Jumaat, 6 Januari 2017

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pentaksub kantoi dalam usaha pertahankan Hj Hadi

Posted: 05 Jan 2017 05:30 PM PST


 Buku "PERPUAKAN PAS" ini merupakan kajian ilmiah tulisan Syahidulamri Khairuddin mengenai masalah perpuakan yang wujud dalam PAS khususnya era Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

 Beliau juga menyentuh tentang perpuakan yang berlaku dalam era kepimpinan yang terdahulu seperti Dr Burhanuddin Helmy, Asri Muda dan Ustaz Fadzil Nor.

Penganalisis politik tersohor Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff sudi memberikan kata pengantar dalam buku ini.

  Promosi buku ini yang dimuat naik melalui fesbuk telah mendapat riaksi Timbalan Speaker Dun Selangor, Shafie Ngah.


Shafie Ngah: Saya sudah baca buku ini. Dgn menjadikan rujukan dari sumber yg tidak munasabah sprt laporan astroawani, the malaysian insider dan yg seumpamanya, pada hemat saya tulisan buku ini telah keluar dari nilai akademik. Saya juga syak ada fakta yg tidak dinyatakan, sama ada disengajakan demi tujuan tertentu atau si penulis tidak amati, sprt fakta bahawa Dato Fadhil noor pernah isytihar putus hubungan dgn parti keadilan pd suatu masa dan pd masa yg lain telah memutuskan hubungan dgn DAP, dan kesan positif pengisytiharan tersebut kpd keputusan p.raya yg membawa Dato Fadhil noor ke jawatan ketua pembangkang malaysia. Satu lagi, penulis tidak mengambil fakta berlakunya himpunan Bersih adalah berpunca drp manipulasi SPR yg membawa masuk berbondong2 pengundi ke Terengganu sehingga jatuhnya kerajaan PAS Terengganu. Penulis tidak tahu, lupa atau sengaja demi mencapai maksud merendah2kan ketokohan TGHH???

Ekoran komen YB Shafie Ngah tersebut, berikut adalah balasan penulis buku tersebut :
 Terima Kasih saya ucapkan kepada YB Shafie Ngah (ADUN Bangi) kerana sudi membaca penulisan saya. Untuk pengetahuan YB, penulisan saya masih selari dengan penulisan akademik iaitu harus bersandarkan fakta. Saya menggunakan rujukan akhbar dan media elektronik kerana skop kajian saya agak terkini.

Semasa kajian ini dijalankan sumber rujukan adalah amat terhad dan kebanyakannya bergantung kepada sumber sekunder. Saya juga berbuat demikian adalah berdasarkan nasihat daripada penyelia kerana kajian ini hanyalah bagi melengkapkan Ijazah Sarjana Muda dan in shaa Allah akan saya kembangkan lagi di peringkat seterusnya.

 Sejujurnya saya agak terkejut apabila YB mempertikaikan tentang fakta yang saya gunakan. Saya membuat beberapa semakan kembali sejarah berkaitan Pas dan tiada sebarang rekod ditemui berkenaan UFN putuskan hubungan dengan KeADILan dan DAP. UFN dilantik sebagai Ketua Pembangkang pada 1999 selepas Pas berjaya memperoleh 27 kerusi Dewan Rakyat dan tiada sebarang fakta yang menunjukkan kemenangan Pas pada waktu itu disebabkan kesan positif putusnya hubungan dengan KeADILan dan DAP.

Malahan, pada waktu itu, Barisan Alternatif (Pas, Dap, KeADILan dan PRM) berada pada tahap paling kuat dan utuh dalam sejarahnya. Oleh itu, saya ingin meminta jasa baik YB untuk kemukakan fakta berkaitan isu fakta di atas.

 Berkaitan dengan kekalahan Pas Terengganu pada PRU-2004, saya tidak temui sebarang fakta yang menyatakan bahawa SPR membawa pengundi ke Terengganu.

Saya ingin berkongsikan sedikit maklumat yang tidak pernah dinyatakan dalam penulisan saya sebelum ini yang mana kekalahan Pas Terengganu pada PRU-2004 disebabkan oleh TGHH tidak menerima pakai nasihat Almarhum TGNA iaitu berkaitan isu Tabika KEMAS (Sumber: Almarhum Dato Haji Omar Mohamad, Ketua Penerangan Pas Pusat 1999-2001).

Selain itu, terdapat banyak lagi faktor yang menyebabkan kalahnya Pas pada waktu itu sama ada di Terengganu dan seluruh negara.

 SYAHIDULAMRI KHAIRUDDIN
 BACHOK 5.1.2017

Tiada ulasan: