Ahad, 27 November 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


6 YB sertai Bersih 5: Pas dijangka tidak akan ambil sebarang tindakan

Posted: 27 Nov 2016 01:26 AM PST


Pas dijangka tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas enam wakil rakyatnya yang menyertai Bersih 5 walau ia jelas bertentangan dengan arahan pucuk pimpinan parti itu.
Enam Ahli Parlimen dan Adun Pas terbabit adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Mazian Nik Mohamad; Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaqi Atiqullah; Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Nawawi; Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dan Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.
Ketua Amanah Kawasan Sik, Sulaiman Ibrahim percaya Pas tidak akan berani mengambil apa-apa tindakan terhadap ke enam-enam mereka.
"Beranikah Pas memecat mereka?" soalnya yang juga dikenali sebagai Leman Raja Lawan.
Pengguna laman sosial Facebook Zain Abdullah turut menganggap Pas tidak akan mengambil sebarang tindakan kerana parti itu bimbang kehilangan lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).
Ketika gambar mereka selamba memakai kemeja-T Bersih 5 dan berarak dengan peserta himpunan Bersih viral di media sosial, pihak jawatankuasa tatatertib Pas setakat 23 November lalu mendakwa masih belum menerima sebarang laporan berhubung penglibatan mereka terbabit.
Pengerusinya, Datuk Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok berkata, pihaknya tidak ada menerima sebarang maklumat dari parti dan menunggu laporan sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan.
Walhal, dua hari sebelum itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan akan diambil untuk merujuk ahli partinya yang menyertai Bersih 5 kepada jawatankuasa disiplin jika menerima aduan dan terbukti.
Walau bagaimanapun, tiga hari selepas Bersih 5, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan ketika ditemui di lobi Parlimen masih memberitahu keputusan berhubung hal tersebut masih belum lagi dibuat.
Sikap rasmi Pas yang enggan menyertai himpunan Bersih berlaku sejak Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos tahun lalu.
Sekali lagi, pada tahun ini, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu menegaskan Pas tidak menyertai Bersih 5.0 yang dianggap mempunyai matlamat tidak selari dengan parti di luar Pakatan Harapan itu.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MARI TERAJANG NAJIB

Posted: 27 Nov 2016 08:00 PM PST





f.b

Page Liked · November 26 
 
I can smell it from Putrajaya to Saudi Arabia to Peru and then to prison.


























--------------

KELAB GAGALIS

Posted: 27 Nov 2016 07:28 PM PST





DIQIN KAHWIN KE?
Diqin pun kawin juga ke? Tahniah on PEMBELOTAN
Mek
on 11/28/16





JANGAN MEMNGADA-NGADA
Adam dah kahwen. Korang jangan nak mengada-gada tak nak! Kah! Kah! Kah! on HIDUP INI SATU PERJALANAN
Anonymous
on 11/28/16

JELES
Korang jeles! Kah! Kah! Kah! on PEMBELOTAN
Anonymous
on 11/28/16

GAGALIS
yaaaaa...gagalis..kahwinilah tangan mu dgn lembut dan berkrim....kakkakakakak....jgn lupa tadah kat surat khabar...lepas pancut...lipat..buang je ikut tingkap....kakakkka...pathatic punya winner...kakakkakak on PEMBELOTAN
DIDI KOTA BELUD
on 11/27/16

GADIS AMOISE
Huhuhu, teramat ingin ku tahu. Siapa gadis amoise, dalam dress turquoise. Rambut mengurai dilepas ke sisi kiri, sopan anggun tegak berdiri. Mata jelita menawan separa kuyu, bibir meleret senyum seperti malu. Kulit putih lembut mencuit jiwaku, lenggok tubuh ayu menyentap kalbu. Apakah gadis bukan senarai gagalis, adakah gadis ditakdir bersama penulis? Huhuhu, teramat ingin ku tahu. :)) :)) :)) on HIDUP INI SATU PERJALANAN
Anonymous
on 11/27/16

BELUT BAHAYA
Adam adli memang belut. Belut lebih teruk bahaya banding katak. Katak cuma kuat melompat. Katak mudah didapat. Katak dah ditangkap, terus masuk kuali cina kapir harbi jadi panggang yang lazat. Belut susah nak tangkap, terlalu licin dan licik. Nak tangkap, dia boleh melepaskan renjatan kuasa halilintar.

 Dah tangkap dalam genggaman, dia boleh melepaskan diri dan meloncat keluar. Harga belut sebanding harga ron95, diapung di pasaran terbuka, jadi harga belut di selayang berbeza dari harga di pulau pinang, dan harga belut minggu ini lain dari harga pada hari selasa. 
Rumusannya, belut tidak berkawan dengan katak, belut sentiasa bertindak licik menghasilkan siri penipuan untuk berjaya hidup, belut sukar ditawan atau dikawal, belut busuk dari hanyir lumpur, dan belut boleh tewas pada lintah. Adam adli dah di flip jadi belut, maka perlu ditundukkan guna lintah on PEMBELOTAN
Anonymous
on 11/27/16




------------------

PARA YANG BERHORMAT TURUN SAMA

Posted: 27 Nov 2016 06:55 PM PST








SIAPA KATA

PAS TAK

BERSAMA

BERSIH5?

INI BUKTI




6 YB sertai Bersih 5: Pas dijangka tidak akan ambil sebarang tindakan

Pas dijangka tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas enam wakil rakyatnya yang menyertai Bersih 5 walau ia jelas bertentangan dengan arahan pucuk pimpinan parti itu.
Enam Ahli Parlimen dan Adun Pas terbabit adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Mazian Nik Mohamad; Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaqi Atiqullah; Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Nawawi; Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dan Adun Anak Bukit, Ir Amiruddin Hamzah.
Ketua Amanah Kawasan Sik, Sulaiman Ibrahim percaya Pas tidak akan berani mengambil apa-apa tindakan terhadap ke enam-enam mereka.

INI PEMIMPIN

INI PARA YB

KITA TAK TAHU

BERAPA RAMAI

AHLI BIASA

DATANG SAMA







----------------

KALAU TAK PERNAH KENA

Posted: 27 Nov 2016 06:15 PM PST







TAK PERNAH KENA
627 ptg...ko x pernah kena mcm tok isham kena boleh ckp la... cuba dah kena baru tau... on SYOK SENDIRI
in response to
 Assalam tuan isham Saya suka tulisan tuan tapi toloing jangan gunakan perkataan yang dikategorikan lucah dan melampau, seweet kalau macam dulu panas, bernas, sopan dengan sindiran, by Anonymous.
Publish | Delete | Spam
Kamal
on 11/28/16






----------------

SURUHAN JAYA MENIPU UNDI

Posted: 27 Nov 2016 05:43 PM PST







PANDANGAN

TEPAT BETUL

BENAR SAHEH

TAPI....


Usaha Umno perdaya Pas untuk dapat undi Melayu hancur, dakwa Khalid Samad

Perancangan Umno untuk mendapat sokongan penuh pengundi Melayu dengan cara memperdayakan Pas selepas Cina tidak bersama mereka lagi hancur berkecai, dakwa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
 "Selepas Cina tak sokong BN lagi, Umno cuba mendapatkan undi Melayu sepenuhnya dengan memperdayakan Pas agar menyokong mereka menggunakan RUU Akta 355.
"Tetapi ia hancur berderai apabila Pas berpecah dua, dengan lahirnya Amanah dan Umno juga pecah dua dengan lahirnya Bersatu.

...TAPI DALAM

PRU14 BUKAN

SAPA MEMBERI

UNDI

TAPI SIAPA

KIRA UNDI





------------

KITA TIDAK AKAN BERHENTI

Posted: 27 Nov 2016 10:12 AM PST



PERLAWANAN DITERUSKAN
Sekumpulan 20 orang berbaju hitam dan merah cuba merempuh himpunan yang dibuat sebagai tanda sokongan kepada Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah di George Town, Pulau Pinang hari ini. Pada mulanya mereka menjeritkan slogan "Sokong Najib" apabila orang ramai mula mendengar ucapan disampaikan oleh Penyelaras BERSIH Utara Datuk Dr Toh Kin Woon. 

Mereka juga menjerit "Bersihkan diri sendiri dulu" selain mengutuk BERSIH kerana didakwa mendapat sokongan Yahudi. Kumpulan anti-BERSIH itu turut menuntut penyokong Maria Chin menunjukkan permit polis yang membenarkan perhimpunan itu diadakan. Bagaimanapun cubaan mereka menyerbu kira-kira 100 orang peserta himpunan itu dihalang oleh polis yang bertugas di kawasan Sudut Pidato berkenaan. Sebelum keadaan ditenangkan anggota keselamatan, berlaku kekecohan selama kira-kira lima minit. 

Toh dan Anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim kemudian mengucapkan terima kasih kepada polis yang bertindak profesional. persoalan penting...sapa taja on SYOK SENDIRI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/27/16






--------------------

SYOK SENDIRI

Posted: 26 Nov 2016 10:30 PM PST

 
 
 
SYOK SENDIRI
Dah masuk politik, mmg ada perlawanan. Politik x mencabar ialah melancap sajalah. Jgn syok sendiri. Ambilkira kesusahan orang lain sama. Ini mmg perangai melayu, x kira beragama atau tidak. Bila sudah senang hidup, mereka hendak menindas orang lain. Ini sudah jadi adab orang kaya, mengkepalabutuhkan orang susah. UMNO mmg suka denda 200k max ni. Fulus.. ingat harga barang pun naik.. harga denda dgn guna agama pun naik?
 
Melancap bila nak bagi lesen? Genting dapat lesen tak? Perangai muslim bukan boleh duduk aman dgn agama lain. Sumer orang dia kacau dan nak jadi ketua dan minta duit cukai. Dulu ingat arab saja huduh gini, melayu pun sama haramjadahnya. Kalo negara kristian, nak kena bayar cukai agama ka sbb kita islam? Atau kita akan jadi muslim harbi mcm di Rohingya Myanmar dan Israel. on
BUKAN WAKIL TUHAN Publish | Delete | Spam Anonymous on 11/26/16

PELIK DAN BENAR - OH MALAYSIA KU

Posted: 26 Nov 2016 09:00 PM PST











THIS IS ALSO MALAYSIA

... CONVOLUTED







-------------

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kemaruk sangat nak jadi hero konon... Akhirnya Hj Hadi kena main dengan Umno!

Posted: 27 Nov 2016 08:00 AM PST


Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa dalam  suratnya bertarikh 26 Mei 2016 lalu telah menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

 Antara tuduhan yang dilemparkan terhadap Husam ialah:
 • Mempersenda dan mempersoalkan langkah dan/atau kaedah parti PAS dan membawa rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi meminda Akta 355.
 Dalam penjelasannya mengenai perkara tersebut, antara lain Husam menjelaskan :

 Tindakan membawa usul untuk meminda Akta 355 secara bill Persendirian atau private member's bill ke Parlimen atas nama Presiden selaku ahli Parlimen bagi kawasan Marang, jelas bercanggah dengan keputusan parti dan juga keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Jenayah Syariah Peringkat Persekutuan Bil.3/ 2014 bertarikh 18-20 Disember 2014 yang berlangsung di Dewan Kijang 6, Aras 3, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

 Jawatankuasa bersama antara kerajaan negeri dan Pusat itu telah sebulat suara antara lain memutuskan usul berkenaan hendaklah dibawa oleh menteri setelah melalui Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang akan bersidang pada bulan Mac 2015 dan seterusnya dibentangkan oleh menteri pada bulan Mei/Jun 2016.

 Persoalan besar di sini ialah kenapa keputusan yang dibuat bersama itu dilanggar?

 Ketika membincangkan isu Akta 355 ini, Jawatankuasa Pas Pusat yang bersidang sebelum usul itu dibawa telah memberikan pandangan supaya usul itu dibawa sendiri oleh kerajaan pusat. Jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat itu mengambil maklum akan perlunya proses yang paling masak dan matang diambil bagi membolehkan pindaan akta itu menjadi kenyataan.

Usul yang ditandatangani oleh presiden telah dihantar ke parlimen pada 18 Mac 2015 iaitu sebelum pun Enakmen Jenayah Syariah yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan diluluskan.

 (Lazimnya, jika benar pindaan Akta 355 di Parlimen memerlukan kelulusan Enakmen Jenayah Syariah di DUN Kelantan - ia dilakukan selepas penggazetan Enakmen itu. Ini semua tidak berlaku kerana ketergesaan luar biasa. Apakah yang mendorong ketergesaan luar biasa itu?)

Selepas usul itu difailkan, barulah satu mesyuarat Lajnah Politik Pas Pusat diadakan untuk membincangkannya.

Dalam mesyuarat itu , YB Dato' Takiyuddin Hassan yang ketika itu adalah Penolong Setiausaha Agong PAS menjelaskan usul perlu disegerakan kerana untuk mengejar masa bagi membolehkan ia dibentangkan dalam sesi yang sedang berlangsung dan akan berakhir dalam bulan April 2015 itu.

 Mengenai adanya wakil menteri dan seorang Pegawai Parlimen mengunjungi kerajaan negeri sama ada pada 17 atau 18 Mac itu 2015 dan kononnya membawa mandat menteri untuk meyakinkan perlunya usul itu di bawa secara bill persendirian secepat mungkin dan tidak mengikuti keputusan asal Jawatankuasa Bersama, perkara ini boleh diselidiki sendiri oleh Jawatankuasa Disiplin dengan pihak-pihak berkenaan. Saya mempertahankan dakwaan saya.

Hendaklah diketahui, YB Dato Taki dan YB Dato Jamil Khir adalah kawan rapat sejak zaman sekolah. Saya sesungguhnya curiga, dengan agenda sebenar pindaan akta itu secara bill persendirian.

 Jelas bahawa Hj Hadi memang degil dan telah melanggar keputusan parti dan juga keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Jenayah Syariah Peringkat Persekutuan bahawa usul berkenaan hendaklah dibawa oleh menteri ......

 Tiba-tiba Jamil Khir Baharom buat kenyataan di sini bahawa kerajaan akan membawa sendiri Rang Undang-Undang Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 (RUU355) - Langkah yang sama yang pernah diputuskan  sebulat suara oleh Jawatankuasa bersama antara kerajaan negeri dan Pusat bahawa  usul berkenaan hendaklah dibawa oleh menteri.

Oleh itu, Hj Hadi bolehlah berehat....tak payahlah nak buat himpunan raksasa sebab Umno dah tutup peluang untuk Hj Hadi nak bentangkan pindaan RUU 355 setelah diberikan dua kali peluang.... Kerajaan akan mengambil tanggungjawab membawa RUU ini.

 Kesian Hj Hadi....beriya sangat nak bawa pindaan RUU 355 tapi tidak kesampaian juga akhirnya akibat vangang punya lebai!  Kemaruk sangat nak jadi hero konon... akhirnya Hj Hadi kena main dengan Umno!  

"BERANI KERANA BENAR!"

"BERANI KERANA BENAR!"


Sepuluh 'superfood' di bawah 10 ringgit

Posted: 26 Nov 2016 07:14 PM PST

MAKANAN berfungsi ("functional foods") diiktiraf sebagai makanan yang mengandungi fitonutrien dan menawarkan pelbagai faedah kesihatan melebihi pemakanan asas. Ia juga dikenali sebagai "superfoods".

Di Malaysia, "superfoods" popular seperti buah-buahan organik, salmon dan blueberries biasanya diimport dan dijual pada harga yang tinggi. Ini menjadi penghalang kepada mereka yang berhasrat mengamalkan gaya hidup pemakanan sihat kerana kos perbelanjaan yang tinggi.

Apa yang ramai tidak sedari, Malaysia yang kaya dengan khazanah kesihatan berharga, memiliki banyak "superfoods" yang murah lagi baik. Malah, kebanyakannya boleh didapati di halaman kita sendiri. Tidak menghairankan jika dapur kita sudahpun mempunyai "superfoods" antaranya seperti yang disenaraikan di bawah!

#1 Halia

Halia, sejenis akar yang digunakan secara meluas dalam masakan tempatan. Selain untuk menambah rasa masakan, halia mempunyai banyak ciri-ciri farmakologikal. Lama sebelum halia dikategorikan sebagai "superfood", ia telah digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu bagi manfaat kesihatannya.
Kajian telah membuktikan keberkesanan akar itu sebagai antioksidan dan agen antiradang. Ia juga
terbukti berkesan melegakan rasa loya dan melindungi tubuh daripada penyakit tertentu.

#2 Kunyit

Kunyit yang juga dikenali sebagai "Safron India", adalah satu lagi rempah yang cukup terkenal sebelum zaman perubatan moden. Penyelidikan makmal ke atas kunyit sejak beberapa dekad mendapati ia mengandungi banyak bahan dan elemen yang memberi kesan-kesan positif. Selain reputasinya sebagai agen antioksida yang kuat, ia juga mampu menghalang pertumbuhan patogen tertentu dan bakteria tidak baik dalam badan.

#3 Manggis

Buah eksotik yang berwarna ungu ini, mempunyai reputasi sebagai buah mujarab kerana ia mempunyai kandungan antioksidan dan nutrien yang sangat tinggi. Berdasarkan hasil beberapa kaji selidik, pengambilan manggis mampu memantapkan lagi sistem imun dan sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh kita secara keseluruhannya.

Ekoran populariti buah ajaib ini, terdapat banyak pati jus manggis dalam botol yang dijual pada harga yang amat tinggi di pasaran hari ini. Bagaimanapun, berhati-hatilah dengan dakwaan keberkesanan produk ini kerana kebanyakannya tidak disokong secara saintifik.

#4 Betik

Siapakah yang tidak suka menikmati sepotong betik sejuk pada hari yang panas? Betik atau dikenali sebagai "pawpaw" di beberapa negara lain, mengandungi beberapa jenis karotenoid yang banyak memberi manfaat kepada kesihatan. Dua daripadanya adalah zeaxanthin dan beta-karotena yang berperanan melindungi kesihatan mata.

Likopena adalah antioksidan karotenoid yang berpotensi menjadi pelindung bagi penyakit jantung. Tambahan pula, kandungan vitamin C dalam betik sangat tinggi. Satu buah betik bersaiz sederhana mengandungi lebih daripada 2 kali ganda jumlah vitamin C yang diperlukan dalam sehari! Betik juga padat dengan gentian serat dan kandungan air yang tinggi yang membantu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman.

#5 Bok Choy

Bok choy yang juga dikenali sebagai "kubis cina" adalah hero dalam kategori sayur cruciferous. Satu cawan sayur yang berbentuk bunga ini, membekalkan di antara 50-60% keperluan harian vitamin A dan C. Ia juga kaya dengan pelbagai nutrien yang lain seperti fosforus, zink, sodium, mangan, kalium, kalsium dan vitamin B dan K.

#6 Tempe

Tempe digemari ramai pengamal diet vegetarian, tetapi bagi sesetengah orang pula, ia adalah cita rasa yang diperoleh. Tempe selalunya dimakan sebagai pengganti kepada daging kerana ia mempunyai tekstur yang hampir sama. Satu hidangan biasa 85 gram mengandungi lebih daripada separuh protein dalam satu stik! Kacang soya yang difermentasi ini padat dengan serat, kalsium, besi, lemak asid omega 3 dan vitamin B.

#7 Tofu

Tofu amat popular dalam masakan Malaysia, terutamanya dalam masakan Cina. Kaya dengan kedua-dua protein dan isoflavon, pemakanan tofu sering dihubungkaitkan dengan pengurangan risiko penyakit berkaitan umur dan gaya hidup seperti penyakit kardiovaskular dan osteoporosis. Tambahan pula, tofu sangat rendah dalam kalori dan tidak mengandungi kolesterol!

#8 Kimchi

Berikutan populariti makanan tradisional Korea ini, banyak penyelidikan telah dijalankan ke atas kimchi dan manfaatnya kepada kesihatan kita. Kimchi adalah makanan probiotik sayur yang menawarkan manfaat kesihatan yang hampir sama dengan yogurt, selain kelebihannya sebagai makanan berfungsi. Kajian menunjukkan, pemakanan kimchi mengurangkan kolesterol, meningkatkan kesihatan otak dan kulit, di samping mengukuhkan sistem imun.

#9 Jambu Batu

Jambu batu mungkin kurang popular sedikit berbanding "superfoods" yang lain, tetapi ia padat dengan kelebihan kesihatan. Jambu batu mengandungi lebih banyak vitamin C berbanding buah oren. Ini membantu memantapkan sistem imun dan mencegah penyakit. Jambu batu juga padat dengan serat dan bertindak sebagai pelawas semula jadi.

#10 Minuman Susu Kultur

Amalan meminum susu kultur setiap hari membantu menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya dalam usus besar. Minuman yang mudah diperolehi ini mengandungi mikroorganisma hidup dan aktif yang diperlukan untuk sistem penghadaman dan imun yang lebih kuat. Ia turut mengurangkan risiko gangguan usus, seperti sembelit, cirit-birit, ulser, kembung perut, sendawa, nafas berbau, pedih hulu hati dan loya.

"Superfoods" atau "functional foods" ini bukanlah kuasa ajaib yang mampu mencegah atau menyembuh semua penyakit. Sebaliknya, ia patut digunakan sebagai pelengkap kepada diet harian yang seimbang agar bermanfaat kepada pemakanan dan kesihatan.

Kurangkan makanan tidak sihat (yang tinggi kandungan garam, gula dan lemak/minyak) dan amalkan aktiviti fizikal dalam rutin harian anda.

Pastikan juga anda memperuntukkan masa untuk memasak makanan berkhasiat di rumah menggunakan "superfoods".

Amalkan semua ini dan sudah pasti anda sekeluarga akan menikmati gaya hidup yang lebih sihat. Perlu diingatkan, kesihatan baik bukanlah hanya satu destinasi, ia satu pengembaraan seumur hidup yang penuh dengan kelebihan fizikal dan psikologi. Ambillah pen dan kertas dan mulalah merancang senarai beli-belah yang lebih sihat!


























Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Perkara 10 Perlembagaan (Hak Berhimpun) Sedang Dicabar

Posted: 27 Nov 2016 01:42 AM PST

Tangkapan Jufazli Dan Bersih 5: Cabaran Terhadap Perkara 10 Perlembagaan

Tangkapan terhadap pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah, Jufazli Shi Ahmad dan yang terbaru 15 orang individu sempena perhimpunan aman BERSIH 5 hujung minggu yang lalu adalah satu lagi daripada siri tangkapan dalam dunia "demokrasi" Malaysia.

Tangkapan terhadap Jufazli adalah dipercayai disebabkan oleh "posting" beliau yang dilihat terlalu kritikal terhadap kerajaan negeri BN Sabah.


Jufazli disiasat di bawah tiga peruntukan undang-undang yang berbeza iaitu Seksyen 500 Kanun Keseksaan ('Akta 574'), Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 ('Akta 588') dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 ('Akta 15') di tiga balai/IPD yang berlainan di Sabah iaitu Tawau (2 kes), Kinabatangan dan Semporna.

Seksyen 500 adalah berkenaan jenayah fitnah, Seksyen 233 menyentuh tentang penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain manakala Seksyen 4 pula jelas menyebut tentang kesalahan menghasut. Jufazli telah dibebaskan daripada reman polis sejak 9 November pada 15 November sementara menunggu pendakwaan (jika ada).

Di sebelah sini pula iaitu di Semenanjung, berlaku juga siri tangkapan terhadap beberapa individu penting yang dikaitkan dengan perhimpunan BERSIH 5. Tangkapan-tangkapan tersebut bermula seawal sehari sebelum BERSIH 5 sehinggalah pada hari BERSIH 5 berlangsung yang kesemuanya difahamkan seramai 15 orang yang terdiri daripada Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, Mandeep Singh, pemimpin-pemimpin politik pembangkang, aktivis mahasiswa dan juga aktivis-aktivis masyarakat dan NGO.

Yang menghairankan adalah walaupun Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa BERSIH 5 adalah satu perhimpunan yang aman dan juga pihak polis adalah bertanggungjawab untuk mengawal-selia perhimpunan aman tersebut selaras dengan peruntukan Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman 2012 ('Akta 736'), namun tangkapan-tangkapan tersebut masih dibuat? Lebih mengelirukan adalah walaupun polis dilihat 'mesra' dan 'bertolak ansur' dalam 'memudahcarakan' perhimpunan BERSIH 5 tetapi tangkapan dan penahanan masih juga dijalankan? Maka jelas di sana menunjukkan bahawa pihak polis langsung tidak konsisten dengan pendirian mereka berkenaan penganjuran perhimpunan aman tersebut!

Adalah menjadi perkara yang paling mengecewakan pula apabila Menteri Pelajaran dan juga Ketua Setiausaha Negara yang dilaporkan media bertindak menghalang guru-guru serta penjawat awam daripada menyertai perhimpunan aman BERSIH 5 tersebut dengan ugutan pemecatan dan potongan gaji! Staf-staf dan ahli-ahli akademik serta mahasiswa-mahasiswi di IPT juga dihalang daripada menyertai BERSIH 5 oleh universiti masing-masing.

Padahal Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) sendiri telah jelas menekankan bahawa halangan tersebut terang-terangan melanggar peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan Akta 736 di atas juga memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata!

Sebahagian besar daripada mereka yang ditangkap kini telah pun dibebaskan sementara menunggu pertuduhan, jika ada, kecuali Maria Chin yang dipercayai masih ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 ('Akta 747') atau SOSMA.

Apa yang disebut di atas adalah sebenarnya satu bukti menunjukkan atau memberikan indikator atau signal kepada kita bahawa pada hakikatnya Perkara 10 Perlembagaan kini sedang dicabar dan dalam bahaya.

Walaupun negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang mana hak untuk bersuara dan berhimpun seperti yang termaktub dalam Perkara 10 tersebut merupakan antara nilai demokratik yang terpenting, namun tindakan pihak-pihak yang berkenaan dalam insiden-insiden di atas jelas menunjukkan bahawa sikap dan pendirian kita langsung tidak mencerminkan apa yang kita amalkan.

Itu belum lagi dikira dengan politik intimidasi yang digunapakai melalui penggubalan dan penyalahgunaan akta-akta baru dan sedia ada yang jelas menyekat dan merampas hak rakyat tersebut antaranya seperti Akta Rahsia Rasmi 1972 ('Akta 88'), Akta Pencegahan Keganasan 2015 ('Akta 769') atau POTA, Akta Pencegahan Jenayah 1959 ('Akta 297') atau POCA dan yang terbaru Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 ('Akta 776') yang juga cuba untuk merampas kuasa Yang diPertuan Agong!

Pihak polis seharusnya mempertahankan sistem demokrasi dalam negara kita yang mana hak berhimpun dan bersuara itu merupakan antara prinsip tunjang kepada nilai demokratik bukan dengan cara menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia ini adalah negara polis!

Selain memiliki akta-akta yang jelas mendatangkan reverse effect kepada Perkara 10 Perlembagaan, kita masih gagal menggubal akta baru atau meminda mana-mana akta sedia ada yang benar-benar memperkasakan maksud dan tujuan peruntukan perlembagaan tersebut. Akta Perhimpunan Aman 2012 tersebut adakah cukup untuk menjelaskan dan menekankan hak rakyat untuk berhimpun atau adakah sudah tiba masanya Parlimen menggubal akta seperti Akta Hak Terhadap Maklumat ("Right To Information Act") 2005 sepertimana di India untuk lebih memberdayakan suara rakyat dalam proses semak dan imbang ("check and balace") pentadbiran kerajaan?

Selagi mana tidak wujud akta-akta atau undang-undang sedemikian, maka selama itu jugalah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan akan terus dipijak dan dicabar. -Wan Anwar Wan Ibrahim



VIDEO BERKAITAN






FEATURED ADS