Ahad, 20 November 2016

Komentar Kini

Komentar Kini


Bunuh Diri Terjun Jambatan Sebagai Mati Syahid

Posted: 20 Nov 2016 05:20 PM PST



Sesungguhnya membunuh diri masuk neraka kekal didalamnya dan mati syahid masuk syurga jika tiada hutang. Inilah khabar Al Quran kepada kita. Semua sedia maklum bahawa itulah hukum orang membunuh diri dan mati syahid.
Barang siapa yang memilih membunuh diri sama ada terjun jambatan atau terjun bangunan atau menggunakan pisau hiris tangan sendiri, maka  dimasukkan dalam neraka dan kekal didalamnya.
Dalilnya, Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa membunuh dirinya dengan sebilah besi, maka besi itu akan ditusukkan dalam perutnya di neraka jahanam, ia kekal abadi didalamnya. Barang siapa membunuh dirinya dengan meminum racun, maka racun itu akan dibawanya dengan tangannya dan dihisapnya di neraka jahanam, ia kekal abadi didalamnya. Dan barangsiapa turun dari gunug lalu membunuh dirinya maka ia akan menuruni neraka jahanam kekal abadi didalamnya" (Hadis riwayat bukhari dan muslim)
Dua tiga hari lepas  Pengerusi PAN Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan Mohd Shukri Saad yang terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah selepas didakwa kerana menjual rokok seludup bernilai RM365 sebagai mati syahid.
Oleh itu, dapat dilihat bahawa tindakan Mohd Shukri Saad terjun dari jambatan itu sah tidak tahan sabar dengan penderitaaan yang dihadapinya sepertimana Jundub Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada orang seblum kamu yang terluka dan ia menderita, lalu ia mengambil sebilas pisau lalu memotong tangan. Darah keluar dan tidak berhenti  hingga orang itu meninggal. AllahSWT berfirman: hambaku menyegerakan dirinya sendiri kepada ku, maka aku haramkan baginya syurga" (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, tindakan peniaga itu menamatkan riwayat hidupnya dengan "berkorban untuk Malaysia" adalah pembuka mata terhadap penderitaan rakyat jelata di negara ini.

Tegas  Dr Mujahid "Shukri bukan seseorang yang dipuji ramai, bukan orang terkenal atau ahli JKKK. Shukri hanya marhaen yang cuba mencari nafkah seperti orang lain.
Kata Dr Mujahid lagi "Walaupun dia melakukan perkara kejam dengan mengambil nyawanya sendiri, itu antara dia dan Allah. Saya harap Allah akan ampunkannya atas dosa-dosanya.

 Sesungguhnya membunuh diri itu dosa besar seperti firman Allah yang maksudanya: dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah maha penyayang. Dan barangsiapa melakukan demikian dengan melanggarkan hak dan aniaya, maka kami kelak akan memasukkan kedalam neraka. Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah(surah an nisa ayat 29/30)

ika Dr Mujahid Yusof masih bertegas mengatakan Mohd Shukri Saad yang terjun jambatan itu mati syahid atas nama korban untuk Malaysia, maka teringat saya dengan firman Allah yang bermaksud: "Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka itulah orang orang yang sebenar sebenarnya  membuat bencana dan kerosakkan, tetapi mereka tidak menyedarinya.(surah Al Baqarah ayat 12)

Mereka itu telah membuat bencana dan kerosakan dan tidak menyedari melakukan kesalahan yang besar dengan mengeluarkan pendapat bahawa terjun jambatan itu sebagai mati syahid miskipun atas nama korban untuk Malaysia sekalipun.

Pada hal tindakan Mohd Shukri Saad itu jelas atas nama tidak tahan dengan penderitaan kena dakwa menjual rokoh seludup seperti  seseorang yang tidak tahan sakit lalu membunuh dirinya yang dinyatakan Rasulullah SAW , maksud Hadis, ada orang sebelum kamu yang terluka dan ia memderita dan ia mengambil sebilas pisau lalu memotong tangannya.Maka aku haramkan baginya syurga.

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Muhyiddin ingatkan Najib supaya hormati hak berhimpun rakyat

Posted: 20 Nov 2016 03:55 AM PST

whatsapp-image-2016-11-19-at-11-52-17

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengecam sekeras-kerasnya tindakan polis menahan pemimpin pembangkang dan aktivis BERSIH.

Menurutnya, ini adalah satu bentuk ancaman dan gangguan terhadap penganjur dan orang ramai yang berhasrat untuk menghadiri perhimpunan tersebut esok.

Beliau memetik Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan setiap rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.

"Saya juga ingin mengingatkan Najib Razak bahawa Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah diperkenalkan oleh kerajaan pimpinan beliau sendiri sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Politik.

"Akta ini bertujuan memberikan kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun dan  bersuara selaras dengan prinsip demokrasi. Saya menggesa Najib Razak supaya tidak sekali-kali melupakan janji-janjinya itu," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau mengulangi pendirian PPBM yang menyokong penuh Himpunan Bersih 5 yang akan diadakan hari ini..

"Ia adalah satu perhimpunan yang mengikut lunas undang-undang dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Saya bersama-sama pimpinan tertinggi PPBM akan menyertai perhimpunan ini dan berharap ramai yang akan hadir untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan menentang rasuah dan penyelewengan serta mewujudkan pilihanraya yang bebas, adil dan bersih di Malaysia," tegas beliau.

Dalam perkara berkaitan Muhyiddin memetik kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang mengingatkan pihak berkuasa supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman. -Roketkini.com


PERKASA akan letak 50 calon dalam PRU14

Posted: 20 Nov 2016 02:45 AM PST

Anne Muhammad

 
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini mengumumkan akan meletakkan 50 calon bagi bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali yang akan turut bertanding menamakan kumpulan itu sebagai "Calon Barisan Bebas PERKASA".

Jelasnya, mereka tidak akan menggunakan platform parti politik sebaliknya hanya bergerak sebagai NGO kerana mahu bertindak di luar radar politik tempatan.

"Kemungkinan PERKASA akan bariskan sekumpulan calon bebas yang dinamakan sebagai calon bebas PERKASA yang akan bertanding dalam PRU14.

"Tumpuan kawasan kita adalah majoriti Melayu yang akan ditandingi oleh BN, PAS dan Pakatan Harapan. Kita akan masuk kawasan itu. Kita percaya kawasan Melayu yang menang tidak akan jejaskan orang Melayu," katanya.

Ibrahim berkata demikian kepada para pemberita semasa sidang media Persidangan Agung Tahunan Ke-7 PERKASA 2016 di Stadium Mini Titiwangsa, hari ini.

Ibrahim yang juga bekas ahli parlimen Pasir Mas sebelum ini mengumumkan akan bertanding pada PRU14.

Sambil mengibaratkan dirinya seperti 'janda seksi' berikutan beberapa parti politik sudah 'melamarnya' untuk bertanding melalui tiket parti masing-masing, tambahnya, tumpuan beliau sekarang adalah kepada PERKASA.

MP tanpa bayang-bayang parti

Ujar Ibrahim lagi, kini adalah masanya untuk memberikan pelbagai calon alternatif kepada rakyat untuk mengundi.

Katanya, sekiranya calon dari PERKASA memenangi PRU14, mereka akan membahaskan isu mengenai rakyat di Dewan Rakyat tanpa dibayangi parti politik.

"Calon bebas itu baik untuk jadi ahli Parlimen dan tidak terikat mana-mana parti.

"Pasal sistem di Malaysia ini, dia bergantung kepada parti menang. Jika jadi MP tak kira parti Umno, DAP, PAS kamu tak bebas.

"Ia bagus, ahli parlimen boleh bercakap dengan bebas. Kerana bila jadi MP tak kira Umno, DAP, PAS kamu tak free cakap semua benda," katanya.

Katanya, calon-calon tersebut telah pun dikenal pasti dan di antara mereka sangat berkelayakan menjadi pemimpin rakyat.

Jelasnya, idea bagi bertanding itu dibuat selepas pihaknya didesak untuk menjadi parti politik.

"40 peratus minta kita jadi parti politik. Tapi kita tolak, sebab kita nak teruskan jadi NGO. Kita lihat parti politik hari ini, mereka berpakat dengan pelbagai kumpulan yang tidak kena dengan selera kita," katanya.

Sementara itu Ibrahim ketika ditanya adakah menyalahi syarat Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk bertanding memandangkan PERKASA adalah sebuah NGO berkata:

"Mana langgar (syarat). Kita bertanding Bebas dan bukannya sebagai PERKASA kerana PERKASA adalah NGO.

"Jadi barisan calon kita dari NGO PERKASA. Prinsipnya calon bebas tapi guna simbol yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hanya pilih satu simbol," katanya.


Perhimpunan Bersih 5 di KLCC paling besar, baju merah bersurai awal

Posted: 20 Nov 2016 02:45 AM PST

 WARTAWAN MALAYSIA DATELINE
 
 
Tun Dr Mahathir berucap di KLCC bersama pemimpin pembangkang yang lain.Tun Dr Mahathir berucap di KLCC bersama pemimpin pembangkang yang lain.


Para peserta Bersih 5 menyifatkan perhimpunan kali ini paling besar dan berjaya berbanding perhimpunan sebelum ini.

Kalau Bersih 4 dikatakan didominasi oleh kaum Cina, Bersih 5 kali ini disertai oleh pelbagai kaum di negara ini.

Mohamad Sabu mengecam penahanan Maria Chin.Mohamad Sabu mengecam penahanan Maria Chin.Dengan peserta yang berjumlah ratusan ribu orang, mereka kini berkumpul di perkarangan KLCC selepas di halang berhimpun di Dataran Merdeka.
Tun Dr Mahathir turut berucap di hadapan bangunan ikonik negara yang mana beliau adalah arkiteknya.

Turut berucap adalah ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan  bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu turut berucap kepada orang ramai di sini.

Beliau mengutuk penahanan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah.

Katanya, Maria tidak pernah menyebut berkaitan menggulingkan kerajaan.

"Dia hanya sebut tukar kerajaan melalui pilihan raya. Tiba-tiba dia ditahan Sosma," katanya.
Tun Mahathir yang kini berumur 91 tahun berjalan kaki ke KLCC bersama pengikutnya.Tun Mahathir yang kini berumur 91 tahun berjalan kaki ke KLCC bersama pengikutnya.Tun Mahathir mulanya berjalan kaki bersama dengan Tan Sri Muhyiddin dan lain menuju ke KLCC.

Beliau kemudiannya menaiki kenderaan pacuan empat roda bersama Muhyiddin serta naib presiden yang juga anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub.

Turut berada bersama di atas kenderaan pacuan empat roda itu ialah Ketua Setiausaha Sekretarian Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok dari PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Ketibaan mereka disambut dengan tepukan gemuruh orang ramai di KLCC.

Peserta Bersih 5 di sekitar KLCC.Peserta Bersih 5 di sekitar KLCC.
 Bendera Bersih 5 dikibarkan di perkarangan KLCC.Bendera Bersih 5 dikibarkan di perkarangan KLCC.
Perkarangan KLCC bertukar menjadi kuning dalam himpunan Bersih 5.Perkarangan KLCC bertukar menjadi kuning dalam himpunan Bersih 5.
Pemandangan himpunan Bersih 5 di sekitar KLCC dari udara.Pemandangan himpunan Bersih 5 di sekitar KLCC dari udara.
Pemandangan himpunan Bersih 5 dari Masjid Jamik.Pemandangan himpunan Bersih 5 dari Masjid Jamik.
 

PAU 2016: Umno Perak tak sembunyi masalah 'bawah karpet'

Posted: 20 Nov 2016 02:38 AM PST

MALAYSIAKINI




Umno Perak mengambil pendekatan 'tidak menyembunyikan segala permasalahan di bawah karpet', sebaliknya akan membangkitkan apa sahaja isu akar umbi pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata permasalahan itu akan disampaikan sebaik-baiknya oleh jurucakap yang dilantik tanpa menjejaskan kesatuan dan perpaduan parti.

Menteri Besar Perak itu berkata antara yang akan dibangkitkan pembahas dari Perak sudah tentu menjurus kepada pelbagai cabaran dalam parti termasuk isu kepimpinan selain persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Sebagai parti politik, Umno tidak selamanya dalam persekitaran dinamik selain mempunyai pelbagai cabaran yang perlu dikenal pasti untuk menghadapi PRU14.

"Bagi konteks Perak, kami berusaha mengenal pasti setiap cabaran untuk memastikan sokongan rakyat kepada parti dan kerajaan berada pada tahap terbaik. Itulah yang kami bawa pada perhimpunan nanti," katanya, baru-baru ini.

Ditanya kemungkinan terdapat pembahas sama ada dari Perak atau negeri lain yang berhujah secara lantang termasuk mengkritik kepimpinan, Zambry berkata, sebagai parti yang matang dan terbuka, ia akan didengari sebaiknya.

"Saya menjangkakan hal itu. Jangan ingat kami (pemimpin) tiada siapa yang berani menegur, tapi biarlah secara matang," katanya.

Zambry berkata apapun yang dibangkitkan tidak semestinya dilihat daripada sudut negatif, tetapi perlu dijadikan iktibar dan persiapan untuk merangka gerak kerja ke arah PRU14 seterusnya memastikan Umno kekal relevan.

Katanya menyedari perhimpunan kali ini adalah yang terakhir sebelum PRU14, maka segala kekurangan atau kelemahan parti yang dibangkitkan perlu diperbaiki.

Mengenai saranan beberapa penganalisis politik supaya jurucakap yang dipilih mengelak daripada sindrom lawak, Zambry mempunyai pandangan berbeza dengan menyatakan ia penting untuk menceriakan suasana.
"Sindrom lawak bukan fenomena dalam Perhimpunan Umno dan saya tidak setuju kalau ada yang mengatakan kita tidak serius memikirkan hal berkaitan kelangsungan parti.

"Kena ingat walaupun ada ciri yang dikatakan lawak, tapi lawak bukan sebarang lawak, ia penuh sinis dan memberi mesej besar kepada parti," katanya.

PAU 2016 akan berlangsung pada 29 Nov sehingga 3 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan dijangka dihadiri lebih 3,200 perwakilan termasuk 697 dari Perak.- Bernama


Halau wartawan: NUJ mahu MB, Umno Pahang mohon maaf

Posted: 20 Nov 2016 02:36 AM PST

MALAYSIAKINI



Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Malaysia, Mohd Taufek Razak melahirkan kekesalan berhubung insiden membabitkan Menteri Besar Pahang dan Umno negeri itu yang langsung tidak menunjukkan kematangan dalam menghormati tugas wartawan dengan menghalang mereka daripada membuat liputan konvensyen Umno.

"Ini bukan kali pertama insiden seumpama ini berlaku di negeri itu namun kali ini keadaannya lebih memalukan kerana membabitkan bukan sahaja individu yang sama malah turut mengheret parti politik yang diketuai dan diwakilinya untuk bersama-sama bertindak secara tidak bertamadun.

"Wartawan bukan insan yang ditugaskan semata-mata untuk menerima penghinaan seperti ini kerana setiap tugasan yang diberi adalah mengikut arahan ketua mereka dan jemputan yang diterima daripada penganjur.

"Peliknya Umno Pahang mahu pun setiausaha akhbar menteri besar Pahang sendiri telah menjemput media untuk membuat liputan Konvensyen Umno tersebut tetapi kemudiannya bertindak menghalau mereka pula pulang," kata Mohd Taufek dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, sekiranya tidak berpuas hati dengan mana-mana akhbar atau media sekalipun, jangan menjadikan golongan wartawan yang turun membuat liputan sebagai mangsa melepaskan geram atau rasa tidak puas hati.

"Ia seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar.

"NUJ secara terbuka menganggap tindakan menteri besar Pahang dan Umno Pahang menghalau keluar wartawan daripada majlis mereka sebagai tindakan yang cukup tidak profesional dan membelakangkan prinsip saling memerlukan antara satu sama lain.

"Jika tidak puas hati dengan akhbar atau media atau editornya, gunakan saluran perundingan yang lebih bermaruah berbanding menjadikan wartawan yang hanya menjalankan tugas dan arahan ketua mereka sebagai mangsa," jelasnya lagi.

Sehubungan itu, NUJ menuntut Menteri Besar Pahang dan Umno Pahang yang bersikap seperti kebudak-budakan ini supaya mengeluarkan kenyataan permohonan maaf, tambahnya.

Ini penting bagi menjernihkan kembali keadaan dan hubungan antara media, kenyataan permohonan maaf bagi menjernihkan kembali keadaan dan hubungan antara media, menteri besar dan Umno Pahang, ujar beliau.


Jangan salahgunakan Sosma

Posted: 20 Nov 2016 02:23 AM PST

TUAN IBRAHIM TUAN MAN |





Penahanan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) adalah tidak betul, dan keterlaluan.

Kerajaan pernah memberi jaminan bahawa tidak seperti ISA, Sosma dan undang-undang lain tidak akan disalahgunakan oleh kerajaan bagi tujuan politik dan yang tidak ada kena-mengena dengan keselamatan dalam negeri.

PAS konsisten menentang sebarang bentuk kezaliman dan salahguna kuasa terhadap sesiapa pun.

Oleh itu, PAS menggesa pihak berkuasa berlaku adil kepada Maria Chin dan membebaskan beliau segera daripada penahanan di bawah Sosma.

Kerajaan tidak harus mengulangi kesilapan ketika menggunakan Sosma terhadap Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Mathhias Chang kerana melaporkan isu 1MDB.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS

Tun M: Najib tak patut jadi PM

Posted: 19 Nov 2016 09:52 PM PST


 OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pelantikan Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri sebagai episod malang buat negara.

Katanya, hal itu ekoran kerajaan yang diterajui Najib menjadikan Malaysia dikenali sebagai negara kleptokrasi.

"Bila saya di luar negara, ada yang menyatakan terkejut dengan keadaan Malaysia hari ini," katanya di hadapan kira-kira 30,000 perserta perhimpunan aman BERSIH 5 di KLCC, di sini, hari ini.

Katanya, antara kerosakan besar dilakukan Najib adalah membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, kerajaan diterajui Najib juga menunjukkan sikap kuku besinya dengan menangkap pihak tidak sehaluan dengan beliau.-AA-

Najib masih ‘bershalala’ ketika rakyat tertekan

Posted: 19 Nov 2016 09:50 PM PST

OLEH NAZLI IBRAHIM


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih mampu bernyanyi dan bergembira walaupun kehidupan rakyat semakin tertekan.

Presiden Parti KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tidak cukup dengan itu, Najib juga cuba menafikan hak rakyat untuk berhimpun.

"Ketika rakyat menderita, Najib masih boleh 'bershalala' lagi sedangkan rakyat tertekan," kata Dr Wan Azizah dalam ucapannya pada BERSIH 5 di KLCC di sini, semalam.

Jelasnya, kebangkitan rakyat dalam perhimpunan BERSIH 5 merupakan simbol penolakkan takyat terhadap kerajaan yang rakus dan rasuah.

Katanya, rakyat akan dipertanggungjawabkan untuk membayar hutang negara akibat kelemahan Najib.
Beliau juga menggesa pihak bertanggungjawab menangkap MO1 dan bukan orang ramai yang menghadiri BERSIH 5.=EZY=

“Kita bukan Jamal, pencuri atau pembunuh” – MB

Posted: 19 Nov 2016 09:43 PM PST

OLEH NAZLI IBRAHIM


KUALA LUMPUR: Rakyat yang menyertai Perhimpunan Aman BERSIH 5 hari ini hanya menuntut supaya Malaysia diuruskan dengan baik tanpa penyelewengan berleluasa.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, justeru tindakan polis menahan beberapa individu berkenaan perhimpunan itu tidak sepatutnya berlaku.

"Kita bukan Jamal, kita bukan pencuri, kita bukan pembunuh tetapi hanya rakyat yang mahukan keadilan," katanya ketika berucap di dihadapan kira-kira 30,000 peserta BERSIH 5 di KLCC, di sini, petang tadi.

Katanya, tindakan rakyat turun berhimpun hari ini bukan satu kesalahan tetapi demi menyelamatkan negara.

"Rakyat harus bersedia menumbangkan (Datuk Seri) Najib (Razak) dan Umno-Barisan Nasional (BN)," katanya.

Hukuman penjara pendedah maklumat tunjuk kemarau demokrasi di M’sia

Posted: 19 Nov 2016 08:39 PM PST

Oleh Nurul Izzah Anwar


Keputusan terkini dari Mahkamah Sesyen Jenayah 3 Kuala Lumpur memutuskan Setiausaha Agung KEADILAN, saudara Rafizi Ramli telah didapati bersalah atas kedua-dua pertuduhan ke atasnya di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA). Kini, saudara Rafizi yang juga berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pandan dan Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers (NOW) telah dikenakan hukuman penjara selama 18 bulan bagi setiap pendakwaan, yang berjalan serentak.


IMG_9856

Penghukuman ini merupakan kemarau demokrasi yang menafikan rakyat akses kepada maklumat penting berkait penggunaan dana negara yang disalahguna dan disembunyikan menerusi penggunaan Akta Rahsia Rasmi. Aneh, kerana walau siasatan berlangsung sudah dijalankan ke atas penyalahgunaan wang 1MDB, Laporan Ketua Audit Negara tentang 1MDB masih kekal rahsia di bawah OSA.

Walaupun prosiding kehakiman berdasarkan tuduhan-tuduhan rasuah 1MDB telah ditolak oleh badan kehakiman ibu negara kita sendiri, siasatan dan pendakwaan giat berjalan di peringkat antarabangsa. Kes DOJ di Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa terdapat sekurang-kurangnya USD$3.5 bilion yang dicuri daripada 1MDB. Meskipun individu-individu yang terbabit dalam penyelewengan dana harta negara telah dikenal pasti, mereka masih mampu melepaskan diri daripada pendakwaan di Malaysia. Malah, individu-individu yang melindungi kepentingan rakyat melalui pembocoran jenayah yang telah dilakukan oleh pimpinan negara pula dikenakan penghukuman.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan Ketua Pembangkang telah membangkitkan kemelut skandal 1MDB secara berterusan selama 5 tahun. Pemenjaraan beliau merampas hak rakyat menerusi wakil mereka untuk mempertanggungjawabkan kerajaan apabila salahguna dana dan kuasa rakyat berlaku. Kini, saudara Rafizi Ramli juga dimangsakan penggunaan undang-undang rimba peninggalan penjajah British. Pendakwaan Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi memperluas budaya kerahsiaan dan ketakutan yang tepat-tepat bertentangan dengan prinsip asas demokrasi yang mengutamakan kedaulatan dan kebebasan rakyat.

Sungguhpun saudara Rafizi hanya membuat penampilan maklumat 1MDB demi kepentingan awam, beliau tidak terlindung di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat atas alasan yang meragukan bahawa identiti beliau telah didedahkan. Adalah diakui bahawa isu-isu sensitif seperti yang berkaitan pertahanan keselamatan negara patut dirahsiakan, namun Akta Perlindungan Pemberi Maklumat mesti melindungi pemberi maklumat dan menghormati hak masyarakat untuk mendapatkan akses kepada maklumat berkepentingan awam.

Malah, pindaan ke atas Kanun Keseksaan pada tahun 2013 telah menambah Seksyen 203A yang menentukan bahawa sesiapa yang mendedahkan maklumat yang diperoleh semasa perjalanan tugas boleh disaman sebanyak sejuta ringgit, ataupun dipenjarakan selama satu tahun. Justeru, meskipun seseorang penjawat awam menemui amalan rasuah dalam melaksanakan tugasnya, dia dilarang daripada mendedahkan maklumat kerana berisiko disabitkan atas kesalahan jenayah.

Jelas dilihat bahawa Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, Akta Rahsia Rasmi, dan juga Seksyen 203A Kanun Keseksaan merupakan undang-undang zalim yang hanya wujud untuk menghukum sesiapa yang berani menampil diri demi memperjuangkan kebenaran.

Demokrasi tidak boleh wujud tanpanya kebebasan maklumat. Saya menyeru agar kerajaan Persekutuan menjadikan kerajaan Pulau Pinang ataupun Selangor sebagai teladan. Pada tahun 2010 dan 2011, masing-masing telah meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat. Adalah tugas kerajaan untuk bersikap telus dan bertanggungjawab, melalui penerbitan maklumat secara sah dan tetap. Sebaliknya, sesuatu kerajaan yang autoritarian mampu mengawal penyebaran maklumat dan meneruskan amalan rasuah dalam kalangan pimpinan negara, seperti dalam skandal 1MDB.

Umum maklum dengan komitmen KEADILAN dalam mengheret mereka yang bertanggungjawab dengan skandal 1MDB dan mana-mana ketirisan urus tadbir negara. Tambahan, dengan wujudnya badan seperti NOW yang berani membuat pendedahan bernas supaya dibawa ke muka pengadilan. Penerusan agenda ini dilakukan walau mereka berhadapan dengan seribu satu tekanan, termasuklah akaun NOW yang diaudit pasca serbuan; sementara kita terus tertanya-tanya tentang perincian akaun 1MDB.

Tiba masanya rakyat menunjukkan penolakan terhadap pemangsaan pemberi maklumat. Saya gesa agar dakwaan OSA ditarik semula memandangkan isu skandal 1MDB ini merupakan isu berkait kepentingan awam. Pendakwaan sedia ada sepatutnya digugurkan terhadap YB Rafizi Ramli memandangkan perincian skandal 1MDB sudah jelas di mata dunia menurut kertas siasatan serta penghukuman di badan keadilan negara-negara lain. Hanya Malaysia sahaja memaparkan keanehan dalam bentuk siasatan dan dakwaan.

Walau satu demi satu pimpinan KEADILAN, Pakatan Harapan serta Pembangkang lainnya disasar, semangat kami tidak akan pudar, bahkan saya yakin dan percaya hukuman yang dijatuhkan ini akan menggerakkan pihak yang selama ini masih selesa menjadi 'silent majority' untuk membantah pihak kerajaan.

Bersama kita bersolidariti dengan Rafizi Ramli beserta suara kritis lain dalam memastikan kerajaan berkhidmat untuk rakyat dan bukannya untuk poket sendiri. Hadirlah bersama himpunan #Bersih5. Satukan tenaga kita ke arah membina Malaysia yang lebih baik.

Buat saudara Rafizi, percayalah bahawa kita akan terus menyalakan obor perjuangan reformasi yang lebih semarak pasca kezaliman ini.

* Nurul Izzah merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN.

#BebasRafizi

Anwar bangga keberanian Rafizi bongkar penyelewengan

Posted: 19 Nov 2016 08:34 PM PST

SUARA KEADILAN

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Pembangkang, saudara Anwar Ibrahim berkata, tekanan yang diterima sesetengah pemimpin Pembangkang yang lantang bersuara membongkar penyelewengan dan salah guna kuasa adalah strategi pihak berkuasa untuk memenjarakan mereka.

Anwar


Kata Anwar, beliau begitu bangga dengan langkah yang diambil Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan isu rakyat termasuk penyelewengan 1MDB dan berharap Ahli Parlimen Pandan itu tidak mudah mengalah dan menyerah.

"Kita mesti pertahankan. Saya percaya Rafizi akan tetap bertegas meneruskan perjuangan dan saya bangga dengan keberanian dia, saya bangga dengan keputusan dia. Saya kesal dengan keputusan (ke atas Rafizi), menggunakan undang-undang dan perundangan mahkamah menekan suara rakyat.

"Hari ini Rafizi, Tian Chua, (N) Surendran, (R) Sivarasa semua satu persatu diberi tekanan," katanya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, semalam.

Anwar berkata demikian mengulas mengenai hukuman penjara 18 bulan yang dikenakan ke atas Rafizi baru-baru ini selepas didapati bersalah membocorkan maklumat berhubung laporan audit 1MDB.

Beliau hadir memberi keterangan dalam kes membabitkan Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana dituduh berhimpun secara tidak sah di masjid.

Rafizi ditahan pada 5 April lalu di bangunan Parlimen, sebelum didakwa tiga hari kemudian atas pertuduhan memiliki tanpa kebenaran muka surat 98 daripada laporan audit 1MDB.

Cabul: Wanita buat laporan polis terhadap bekas menteri…

Posted: 19 Nov 2016 08:23 PM PST

Agenda Daily


Seorang wanita mendakwa dia telah beberapa kali menjadi mangsa gangguan seksual seorang bekas menteri sepanjang tempoh setahun perkhidmatannya dengan sebuah kementerian. 

Mangsa yang sudah membuat laporan polis mula diganggu sejak beberapa bulan dia memegang jawatan yang memerlukan wanita itu berurusan secara bersendirian dengan bekas menteri tersebut.

Utusan Malaysia melaporkan mangsa yang mula berkhidmat sejak 2014 itu mendakwa telah dipeluk dan pernah cuba dicium oleh bekas menteri terbabit.

Malah bekas majikannya itu juga dipercayai telah beberapa kali bertindak mencabul mangsa dengan meraba wanita berkenaan.

Berdasarkan laporan itu, mangsa yang berasa kurang selesa dan kecewa dengan siri gangguan seksual terbabit, beberapa kali membantah dan menegur perbuatan bekas majikannya itu.

Sebelum ini, wanita berkenaan mengakui dia tidak mempunyai keberanian untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa memandangkan bekas majikannya itu seorang yang berpengaruh ketika itu.

Ini kerana mangsa beranggapan dirinya yang kerdil dan tidak berdaya untuk meyakinkan pihak polis serta pihak kementerian tentang kejadian berkenaan memandangkan bekas majikannya itu seorang berjawatan tinggi dan berpengaruh.

Bagaimanapun, mangsa mengambil keputusan untuk melaporkan kejadian itu setelah dakwaan itu tersebar di media sosial.

ahmad husni

Pada 26 Oktober lalu, pengendali portal, Raja Petra Kamarudin menerusi www.malaysia-today.net mendakwa seorang bekas menteri pernah terlibat dengan pelbagai tuduhan gangguan seksual.

Dalam pada itu, bekas Menteri yang didakwa itu enggan mengulas lanjut sebaliknya hanya sekadar menjelaskan dakwaan itu hanyalah fitnah.

Rafizi mungkin boleh memperbodohkan orang, tapi bukan setiap masa

Posted: 19 Nov 2016 08:17 PM PST

MALAYSIA TODAY


Rocky_Bru


MUKADIMAH: 2016 mungkin tahun malang bagi Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli. Tahun ini sahaja beliau didapati bersalah diatas empat kesalahan termasuk mencetuskan ketegangan antara agama, fitnah isu National Feedlot Corporation (NFC) dan terbaru bersalah mendedahkan dokumen rahsia. Beliau mungkin menganggap dirinya sebagai wira, namun harus diingat, bahawa Rafizi tidak ubah seperti pembohong bersiri – membuat andaian demi kepentingan politik peribadi.

Malaysian Digest

Pemenjaraan Naib Presiden PKR selama 18 bulan akibat melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 merupakan tamparan hebat kepada Rafizi Ramli ekoran sentiasa membuat kenyataan palsu dan berbohong bagi mencipta persepsi buruk terhadap kerajaan.

Rafizi didapati bersalah diatas dua pertuduhan dibawah OSA iaitu memiliki dan mendedahkan laporan sulit Peguam Negara berkaitan 1MDB.

Bercakap kepada Malaysian Digest, wartawan veteran Datuk Ahirudin Attan berkata, malang bagi Rafizi kerana hukuman penjara terhadapnya merupakan 'strike 4' bagi tahun ini setelah sekian lama menjadi pembohong bersiri.

"Kadangkala dia boleh memperbodohkan orang, tetapi dia tidak boleh memperbodohkan orang setiap masa. Dia sudah berkali-kali terbukti bersalah memfitnah. Mereka (penyokong Rafizi) kini boleh melihat siapa dia sebenarnya.

"Kita perlukan pendedah maklumat. Kita perlukan orang yang berani menegakkan keadilan. Tetapi kita tidak perlukan orang yang fikirkan mereka lakukan kedua-duanya tetapi sebenarnya hanya membuat tuduhan liar semata-mata untuk kepentingan peribadi sahaja," katanya ketika dihubungi, semalam.

Jelasnya, ada sesetengah pihak menganggap Rafizi sebagai hero kononnya mendedahkan maklumat kepada rakyat namun keputusan mahkamah mensabitkan kesalahan diatas kesalahan fitnah, hasutan dan melanggar undang-undang nyata membuktikan Rafizi adalah sebaliknya.



"Apa yang dikatakannya hanyalah dakwaan semata-mata. Sekadar tuduhan tanpa bukti," ujarnya yang lebih dikenali sebagai Rocky Bru.

Ahirudin yang mengendali blog rockybru.com dalam pada itu menyifatkan Rafizi sebagai budak tidak matang yang terlalu ghairah apabila mendapat peluang menunggang motosikal berkuasa besar.

"Jika kita beri budak tak matang bawa motosikal besar, mereka akan melanggar undang-undang. Mereka juga akan terlibat dalam kemalangan dan mencederakan diri mereka sendiri serta orang lain.

"Itulah tanggapan saya terhadap Rafizi. Dia ni budak yang naik (dalam politik) terlalu cepat dan akhirnya tersungkur," katanya.

Mangsa-Mangsa Rafizi

Rafizi sebelum ini pernah mendakwa Datuk Seri Azmin Ali membenarkan amalan rasuah serta pembayaran berbentuk habuan seks berlaku di pejabat Menteri Besar.

Beliau kononnya mempunyai bukti serta saksi diatas dakwaan tersebut kemudian membuat laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), namun setelah diteliti SPRM tidak menemui sebarang bukti tuduhan berkenaan

Pegawai Khas ADUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin

Pegawai Khas ADUN Pelabuhan Klang, Faekah HusinPolitik pembohongan Rafizi tidak kenal mangsa dan status seseorang itu, malah serangannya terhadap ahli PKR juga berlaku kepada Tan Sri Khalid Ibrahim pada awal 2014 dalam misinya untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Menceritakan detik-detik dimana Khalid difitnah oleh Rafizi bersama bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution menerusi agenda 'Langkah Kajang', Pembantu Khas Khalid, Faekah Hussin menyifatkan insiden tersebut sebagai drama terbesar PKR.

"Insiden itu adalah drama paling besar apabila pejabat kerajaan negeri (pada waktu itu) menerima 'dossier' setebal 91 muka surat. Jika anda rajin baca 91 muka surat itu, satu pertiga daripada tuduhan itu adalah pertanyaan 'mengapa Khalid tak nak bayar lebih kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH)?'

"Sepatutnya jika PKR nak tuduh Khalid mengamalkan rasuah, mereka patut tanya kenapa Khalid bayar lebih. Itu baru betul ada potensi berlaku rasuah. Tapi dalam dossier itu, mereka tanya kenapa Khalid tak mahu bayar lebih," katanya kepada Malaysian Digest.

Jelasnya, kes yang sudah terbukti sebagai fitnah Rafizi dan Saifuddin di mahkamah akhirnya membersihkan nama Khalid.

Bercakap mengenai Langkah Kajang, Faekah berkata pelan tersebut juga merangkumi usaha untuk menggunakan wang rakyat negeri Selangor selepas Anwar diangkat sebagai Menteri Besar agar misi utama untuk ke Putrajaya tercapai.

"Dengan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar, mereka (PKR) tak dapat berbuat demikian. Khalid tak benarkan duit rakyat Selangor digunakan untuk kegiatan politik," tegasnya.

Giliran Tian Chua dan Zuraida pula ditahan

Posted: 19 Nov 2016 08:08 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
BANGSAR: Dua pemimpin kanan PKR menjadi individu terbaru ditahan pihak berkuasa berhubung demonstrasi BERSIH 5 hari ini.
 
"Saya ditahan di bawah Seksyen 147/511 (Kanun Keseksaan). Sekarang dalam perjalanan ke (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur) di Jln Hang Tuah," kata Naib Presiden PKR Tian Chua melalui Twitter.
 
Peguam R Sivarasa menyatakan Tian ditangkap di rumahnya di Bandar Utama oleh sepasukan polis dari IPK Kuala Lumpur.
 
"Tuduhan (yang dihadapkan kepadanya) di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (iaitu) berkaitan dengan penglibatan dalam rusuhan.
 
"Esok polis akan memohon perintah reman," katanya.
 
Melalui Twitter pula Tian yang juga anggota parlimen Batu sebelum itu memberitahu ada sekumpulan polis di luar rumahnya.
 
"Nampak macam saya akan ditahan malam ini," katanya.
 
Kira-kira jam 11.15 Tian menyatakan: "I have to handover my hand phone etc now. Bye everyone. Keep the fight" (Saya terpaksa menyerahkan telefon bimbit dan lain-lain sekarang. Selamat tinggal semua. Teruskan perjuangan). 
 
Sementara itu kira-kira jam 11 malam tadi sekumpulan anggota polis berkunjung ke rumah Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.
 
"Belum tentu beliau akan ditahan atau tidak," kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.
 
Bagaimanapun kira-kira 10 minit kemudian Fahmi mengesahkan Zuraida yang juga anggota parlimen Ampang ditahan dan sedang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
 
"Difahamkan ada lima hingga enam pemimpin serta aktivis PKR akan ditahan malam ini," katanya.
 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menyatakan lebih ramai individu yang menyertai BERSIH 5 dan kumpulan Baju Merah akan ditahan sebelum didakwa di mahkamah.
 
Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata senarai individu yang terlibat dalam perhimpunan haram itu telah dikenal pasti namun pihak polis tidak akan mendedahkannya.
 
 

Banjir kilat melanda Georgetown lagi

Posted: 19 Nov 2016 08:06 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
GEORGETOWN: Banjir kilat terus membelenggu penduduk di kebanyakan kawasan di bandar raya ini berikutan hujan berterusan sejak jam 12 tengah malam tadi. 
 
Antara kawasan yang dilanda banjir kilat ialah Jalan P Ramlee, Kampung Dodol di Jalan Perak dan Kampung Makam di Datuk Keramat di sini, dengan masing-masing mencatat kenaikan paras air kira-kira 0.3 meter. 
 
Difahamkan, air di kawasan berkenaan mula naik kira-kira jam 2 pagi sebelum surut sepenuhnya jam 5 pagi tadi. 
 
Tiada arahan mengaktifkan pusat pemindahan dikeluarkan bagi mangsa kejadian berkenaan. 
 
Memetik laporan BH Online, kebanyakan penduduk di kawasan terjejas sudah mula melakukan aktiviti membersihkan kawasan rumah masing-masing.
 
 

Lagi dua nelayan dicolek malamn tadi

Posted: 19 Nov 2016 08:02 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
LAHAD DATU: Dua nelayan dikhuatiri diculik di perairan Merabung, dekat sini, malam tadi. 
 
Nelayan dipercayai tekong dan awak-awak itu diculik ketika sedang menangkap ikan di kawasan itu pada 7.30 malam. 
 
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan perkara itu. 
 
"Maklumat lanjut mengenainya akan diberitahu kemudian," katanya.
 
 

Pemuda Umno jangka isu Mahathir jadi tumpuan PAU 2016

Posted: 19 Nov 2016 07:58 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menjangkakan isu membabitkan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi tumpuan perwakilan menjelang perhimpunan tahunan parti itu akhir bulan ini.
 
Ujarnya tidak mustahil perkara itu boleh berlaku kerana masih ada ahli yang setia dan menyokong bekas presiden parti itu atau paling parah mereka adalah 'musuh dalam selimut'.
 
"Banyak tumpuan mengenai pilihan raya umum akan datang termasuk isu mengenai Dr Mahathir.
 
"Kita perlu tegaskan bahawa beliau tidak lagi bersama kita, dan perlu lawan beliau serta sesiapa sahaja yang tidak bersama kita," katanya yang dipetik The Star menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 yang bakal berlangsung mulai 29 November hingga 3 Disember ini.
 
Khairy berkata, sayap parti tidak akan memandang ringan mengenai Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 
Tambahnya, lebih membimbangkan apabila generasi muda mempunyai pemahaman terpesong walaupun mereka tidak dilahirkan semasa kepimpinan Dr Mahathir.
 
"Anak-anak muda di media sosial kata mereka merindui zaman Dr Mahathir. Mereka tidak dilahirkan pun ketika itu, jadi saya tidak faham apa yang mereka rindukan. Mereka lebih terdedah dengan mengaitkan Dr Mahathir dengan Menara Kembar dan Putrajaya.
 
"Malangnya rekaan mengenai Dr Mahathir ini dicipta semasa beliau menjadi sebahagian Umno sehingga generasi baru merasakan beliau tidak bersalah. Inilah kesannya. Kita perlu berusaha menangani perkara ini," katanya.
 
 
 

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Penguasa Politik Gusar Gelombang Rakyat kini GUNA SOSMA!

Posted: 20 Nov 2016 03:01 PM PST


1. Tangkapan beberapa pimpinan NGOs dan parti politik pembangkang sejak sebelum Bersih5 diburukkan lagi dengan pendedahan bahawa Pengerusi Bersih5 Maria Chin AbdulLah ditahan di bawah peruntukan drakonian Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas, 2012) atau Security Offences ( Special Measures, 2012) atau SOSMA. 

2. Terkini Maria dilaporkan sedang menjalani tahanan secara berseorangan atau 'solitary confinement' di dalam sebuah sel 15x8 kaki, tanpa tingkap, dengan dua bub lampu yang dibuka 24 jam. Tiada katil atau bantal. Hanya lantai simen dan sekeping kayu.

3. SOSMA ialah sebuah Akta Anti-Terrorisme untuk tangani keganasan terroris, tetapi ternyata kini disalahgunakan ke atas sebuah badan gerakan pro-demokrasi Bersih 5. 

4. Ketika memohon untuk Ahli-Ahli Parlimen, menyokong Rang Undang-Undang ini, secara bi-partisan, demi membela keselamatan negara menentang terrorisme, pihak kerajaan BN menjamin bahawa Akta ini tidak akan disalahgunakan ke atas penentangan politik yang sah atau 'legitimate political dissent'. 

5. Tegasnya ternyata kini Najib sangat desperate dan kaget, sehingga membelakangi segala janjinya untuk menjayakan agenda 'Reformasi Politik' negara. 

6. Bagaimana tindakan Bersih 5 ini bolih ditafsirkan sebagai menjejaskan keselamatan negara adalah amat pelik lagi memperbodohkan rakyat. Sebaliknya, yang dimahukan Bersih5 adalah memperkuat dan memperteguh amalan demokrasi. 

7. Pelbagai pihak NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia, bersama mantan-mantan penyandang tertinggi institusi perundangan seperti Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara, turut merakamkan penentangan terhadap salah-guna SOSMA terhadap Maria Chin dan tahanan yang lain. 

8. Bagi menunjukkan solidariti dan simpati kita keada beliau, satu laporan polis akan dibuat bersama keluarga Maria Chin Abdullah pada pagi esok, Isnin 21.11.2016 pukul 11:30 pagi di IPD PJ. (hari ini)

Semoga AlLah SWT melindungi beliau semasa dalam 'solitary confinement' ini. AlLahul Musta'an..

 JOM! Bagi yang punya ruang waktu dan kesempatan esok pagi..Jumpa anda di sana!  ~ sumber

Hanya yg dungu je yg masih berkecuali & mempertahankan Najib

Posted: 19 Nov 2016 08:00 PM PST

Istiqamah hingga mencapai kemenangan....Tapi Hj Hadi dan
sekutunya Kadir Sheikh Fadzir gugur dalam perjuangan...
Haji Hadi arahkan supaya boikot BERSIH 5. Dia cuba menyamakan himpunan BERSIH 5 dengan 'Arab Spring'. Dia kata haram menjatuhkan kerajaan Islam.... Tapi ironisnya, sebelum ini, Hj Hadi elok saja ikut bersama Mat Sabu dalam himpunan Bersih...

"Di Malaysia tiada musim bernama 'spring', yang ada hanya musim hujan dan kemarau, kata Hj Hadi.

Kelakar sunggoh Hj Hadi. Ramai yang sudah meluat dengan temberangnya. Beberapa pimpinan Pas telah tidak mempedulikan larangannya dan terus istiqamah dengan perjuangan almarhum TGNA. 

Antaranya yang dilihat bersama BERSIH 5 semalam ialah YB Mahfuz Omar, MP Pokok Sena, Kedah, YB Ahmad Baihaqi, ADUN Kubang Kerian, Kelantan, YB Dr. Nik Mazian, MP Pasir Puteh, Kelantan, YDP Pasir Puteh, YB Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Adun Batu Burok, Terengganu, YB Mohd Nasir Mustafa, ADUN Kubang Rotan, Kedah....

Ketua Polis Negara  cuba menghalangnya...Dia kata BERSIH 5 adalah Haram di sisi undang-undang.

Menjelang perhimpunan BERSIH 5, ramai yang kena tangkap. Antaranya Maria Chin, Mandeep Singh, Anthony Loke (DAP), Ronny Liu, S. Arutchelvan, Jimmy Wong (DAP), Lee Khai Ming (DAP), Anis Syafiqah (pelajar)...

 Tapi Hakim Mahkamah Tinggi pula kata BERSIH 5 Tidak Haram....

Walau bagaimana pun, Sabtu semalam BERSIH 5 membuktikan perhimpunan mereka adalah Aman tanpa sebarang kekacaun mungkin kerana tidak ada provokasi dari pihak polis seperti mana perhimpunan Bersih yang sebelumnya.

Walaupun tercetus beberapa insiden provokasi dari kumpulan Merah, namun para peserta BERSIH 5 tidak ambil peduli dan tidak melayan karenah orang-orang bodoh dari kumpulan Merah.

Walaupun tanpa kehadiran Hj Hadi dan orang-orangnya, walaupun tanpa restu KPN, himpunan BERSIH 5 telah berjaya untuk menyampaikan mesejnya kepada dunia mengenai tuntutannya kahukan pilihanraya yang bersih!

Syabas diatas kesabaran para peserta BERSIH yang begitu sabar mengharungi segala macam cabaran dan mehnah dari kumpulan Merah sejak dari mula pelancaran konvoi BERSIH 5 sebulan yang lalu.

Berikut antara komentar netizen di media fesbuk:


Faeez Azahar: Kehadiran yang memberangsangkan daripada pelbagai kaum dalam Bersih 5 kali ini bukti gerakan ini bukan milik atau bergantung kekuatan terhadap mana-mana pihak. Bersih kuat apabila rakyat memberikan sokongan dan dokongan. Terima kasih rakyat Malaysia!

Khairudin Damhoeri: BERSIH 5: BERKECAI MITOS HANYA PAS YANG PANDAI MOBILIZASI PENDEMOSTRAN MELAYU. Nampak gayanya, tanpa gerak kerja Pemuda Pas & Unit Amal Pas, lautan manusia Melayu boleh dimobilizasi untuk tempikkan statmen politik yang didengari di seluruh dunia. Malah tanpa penglibatan Pas, lautan manusia yang keluar hampir sama bilangan jemaah haji yang nak masuk buat TAWAF di Masjidil Haram 2-3 sebelum hari WUKUF. 

Azi Nang:Tahniah bersih kerana dapat menghimpunkan puluhan ribu org menyertai tunjuk perasaan aman, walau pun di pulau oleh bekas rakan di dlm pakatan rakyat iaitu pas.

Semoga ianya boleh menjadikan pengajaran kpd ahli - ahli pas di seluruh negara, bahawa kita perlu bersatu di dlm usaha menjatuhkan PM Najib di dlm PRU14 nanti.

Mazhar Yusof II : Tahniah penganjur BERSIH 5..! Kebanjiran rakyat jelata tanpa mengira bangsa dan ugama. Tanpa parti sejarah, sedikit pun tidak terjejas malah sudah nampak impak penolakan Rakyat terhadap BN-UMNO. Maknanya parti sejarah sudah tiada dalam ingatan rakyat dan sudah hilang pengaruh...


Che Ibrahim Mohamed: Demo BERSIH ni umpama kahwin bagi seorang lelaki, kalau dia seorang yg gagah, mampu, ada tuntutan yg kuat, maka WAJIB.

 Tapi jika ianya lemah, tak berdaya, tidak berhajat, sekadar nak tengok shj, maka hukumnya HARAM kahwin


Syed Abdullah Al Habsyee: Petang tadi seorang kawan bertanya mengapa perhimpunan BERSIH 5 didominasi oleh kaum Cina Aku menjawap.....orang melayu comfortable in ignorance.

 Begitulah sejarah membuktikan semasa menghalau Jepun dulu pun kaum cina yang ramai berjuang.. Kaum melayu ada juga tetapi tidak seramai kaum cina....


Salam Perjuangan : Kuasa Rakyat.Rakyat tuntut hak mereka sebagai pengundi.adakah dianggap huru-hara himpunan Bersih.kejayaan hari ini bukti rakyat tolak penipu dan menuntut Pilihanraya adil dan bersih..Oleh itu ayuh kita buktikan PRU 14 kita tolak BN dan Parti Berkecuali..adakah rakyat nak sokong Parti yang tidak peduli tuntutan rakyat.adakah rakyat nak sokong pimpinan berkecuali.adakah rakyat nak sokong pimpinan sandiwara.Tunggu dan lihat.PRU 14..Rakyat bersama Pakatan Harapan.Insya Allah :- Salam perjuangan

"Kita bukan Jamal, kena tumbuk dihidung menangis," kata
Tun M. Gambar bersama Muhyiddin Yassin dan Mukhriz
Keris Mas Sejati: Akhirnya mereka bertiga bersama kita. Hanya yg dungu je yg masih berkecuali & mempertahankan Najib - KMS

Berikut pula adalah laporan dungu dari TV3 dan akhbar Utusan Meloya:



Tahniah sekali lagi buat BERSIH 5..!

Posted: 19 Nov 2016 04:57 PM PST


1. Dengan dokongan serta sokongan padu dari pelbagai NGO serta Parti Pembangkang termasuk AMANAH, PKR, DAP dan BERSATU ia adalah yang paling berjaya meskipun tanpa kelibat dari Pas. 

 2. Pas tidak lagi boleh mendabik dada tanpa kehadiran mereka akan gagal. Pas bukan lagi penanda aras sokongan orang Melayu kepada pembangkang selepas kehadiran BERSATU dan AMANAH. 

 3. Gandingan mantap rakyat Malaysia(Melayu, Cina dan India) membuktikan budaya rasis serta perkauman melampau sudah tidak mendapat tempat di hati rakyat. 

 4. Ini menunjukkan bahawa rakyat telah matang dan bersedia untuk menghumban BN-UMNO serta kuncu-kuncunya menjadi pembangkang. Kenaikan pelbagai kos sara hidup memungkinkan kebangkitan rakyat sedang bermula. 

 5. BERSIH 5 berjaya menolak budaya samseng tajaan baju merah kumpulan Jamal meskipun pelbagai provokasi dan gangguan di lakukan supaya BERSIH 5 di lihat tercemar. ~ Mazhar Yusof II