Sabtu, 1 Oktober 2016

Tukar Tiub

Tukar Tiub


BELI PETAI DI SUNGKAI

Posted: 01 Oct 2016 08:00 PM PDT





BAJU KUNING
Baju merah amOk TT seLamat.... kaH kah kah Thank you bro... BukaK story petai... Syukurlah Alhamdulillah... TT tengah shock nervast tu Baju kuning Kat kereta kena tarik Kereta kena ketOk..apa punya red$ on BELI PETAI DISUNGKAI
Nazrio Dond DoLLa
on 10/2/16

PANTUN MENGHASUT ORANG
Singgah sungkai beli petai, 
Kemudian tumpang hingga kelumpang, 
Tukartiub bukanlah orang pandai, 
Tapi sengaja menghasut orang. 

Dari kelumpang terus ke lumut, 
Boleh melawat kapal perang, 
Menghasut tak boleh berlembut, 
Menghasut juga jangan temberang. 

Kapal bernama kd mahsuri, 
Boleh berlabuh sebalik pulau, 
Menghasut mesti kena berani, 
Sebab polis suka tangkap engkau. 

Balik pulau tanjungnya indah, 
Tempat menjemur ikan kurau, 
Kalau polis buat tak endah, A
li tinju pula buat kacau. 

Ikan kurau masin enak digoreng, 
Dititis pula air limau, 
Kalau ali tinju mula tonggeng, 
Orang lain muntah hijau! 

on BELI PETAI DISUNGKAI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/2/16






--------------

PANDANGAN USTAZ WAN JI

Posted: 01 Oct 2016 07:20 PM PDT







F.BOOK


WAN JI
*Kenyataan Balas Mufti Penang*

"Saya bukan suruh tolak RUU 355, tapi minta dibincang dulu oleh ahli2 parlimen sebelum dijadikan undang2. Tujuannya supaya undang2 itu nanti menepati kehendak syarak iaitu menegakkan keadilan yg menyeluruh.


Ini (RUU 355) adalah ciptaan manusia untuk menegakkan syariat Allah. Sudah tentu tak boleh disamakan dgn ciptaan Allah. Jadi biarlah dibahas dulu untuk dihalusi dan dibaiki seberapa yg mungkin supaya sekali diterima sebagai undang2 tak akan wujud lagi lompong2 yg menampakkan kecacatan.

Saya seboleh2nya nak melihat mahkamah syariah dan undang2 syariah dihormati oleh semua pihak dan semua kaum di Malaysia.

Sekiranya RUU itu diterima secara tergesa2 saya bimbang ia akan gagal mencapai matlamat yg didambakan, maka dgn itu imej Islam berserta institusi2nya akan terjejas.

Wassalamu 'alaikum!"
Drp WA Mufti P.Pinang




-------------

SELAMAT TAHUN BARU

Posted: 01 Oct 2016 06:12 PM PDT







TIM TUKARTIUB

UCAP SELAMAT


MENYAMBUT 

TAHUN BARU


DAN

SALAM UNTUK

 SEMUA 



----------------

BELI PETAI DISUNGKAI

Posted: 01 Oct 2016 06:55 AM PDT





SINGGAH 

DI SUNGKAI

BELI PETAI

KEMUDIAN 

KE KELUMPANG

KENDURI ARWAH

NENEK MANDEEP

HUJUNG MINGGU

YANG SERONOK


-----------

IJAZAH TIPU UNTUK BANI MELAYU

Posted: 01 Oct 2016 01:00 AM PDT






F.BOOK

Krikk.. Krikk.. Krikk...

Nak jadi pakar 'motibasi' berjaya kene wajib menipu ka ???








































------------------

KESAH PELAYARAN ABU SIN

Posted: 01 Oct 2016 12:00 AM PDT





KESAH PELAYAN 

ABU SIN 

BAHAAGIAN DUA

Teen boy in Saudi Arabia arrested for "unethical behaviour" after flirty chat with YouTube teen girl star





Abu Sin (his name means "toothless") and Christina Crockett jokingly declared their love for one another in a silly YouNow stream that has since been uploaded to YouTube. They struggled through language barriers and acted like goofy young people.

Evidently, being a cute kid is a crime in Saudi Arabia, where the 19 year old internet goofball lives.

A Saudi attorney told Okaz newspaper the videos violate the country's interpretation of Sharia law and internet regulations. Abu Sin could face up to three years in prison.

PAKAR KELENTONG

Posted: 30 Sep 2016 10:39 PM PDT







PAKAR 

KELENTONG 



KALAU BETUL 

PAKAR KELENTONG

KENAPA TAK 

BELI  IJAZAH PHD

DARI TOGO TOGO

DARI KAZAKHTAN

DARI CONGO

DARI PAPUA

TAK ADA SIAPA 

BOLEH SELIDIK

DARI U.MALAYA 

PASTI KANTOI




---------------

BOGEL OOO BOGEL

Posted: 30 Sep 2016 09:30 PM PDT





BAGAIMANA

DENGAN YB

YANG TENGOK

FILEM BOGEL

SAJE TANYA

JANGAN MARAH 

NGO gesa k'jaan gam artis bogel, terlibat jenayah

Bimbang menjadi ikutan, sebuah NGO anak muda menggesa kerajaan menggam artis yang terlibat dengan jenayah dan isu moral.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membangkitkan beberapa isu, termasuk penahan seorang artis lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes menanam pokok ganja serta memiliki senjata di Kuala Lumpur, sebelum ini.

Turut dibangkitkan penyebaran gambar bogel yang didakwa memaparkan seorang pelakon wanita.


"Sama ada seorang selebriti itu terlibat dengan masalah moral atau jenayah ia tidak sepatutnya berlaku kerana mereka dianggap sebagai ikon oleh anak muda yang meminati karya seni selebriti berkenaan.

"Secara tidak langsung segala tindak tanduk selebriti kegemaran mereka pasti menjadi ikutan anak muda masa kini," kata penyelaras SAMM Faisal Zainal.
SAMM mengingatkan bahawa pada 80-an, menteri penerangan ketika itu  Mohamed Rahmat atau lebih dikenali sebagai Tok Mat pernah menggam artis popular yang dilihatnya bermasalah.
"Kini kelihatan Kementerian Penerangan terlalu bertolak ansur dengan selebriti yang ada masalah moral dan pernah terlibat dengan kes jenayah.

"Soalnya di mana ketegasan Kementerian Penerangan?" katanya.



BAGAIMANA

KALAU CURI

DUIT 1MDB

KEMUDIAN 

KAWAN DENGAN

BETINA BOGEL

SAJE TANYA

KERANA HANG

LANGUNG TAK

SEBUT LAGI 


KES 1MDB



--------------------------------

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kenali Menteri yang Pemalu....

Posted: 01 Oct 2016 03:42 AM PDT

Siapa provokator yg tutup muka tu?
   Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi muatnaik 4 gambar dan menulis :

Konvoi Bersih 5 sektor Perlis tamat jam 1 petang di C Mart Arau. Konvoi disambut oleh provokator geng (remaja tak sekolah) berbaju merah.

 Terima kasih kepada pasukan keselamatan yg memberi kerjasama padu melicinkan pergerakan konvoi.

Apasal tutup muka beb? Tak BESERI la...! [edit: ada sorang provokator pakai serban gitu...]

Tetiba... Ust Ridzwan Abu Bakar pula menyampuk melaui status lain ....


Shahidan ni baru balik ikut PM Najib ke German baru-baru ni... Nak ngabokan itu jer.... tapi malu.... tu yang tutup muka!

Adakah begini agensi-agensi kerajaan negeri Islam Kelantan bertindak?

Posted: 30 Sep 2016 10:04 PM PDT

Operasi bersepadu agensi-agensi kerajaan di Kelantan bersikap samseng? 
    Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan yang telah melancarkan satu operasi bersepadu oleh Agensi-agensi Kerajaan ia itu SPRM, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan serta Persatuan Pembalak Negeri Kelantan pada 28. Sept. 2016.

 Siti Kasim, timbalan bersama pengerusi jawatankuasa Majlis Peguam mengenai hak-hak Orang Asli, mempersoalkan kenyataan 

  Siti mendakwa operasi bersepadu itu bersikap samseng dan mengancam masyarakat Orang Asli di situ.

"Mengapa mereka berkelakuan seperti samseng? Menembak senjata? Menggunakan gergaji tanpa mengambil kira keselamatan masyarakat Orang Asli?" tulis Siti di fesbuknya.

    Beliau juga mempersoalkan kenapa polis di Gua Musang tidak tahu mengenai operasi tersebut. Dilihat pada rakaman vdo kejadian tersebut, tidak ada kereta resmi PDRM.

Mana kereta resmi polis?
   Mustafa Along, seorang penduduk yang terlibat dengan tindakan 'blockade' Orang Asli mendakwa dia telah ditangkap dan disumbat ke dalam sebuah kereta milik syarikat pembalakan oleh seorang anggota polis.(lihat gambar atas).

  "Adakah begini agensi-agensi kerajaan kita berfungsi?" soal Siti. Malu pada anda JPKM !!

 Lihatlah rakaman vdo kejadian, bagaimana perbincangan yang Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan cakapkan itu...

Laporan dari Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan
Isu tersebut berbangkit disebabkan beberapa rundingan di antara pelesen Syarikat pembalakan di bawah Konsesi Pembalakan Kumpulan Perkayuan Kelantan di bawah Lesen DB 01-05-16 dan DB 01(P)-15-16 dengan Suku Temiar di kawasan Hutan Simpan Balah, Gua Musang.

 Pihak Orang Asli telah membina halangan di atas laluan dalam kawasan Hutan Simpan Kekal tersebut bagi menghalang pengeluaran kayu balak daripada kawasan lesen yang sah.

Semalam pada 28. Sept. 2016 satu operasi bersepadu oleh Agensi-agensi Kerajaan ia itu SPRM, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan serta Persatuan Pembalak Negeri Kelantan untuk mengadakan rundingan dan penjelasan tentang isu ini bersama orang asli terbabit di kawasan berkenaan.

 Rundingan tersebut tidak mencapai kesepakatan dan operasi bersepadu membuat keputusan meroboh pagar halangan keluar masuk yang dibina oleh orang asli secara tidak sah.

Dakwaan aktiviti penggondolan seperti yang didakwa adalah tidak benar. Operasi bersepadu oleh semua Agensi kerajaan tersebut tidak bolehlah dikatakan membuli orang asli, ianya adalah satu operasi yang mengikut peraturan dan SOP yang telah ditetapkan selaras perundangan yang masih berkuatkuasa.

 JPN Kltan terus memantau rapi perkembangan selanjutnya.~ sumber

"BERANI KERANA BENAR!"

"BERANI KERANA BENAR!"


Demi akhbar bebas, mangsa KDN terbiar

Posted: 01 Oct 2016 07:04 AM PDT


Oleh Fathi Aris Omar 

Dia cemas, untuk sekian kalinya. Sehari selepas anak sulungnya dilahirkan, ketika isteri tersayang masih tidak bermaya di katil hospital, anak muda ini harus berdiri di kandang orang salah. Dan bakal menerima hukuman berat. Dia tiada dosa kecuali menjual akhbar tanpa permit Haraki. Dia berdosa kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Kes Zabidi Morad, 27, tidak dilaporkan dalam sebarang media, termasuk media alternatif atau pembangkang di negara ini. Jauh sekali namanya tercatat dalam rekod penindasan antarabangsa terhadap wartawan, seperti halnya nama Ahmad Lutfi Othman atau Zulkifli Sulong.

Tetapi Zabidi, dan mereka yang sekerdilnya, memikul risiko besar. Dia adalah unsung hero. Sejarah lazimnya melupakan individu sepertinya. Datang daripada keluarga yang mempunyai tradisi penulisan dan penerbitan, Zabidi bersama adik-beradiknya terjun ke dalam dunia pengedaran bahan-bahan bacaan politik kira-kira empat tahun lalu.

Sehari selepas keputusan pilihanraya kecil Pendang dan Anak Bukit, Zabidi melangkah ke mahkamah magistret Kuala Lumpur berseorangan, tiada penyokong meriuhkan isi perjuangannya walau beliau pernah juga mengendalikan laman web 'media bebas' Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami).

Pakciknya sendiri, Ahmad Lutfi, masih berada di kawasan pilihanraya itu. Aktivis-aktivis Kami sendiri tidak tahu. Tidak ada wartawan dari sebarang akhbar, berada di mahkamah. Selepas kes itu, tiada media melaporkannya.

Tabloid politik bebas 

Di tengah-tengah ghairah perjuangan menuntut kebebasan akhbar, mangsa KDN ini terbiar. Dua lagi Parit Buntar (Perak), sedang dibicarakan.
kes pengedar didakwa menjual atau memiliki bahan-bahan penerbitan tanpa lesen, di Shah Alam dan

Kedua-dua kes ini tidak dilaporkan, malah nama penuh mereka tidak diketahui oleh kumpulan wartawan, termasuk Kami, apatah lagi Harakah, malaysiakini atau Suara PRM. Mereka seolah-olah tanpa wajah.

Tetapi tanpa mereka, pembaca di daerah-daerah pedalaman tidak mungkin mengetahui kewujudan tabloid politik bebas, apatah lagi membaca isi kandungannya. Berkat kedegilan pengedar kecil-kecilan ini, dengan bayaran komisyen yang tidak berbaloi, mereka akhirnya diseret ke mahkamah oleh KDN.

Dunia ini tidak adil -- itulah yang sewajarnya diucapkan kepada Zabidi dan dua lagi pengedar bernasib malang.

Zabidi wajar berasa cemas pada pagi 19 Julai lalu. Dia hanya membawa wang tunai RM2,000.

Sedang beliau didenda RM5,000 (maksimum RM20,000 atau penjara tiga tahun). Teringat anak yang baru lahir dan janji untuk melawat isteri petang itu, dia berpeluh di mahkamah kira-kira 2 jam sementara menunggu kakaknya membawa baki wang.

Tekanan baru 

Jika gagal, dia berfikir-fikir, tentu akan dibawa ke lokap atau penjara Kajang. Kini kes itu menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tetapi bukan saat ini pertama kali dia cemas. Berdepan dengan KDN, polis dan Umno sudah menjadi darah dagingnya. Walaupun begitu, setiap tekanan baru pihak berkuasa membawa kegelisahan baru.

"Saya gementar dan panik," katanya kepada penulis semalam, mengingatkan satu insiden di
Perhimpunan Agung Umno 1997, ketika menjual buku politik Anwar Terjerat?: Teori Konspirasi Menjatuhkan TPM Melalui Tuduhan Skandal Seks karya Ahmad Lutfi.

Buku jualannya dirampas, sementara abangnya Rozani disoal siasat pihak berkuasa PWTC. Atas arahan Anwar Ibrahim, pengedaran buku itu dilarang di acara tersebut.

(Nota: Kesulitan yang dialami penulisnya dan pengedar buku ini diceritakan pada satu bab dalam buku Komplot Bunuh Diana. Dalam analisis tentang kematian Puteri Diana ini, Ahmad Lutfi mendedahkan beberapa pencetak enggan bekerjasama kerana bimbang tekanan KDN, juga amaran kementerian itu ke atas majalah pimpinannya, Tamadun).

Diganggu pihak berkuasa 

Kemudian pada tahun yang sama, Zabidi berdepan dengan karenah imam-imam besar di Masjid Negara pula. Buku Mufti Lawan Mahathir? dilarang dijual di pameran buku di kaki lima masjid itu dengan alasan "tulisan itu kontroversi."

Zabidi berkeras untuk terus menjual sehinggalah pihak berkuasa itu mengeluarkan arahan hitam putih agar buku tersebut ditarik balik. Sempat juga buku itu dijual beberapa hari biar tempoh pameran selama seminggu.

Apabila Anwar dipecat pada September 1998, sekali lagi Zabidi diganggu pihak berkuasa. Beberapa anggota polis merampas kaset-kaset ucapan Anwar yang dijual di kedainya, Penerbitan Pemuda. Waktu itu, Anwar belum ditangkap, kaset ucapan dan video road-show beliau mendapat sambutan hangat.

"Seorang daripada polis itu pernah datang membeli kaset. Saya masih ingat, dia berpakaian biasa (sebelum operasi itu)," imbas Zabidi. Dalam rampasan kali ini, dia memang cemas kerana diarah ke balai untuk diambil keterangan. Tetapi selepas berunding, pasukan pihak berkuasa itu mengambil keterangan di kedai itu sahaja.

Sebulan selepas itu, sekali lagi, kedainya di Medan Idaman, Jalan Gombak diserbu polis. Kali ini buku Anwar: Skandal Seks atau Konspirasi Politik dirampas kononnya dengan alasan penerbit tidak menulis nama dan alamat syarikat percetakan. Walaupun tidak diseret ke balai, dia masih bimbang apabila pakciknya Ahmad Lutfi yang mengarang buku itu dibawa ke balai polis Sentul selama beberapa jam.

Serbuan pihak KDN 

Sementara di tengah-tengah Kuala Lumpur, beratus-ratus penunjuk perasaan proreformasi ditangkap di celah-celah kebimbangan operasi kedua Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang baru bermula 10 Oktober (apabila Presiden JIM Saari Sungib ditahan).

Operasi pertama dimulakan dengan penahanan Anwar, Ruslan Kasim pada 20 September dan ia memakan masa lebih seminggu.

Selepas rampasan Haraki pada 9 Mei 2000, pada 10 November tahun itu, KDN menyerbu lagi Penerbitan Pemuda dan merampas lebih 600 naskhah tabloid tidak berkala Islah.

Naskhah itu menjadi agak hangat dan kontroversi kemudiannya apabila setiausaha parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Noh Omar bangun menunjukkan tabloid itu yang memuatkan berita utama 'Guna royalti minyak langgan perempuan.'

"Mereka menyalahgunakan kebebasan media, menyebarkan surat layang, menyalah guna internet. Malah kanak-kanak kecil di tadika telah disemai perasaan benci (kepada pemimpin kerajaan)," dakwa Noh di Dewan Rakyat.

Tiada simpati 

Sekali lagi, Zabidi dihadapkan ke mahkamah magistret berhubung pengedaran tabloid tanpa permit. Bagaimanapun, pada hari yang dijadual, pihak pendakwa KDN tidak hadir. Sementara kertas pendakwaan juga agak kabur - nama tertuduh tidak disebut kecuali "Pengurus Penerbitan Pemuda.".

Justeru Zabidi tidak pernah menghadiri perbicaraan. Waran tangkap tidak pula dikeluarkan oleh mahkamah. Seperti nasib Zabidi, kes itu tergantung. Ditanya apakah isterinya, yang dikahwini pada September tahun lepas, bimbang tekanan demi tekanan yang dialaminya, Zabidi menjelaskan dia boleh menenangkan ahli keluarganya. Bagaimanapun, sampai bila?

"Kadang-kadang saya rasa kecewa kerana tidak mendapat sokongan serta simpati mana-mana pihak," jelasnya jujur. "Ada waktunya pula saya cukup serik apabila memikirkan tentang keluarga."


Artikel ini diterbitkan di Malaysiakini pada 27hb  Aug 2002

ILHAM NAJMI

ILHAM NAJMI


KEMBARA ACHEH 2017

Posted: 30 Sep 2016 03:26 PM PDT


Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


RUU 355 Bukan Hukum Allah, Tiada Sebab PAS Mengkafirkan Orang Lain

Posted: 30 Sep 2016 11:48 AM PDT

Mufti PP: RUU355 bukan hukum Allah

Mufti Pulau Pinang menyuarakan rasa sedihnya terhadap tindakan segelintir ahli agama yang mengafirkan orang Islam yang tidak bersetuju dengan rang undang-undang (RUU) bagi meminda akta Mahkamah Syariah.

Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata beliau tidak menafikan peri pentingnya memperkasa mahkamah syariah, tetapi RUU itu belum lagi dimuktamad dan dibentangkan.


"Biarlah ia dibincang terlebih dahulu dengan teliti dari pelbagai aspek oleh pihak legislatif dengan tujuan penambahbaikan.

"Moga-moga dengan perbahasan yang bebas akan menghasilkan satu undang-undang yang adil untuk dilaksanakan ke atas seluruh warganegara," katanya dalam kenyataan yang antaranya diedarkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Kerajaan sebelum ini memberi laluan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkannya RUU persendirian itu untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.

Hadi bagaimanapun memohon ditangguhkan untuk sidang bulan depan atas alasan tidak cukup masa untuk dibentangkan.

Baru-baru ini, tersebar meluas video seorang ustaz di Internet yang memberi amaran untuk menanam Presiden PKR Datuk Wan Azizah Ismail di kubur Cina jika tidak menyokong RUU itu.

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada mufti Pulau Pinang itu merujuk langsung kepada kes tersebut.

Dalam kenyataan hari ini, Wan Salim juga berkata anggota parlimen tidak wajar dipaksa atau diugut menyokong RUU itu menggunakan alasan terjejas akidah jika menolaknya.

"Memang seorang Muslim wajib menerima hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT yang sakral.

"Tetapi RUU 355 bukan hukum Allah SWT. Ini hanya merupakan satu langkah ke arah memperkasa dan memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia yang akan dibentangkan nanti.

"Kemungkinan wujud kekurangan dan kelemahan tertentu di dalam RUU tersebut yang perlu diperbaiki sebelum dijadikan undang-undang," katanya.

Katanya, sebaiknya pihak kerajaan membentangkannya supaya kelihatan lebih serius dan tidak dilihat sebagai gimik politik semata-mata. -mk


Penceramah politik harus berhenti mengkafirkan

Takfir merupakan satu perbuatan menghukum orang orang tertentu dengan hukuman kafir kerana dianggap telah bertindak dengan tindakan yang menyeleweng dari akidah islam seperti pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Allah ataupun individu yang mengangkat orang kafir sebagai pemimpin.

Dalam kontek sejarah Islam, takfir dikaitkan dengan tindakan kumpulan khawarij yang telah bertindak mengkafirkan sahabat dan membunuh saidina Ali.

Perbuatan ini sebenarnya dilarang keras oleh agama islam, hatta Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah menyebut bahawa sesiapa yang memanggil saudaranya kafir, maka sesungguhnya celakalah akan memimpa salah seorang dari mereka.

Isu takfir dalam masyarakat Melayu bermula secara meluas setelah kewujudan parti politik yang menggunakan agama untuk menewaskan lawan politik mereka, walaupun parti parti politik menafikan bahawa mereka bertindak mengkafirkan parti lawan,namun demikian, telah wujud sebahagian ulama parti politik bertindak menggunakan pendekatan takfir terhadap lawan politik mereka.

Video terbaru telah viral seorang pemimpin parti menyebut sekiranya Kak Wan (merujuk kepada ahli parlimen) tidak mengangkat tangan (tanda sokongan) kepada usul pindaan akta 355 , maka telah jatuh iman (kafir) ahli parlimen tersebut. Lihatlah bagaimana ahli politik ini menggunakan ugutan berbaur takfir kepada ahli parlimen agar ahli parlimen itu menyokong usul pindaan akta 355 oleh Marang walaupun telah dikeluarkan banyak hujah bahawa tidak kafir pihak yang tidak menyokong usul tersebut.

Tidak kurang sebelum ini telah viral kenyataan seorang pemimpin parti politik yang mendakwa syurga neraka itu terletak pada nombor keahlian parti mereka.

Pengamal tegar takfiri sering kali menggunakan ayat ayat al-Quran untuk menghukum kafir kelompok tertentu sedangkan asalnya ayat tersebut adalah bersifat umum.

Realiti perpecahan orang melayu sememangnya nyata berlaku, Islam yang sewajarnya menjadi alat perpaduan telah menjadi alat perpecahan kerana kejahilan sebilangan ulama yang menafsir agama menurut hawa nafsu mereka,

Kejadian seperti runtuhnya institusi kekeluargaan, masyarakat terbelah dua, solat dua imam,pemulauan kenduri kendara,bahkan pemulauan solat jenazah telah berlaku satu ketika dahulu antara penyokong Pas dan Umno, dan telah berulang hari ini diantara penyokong Pas dan Amanah. Ini boleh dilihat dalam satu gambar viral 'screenshot' dari aplikasi Whatsaap satu kumpulan yang sinis terhadap berita kematian ahli keluarga penyokong parti Amanah yang menjadi seteru baharu mereka.

Budaya mengkafirkan sememangnya faktor utama ketegangan masyarakat melayu hari ini, budaya ekstrim dan radikal penyokong parti politik yang ringan lidah untuk mengkafirkan sesiapa sahaja yang berlainan parti dengan mereka atau pun menolak pandangan ulama parti mereka telah melahirkan kebencian sesama umat islam.

Para aktivis yang mengaku membawa perjuangan islam sewajarnya mengambil saranan Imam Syahid Hasan Al Banna agar pendukung Ikhwan Muslimin mengelakkan budaya engkafirkan.

Mengkafirkan seorang muslim merupakan satu perkara yang berat, kerana ia boleh melibatkan putusnya hubungan kekeluargaan,bahkan jika ia terus dibiarkan boleh membawa kepada penghalalan darah mangsa yang dikafirkan, oleh itu wajar para penceramah politik, lebih cermat dan berhati hati dalam menghukum kafir seseorang muslim atau kumpulan tertentu hanya kerana mereka tidak menyokong ulama parti kalian.

Parti politik juga harus memainkan peranan untuk mendidik ahli parti agar berhenti dari terus menerus mengamalkan budaya mengkafirkan penyokong dan pemimpin parti yang tidak sealiran, jika tidak mampu kita mohon agar para pemimpin untuk berhenti berceramah dan teruslah menambah ilmu agama, kerana amalan itu merupakan barah kepada kesatuan umat islam di Malaysia.
-MUAMMAR QADDAFI/MD




ULASAN GB

Mengkafirkan orang adalah taktik lapuk PAS untuk mencari sokongan kaum Melayu/Islam terhadap parti mereka.

Kini taktik itu digunakan lagi. Kali ini terhadap RUU 355 sedangkan RUU itu sendiri belum dibentang dan dibahaskan pun.

Kini perjuangan PAS semakin sempit. Hal-hal kebobrokan kepimpinan UMNO BN sudah tidak diindahkan lagi. Tiada lagi tentangan dilakukan terhadap 1MDB, GST dan sebagainya yang kini mencengkam kehidupan rakyat.

Di mana-mana mereka adakan adalah perhimpunan untuk mencari sokongan terhadap RUU 355 itu WALAUPUN BELUM PASTI SAMADA Presiden PAS akan diberi peluang dan ruang lagi untuk membentangkannya di dalam sesi parlimen akan datang ini.

Kenyataan Mufti Pulau Pinang di atas adalah benar. RUU 355 BUKAN Hukum Allah, maka adalah tidak wajar untuk PAS mengkafir sana sini.




FEATURED ADS