10 orang adik beradik daripada keluarga ternama Sarawak yang mempunyai sejarah panjang di negeri ini.

Allahyarham bapanya Tun Abang Haji Openg merupakan Yang Dipertua Negeri Sarawak pertama selepas Sarawak mencapai kemerdekaan daripada Britain dan selepas pembentukan Malaysia pada 1963.

Adenan yang memegang jawatan Ketua Menteri selama hampir tiga tahun, meninggal dunia Rabu lepas kerana komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak, Hospital Umum Kota Samarahan. –Bernama

[ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia]


Mana janji GST boleh turunkan harga barang?

Posted: 13 Jan 2017 02:31 AM PST


GST
Gambar hiasan.
SHAH ALAM - Selepas lebih setahun pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), janji yang mengatakan pelaksanaan cukai baharu itu akan meringankan beban rakyat dilihat 'hanya indah khabar dari rupa'.

Malah kata Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan, rakyat kini semakin dihimpit dengan kenaikan harga barang di samping keadaan pendapatan mereka yang tidak bertambah.

"Di manakah janji kerajaan Umno/BN yang sebelum ini memberi jaminan harga barang akan turun? Malah kerajaan tidak dapat mengawal kenaikan harga barang yang sangat membebankan rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah sejak GST diperkenalkan pada 1 April 2015," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Aminolhuda, masih terngiang-ngiang ucapan sebahagian pemimpin dan menteri yang mengatakan pelaksanaan GST akan menurunkan harga barang, namun ujarnya lagi perkara sebaliknya yang berlaku.

"Semasa kempen GST sedang rancak dijalankan kerajaan mendakwa tujuan pelaksanaannya untuk mengawal harga barang dan dapat menurunkan harga barang, kerana cukai sebelum guna pakai GST adalah 16 peratus.

[ARTIKEL BERKAITAN: GST jadi penyelamat kepada ekonomi negara]

"Sudah tentu dengan menggunakan sistem GST yang hanya 6 peratus akan menurunkan harga barang keperluan rakyat! Tetapi hakikatnya harga barangan keperluan rakyat semakin meningkat," katanya yang juga merupakan Adun Parit Yaani, Johor.

Rentetan itu ujar Aminolhuda, situasi ini menunjukkan kerajaan telah gagal dalam menilai sistem GST dan melaksanakan dasar GST yang menindas ini.

GST dilaksanakan pada 1 April 2015 bagi mengantikan cukai  Cukai Jualan (berkadar 10 peratus) dan Cukai Perkhidmatan (berkadar 6 peratus) .

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, telah menyatakan sebelum ini, 'Tanpa GST, ekonomi Malaysia akan lumpuh'.

Kerajaan menyasarkan kutipan GST pada tahun ini sebanyak RM42 bilion, naik RM1 bilion berbanding RM41 bilion pada tahun lalu.


Tidak tahan ‘ditindas’ PBT, pemilik mahu tutup Kafe Kaffa King

Posted: 13 Jan 2017 02:19 AM PST

Ooi berkata, beliau terpaksa menghantar pekerjanya ke kafe lain dan menamatkan perniagaan Kaffa King kerana tidak tahan dengan tindakan PBT.


kaffa-king


PETALING JAYA: Tidak tahan dengan "penindasan" pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang, Datuk Patrick Ooi yang lantang mengkritik pemimpin negeri itu mahu menutup Kafe Kaffa King di Lebuh China, George Town selepas sambutan Tahun Baru Cina nanti.

Beliau yang dipetik Nanyang Siang Pau berkata, 4 kafenya "kebetulan" diserbu PBT secara bergilir-gilir, malah Kafe Kaffa King yang mempunyai tahap kebersihan 88 markah turut dikenakan kompaun, selepas beliau mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau mendakwa dirinya ditindas dan pekerjanya perlu bekerja dalam ketakutan setiap hari kerana bimbang PBT akan menyerbu premis itu.

Katanya, Kaffa King yang mula beroperasi 7 tahun lalu dan perubahan hanya bermula selepas beliau mengambil alih kafe itu 2 tahun lalu.

"Sejak saya ambil alih Kaffa King, permohonan lesen restoran tidak diluluskan, kini di bawah tahap kebersihan mencapai 88 markah, tetapi mereka dakwa tahap kebersihan tidak capai piawaian kerana ada tahi tikus di dinding koridor belakang," katanya pada sidang akhbar semalam.

Bulan lalu, FMT melaporkan PBT merobohkan sebuah tandas dalam Kafe Kaffa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kerana "pembinaan haram", pada 20 Disember lalu.

Pada 24 Disember lalu pula, Nanyang Siang Pau memetik Ooi yang juga pemilik Kafe Kaffa sebagai mendakwa PBT menjalankan pemeriksaan ketat ke atas 3 cawangan kafenya di Pulau Pinang dan Seberang Prai untuk mencari kesalahan, selepas beliau mengkritik seorang pemimpin Pulau Pinang di surat khabar Cina.

Malah, penguat kuasa turut mengeluarkan kompaun kepada beliau atas kesalahan "memiliki tumbuh-tumbuhan menarik serangga perosak".

Kini, Ooi berkata, beliau terpaksa menghantar pekerjanya ke kafe lain dan menamatkan perniagaan Kaffa King kerana tidak tahan dengan tindakan PBT.

Beliau turut mempersoalkan tindakan PBT mengeluarkan kompaun kepada Kaffa King kerana tiada lesen perniagaan, sedangkan kafe itu mempunyai permit hiburan dan menjual minuman beralkohol.

Katanya, penguat kuasa PBT memberi alasan alat penapisan kafe itu tidak menepati piawaian ketika menolak permohonan permit restoran mereka.

Bagaimanapun, Ooi berkata, kafe itu kemudiannya diberikan permit sementara selepas dikompaun akibat tidak memasang alat penapisan yang dijual pembekal ditetapkan PBT.

Sementara itu, Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ong Ah Teong yang dipetik akhbar sama berkata, MBPP tidak pernah mengeluarkan sebarang permit restoran sementara.

Katanya, MBPP turut membatalkan syarat pengusaha premis makanan perlu memasang alat penapisan yang dijual pembekal ditetapkan mereka kerana mahu mengelakkan salah faham orang ramai.

"Permit hiburan dan menjual minuman beralkohol itu diperolehi melalui kerajaan negeri, bukan di bawah bidang kuasa MBPP. Permit hiburan itu dimohon secara terus kepada kerajaan negeri, selepas mereka terima baru majlis bandaraya keluarkan permit berkenaan."

Guan Eng tidak berpuas hati dengan ‘siasatan remeh’

Posted: 13 Jan 2017 02:16 AM PST

 
Lim Guan Eng berkata mungkin polis juga perlu siasat MCA yang meminta DAP meninggalkan Pakatan.


lim-guan-eng-siasat


GEORGE TOWN: Lim Guan Eng tidak berpuas hati dengan "siasatan remeh" terhadapnya berhubung catatan blog yang menggesa parti bukan Melayu dalam Barisan Nasional meninggalkan perikatan itu apabila BN menyokong pindaan kanun jenayah syariah di Parlimen.

"Saya tidak mengkritik Umno, saya cuma minta parti BN tinggalkan perikatan itu apabila BN menyokong usul rang undang-undang persendirian PAS."

"Remehnya siasatan dan siasatan terhadap saya. Bergantung kepada polis untuk menjalankan siasatan atau tidak, tetapi siapa yang dapat faedahnya?" kata ketua menteri Pulau Pinang kepada pemberita selepas disoal polis selama 1 jam hari ini.

Menurut Guan Eng, 5 laporan polis dibuat terhadapnya di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. Sebelum ini, FMT melaporkan salah seorang pengadu merupakan seorang pelajar tingkatan 1 dari Ampang, Selangor.
Guan Eng tidak tahu siapa yang membuat laporan polis terhadapnya.

"Barangkali polis juga perlu siasat MCA yang menggesa DAP meninggalkan Pakatan?" katanya pada sidang media di Komtar. Turut hadir peguamnya, R S N Rayer.

Sebelum itu, 2 anggota daripada polis kontinjen Selangor menyoal Guan Eng berhubung catatan blog di limguaneng.com, bertarikh 23 November 2016.

Menurut Guan Eng, polis memberitahu beliau disiasat di bawah Akta Hasutan, yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun.

Dalam catatan itu, Guan Eng meminta MCA, MIC, Gerakan dan SUPP supaya meninggalkan BN apabila perikatan itu menyokong usul PAS untuk meminta Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Guan Eng berkata pindaan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan DAP menentang usul PAS itu.

Bantu sekolah Cina langgar perlembagaan, kata Perkasa

Posted: 13 Jan 2017 02:06 AM PST

 
Biro Hal Ehwal Islam Perkasa berkata pemberian bantuan kepada SJKC dan pelajar bukan Bumiputera bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.


Dr-Amini-Amir-Abdullah


PETALING JAYA: Kerajaan perlu mengkaji semula bajet dan peruntukan yang diberikan pada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) kerana ia bertentangan dengan tafsiran hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, kata Biro Hal Ehwal Islam Perkasa.

Pengerusinya, Dr Amini Amir Abdullah berkata bukan Bumiputera sebenarnya tidak berhak menerima bantuan daripada kerajaan termasuk bidang pendidikan, kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, ini berbeza dengan sekolah agama kerana kerajaan memang perlu membiayainya selaras dengan kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam sebagai agama Persekutuan.

"Bukan Bumiputera tidak berhak menerima bantuan daripada kerajaan dalam konteks apa sekalipun," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau dikecam apabila mengeluarkan kenyataan menggesa dasar sekolah agama yang dibiayai kerajaan dikaji semula.

Beliau mendakwa sekolah agama cenderung menghasilkan mereka yang mempunyai fahaman ekstremis Islam.

Hari ini, Lau menarik semula kenyataan itu dan berkata tidak berniat untuk menyerang sekolah agama dibiayai kerajaan.

Terkesan dengan kenyataan itu, Amini memberi amaran supaya Lau tidak mengulangi perbuatan biadab itu dan jangan menangguk di air keruh.

"Tuduhan melulu beliau sesuatu yang biadab tanpa penelitian rapi. Sila lawat sekolah agama dalam kawasan Parlimen untuk meninjau hakikat sebenar," katanya.



Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT