WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Bersatu robohkan kubu Umno di Kedah
- "Kita Terima SYIAH & Khawarij Masuk PAS" - Haji Hadi Awang
- PAS MULAKAN RUU 355 DENGAN MARAHKAN DAP, PKR – HUSAM
- MUNGKINKAH BERLAKU ADUN BN ‘MELOMPAT’ DI PERAK?
- Pihak tolak Bersih 5 jadi tangga Umno, kata Husam
- [LIVE][151016] Hijrah Yang Perlu Diteladani - Ustaz Muhammad Fitri Abdullah
- AKAN KEMBALI UNTUK MEMENUHI RUANG BICARA
Bersatu robohkan kubu Umno di Kedah Posted: 15 Oct 2016 06:36 PM PDT Selepas yakin dengan Kelantan dan Johor, gabungan pembangkang kini yakin akan boleh menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) Kedah pula dalam pilihan raya umum akan datang ini. Ahli Parlimen Pas Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, kebanjiran sokongan pemimpin dan penyokong Umno bawahan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau Bersatu sangat ketara di negeri itu sejak kebelakangan ini. "Saya lihat Kedah juga boleh ditumbangkan oleh gabungan pembangkang jika trend yang ada sekarang berterusan. "Sangat ketara sejak kebelakangan ini, orang-orang bawahan Umno ini lari dari parti itu. "Saya percaya ini pengaruh pribadi Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya yang juga bekas MB Kedah, Datuk Mukhriz," kata Mahfuz kepada Malaysia Dateline. Menurut beliau, di kawasan Pokok Sena sendiri, tempat yang selama ini menjadi kubu kepada Umno dan tidak boleh dimasuki oleh Pas sekalipun kini sudah berpaling kepada Bersatu. "Saya sendiri diminta oleh mereka untuk menerima borang penyertaan mereka ke dalam Bersatu, walapun bukan menyertai Pas," kata Mahfuz merujuk kepada satu majlis penyerahan borang menyertai Bersatu dari ahli Umno di Pokok Sena kepadanya baru-baru ini. Mahfuz yang terus kekal dalam Pas walaupun tindakannya dilihat tidak selari dengan pucuk pimpinan parti itu berkata, memang sukar untuk membawa orang Umno yang sudah sebati dengan parti itu ke dalam Pas, Amanah atau parti pembangkang lain. "Tetapi mereka mudah berpindah kepada Bersatu sebab ia dipimpin juga oleh bekas pemimpin Umno. "Jadi bagi saya tidak salah kita membantu Bersatu kerana dengan cara melemahkan Umno kita boleh mengalahkan BN dalam pilihan raya nanti," katanya yang sehingga kini belum menjelaskan parti manakah pilihannya selepas rakan-rakannya dalam Pas menubuhkan Amanah apabila mereka disingkirkan dari pucuk kepimpinan Pas dalam Muktamnar PAS 2015 lalu. Mahfuz bersama dua lagi wakil rakyat Pas, Datuk Amiruddin Hamzah dan Nasir Mustafa menyertai konvoi Bersih 5 di Sungai Petani baru-baru ini walaupun Pas memutuskan tidak akan terlibat dengannya. Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, Pas menolak untuk menyertai Bersih selepas tiga minggu mereka habiskan masa untuk memujuk pimpinannya agar menyertainya. |
"Kita Terima SYIAH & Khawarij Masuk PAS" - Haji Hadi Awang Posted: 15 Oct 2016 06:33 PM PDT |
PAS MULAKAN RUU 355 DENGAN MARAHKAN DAP, PKR – HUSAM Posted: 15 Oct 2016 06:26 PM PDT Pas mulakan RUU 355 dengan marahkan DAP, PKR – HusamPemimpin Pas didakwa gagal untuk berkomunikasi dengan baik sehingga cita-cita mereka untuk meminda Akta 355 bagi menaik taraf Mahkamah Syariah sukar untuk mendapat sokongan. Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa dalam kuliah Jumaatnya pagi ini berkata, berkomunikasi dengan cara yang betul boleh menjayakan sesuatu agenda. Sehubungan itu, ahli dan pemimpin Amanah diminta mengambil pengajaran dari kesilapan yang dibuat oleh orang-orang yang terdahulu dalam berkomunikasi sehingga boleh menggagal hasrat dan cita-cita yang mereka bawa. "Kita kena mengambil iktibar kesilapan pemimpin Pas dalam berkomunikasi sehingga cita-cita nak laksanakan Akta 355 pun nampak sukar. "Nak buat benda baik tetapi dia mula dengan marah. Lepas tu bila tersedar, baru nak minta orang sokong, mana boleh jadi," kata beliau dalam Kuliah Jumaat kedua di perkarangan rumahnya pagi ini. Menurut Husam, untuk membolehkan Akta 355 dipinda, Pas memerlukan sokongan semua pihak termasuk ahli parlimen dari DAP dan juga PKR. "Macamana DAP nak sokong, kita mula dengan marahkan DAP. Lepas itu marah pula kepada PKR kata kalau tak sokong, kita nak tanam kat jirat (kubur Cina). Mana boleh macam tu," kata Husam dalam kuliahnya yang mengupas mengenai komunikasi yang baik itu. Bagi beliau, semua yang berlaku ini adalah masalah komunikasi dan kegagalan bercakap dan berhubung dengan baik sehingga orang tidak memahaminya. Pas memutuskan hubungannya dengan DAP dan selepas itu berpecahlah Pakatan Rakyat kerana mendakwa DAP anti Islam dan tidak menyokong cadangan Pas untuk meminda Akta 355 bagi menaiktaraf Mahkamah Syariah. Seorang pemimpin Pas iaitu Yang Dipertua Pas Padang Serai, Kedah, Shaharuddin Ibrahim mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail boleh ditanam di tanah perkuburan Cina (jerat) jika tidak menyokong usul meminda Akta 355 itu. Namun Shahruddin kemudiannya memohon maaf kepada Wan Azizah di atas keterlanjuran itu. Sebelum itu, Shahruddin juga pernah mendakwa tidak ada lagi azan di masjid-masjid Pulau Pinang kerana dilarang oleh kerajaan negeri pimpinan DAP. Shahrudin juga menarik balik dakwaan itu dan meminta maaf kemudiannya. Malaysia dateline |
MUNGKINKAH BERLAKU ADUN BN ‘MELOMPAT’ DI PERAK? Posted: 15 Oct 2016 06:22 PM PDT Mungkinkah berlaku Adun BN 'melompat' di Perak?Pemuda AMANAH Negeri Perak yakin dengan suasana politik negara yang memihak kepada pembangkang dengan kemunculan Parti Pribumi BERSATU Malaysia akan membuat perubahan drastik di dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak di bawah Barisan Nasional (BN). Menurut Setiausaha Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak Safarizal Saleh, nama besar seperti Datuk Hamidah Osman yang berperanan semasa 'rampasan kuasa' Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) pada tahun 2009 mungkin boleh 'membantu' Pakatan Harapan (PH) ketika ini yang menjalinkan kerjasama dengan Bersatu. "Tidak mustahil ada ADUN di Perak yang akan beralih arah ke parti yang dipimpin oleh pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamed dan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lama lagi dan memungkinkan menyokong PH untuk membentuk Pentadbiran Kerajaan Negeri. "Bagi Pemuda AMANAH Perak, langkah yang sewajarnya diambil untuk menukar Pentadbiran Kerajaan Negeri ketika ini perlu mengikut lunas Undang-undang Tubuh Negeri Perak iaitu melalui Usul Tidak Percaya kepada Menteri Besar Negeri Perak nanti. "Gunakan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebagai pentas yang akan memutuskan bahawa BN Perak tumbang berikutan kurangnya sokongan daripada ADUN untuk membentuk Pentadbiran Kerajaan Negeri yang telah ditolak. "Pemuda AMANAH Perak yakin Dato' Hamidah, Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin adalah 'pemudah bicara' bagi memulakan langkah tersebut dan menjadikan Undang-undang Tubuh Negeri sebagai panduan dan bukannya dengan cara 'pintu belakang'!" kata beliau dalam satu kenyataan. |
Pihak tolak Bersih 5 jadi tangga Umno, kata Husam Posted: 15 Oct 2016 06:17 PM PDT Pihak yang menolak untuk sertai Bersih 5 atas alasan tidak mahu jadi "tangga" pihak lain adalah sebenarnya mahu jadi "tangga" Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana tindakan sperti itu sudah tentu akan membantu pihak yang menipu dalam pilihan raya. Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa berkata dalam politik soal siapa jadi tangga siapa tidak patut ditimbulkan kerana dalam meraih sokongan rakyat semua pihak saling perlu memerlukan antara satu sama lain. "Pas sendiri sudah berapa kali mendapat manfaat politik melalui bantuan politik atau "tangga" pihak lain," katanya dalam ceramah kemuncak konvoi Bersih 5 di Pasir Puteh malam tadi. Pada pilihan raya 1999 katanya, Terengganu terlepas dari tangan Umno kerana isu pemecatan Datuk seri Anwar Ibrahim. "Pas sudah dapat tangga Anwar ketika itu dan dapat memerintah, ada sesiapa terfikir untuk beri Anwar imbuhan atau gaji?. "Semua dibolot Pas Terengganu dan PKR waktu itu jadi melukut ditepi gantang saja," katanya. Begitu juga katanya dalam pilihan raya 2008 dan 2013, Pas telah mendapat kemenangan di banyak tempat termasuk di Selangor, Perak dan lain-lain hasil mendapat "tangga" dari pengundi bukan Islam yang sebahagiannya kerana perjuangan Bersih. "Di Selangor pernah dapat hingga 15 kerusi dari 20 kerusi ditandingi, tidak sedarkah kita ini hampir mustahil tanpa "tangga" pihak lain," soal beliau. Penyertaan dalam gerakan Bersih katanya adalah kewajipan agama dalam ajaran Islam kerana pengendalian pilihan raya yang penuh penipuan dan senget sebelah adalah perkara yang melampaui batas. "Dalam Islam perakara ini disebut "tangha" atau "taghut"," katanya. Menurut beliau, semasa arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dulu, penyertaan dalam aktiviti Bersih dianggap satu kewajipan. "Semua acara Bersih sejak yang pertama hingga Bersih 3, arwah Tok Guru arahkan kita semua bersama kerana perkara ini bukan setakat tindakan politik malah satu kerja agama. "Tok Guru arahkan saya supaya membuat panduan dan tatacara ketika menyertai Bersih, antara lain mengarahkan kita supaya bersolat di mana saja bila masuk waktu solat. "Dari situlah kita lihat peserta Bersih bersolat di semua sudut, dan orang bukan Islam menghormati tindakan ini dengan turut membersihkan tempat kita nak bersolat dan mereka yang bawa air turut membantu mereka yang belum ada wudhuk mengambil wudhuk. Perkara ini kata beliau menjadi viral ke seluruh dunia kerana gambar-gambar diambil bagi menunjukkan perpaduan dan keharmonian antara kita rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. "Kita diajar bersatu menentang kezaliman dan penindasan dan bukannya memperlekehkan oang-orang yang berusaha menuntut keadilan dan sistem pilihan raya yang bersih dan bebas. "Orang memerhati cakap-cakap mereka ini dan semakin terasa ucapan terhadap Bersih ini seperti percakapan menteri di pejabat perdana menteri," katanya. |
[LIVE][151016] Hijrah Yang Perlu Diteladani - Ustaz Muhammad Fitri Abdullah Posted: 15 Oct 2016 05:23 AM PDT |
AKAN KEMBALI UNTUK MEMENUHI RUANG BICARA Posted: 15 Oct 2016 04:07 AM PDT AKAN KEMBALI |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |