Nuffnang

Pengikut

Tukar Tiub

sumber :-

Tukar Tiub


PERJANJIAN DENGAN SETAN

Posted: 25 Dec 2016 07:16 PM PST



PIKIR KAMBALI
celako punyo pak arab wahabi.. ko punyo perjanjian dengan setan amereka nie bilo nak abis... klu kek tompek den nie, tujuh keturunan baru boleh nak solosai klu bojanji dengan sako nie... 

tp nie dah lobeh 7 keturunan dah nie... korang mmg menyusahkan semuo orang islam dah nie... hampeh botul la... nie sajo nak peringatkan la... kepodo ostat2 yg nak mendokong pemerentah2 polik arab saudi yg kek malaysia nie, elok2 la korang bopikir balik...

korang tak payah lah bawak ajaran wahabi tu kek kami orang nie... molekek cilako eaa.. tujuh koturunan tak tontu hilang... on APA YANG BERLAKU DI SYRIA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/25/16





-------------

BUDAK PAS MANA NAK CARI MAKAN?

Posted: 25 Dec 2016 06:49 PM PST





BUDAK PAS MANA NAK CARI MAKAN?
PAS sudah nampak tak relevan dan akan kalah dalam PRU Bebudak PAS tuh risau kalau kalah mana bak cari makan Ekonomi sudah terok cari kerja pun susah tak ada 

Kalau nak kerja KUTIP TOLL mungkin ada peluang lah Itu lah kenapa nak terus sekongkol sama orang orang BODOH PAS pun Paling tadah masok PKR pun boleh cari makan 

Hidup hanya sekali kalau nak jadi BODOH pun tak payah sampai KIOK dalam PAS Kasihan.... Melayu Melayu semua tuh pun... on SIAPA TEKAN SIAPA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/24/16





--------------

AKHIRNAY SYRIA BERJAYA KALAHKAN PENGGANAS

Posted: 25 Dec 2016 06:20 PM PST






BERITA KARUT TENTANG SYRIA
sila ke youtube. wawancara dgn eva Bartlett, Carla Ortiz, vanessa beeley. mrk semua adalah wartawan bebas yg ke Syria. jgn percaya cnn, bbc, guardian, nyt dan sewaktu dgnnya. pelik org sunni ni.

bila ada laporan yg memburukkan sunni wahabi, cepat2 keluar ayat Quran, "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu". [Al Hujurat : 6]. 

tp bila ada laporan yg memburukkan syiah, spt yg dilaporkan oleh media kafir zionis, terus percaya dan sebarkan. tidak pula mrk praktikkan ayat diatas. on APA YANG BERLAKU DI SYRIA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/25/16






-----------------

TETUS JADI HAMBA ARAB

Posted: 25 Dec 2016 05:51 PM PST




JADI HAMBA ARAB
๐Ÿ”ดNegara Saudi yang kaya raya dengan duit minyak ini tidak langsung memiliki ciri-ciri demokrasi jauh sekali menghormati hak asasi manusia. Warga asing yang bekerja di Saudi sering dijadikan hamba abdi sama seperti di zaman Rasulullah. 

Yg ni salah, dizaman nabi saw, baginda anjur bebas hamba yg telah jadi tradisi berkurun lama. Bukan mcm orang saudi buat sekarang yaitu menghambakan manusia bebas. on APA YANG BERLAKU DI SYRIA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/25/16




-------------

AL-FATIHAH

Posted: 25 Dec 2016 04:58 PM PST






F.B





AL- FATIHAH



TERKINI
Penyanyi terkenal antarabangsa, George Michael MENINGGAL DUNIA di kediamannya di Goring, Oxfordshire, United Kingdom pada usia 53 tahun.
Bekas penyanyi utama kumpulan WHAM! itu meninggal kira-kira jam 10.37 pagi Ahad waktu tempatan (jam 6.37 petang waktu Malaysia) dan disahkan oleh pasukan paramedik kira-kira dua jam kemudian.
Sepanjang kariernya sebagai penyanyi selama empat dekad, mendiang telah berjaya menjual lebih 100 juta album termasuk kemunculan terakhir mendiang mengadakan konsert di Vienna, Austria tiga tahun lepas.
Lagunya yang paling diingati peminat muziknya di seluruh dunia ialah 'Careless Whisper' yang dirakamkan sekitar tahun 1984 dan melonjakkan namanya sebaris dengan penyanyi lain seperti Whitney Huston dan Michael Jackson.
Kesihatannya merosot teruk dua minggu lalu namun berjaya dirahsiakan dari pengetahuan media sehinggalah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi Krismas semalam.
Ucapan takziah rakan-rakan artis dan personaliti dunia mula membanjiri garis masa (timeline) di laman sosial Twitter termasuk kumpulan rock terkenal, Duran Duran dan pengacara tersohor Amerika Syarikat, William Shatner.
Lirik lagu Careless Whisper:
I Feel So Unsure
As I take your hand
And lead you to the dance floor
As the music dies

Something in your eyes
Calls to mind a silver screen
And all it's sad goodbyes

I'm never gonnadance again
Guilty feet have got no rhythm
Though it's easy to pretend
I know you're not a fool

I should have known better than to cheat a friend
And waste a chance that I've been given
So I'm never gonna dance again
The way I dance with you





-------------------

ENTOT ATAS UNTA

Posted: 25 Dec 2016 04:29 PM PST



ARAB INI BODOH
Yang bangangnya si arab unta poojaam org2 melayu ni lar..asik berperang sesama sendiri..org melayu tak tahu menahu..

dok sokong lak sebelah pihak...kunun atas dasar sunni...x payah lar kita amik tau..arab ni bodoh...x abis2 nak perang sesama sendiri..atas nama Islam lak tu kununnya... on APA YANG BERLAKU DI SYRIA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/25/16







-------------

APA YANG BERLAKU DI SYRIA

Posted: 24 Dec 2016 08:37 PM PST







F.B


Terima kasih Tukar Tiub for this awesome article!
APA YANG BERLAKU DI SYRIA?
Oleh : Hishamuddin Rais.

๐Ÿ”ดSaya pernah sampai ke kota Damas, panggilan manja warga Arab untuk kota Damsyik atau Damascus untuk warga Barat. Ini lama dahulu ketika saya berkelana. Saya datang dari Hong Kong membawa jemputan dari Asia Students Association (ASA) kepada Persatuan Pelajar Syria untuk hadir ke Kongres ASA di Chiengmai Thailand. Justeru saya menjadi tamu Persatuan Pelajar Kebangsaan Syria.
๐Ÿ”ดSebelum sampai ke Damas, saya melintasi Amman, Jordan. Saya membawa jemputan yang sama. Saya diberitahu bahawa Persatuan Pelajar Jordan dalam buangan beroperasi di Beirut. Begitu juga dengan GUPS - General Union of Palestine Students. Justeru saya wajib juga dari Syria menuju ke Lubnan. Ketika ini Perang Saudara di Lubnan baru bermula.
๐Ÿ”ดSaya tersangkut hampir dua minggu di Damas. Bumi Arab inilah yang menjadi permulaan jejak dan tapak saya berkelana. Saya tersangkut kerana jalan utama dari Damas ke Beirut ditutup kerana perang saudara. Lalu untuk membunuh masa, saya melingkari kota Damas.
๐Ÿ”ดPada tahun 1974, saya seperti ramai anak-anak muda di Malaysia tidak ada langsung kefahaman tentang Sunni dan Syiah. Ketika saya membesar, saya tidak mengetahui tentang wujudkan dua mazhab ini. Yang saya fahami, saya ini penganut Islam, tidak lebih dari itu. Sunni dan Syiah ini tidak pernah wujud dalam fikrah saya.
๐Ÿ”ดSaya bertemu dengan mazhab Syiah di Iraq. Ini pada tahun 1975, lama sebelum Revolusi Iran kerana saya menjadi tamu Persatuan Pelajar Iraq. Malah sebelum dunia membaca tentang Ayatullah Khomeini, saya telah melawat Karbala dan Najaf. Ketika saya melawat Najaf, Ayatullah Khomeini masih lagi 'orang buangan' sebelum dihalau keluar dari Najaf ke Kuwait dan berakhir di Paris.
๐Ÿ”ดDengan pecahnya Revolusi Iran, penganut Islam di Malaysia disedarkan tentang wujudnya satu lagi mazhab Islam yang dipanggil Syiah. Penganut Syiah di Iran bangun melawan Shah Reza Pahlevi. Raja Iran ini telah dinaikkan ke takhta oleh CIA. Justeru, Revolusi Iran melonjakkan kesedaran tentang Syiah di kalangan anak-anak muda Islam di seluruh dunia. Mazhab Syiah dilihat membawa garis melawan imperialis.
๐Ÿ”ดHari ini, pada tahun 2013, kita sedang melihat bagaimana Islam dijadikan musuh oleh kuasa imperialis Anglo-Amerika. Sesudah tamatnya Perang Dingin dan runtuhnya Tembok Berlin (1989) pernah diharapkan politik dunia akan membawa pencerahan dan keamanan untuk umat manusia. Harapan ini meleset. Kaum pemodal, kuasa militer, peniaga senjata antarabangsa bersama dengan politikus kanan memilih Islam sebagai musuh baru.
๐Ÿ”ดDi zaman Perang Dingin dahulu yang dijadikan musuh ialah negara yang menggunakan sistem ekonomi sosialis, kaum sosialis dan kaum komunis. Mereka bukan hanya ditohmah dan difitnah malah mereka dibantai dan dikorbankan. Kali ini yang menjadi musuh ialah Islam. Ini yang sedang kita saksikan.
๐Ÿ”ดAwas, kaum pemodal antarabangsa dengan cekap menggunakan perbezaan mazhab Sunni dan Syiah untuk membantai umat Islam. Perbezaan Sunni dan Syiah ini sedang dijadikan senjata ulung untuk membantai warga Syria.
๐Ÿ”ดSaya akui di sini bahawa manusia yang bernama Bashar al Assad itu mungkin bukan sosok terbaik untuk dijadikan contoh pendemokrasian di Syria atau untuk bumi Arab Islam. Di belakang gerakan anti Bashar ini sebenarnya ada agenda yang lebih besar yang dirancang kaum imperialis Anglo-Amerika.
๐Ÿ”ดJusteru, apa yang berlaku di Syria itu bukan pertempuran Sunni dan Syiah. Apa yang sedang berlaku ialah pembantaian warga Syria - Sunni, Syiah, Kristian, Ba'ath dan Majusi. Peperangan dan pembunuhan di Syria ini sebahagian dari agenda Anglo-Amerika untuk menakluk bumi Arab. Kenapa perlu ditakluk bumi Arab? Jawabnya : minyak.
๐Ÿ”ดKata-kata lunak, janji-janji manis dari Clinton, Bush atau Obama terhadap umat Islam hanyalah kata-kata. Kuasa imperial Anglo-Amerika memiliki agenda yang telah lama dirancang. Contohnya : serangan ke atas Iraq telah lama dirancang - jauh sebelum ledakan WTC di New York tahun 2001.
๐Ÿ”ดPendemokrasian yang diajukan oleh kuasa imperialis Amerika itu bunyinya amat lunak. Kenapa demokrasi hanya perlu diwujudkan di Libya, Mesir, Iraq dan Syria? Kenapa demokrasi tidak diajukan kepada Arab Saudi?
๐Ÿ”ดNegara Saudi yang kaya raya dengan duit minyak ini tidak langsung memiliki ciri-ciri demokrasi jauh sekali menghormati hak asasi manusia. Warga asing yang bekerja di Saudi sering dijadikan hamba abdi sama seperti di zaman Rasulullah.
๐Ÿ”ดSebuah lagi negara Arab yang begitu kuat menyokong dan memberi dana dan senjata kepada gerombolan pengganas untuk menyerang Syria ialah Qatar. Atas nama Islam, atas nama Sunni , senjata telah dihantar untuk membunuh Syiah. Qatar memberi duit dan senjata kerana ingin membangunkan Syria untuk menjadi sebuah negara yang lebih demokratik.
๐Ÿ”ดMari kita bertanya, sejak bila ada pilihanraya di Qatar? Demokratik sungguhkah negara yang bernama Qatar ini?
๐Ÿ”ดSemua ini berlatarkan keperluan kaum pemodal antarabangsa untuk menakluk bahan bakar petroleum. Iraq dahulu bebas dan merdeka. Iraq TIDAK membenarkan syarikat minyak asing masuk membuat carigali. Kini Iraq telah dibuka untuk Shell, Esso, Exxon termasuk Petronas. Yang masih berdegil melarang syarikat luar dari mencarigali minyak hanya Iran.
๐Ÿ”ดUntuk menundukkan atau menyerang Iran, Syria perlu dijatuhkan dahulu. Ini kerana Syria dan Iran memiliki hubungan yang intim semenjak zaman Presiden Hafez dan zaman Khomeini. Hubungan ini diikat pula dengan perjanjian bantu membantu dari segi ketenteraan.
๐Ÿ”ดApabila kita membaca politik Iran atau Syria atau Timur Tengah, maka kita wajib memahami juga peranan negara Zionis Isreal. Israel telah dipacakkan di tengah bumi Arab oleh kuasa imperial Anglo-Amerika sesudah Perang Dunia ke-2. Zionis Isreal bergerak sebagai pangkalan tentera Amerika. Israel menjadi polis untuk Amerika.
๐Ÿ”ดSahihlah bahawa bahan bakar minyak petroleum ialah kunci kepada semua ini. Ekonomi kapitalis dunia hari ini dijana oleh bahan bakar petroleum. Tanpa petrol, dunia yang kita kenali hari ini akan berubah wajah.
๐Ÿ”ดKalau kita beli minyak dari stesen Petronas kita menggunakan duit ringgit. Kalau beli minyak di Pakistan wajib menggunakan Rupiah tetapi jika Malaysia atau Pakistan mahu membeli minyak di pasaran dunia, negara ini wajib menggunakan dolar.
๐Ÿ”ดJual beli minyak dalam pasaran dunia hari ini wajib menggunakan dolar. Inilah hasil perjanjian yang telah diikat oleh Presiden Nixon dengan Raja Faisal pada tahun 1972, ketika dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Saudi sebagai pengeluar minyak terbesar dalam dunia mewajibkan minyak dibeli dengan dolar. Perjanjian ini memastikan Saudi mendapat senjata dari Amerika. Amerika juga akan memastikan rejim Saudi selamat dari diganggu gugat oleh Israel atau musuh dalaman.
๐Ÿ”ดMaka munculkan apa yang dipanggil sistem PetroDollar. Dolar Amerika menjadi kukuh. Ini kerana banyak negara dalam dunia hari ini TIDAK memiliki minyak. Tetapi, negara-negara ini memerlukan minyak. Maka negara ini wajib mengeksport barangan kepada Amerika untuk mendapatkan dolar. Dengan adanya dolar, baru minyak dapat dibeli.
๐Ÿ”ดDi sinilah muncul 'kongkalikong' yang paling besar. Amerika terus mencetak dolar untuk membeli barangan import. Hakikatnya ekonomi Anmerika hari ini adalah ekonomi silap mata. Maka kerana itu, apabila Saddam mahu menjual minyak tanpa menggunakan dolar, Saddam Hussein dibunuh. Ghadafi juga menerima nasib yang sama apabila dia mahu menukar dolar dengan mata wang lain.
๐Ÿ”ด'Kongkalikong' Amerika ini bukan TIDAK disedari. Ramai yang tahu tetapi terpaksa sujud kepada Amerika kerana kuasa bala tentera Amerika berselirat dalam dunia hari ini. Semua negara kini tertakluk di bawah kuasa Anglo-Amerika. Dulu ada Empayar Rom, kini kita dijajah oleh Empayar Amerika.
๐Ÿ”ดSaudi memiliki simpanan minyak terbanyak dalam perut buminya. Negara kedua ialah Iran. Justeru Iran wajib ditundukkan. Jika Iran menjual minyaknya tanpa menggunakan dolar pasti ekonomi Amerika terjejas. Kerana inilah dibuka kisah Sunni dan Syiah. Kisah ini bertujuan untuk menutup kisah bangkai dolar yang semakin mencemaskan dunia kapitalis.
๐Ÿ”ดKetika saya di Beirut pada tahun 1975, saya telah melihat kematian dan pembunuhan dalam perang saudara. Kali ini saya hanya berkeupayaan untuk menulis. Tapi saya tahu apa rupanya perang saudara yang sedang berlaku di Syria.
๐Ÿ”ดSaya akhiri dengan suatu pertanyaan, kenapa kita tidak dapat memahami bagaimana kaum pemodal, tauke penjual senjata dan politikus kanan yang kaya raya terus mengadu domba kita? Di Lubnan, Kristian dengan Islam. Di Rwanda, Tutsi dengan Hutu. Di Syria, Sunni dengan Syiah. Dan di Malaysia Melayu dengan Cina.














------------------------

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT