Jumaat, 18 November 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


LIVE BERSIH 5 DARI BERBAGAI SUMBER

Posted: 18 Nov 2016 07:34 PM PST

LRT BANGSAR.....KREDIT ANILNETTO.COM





SEKITAR BANGSAR- KREDIT KUMAR

BANGSAR
WARGA PENAG SOKONG BERSIH

KREDIT ANILLNETTO TWEET




BAJU UNGU MENGAWAL PESRTEA BERSIH- ANILLNETTO TWEET


ANIL N MARTIN JALEH


BAJU MERAH DI JALAN TAR MEMPROVOKASI

View image on Twitter
View image on Twitter
View image on Twitter

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SIAPA DAN APA DIA PRESIDEN BARU AMERIKA?

Posted: 18 Nov 2016 04:30 AM PST






TRUMP MENANG

RAMAI WARGA

TAK PUAS HATI



KES DUIT SOROS LAGI

Posted: 18 Nov 2016 02:00 AM PST





FACE BOOK


Roketkini
5 mins
Polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bertindak menyerbu pejabat badan pendesak pilihanraya bersih dan adil, BERSIH 2.0 di sini petang tadi.
Dalam satu posting Facebooknya, BERSIH 2.0 mendakwa polis dan SSM mengugut mahu merampas semua barang dan dokumen, selain pihaknya dinafikan hak untuk berjumpa dengan mana-mana peguam.
Pengerusi Maria Chin Abdullah dan Pengurus Sekretariat BERSIH 2.0, Mandeep Singh kini dilaporkan sedang dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya.


TAK HABIS

HABIS KES

DUIT DARI

LEBAI SOROS

KAH KAH KAH



----------

RINGGIT JATUH LAGI

Posted: 18 Nov 2016 12:30 AM PST






KURANG FAHAM

TAK FAHAM

KANT  FUSE
 
KOMENTAR
ringgit menjunam jatuh
bank negara kata masuk campur
tapi bukan capital control
jadi masuk campur macam mana?

adakah bank negara beli ringgit
untuk naikkan  harga ringgit?
ini berat para penyangak

masuk campur macam mana?

Bank Negara Malaysia says it is intervening in currency market

KUALA LUMPUR, Nov 18 ― Malaysia's central bank said it's intervening in the currency market as policy makers across the region contend with exchange-rate volatility.
Fears of capital controls are "baseless" and it's too damaging and risky to have such measures, Bank Negara Malaysia Assistant Governor Adnan Zaylani told reporters in Kuala Lumpur today.
He said "yes" when asked whether the central bank was currently intervening in the foreign-exchange market.
The ringgit dropped 0.4 per cent as of 11.50am in Kuala Lumpur, and touched 4.4150 per dollar, the weakest since January. ― Bloomberg
masuk campur

macam mana?

saje tanya 

kerana gwa

tak faham

ekonomi 

masa sekolah

dalam kelas

ekonomi

gwa tidoo

kah kah kah







-----------------

HOTT TERNOW - KAWAN NAJIB BOCOR SIAPA NAJIB

Posted: 17 Nov 2016 10:00 PM PST







DENGAR DENGAR

APA KATA

KAWAN LAMA 

NAJIB

NEGARA AKAN BANGKRAP

Posted: 17 Nov 2016 09:09 PM PST






INI BERITA

BURUK UNTUK

KITA SEMUA

BAJU MERAH

BAJU KUNING

ATAU

YANG TIDAK 

PAKAI BAJU

SEMUA SUSAH


Ringgit terus susut, cecah 4.4 berbanding dolar AS

 | November 18, 2016
Penganalisis berharap Bank Negara perlu melakukan sesuatu untuk menstabilkan dan mengukuhkan nilai ringgit berbanding dolar AS.





KUALA LUMPUR: Ringgit terus menyusut, mencecah paras 4.4030 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur bertindak balas ke atas kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS, Janet Yellen, semalam yang memberi bayangan kadar faedah AS mungkin naik tidak lama lagi.
Pada 10 pagi, ringgit didagangkan pada 4.4030/4100 berbanding dolar AS.
Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil langkah bagi membendung turun naik dalam pasaran pertukaran asing.

PENIAGA

DALAM DAN

LUAR NEGARA

TELAH HILANG

KEPERCAYAAN

PADA NAJIB

TU PASAL

RINGGIT TERUS

MENJUNAM JATUH


---------------

YA AMPOON YA MAULANA

Posted: 17 Nov 2016 08:11 PM PST










YA AMPOON

YA MAULANA

MALAYSIA

NEGARA HEBAT



'Sultan Melaka' dituduh menipu dengan identiti palsu 
MELAKA, 17 Nov — Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menipu dengan menyamar sebagai "sultan Melaka", tiga tahun lalu.
Noor Jan Shah, 58, dari Taman Seri Gombak, Selangor, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.
Tertuduh didakwa menipu Zaamat Md Idris, Mokhtar Md Yusof, Ahmad Zainudin Abdul Hamid dan Hazizi Ikhwan Zaamat untuk mempercayai bahawa dirinya ialah "sultan Melaka", dengan membuat majlis istiadat penyerahan surat pelantikan sebagai 'sultan Melaka' sedangkan itu bukan identiti sebenarnya.
Dia didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu di A'Farmosa Resort Melaka dekat sini pada 10 malam, 28 Dis 2013.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/sultan-melaka-dituduh-menipu-dengan-identiti-palsu#sthash.vU42aCcq.dpuf


INI BUKTI

TIDAK ADA

SIAPA LEBIH

TINGGI DARI

HUKUM NEGARA

SULTAN PUN

KALAU MENIPU

AKAN DIDAKWA
---------------

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Jamal Pak Tongkol wajar ditahan, bukan Maria Chin Abdullah.

Posted: 18 Nov 2016 08:00 AM PST


 Sebentar tadi Maria Chin ditahan di pejabat BERSIH oleh PDRM dibawah s. 124C Kanun Keseksaan kerana Cubaan untuk melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

 Kalau cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen itu dimaksudkan dengan penganjuran perhimpunan BERSIH 5, PDRM kena rujuk dulu Perlembagaan dan Akta Perhimpunan Aman kerana undang-undang ini yang mengawal dan memberi hak kepada rakyat untuk berhimpun. Kalau ia bertentangan dengan kedua-dua undang-undang ini, baru Maria Chin boleh ditangkap. Kalau tidak ada, tidak boleh.

 Akta Perhimpunan Aman telah memberi hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman sekalipun tiada notifikasi/pemberitahuan kepada PDRM. Kegagalan memberi notifikasi, jika ada, tetap tidak menjadikan perhimpunan aman itu menjadi tidak sah di sudut undang-undang. (Rujuk kes Yuneswaran).

 Maknanya, Akta tersebut jelas menjadikan perhimpunan aman sebagai hak yang dibenarkan oleh undang-undang. Jadi aku nak tanya, di mana di dalam Perlembagaan atau di dalam Akta Perhimpunan Aman yang menyebut bahawa menganjurkan perhimpunan aman seperti BERSIH adalah satu kesalahan jenayah dan cubaan untuk melakukan aktiviti yang menjejaskan aktiviti berparlimen.

 Sepatutnya Jamal Pak Tongkol itu yang sewajarnya ditangkap di bawah s. 124C Kanun Keseksaan kerana perhimpunan Baju Geng Merah dia itulah sebenarnya merupakan ativiti yang menjejaskan demokrasi berparlimen kerana bertindak mengganggu perhimpunan BERSIH 5 yang dianjurkan dengan aman dan melalui objektif yang jelas selari dengan demokrasi. Berbeza dengan perhimpunan Geng Baju Merah yang dianjurkan memang bertujuan untuk menghalang perhimpunan BERSIH 5.

 Jadi, Jamal Pak Tongkol yang sewajarnya ditahan, bukan Maria Chin Abdullah.

 Tangkapan salah terhadap Maria Chin jelas merupakan satu penyalahgunaan kuasa oleh PDRM demi kepentingan politik parti tertentu termasuk UMNO dan Najib Tun Razak.~ Mohd Fitri Asmuni

Polis berjanji melakukan yang terbaik untuk menghalang Bersih, Baju Merah dari bertembung esok

Posted: 18 Nov 2016 05:00 AM PST


KUALA LUMPUR, 18 Nov - Polis bandaraya memberi jaminan hari ini bahawa mereka akan melakukan yang terbaik untuk mengelakkan pertempuran antara peserta perhimpunan Bersih 5 dan ahli daripada pergerakan Baju Merah saingan esok.

 "Kami memastikan tiada pertempuran antara kumpulan. Kami melakukan yang terbaik untuk memastikan mereka tidak bertemu," kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh pada sidang akhbar di sini petang ini.

 "Jika mereka bertemu di sana pasti akan jadi perbalahan dan pertikaian kerana mereka mempunyai ideologi yang berbeza," katanya.

 Ketua Umno Sungai Besar bahagian Datuk Seri Jamal Yunos yang mengetuai pergerakan Baju Merah telah berkata kumpulannya akan membantah Bersih 2.0 di mana sahaja badan pemantau pilihan raya itu mengadakan demonstrasi di bandar raya ini esok.

 Bersih 2.0 yang tidak mendapat kebenaran untuk menggunakan Dataran Merdeka telah berkata ia akan berhimpun di sempadan dataran bersejarah ini.

 Amar berkata beliau menganggap kedua-dua perhimpunan sebagai melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana penganjur tidak mendapat kebenaran menggunakan tempat perhimpunan dari tuan-tuan tanah, iaitu Dewan Bandaraya (DBKL).

 "Oleh itu, saya menasihati orang ramai supaya tidak mengambil bahagian dalam mana-mana perhimpunan ini," katanya.

 Walau bagaimanapun, Amar tidak memberikan butiran tentang bagaimana polis akan mengelakkan pertempuran semasa perhimpunan esok.

 Beliau juga berkata, polis mempunyai maklumat bahawa dua kumpulan lain yang dikenali sebagai "Baju Putih" dan "Baju hitam" mungkin juga rali di bandar esok, sambil menambah bahawa kedua-dua telah meminta izin untuk berhimpun.

 "Mereka terdiri daripada pelbagai organisasi. Kami hanya tahu melalui media sosial yang mungkin terdapat dua kumpulan di kawasan berkenaan," katanya, tanpa mendedahkan jika polis tahu identiti pemimpin mereka. ~ sumber

Penjawat awam berhak sertai perhimpunan aman, kata Suhakam

Posted: 18 Nov 2016 01:00 AM PST


PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini berkata penjawat awam, pelajar universiti dan ahli akademik ada hak untuk berhimpun secara aman.

 Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail berkata ia akan menjadi pelanggaran terhadap Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan jika hak kebebasan berhimpun secara aman disekat.

 Kenyataan itu dikeluarkan susulan amaran Menteri Pelajaran Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menghalang guru menyertai perhimpunan pada Sabtu ini di Kuala Lumpur dan beberapa bandar besar lain.

 Hari ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa memberi amaran kepada penjawat awam supaya tidak menyertai perhimpunan itu atau berdepan pemotongan gaji atau pemecatan, bergantung pada tahap penyertaan. 

 "Suhakam mengulangi lagi iaitu menerusi Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA), semua rakyat Malaysia ada hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata," katanya dalam satu kenyataan.

 Razali berkata sementara hak untuk mengadakan demonstrasi balas perlu dikekalkan, polis dan pihak berkuasa perlu memastikan tindakan peserta tidak berubah menjadi ugutan dan merusuh.

 "Maka tanggungjawab polis untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat menyatakan kedudukan dan pendapat mereka secara bertanggungjawab," katanya.

 Beliau berkata Suhakam menyokong usaha polis menunjukkan disiplin dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang.

 "Ini ialah ciri kematangan politik," katanya.

 Selain itu, katanya Suhakam akan memantau perhimpunan berkenaan dan jabatan aduannya akan menerima laporan daripada orang awam. ~ sumber

Polis wajip halang Baju Merah bertembung dengan penyokong Bersih 5, kata Hakim

Posted: 17 Nov 2016 08:00 PM PST


Mahkamah Tinggi hari ini menegaskan bahawa adalah menjadi kewajipan pihak polis  untuk memastikan pergerakan Baju Merah mengadakan perhimpunan balas  di lokasi yang berbeza untuk mengelakkan pertembungan dengan penyokong Bersih 2.0 Sabtu ini.

 Hakim Nanthan Balan dalam membacakan keputusannya menolak permohonan injunksi bagi menghalang Bersih 5 dan perhimpunan balas  daripada diadakan di ibu kota berkata, Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman menyatakan bahawa pihak polis mesti mengarahkan mana-mana perhimpunan balas jika mereka tahu bahawa pertembungan itu berlaku.

 "Seksyen 18 PAA bertindak sebagai injap keselamatan untuk meresap sebarang konflik yang berpotensi oleh itu ia adalah tugas polis untuk mengelakkan pertembungan atau konflik sekiranya terdapat kemungkinan bahawa ia akan berlaku," katanya memberitahu Mahkamah Tinggi di sini.

 Hakim Nanthan berkata permohonan yang difailkan oleh tiga persatuan peniaga dan penjaja sekitar ibu kota, gagal, antara lain, untuk memberikan penjelasan yang boleh dipercayai tentang mengapa saman itu hanya difailkan pada saat akhir apabila Bersih 2.0 sudah memberitahu bahawa perhimpunan Bersih 5 akan diadakan dalam persekitaran Dataran Merdeka sejak September tahun ini.

 Beliau juga bersetuju dengan hujah yang dikemukakan oleh peguam utama Bersih 2.0, Gurdial Singh bahawa tiada warganegara atau kumpulan menggunakan mahkamah untuk menghalang mana-mana organisasi daripada menjalankan hak perlembagaan mereka untuk berhimpun.

 Hakim Mahkamah Tinggi menyatakan Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman menunjukkan bahawa hanya pihak berkuasa mempunyai kuasa untuk mengenakan sekatan, seperti yang dinyatakan oleh peruntukan yang memerlukan polis untuk mengarahkan mana-mana organisasi mengadakan perhimpunan balas ditempat lain untuk mengelakkan konfrontasi.

Bercakap kepada pemberita selepas keputusan itu dibacakan, peguam utama untuk Bersih 2.0 Gurdial Singh berkata sebutan Hakim Nanthan terhadap Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman adalah peringatan yang kuat yang polis mempunyai kuasa untuk mengarahkan perhimpunan balas Baju Merah ke lokasi yang berbeza.

 "Seksyen 18 APA jelas menunjukkan bahawa pihak polis mempunyai cukup kuasa untuk meresap konflik dan kami berharap mereka akan menerimanya," katanya.

 Awal hari ini, Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan bahawa pihak polis mempunyai tanggungjawab untuk mengelakkan pergerakan saingan Baju Merah daripada mengadakan perhimpunan balas kepada Bersih 5 Sabtu ini.

 Bekas pengerusi Bersih 2.0 memetik Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman, yang menyatakan bahawa Ketua Polis Daerah perlu menyediakan tarikh alternatif, masa atau tempat untuk penganjur perhimpunan balas untuk mengelakkan pertempuran antara penunjuk perasaan.

 Fakta tersebut sebagai sebahagian daripada hujah defendan untuk menolak injunksi itu.

 Ambiga, yang juga bertindak sebagai peguam yang mewakili Bersih 2.0 petang ini, berkata beliau menyokong dengan keputusan hakim tersebut.

 "Saya gembira bahawa Seksyen 18 (PAA) telah disebut dan diiktiraf oleh hakim .. ini jelas menyatakan bahawa pihak polis mempunyai kuasa untuk bertindak, " katanya.

 Anggota pergerakan Baju Merah dilaporkan telah menganggu penyokong Bersih semasa kempen di seluruh negara mereka untuk menggerakkan sokongan kepada Bersih 5 sejak Oktober dengan menjejaki mereka, individu menyampaikan risalah sekitar dan berkali-kali menuntut penjelasan dengan suara lantang.

 Baru-baru ini, Jamal telah dirakam pada video sebagai berkata beliau akan "mencincang" Penyokong Bersih semasa perbalahan dengan polis yang hadir dan dia mengalami hidung berdarah.     

Batalkan perhimpunan baju merah, benarkan himpunan Bersih 5

Posted: 17 Nov 2016 04:51 PM PST


Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan telah amaran terakhir agar kedua-dua pihak membatalkan perhimpunan yang dirancang itu.

 Zahid berkata, membatalkan kedua-dua perhimpunan adalah penyelesaian terbaik bagi mengelak sebarang kemungkinan, sambil memberi amaran kepada penganjur bahawa tidak akan ada kompromi sekiranya mereka meneruskan perhimpunan tersebut.

 Baju Merah hanya muncul selepas penetapan tarikh perhimpunan dibuat dan ia semata-mata bertujuan untuk melakukan tindakan balas terhadap apa yang dilakukan oleh Bersih. 

 Jelas di sini bahawa baju merah berniat jahat dan bertujuan melakukan gangguan. Dalam beberapa program jelajah anuran Bersih juga, niat dan perlakuan baju merah itu lebih jelas lagi di mana mereka bukan saja melakukan gangguan secara terbuka, bahkan menunjuk-nunjuk aksi ganas dan kebal dipukul yang seolah-olah memang untuk "cari gaduh" matlamatnya.

 Jika baju kuning ingin mengadakan perhimpunan, adalah tugas polis menjaga keselamatan serta memastikan agar undang-undang berkaitan sentiasa dipatuhi. Mereka hanya ingin mengadakan perhimpunan aman serta bertujuan meluahkan perasaan terhadap beberapa isu berkaitan kerajaan serta negara dan perkara itu bukan saja dibenarkan oleh undang-undang, bahkan merupakan acara normal bagi rakyat di seluruh dunia.

Tetapi apa tujuan baju merah berhimpun?

 Mereka hanya ingin menunjukkan tindakan balas, mengampu Perdana Menteri dan mungkin juga disebabkan ada sedikit-sebanyak dedak yang diterima.

 Maka, dalam hal ini yang perlu diminta untuk membatalkan perhimpunan ialah baju merah saja, sebaliknya biarkanlah baju kuning berhimpun dengan aman dan dengan pengawasan oleh pihak polis.

Punca masalah adalah baju merah, bukan baju kuning. Kenapa mesti kedua-duanya diberi amaran agar membatalkannya?

 Biarkanlah baju kuning berhimpun dengan aman pada 19 November ini dan Zahid sewajibnya mengeluarkan larangan kepada baju merah daripada turut sama mahu berhimpun pada tarikh tersebut. Baca sepenuhnya di sini

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Heret KiniTV ke mahkamah kerana siar rakaman kritik Apandi, cabul kebebasan media

Posted: 18 Nov 2016 07:21 AM PST

guan eng

Roketkini.com


GEORGE TOWN: DAP menyifatkan tindakan kerajaan mengheret KiniTV ke mahkamah susulan penyiaran rakaman memaparkan seorang bekas pemimpin UMNO mengkritik Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali sebagai mencabuli prinsip kebebasan media.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, tindakan kerajaan itu juga menunjukkan bahawa Apandi mengambil kritikan itu secara peribadi, sedangkan tugasnya sebagai penjawat awam tidak terlepas daripada sebarang teguran membabitkan akauntabiliti.

"Jika KiniTV boleh didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kerana memuat naik dua video yang dikatakan kononnya 'menyinggung dengan berniat menyakiti' Peguam Negara, bolehkah media milik BN seperti TV3 didakwa melakukan perkara yang sama terhadap saya?" Soal Guan Eng dalam satu kenyataan, hari ini.

"Tindakan harus diambil terhadap TV3 kerana kegagalan untuk berbuat demikian hanya menunjukkan bukan sahaja sikap dwi-standard (kerajaan), malah memberikan tanggapan bahawa hanya pemimpin anti-BN dan parti politik pembangkang dijadikan sasaran," tambahnya.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, ia adalah kes pertama yang melibatkan orang perseorangan atau syarikat atas dakwaan 'menyakiti' melalui rakaman video KiniTV yang menuntut supaya Apandi meletakkan jawatannya itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang mengheret saluran video atas talian Malaysiakini itu ke Mahkamah Khas Siber atas dakwaan kononnya menghantar mesej "jelik" dengan niat "menyakitkan hati orang lain".

KiniTV didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika sabit kesalahan seseorang itu boleh boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Rakaman video itu memaparkan seputar sidang akhbar mantan naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang membidas Apandi dan menuntutnya meletak jawatan kerana berdegil tidak mahu membuat pendakwaan dalam kes skandal 1MDB.

Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan didakwa di Mahkamah awal pagi tadi berhubung penyiaran rakaman tersebut. Beliau juga menghadapi dua dakwaan berasingan sebagai Pengarah KiniTV.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mendesak agar kerajaan menarik semula dakwaan terhadap portal berita terbabit dan kerajaan negeri turut menyatakan kesediaan untuk membantu pihak defenden (KinitTV).

"Memandangkan dakwaan yang sama tidak pernah dibuat terhadap mana-mana pihak yang pernah menyerang pemimpin kerajaan Pulau Pinang, kerajaan negeri bersedia untuk menawarkan bantuan untuk KiniTV dan dua pengarahnya untuk menentang dakwaan itu," katanya. – Roketkini.com




Hak berhimpun: Jakim diharap tidak kelirukan umat Islam

Posted: 18 Nov 2016 07:21 AM PST

edry_faizal_


Oleh Fatih Hassan Nordin


KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta agar tidak mengelirukan umat Islam dengan memberikan tanggapan negatif bahawa kononnya demonstrasi jalanan akan mengakibatkan 'campur tangan asing' serta melanggar hukum syariah.

Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal Eddy Yusof berkata, penganjur perhimpunan aman BERSIH 2.0 sebagai contoh, telah mengadakan empat siri protes di ibu negara, namun sehingga kini tidak wujud 'campur tangan asing' seperti yang dimaksudkan JAKIM.

Malah, katanya, penggunaan kata 'campur tangan asing' itu sendiri tidak diterangkan secara jelas oleh jabatan yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam itu, sekali gus membuka ruang kepada pelbagai tafsiran dan makna.

"Jika JAKIM ingin sentuh mengenai campur tangan asing, berapa ramai orang pula yang bangkitkan mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang didakwa sebagai satu bentuk campur tangan asing.

"Malah, kerajaan UMNO yang kini dilihat banyak bergantung dengan pelaburan kerajaan China juga dikatakan ramai pihak merupakan campur tangan asing. Adakah dua situasi berkenaan tidak dilihat JAKIM sebagai campur tangan asing?

"Atau adakah hanya kerana ia sesuatu yang dibuat pemerintah, maka itu tidak dikira campur tangan asing, tetapi jika pihak lain yang buat, maka boleh menyebabkan campur tangan asing?" soalnya kepada Roketkini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kandungan khutbah oleh JAKIM menjelang perhimpunan aman BERSIH 5 esok.

Intipati khutbah itu antara lain mendakwa kononnya demonstrasi jalanan membawa mafsadah seperti kerosakan harta benda awam, menimbulkan sentimen perpecahan, mencetus ketegangan dan menjadi bibit perpecahan rakyat.

Edry yang juga Ahli Majlis Selayang bagaimanapun berkata, penganjuran perhimpunan BERSIH 4 pada tahun lepas yang berlangsung hampir dua hari berturut-turut berjalan dengan lancar secara aman tanpa sebarang kekacauan dan kerosakan harta benda awam.

"Apa yang JAKIM kata kerosakan harta benda itu ideanya datang dari mana? Ini mungkin hanya imaginasi dan mimpi JAKIM," katanya.

Katanya, perhimpunan aman akan kekal tanpa sebarang masalah sekiranya polis menjalankan tugas dengan menjaga pergerakan peserta perhimpunan dan melindungi keselamatan mereka daripada pihak 'pengacau' yang tidak diingini.

"Malah adalah sama jika dianalogikan dengan menonton bola sepak, adakah JAKIM akan mengatakan menonton bola sepak itu juga sesuatu yang salah? Sebab pernah juga berlaku kerosakan harta benda awam sewaktu menonton perlawanan bola sepak.

"Malah, bola sepak juga pernah menimbulkan sentimen perpecahan, mencetuskan ketengangan, dan semangat kenegerian.

"Jadi jika kita terima hujah JAKIM itu untuk kata BERSIH bawa keburukan, jadi peminat bola pun kena berjaga-jagalah, takut JAKIM juga akan menggunakan alasan yang sama untuk (kekang) peminat bola," katanya.

Menyentuh mengenai hadis yang dipetik JAKIM bagi memperkuatkan hujah bahawa demonstrasi itu bertentangan dengan nilai dan ajaran Islam, Edry berkata, terdapat banyak lagi dalil yang mengatakan bahawa demonstrasi itu tidak bercanggah dengan ajaran agama.

Katanya, hadis yang dipetik jabatan agama itu mengenai cara menasihati pemimpin dengan mekanisme halus dan tertutup serta berbisik tidak terpakai kepada sebuah negara yang kini sudah mengalami proses demokrasi.

"Hadis itu menyaran agar kita pegang tangan pemimpin dalam bilik tertutup dan tegur, namun saya kira mungkin JAKIM sendiri tak pernah dapat peluang pegang tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan bisik pada dia?

"Sistem demokrasi sudah wujudkan mekanisme untuk atasi masalah itu, melalui kebebasan akhbar, kebebasan untuk rapat umum dan sebagainya supaya dapat pengaruhi pandangan umum dan secara tak langsung ubah tindakan pemerintah tanpa perlu pertumpahan darah.

"Semangat menegur pemimpin dalam hadis itu dah diangkat dalam sistem demokrasi cuma JAKIM perlu ikut perkembangan zaman," katanya. – Roketkini.com


RENUNGAN SEBELUM BERSIH 5

Posted: 18 Nov 2016 07:07 AM PST

shahbudindotcom

Di bawah ini adalah tulisan yang sudah agak lama oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Tetapi menjelang perhimpunan aman Bersih 5 esok, tulisan beliau itu mungkin bermanfaat bagi kita semua.

Mudah-mudahan kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

Demonstrasi

Hari ini sesetengah pihak membahaskan tentang demokrasi dan demonstrasi bukan dari ajaran Islam. Bagi saya itu adalah persoalan persepsi bagaimana kita memahami demokrasi dan dalam konteks apa demokrasi itu dilihat. 

Kita patut bertanya mereka apakah pemerintahan otokrasi atau kukuh besi itu dari ajaran Islam? Apakah membiarkan pemerintah menghisap darah rakyat tanpa membantah itu dibenarkan oleh Islam?

Persoalan falsafah dan konteks demokrasi dan demonstrasi memang patut dibincang dan dihalusi di sudut fekahnya. Namun adalah tidak adil apabila rakyat bercakap soal demokrasi dan demonstrasi lalu fatwa haram atau bid'ah dikeluarkan, sedangkan ketika pemerintah mengamalkan kuku besi, kezaliman, rasuah dan merompak hasil negara, golongan agama ini muncul dalam media untuk hanya mengingatkan rakyat tentang syurga dan neraka, tetapi tidak pula membaca nas-nas agama yang mengingati pemerintah bahawa kezaliman mereka adalah dosa yang amat besar dan neraka yang bakal menanti. 

Apakah agama hanya candu untuk rakyat bawahan supaya dapat melupakan kerakusan orang atasan?! Nabi s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)" (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan Ibn Abi 'Asim. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi 'Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).

Mengapakah golongan pro-rejim tidak mengingatkan pemimpin mereka tentang hadis Nabi s.a.w: "Allah tidak lantik seseorang hamba itu menguasai sesuatu rakyat kemudian hamba itu mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan untuknya syurga" (Riwayat Muslim).
 
 

 
 
Demonstrasi Aman

Ya, tiada siapa yang bersetuju dengan demonstrasi ganas. Rakyat diharapkan keluar ke jalan dengan aman sebagai tanda bantahan atas kezaliman rejim-rejim mereka. Ia salah satu dari menzahirkan bantahan terhadap kemungkaran. Dalam hadis seorang lelaki datang mengadu kepada kepada Rasulullah s.a.w, katanya:

"Sesungguhnya jiranku menyakitiku". Sabda Nabi s.a.w: "Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan". Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: "apa yang berlaku kepadamu?". Dia menjawab: "Jiranku menyakitiku". Maka mereka berkata: "Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia". Dengan sebab itu, jirannya berkata: "Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi". (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Demikian, Nabi mengajar bahawa kadang-kala cara menyelesaikan kezaliman dengan mendapat sokongan ramai di jalan. Bantahan orang ramai boleh menakutkan orang yang zalim. Jika sekadar kezaliman jiran kita boleh bertindak sedemikian, apatahlagi kezaliman rejim yang jauh lebih besar dan sukar disingkirkan. 

Pasti sokongan yang lebih besar dan bantahan di jalan yang lebih hebat diperlukan. Apa yang penting, penunjuk perasaan tidak boleh menumpahkan darah sesama umat Islam dan rakyat, juga tidak merosakkan harta awam dan mereka yang tidak bersalah.

Dr MAZA.
 
 
 

Tangkapan pra-BERSIH5 hanya tambah kemarahan rakyat

Posted: 18 Nov 2016 07:07 AM PST

Dr Wan Azizah Wan Ismail
 
Hari ini telah berlaku siri tindakan keras yang mengancam demokrasi negara kita.

Ia bermula pagi tadi dengan pendakwaan pengarah KiniTV, Steven Gan, kerana membuat laporan berita ucapan DatUK Seri Khairuddin Abu Hassan mengenai peguam negara.

Ini diikuti penangkapan anggota parlimen Seremban, Anthony Loke, difahamkan kerana ucapan beliau di Konvensyen Pakatan Harapan minggu lalu; dan juga serbuan ke atas pejabat BERSIH 2.0 serta penahanan Maria Chin Abdullah dan Mandeep Singh.

Saya mengecam sepenuhnya siri tindakan keras ini.

Ia menimbulkan persepsi seolah-olah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak lagi memahami semangat demokrasi, tetapi seakan terpaksa menggunakan taktik kuku besi seperti tangkapan-tangkapan yang kita saksikan sekarang demi kepentingan politik kelompok kecil.

Pada masa yang sama, sekiranya ada pihak beranggapan bahawa tangkapan-tangkapan dan tindakan keras terkini ini akan mematahkan semangat juang dan menakutkan orang ramai dari menyertai perhimpunan aman BERSIH5, ia hanya menambahkan rasa marah rakyat.

Ayuh kita bersatu hati, kumpulkan tenaga. Esok, kita turun untuk BERSIH5 dan ingatkan Putrajaya bahawa suara rakyat suara keramat!



DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL ketua pembangkang Parlimen Malaysia merangkap presiden PKR.


Himpunan Bersih 5 Diteruskan Walaupun Maria Chin Ditahan

Posted: 18 Nov 2016 06:55 AM PST

DETIK DAILY
 

 

PETALING JAYA: Perhimpunan Bersih 5.0 akan diteruskan seperti yang dirancang walaupun Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah ditahan, kata Ahli Jawatanluasa Pemandu Bersih, Fadiah Nadwa Fikri.


"Tiada apa yang berubah walaupun ditahan. Kita akan teruskan seperti yang dirancang," kata Fadiah.

"Semua ahli jawatankausa pemandu akan berada di sana esok, jadi antara kami akan berada di Bangsar dan sebahagian lagi di Dataran Merdeka dan juga Masjid Negara," katanya.

Terdahulu, polis menyerbu pejabat Bersih, dan menahan Chin dan ahli sekretariat Bersih, Mandeep Singh, serta merampas 10 komputer riba dan beberapa dokumen.

Ia kemudiannya didedahkan bahawa penahanan mereka berhubung dana Bersih daripada hartawan Amerika Syarikat (AS), George Soros menerusi Yayasan Masyarakat Terbuka (OSF).-Mstar

Bersih 5: Arutchelvan Dari PSM, Aktivis Pelajar Luqman Ditahan

Posted: 18 Nov 2016 06:50 AM PST

DETIK DAILY
 

 

PETALING JAYA: Pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan dan aktivis pelajar, Luqman Nul Hakim Zul Razali yang terbaru ditahan berhubung perhimpunan Bersih 5.0 pada Sabtu.


Kedua-dua mereka dibawa ke ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Jumaat.

"Berdasarkan maklumat yang saya terima, beliau telah ditahan. Saya fikir beliau dibawa ke IPK KL," kata Pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim kepada The Star Online.

"Beliau sebelum itu di Brickfields. Dua kereta polis datang dan tahan beliau," tambahnya.

Turut ditahan adalah Luqman pada hari sama.

Jurucakap Gabungan Tangkap MO1, Anis Syafiqah Md Yusof memberitahu The Star Online bahawa Luqman ditahan dekat Genting Sampah pada pukul 6.15 malam Jumaat.

"Dia ditahan di bawah (Seksyen) 147 Kanun Keseksaan," kata Anis.

Seksyen 147 Kanun Keseksaan merujuk kepada merusuh dan jika disabitkan membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda.

Setakat pukul 8 malam, polis menahan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan Ahli Sekretariat Bersih, Mandeep Singh.

Polis turut menahan Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran, Ronnie Liu.

Pesan BERSIH menjelang himpunan Sabtu ini

Posted: 18 Nov 2016 06:50 AM PST


 
Oleh Jawatankuasa Pemandu BERSIH2.0 


Pada hari Sabtu ini, BERSIH 2.0 akan turun berhimpun buat kali kelima untuk BERSIH secara aman, untuk menentang skandal korupsi 1MDB, dan menuntut pembaharuan institusi demi negara Malaysia yang baru.

BERSIH 2.0 sudah pun memenuhi semua syarat di bawah Akta Perhimpunan Awam 2012 dan akan meneruskan himpunan BERSIH5 seperti yang dirancang.

Pada 19 November 2016, peserta-peserta akan berkumpul di dua tempat – LRT Bangsar (Dataran Maybank) dan Masjid Negara – pada pukul 10 pagi.

Pada jam 12.30 petang, kumpulan-kumpulan peserta akan bersatu di Dataran Merdeka di mana program himpunan akan bermula sebelum dijadual untuk tamat pada pukul 6 petang.

Semua anggota pasukan keselamatan BERSIH yang berpakaian warna ungu akan ditempatkan di tiga lokasi utama: LRT Bangsar, Masjid Negara, dan Dataran Merdeka.

Pasukan yang merangkumi 1,400 ahli ini akan mengendalikan semua insiden konfrontasi, keganasan, dan hal keselamatan am.

Peserta-peserta yang berdepan dengan sebarang provokasi dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dan beredar dari tempat kejadian. Ahli keselamatan akan mengambil alih situasi sebegini.

Untuk maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk kepada panduan keselamatan dan tata kelakuan yang dilampirkan dengan kenyataan ini.

Kami juga ada menyediakan pasukan urgent arrest. Jika berlaku sebarang penangkapan, SMS nama penuh, nombor IC, dan tempat penangkapan ke talian 011-21376814 atau 011-39376684.

Jika berlaku sebarang kejadian kecemasan yang berkaitan dengan kesihatan, pasukan perubatan kami yang seramai 160 ahli siap sedia menghulurkan bantuan.

Hantarkan SMS kepada talian hotline perubatan di 011-39440069.

Untuk berita terkini dan perkembangan terbaru, ikutilah rangkaian-rangkaian rasmi BERSIH 2.0: Facebook (www.facebook.com/BERSIH2.0OFFICIAL), Twitter (www.twitter.com/bersih2), dan Instagram (www.instagram.com/bersihdua).

Jangan lupa muat turun aplikasi rasmi kami, Prime, untuk maklumat terlanjut melalui telefon bimbit anda.

Sudah pun berjaya

Program BERSIH 5 telah bermula pada 1 Oktober 2016 dengan konvoi BERSIH 5, dengan tujuan menyebarkan mesej BERSIH mengenai pembaharuan institusi di kawasan-kawasan luar bandar. Dari segi ini, BERSIH5 sudah pun mencapai kejayaan.

Sepanjang tujuh minggu ini, konvoi BERSIH5 telah melawati 236 bandar, pekan, dan kampung di seluruh pelosok Malaysia yang kehadiran dan mesej kami diterima dengan baik.

Kejayaan yang dicapai oleh konvoi kami adalah hasil kerjasama ahli-ahli jawatankuasa tempatan, peserta-peserta, dan semua penyokong yang berdiri teguh memastikan konvoi berjalan dengan lancar walaupun diganggu oleh sesetengah pihak.

Konvoi BERSIH5 akan berkemuncak pada himpunan aman 19 November ini di Kuala Lumpur, Kuching, dan Kota Kinabalu.

Kami akan turun jalan raya kerana keadaan di Malaysia semakin teruk. Pentadbiran yang bobrok serta kekurangannya akauntabiliti merupakan punca skandal korupsi 1MDB.

Tambahan lagi, aktiviti persempadanan semula kawasan pilihan raya yang melanggar perlembagaan negara oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus menyebabkan pilihan raya kita tidak bersih dan adil.

Suara-suara yang berbeza pendapat ditindas, mana kala kegiatan jenayah berunsur ugutan dan keganasan oleh samseng terus digalakkan.

Menjelang hari himpunan, BERSIH 2.0 menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyertai kami dan turun ke jalan raya pada hari Sabtu ini untuk menuntut:
  • Pilihan raya bersih
  • Kerajaan bersih
  • Kukuhkan demokrasi berparlimen
  • Hak membantah
  • Memperkasa Sabah dan Sarawak
Bagi mereka yang tidak dapat hadir ke BERSIH 5, tunjukkan sokongan anda dengan memakai baju BERSIH atau baju yang kuning, atau memaparkan sesuatu yang berwarna kuning.

Mari kita bersatu dan sampaikan satu pesanan kolektif yang kuat kepada kerajaan bahawa kita layak menuntut sebuah negara Malaysia yang lebih baik.

Satukan tenaga, Malaysia baru.

PAS tidak gentar gertakan Mahathir dan PH

Posted: 18 Nov 2016 06:46 AM PST

Oleh Zainal Salleh
Post Pic
 
 
[ULASAN] Jika mengikut sifir politik Tun Mahathir Mohamad, PAS perlu memilih untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau dijadikan 'pariah politik' kerana "makan dedak".
 
Sehubungan itu, Pengerusi PPBM itu menegaskan kesediaan partinya menentang PAS jika ia tidak menyokong gerakan pembangkang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 
 
Beliau berkata, PH yang merangkumi PKR, DAP dan Amanah harus diberi sokongan penuh menjatuhkan Najib dan mendakwa parti politik yang enggan turut serta mungkin sudah termakan 'dedak'. 
 
"Sebab itu kita akan menentang sesiapa yang tak sertai gerakan jatuhkan Najib," kata Mahathir pada Konvensyen kali pertama Pakatan Harapan di IDCC, Shah Alam, Sabtu lalu.
"Sesiapa yang menimbulkan masalah dalam PH adalah orang Najib. Mereka sebenarnya menyokong Najib dan ada besar kemungkinan dapat dedak," kata Dr Mahathir.  
 
Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar Jun lalu, Dr Mahathir secara terbuka mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah 'nampak' dedak yang mendorongnya mahu bekerjasama dengan Najib.   
 
Walaupun Dr Mahathir tidak merujuk kepada PAS mahupun Hadi secara langsung, tetap  kali ini beliau tegas mengatakan pihak yang enggan turut serta menjatuhkan Najib "menerima dedak atau rasuah". 
 
PAS tolak gerakan jatuhkan Najib selain pilihan raya
 
PAS sebuah parti pembangkang utama dilihat masih belum menunjukkan keghairahan untuk bekerjasama dengan PH demi memastikan saingan 'satu lawan satu' menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU14.  
 
Pada masa sama, PAS menolak cubaan untuk menjatuhkan Najib di luar kerangka sistem pilihan raya umum, seperti tunjuk perasaan anjuran BERSIH yang disokong oleh PH. 
 
Dalam isu kononnya PAS enggan bekerjasama dengan PH kerana 'bermusuh' dengan DAP dan Amanah, Dr Mahathir berkata, masalah itu adalah 'terlalu kecil' dan beliau juga pernah memusuhi pemimpin PH.
 
"Jangan cakap kami tak setuju dengan PH sebab ada DAP dalamnya. Bukan kerana itu. Saya dahulu musuh ketat Lim Kit Siang. 
 
"Saya juga musuh ketat beberapa tokoh lain dalam parti lain tapi permusuhan itu perkara kecil berbanding usaha untuk jatuhkan musuh terbesar iaitu Najib," kata Dr Mahathir.
 
Sikap lantang Mahathir ini bukan baru. Rekod politiknya menunjukkan bahawa beliau sering mengambil sikap bahawa sesiapa sahaja yang menghalang cita-cita dan rencana politiknya akan menjadi musuhnya.
 
Penasihat DAP, Lim Kit Siang pernah merasai sendiri 'kemarahan' politik Mahathir dan bersama pemimpin DAP lain seperti mendiang Karpal Singh pernah ditahan di bawa Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).
 
Begitu juga dengan 'anak emasnya' Datuk Seri Anwar Ibrahim. Meskipun kombinasi di antara beliau dengan Anwar dianggap terbaik untuk Malaysia, apabila Anwar bersilang pendiriannya dengannya, Anwar dipecat dan diaibkan.
 
Sikap diktator politik Mahathir tak gentarkan PAS
 
Bagaimanapun keadaan kini agak berbeza. Kuasa memerintah tidak lagi berada di tangannya. Usaha PPBM untuk menjalin kerjasama dengan PAS masih belum berhasil setakat ini. 

Namun sikap politik Mahathir tetap tidak berubah. Meskipun parti barunya masih belum mampu membuktikan apa-apa di segi politik, Mahathir sebagai Pengerusi PPBM, sudah bersedia menentang PAS jika enggan bekerjasama.
 
Sikap politik ala 'gedebe' ini boleh dibandingkan dengan pendirian bekas presiden Amerika Syarikat, George Bush yang memberi kata dua pada mana-mana negara yang tidak menyokong usaha menentang keganasan, adalah musuh negaranya.
 
Yang menariknya, PAS seolah-olah sedikitpun tidak 'terusik' dengan sikap 'diktator politik' Mahathir itu. Malah PAS kini nampaknya agak tenang dan jelas tujuan perjuangannya. 
 
Memang penyertaannya dalam politik Malaysia adalah kerana memerintah. PAS mahu menang pilihan raya. Namun setelah bekerjasama dengan banyak pihak beberapa kali, PAS lebih rela melaksanakan tugas hakikinya.
 
Ini dimaktubkan Allah: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar. Mereka itulah orang yang beruntung." (Al Imran: 104).
Keuntungan yang PAS dambakan adalah lebih besar daripada kuasa memerintah negara. Namun PAS tidak mahu mengabaikan tawaran Allah sebab itu meskipun belum berkuasa ia masih berusaha menasihati pemerintah.
 
Pendirian ini amat dikesali oleh musuh-musuh PAS seperti Amanah dan komponen PH lain. Ada yang mengutuk dan menyindir PAS sudah termakan dedak Umno-BN . Namun bagi PAS itu hanya tohmahan.
 
Yang mahu dianjurkan PAS ialah taat pada perintah Allah: "Dan janganlah kamu menyerupai orang yang bercerai berai dan berselisih setelah datang keterangan yang jelas kepada mereka iaitu orang mendapat seksaan yang berat" (Al Imran: 105).
 
Umat Islam di Malaysia kini semakin diracik oleh politikus yang mewakili banyak parti politik baru mempunyai matlamat untuk berkuasa. Pelbagai alasan dicanangkan kononnnya untuk melakukan reformasi di negara ini.
 
Bagaimanapun PAS akur apabila "dipinjamkan kuasa oleh Allah", banyak perkara kebajikan yang dijanjikan kepada rakyat tidak dilaksanakan. Malah obsesi golongan ini lebih tertumpu mempertahankan kuasa dan melumpuhkan lawan.
 
Justeru politik kiasu atau gedebe Mahathir tidak menjejaskan i'tikad politik PAS. Walau digertak akan berhadapan dengan parti pimpinan Mahathir sekalipun atau difitnah dengan tuduhan diberi 'dedak', PAS tidak latah.
 
PAS tidak latah
 
Kini PAS masih ada hubungan tahaluf siayasi dengan PKR. Bagaimanapun kebelakangan ini PKR juga mengungkit betapa sudah beberapa kali 'dikhianati oleh PAS'. Pun PAS masih tidak latah.
 
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, partinya bersikap terbuka untuk bekerjasama dan membuka pintu rundingan bagi mengukuhkan pembangkang.
 
Namun katanya, sebagai parti berasaskan Islam dan mempunyai pengalaman luas dalam politik serta pilihan raya di negara ini, PAS tidak akan mengadakan kerjasama politik yang tidak menguntungkan Islam.
 
Menurutnya, PAS berpandangan tahaluf siyasi yang mahu dilakukan kali ini mestilah dipimpin oleh Islam.
"PAS telah menyediakan platform kerjasama yang dipimpin oleh Islam melalui blok ketiga, Gagasan Sejahtera yang kini telah disertai IKATAN dan BERJASA.
 
PRU14, pintu kerjasama sentiasa terbuka dengan syarat mereka menerima kerjasama ini dipimpin oleh Islam.
 
"Tawaran kerjasama ini juga terbuka kepada parti-parti bukan Islam yang bersedia dipimpin oleh Islam," katanya.
 
Hashim berkata, bekas Mursyidul Am, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan bahawa jika Umno menerima Islam, pihaknya bersedia membubarkan PAS.
 
"Pihak menentang Islam atau mengkhianati Islam tidak layak bekerjasama dengan PAS, kecuali mereka berubah sikap untuk menerima Islam sebagai pemimpin dalam kerjasama ini, katanya.
 
Mahathir boleh melalak dan menggertak PAS. Namun di sinilah letak perbezaan parti politik yang bertunjangkan akhlak agama dengan seni politik Machiavelli yang hanya mahu menang dengan mengugut dan memfitnah.
 
 

Tiga cedera kemalangan babitkan 11 kenderaan di Tapah

Posted: 18 Nov 2016 06:40 AM PST

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
TAPAH: Sebelas kenderaan termasuk sebuah lori terbabit dalam kemalangan di Kilometer 321 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini pagi tadi.
 
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.30 pagiitu mengakibatkan kesesakan lebuh raya sepanjang kira-kira 10 kilometer selepas kesemua laluan ke selatan ditutup.
 
Difahamkan, kemalangan itu tidak membabitkan kemalangan jiwa dan hanya tiga mangsa mengalami kecederaan sebelum dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.
 
Laluan di lebuh raya itu dibuka semula 12.15 tengah hari tadi selepas semua kenderaan dialihkan sebelum kerja-kerja pembersihan dijalankan.
 
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw mengesahkan kejadian. Punca sebenar masih dalam siasatan.
 
 

Demokrasi di hujung tanduk

Posted: 18 Nov 2016 06:40 AM PST

Alumni BERSIH Boot Camp



ULASAN Hari ini, Jumaat, 18 November 2016, beberapa jam sebelum bermulanya perhimpunan BEERSIH5, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita serbuan polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ke pejabat BERSIH.

Polis menggunakan Seksyen 124C Kanun Jenayah yang menyebut sesiapa yang menganjurkan aktiviti memudaratkan sistem demokrasi berparlimen atau seumpamanya, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Polis juga mengambil telefon bimbit para petugas pejabat dan tidak membenarkan mereka berkomunikasi dengan orang luar. Polis menghalang peguam BERSIH daripada memasuki premis itu.

Kita dapat lihat betapa tenatnya sistem demokrasi negara kita. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kebebasan berhimpun dan bersuara.

Sekiranya terdapat mana-mana undang-undang yang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka undang-undang itu akan terbatal.

Kedua, polis menghalang hak petugas dalam pejabat BERSIH daripada berkomunikasi dengan pihak luar ataupun peguam mereka.

Sedangkan jika kita merujuk hak-hak orang yang ditahan seperti tertulis dalam seksyen 28A (2)(a) dan 28A (2)(b) Kanun Acara Jenayah, mereka berhak berkomunikasi sama ada dengan saudara atau rakan dan berkomunikasi bersama peguam pilihan mereka.

Jika diteliti, himpunan BERSIH langsung tidak memudaratkan sistem demokrasi berparlimen. Malah, perhimpunan BERSIH inilah yang cuba mengembalikan kuasa demokrasi berparlimen yang sebenar.

Lihat sahaja kepada tuntutan BERSIH. salah satunya adalah mengembalikan kembali demokrasi berparlimen.

Bukan sahaja pejabat BERSIH diserbu, dua orang kuat BERSIH iaitu pengerusinya Maria Chin Abdullah dan pegawai sekretariatnya Mandeep Singh ditangkap dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya.

Untuk apa mereka ditahan? Sejauh mana seorang perempuan itu mampu mengganggu demokrasi negara? Jelas dan terbukti bahawa demokrasi kita sedang tenat dan berada di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja boleh jatuh dan pecah berderai.

Perhimpunan ini bukanlah satu perhimpunan haram yang sering diuar-uarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan takutkan suara rakyat. Perhimpunan aman ini, mendukung suara rakyat agar pilihan raya dijalankan secara bersih dan adil.

Kebebasan bersuara dan selepas bersuara

Jika sebelum ini, telinga kita pernah disinggahi ayat "kami beri kepada kamu kebebasan untuk bersuara, tetapi kebebasan selepas bersuara belum tentu".

Namun, hari ini kita melihat, hak kita untuk bersuara telah disekat, walhal suara itu masih belum disampaikan.

Bukan itu sahaja, BERSIH juga didakwa oleh sesetengah pihak, terutamanya Ketua Ymno Sungai Besar Jamal Yunos, mendapat dana George Soros.

Namun, apabila diminta mengemukakan bukti kepada umum, tiada siapa yang berani melakukannya, sama ada Jamal sendiri ataupun menteri.

Bercakap soal kumpulan Baju Merah, mengapa polis tidak melihat kumpulan ini sebagai ancaman kepada negara? Sedangkan ketuanya telah banyak mengeluarkan ayat-ayat yang mencetus sensitiviti kaum.

Apakah pihak ini dilindungi oleh kuasa besar sehingga polis sendiri takut untuk melakukan apa-apa pada mereka?

Jika BERSIH mahu mengadakan perhimpunan, mereka diarah memohon kebenaran. BERSIH telah menjalankannya serta mengikut prosedur ditetapkan.

Namun sedemikian, apakah Baju Merah juga memohon permit daripada pihak berkuasa? Dan sekiranya mereka memohon permit seperti BERSIH, pihak berkuasa seharusnya mencadangkan mereka melakukan perhimpunan balas pada hari, tempat dan masa yang lain.

Tetapi apa yang kita lihat sekarang, pihak berkuasa langsung tidak memberi apa-apa cadangan alternatif kepada Baju Merah.

Seolah-oleh mereka ini diberi restu untuk bertembung dengan BERSIH. Apakah ini demokrasi sebenar yang dimaksudkan oleh pihak polis dan pihak berkuasa?

Sampai bila kita mahu dizalimi? Sampai bila kita mahu ditindas? Sampai bila kita mahu diperbodohkan oleh mereka semua? Sudah-sudahlah.

Tiba masanya untuk kita turun ke jalan raya dan hidupkan kembali demokrasi yang perlahan-lahan mati.
Penangkapan Maria Chin dan Mandeep Singh ini tidak akan mematahkan semangat kami untuk turun ke perhimpunan aman BERSIH5 esok, 19 November 2016.

Ayuh rakyat Malaysia, kita turun ke BERSIH5!

ALUMNI BERSIH BOOT CAMP (BBC) sebuah program pendidikan BERSIH untuk mempelajari asas-asas demokrasi, pilihan raya dan mobilisasi besar-besaran yang bertujuan untuk menyediakan sukarelawan dan aktivis masa depan.


Dr M: BERSIH5 peluang terakhir rakyat

Posted: 18 Nov 2016 06:29 AM PST

MALAYSIAKINI




Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perhimpunan BERSIH5 adalah jalan terakhir bagi rakyat untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan keadaan di negara hari ini.

"Bukan sahaja ia (BERSIH5) tidak haram, tetapi menjadi penting kerana lain-lain saluran telah ditutup oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak," katanya dalam video dua bahagian yang telah disebarkan di media sosial.

Beliau juga menjelaskan bahawa perhimpunan itu tidak haram kerana demonstrasi sering diadakan untuk menyingkirkan pemimpin di negara-negara lain yang mengamalkan sistem demokrasi.

Contoh terbaru, katanya, seorang pemimpin disingkirkan melalui cara demonstrasi itu adalah bekas Presiden Brazil Dilma Rousseff.

Himpunan BERSIH5 esok itu diadakan untuk memberi tekanan kepada Najib supaya meletak jawatan berikutan terpalit dengan skandal kewangan yang melibatkan 1MDB, cetusan idea perdana menteri.

Lencongan Trafik Di 58 Jalan Menjelang Bersih 5

Posted: 18 Nov 2016 06:24 AM PST

DETIK DAILY



 

KUALA LUMPUR: Trafik di 58 jalan di tujuh kawasan di ibu negara akan dilencongkan menjelang penganjuran perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka pada Sabtu.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, kawasan yang terjejas adalah Brickfields (Little India), Masjid Negara dan Muzium Negara; Sogo dan Dataran Merdeka; Bangunan Parlimen dan Bank Negara; Pudu Sentral dan Pasar Seni; Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Chow Kit.

Beliau berkata, trafik akan dilencongkan dari pukul 7 pagi Sabtu sehingga berakhir perhimpunan oleh kumpulan Bersih 5.0 dan Baju Merah.

Tambah Amar, lencongan tersebut bagi memastikan keadaan trafik di kawasan berkenaan terkawal bagi mengelakkan pertembungan dua kumpulan itu.

"Orang ramai dinasihatkan mengikut arahan polis, menggunakan laluan alternatif untuk ke pusat bandar atau menggunakan pengangkutan awam," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Amar turut memberi jaminan bahawa polis akan melakukan yang terbaik bagi memastikan tiada pertembungan antara kumpulan Bersih 5.0 dan Baju Merah.

"Kita melakukan yang terbaik bagi memastikan kedua-duanya tidak bertemu," katanya.-Mstar

Senarai tangkapan menjelang BERSIH5 esok

Posted: 18 Nov 2016 06:24 AM PST

MALAYSIAKINI



Polis hari ini menjalankan beberapa tangkapan menjelang perhimpunan BERSIH5 dan Baju Merah esok.

Ia melibatkan pelbagai pihak, termasuk aktivis, ahli politik dan pelajar.

Mereka ditahan menggunakan pelbagai peruntukan undang-undang.

Setakat laporan ini ditulis, senarai tangkapan seperti berikut:

(Untuk pengguna aplikasi Malaysiakini di telefon pintar, sila klik pautan ini.)

 PRE-BERSIH CRACKDOWN

Name Position Arrested under?
Maria Chin Abdullah Bersih chairperson Penal Code Section 124C - Attempt to commit activity detrimental to parliamentary democracy.
Mandeep Singh Bersih secretariat manager Penal Code Section 147 - Rioting
Anthony Loke Seremban MP Sedition Act 1948
Ronnie Liu Ex-S'gor exco member Penal Code Section 153 - Wantonly giving provocation with intent to cause riot
Luqman Nul Hakim Zul Razali Student activist Penal Code Section 147 - Rioting
S Arutchelvan PSM committee member Law not specified
Jimmy Wong DAP member Penal Code Section 147 - Rioting
Lee Khai Ming DAP member Penal Code Section 147 - Rioting
Anis Syafiqah Student activist Law not specified
Ayah Ipin Keramat Black-shirt activist Law not specified
Razali Zakaria Red-shirt activist Law not specified   


Ibunegara dilanda banjir kilat akibat hujan lebat

Posted: 18 Nov 2016 06:21 AM PST

MALAYSIA KINI


Hujan lebat yang melanda ibu negara petang tadi menyebabkan tiga jalan utama terjejas teruk akibat banjir kilat.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata jalan berkenaan ialah Jalan Raja Chulan, Jalan Ampang dan Jalan Kuching.

Hujan lebat kira-kira 4 petang tadi menyebabkan jalan itu ditenggelami air sedalam satu meter.

"Pihak bomba menempatkan 11 pegawai dan anggota untuk bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Setakat ini, keadaan trafik di sekitar ibu negara masih terkawal," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, beliau berkata terdapat sebatang pokok tumbang di Sri Hartamas 1 yang menghalang lorong utama dari pusat bandar ke kawasan kediaman itu.

"Satu lencongan terpaksa dilakukan bagi kerja-kerja pembersihan dijalankan. Jalan itu boleh digunakan sepenuhnya kira-kira 6 petang tadi dan tiada kerosakan dilaporkan," katanya.- Bernama


Khalid dakwa SPLASH keluar invois air lebih mahal dari perjanjian

Posted: 18 Nov 2016 06:12 AM PST

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH) mengeluarkan invois pembelian air dengan mengekalkan harga yang lebih mengikut terma perjanjian, walaupun kerajaan Pusat dan kerajaan negeri telah bersetuju untuk tiada kenaikan tarif air.
 
Mantan Menteri Besar Selangor itu berkata, 'ketirisan' yang berlaku ekoran tindakan syarikat konsesi itu mengakibatkan rakyat Selangor dibebankan dengan hutang air yang tidak sepatutnya dibayar mereka. 
 
"Persetujuan (antara pusat dan negeri) itu termaktub dalam terma 'kadar perkhidmatan pukal' (bulk service rate).
 
"Saya difahamkan kerajaan Selangor, SPAN dan PAAB membiarkan kadar perkhidmatan pukal yang tinggi profit marginnya diteruskan walaupun penyusunan semula sudah dilaksanakan.
 
"Rakyat Selangor wajar mempersoalkan kenapakah kerajaan Selangor bertindak membiarkan SPLASH meraih keuntungan besar dalam akaunnya padahal kerajaan Selangor ada kuasa untuk mengubah 'kadar perkhidmatan pukal', bukan memberi keuntungan 30% atau 40% - tetapi hanya 6-8%?," katanya menerusi satu kenyataan.
 
Oleh itu menurut Khalid, tindakan PAAB dan SPAN membiarkan ketirisan sedemikian berlaku amat menimbulkan persoalan.
 
"Rakyat Selangor perlu jawapan. Saudara YB Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air perlu memberi penjelasan untuk menentukan tidak ada 1 bilion atau 2 bilion ataupun 3 bilion sebagai bayaran tambahan. 
 
"Ini adalah kerana bayaran ini kelak sangat memberi kesan dan membebankan rakyat Selangor dengan kenaikan tarif air," ujar ADUN Pelabuhan Kelang itu lagi.
 
Justeru Khalid menggesa amalan membiarkan 'kadar perkhidmatan pukal' diteruskan dengan kadar yang tidak berubah perlu diberhentikan serta merta.
 
Penstrukturan semula industri air Selangor masih belum bernoktah ekoran percanggahan kenyataan antara Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali dan Khalid mengenai nilai tawaran untuk mengambil alih ekuiti SPLASH.
 
Azmin sebelum ini mendakwa kerajaan negeri terdahulu di bawah pimpinan Khalid menawarkan RM2.975 bilion bagi pengambilalihan ekuiti SPLASH, namun ia dinafikan Khalid.
 
Sebaliknya, Khalid menegaskan tawaran akhir yang dibuat pihaknya kepada SPLASH adalah RM250.6 juta sebagai bayaran ekuiti.
 
 

TONTON VIDEO] Maria Chin dan Mandeep Singh kini ditahan di IPD Petaling Jaya

Posted: 18 Nov 2016 06:12 AM PST

Oleh Azizul Osman
Post Pic
SHAH ALAM: Pejabat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mengesahkan bahawa Pengerusinya Maria Chin Abdullah kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sebentar tadi.
Menurut pembantu kepada Timbalan Pengerusi BERSIH Shahrul Aman Mohd Saari, Maria dibawa sejurus satu serbuan dilakukan pihak berkuasa pada jam 3.15 petang tadi di ibu pejabat pertubuhan itu hari ini.
"Polis datang (ke pejabat BERSIH jam 3.15 petang tadi. Tapi apa yang polis ambil semasa serbuan itu saya tidak maklum pula. Sebab polis datang buat serbuan tanpa beritahu apa-apa kepada kami. 
"Ada sebahagian peguam (dari Majlis Peguam) kini pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sebab Maria Chin Abdullah dan Mandeep Singh dibawa kesana sebentar tadi," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Turut dibawa ke IPD berkenaan pegawai NGO itu, Mandeep Singh.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan penahanan ini.
Mandeep hari menerusi entri Twitternya hari ini berkata polis menyerbu pejabat NGO berkenaan.
Serbuan yang turut disertai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu dibuat kurang 24 jam himpunan BERSIH 5 akan diadakan esok di ibu kota.
Serbuan dibuat dibawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, berkaitan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Polis turut merampas sepuluh buah komputer riba, 'hardisk', dokumen pejabat dan gaji pekerja.
BERSIH disiasat susulan dakwaan mereka menerima dana besar daripada Open Society Foundation, yang diasaskan hartawan George Soros.
Selain menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH turut menuntut pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam himpunannya esok.


Abang Kucing cabar Jamal bertinju

Posted: 17 Nov 2016 11:02 PM PST

Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos
Jamal


BUKIT CHANDAN - Tindak-tanduk kumpulan baju merah diketuai Datuk Seri Jamal Md Yunos yang kerap mencetuskan provokasi menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

Merasakan tindakan kumpulan tersebut semakin melampau, seorang aktivis masyarakat, Sharul Nizam Ab Rahim, 37, melontarkan cabaran terbuka kepada Jamal dalam laman sosial.

Dia yang menggelarkan dirinya 'Abang Kucing' mencabar Jamal supaya bertinju di dalam gelanggang sekiranya Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu benar-benar berhasrat menunjukkan kekuatannya.

Menurutnya, setakat ini, seramai 22 peninju dari seluruh Malaysia menghubunginya dan meminta slot bertarung dengan Jamal dalam gelanggang.

Begitupun, katanya, tiada sebarang respon dari Jamal sehingga kini, namun difahamkan Jamal mengetahui perkara itu (cabaran bertinju) yang dimuat naik dalam laman sosial kelmarin.

"Bila saya buat cabaran terbuka sebegini, orang label saya sebagai penyokong Bersih tetapi sebenarnya mereka tidak tahu saya merupakan pemangkah tetap BN di Lubuk Merbau dan Padang Rengas.

"Saya cabar kerana saya lihat kesamsengannya semakin terserlah dan undang-undang juga seakan tidak boleh menyentuhnya. Itu sebab saya cabar beliau buka gelanggang dan bertinju di situ.

"Saya boleh sediakan beberapa peninju dan sekarang pun saya sudah ada 22 orang yang sudi masuk gelanggang menentang Jamal," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Sharul Nizam, beliau melakukan cabaran sebegitu kerana enggan budaya samseng dan pergaduhan terus merebak dalam kalangan masyarakat Melayu.

Katanya, orang Melayu harus ingat bahawa pergaduhan sesama Melayu begitu mahal harganya seperti yang pernah dibuktikan pemimpin terdahulu.

"Berani itu bagus tetapi bijak lebih baik. Kalau kita bergaduh di tepi jalan sebegitu, ia menyalahi undang-undang. Jadi, apa salahnya kita buka gelanggang dan Jamal boleh tunjuk kekuatannya di situ.

"Apa yang membuatkan saya geram adalah apabila dalam satu video, Jamal menolak seorang lelaki sedangkan polis ada di sekelilingnya. Itu salah, sangat salah.

"Yang kamu (Jamal) tolak tu Melayu tau, Islam sama-sama dengan kamu. Saya tidak tengok baju apa orang pakai masa itu tetapi kalau dia usik Melayu, saya akan bersuara," tegasnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: NGO peniaga gagal halang perhimpunan Sabtu ini]

Menurutnya, tindakan kumpulan baju merah menunjukkan kekuatan di jalan raya dilihat tidak adil dan tiadanya respon dari kumpulan baju kuning bukan bermaksud mereka takut.

"Mereka masih muda. Bila berlaku pergaduhan, polis akan berkas semua sekali. Bila ada rekod polis, susah untuk mereka cari pekerjaan pada masa depan.

"Sebab itu, mereka tidak melawan. Jadi, kumpulan baju merah janganlah ingat mereka takut lalu mereka terus melakukan lebih banyak provokasi pula," katanya.

Setakat semalam, status dimuat naik Sharul Nizam viral di media sosial telah mendapat kira-kira 15,000 perkongsian namun sehingga semalam, tiada sebarang maklum balas dari pihak kumpulan baju merah.

Tumpahan 'latex ammonia' penuhi sungai

Posted: 17 Nov 2016 10:55 PM PST


Tumpahan 'latex ammonia' penuhi sungai
Sungai yang sudah dicemari latex amonia. Kerja-kerja menimbus sungai Wang Rhu sedang dijalankan.


PADANG BESAR - Tumpahan bahan kimia berbahaya 'latex ammonia' sebanyak 22.7 tan mula memenuhi Sungai Jarum yang terletak berdekatan kawasan pelabuhan darat Padang Besar di sini, hari ini.

Difahamkan 'latex ammonia' jatuh berselerak dan mengalir ke sungai berdekatan apabila alat cengkaman kontena yang membawa bahan berkenaan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Menurut Exco Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Mat Rawi Kassim, 'latex ammonia' berkenaan akan dihantar ke Pelabuhan Pulau Pinang untuk dieksport ke Iraq.

Mat Rawi berkata, jabatan yang terlibat seperti Jabatan pengairan dan Saliran (JPS) sudahpun mengambil langkah menghalang pengaliran bahan kimia berkenaan dengan menimbus tanah di Sungai Wang Rhu.

"Diharapkan langkah ini dapat menghalang laluan latex ammonia untuk sampai ke Empangan Timah Tasoh buat sementara waktu ini.

"Jika hingga sampai ke empangan ia akan membahayakan pengguna air dikawasan tersebut," katanya ketika ditemui melakukan tinjauan di Sungai Wang Rhu.

Tambah Mat Rawi, meskipun JPS telah melakukan langkah awal dengan menimbus tanah di Sungai Wang Rhu, namun kita khuatir hujan lebat.

"Kita juga sudah meminta bahagian kualiti alam sekitar untuk menyedut air yang berada di dalam sungai yang dipenuhi 'latex ammonia' berkenaan untuk dimasukkan ke dalam tangki dan dibuang ke tempat lain.

"Operasi menyedut akan dilakukan secepat mungkin namun proses perbincangan dengan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan kontena masih berlangsung dimana saya telah meminta mereka mencari kontraktor untuk melakukan perkara ini," katanya.

Tambah Mat Rawi, 40 peratus ammonia yang terdapat bersama latex itu adalah berfungsi untuk melambatkan pembekuan latex berkenaan.