Rabu, 11 Januari 2017

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


DEBAT NASSURUDDIN VS HUSAM BAB BAI'AH DAN SUMPAH

Posted: 10 Jan 2017 10:00 PM PST

 Hari ini hari ke 10 Januari 2017, masih ada 20 hari menjelangnya berakhirnya tarikh yang dicadangkan. Wpun YB Dato' Haji Mohd Nassuruddin Hj Daud sblm ini begitu bersungguh sungguh menyahut cabaran debat dari YB Dato' Haji Husam Musa yg dilempar secara berseloroh dlm DUN Kelantan sebagai menepis sindiran demi sindiran oleh Exco Agama tersebut semasa menggulung perbahasan.

 Namun kini nampaknya semakin sejuk, bahkan terlebih sejuk dari air Sungai Golok yg menenggelami bumi lebih separuh Dun Meranti.

Sebagai Pengarah Debat yg dilantik bagi pihak DHM, ambo tetap berharap debat ini dapat diteruskan wpun wakil kedua dua pihak semakin menyepi dan tidak serius melaksanakan tugas mereka.

 Mungkin Majlis Syura Pas (MSU) sebagai badan yg bertanggungjawab merangka wording Sumpah dan Bai'ah tersebut perlu mendesak Exco Agama supaya lebih pro aktif mengotakan cabarannya, sementara Dewan Ulama' Pas Kelantan sebagai penasihat syariah Pas Kelantan boleh melakukan sesuatu supaya debat ini direalisasikan, bukan bertindak sebaliknya. ~ Che Ibrahim Mohamad

Pantun Koruptor WS Rendra

Posted: 10 Jan 2017 05:40 PM PST

Terang bulan terang di kali
Buaya timbul disangka wali
Katanya ada reformasi
Nyatanya tetap korupsi di sana sini.
Kalau ada sumur diladang, 
      Jangan diintip gadis yg mandi 
Koruptor akalnya panjang, 
Peguam Negara dan hakim
                 diajak kompromi.

Berburu ke padang datar 
Mendapat janda belang di kaki 
Koruptor terbang bersiar-siar 
Wang rakyat dibawa lari.

Berakit-rakit ke hulu 
Berenangnya kapan-kapan 
Pencuri kecil diburu melulu 
Perompak besar dimuliakan.

Kura-kura dalam perahu
                     Buaya darat didalam sedan 
Ada pemimpin tak boleh ditiru
Korupsinya gila-gilaan.

    Si tukang riba disebut lintah darat 
  Si hidung belang disebut buaya darat 
 Pedagang banyak hutang itulah koprat 
Mereka yg berhutang yg bayar lha kok rakyat.

Aduh-aduh cantiknya si Janda kembang 
Sedang menyanyi si Jali-Jali 
Hujan emas dirantau orang 
Banjir hutang di negara sendiri


Tiada ulasan: