DIALOG RAKYAT |
- Selepas berjaya bebaskan Imam Za'aba, fokus Mazlan Aliman pula
- INILAH AKIBATNYA BILA PEMIMPIN TIDAK LAGI DIHORMATI RAKYAT
- FAM pergunakan kejayaan Faiz Subri tutup kelemahan
- Nilai ringgit merudum, BNM perlu kaji tambat ringgit
- Levi pekerja asing: Liow kata tangguh, Nur Jazlan sebaliknya
- Jenazah Adenan dikebumikan esok selepas Zuhur
- Writ saman Zuraida terhadap Jamal gagal diserahkan: Peguam
- Jamal kemuka tawaran rasmi ambil alih FAS
- Pelantikan Shahrir tiada kaitan dengan masalah kewangan
- Kenapa Najib sayang sangat dengan Isa Samad?
- Sarawak berkabung 7 hari
- [KEMASKINI] Itu hak PAS untuk berhimpun, kata PKR
- RM150,000 untuk Mohd Faiz
- Mukhriz berhak saman Tunku Aziz, kata Azmin
- Dua lelaki didakwa culik murid sekolah direman
- Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia
Selepas berjaya bebaskan Imam Za'aba, fokus Mazlan Aliman pula Posted: 11 Jan 2017 05:37 AM PST MALAYSIA DATELINE Selepas berjaya membebaskan Imam Za'aba dari dibangkrapkan kerana kalah petisyen pilihan raya atas nama Pas, kini Amanah berazam untuk membebaskan Mazlan Aliman pula. Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kayat dalam satu kenyataannya berkata, masalah yang dihadapi Imam Za'aba telah selesai apabila orang ramai membantu beliau sehingga wang sebanyak RM50,000 berjaya dikumpulkan. "Sekarang Tabung Solidariti Imam Za'aba berjumlah RM54,431.76 telah mencapai sasarannya. Harapan saya agar kita sama-sama dapat meneruskan momentum ini untuk membantu Mazlan Aliman yang sedang dalam kesusahan," tulis Suhaizan dalam kenyataan itu. Mendapat arahan dari Pas, Imam Za'aba telah memfailkan petisyen pilihan raya terhadap SPR bagi Parlimen Pulai bagi PRU-13 lalu, namun kalah. Ekoran itu, beliau diarahkan membayar RM50,000 oleh mahkamah namun beliau tidak mempunyai wang sebanyak itu. Mazlan Aliman pula kalah selepas disaman oleh Felda berkaitan dengan buku yang ditulisnya dan diperintahkan membayar RM500,000 oleh mahkamah. Jika gagal, Mazlan akan diisytiharkan muflis dan tidak boleh memegang jawatan atau bertanding dalam pilihan raya. "Empat kali Imam Za'aba menghubungi saya meluahkan perasaannya yang bimbang dibankrapkan setelah kalah sebagai plaintif petisyen Pas PRU-13 Parlimen Pulai. "Mulanya saya hubungi pimpinan Pas bagi menyatakan bahawa mereka perlu bertanggungjawab kerana petisyen itu adalah milik Pas. Keluarnya plaintif daripada Pas tidak boleh melepaskan ikatan tanggungjawab tersebut. "Malangnya PAS tidak mahu mengambil tanggungjawab. Imam Za'aba semakin gelisah. Keluarganya tertekan. Anak-anaknya sudah mulai bimbang. Ke mana sahaja beliau pergi orang ramai akan bertanya. Akhirnya Amanah Pulai membuat keputusan mengambil tanggungjawab PAS Pulai membantu Imam Za'aba," cerita Suhaizan. Ekoran itu, katanya, Amanah Pulai mulakan rayuan di media sosial atas nama Solidariti Imam Za'aba. "Perbahasan dalam media sosial sentiasa panas. Imam Za'aba dihina dan dicerca setiap hari. Tapi Alhamdulillah bantuan daripada masyarakat berterusan diterima termasuk daripada luar negara," katanya. Menurut Suhaizan, Thomas Fann seorang aktivis masyarakat bersimpati terhadap Imam Za'aba. Beliau membuat rayuan peribadi kepada kenalannya. Setelah tersiar dalam beberapa media, bantuan datang mencurah-curah di seluruh negara. "Tidak kira agama, bangsa ataupun fahaman politik. Mereka datang membantu Imam Za'aba. Pembantu saya Sdr Muhammad tidak cukup tangan melayan pertanyaan daripada para dermawan," katanya. Sesuatu yang tidak beliau sangka berlaku apabila seorang hamba Allah yang tidak mahu namanya disebut, tidak mahu identitinya dikenali menghulurkan sumbangan RM10 ribu untuk Imam Za'aba. "Saya panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa yang telah mengerakkan hati-hati dermawan membantu Imam Za'aba," katanya. Sekarang, kata Suhaizan, Tabung Solidariti Imam Za'aba berjumlah RM54,431.76 telah mencapai sasarannya. Harapan beliau, agar semua pihak sama-sama dapat meneruskan momentum ini untuk membantu Mazlan Aliman yang sedang dalam kesusahan. Mazlan, katanya, adalah pejuang yang mahu "dibunuh" secara undang-undang seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Dr Burhanuddin Helmi, Mahatma Ghandi, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu, Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli. Mazlan perlu mengumpul RM500,000, katanya. "Jika gagal maka rakyat marhain akan kehilangan hero mereka. Marilah kita sama-sama membantu beliau. Mazlan Aliman dan Imam Za'aba adalah mangsa kezaliman penguasa yang korup," katanya. |
INILAH AKIBATNYA BILA PEMIMPIN TIDAK LAGI DIHORMATI RAKYAT Posted: 11 Jan 2017 04:57 AM PST shahbudindotcomSepanjang hari ini semua orang bercakap mengenai Mohd Faiz Subri yang berjaya mencipta sejarah negara dengan memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland. Rembatan menakjubkan pemain bolasepak Pulau Pinang itu telah diundi sebagai jaringan terbaik dunia sepanjang tahun lalu di arena bolasepak profesional. Namun, sementara kejayaan Mohd Faiz itu begitu diraikan oleh seluruh rakyat, kaitannya dengan suasana politik semasa dan Najib Razak nyata tidak dapat dielakkan. Di media sosial, menatap semua yang dipaparkan itu membuatkan kita senyum-senyum sendirian dan lantas menyedarkan bahawa dalam kehidupan ini adalah penting untuk sentiasa berbuat baik, jujur dan tidak melakukan onar yang keterlaluan. Jika onar itu keterlaluan, ia sentiasa melekat dalam ingatan dan tidak mudah untuk rakyat melupakan, apalagi memaafkannya. Berikut antara luahan yang menarik itu: 1 - Rakyat Malaysia yang telah mengharumkan nama Malaysia di Pentas Dunia:- 1. Mohd Faiz Subri - Bolasepak. 2. Harith Iskandar - Lawak/Komedi. 3. Mohd Redzuan Mohd Puzi - 100m Paralimpik. 4. Khairul Idham Pawi - Lumba Motorsikal. 5. MO1 - 1MDB! 2 - Latihan yang banyak diperlukan untuk MEREMBAT BOLA supaya ia MELENCONG. Tetapi... Tak perlu latihan yang banyak untuk MEREMBAT DUIT dan kemudian pergi MELANCONG! 3 - Kenapa tiada Perdana Menteri sebelum ini yang diperlakukan sebegini rupa oleh rakyat Malaysia? Fikir-fikirkanlah!! |
FAM pergunakan kejayaan Faiz Subri tutup kelemahan Posted: 11 Jan 2017 04:52 AM PST Syed Saddis Syed Abdul Rahman · Prestasi bola sepak negara di tangga 161 dunia (ranking FIFA) tetapi FAM ingin membersihkan tangan mereka dengan kemenangan Faiz subri Memang tidak bokeh disangkal bahawa Faiz Subri telah pun berjaya untuk mengharumkan nama negara. Tetapi jangan kita sesekali lalai dan anggap kemenangan beliau menunjukkan bahawa prestasi bola sepak negara secara keseluruhannya baik. Terutamanya di bawah pimpinan FAM hari ini. Banyak pihak yang mengecam posting baru TMJ berkenaan kemenangan Faiz Subri. Malangnya, mesej utama yang TMJ ingin sampaikan tidak diendahkan, tetapi "Headlines" sahaja yang orang baca. 2) Yang dipertikakan adalah kenyataan yang dibuat FAM yang menggambarkan kemenangan Faiz sebagai "tanda aras baru bagi bola sepak negara". FAM ingin menggunakan kemenangan Faiz untuk menyembunyikan kelemahan mereka. Faiz yang menang, mereka yang nak "take all the credit". 3) Pada masa yang sama, YB Annuar Musa pun mengambil kesempatan ke atas kemenangan Faiz subri. Dia berkata Faiz merupakan anak didik beliau. Ini untuk menutup skandal bola sepak kelantan (KAFA) yang masih belum diselesaikan dengan baik. 4) "Don't just look at the surface, assess our Nation's football holistically" Kalau kita nak berjaya ke hadapan. Kita perlu bermuhasabah. Selesaikan krisis kepercayaan FAM. Pecahkan monopoli FAM ke atas sumber kewangan bola. Hapuskan rasuah dalam bola sepak. Pastikan kelan bola tidak ditenggelami dengan hutang sampai pemain tidak dibayar. Perkara pokok harus diselesaikan dahulu untuk kita bersama langkah ke hadapan. Ada kalanya, perlu kita bermuhasabah sebelum kita boleh maju ke hadapan. I believe TMJ sees this. I believe we all know this. Let's be honest with ourselves. |
Nilai ringgit merudum, BNM perlu kaji tambat ringgit Posted: 11 Jan 2017 04:36 AM PST Selangorkini · SHAH ALAM – Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia (BNM) perlu memikirkan langkah proaktif seperti menambat ringgit seperti dilaksanakan ketika negara berhadapan dengan krisis kewangan pada 1998. Bekas Timbalan Pengarah BNM, Dr Rosli Yaakob berkata, kejatuhan nilai ringgit paras terendah sejak krisis kewangan Asia menunjukkan langkah mewajibkan pengeksport tempatan menukar 75 peratus hasil eksport kepada ringgit gagal memberi kesan diharapkan. Katanya faktor dalam negara khususnya skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) memburukkan lagi persepsi pelabur terhadap keyakinan ringgit. "Nilai ringgit terus merosot menunjukkan langkah diambil tidak atau belum menunjukkan kesan positif dan ini ditambah faktor negatif lain yang memberi kesan besar kepada ringgit termasuk skandal 1MDB yang belum diselesaikan," kata Dr Rosli pada Selasa. "Kebarangkalian mencecah RM5 memang ada sekiranya BNM tidak mengambil langkah sewajarnya tetapi bila masa akan berlaku tak dapat dijangkakan adakah lagi enam bulan atau setahun," katanya. Beliau berkata, kadar pertumbuhan ekonomi negara yang dijangka perlahan pada tahun ini dan kenaikan harga komoditi termasuk minyak yang rendah turut menyumbang kepada kejatuhan nilai ringgit. "Pertambahan hasil eksport tidak mampu melonjakkan nilai ringgit dan hutang negara yang besar dijangka terus bertambah terutamanya bila kita berhutang dengan China untuk buat projek besar yang memberi tekanan menurun yang kuat kepada ringgit," kata Dr Rosli. Beliau berkata selain itu peningkatan import ketika ringgit dalam keadaan lemah turut 'memberatkan' nilai ringgit untuk melonjak. |
Levi pekerja asing: Liow kata tangguh, Nur Jazlan sebaliknya Posted: 11 Jan 2017 04:19 AM PST MALAYSIAKINI Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, jemaah menteri bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan dasar menuntut majikan membayar levi pekerja asing ke tahun depan. Pengumuman menteri pengangkutan itu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed pagi tadi yang menafikan kerajaan bersetuju menangguhkan pembayaran levi itu yang sepatutnya bermula pada 1 Januari yang lalu. Memetik laporan Bernama, Liow berkata, kabinet juga bersetuju untuk meneliti ekosistem yang sewajarnya bagi mempermudah industri menggaji pekerja asing dan memastikan pertumbuhan ekonomi negara. "Ini bukan sekadar mengenai levi tetapi juga hak majikan dalam memperoleh akses langsung kepada pekerja berbanding menggunakan orang tengah, serta bagaimana untuk mengurangkan kerenah birokrasi dan mempercepat pengambilan pekerja asing. "Pada mesyuarat itu kami turut menyuarakan akan keperluan pengambilan pekerja asing ini dikawal selia dan memastikan dasar itu dapat membantu pertumbuhan ekonomi tanpa menimbulkan masalah sosial kepada kita," kata Liow. Pagi ini, Nur Jazlan mengatakan pembayaran levi pekerja asing oleh majikan yang berkuat kuasa di bawah Komitmen Mandatori Majikan (EMC) tidak ditangguhkan kerana sudah bermula. "EMC tidak ditangguhkan. Ia telah bermula," kata Nur Jazlan yang juga ahli Parlimen Pulai kepada Malaysiakini. Pada 31 Disember yang lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan majikan akan bertanggungjawab membayar levi pekerja asing mereka, peraturan yang dikuat kuasa di bawah EMC. Ia, kata Ahmad Zahid, dapat mengelak isu pekerja asing lari, bertukar sektor secara haram serta tinggal lebih masa dan menjadi pendatang asing tanpa izin (PATI). Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata, pekerja asing tidak akan lari jika mereka dibayar oleh majikan dengan upah yang sewajarnya. "Jika majikan membayar pekerja asing dengan upah sewajarnya seperti yang dinyatakan dalam kontrak, pekerja tidak akan lari," kata Setiausaha Agung MTUC, Gopal Kishnam kepada Malaysiakini. |
Jenazah Adenan dikebumikan esok selepas Zuhur Posted: 11 Jan 2017 04:16 AM PST MALAYSIAKINI Kerajaan Sarawak hari ini mengumumkan majlis pengebumian negeri dan tempoh berkabung tujuh hari bermula esok sebagai menghormati kematian Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem. Jenazah Allahyarham Tan Sri Adenan Satem akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang, di Kuching esok, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa dari kediaman peribadinya di Santubong ke Masjid Jamek Sarawak, Petra Jaya pada pukul 10 pagi di mana upacara penghormatan terakhir akan bermula 10.30 pagi hingga 1 tengah hari. "Orang ramai yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir dinasihatkan berpakaian gelap," katanya pada sidang media di Kuching hari ini. Sidang media itu turut dihadiri seorang lagi Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Abdul Ghani. Abang Johari berkata esok juga diumumkan sebagai hari kelepasan am bagi negeri Sarawak dan tempoh berkabung selama tujuh hari dengan bendera negeri dikibarkan separuh tiang. Beliau turut menyifatkan kematian Adenan sebagai kehilangan besar kepada negeri dan negara, lebih-lebih lagi Allahyarham sarat dengan pengalaman. Ketua Menteri Sarawak kelima itu menghembus nafas terakhir pada jam 1.20 petang di Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan dekat Kuching. Adenan yang bakal menyambut hari kelahirannya yang ke-73 pada 27 Januari ini meninggalkan isteri, Puan Sri Jamilah Anu dan lima anak. |
Writ saman Zuraida terhadap Jamal gagal diserahkan: Peguam Posted: 11 Jan 2017 03:02 AM PST Bernama · KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini hari ini dimaklumkan bahawa writ saman difailkan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos gagal diserahkan kepada hingga hari ini. Peguam Latheefa Koya yang mewakili Zuraida memberitahu pemberita sehubungan itu hakim S Nantha Balan menetapkan 16 Januari untuk pengurusan kes selepas dimaklumkan bahawa writ saman itu gagal diserahkan kepada Jamal selaku defendan dalam kes berkenaan. "Pihak kami telah berusaha untuk menyerahkan writ saman kepada defendan di kediamannya termasuk pejabatnya tetapi masih gagal," katanya selepas pengurusan kes di dalam kamar hakim. Beliau berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan penyampaian ganti sama ada menggunakan ruang iklan di dalam akhbar, meletakkan writ saman itu di papan kenyataan mahkamah atau menghantar melalui pos satu salinan writ saman ke alamat defendan. Zuraida mendakwa perkataan fitnah itu telah diterbitkan secara meluas melalui media cetak dan elektronik serta portal berita online termasuk Berita Harian, Utusan Malaysia, Malaysiakini, Buletin Utama TV3 dan Astro Awani. Zuraida juga mendakwa akibat penerbitan perkataan fitnah itu, reputasinya sebagai Anggota Parlimen telah terjejas kerana beliau merupakan seorang tokoh awam yang dikenali ramai. |
Jamal kemuka tawaran rasmi ambil alih FAS Posted: 11 Jan 2017 02:57 AM PST Wartawan TMM · KELANA JAYA – Secara rasminya, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos telah menyerahkan surat permohonan sebagai presiden kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) di ibu pejabat FAS hari ini. Surat tawaran itu diterima oleh Exco FAS, Adnan Sarrif Dengan wajah berceloreng Merah Kuning bersama penyokongnya, Jamal berikrar akan membawa Selangor setanding dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) sekiranya dilantik menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). "Hari ini saya bersama rakan-rakan telah pun menghantar surat niat saya untuk menjadi Presiden FAS," kata Jamal dalam sidang media di hadapan ibu pejabat FAS. Jamal turut berjanji akan menyelesaikan apa saja masalah dihadapi FAS termasuk tunggakan gaji pemain dan jurulatih. "Dana adalah isu nombor dua, jika dilantik hari ini semalam saya selesaikan," kata Jamal ketika ditanya berkenaan masalah tunggakan gaji berkenaan. Pada 30 Disember lalu, Azmin meletak jawatan sebagai presiden kerana membantah budaya "politik berlebih-lebihan, melakukan kerja cara lama dan mentaliti bergantung kepada subsidi" dalam FAS. Azmin berkata beliau tidak mahu bersama dengan organisasi dan pengurusan FAS yang "tidak berwibawa", "tidak komited" kepada perubahan, "bergelumang dengan budaya politik tidak bertanggungjawab" dan "mengecewakan penyokong dan rakyat". Selain penyokong, turut hadir mengiringi Jamal ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Shohaimi Shadan dan Datuk Ahmad Azhar. |
Pelantikan Shahrir tiada kaitan dengan masalah kewangan Posted: 11 Jan 2017 02:48 AM PST PUTRAJAYA – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim menyangkal dakwaan pelantikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana masalah kewangan yang dihadapi Felda di bawah kepimpinan Tan Sri Isa Samad. Beliau menjelaskan tempoh perkhidmatan Isa sebagai Pengerusi Felda tamat pada 31 Dis lepas dan beliau juga masih kekal sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV). "Tidak timbul ada dakwaan bahawa ia merupakan satu hukuman (terhadap Isa) atau pengakuan bahawa Felda menghadapi masalah kewangan di bawah pentadbiran Isa," katanya dalam sidang media, di sini pada Isnin. Razali berkata beliau yakin pengalaman luas Shahrir dalam pentadbiran kerajaan serta beberapa jawatan lain termasuk Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), akan dimanfaatkan sepanjang pelantikannya sebagai Pengerusi Felda. Menurutnya beliau telah bertemu dengan Shahrir yang memberi banyak pandangan khususnya berkaitan soal kewangan dan pengauditan Felda serta pelaburan Felda. Mengenai cadangan Shahrir untuk melaksanakan penstrukturan semula model perniagaan Felda, Razali berkata beliau menyokong penuh cadangan itu bagi memenuhi harapan para peneroka. "Felda melakukan aktiviti yang bukan sahaja dalam sektor perladangan, tetapi juga soal pelaburan, pendidikan dan komuniti. "Jadi sudah tentu perkara-perkara ini perlu dilaksanakan dengan lebih tersusun dan rapi, malah beliau memberi penekanan kepada soal perumahan generasi baharu Felda," katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Shahrir yang juga anggota parlimen Johor Bahru sebagai pengerusi Felda yang baharu pada Jumaat lepas. Sementara itu di KUALA LUMPUR, Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Datuk Moehamad Izat Emir berkata pelantikan Shahrir dilihat mampu menyelesaikan kemelut yang dihadapi Felda. "Di bawah kepimpinan Tan Sri (Shahrir), begitu besar harapan kaum Melayu agar anak-anak peneroka dapat menempa kejayaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Beliau berkata setiap 4 hektar yang diberikan Felda kepada peneroka, perlu menjadi tapak untuk mereka membangunkan industri desa dan industri ciptaan moden yang mampu menerokai pasaran dalam dan luar negara. |
Kenapa Najib sayang sangat dengan Isa Samad? Posted: 11 Jan 2017 02:45 AM PST Ustaz Idris Ahmad Masalah di Felda bermula sejak Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menjadi Pengerusi Felda pada tahun 2011. Daripada awal lagi beliau dilantik sudah menimbulkan keresahan di kalangan penghuni Felda. Beliau yang mempunyai rekod yang tidak bersih di dalam Umno, tetapi tetap juga dilantik. Kelam kabut dalam pengurusan Felda, walaupun mereka ini orang yang cukup setia dengan kerajaan. Cuma mereka ini seorang yang profesional ingin melihat Felda menjadi institusi untuk membela orang miskin Melayu. Malahan antara mereka ialah bekas anak peneroka Felda yang mempunyai kelulusan dan profesional dalam bidang masing-masing. Walaupun Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengganti Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, namun Isa masih kekal sebagai Pengerusi FGV. Bolehkah Shahrir bergerak dengan bebas? Masalah Felda ialah masalah FGV yang dipengerusi oleh Isa Samad. Kenapa Datuk Seri Najib terlalu sayang kepada Isa Samad? Apakah rahsia kekuatan Isa Samad sehingga beliau kebal di Felda? Melantik Shahrir mungkin untuk meredakan kemarahan warga Felda yang memiliki 54 kerusi Parlimen. Ia merupakan stok penimbal BN dalam pilihan raya. Mungkin Najib sudah dapat menghidu kemarahan warga Felda yang akan bertukar haluan kepada PAS terutamanya apabila rungutan mereka tidak didengari oleh kerajaan. Maka Shahrir dilantik menjadi Pengerusi Felda yang baru. Kalau ikut kepentingan dan keuntungan politik PAS, biarlah Isa Samad kekal di Felda sehingga PRU14 supaya mudah untuk mendapat sokongan peneroka di dalam pilihan raya. Tetapi demi masa depan warga Felda bukan itu yang kita mahu. Kepentingan warga Felda seramai 2 juta dan 360,000 hektar tanah Felda mesti diselamatkan terlebih dahulu. *Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS/Ahli Parlimen Bukit Gantang |
Posted: 11 Jan 2017 02:35 AM PST ANTARAPOS.COM PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak mengumumkan tempoh berkabung tujuh hari bermula esok sebagai menghormati kematian Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Abang Openg, berkata sepanjang tempoh itu, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang, manakala semua acara rasmi ditangguhkan. Seiring kedudukannya Allahyarham sebagai pemimpin yang banyak berjasa, beliau berkata, majlis pengebumian negeri akan diadakan esok. "Jenazah Tan Sri Adenan akan dibawa dari kediamannya di Damai Jaya, Santubong ke Masjid Jamek Negeri, Petra Jaya untuk majlis penghormatan terakhir oleh rakyat dan kenamaan pada jam 10.30 pagi. "Jenazah akan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petra Jaya selepas solat Zuhur," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi. Hadir sama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Douglas Uggah Embas dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Abdul Ghani. Abang Johari turut menyifatkan kematian Adenan sebagai kehilangan besar kepada negeri dan negara, lebih-lebih lagi Allahyarham sarat dengan pengalaman. "Allahyarham mengamalkan konsep kesederhanaan tetapi tegas memperjuangkan prinsipnya. Sarawak ada dalam jiwanya manakala Allahyarham adalah pemimpin yang amat dekat di hati rakyat," katanya. |
[KEMASKINI] Itu hak PAS untuk berhimpun, kata PKR Posted: 11 Jan 2017 02:31 AM PST Oleh Shuhaniza SaidAMPANG: PKR berkata adalah menjadi hak PAS untuk menganjurkan Himpunan 355 yang dijadualkan pada 18 Februari depan. Namun menurut Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, parti itu masih belum membuat keputusan samada mahu menyertainya atau tidak. "Itu adalah hak mana-mana individu atau organisasi untuk adakan perhimpunan aman dan pendirian kita, telah kita nyatakan berulang kali tentang perkara ini. "Setakat ini saya belum dimaklumkan tentang perkara tersebut sebab saya kira mereka juga sedang mengenalpasti lokasi yang sesuai bagi maksud berkenaan," katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan di SK Hulu Klang, di sini sebentar tadi. Himpunan 355 PAS ini dianjurkan bagi memberi penerangan bersabit cadangan pindaan Rang Undang-undang 355 (RUU355). Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung kehadiran PKR ke himpunan berkenaan sekiranya mendapat jemputan. Menurut Azmin lagi, PKR akan melakukan perbincangan di peringkat parti mengenai penyertaan mereka dalam himpunan tersebut. Katanya, setakat ini partinya masih belum menerima jemputan rasmi daripada penganjur himpunan. "Kita akan berbincang dalam parti tentang penyertaan kita," katanya lagi. PKR menerusi Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini berpendirian menerima dan mengiktiraf hak Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menyokong bahawa usul tersebut dibahas, meskipun mempunyai beberapa kemusykilan dan keraguan berkaitan dengan RUU 355. Justeru PKR menantikan penjelasan Abdul Hadi dan lebih utama lagi pendirian dan jaminan Perdana Menteri bahawa hak-hak di bawah Perlembagaan akan dilindungi, sebelum sebarang memutuskan pendirian seterusnya. PAS pada Sabtu lalu mengumumkan akan menganjurkan himpunan mega pada 18 Februari depan bagi menyatakan sokongan bersabit langkah Presidennya membawa usul pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang telah melalui dua kali penangguhan di Parlimen. Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media himpunan itu turut mempelawa kesemua parti politik termasuk DAP, Amanah serta parti-parti komponen BN untuk menghadiri himpunan itu bagi mendapatkan penerangan mengenai keperluan meminda Akta Mahkamah Syariah. Menurut Tuan Ibrahim, himpunan itu turut bertujuan 'memurnikan suasana' ekoran sikap sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan langkah PAS membawa usul pindaan terhadap Akta 355. |
Posted: 11 Jan 2017 02:29 AM PST ANTARAPOS.COM SEPANG: Pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri, yang memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016, akan menerima ganjaran keseluruhan RM150,000. Sebanyak RM100,000 adalah daripada Kementerian Belia dan Sukan yang diumumkan oleh Menterinya, Khairy Jamaluddin, hari ini. Baki insentif RM50,000 diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). |
Mukhriz berhak saman Tunku Aziz, kata Azmin Posted: 11 Jan 2017 02:26 AM PST Oleh Shuhaniza SaidAMPANG: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambil pendekatan menjarakkan diri untuk mengulas pendedahan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim bersabit 'pakatan sulit', minggu lalu. Beliau sebaliknya berkata, adalah hak Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, individu yang dikaitkan dalam pendedahan tersebut, untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tunku Aziz. "Itu hak Datuk Seri Mukhriz untuk ambil tindakan dan beliau telah nyatakan hasrat untuk ambil tindakan terhadap Tunku Aziz dan saya serahkan kepada beliau," katanya dalam sidang media selepas membuat lawatan di SK Hulu Klang, di sini sebentar tadi. Tunku Aziz minggu lalu mendedahkan wujud pakatan sulit di antara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menaikkan Mukhriz sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. Dakwa Tunku Aziz juga, pakatan sulit itu turut menamakan Kit Siang sebagai calon Timbalan Perdana Menteri. Susulan itu, Mukhriz memaklumkan bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas Tunku Aziz, selain menggesa bekas pemimpin veteran DAP mendedahkan 'sumber' beliau. Bagaimanapun Tunku Aziz dalam reaksinya terhadap ugutan saman itu, mengingatkan Mukhriz supaya membuat akuan bersumpah (SD) untuk menghentikan segala spekulasi. Dalam perkembangan berlainan, Azmin turut diminta mengulas hasrat Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang ingin menggantikan beliau sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). "Saya bukan ahli FAS.. terserah kepada FAS lah untuk membuat keputusan," katanya lagi. Jamal semalam menghantar surat rasmi kepada FAS bagi menawarkan diri sebagai Presiden kelab bola itu, malah berazam untuk membawa pasukan Selangor setanding dengan Johor Darul Takzim (JDT) jika dilantik sebagai presiden. Malah Jamal juga berjanji menyelesaikan segala tunggakan gaji dan elaun pemain dan jurulatih akan diselesaikan dalam tempoh 14 hari. Posisi itu 'kosong' selepas Azmin baru-baru ini mengumumkan peletakan jawatannya selepas dua tahun menyandang jawatan berkenaan. Menurut Azmin, keputusan itu dibuat ekoran tidak berpuas hati terhadap sikap barisan Exco FAS yang masih dengan sikap dan budaya lama yang terlalu bergantung kepada pemberian subsidi. |
Dua lelaki didakwa culik murid sekolah direman Posted: 11 Jan 2017 02:19 AM PST Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Khairul Nizam Abu Bakar selepas membenarkan permohonan polis. Suspek yang masing- masing berusia 26 dan 25 itu disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. Semalam, suspek dilaporkan cuba menculik anak wanita berkenaan namun gagal selepas mereka dikejar oleh orang awam. Dalam kejadian sekitar jam 5 petang itu, mangsa keluar dari rumahnya di Bandar Baru Sungai Buloh, untuk mengalihkan kereta di hadapan rumah. Suspek yang menaiki sebuah van putih, mendekati mangsa sebelum menariknya masuk ke dalam van. Sekeping nota dalam bahasa Mandarin yang memaklumkan mangsa diculik dan meminta wang tebusan RM5 juta ditinggalkan di hadapan rumah mangsa. |
Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia Posted: 11 Jan 2017 02:14 AM PST KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem,72, dilaporkan meninggal dunia pada tengah hari tadi. Menerusi Twitter Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarham. "Takziah kepada Puan Sri Jamilah kepada keluarga dan rakyat negeri Sarawak atas kembalinya ke rahmatullah Ketua Menteri TS Adenan Satem,". Al-Fatihah," tulisnya. Adenan yang juga merupakan Adun Tanjung Datu dilantik sebagai ketua menteri pada 28 Februari 2014 mengantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selepas Abdul Taib mengemukakan peletakan jawatannya pada 11 Februari tahun tersebut, selepas mengemudi Sarawak selama 33 tahun. Sepanjang hidupnya, Adenan mencatatkan rekod yang cemerlang dalam karier politiknya, kerjaya politiknya bermula pada 1979 apabila beliau bertanding bagi kerusi Dun kawasan Muara Tuang dan berjaya memenangi kerusi berkenaan, bermula dari tahun tersebut, Adenan mencipta pelbagai rekod yang membanggakan. Dilaporkan beliau memenangi kesemua kerusi negeri dan Parlimen sehinggalah kemuncaknya beliau diangkat menjadi Ketua Menteri. Adenan mendapat pendidikan sehingga ke menara gading, beliau menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di Adelaide University, Australia. Adenan sebelum menjadi Ketua Menteri, pernah bertugas sebagai guru,majistret, wartawan dan penasihat perundangan. Sinar Harian melahirkan salam takziah buat keluarga Allahyarham. Al-Fatihah. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan