Nuffnang

Pengikut

Tukar Tiub

0
sumber :-

Tukar Tiub


PERJANJIAN DENGAN SETAN

Posted: 25 Dec 2016 07:16 PM PST



PIKIR KAMBALI
celako punyo pak arab wahabi.. ko punyo perjanjian dengan setan amereka nie bilo nak abis... klu kek tompek den nie, tujuh keturunan baru boleh nak solosai klu bojanji dengan sako nie... 

tp nie dah lobeh 7 keturunan dah nie... korang mmg menyusahkan semuo orang islam dah nie... hampeh botul la... nie sajo nak peringatkan la... kepodo ostat2 yg nak mendokong pemerentah2 polik arab saudi yg kek malaysia nie, elok2 la korang bopikir balik...

korang tak payah lah bawak ajaran wahabi tu kek kami orang nie... molekek cilako eaa.. tujuh koturunan tak tontu hilang... on APA YANG BERLAKU DI SYRIA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/25/16





-------------

BUDAK PAS MANA NAK CARI MAKAN?

Posted: 25 Dec 2016 06:49 PM PST





BUDAK PAS MANA NAK CARI MAKAN?
PAS sudah nampak tak relevan dan akan kalah dalam PRU Bebudak PAS tuh risau kalau kalah mana bak cari makan Ekonomi sudah terok cari kerja pun susah tak ada 

Kalau nak kerja KUTIP TOLL mungkin ada peluang lah Itu lah kenapa nak terus sekongkol sama orang orang BODOH PAS pun Paling tadah masok PKR pun boleh cari makan 

Hidup hanya sekali kalau nak jadi BODOH pun tak payah sampai KIOK dalam PAS Kasihan.... Melayu Melayu semua tuh pun... on SIAPA TEKAN SIAPA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/24/16





--------------

AKHIRNAY SYRIA BERJAYA KALAHKAN PENGGANAS

Posted: 25 Dec 2016 06:20 PM PST






BERITA KARUT TENTANG SYRIA
sila ke youtube. wawancara dgn eva Bartlett, Carla Ortiz, vanessa beeley. mrk semua adalah wartawan bebas yg ke Syria. jgn percaya cnn, bbc, guardian, nyt dan sewaktu dgnnya. pelik org sunni ni.

bila ada laporan yg memburukkan sunni wahabi, cepat2 keluar ayat Quran, "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu". [Al Hujurat : 6]. 

tp bila ada laporan yg memburukkan syiah, spt yg dilaporkan oleh media kafir zionis, terus percaya dan sebarkan. tidak pula mrk praktikkan ayat diatas. on APA YANG BERLAKU DI SYRIA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/25/16






-----------------

TETUS JADI HAMBA ARAB

Posted: 25 Dec 2016 05:51 PM PST




JADI HAMBA ARAB
🔴Negara Saudi yang kaya raya dengan duit minyak ini tidak langsung memiliki ciri-ciri demokrasi jauh sekali menghormati hak asasi manusia. Warga asing yang bekerja di Saudi sering dijadikan hamba abdi sama seperti di zaman Rasulullah. 

Yg ni salah, dizaman nabi saw, baginda anjur bebas hamba yg telah jadi tradisi berkurun lama. Bukan mcm orang saudi buat sekarang yaitu menghambakan manusia bebas. on APA YANG BERLAKU DI SYRIA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/25/16




-------------

AL-FATIHAH

Posted: 25 Dec 2016 04:58 PM PST






F.B





AL- FATIHAH



TERKINI
Penyanyi terkenal antarabangsa, George Michael MENINGGAL DUNIA di kediamannya di Goring, Oxfordshire, United Kingdom pada usia 53 tahun.
Bekas penyanyi utama kumpulan WHAM! itu meninggal kira-kira jam 10.37 pagi Ahad waktu tempatan (jam 6.37 petang waktu Malaysia) dan disahkan oleh pasukan paramedik kira-kira dua jam kemudian.
Sepanjang kariernya sebagai penyanyi selama empat dekad, mendiang telah berjaya menjual lebih 100 juta album termasuk kemunculan terakhir mendiang mengadakan konsert di Vienna, Austria tiga tahun lepas.
Lagunya yang paling diingati peminat muziknya di seluruh dunia ialah 'Careless Whisper' yang dirakamkan sekitar tahun 1984 dan melonjakkan namanya sebaris dengan penyanyi lain seperti Whitney Huston dan Michael Jackson.
Kesihatannya merosot teruk dua minggu lalu namun berjaya dirahsiakan dari pengetahuan media sehinggalah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi Krismas semalam.
Ucapan takziah rakan-rakan artis dan personaliti dunia mula membanjiri garis masa (timeline) di laman sosial Twitter termasuk kumpulan rock terkenal, Duran Duran dan pengacara tersohor Amerika Syarikat, William Shatner.
Lirik lagu Careless Whisper:
I Feel So Unsure
As I take your hand
And lead you to the dance floor
As the music dies

Something in your eyes
Calls to mind a silver screen
And all it's sad goodbyes

I'm never gonnadance again
Guilty feet have got no rhythm
Though it's easy to pretend
I know you're not a fool

I should have known better than to cheat a friend
And waste a chance that I've been given
So I'm never gonna dance again
The way I dance with you





-------------------

ENTOT ATAS UNTA

Posted: 25 Dec 2016 04:29 PM PST



ARAB INI BODOH
Yang bangangnya si arab unta poojaam org2 melayu ni lar..asik berperang sesama sendiri..org melayu tak tahu menahu..

dok sokong lak sebelah pihak...kunun atas dasar sunni...x payah lar kita amik tau..arab ni bodoh...x abis2 nak perang sesama sendiri..atas nama Islam lak tu kununnya... on APA YANG BERLAKU DI SYRIA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/25/16







-------------

APA YANG BERLAKU DI SYRIA

Posted: 24 Dec 2016 08:37 PM PST







F.B


Terima kasih Tukar Tiub for this awesome article!
APA YANG BERLAKU DI SYRIA?
Oleh : Hishamuddin Rais.

🔴Saya pernah sampai ke kota Damas, panggilan manja warga Arab untuk kota Damsyik atau Damascus untuk warga Barat. Ini lama dahulu ketika saya berkelana. Saya datang dari Hong Kong membawa jemputan dari Asia Students Association (ASA) kepada Persatuan Pelajar Syria untuk hadir ke Kongres ASA di Chiengmai Thailand. Justeru saya menjadi tamu Persatuan Pelajar Kebangsaan Syria.
🔴Sebelum sampai ke Damas, saya melintasi Amman, Jordan. Saya membawa jemputan yang sama. Saya diberitahu bahawa Persatuan Pelajar Jordan dalam buangan beroperasi di Beirut. Begitu juga dengan GUPS - General Union of Palestine Students. Justeru saya wajib juga dari Syria menuju ke Lubnan. Ketika ini Perang Saudara di Lubnan baru bermula.
🔴Saya tersangkut hampir dua minggu di Damas. Bumi Arab inilah yang menjadi permulaan jejak dan tapak saya berkelana. Saya tersangkut kerana jalan utama dari Damas ke Beirut ditutup kerana perang saudara. Lalu untuk membunuh masa, saya melingkari kota Damas.
🔴Pada tahun 1974, saya seperti ramai anak-anak muda di Malaysia tidak ada langsung kefahaman tentang Sunni dan Syiah. Ketika saya membesar, saya tidak mengetahui tentang wujudkan dua mazhab ini. Yang saya fahami, saya ini penganut Islam, tidak lebih dari itu. Sunni dan Syiah ini tidak pernah wujud dalam fikrah saya.
🔴Saya bertemu dengan mazhab Syiah di Iraq. Ini pada tahun 1975, lama sebelum Revolusi Iran kerana saya menjadi tamu Persatuan Pelajar Iraq. Malah sebelum dunia membaca tentang Ayatullah Khomeini, saya telah melawat Karbala dan Najaf. Ketika saya melawat Najaf, Ayatullah Khomeini masih lagi 'orang buangan' sebelum dihalau keluar dari Najaf ke Kuwait dan berakhir di Paris.
🔴Dengan pecahnya Revolusi Iran, penganut Islam di Malaysia disedarkan tentang wujudnya satu lagi mazhab Islam yang dipanggil Syiah. Penganut Syiah di Iran bangun melawan Shah Reza Pahlevi. Raja Iran ini telah dinaikkan ke takhta oleh CIA. Justeru, Revolusi Iran melonjakkan kesedaran tentang Syiah di kalangan anak-anak muda Islam di seluruh dunia. Mazhab Syiah dilihat membawa garis melawan imperialis.
🔴Hari ini, pada tahun 2013, kita sedang melihat bagaimana Islam dijadikan musuh oleh kuasa imperialis Anglo-Amerika. Sesudah tamatnya Perang Dingin dan runtuhnya Tembok Berlin (1989) pernah diharapkan politik dunia akan membawa pencerahan dan keamanan untuk umat manusia. Harapan ini meleset. Kaum pemodal, kuasa militer, peniaga senjata antarabangsa bersama dengan politikus kanan memilih Islam sebagai musuh baru.
🔴Di zaman Perang Dingin dahulu yang dijadikan musuh ialah negara yang menggunakan sistem ekonomi sosialis, kaum sosialis dan kaum komunis. Mereka bukan hanya ditohmah dan difitnah malah mereka dibantai dan dikorbankan. Kali ini yang menjadi musuh ialah Islam. Ini yang sedang kita saksikan.
🔴Awas, kaum pemodal antarabangsa dengan cekap menggunakan perbezaan mazhab Sunni dan Syiah untuk membantai umat Islam. Perbezaan Sunni dan Syiah ini sedang dijadikan senjata ulung untuk membantai warga Syria.
🔴Saya akui di sini bahawa manusia yang bernama Bashar al Assad itu mungkin bukan sosok terbaik untuk dijadikan contoh pendemokrasian di Syria atau untuk bumi Arab Islam. Di belakang gerakan anti Bashar ini sebenarnya ada agenda yang lebih besar yang dirancang kaum imperialis Anglo-Amerika.
🔴Justeru, apa yang berlaku di Syria itu bukan pertempuran Sunni dan Syiah. Apa yang sedang berlaku ialah pembantaian warga Syria - Sunni, Syiah, Kristian, Ba'ath dan Majusi. Peperangan dan pembunuhan di Syria ini sebahagian dari agenda Anglo-Amerika untuk menakluk bumi Arab. Kenapa perlu ditakluk bumi Arab? Jawabnya : minyak.
🔴Kata-kata lunak, janji-janji manis dari Clinton, Bush atau Obama terhadap umat Islam hanyalah kata-kata. Kuasa imperial Anglo-Amerika memiliki agenda yang telah lama dirancang. Contohnya : serangan ke atas Iraq telah lama dirancang - jauh sebelum ledakan WTC di New York tahun 2001.
🔴Pendemokrasian yang diajukan oleh kuasa imperialis Amerika itu bunyinya amat lunak. Kenapa demokrasi hanya perlu diwujudkan di Libya, Mesir, Iraq dan Syria? Kenapa demokrasi tidak diajukan kepada Arab Saudi?
🔴Negara Saudi yang kaya raya dengan duit minyak ini tidak langsung memiliki ciri-ciri demokrasi jauh sekali menghormati hak asasi manusia. Warga asing yang bekerja di Saudi sering dijadikan hamba abdi sama seperti di zaman Rasulullah.
🔴Sebuah lagi negara Arab yang begitu kuat menyokong dan memberi dana dan senjata kepada gerombolan pengganas untuk menyerang Syria ialah Qatar. Atas nama Islam, atas nama Sunni , senjata telah dihantar untuk membunuh Syiah. Qatar memberi duit dan senjata kerana ingin membangunkan Syria untuk menjadi sebuah negara yang lebih demokratik.
🔴Mari kita bertanya, sejak bila ada pilihanraya di Qatar? Demokratik sungguhkah negara yang bernama Qatar ini?
🔴Semua ini berlatarkan keperluan kaum pemodal antarabangsa untuk menakluk bahan bakar petroleum. Iraq dahulu bebas dan merdeka. Iraq TIDAK membenarkan syarikat minyak asing masuk membuat carigali. Kini Iraq telah dibuka untuk Shell, Esso, Exxon termasuk Petronas. Yang masih berdegil melarang syarikat luar dari mencarigali minyak hanya Iran.
🔴Untuk menundukkan atau menyerang Iran, Syria perlu dijatuhkan dahulu. Ini kerana Syria dan Iran memiliki hubungan yang intim semenjak zaman Presiden Hafez dan zaman Khomeini. Hubungan ini diikat pula dengan perjanjian bantu membantu dari segi ketenteraan.
🔴Apabila kita membaca politik Iran atau Syria atau Timur Tengah, maka kita wajib memahami juga peranan negara Zionis Isreal. Israel telah dipacakkan di tengah bumi Arab oleh kuasa imperial Anglo-Amerika sesudah Perang Dunia ke-2. Zionis Isreal bergerak sebagai pangkalan tentera Amerika. Israel menjadi polis untuk Amerika.
🔴Sahihlah bahawa bahan bakar minyak petroleum ialah kunci kepada semua ini. Ekonomi kapitalis dunia hari ini dijana oleh bahan bakar petroleum. Tanpa petrol, dunia yang kita kenali hari ini akan berubah wajah.
🔴Kalau kita beli minyak dari stesen Petronas kita menggunakan duit ringgit. Kalau beli minyak di Pakistan wajib menggunakan Rupiah tetapi jika Malaysia atau Pakistan mahu membeli minyak di pasaran dunia, negara ini wajib menggunakan dolar.
🔴Jual beli minyak dalam pasaran dunia hari ini wajib menggunakan dolar. Inilah hasil perjanjian yang telah diikat oleh Presiden Nixon dengan Raja Faisal pada tahun 1972, ketika dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Saudi sebagai pengeluar minyak terbesar dalam dunia mewajibkan minyak dibeli dengan dolar. Perjanjian ini memastikan Saudi mendapat senjata dari Amerika. Amerika juga akan memastikan rejim Saudi selamat dari diganggu gugat oleh Israel atau musuh dalaman.
🔴Maka munculkan apa yang dipanggil sistem PetroDollar. Dolar Amerika menjadi kukuh. Ini kerana banyak negara dalam dunia hari ini TIDAK memiliki minyak. Tetapi, negara-negara ini memerlukan minyak. Maka negara ini wajib mengeksport barangan kepada Amerika untuk mendapatkan dolar. Dengan adanya dolar, baru minyak dapat dibeli.
🔴Di sinilah muncul 'kongkalikong' yang paling besar. Amerika terus mencetak dolar untuk membeli barangan import. Hakikatnya ekonomi Anmerika hari ini adalah ekonomi silap mata. Maka kerana itu, apabila Saddam mahu menjual minyak tanpa menggunakan dolar, Saddam Hussein dibunuh. Ghadafi juga menerima nasib yang sama apabila dia mahu menukar dolar dengan mata wang lain.
🔴'Kongkalikong' Amerika ini bukan TIDAK disedari. Ramai yang tahu tetapi terpaksa sujud kepada Amerika kerana kuasa bala tentera Amerika berselirat dalam dunia hari ini. Semua negara kini tertakluk di bawah kuasa Anglo-Amerika. Dulu ada Empayar Rom, kini kita dijajah oleh Empayar Amerika.
🔴Saudi memiliki simpanan minyak terbanyak dalam perut buminya. Negara kedua ialah Iran. Justeru Iran wajib ditundukkan. Jika Iran menjual minyaknya tanpa menggunakan dolar pasti ekonomi Amerika terjejas. Kerana inilah dibuka kisah Sunni dan Syiah. Kisah ini bertujuan untuk menutup kisah bangkai dolar yang semakin mencemaskan dunia kapitalis.
🔴Ketika saya di Beirut pada tahun 1975, saya telah melihat kematian dan pembunuhan dalam perang saudara. Kali ini saya hanya berkeupayaan untuk menulis. Tapi saya tahu apa rupanya perang saudara yang sedang berlaku di Syria.
🔴Saya akhiri dengan suatu pertanyaan, kenapa kita tidak dapat memahami bagaimana kaum pemodal, tauke penjual senjata dan politikus kanan yang kaya raya terus mengadu domba kita? Di Lubnan, Kristian dengan Islam. Di Rwanda, Tutsi dengan Hutu. Di Syria, Sunni dengan Syiah. Dan di Malaysia Melayu dengan Cina.














------------------------

DIALOG RAKYAT

0
sumber :-

DIALOG RAKYAT


Penjualan Oleh KWSP Sumpahan Ke Atas FGV

Posted: 25 Dec 2016 04:54 AM PST


ALMADULILLAH, satu lagi kepincangan korporat membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjaya didedahkan secara meluas oleh penggiat media sosial.

Di masa yang sama, penggiat media sosial terus dikenakan tindakan undang-undang sama ada kerana kesilapan mereka sendiri atau kerana mereka menjolok sarang tebuan.

Pendedahan kali ini tercetus berikutan penyiaran sebuah gambar beberapa orang lelaki dan seorang perempuan yang didakwa terdiri daripada eksekutif kanan Felda Global Ventures Bhd (FGV).

Gambar itu kemudiannya menjadi viral (merebak) dan mencetuskan perbahasan hangat. Ia mencapai kemuncak apabila tersebar berita mengatakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjual semua saham FGV yang dimilikinya.

Gambar penghisap cerut yang menjadi viral

Berita itu khabarnya berpunca daripada memorandum dalaman KWSP. Ia turut menyatakan yang pinjamannya kepada FGV tidak mengalami sebarang masalah pembayaran balik.

Pendedahan KWSP itu menyebabkan saham FGV yang telah pun tenat di Bursa Malaysia, menjadi semakin nazak.


Dalam masa dua hari harga sahamnya jatuh hampir enam peratus kepada RM1.53.

Ini adalah antara tahap paling rendah dideritai FGV sejak disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun, 2012.

Pada kadar harga RM1.53 itu, nilai saham FGV telah merudum tiga kali ganda daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55 pada tahun 2012.

Harga saham GFV menrudum
  
Daripada keuntungan sebanyak RM980 juta pada tahun 2013, pencapaiannya merosot kepada RM306 juta (2014), RM117 juta (2015) dan rugi RM98 juta sehingga suku ketiga tahun ini.

Margin keuntungan merosot daripada 7.8 peratus pada tahun 2013 kepada 1.9 peratus (2014), 0.7 peratus (2015) dan totak 0.8 peratus sehingga suku ketiga tahun ini.

Dividen yang memuncak pada kadar 16 sen sesaham pada tahun 2013 merudum kepada hanya empar sen tahun lalu. 

Amaran Jadi Kenyataan

FGV adalah syarikat GLC kedua yang diilhamkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, yang dalam krisis. Yang pertama ialah 1MDB.

Seperti 1MDB, masalah FGV bermula dari saat ia ditubuhkan kerana nawaitunya tidak lurus dan tidak telus. Niatnya lebih berupa pengisian ego Najib sebagai Perdana Menteri Transformasi dan mencari pulangan jangka pendek menjelang Pilihan Raya Umum 2013.


Kalau kita masih ingat, banyak pihak, termasuk Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, telah memberi amaran keras mengenai ancaman penswastaan aset peneroka dalam bentuk FGV.


Tetapi bagi Najib dan pihak yang bersekutu dengan beliau, kedua-dua matlamat itu tercapai. Ego Najib terangsang kerana IPO itu diuar-uarkan berjaya, FGV menjadi syarikat perladangan terbesar dunia dari aspek keluasan dan banyak duit diperoleh untuk PRU 2013.

Najib mentor Felda dan pengasas FGV

Saham-saham FGV mendapat lebih langganan hampir tujuh kali ganda tinggi dan harga pembukaan naik sehingga RM5.46 apabila mula didagangkan di Bursa Malaysia. Sesiapa yang menjual ketika itu mendapat keuntungan lumayan. 

Tetapi, sama seperti mana-mana juga urus niaga yang tidak berasaskan fundamental tulen, FGV tidak lestari dan tidak dapat bertahan lama. Dalam masa yang singkat, akibat pengambil keuntungan ke atas saham-sahamnya dan prestasi perniagaan yang lemah, harga sahamnya merudum.

Penyakit Korporat GLC, GLIC

Namun, yang lebih menggerunkan adalah penyakit korporat yang sedang dideritai oleh GLC dan GLIC (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan) mungkin tidak terhad kepada 1MDB dan FGV sahaja. Banyak lagi syarikat lain dalam kategori ini yang perlu dihalusi, khususnya GLIC yang memberi pinjaman kepada 1MDB dan FGV.

Seperti telah kita ketahui, banyak GLIC terlibat memberi pinjaman kepada 1MDB dan FGV, di samping dikerah menjadi pelabur utama (cornerstone investor) dalam IPO syarikat-syarikat GLC dan syarikat swasta yang disayangi kerajaan.

Kita juga tahu banyak wang KWSP dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) telah dipinjamkan kepada projek-projek kesayangan (pet projects) Najib macam 1MDB, FGV dan inisiatif pembiayaan persendirian (PFI).

KWAP yang berupa tabung pencen kakitangan awam telah memberi pinjaman RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd manakala skim pencen swasta (KWSP) telah meminjamkan RM25.29 bilion kepada Pembinaan PFI Sdn Bhd. SRC dan Pembinaan PFI adalah milik Kementerian Kewangan. 

Itu belum termasuk pinjaman, pelaburan cornerstone dan projek-projek berkaitan pembiayaan PRU yang mungkin telah atau sedang "dipaksakan" ke atas Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Kesimpulannya, apa yang telah kita ketahui mengenai 1MDB dan FGV hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada kemelut korporat yang sedang berlaku di negara kita akibat urus tadbir yang menyeleweng serta campur tangan songsang oleh pentadbiran Najib.

Hal ini menjadi semakin buruk akibat kelembapan ekonomi dunia dan domestik yang berpanjangan serta tidak adanya petunjuk positif daripada kerajaan mengenai bagaimana kemelut yang semakin meruncing itu ditangani. 

Wallahuaklam.


MUJURLAH HANYA ADA SATU JAMAL....

Posted: 25 Dec 2016 04:43 AM PST

shahbudindotcom


Pada mulanya saya agak malas untuk menulis mengenai Jamal Mohd Yunus yang sekali lagi menjadi percakapan ramai berikutan aksinya yang hanya bertuala kerana mahu menumpang mandi di pejabat Menteri Selangor di Shah Alam, baru-baru ini.

Hati kecil saya merasakan, Jamal sengaja berbuat sesuatu untuk menarik perhatian bagi tujuan yang dia saja yang tahu.

Tetapi, ramai rakan-rakan bertanyakan kenapa saya tidak mencuit walau sepatah pun tentang aksi terbaru Jamal itu. Dalam blog ini pun, ada juga yang meminta saya menulis mengenainya.

Untuk tidak menghampakan mereka, walaupun mungkin agak  terlewat dan isu berkaitan Jamal juga sudah mulai sejuk, saya akur akhirnya.

Sesiapa pun yang waras pasti akan mengatakan bahawa pemimpin politik, lebih-lebih lagi jika berjawatan Ketua UMNO Bahagian, bertitle Datuk Seri dan sedang melobi-lobi untuk bertanding dalam pilihanraya, tidak wajar sama-sekali berkelakuan sebegitu rupa. 

Perbuatan Jamal bertuala adalah kelakuan yang memalukan UMNO sebagai parti yang sudah lama berkuasa. Perlakuan Jamal hanya sesuai dilakukan oleh watak-watak jalanan yang tidak ketentuan kedudukan serta tarafnya.

Bagi pemimpin politik, akal dan fikiran haruslah mengatasi pertimbangan emosi dan perasaan. Membantah sesuatu isu, tidak menjadi kesalahan apa-apa, tetapi sampai sanggup bertuala, adalah keterlaluan dan seolah-olah sudah hilang pertimbangan akal fikiran.

Sebab itu, aksi Jamal tidak mendapar respon yang baik daripada UMNO dan para pemimpinnya. Saya cuba bercakap dengan beberapa kawan yang berjawatan dalam parti itu, semuanya terasa malu dan diaibkan dengan perlakuan Jamal itu.

Kata mereka, dalam kedudukan UMNO dan Najib Razak yang makin ditolak dan dipersoalkan, munculnya watak "badut"  seperti Jamal lebih menyukarkan lagi parti itu untuk mewajarkan perlunya ia terus disokong dan dikekalkan kuasanya.

Akan ada yang mempersoalkan, begitukah rupa wajah parti yang ingin diberikan kuasa?

Mujur hanya ada satu Jamal, kata mereka lagi.

Isu mengenai ketiadaan air baru-baru ini tidak seharusnya diprotes secara keterlaluan. Ia adalah berkaitan TNB yang perlu melakukan penyelenggaraan dan Syabas tidak dapat beroperasi dalam tempoh tidak lebih empat hari hanyalah kerana kerja-kerja itu terpaksa dijalankan dan tidak dapat ditangguhkan lagi.

Notis awal sudah pun diberitahu beberapa minggu sebelum itu, malah penghantaran air juga turut dilakukan. Apa yang perlu bagi setiap orang ialah melakukan penyediaan tong-tong dan simpanan air yang secukupnya sebagai bekalan. 

Lagi pun hanya Jamal saja yang kecoh-kecoh kerana tiada air dan kononnya tidak mandi sampai empat hari, rakyat yang lain, termasuk menteri-menteri, malah Najib dan Rosmah pun tidak mengomel walau sepatah pun tentang ketiadaan air itu.

Jamal juga terlihat tidak matang dan kebudak-budakan apabila beliau menyimbah air longkang kepada seorang perempuan yang datang ke rumahnya untuk tujuan menghantar air.

Jika beliau boleh beraksi "tak semenggah" dengan hanya bertuala ke pejabat rasmi kerajaan negeri, di mana kematangannya sehingga bertindak seperti samseng dengan orang-orangnya menyimbah air kotor kepada orang lain yang sekadar melakukan  reaksi kepada perlakuannya?

Kemudian apabila beberapa artis, termasuk Siti Nurhaliza dengan budi bahasa yang cukup tinggi menegur ketidakwajaran perlakuannya itu, Jamal sekali lagi memperihatkan watak tidak matangnya sebagai seorang pemimpin.

Komennya  berkaitan Siti Nurhaliza yang masih tidak mempunyai anak, bukan saja saja tersasar daripada perdebatan hujah lawan hujah, bahkan juga tentunya menyinggung perasaan ramai pasangan lain di negara ini yang tidak mempunyai zuriat.

Soal zuriat adalah soal rezeki, bukan soal tak cukup air atau tidak subur. Ada orang yang disahkan subur, tapi tetap tidak mempunyai anak dan ada juga orang yang tidak subur, tetapi akhirnya dapat memperolehi anak setelah melakukan pelbagai usaha, termasuk berdoa sehingga ke depan Kaabah.

Dengan komen Jamal itu, bukan saja peminat Siti Nurhaliza, bahkan ramai pasangan yang tersinggung dan terasa hati, mungkin mula menjarakkan diri daripada UMNO dan kerajaan.

Jamal juga sebenarnya tahu beliau ada masalah lesen berkaitan hotelnya di Sungai Besar. Mungkin juga beliau turut berdepan dengan perkara-perkara lain yang kita tidak tahu.

Biasanya, orang yang ada masalah hanya akan duduk diam-diam kerana apabila mereka mula membaling batu ke rumah orang lain, rumah kacanya juga akan dibalas dengan balingan batu yang sama.

Jamal tentu sedar perkara itu, tetapi mungkin dalam waktu yang sama beliau juga belajar daripada Annuar Musa yang tiba-tiba meletakkan jawatan dalam KAFA dan seterusnya disusuli persatuan bolasepak negeri itu mahu menarik diri daripada Liga Malaysia, tetapi kemudian sepantasnya datang "wahyu" daripada Najib yang seolah-olah mahu menawarkan bantuan segera.

Sama seperti Annuar Musa, Jamal juga adalah pemimpin UMNO yang sepertinya sudah bertekad "sanggup sehidup semati" untuk mempertahankan Najib.

Mana tahu, bantuan segera juga akan hadir buat Jamal tidak lama lagi.


Kanak-kanak 12 tahun ditahan jadi ‘keldai dadah’

Posted: 25 Dec 2016 04:35 AM PST

ISMA WEB


Gambar hiasan

KUNAK– Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditahan di sebuah rumah di Kampung Jaya Baru, malam tadi, selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, murid tahun enam itu dipercayai dijadikan 'keldai dadah' selain sebagai orang tengah yang aktif mengedar dadah sekitar daerah Kunak.

"Ketika serbuan, suspek duduk di sofa di ruang tamu rumah itu sambil memegang satu beg kecil mengandungi enam paket plastik lutsinar pelbagai saiz yang di dalamnya berisi ketulan hablur jernih disyaki syabu seberat tujuh gram.

"Turut ditemui wang tunai RM60 yang disyaki hasil daripada jualan dadah," katanya.

Mohd Nasaruddin juga berkata, siasatan mendapati suspek terbabit dalam aktiviti penjualan dan pengedaran bahan terlarang itu sejak hampir setahun lalu.

Susulan itu katanya, pihak polis akan menjalankan siasatan terperinci untuk mengesan dalang sebenar dan sindiket yang menggunakan kanak-kanak sebagai keldai dadah.

"Selain itu, kita akan memburu individu yang membekalkan bahan terlarang itu kepada suspek," katanya.


Dr M sedia jadi penasihat jika pembangkang menang PRU14

Posted: 25 Dec 2016 04:11 AM PST

 
Dr Mahathir berkata, kerajaan BN di bawah pimpinannya memenangi 5 PRU kerana pembangkang tidak bersatu.


Mahathir


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad sedia menjadi penasihat kerajaan dan membersihkan keadaan kucar-kacir dalam negara ini, jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Bekas perdana menteri itu juga yakin pembangkang mampu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi negara.

"Jika mereka (pakatan pembangkang) mengambil alih sebagai kerajaan (persekutuan) dan biar saya jadi penasihat, saya akan buat apa yang mampu untuk selamatkan negara daripada masalah kewangan," katanya dipetik Sin Chew Daily.

Jika tampuk pemerintahan negara bertukar tangan, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu optimis pembangkang boleh mendapatkan semula sekurang-kurangnya 50% dana Malaysia serta mencari pendapatan bagi menutup separuh daripada kerugian ditanggung negara.

Dr Mahathir berkata, jika Najib terus berkuasa, pembangkang sukar menyelamatkan Malaysia, walaupun mereka akhirnya dapat memimpin negara dan generasi akan datang bakal menjadi mangsanya.

Katanya, faktor utama beliau boleh berkuasa selama 22 tahun sebagai perdana menteri dan mengetuai Barisan Nasional memenangi 5 PRU disebabkan pembangkang tidak bersatu dan masing-masing hanya mengutamakan kepentingan diri.

Sehubungan itu, beliau menggesa parti pembangkang supaya bersatu, mengetepikan perbezaan masing-masing dan fokus kepada musuh sebenar mereka.

Beliau turut menyokong DAP dengan berkata, ia adalah parti yang mewakili 3 kaum terbesar di negara ini, manakala MCA pula sememangnya parti kaum Cina.

Dianggarkan 1,000 orang menghadiri ceramah semalam di Taman Wira Mergong, Alor Setar itu yang merupakan kubu kuat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata.

Peruntukan RM50 juta untuk sekolah Cina ‘hilang’?

Posted: 25 Dec 2016 02:17 AM PST


Roketkini.com

IPOH: DAP hari ini membuat laporan polis berhubung 'kehilangan' wang peruntukan berjumlah RM50 juta untuk sekolah-sekolah rendah Cina di bawah Belanjawan 2016 yang lalu.

Ketua Biro Publisiti DAP Perak, Chong Zhemin berkata, laporan itu dibuat bagi menggesa pihak polis menyiasat sama ada insiden tersebut ada kaitan dengan penyelewengan dana atau penyalahgunaan kuasa.

Jelasnya, laporan akhbar China Press hari ini menyatakan Kementerian Kewangan telah mengesahkan peruntukan penuh telah pun diberi kepada Kementerian Pendidikan.

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan menafikan perkara itu.

"Amat tidak boleh diterima apabila hanya tinggal lapan hari lagi pada 2016, tetapi 800 sekolah rendah Cina di negara ini masih belum menerima satu sen pun daripada peruntukan itu.

"Perkara sama juga terjadi pada tahun lepas, apabila RM30 juta yang diperuntukkan untuk sekolah-sekolah rendah Cina akhirnya digunakan untuk bantuan banjir," katanya dalam satu kenyataan.

Sebaliknya, ujar Setiausaha Organisasi DAPSY Perak itu, tidak ada kes sedemikian dilaporkan pada tahun 2013 dan 2014, iaitu sebelum parti MCA menyertai semula kabinet.

Malah, semua peruntukan RM50 juta yang dijanjikan kepada sekolah-sekolah rendah Cina pada kedua-dua tahun berkenaan disalurkan sepenuhnya.

"Namun selepas MCA menyertai semula kabinet, masalah mula timbul kembali dan peruntukan untuk sekolah-sekolah rendah Cina dilaporkan hilang," tegas Zhemin. – Roketkini.com


Peruntukan BR1M kepada rakyat cuma 14 peratus dari jumlah kutipan GST

Posted: 25 Dec 2016 02:15 AM PST



Roketkini.com

IPOH: Benarkah dakwaan sesetengah pihak bahawa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mampu meringankan beban hidup rakyat yang meningkat angkara pelaksanaan cukai GST?

Menyangkal persoalan itu, Timbalan Pengerusi DAP Perak, V. Sivakumar berkata BR1M cumalah satu kaedah dilaksanakan UMNO Barisan Nasional bagi mengaburi mata rakyat, terutama apabila isu kos hidup rakyat miskin kerap dibangkitkan sejak kebelakangan ini.

"BR1M tidak dapat mengatasi peningkatan beban hidup disebabkan GST.

"Sebilangan besar rakyat berpendapatan rendah kurang menyedari bahawa jumlah kutipan cukai GST adalah jauh lebih besar berbanding pemberian BR1M," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Batu Gajah itu, hasil kutipan GST bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM27.01 bilion, manakala anggaran kutipan GST bagi tahun 2016 berjumlah RM38.5 bilion.

Sebaliknya, pemberian BR1M hanya melibatkan peruntukan sebanyak RM5.4 bilion bagi kedua-dua tahun tersebut.

"Oleh itu, dianggarkan hanya lebih kurang 14 peratus daripada GST dipulangkan kepada golongan berpendapatan rendah melalui BR1M pada tahun ini.

"Selebihnya iaitu 86 peratus daripada kutipan GST menjadi pendapatan tambahan kepada kerajaan. Saya melihat ini sebagai satu penindasan terhadap golongan miskin dengan penuh licik sekali," ujarnya. – Roketkini.com

Anina Dedah Krisis Dalaman PPBM

Posted: 25 Dec 2016 12:59 AM PST





anina2

Ketua Srikandi PPBM, Anina Saadudin mendedahkan terdapat krisis dalaman dalam parti itu yang berusaha untuk menjatuhkannya.


"Sekarang ini, mereka buat apa-apa pun, mereka lompat bagaimapun pun, dia tidak ada pemilihan parti sekarang, yang ada hanya penajaan.

"Maknanya atas kuasa Kak Nina nak pilih..I am the King…"katanya dalam satu rakaman.

Sumber netizen menyebut skandal seks Anina yang tersebar di media sosial adalah salah satu daripada plot untuk menjatuhnya sebagai Ketua Srikandi PPBM.

izan

Sebelum ini Malayan News mendedahkan terdapat krisis dalaman Anina dengan Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman.

"Bagi mereka, Anina adalah seorang yang keras kepala dan tidak mahu menerima pendapat orang lain kecuali diri sendiri. Ketegangan yang dicetuskan oleh Anina juga adalah atas sebab tindakannya yang membuat keputusan sendiri untuk melantik Ketua-Ketua Bahagian Sri Kandi PPBM tanpa merujuk kepada pihak atasan.

"Perkara ini menimbulkan rasa tidak senang hati Datuk Hamidah Osman dan Akhramsyah Sanusi yang tidak bersetuju dengan tindakan dan perbuatan Anina. Bagi mereka, Anina sebenarnya telah mencetuskan suasana huru hara dalam parti.

"Terdapat juga desas desus yang menceritakan bahawa terdapat sekumpulan pemimpin dari kalangan parti PPBM yang akan menggerakkan gerakan untuk menjatuhkan Anina kerana tidak sehaluan dengannya dan juga atas faktor sikapnya itu.

"Perkara ini akan dibawa kepada pucuk pimpinan tertinggi parti bagi menjatuhkan Anina," dedahnya.

king1
 
 
 

Najib mohon untuk jadi pencelah dalam saman Zaid Ibrahim terhadap AmBank

Posted: 25 Dec 2016 12:53 AM PST

Bernama, 
Gambar fail AFP
Gambar fail AFP


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk menjadi pencelah dalam saman pemula dikemukakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim terhadap AmBank Islamic Berhad.

Saman pemula ex-parte (sebelah pihak) difailkan Zaid terhadap AmBank Islamic Berhad bagi memohon bank itu mendedahkan lima akaun yang didakwa milik perdana menteri di bank berkenaan membabitkan isu dana berjumlah RM2.6 bilion.

Perkara itu dimaklumkan peguam Nizam Bashir yang menyebut bagi pihak peguam utama Zaid, Americk Sidhu kepada pemberita ketika pengurusan kes berkenaan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Engku Nurul Ain Engku Muda.

Prosiding di dalam kamar itu turut dihadiri peguam Nik Alia Nik Hanafi mewakili Najib dan Grace Yeo mewakili Ambank.


Nizam berkata mahkamah menetapkan 4 Jan untuk pengurusan kes bagi mengetahui perkembangan lanjut berhubung permohonan Najib. Nik Alia pula berkata permohonan Najib itu difailkan pada 14 Dis lepas.

Dalam saman pemula yang difailkan pada 21 Okt lepas, Zaid antaranya memohon perintah mahkamah untuk membenarkannya atau peguamnya memeriksa dan mengambil salinan kemasukan yang dibuat dalam lima akaun AmBank Islamic Berhad yang didakwa milik Najib.

Minta gaji tinggi RM6,500 antara sebab graduan baharu terus menganggur

Posted: 25 Dec 2016 12:44 AM PST

Bernama, 
Gambar hiasan M. Sairul
Gambar hiasan M. Sairul

Permintaan gaji yang tidak realistik seperti meminta dibayar gaji sebanyak RM6,500 apabila memohon pekerjaan pertama ialah sebab utama graduan baharu tidak diambil bekerja, menurut kaji selidik oleh Jobstreet.com bulan lepas.

Ketua Komunikasi Wilayah jobsDB.com, Simon Si berkata, dalam kaji selidik itu, majikan ditanya mengapa sukar bagi graduan baharu diambil bekerja dan 68 peratus daripada responden menyatakan bahawa mereka meminta gaji yang tidak realistik.

"Kira-kira 30 peratus daripada graduan baharu meminta gaji sehingga RM6,500 sebulan untuk hidup selesa.

"Ada lima sebab utama mengapa graduan baharu tidak diambil bekerja. Pertama, ialah mereka meminta gaji yang tidak realistik, lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris, terlalu memilih kerja atau syarikat, kelemahan kemahiran komunikasi dan perwatakan, sikap dan personaliti," katanya.

Si berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Panduan Gaji Graduan Baharu JobStreet.com 2016/2017 yang pertama di Universiti Multimedia (MMU) di sini pada Khamis.

Beliau berkata, fakitor-faktor yang mendorong graduan baharu meminta gaji yang tidak realistik ialah bantuan kewangan daripada ibu bapa mendedahkan mereka kepada gaya hidup mewah semasa kehidupan sebagai pelajar dan ibu bapa tidak lagi memberi bantuan apabila mereka mula bekerja.

"Sesetengah daripada pelajar sekarang sudahpun memiliki kereta sendiri sebelum mula bekerja. Satu lagi sebab ialah kos sara hidup yang tinggi," kata beliau.

Mengenai panduan gaji bagi graduan baharu yang dilancarkan hari ini, beliau berkata ia bertujuan memberi petunjuk mengenai purata gaji yang ditawarkan oleh syarikat untuk membantu graduan memahami pasaran kerja dengan lebih baik.

"Panduan ini sangat berguna untuk majikan serta graduan baharu. Gaji sebenar untuk pelbagai jawatan, adalah berbeza berdasarkan faktor seperti permintaan dan penawaran di pasaran, gred akademik, pampasan dan faedah polisi syarikat-syarikat yang mengambil pekerja," katanya.

Siti Nurhaliza Calon PRU 14 ?

Posted: 25 Dec 2016 12:36 AM PST

 

 
ct

 Satu khabar angin yang sedang bertiup kencang di media sosial mendakwa artis kelahiran Pahang, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Sebelum dicalonkan, beliau dikatakan bakal menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat.


"Kalau benar memang silap besarlah," ulas Bashirun Abu Bakar dalam Facebooknya.







ct1

Anak muda PPBM S’gor ini juga sudi Jamal simbah mereka dengan air longkang

Posted: 25 Dec 2016 12:16 AM PST

 

Selepas insiden seorang wanita PKR, Syarul Ema Rena Abu Samah atau Ratu Naga disimbah dengan air longkang oleh Datuk Jamal Yunos dan penyokongnya, muncul wakil anak muda PPBM yang mahu hadir di depan rumah Ketua Bahagian Umno itu dan menjemputnya membuat tindakan sama.

Pengerusi Armada Negeri Selangor, Adhif Syan Abdullah menyifatkan Jamal sebagai lelaki dayus kerana membuli wanita dengan tindakan jijik dan kejinya menghina seorang wanita walhal Syarul Ema Rena berniat baik untuk memberikannya air memandangkan Jamal mengadu sebelum ini rumahnya tiada air.

""Kenapa Jamal kata tak ada air, tapi tak nak terima bantuan air yang NGO Ratu Naga hantar?"

"Hukum pukul perempuan bukan sahaja bererti lelaki itu dayus, pukul perempuan bererti lelaki itu zalim dan sekiranya pukul itu menyebabkan luka – luka, lebam, berdarah atau yang sewaktu hukumnya adalah haram," katanya dalam satu kenyataan.

Bagi Adhif, tindakan Jamal itu mencerminkan sikap kurang ajar pemimpin Umno seluruhnya, malah tidak ada pemimpin Umno negeri itu yang berani menegur Jamal walaupun sudah berkali-kali menunjukkan kebiadabannya sekaligus menimbulkan tanda tanya adakah Umno negeri itu merestui dan mengupah Jamal melakukan kerja kotor seperti itu.

"Mengapa Jamal dan pengikutnya berkelakuan seperti binatang? Binatang sahaja tidak ada adab dan disiplin, bayangkan kalau Jamal dilayan dengan tindakan sama semasa di depan SUK Selangor dengan dilondehkan tuala kembannya? Apakah reaksi beliau? Sudah-sudahlah Jamal, tak cukup lagi kah hidung berdarah tempoh hari di Ampang?

"Pemimpin Umno negeri Selangor berdiam diri dengan sikap Jamal ini, adakah mereka membayar Jamal dengan memberikan dedak untuk melakukan kerja kotor bagi pihak Umno?" katanya.

Beliau juga membidas Jamal yang cuba mengambil kesempatan dengan mempolitikan isu air walhal kerajaan Selangor sudah menyediakan pelan bantuan bekalan air untuk menangani gangguan air tidak berjadual itu.

"Jamal sengaja mempolitikkan isu air di Selangor demi dedak daripada tuannya, pemakan dedak seperti Jamal sanggup telanjang demi menjadi anjing kepada tuannya. Tidak hairan jika beliau sampai sanggup berkemban di SUK semalam," katanya.

Dalam pada itu, Adhif juga merancang untuk mengadakan sidang media di depan rumah Jamal bagi melihat reaksinya adakah berani mengulangi tindakan kurang ajar terhadap Syarul Ema.

"Bagi melihat sejauh mana tahap kurang ajar Jamal, Armada PPBM pula akan mengadakan sidang media depan rumah Jamal selepas ini. Para pengamal media dijemput untuk membuat liputan. Armada PPBM Selangor juga mahu menyerahkan sendiri bantuan air kepada Jamal," katanya.

Jamal jangan jadi dayus hina dan buli wanita

Posted: 24 Dec 2016 11:29 PM PST


Ketua Penyelaras Armada PPBM Selangor, Adhif Syan Abdullah
Ketua Penyelaras Armada PPBM Selangor, Adhif Syan Abdullah

1. Saya mengecam keras tindakan kurang ajar dan tidak bertamadun Ketua Bahagian Sg Besar DS Jamal Yunos yang membuli dan menghina seorang wanita PKR, Syarul Ema Rena Abu Samah atau Ratu Naga awal pagi tadi di depan rumahnya. Tindakan Jamal dan pengikutnya itu adalah "dayus "kerana menindas insan yang lemah, ini kah sikap seorang Ketua Bahagian UMNO?

2. Mengapa Jamal dan pengikutnya berkelakuan seperti binatang? Binatang sahaja tidak ada adab dan disiplin, bayangkan kalau Jamal dilayan dengan tindakan sama semasa di depan SUK Selangor dengan dilondehkan tuala kembannya? Apakah reaksi beliau? Sudah-sudahlah Jamal, tak cukup lagi kah hidung berdarah tempoh hari di Ampang?

3. Jamal sengaja mempolitikkan isu air di Selangor demi dedak daripada tuannya, pemakan dedak seperti Jamal sanggup telanjang demi menjadi anjing kepada tuannya. Tidak hairan jika beliau sampai sanggup berkemban di SUK semalam.

4. Isu air sudah ditangani sebaik mungkin, bahkan bantuan air diberikan juga sistematik dan langkah pembahagian air dilakukan secara berkesan mengikut jadual, jadi apa yang Jamal tidak puas hati sampai mahu berkemban di SUK. Adakah dengan gimik politik bodoh itu dapat mengharumkan namanya sebagai pejuang UMNO?

5. Semasa di SUK tempoh hari, hanya Jamal seorang yang beria-ria bertuala di depan SUK, mengapa ribuan rakyat Selangor lain tidak meloncat seperti beliau? Ini jelas membuktikan bekalan air bantuan sampai kepada orang ramai dan tidak seperti didakwanya.

6. Bagi melihat sejauh mana tahap kurang ajar Jamal, Armada PPBM pula akan mengadakan sidang media depan rumah Jamal selepas ini. Para pengamal media dijemput untuk membuat liputan. Armada PPBM Selangor juga mahu menyerahkan sendiri bantuan air kepada Jamal.
Sekian terima kasih.

Adhif Syan Abdullah
Ketua Penyelaras Armada PPBM Selangor

AMANAH tak setuju tindakan DAP namakan calon PM

Posted: 24 Dec 2016 11:24 PM PST

BNBBC, 
 

AMANAH tidak akan mengikut jejak langkah DAP yang menamakan calon Perdana Menteri buat masa kini.

Sebaliknya menurut Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir, mereka lebih bersetuju dengan pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak menamakan calon Perdana Menteri kerana bimbang akan ada orang lain yang kecewa dan berlaku pertelingkahan antara pakatan.

Tambah beliau, meskipun berada dalam satu pakatan namun AMANAH tidak akan 'menari ikut rentak' pihak lain kerana ini bukanlah keutamaan mereka.

"Yang penting adalah beri keyakinan pada rakyat.

"Dalam Pakatan Harapan, kita ada bekas perdana menteri, bekas menteri, golongan intelektual dan tenaga-tenaga muda yang sentiasa bersedia menjelang PRU nanti," katanya pada sidang media di Wisma PAN, Jumaat.

Terdahulu, Penasihat DAP Lim Kit Siang menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri wanita baru sekiranya PH dapat mentadbir kerajaan selepas PRU14.

Sementara Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang memenangi PRU akan datang.

Namun tindakan DAP itu secara jelasnya tidak dipersetujui AMANAH.

"Kenyataan beliau (Tun M) telah disepakati oleh Pakatan Harapan. Untuk menamakan siapa calonnya, kami tidak begitu setuju," katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun, situasi kabinet bayangan telah lama dibuat.

"Kita dah punya cukup calon. Jadi, kenapa perlu namakan kabinet bayangan ini dengan terburu-buru? Kami percaya pada pandangan Tun Mahathir tentang perkara ini," ujarnya.

Perkara 11 bukan tiket sama rata semua agama

Posted: 24 Dec 2016 11:22 PM PST

Isma Web,   
Datuk Zainul Rijal Abu Bakar - Gambar fail MMO
Datuk Zainul Rijal Abu Bakar – Gambar fail MMO


Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan bukan tiket untuk menyamaratakan semua agama di Malaysia termasuk memberi kebebasan kepada orang Islam menukar agamanya sebagaimana yang cuba dilakukan oleh golongan liberal.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pandangan golongan berkenaan sebenarnya tersasar dari kedudukan undang-undang.

Jelasnya, Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan memberi hak kepada semua orang menganut dan mengamalkan agamanya di negara ini.

"Dalam bahasa yang mudah bolehlah dikatakan seorang Islam bebas menganut dan mengamalkan agamanya iaitu agama Islam.

"Begitu juga halnya bagi orang Kristian, Buddha dan Hindu. Perkara 11(1) tersebut bukan tiket bertukar-tukar agama sesuka hati ataupun bebas dari sebarang agama," katanya dalam tulisan terbaru di Sinar Harian, hari ini.

Bercakap lanjut mengenai pluralisme agama yang semakin menular di Malaysia, beliau berkata, Perkara 3 Perlembagaan memberi keistimewaan kepada Islam yang menjadi agama Persekutuan negara berbanding agama lain.

Justeru kata beliau, tiada istilah sama rata (pluralisme) antara Islam dengan agama-agama lain, dan ia mesti diberi kelebihan yang absah dari sudut undang-undang.

"Namun keistimewaan Islam itu bukanlah bermakna Perlembagaan membenarkan penindasan kepada agama lain.

"Pluralisme agama ini sebenarnya tiada tempat dalam perundangan negara mahupun jurisprudens Islam. Ia mestilah ditolak kerana akan membawa kepada kekucar-kaciran dalam sosiobudaya dan masyarakat Malaysia.

"Orang Islam dan bukan Islam mestilah bersetuju bahawa setiap agama adalah berbeza, tetapi perbezaan ini bukan menjadi punca kepada perpecahan. Perbezaan ini harus dihormati antara satu sama lain," katanya.

Katanya lagi, jika konsep pluralisme agama ini menjadi norma masyarakat di Malaysia, ia dibimbangi agama dilihat sebagai penghalang kepada kemajuan dan kemakmuran.

"Ini adalah disebabkan seseorang itu bebas bertukar-tukar agama mengikut keselesaan sendiri tanpa berasa berdosa bertukar-tukar agama itu.
 
"Setelah bertukar-tukar agama akan muncul pula naluri keinginan bebas dari sebarang agama kerana dakwaan agama tidak dapat menyelesaikan kehendak dan naluri seseorang. Akhirnya akan muncul golongan yang tidak beragama.

"Inilah antara bahaya pluralisme agama yang wajib ditolak, bukan sahaja oleh masyarakat Islam tetapi juga seluruh warga negara Malaysia," katanya

Pas akan tersingkir dengan strategi makan keliling .

Posted: 24 Dec 2016 11:14 PM PST

Mahfuz Omar
Mahfuz Omar


SHAH ALAM - Strategi Pas yang cuba 'makan keliling' akan hanya menyebabkan parti itu dianggap sebagai parti yang oportunis, tidak berprinsip dan tidak boleh dipercayai.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, hala tuju tidak tentu Pas boleh menyebabkan parti itu hilang sokongan dan kepercayaan rakyat.

"Kenyataan rasmi terbaru yang dikeluarkan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang parti sedia membentuk gabungan dengan mana-mana parti lain termasuk BN bagi membentuk kerajaan campuran selepas PRU akan datang adalah suatu kenyataan yang mengelirukan.

"Sementara itu, dalam kenyataan Datuk Dr Mahfodz Mohamad, beliau berkata, sekarang Pas bersendirian dan hanya dengan Ikatan dalam blok ketiga pembangkang, jadi kalau keputusan pilihan raya umum nanti gabungan itu yang menguntungkan Pas, mungkin boleh bentuk kerajaan dengan parti lain termasuk BN.

"Kenyataan terbaru ini merupakan lanjutan dari kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membawa maksud yang sama dengan kenyataan Mohd Zuhdi menimbulkan persoalan besar di minda rakyat yang semakin hari semakin tidak jelas ke arah manakah sebenarnya haluan parti yang pernah dianggap sebagai parti pembangkang utama di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Mohd Zuhdi berkata, parti itu bersedia membentuk gabungan dengan mana-mana pakatan politik selepas pilihan raya umum akan datang untuk menubuhkan kerajaan campuran.

Kata Mahfuz, baik BN mahu pun blok pembangkang Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak terlalu naif untuk merelakan diri berada pada posisi lemah untuk bergantung kepada Pas bagi membentuk kerajaan setelah memperhalusi 'strategi' parti mereka.

"Budaya politik tak tentu hala Pas sudah pasti akan dijadikan panduan kepada kedua-dua blok politik untuk menentukan apakah sikap mereka terhadap Pas dalam menghadapi PRU14?

"Saya percaya rakyat dan ahli Pas akan menjarakkan diri dari parti apabila menyedari parti hanya berkehendakkan undi mereka untuk dijadikan 'alat tawar menawar' dengan mana-mana pakatan politik yang menang," katanya.


ASB YANG MENGECEWAKAN....

Posted: 24 Dec 2016 04:31 PM PST

shahbudindotcom


Ramai yang nampaknya kecewa dengan pulangan pelaburan ASB bagi tahun ini yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya. Malah, jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum itu, pulangan 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit  adalah paling rendah sekali.

Tahun depan bagaimana agaknya?
 
 
 
 
Dalam kenyataan media kemudian, Pengerusi PNB, Abdul Wahid Omar, walaupun cuba mewajarkan penurunan pulangan itu sebagai masih kompetitif dan mengaitkannya dengan kedudukan ekonomi semasa, kekecewaan jelas terselit di sebalik kata-katanya.

Ia memaksa beliau untuk berjanji akan memberi pulangan yang lebih memuaskan bagi tahun-tahun mendatang melalui perlaksanaan pelan strategik 2017-2022, selain akan memanfaatkan pengalamannya selama 28 tahun dalam sektor korporat dan pentadbiran bagi mencapai matlamat tersebut.

Jika semuanya memuaskan hati, sudah tentu Abdul Wahid tidak melontarkan janji seperti itu?

Sama-sama kita tunggu pulangannya bagi tahun depan pula.
 
 


Carta pulangan ASB secara keseluruhannya yang dipetik daripada FB Kelab Che Det seperti di atas, adalah realiti semakin berkurangnya keuntungan yang diperolehi oleh pelabur atau rakyat sejak kebelakangan ini


Jika betul saya tidak reti kira, samanlah saya, kata Rafizi

Posted: 24 Dec 2016 04:23 PM PST

MALAYSIA DATELINE
 
 
Rafizi Ramli Rafizi Ramli Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli meminta Menteri Kewangan 11, Datuk Johari Abdul Ghani supaya menyaman beliau jika benar beliau tidak reti mengira sebagaimana didakwanya.

"Jika benar saya tidak pandai mengira dan dakwaan saya bahawa kos keseluruhan projek MRT melebihi RM100 bilion itu satu fitnah, sewajarnya Datuk Johari menasihati Datuk Seri Najib untuk menyaman saya di mahkamah secepat mungkin kerana tempoh tujuh hari yang saya berikan akan tamat pada 26 Disember 2016, iaitu 3 hari sahaja lagi," katanya dalam satu kenyataan.

Rafizi Ramli mengingatkan Johari  agar tidak mencemarkan reputasinya dengan mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu jumlah kos projek Transit Aliran Massa (MRT).

Berdasarkan pungutan suara menerusi Facebook berhubung isu itu, Rafizi berkata, hanya 10 peratus daripada netizen yang turut serta bersetuju kos keseluruhan adalah RM21 bilion dan penjimatan RM2 bilion dicapai.

"21 peratus pula merasakan kosnya melebihi RM100 bilion manakala 69 peratus keliru dengan kos sebenar," kata beliau dalam kenyataannya semalam.

"Daripada reaksi mereka, adalah jelas bahawa orang-orang di luar sana lebih yakin dengan pengiraan saya daripada dengan Najib atau Johari.

"Sebab itu saya menasihati Johari untuk tidak menjadi mangsa untuk mempertahankan Najib seperti mana Datuk Ahmad Maslan dahulu.

"Jika beliau (Johari) tidak berhati-hati, tempat beliau di mata rakyat boleh menjadi seperti Ahmad Maslan juga," jelasnya yang juga ahli Parlimen Pandan.

Terdahulu, Johari berkata, Rafizi sebenarnya jahil dalam ilmu kira-kira.

Ujar Johari, Rafizi keliru apabila terus mendakwa kos pembinaan rangkaian pengangkutan MRT melebihi RM100 bilion.

Perkiraan yang dibuat bekas pegawai kanan Petronas itu tidak sama dengan penjelasan diberi kerajaan, tambahnya.

"Sebenarnya dia (Rafizi) tak reti kira.

"(Kerajaan) cakap RM21 bilion (kos binaan MRT itu adalah) dari Sungai Buloh ke Kajang.

"Dia (Rafizi) kira dari Sungai Buloh ke Semantan. (Kos disebut kerajaan sebanyak) RM21 bilion adalah dari Sungai Buloh ke Kajang," katanya.

Sebelum itu, Rafizi bertegas dengan dakwaannya bahawa kos pembinaan MRT melebihi RM100 bilion.

Pemuda Pakatan Harapan gesa SPRM kemuka hasil siasatan rasuah Jabatan Air Sabah

Posted: 24 Dec 2016 04:20 PM PST

 SITI HAZAR & ASRAF SHARAFI
 
 
Pemuda Pakatan Sabah menyerahkan surat menggesa SPRM mengemukan hasil siasatan skandal air Sabah Pemuda Pakatan Sabah menyerahkan surat menggesa SPRM mengemukan hasil siasatan skandal air Sabah

Pemuda Pakatan Harapan Sabah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri memberikan penjelasan mengenai perkembangan hasil siasatan skandal rasuah yang melibatkan dua pegawai Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Gesaan itu dibuat dalam surat yang diserahkan kepada Pengarah SPRM negeri, Datuk Shahrun Nizam Abdul Manap di pejabat beliau semalam.

Menurut Ketua Pemuda Amanah Sabah Khairuddin Daud, maklumat terakhir yang diumumkan SPRM melalui Timbalan Pesuruhhaya (Operasi), Datuk Azam Baki yang menyebut Ops Water masuki fasa terakhir siasatan dan selepas dari itu, tiada sebarang informasi mengenai perkembangan kes berkenaan.

Selain Khairuddin, turut bersama ke pejabat SPRM menyerahkan surat tersebut ialah ahli jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah Razeef Rakimin dan Setiausaha dan Penolong Setiausaha AMANAH Sabah, Asraf Sharafi dan Ammy Ak Nila.

Pada 26 Oktober lalu, 14 pegawai sebuah jabatan kerajaan di Sabah, yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana projek asas bernilai RM3.3 bilion, dibebaskan dengan ikat jamin antara RM50,000 dan RM200,000 tanpa deposit dengan dua penjamin setiap seorang.

Mereka yang dibebaskan terdiri daripada lima jurutera bahagian, tiga jurutera daerah dan masing-masing seorang juruteknik dan pegawai kerja air yang dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Mengulas lanjut, Khairuddin turut mempersoalkan berkenaan status siasatan skandal rasuah tersebut sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi daripada SPRM.

"Bukan kami sahaja, saya percaya rakyat Malaysia khususnya masyarakat Sabah juga tertanya-tanya apakah hasil siasatan melibatkan skandal peruntukan RM 3.3 billion tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan.

Pemuda Pakatan Harapan Sabah turut menggesa bidang kuasa SPRM diperluaskan dengan tidak hanya mempunyai kuasa menjalankan siasatan bahkan turut boleh mendakwa mana-mana individu terlibat.

"Kami turut menyatakan, keperluan bidang kuasa SPRM perlu diperluaskan. Tidak hanya mempunyai kuasa untuk menyiasat, sebaliknya mempunyai kuasa untuk pendakwaan," katanya lagi.

Jelas Khairuddin, hal ini penting bagi memberikan kebebasan kepada SPRM menjalankan siasatan tanpa ada campur tangan pihak-pihak berkepentingan dalam SPRM.

Khairuddin turut menyarankan SPRM tampil memberikan jawapan bertulis atau mengadakan sidang media untuk menjelaskan status siasatan tersebut.

"Rakyat Sabah menantikan pengakhiran yang adil dan saksama daripada penguasa undang-undang. Dengan nilai sebanyak RM 3.3 billion, rakyat Sabah berhak menikmati bekalan air yang lebih bersih, mempunyai selenggaraan yang efektif dan sentiasa mencukupi", tegasnya.

Surat mereka diterima oleh dua orang pegawai SPRM Sabah bertugas iaitu Samsul dan Christopher dan menurut mereka surat itu akan diajukan kepada SPRM Putrajaya kerana kes ini dikendalikan oleh Pegawai daripada SPRM Putrajaya.

Terima kasih, Jasa tapi 1MDB tetap terbelenggu - Kit Siang

Posted: 24 Dec 2016 04:14 PM PST

MALAYSIAKINI
 



Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) telah menyatakan dengan jelas hukuman penjara 30 bulan ke atas jurubank Jho Low, Yeo Jia Wei di Singapura tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lim berkata, ini kerana sabitan itu adalah khusus untuk Yeo mengganggu para saksi untuk menutup kesalahan besarnya atas dakwaan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.

Perbicaraan bagi kesalahan pengubahan wang haram dengan Yeo menghadapi tujuh pertuduhan akan bermula tahun depan.

Oleh itu, ujar beliau, keadaan ini tidak melepaskan 1MDB dan individu yang Jasa cuba lindungi.

"Hakikat yang tidak dapat dielakkan adalah sabitan dan hukuman penjara ke atas Yeo hanya bertindak sebagai cagaran untuk kesalahan utama termasuk pengubahan wang haram, penipuan dan pemalsuan dalam gerakan haram S$23.9 juta dana berkaitan 1MDB.

"Bagaimana Jasa boleh mendakwa bahawa dakwaan-dakwaanb utama tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Arul atau Najib sebagai individu utama yang bertanggungjawab ke atas keputusan penting yang memberi kesan kepada 1MDB.

"Bolehkah 1MDB dan kerajaan BN terus berpura-pura bahawa mereka tidak bimbang atau tidak mempunyai kaitan dengan siasatan jenayah dan pendakwaan berkaitan dengan 1MDB yang sedang berlaku di kira-kira 10 buah negara di seluruh dunia," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Lim mengulas sebaran mesej media sosial oleh Jasa ekoran hukuman penjara 30 bulan yang dijatuhkan oleh mahkamah Singapura terhadap Yeo pada Rabu lalu.

Azmin sokong cadangan rombak FAS

Posted: 24 Dec 2016 04:07 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyokong cadangan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, supaya pengurusan persatuan bola sepak negeri itu dirombak semula.
 
Menerusi akaun rasmi Twitternya, Azmin berkata dia menyokong sepenuhnya mengenai cadangan itu dan mahukan mereka yang tidak lagi mampu memberi apa-apa sumbangan supaya berundur secara terhormat. 
 
"Saya menyokong 100 peratus cadangan daripada Tengku Amir Shah untuk merombak FAS. Mereka yang tidak lagi boleh membuat kerja yang diamanahkan seharusnya memberi peluang kepada mereka yang melakukannya. 
 
"Bola sepak adalah membabitkan sukan, pembinaan berpasukan dan kemahuan untuk berjaya dan tidak membabitkan politik. 
 
"Malah amaran Tengku Amir Shah terhadap kebergantungan kepada mentaliti yang mengharapkan subsidi juga tepat pada masanya dan itulah yang sepatutnya kita lakukan," katanya. 
 
Memetik laporan BH Online, konflik membabitkan pengurusan FAS nyata begitu membimbangkan sehingga mendapat perhatian Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah. 
 
Menerusi akaun rasmi Instagramnya, beliau turut menyarankan 'orang lama' dalam organisasi terbabit supaya berundur diri dengan cara terhormat. 
 
Tambah beliau, mentaliti pengurusan FAS yang mengharapkan subsidi dan dana kerajaan negeri perlu dihapuskan selain rombakan penuh membabitkan Ahli Jawatankuasa (Exco) badan induk bola sepak negeri itu agar ia lebih relevan dan sesuai dengan kehendak generasi sekarang. 
 
Selain itu, Tengku Amir Shah juga menuntut Mohamed supaya memperkenalkan barisan baharu yang bebas daripada unsur-unsur politik, berdasarkan merit, bertenaga dan paling penting dapat membuahkan hasil yang positif terhadap pasukan bola sepak kesayangan rakyat Selangor.
 
 

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT