Khamis, 26 Januari 2017

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bukti pendedahan Rafizi tentang Tabung Haji bukan fitnah

Posted: 26 Jan 2017 05:16 AM PST

Nor Badli didakwa melakukan pecah amanah lima keping cek
Maybank. Astro AWANI / Shahir Omar
Naib Presiden PKR berkata pendakwaan terhadap bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) TH Heavy Engineering Bhd (THHE), Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti atas tuduhan pecah amanah membuktikan pendedahannya selama ini berasas.

 Rafizi Ramli berkata, ia membuktikan penyelewengan itu bukan sahaja berlaku di THHE, malah melibatkan pelaburan besar Tabung Haji yang membawa kerugian.

 "Maka pendakwaan ke atas Datuk Nor Badli hari ini membuktikan bahawa pendedahan saya mengenai penyelewengan dan salah tadbir pelaburan Tabung Haji ada asasnya dan bukannya fitnah seperti yang menteri-menteri Umno mahu rakyat percaya.

 "Sejak setahun lalu saya juga telah buktikan bahawa penyelewengan dan ketirisan bukan sahaja berlaku di THHE, tetapi melibatkan banyak pelaburan besar Tabung Haji di dalam syarikat-syarikat tertentu (yang diceburi oleh Tabung Haji sebagai pelaburan strategik, bukannya pelaburan biasa) yang lebih banyak rugi dari untung," kata Rafizi pada kenyataan media.

 Katanya, dengan pendakwaan itu beliau berharap menteri-menteri bertanggungjawab seperti Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhenti mengatakan Tabung Haji menjadi mangsa fitnah beliau.

 Selain itu Rafizi turut menggesa Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim menjawab persoalan mengenai siapa bertanggungjawab mencadangkan pelaburan dalam syarikat-syarikat berkenaan sehingga menyebabkan kerugian ratusan juta ringit.

 "Sudahkah individu-individu ini dikenalpasti dan disiasat di peringkat pengurusan kanan Tabung Haji? Sudahkah tindakan diambil terhadap mereka di peringkat dalaman Tabung Haji? Sudahkah laporan kepada pihak berkuasa dibuat terhadap mereka?," soalnya.

 Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti, 51, hari ini mengaku tidak bersalah di mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM2.5 juta, empat tahun lalu.

 Tertuduh sebagai CEO THHE ketika itu didakwa melakukan pecah amanah terhadap lima keping cek Maybank berjumlah RM2,575,800.

 Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Pejabat THHE Fabricators Sdn Bhd, Tingkat 23, Tower B, Menara UOA Bangsar, No 5, Jalan Bangsar Utama 1, Kuala Lumpur antara April dan Oktober 2013. 

Komen al-Husseyn : 

 Ketika berita penahanannya pada November lalu oleh SPRM, beliau bersama adiknya dilaporkan terlibat dengan rasuah lebih RM39.9 milion.

 Tetapi laporan diatas menyatakan bahawa : Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti, 51, hari ini mengaku tidak bersalah di mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM2.5 juta, empat tahun lalu.

   Kenapa jauh sangat perbezaannya daripada jumlah yang dipalorkan pada awalnya?

 Kes pengarah dan timbalan pengarah Air Sabah yang pada mulanya dilaporkan menghadapi 37 pertuduhan menyeleweng dana infrastruktur berjumlah RM61.48 juta dalam bentuk tunai dan simpanan bank serta memiliki barangan berjenama mewah secara menyalahi undang-undang. Tetapi kemudiannya SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa tiada unsur rasuah dalam kes tersebut dan di luar bidang kuasa SPRM.

 Apakah pula dengan kes Datuk Nor Badli selepas ini nanti? Apakah SPRM juga akan kata benda yang serupa?

Update : Saya ingin buat pembetulan sedikit mengenai jumlah sebenar yang melibatkan kes pengarah dan timbalan pengarah Air Sabah itu bukan RM61.48 juta. Jumlah sebenarnya ialah melebihi RM114.5 juta diperolehi dari suspek dan keluarga mereka.

Tiada ulasan: