Jumaat, 16 September 2016

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SILA BUAT PERSEDIAAN

Posted: 16 Sep 2016 06:00 AM PDT




BERSEDIA

sila ambil cuti jika perlu
sila tempah hotel
sila tempah tiket
kapal terbang
keretapi
bas
sila buat kumpulan
untuk datang ramai ramai
BERSIH5

SATU JUTA 

KE DATARAN

19 NOVEMBER



-----------

UNTUK RAJA RAJA MELAYU

Posted: 16 Sep 2016 05:30 AM PDT








AGONG 

SUDAH

DIBERITAHU

RAKYAT MAHU

NAJIB BERHENTI

Dr M mengadap Agong, serah Deklarasi Rakyat

 | September 16, 2016
Bekas perdana menteri menyerahkan 'satu set dokumen' yang mengandungi 1.4 juta tandangan mahu Najib Razak meletak jawatan.






PETALING JAYA: Semalam Dr Mahathir Mohamad mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi menyerahkan 1.4 juta tandatangan mahu Najib meletak jawatan.
Pertemuan itu disahkan pegawai khas Dr Mahathir, Sufi Yusof ketika dihubungi FMT.
"Beliau membawa satu set 'dokumen'," katanya.
Dr Mahathir pergi mengadap baginda di Istana Anak Bukit di Alor Setar, Kedah pada jam 4.30 petang dengan ditemani bekas Naib Pengerusi Umno Bahagian Batu Kawan  Khairuddin Abu Hassan.

RAJA RAJA

MELAYU PASTI

TAHU INI YANG

RAKYAT MAHU

----------

BERITA DARI AMERIKA

Posted: 16 Sep 2016 05:00 AM PDT





TERKINI

DARI AMERIKA



N. America | Latest UFO sightings

www.latest-ufo-sightings.net/category/n-america
UFO and extraterrestrial phenomena in North America. If you want to browse by countries or states, click here > UFOs in North America by states/countries.




---------------

JAWAPAN AHMAD MASLAN

Posted: 16 Sep 2016 01:00 AM PDT




SAKIT BISUL
Assalam Ayatollah TT, time kasih la rindu kat gua jugak lu akhirnya. Gua skarang malleh nak bising sangat sbb kebangangan gua ada ramai pelapis dlm UMNO ni. Gua dah rekrut ramai sgt dan kesemuanya berjaya berjaya belaka. Terutama Keruak, Pembantu Rosmah si.Rizal.Mansoor, Rahman Dahlan. 

Gua skrgmasih sakitjubo mcm dulu jugak. Punat bisol masih sama, tumbuh 3 biji bisol tepi lubang jubo.gua. 

Alhamdulillah tengah teaming ngan Haji Hadi. Haji Hadi.ni, bukan ekau ja bingung.layan serban bakul ni, kita.worang pun biol. Kekadang terase.nak lempang ja. Mujur gua mmg cool. Kalo idak, tak pasal2 bengkek kepale org tua tu. Salam sayang comlot TT. Sekian...adehh adehh...sakit jubo. on SIAPA ADA NAMPAK AHMAD MASLAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/16/16
--------------

MIMPI - SATU LAWAN SATU

Posted: 16 Sep 2016 12:00 AM PDT






DIBERITAHU 

mimpi mimpi

khayal khayal

angan angan

bukan satu  

jenayah

bodoh pun 

bukan satu 

jenayah tapi

awas ianya

boleh merebak


Elak sifat 'abang long' dalam kesepakatan

ALOR SETAR - Kesepakatan pembangkang untuk mewujudkan pertandingan satu lawan satu menentang BN pada PRU14 mestilah bebas bersifat 'abang long'.


 Pengerusi Amanah Kedah,  Dr Ismail Salleh berkata, perkara itu perlu dielakkan sekiranya pembangkang benar-benar ingin memperjuangkan hak rakyat.

 "Pertandingan satu lawan satu memang patut berlaku jika pembangkang serius untuk menumbangkan BN yang terdiri daripada gabungan 14 parti komponen.

 "Kesepakatan itu mestilah ikhlas dan ada sifat tolak ansur tanpa ada perasaan satu parti lebih dominan yang bersifat 'abang long' seperti yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) sedikit masa lalu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

 Menurutnya, kesan daripada sifat itu juga menyebabkan rakyat yang memberi kepercayaan kepada PR untuk mentadbir akhirnya dihampakan.


SAJE BERITAHU

JANGAN MARAH





-------------

KONGSI BERSAMA

Posted: 15 Sep 2016 11:00 PM PDT






BHUTAN NEGARA GUMBIRA
Cukong lari, aku apa peduli .. berjuta Bangla dan Nepal pulak akan mari .. yang penting Zahid happy, buat duit berkodi-kodi. Kamu tahu tak Bhutan negara yg punya penduduk paling happy dalam dunia .. Bhutan tak kaya, tapi hasil negara dikongsi bersama .. sebelum tu Bhutan yg punya penduduk hanya 750 ribu telah menghalau keluar 100 ribu penduduknya yang tak reti bahasa dan budaya Bhutan .. 

ingat bahasa jiwa bangsa dan negara. Sempena hari malaysia jom kita nyanyi lagu Terang Boelan, janji Najib happy, Badak happy, Maslan Kontot happy, mereka happy sebab duit mereka berpeti .. rakyat hanya jilat saki-baki dan GST .. mampuih. on CUKONG MULA SUSAH HATI
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 9/16/16




-------------

PEGUAM NEGARA AMERIKA TIBAI NAJIB

Posted: 15 Sep 2016 10:00 PM PDT



MAK CIK FELDA TAK FAHAM
Begitu jelas Loreta berucap, yg faham bahasa Inggeris boleh tangkap mesejnya, tapi makcik2 Felda, ahli2 UMNO di desa2, NGO Melayu di kotaraya, ahli2 PAS yg berserban, bercapal, bertawakal atau yg bertaqwa dan yg masih percaya jin dan superstitions ......apakah mereka faham ayat dan bahasa Loreta tu? Apalah nasib sebahagian besar minda orang Melayu kita? 

Tak boleh faham antara skandal rasuah berskala besar yg dilakukan oleh pemimpinnya sendiri dan harus menentang dan mendesak pemimpin itu didakwa dan dihukum, ini tak mereka sama ada benggong atau percaya pemimpin itu kelak akan diadili di padang Mashyar oleh Allah. 

Jadi mereka fikir tak perlu sibuk2 akan perkara itu dan semuanya pula harus tumpu kepada pembangunan akidah masing2, banyak berdoa dan bertafakul. on DENGAR APA KATA PEGUAM NEGARA
Publish | Delete | Spam
UNCLE RAMLI
on 9/15/16




PERLU REVOLUSI BAHASA
Setuju. Revolusi bermula dengan bahasa. Wajib disebarkan beserta sarikata atau terjemahan yang tepat dan tuntas. Ini penting. Masalah penguasaan bahasa Inggeris itu satu perihal, sementara masalah penghayatan bahasa Inggeris itu pula satu lagi perihal yang lain. Belum lagi isu bahasa Melayu itu sendiri. 

Apapun , terima kasih kepada tt yang menyebarluas dan mengarusperdanakan revolusi dalam bentuk satirikal mahupun sabatikal. Jasa tt adalah crucial. (ni faham ke tak penuntut universiti awam ni bila aku cakap crucial, tak usah kata geng orang kampung atau felda). on DENGAR APA KATA PEGUAM NEGARA
Publish | Delete | Spam
pujangga cooler lumpur
on 9/15/16





------------

PROGRAM MENGHASUT TUKAR TIUB

Posted: 15 Sep 2016 09:30 PM PDT






SELASA MALAM

JEMPUT DATANG

KE DEWAN CINA

TUKAR TIUB

AKAN MEGHASUT

AL-FATIHAH

Posted: 15 Sep 2016 09:04 PM PDT






                                             



Mursyidul Am Pas Haron Din meninggal dunia
-----------

SIAPA KENAL ANAK MUDA BERANI

Posted: 15 Sep 2016 08:30 PM PDT






 MINTA BANTU

SIAPA KENAL

ANAK MUDA INI

MAHU DIJEMPUT 

KE BERSIH5

DAPAT DATUK SERI
Anak Muda MELAYU ini BERANI KERANA BENAR Wajar dapat Darjah DATUK SERI Anak Muda ini Bukan Menipu Bukan Rasuah dalam Kerajaan macam Mamat DBKL sapu juta juta walhal makan gaji gomen Rakyat tanggung Yang benar di tindas Yang LAHAP di agung on SIAPA KENAL ANAK MUDA INI?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/10/16




POYO TAPI BERANI
Tanpa Nama berkata...
Tahniah TT dan RBU kerana meraikan ikon yg berani melawan. Walaupun style dia poyo, aku tetap salute sebab berani melawan dgn caranya yg tersendiri.
10 September 2016 9:51 PTG

ANWAR MAHATHIR
Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...
Ayatullah TT,
Tak nak jemput sam ker 'Anwar Mahadir'..keke
11 September 2016 1:09 PG 

INSURAN
Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...
Lepas video ni ramailah orang bayar insuran kamu. Bodoh punya manusia. Manusia macam ni yang selalu kena jual oleh pembangkang.
11 September 2016 8:58 PG 


JADI TOKOH
orang mcm ni pun nak angkat jadi tokoh hanya kerana video trending bodoh punye TT on SIAPA KENAL ANAK MUDA INI?
Anonymous
on 9/12/16


BARANG NAIK HARGA
Kau tak bodoh? Brp ramai yg merungut bila insuran naik, malah bukan insuran sj, segala barang naik harga. Sekurang2nya dia berani menyuarakannya,yg lain takat tumpang sekaki. Yg kena jual kaw2 ialah pemakan dedak, agaknya kau seorg drpdnya on SIAPA KENAL ANAK MUDA INI?
in response to Lepas video ni ramailah orang bayar insuran kamu. Bodoh punya manusia. Manusia macam ni yang selalu kena jual oleh pembangkang., by Anonymous.
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/11/16

BANGUN MELAWAN
Lagi bodoh kalau ngikut jer tak melawan, mcm lembu dicucuk hidung. on SIAPA KENAL ANAK MUDA INI?
in response to Lepas video ni ramailah orang bayar insuran kamu. Bodoh punya manusia. Manusia macam ni yang selalu kena jual oleh pembangkang., by Anonymous.
Anonymous
on 9/11/16

ORANG KAYA
Hello orang kaya 8.58pg yg bongkak, ginilah jawapan kamu. Teruskan bersyukur. Semoga mati kelak, angkat sendiri jenazah kamu. Tanam berdiri tegak. on SIAPA KENAL ANAK MUDA INI?
in response to Lepas video ni ramailah orang bayar insuran kamu. Bodoh punya manusia. Manusia macam ni yang selalu kena jual oleh pembangkang., by Anonymous.
Anonymous
on 9/11/16

TAK SALAH
Tak jadi kesalahan utk menzahirkan perasaan... mungkin bahasa nya tak seindah bahasa politik... namun bagi yg berakal sedar dan tahu betapa susah dan di luar kemampuan demi kos sara hidup yg bergitu mengigit hari ini buat org seperti nya dan seperti saya... yg menjadi salah bila kita tak reti memuji...NAJIB RAZAK... on SIAPA KENAL ANAK MUDA INI?
652203 4423143
on 9/11/16

DALAM JIWA
Kata apa yg ada di jiwa bukan lah poyo... walau bahasa nya tak sa indah bahasa politik... sekurang nya manusia berakal tahu betapa berat nya bebanan sara hidup hari ini... kerajaan korup membawa sengsara kapada rakyat... kos sara hidup sudah di luar kemampuan bagi gulungan seperti dia... bukan menjadi kesalahan utk menzahirkan perasaan cuma jadi kesalahan bila tak tahu memuji!!! NAJIB RAZAK...??? on SIAPA KENAL ANAK MUDA INI?
Publish | Delete | Spam
652203 4423143
on 9/11/16

BERANI KERANA BENAR
Anak Muda MELAYU ini BERANI KERANA BENAR Wajar dapat Darjah DATUK SERI Anak Muda ini Bukan Menipu Bukan Rasuah dalam Kerajaan macam Mamat DBKL sapu juta juta walhal makan gaji gomen Rakyat tanggung Yang benar di tindas Yang LAHAP di agung on SIAPA KENAL ANAK MUDA INI?
Anonymous

on 9/10/16

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


DI SEBALIK UMNO SEMAKIN MENGECIL, SPR MUNCUL UMPAMA TALIAN HAYAT

Posted: 16 Sep 2016 08:51 AM PDT

shahbudindotcom


Di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO, tidak ramai di antara mereka yang betul-betul mahu mengaku kewujudan PPBM adalah cabaran sebenar kepada kedudukan parti itu dalam pilihanraya akan datang.

Lebih ramai yang terus sombong bongkak dengan mengatakan PPBM bukan saingan yang sebenar, UMNO sudah biasa dengan cabaran, PPBM bakal senasib Semangat 46 dan macam-macam lagi.

Realitinya, dengan bermulanya PPBM mendaftarkan ahli-ahli baru sejak semalam, kedudukan UMNO dengan sendirinya makin mengecil. Pada hari pertama di Kuala Lumpur saja, sebanyak lebih 9000 borang telah diambil. 

Hari ini mungkin ribuan lagi yang telah mendaftar dan oleh kerana permintaan bertambah, walaupun esok merupakan cuti umum sempena Hari Malaysia, pendaftaran terpaksa dibuka untuk kemudahan orangramai.

Serentak dengan itu, penyeleras negeri-negeri turut dilantik untuk memudahkan lagi proses pendaftaran ahli. Beberapa negeri kemudiannya melantik penyelaras di peringkat bahagian-bahagian pula.

Dengan itu, ahli PPBM akan terus bertambah hari demi hari. Sebahagian besar ahli PPBM adalah ahli UMNO. Secara automatiknya, UMNO makin kekurangan ahlinya.

Apabila ahli UMNO berpindah kepada PPBM, bermakna juga mereka tidak lagi mahu mengundi BN dalam pilihanraya akan datang. Jadinya, UMNO  akan berkurangan ahli, BN berkurangan undi.

Proses menjauhi UMNO dan BN ini akan berterusan selagi Najib terkepung dengan isu 1MDB dan Rosmah pula kekal dengan kegemaran suka membeli-belahnya. Dari masa ke semasa, mungkin lebih banyak lagi yang akan didedahkan kepada kita semua.

Semua itu menjadikan UMNO dan BN secara realitinya tidak selamat lagi untuk menggenggam kuasa yang ada. Kuasa yang mereka ada hanya menunggu masa saja untuk ditanggalkan oleh pengundi-pengundi yang semakin bijak dan tidak mudah lagi ditipu dengan bayangan permata, tetapi sebenarnya ia hanyalah kaca.
 
 
 
 
PPBM bersama Pakatan Harapan lebih diharap dan dipercayai untuk menjadi kerajaan baru menggantikan BN.

Dalam keadaan cemas itu, satu-satunya talian hayat yang tinggal bagi UMNO dan BN untuk mengekalkan kuasanya ialah SPR. Sebab itu, serentak dengan terttubuhnya PPBM, secara tiba-tiba juga SPR mengumumkan syor kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihanraya untuk dilaksanakan dalam pilihanraya umum akan datang.

Syor tersebut tidak melibatkan pertambahan bilangan kerusi, tetapi cuma perubahan nama dan sempadan kawasan pilihanraya semata-mata. Dengan yang demikian, ia tidak memerlukan kelulusan majoriti dua pertiga di Parlimen, sebaliknya memadai dengan majoriti mudah saja.

Di setiap negeri, beberapa kawasan akan terlibat dengan perubahan persempadanan itu dengan Kuala Lumpur dan Terengganu menyaksikan semua kawasan akan diubah sempadannya.

Di Selangor, ia melibatkan 18 daripada 22 kawasan Parlimen, di Perak, perubahan melibatkan  17 daripada 24 kawasan Parlimen manakala di Johor,  21 daripada 26 kawasan akan terlibat.

Ahli Parlimen DAP, Tony Pua menggambarkan tindakan SPR itu lebih bertujuan menambah jumlah majoriti di kawasan yang BN tidak boleh menang dan mengurangkan majoriti di kawasan yang mungkin BN boleh menang.

Mengambil contoh kawasan Parlimennya Petaling Jaya Utara yang akan ditukar kepada Damansara, perubahan persempadanan itu, katanya akan menyaksikan pertambahan sebanyak 76.2 peratus daripada 85,401 pengundi kepada 150,430 jumlah pengundi.

Sebaliknya kata Tony, di kawasan Parlimen Kapar, jumlah pengundi dikurangkan daripada 144,159 kepada 100,456 pengundi iaitu penurunan sebanyak 30.3 peratus.
 
 
 
 
Perubahan persempadanan yang dilakukan SPR itu dan manfaatnya kepada BN juga mungkin lebih difahami melalui gambarajah seperti yang turut disiarkan dalam blog ini.

Lantaran itu, rakyat bukan saja seharusnya mengemukakan bantahan secara besar-besaran terhadap cadangan SPR itu, malah mesti juga turun beramai-ramai dalam Bersih 5 pada 19 November depan. 

Ini kerana, cadangan SPR nyata bertujuan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN.


Solat jenazah ghaib Almarhum TG Haron Din

Posted: 16 Sep 2016 07:12 AM PDT

HARAKAHDAILY 


إنا إنا لله و إنا إليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه


Jenazah Almarhum Tuan Guru Datuk Dr Haron Din, insyaallah akan dimandikan pada jam 10 pagi Jumaat 16 Sept 2016. Sementara solat jenazahnya akan dilangsungkan sejurus selesai solat Jumaat. (Waktu San Francisco, US)

(Makluman dari pihak keluarga Al Marhum Tuan Guru)

Ia bersamaan jam 01.00 pagi Sabtu waktu Malaysia. Justeru itu kami pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengumumkan waktu solat jenazah ghaib ialah seperti berikut:

Tarikh: 17 Sept 2016
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 am
Tempat: Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor

Imam: YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang (Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia)

Semua Muslimin dijemput hadir.

(Kepada negeri yang berjauhan boleh memilih untuk mengadakan Solat Jenazah Ghaib pada hari dan masa yang sama di masjid negeri dan daerah masing-masing.)

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat


Satu lawan satu: PAS akan buat kajian terperinci

Posted: 16 Sep 2016 06:57 AM PDT

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD 


 


MARANG: PAS menyambut baik cadangan pertandingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tetapi PAS tidak gopoh dan akan membuat kajian terperinci.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS kini perlu berhati-hati dalam mengadakan kerjasama politik dengan semua pihak.

Justeru, katanya terlalu awal bagi parti itu membuat keputusan mengadakan kerjasama politik baharu dengan mana-mana parti pembangkang lain.

Menurutnya, konsep umum yang sedang diperkenalkan oleh PAS adalah politik matang dan sejahtera berdasarkan 'taawun' iaitu tolong-menolong dalam perkara baik.

"Terlalu awal kita mahu membuat keputusan. Parti-parti politik pun dalam keadaan tidak menentu.

"PAS perlu berhati-hati untuk bekerjasama dengan semua pihak, cuma langkah kita sekarang ialah memperkenalkan politik matang dan sejahtera berdasarkan kepada taawun iaitu tolong-menolong dalam perkara baik dan tidak tolong-menolong dalam perkara yang tidak baik.

"Kerjasama dalam perkara baik sama ada dengan kerajaan atau pun pembangkang. Ini konsep umum yang kita pegang pada hari ini.

"Terlalu awal untuk kita sebut parti-parti tertentu, terlalu awal untuk kita sebut beberapa penjuru kerana kita tidak tahu parti mana yang masuk bertanding dan yang tidak masuk bertanding.

"PAS tetap mempunyai kemampuan dan sejak tahun 1955, PAS sudah masuk pilihan raya. PAS pernah bekerjasama dengan pelbagai parti politik. Kita kaji semua sebab itu tidak gopoh dalam membuat keputusan," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wakil media mengenai pendirian PAS dengan strategi satu lawan satu pada PRU14, selepas menyampaikan kuliah mingguan pagi Jumaat di Masjid Rusila, pagi tadi.

Ahli Parlimen Marang itu menjelaskan bahawa PAS akan melihat kekuatannya berdasarkan laporan dari negeri-negeri.

Katanya, apa guna bagi parti-parti pembangkang lain turut bertanding di kawasan sama yang PAS mempunyai kekuatan jentera partinya.

Ketika ditanya, adakah PAS belum lagi membuat pendirian tetap dengan cadangan satu lawan satu pada PRU14, beliau mengakui kerana akan membuat kajian secara terperinci.

Namun, kata beliau berdasarkan perkembangan parti itu pada masa kini sangat baik dengan penerimaan rakyat.

"Ya, belum ada pendirian lagi (satu lawan satu) kerana kita akan buat kajian secara terperinci. Perkembangan PAS kini sangat baik di masa mutakhir ini.

"Di samping kita pernah menang di Kelantan dan pernah menang di Terengganu dan kita pernah memerintah Kedah dan pernah cuba memerintah negeri Perak, (PAS) pernah menyertai kerajaan campuran di Selangor.

"Kerajaan (Malaysia) ini akan berubah, ianya tidak kekal selamanya akan berubah. Sebab itu tidak boleh kita membuat kenyataan lebih awal kerana perubahan boleh berlaku bila-bila masa sahaja," jelasnya.

Menjawab persoalan kemungkinan PAS mengadakan kerjasama politik baharu dengan parti DAP, beliau menegaskan tidak dengan parti yang menentang Islam.

"DAP mungkin tidak kerjasama kerana sikap DAP yang tidak berubah, menentang Islam. Terus teranglah saya sebut dia menentang Islam, menentang agenda Islam," tegasnya lagi. - HARAKAHDAILY 


Pas mungkin setuju bergabung dapatkan kerusi Parlimen

Posted: 16 Sep 2016 06:47 AM PDT

 
  
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
 
 
Betul atau tidak, Pas akan bersetuju bergabung dengan parti pembangkang lain pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 demi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sumber dalaman Pas memberitahu, parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bersetuju untuk bergabung hanya untuk kerusi Parlimen sahaja sementara kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masih lagi dalam rundingan tidak rasmi.

"Matlamat semua pembangkang adalah untuk menukar kerajaan BN dan untuk mencapai matlamat tersebut, pembangkang mestilah memenangi semua kerusi Parlimen.

"Jika perancangan berjalan lancar, maka semua kerusi parlimen yang dipertandingkan di seluruh negara akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara BN dan mana-mana parti pembangkang.

"Kalau tak buat begitu, maka susahlah pembangkang hendak jatuhkan kerajaan BN dan sampai bila pun tidak akan berjaya jika berlaku pertandingan tiga penjuru," katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Jelasnya, walaupun tidak diumumkan secara rasmi, tetapi percaturan itu dilihat sangat berkesan dan pasti akan memberi tekanan kepada kerajaan BN.

"Pengalaman Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah cukup menjadi pengajaran kepada parti-parti pembangkang.

"Melalui persetujuan ini, kedudukan parti pembangkang akan lebih kuat dan memudahkan rakyat untuk membuat pilihan," ujarnya.

Mengenai pembahagian kerusi, katanya, Pas akan tetap mempertahankan kerusi sedia ada manakala pembangkang lain akan membuat pembahagian mengikut persetujuan bersama.

"Pada dasarnya, Pas bersetuju untuk bergabung dan yakin cara itu yang terbaik untuk menewaskan BN nanti pada PRU ke-14.

"Kerusi DUN pula, kemungkinan syarat yang dikenakan Pas adalah pembangkang lain tidak boleh bertanding di Kelantan kerana mahukan negeri itu terus kekal di bawah pemerintahan Pas.

"Begitu juga dengan Pulau Pinang dan Selangor yang akan dikekalkan seperti mana hari ini," katanya.

Tambahnya, apa yang penting adalah persetujuan Pas bergabung dengan parti pembangkang lain untuk bertanding satu lawan satu dengan BN pada PRU ke-14 nanti. - MalaysiaGazette


Polis siasat panggilan telefon kes culik nelayan di Sabah

Posted: 16 Sep 2016 06:42 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Satu panggilan telefon diterima berhubung kes penculikan 3 anak kapal nelayan di perairan Pulau Pom Pom, Semporna baru-baru ini.
 
Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun enggan mengulas butiran panggilan telefon itu.
 
"Memang ada panggilan telefon. Tetapi biarlah kita (polis) menyiasat dahulu kesahihan panggilan tersebut, sama ada ia betul-betul daripada penculik atau orang yang mahu mengambil kesempatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan Hari Malaysia peringkat Sabah di sini, hari ini.
 
Abdul Rashid berkata beliau difahamkan semua mangsa dalam keadaan selamat dan polis akan terus menyiasat kes itu.
 
Tiga anak kapal nelayan itu dikenali sebagai Loloi Alpin, 30, Sami, 30-an, dan Masurin, 50-an masing-masing warga Filipina tetapi memiliki dokumen IMM13 dan Surat Banci daripada Pasukan Petugas Khas.
 
Mereka diculik 7 lelaki bersenjata api ketika menangkap ikan bersama-sama 13 lagi anak kapal di perairan berkenaan kira-kira 10.40 malam pada 10 Sept lepas.
 
Abdul Rashid turut kesal kerana kebanyakan bot nelayan di perairan Sabah khususnya di pantai timur negeri ini tidak memasang sistem komunikasi Sistem Pengesanan Automatik (AIS) untuk membolehkan mereka berhubung dengan pihakvberkuasa.
 
"Seperti insiden (culik) baru-baru ini, bot dia tidak ada sistem perhubungan seperti AIS.
 
"…kita minta nelayan supaya pasangkannya (AIS) dan beri kerjasama kepada pasukan keselamatan dalam menjaga kepentingan dan keselamatan kita bersama," katanya.
 
Beliau berkata polis sedang mengkaji semula pemberian permit kepada nelayan untuk menjalankan kegiatan perikanan di perairan negara pada waktu perintah berkurung.
 
Abdul Rashid menjelaskan kajian semula itu bukan untuk melarang kegiatan perikanan pada waktu berkenaan tetapi mencari pendekatan sesuai menjalinkan kerjasama antara nelayan dengan pasukan keselamatan.
 
Menurutnya pelaksanaan perintah berkurung di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) masih efektif, tetapi memerlukan kerjasama masyarakat untuk memastikan keselamatan terjaga.
 
Beliau juga tidak menolak kemungkinan penculik bersembunyi di kawasan Esszone, khususnya pulau-pulau berhampiran selatan Filipina.
 
Sempena sambutan Hari Malaysia, Abdul Rashid berharap rakyat terus bekerjasama dalam memelihara keselamatan dan keamanan negara ini.
 
"Kita semua bersusah payah memastikan kedaulatan dan keamanan negara. Jadi, kita jagalah negara kita bersama," katanya.
 
 

AL-FATIHAH DAN ALHAMDULILLAH

Posted: 16 Sep 2016 06:32 AM PDT

shahbudindotcom


Dua berita diterima pagi ini. Satu berita sedih, satu lagi berita gembira. Satu perlu diucapkan Al-Fatihah dan satu lagi harus disyukuri Alhamdulillah.
 
 
 
 
Takziah dan Al-Fatihah kerana kembalinya ke rahmatullah Mursyidul Am Pas, Dr. Haron Din yang juga seorang tokoh ulama terkenal pada jam 10.10 pagi tadi di Hospital Stanford University, California, Amerika Syarikat.
 
 
 
 
Alhamdulillah pula kerana akhirnya Tun Mahathir Mohamad diterima mengadap Yang Dipertuan Agong untuk mempersembahkan petisyen Deklarasi Rakyat yang sebelum ini telah berjaya mengumpul 1.4 juta tandatangan.

Menurut catatan di blog A Kadir Jasin, pertemuan di Istana Anak Bukit, Alor Setar itu berlangsung selama kira-kira sejam pada petang semalam. 


Kewangan kerajaan pusat tersepit, kata pakar ekonomi

Posted: 16 Sep 2016 06:32 AM PDT

BORHAN AHMAD
Tan Sr Dr Kamal Salleh menyifatkan kewangan kerajaan pusat sekarang tersepit.Tan Sr Dr Kamal Salleh menyifatkan kewangan kerajaan pusat sekarang tersepit.


Pakar ekonomi, Tan Sri Dr Kamal Salleh menyifatkan kedudukan kewangan kerajaan pusat sekarang tersepit antara kekurangan wang dengan kos pinjaman luar yang tinggi.

Dalam wawancara dengan akhbar mingguan Amanah, bekas pengarah Intitut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) itu berkata, pendapatan negara sekarang jauh lebih kecil dari perbelanjaannya.

Dalam masa yang sama, katanya, hutang negara kini mencecah 55% dari keluaran dalam negara kasar (GDP) yang menyebabkan rating Malaysia rendah di pasaran antarabangsa.

Kesannya, kata beliau, kos yang tinggi perlu dibayar oleh negara jika mahu berhutang di luar negara bagi menampung keperluan perbelanjaan tempatan.

Ekoran itu, beliau menjangkakan pilihan raya umum tidak akan diadakan tahun ini.

"Kerajaan tidak akan adakan pilihan raya dalam masa yang terdekat kerana mereka akan kalah kerana mereka tidak boleh berbelanja," kata Kamal Salleh dalam wawancara khasnya dengan akhbar mingguan Amanah.

Laporan penuh wawancara itu boleh diikuti dalam akhbar itu yang berada di pasaran sekarang.

Sebelum ini, akhbar mingguan itu juga melaporkan, pilihan raya tidak boleh diadakan pada waktu terdekat ekoran pembekuan dana 1MDB yang berada di luar negara ekoran tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika terhadap dana 1MDB.

Menurut akhbar itu,  pilihan raya umum (PRU) terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan walaupun sebelum ini ada pihak menggesa kerajaan supaya mengadakan PRU segera ekoran kemenangan besar BN pada pilihan raya negeri Sarawak dan dua pilihan raya kecil di Semenanjung iaitu Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Belanja RM24j antara 2008-2015, Rosmah dicabar saman akhbar WSJ

Posted: 16 Sep 2016 06:30 AM PDT

ARIF ATAN
 
 
Kontroversi perbelanjaan mewah isteri PM terus jadi perhatian mediaKontroversi perbelanjaan mewah isteri PM terus jadi perhatian media


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor perlu tampil membersihkan dirinya dengan berani menyaman akhbar Wall Street Journal (WSJ), kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil.

Menurutnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu melakukan siasatan jika Rosmah gagal berbuat demikian.

"Ketua Pesuruhjaya baru SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad perlulah mengotakan janjinya untuk menyiasat setiap kes korupsi secara amanah, tegas dan adil.

"SPRM hendaklah menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat dan negara mengatasi kepentingan mana-mana individu yang berkuasa," ujarnya dalam satu kenyataan.

Faiz mengulas laporan WSJ berkenaan perbelanjaan Rosmah antara 2008 dan 2015 yang mencecah AS$6 juta (RM24 juta) untuk membeli pakaian, kasut dan barangan kemas.

Beliau berkata, pendedahan terbaharu itu menimbulkan spekulasi bahawa wang tersebut berasal daripada jenayah penyelewengan dan pengubahan wang haram dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Amat menghairankan bagaimana Rosmah mempunyai wang sebanyak itu untuk berbelanja mewah ke atas barang kemas, pakaian, beg tangan, kasut dan sebagainya kerana beliau tidak bekerja dan tidak juga menerima pencen.

"Perbelanjaan mewah ini pula dilakukan di luar negara yang pasti keuntungan cukai ke atas barangan tersebut dinikmati negara asing, sedangkan rakyat di negara sendiri dipaksa mengikat perut untuk membayar cukai GST," jelasnya.

Menurutnya, pendapatan Datuk Seri Najib mustahil mencukupi untuk membayar sebanyak AS$6 juta itu.
"Adakah jumlah tersebut pernah diisytiharkan oleh Perdana Menteri sebagai wang simpanannya? Adakah cukai pendapatan dibayar? Adakah zakat dikeluarkan?" bidas Faiz.

Beliau yang juga peguam berkata, Rosmah boleh dianggap sebagai rakan jenayah (accomplice) kepada pemerintahan kleptokrasi suaminya yang menyeleweng wang rakyat.

"Hukuman bagi seorang 'accomplice' adalah sama beratnya dengan penjenayah utama," tegasnya.

Beliau menyifatkan perbelanjaan mewah oleh Rosmah daripada sebahagian wang haram yang dirompak dari 'scam' 1MDB adalah anggapan munasabah.

Ini memandangkan, jelasnya, pendedahan saman 'civil forfeiture' oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat bahawa Malaysian Official 1 yang menyerupai Perdana Menteri didakwa secara positif telah menerima wang melebihi RM2.6 bilion hasil rompakan wang 1MDB.

Faiz turut menuntut supaya Peguam Negara mengarahkan skandal 1MDB disiasat semula secara bebas dan menyeluruh memandangkan dunia sedang memerhati Malaysia.

"Jangan biarkan negara mengulangi nasib rakyat Filipina sewaktu pemerintahan Presiden Marcos.
"Rosmah Mansor dan anaknya Riza Aziz yang berbelanja mewah serta memiliki harta berbillion ringgit hasil titik peluh rakyat tidak harus dibiarkan bebas.

" Jika tidak, bukan sahaja dunia mentertawakan kita, malahan generasi akan datang pasti menyumpah kita kerana institusi-institusi penguatkuasaan seperti SPRM, polis dan Peguam Negara takut untuk bertindak," tegasnya lagi.

WSJ baru-baru ini mendedahkan dokumen-dokumen baru yang ditelitinya mendapati Rosmah berbelanja sekurang-kurangnya AS$ 6 juta melalui caj kad kredit di beberapa gedung beli-belah seperti di Harrods dekat London dan Saks Fifth Avenue di New York.

Sebelum ini, akhbar sama mendedahkan Rosmah berbelanja sebanyak € 750,000 di gedung barangan kemas De Grisogono milik Swiss di cawangan Itali dan AS$ 130,635 di Chanel di Honolulu, Hawaii.

Pemimpin pembangkang turut 'rasai' kehilangan Haron Din

Posted: 16 Sep 2016 06:19 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pemergian Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din turut dirasai bekas pemimpinnya yang kini menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
 
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan pemergian pemimpin kanan PAS itu sebagai satu kehilangan dakwah Islamiah, meskipun mereka kini berbeza arah tujuan perjuangan.
 
"Sepanjang hayatnya, Allahyarham banyak berjasa kepada masyarakat khususnya dalam aspek dakwah dan bidang perubatan alternatif.
 
"Walaupun berbeza dari sudut pendekatan dan parti politik sekarang ini, saya percaya seluruh ahli Amanah juga, atas nilai karamah insaniah dan persaudaraan Islam, turut merasai kehilangan Allahyarham.
 
"Apatah lagi, ramai di antara kami pernah bersama lama dalam satu wadah sebelum ini," demikian memetik kenyataan medianya.
 
Mohamad, atau dikenali sebagai Mat Sabu merupakan bekas Timbalan Presiden PAS sebelum menyertai Amanah pada tahun lalu.
 
Langkah Mat Sabu diikuti rapat oleh beberapa pemimpin kanan PAS yang lain, termasuk Salahuddin Ayub, Khalid Samad, Mujahid Yusof Rawa dan Hanipa Maidin selepas golongan tersebut kalah dalam pemilihan Muktamar Tahunan PAS 2015, akibat penentangan  kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
 
 
 
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut berkongsi kesedihan kehilangan Haron di laman sosial Facebooknya.
 
Beliau turut berkata bertemu Haron buat kali terakhir pada 9 September lalu, sehari sebelum pemimpin berkenaan berlepas ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan jantungnya.
 
"Umat Islam kehilangan seorang ulama yang banyak menyumbang kepada pemikiran dan pembangunan ummah serta membentuk jatidiri Muslim yang sejati.
 
"Saya sempat bersama Almarhum Ustaz Haron Din pada 9 September, sehari sebelum beliau berlepas ke US dalam majlis sumbangan dana untuk Masjid Al Umm, Bangi.
 
"Semoga beliau dianugerahkan husnul khatimah dan rohnya ditempatkan di syurga yang penuh ni'mat Allah. Al Fatihah," kata Azmin.
 
Haron meninggal dunia pada jam 10.10 pagi tadi di Hospital Stanford University, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.
 
Beliau terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan selepas koma dan mengalami pendarahan teruk.
 
Haron sebelum ini pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Amerika Syarikat pada 2 April 2012. 
 
Pada Mac lalu, beliau menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara.
 
Pemergian Haron Din disifatkan sebagai kehilangan besar buat PAS.
 
 

SPR berhak usul penamaan semula kerusi Parlimen, DUN - Wan Ahmad

Posted: 16 Sep 2016 06:17 AM PDT

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak mengusulkan cadangan penamaan semula 12 kerusi Parlimen dan 34 kerusi DUN di seluruh negara, demikian menurut bekas timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
 
Ujarnya tindakan badan itu mengikut perlembagaan yang telus untuk melakukan penukaran berdasarkan kesesuaian penambahan kawasan dalam sesebuah DUN mahupun Parlimen, sekaligus menukar nama tempat tersebut.
 
"Dalam persempadanan semula ini terpulang kepada SPR sama ada nak tambah kawasan atau tak, kalau tak tambah kawasan nak ubah sempadan ke, nak tukar nama-nama kawasan DUN, Parlimen itu dibawah kuasa yang dibenarkan undang-undang atas sebab tertentu.     
   
"Banyak sebab apabila sempadan tu dah bertukar, kadang-kadang apabila sempadan dah tukar (dan) nama asal tu bergantung kepada sesuatu kawasan sejarah mengundi dan sejarah tu dah dikeluarkan daripada kawasan DUN yang asal.
 
"Maka nama lama itu dah tak sesuai lagi, terpaksa ditukar dengan nama baru yang dicadang SPR," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Semalam SPR memberitahu perkara tersebut melalui satu notis yang diterbitkan akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times.
 
Penamaan semula itu dicadang hanya membabitkan nama kerusi dan bukannya jumlah kerusi, sama ada Persekutuan atau negeri.
 
Negeri yang terlibat adalah Selangor (lima kerusi), diikuti tiga kerusi di Perak, masing-masing satu di Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor.
 
Malah ujar Wan Ahmad, sekiranya pengundi mahupun wakil rakyat di kawasan terlibat tidak setuju dengan cadangan tersebut, mereka boleh menulis secara rasmi kepada SPR dengan menyatakan alasan yang munasabah.  
 
"Ini satu urusan yang amat telus, perkara (perubahan) ini akan dipamerkan selama sebulan untuk disemak setiap mereka yang terlibat dalam kawasan berkenaan. Mereka mempunyai masa satu bulan untuk menyemak kawasan masing-masing sebab (mengikut) undang-undang mereka berhak membuat bantahan.
 
"Rakyat diberi peluang untuk menyatakan bantahan melalui cara yang betul dengan menulis surat kepada SPR melalui pengarah pilihan raya negeri masing-masing. 
 
"Jadi mana-mana pihak tak perlu risau, jika ada perkara yang tak setuju maka mereka boleh buat tuntutan untuk membantah. Dengan menyatakan kenapa mereka tak bersetuju dengan memberi alasan/justifikasi dan sebab-sebab yang tak munasabah," katanya lagi.
 
Tambah beliau bantahan ini adalah proses undang-undang biasa di mana perlembagaan memberi hak kepada mereka yang mahu mengemukakan bantahan secara rasmi.
 
Antara pihak yang dibenarkan adalah, kerajaan negeri, kerajaan tempatan (Pihak Berkuasa Tempatan, PBT) dan pengundi berdaftar.
 
Ketika ditanya adakah penukaran ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada pengundi, ujar Wan Omar perkara ini tidak akan mengelirukan mana-mana pihak, walaupun ditukar nama tetapi masih menggunakan kod yang sama.
 
"Tidak sebab setiap kawasan pilihan raya tu ada kod N berapa, P berapa. PDM pula berapa, ada kod masing-masing dan tak keliru. 
 
"Nama lama dimansuhkan dan diganti nama baru sebab tak ada melibatkan pertambahan kerusi, jadi kalau N5 tu dulu nama A katakan sekarang jadi nama B. N5 juga kod dia, tak keliru," jelas beliau
 
 

Haron Din generasi terawal lulusan agama sertai PAS, kata Hadi

Posted: 16 Sep 2016 06:13 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
MARANG: Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din adalah generasi awal lulusan Islam yang menyertai PAS sejak parti itu ditubuhkan, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
"Beliau merupakan generasi awal yang bersama dengan PAS, generasi awal lulusan Islam bersama dengan Profesor Dr Zulkifli Mohamad dan kumpulan Islam," katanya selepas menyampaikan kuliah mingguan pagi Jumaat di Masjid Rusila, di sini.
 
Hadi kemudiannya berkata beliau berharap roh Allahyarham dicucuri rahmat dan semoga segala amal jariahnya diterima Allah SWT.
 
"Kita harap semua sumbangan Allahyarham terhadap Islam dapat diterima Allah SWT dan semua kekurangan beliau diampunkan oleh Allah SWT.
 
"Mudah-mudahan Allah bagi rahmat dan meletakkan rohnya bersama para Anbia, syuhada dan para solehin yang menegakkan Islam," ujarnya lagi.
 
Allahyarham Haron Din, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.
 
Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.
 


Negara kehilangan tokoh sangat cemerlang dalam politik, akademik

Posted: 16 Sep 2016 06:07 AM PDT

DALIA ISMAIL
 
 
Prof Emeritus  Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid Majlis Dakwah Negara (MDN) berpandangan Allahyarham Datuk Dr Haron Din adalah permata negara secara keseluruhannya memandangkan sikap politik dan akademik ketika hayatnya yang positif dan sederhana telah memberi sumbangan yang besar kepada perpaduan kaum di negara ini.

Pengerusinya Prof Datuk Dr Emeritus Mahmood Zuhdi Ab Majib berkata, dengan berita sedih itu negara kehilangan seorang individu yang sangat cemerlang ketika hayatnya.

"Pemergian beliau boleh disifatkan sebagai kehilangan kepada negara secara keseluruhannya memandangkan sikap politik dan akademik beliau yang positif dan sederhana telah memberi sumbangan yang besar kepada perpaduan kaum di negara ini.

"Boleh dikatakan beliau tidak pernah tersalah kata mencerca pegangan dan anutan orang lain baik di dalam atau di luar agama Islam.

"Daripada Allah kita datang dan kepada Nya jugalah kita kembali," ujarnya dalam kenyataannya hari ini.

Mursyidul Am Pas itu disahkan meninggal dunia di Hospital Stanford San Francisco, California pada jam 10.10 pagi tadi dalam usia beliau menjangkau 76 tahun,kerana serangan jantung.

Mengulas lanjut Mahmood Zuhdi berkata,kepada ahli dan penyokong Pas atas kehilangan Mursyidul-Am kedua mereka sesudah kehilangan Mursyidul-Am pertama Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat adalah sesuatu yang menyedihkan.

"Parti itu baru sahaja kehilangan seorang musyidul amnya beberapa tahun yang lalu. Sebagai Mursyidul Am, Allah yarham telah memainkan peranan yang berkesan sebagai pemimpin spiritual kepada Pas walau pun tempoh perkhidmatannya boleh disifatkan sebagai pendek.

"Sejak menjadi Timbalan Mursyidul-Am yang pertama dalam tempoh masa yang cukup lama di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz beliau telah menunjukkan sikap kepimpinan yang sangat mementingkan kesederhanaan dalam berbagai aspek.

"Malah sejak penglibatan beliau dalam politik sejak tahun 70-an lagi lagi Allahyarham terkenal sebagai seorang yang sangat menjaga mulut dan lidah nya dari apa saja perkataan yang boleh menyakiti orang lain.

"Allahyarham juga sangat terkenal sebagai seorang yang sentiasa memilih konsenses dalam urusan kepartian dan sentiasa mengelak daripada mencabar atau dicanang dalam mana-mana pemilihan parti.

 "Dari segi ini Allahyarham boleh dianggap sebagai faktor perpaduan dalam parti yang beliau anggotainya, iaitu Pas sama ada pada waktu parti itu berada di dalam atau di luar Barisan Nasional.

"Malah dalam percaturan politik yang sedang berlaku sekarang pun beliau tetap mengambil sikap berimbang sama ada diperingkat parti Pas yang menghadapi perpecahan ataupun di luar parti di mana umat Islam seluruhnya di negara ini sedang berhadapan dengan masalah perpaduan," terangnya.

KENANGAN: Allahyarham Datuk Dr Haron Din (kiri) dalam satu  pertemuan diadakan dengan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (tengah) dan Prof Datuk  Dr Mahmood Zuhdi Ab Majib pada Ogos lalu.KENANGAN: Allahyarham Datuk Dr Haron Din (kiri) dalam satu pertemuan diadakan dengan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (tengah) dan Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majib pada Ogos lalu.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai Allahyarham yang menerima berita sedih awal pagi ini.

"Dalam kalangan keluarga dan sahabat handai beliau itu meskipun merupakan satu peristiwa yang sangat berat untuk diterima tetapi kesayangan Allah terhadap beliau sebagai seorang ahli keluarga dan sahabat handai yang soleh tentu sekali boleh dijadikan penawar duka dan sandaran yang kuat untuk menerimanya dengan penuh rela dan azam yang kuat.

"Mudah mudahan segala kebajikan yang pernah beliau lakukan ganjarannya boleh dikongsi bersama oleh kaum keluarga di akhirat nanti," ujarnya.

Malah Dr Mahmood Zuhdi juga berkata sempat bertemu Allahyarham pada Ogos lalu ujarnya, Allahyarham sempat memberi ilham bagaimana perpecahan ummah perlu diselesaikan dengan cara yang terhormat dan bijaksana.

Allahyarham  juga katanya, wajar dikenali sebagai tokoh kerohanian yang sentiasa positif dalam segala usaha yang dilakukannya bagi faedah umat Islam di negara ini.

Sebagai rekod pada 12 Febuari lalu Allahyarham  antara Ketua Kluster Dakwah yang dilantik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam Majlis Perundingan Islam (MPI) yang bertujuan antara lain membawa cadangan kepada majlis itu untuk disepakati dan menyelaraskan perbincangan Umno-Pas akan kepentingan Melayu-Islam di masa depan.

SPR didakwa terlibat konspirasi menangkan BN

Posted: 16 Sep 2016 06:02 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Para pemimpin Pakatan Harapan Johor meneliti persempadanan baru kawasan pilihan raya oleh SPR.Para pemimpin Pakatan Harapan Johor meneliti persempadanan baru kawasan pilihan raya oleh SPR.


Pakatan Harapan Johor bukan sahaja membantah persempadanan baru kawasan pilihan raya malah mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkonspirasi untuk memastikan kemenangan BN di kawasan campuran.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Pakatan Harapan negeri hari ini, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong, Pengerusi Amanah negeri Aminolhuda Hassan dan Setiausaha PKR negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar sepakat meyakini bahawa persempadanan bahagian pilihan raya negeri yang dicadangkan SPR hanya untuk mengekalkan kuasa BN.

"Adalah jelas sekali bahawa SPR beroperasi dengan mengikut unjuran bahawa majoriti pengundi Melayu akan terus menyokong BN, maka dengan persempadanan kali ini mereka mengharap parti-parti Pakatan Harapan akan tumbang di semua kawasan berbilang kaum dan akan hanya kekal di kawasan-kawasan majoriti bukan Melayu.

"Kami ingin mengingatkan SPR dan BN bahawa Bangsa Johor dan rakyat Malaysia sudah cerdik dan memiliki kesedaran politik yang tinggi.

"Mereka memahami konspirasi SPR dan Barisan Nasional dan akhirnya akan bangkit menumbangkan BN di peti-peti undi dalam gelombang politik yang akan datang," kenyataan media itu dipetik.

Pakatan Harapan negeri turut mengingatkan peranan sebenar SPR iaitu untuk memastikan badan itu berintegriti, adil dan telus dalam mengurus sistem pilihan raya negara.
Dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri Johor, Kawasan Parlimen Gelang Patah adalah kawasan yang paling ramai pengundi dengan 112,081 pemilih manakala kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Skudai mencatat pengundi paling ramai iaitu 69,132.
Dun Bukit Kepong (nama lama Bukit Serampang) adalah Dun dengan pengundi yang paling rendah (15,795 pemilih) dan kawasan Parlimen Pagoh hanya mempunyai 36,387 pengundi, berkurangan dari 46,793 pada 2013 iaitu sebanyak 22.24%.

Pakatan Harapan juga menganggap persempadanan semula kawasan Parlimen Pagoh bermotifkan politik kerana ia dianggarkan mempunyai sekitar 20,000 ahli Umno.

"Dengan mengurangkan pengundi di kawasan ini, Umno harap karier politik Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berakhir di Parlimen ini," ujar kenyataan media itu.

Pakatan Harapan negeri juga mendapati sebanyak 14 kerusi Dun mempunyai pengundi yang lebih ramai dari kawasan Parlimen Pagoh iaitu N. 48 Skudai dengan 69,132 pemilih, N. 42 Johor Jaya (59,041), N. 46 Perling (55,810), N. 44 Larkin (53,325), N. 40 Tiram (50,639), N. 43 Permas (49,115), N. 41 Puteri Wangsa (48,953), N. 23 Penggaram (45,749), N. 45 Stulang (45,026), N. 28 Mengkibol (44,506), N. 52 Senai (44,023), N. 29 Mahkota (43,706), N. 49 Iskandar Puteri    (42,949) dan N. 47 Kempas (40,170).
Jumlah pengundi di kawasan Dun Skudai (69,132 pengundi) juga melebihi 16 kerusi Parlimen di Johor seperti P. 147 Parit Sulong dengan 56,851 pemilih, P. 164 Pontian    (52,660), P. 165 Tanjung Piai (50,215), P. 140 Segamat (48,681), P. 146 Muar (46,083), P. 149 Sri Gading (45,451), P. 154 Mersing (44,985), P.148 Ayer Hitam (42,962), P. 156 Kota Tinggi (42,861), P. 141 Sekijang (41,896), P. 153 Sembrong (41,629), P. 151 Simpang Renggam (41,052), P. 155 Tenggara (40,670), P. 157 Pengerang (38,338), P. 142 Labis (37,568) dan P. 143 Pagoh (36,387).

Sehubungan itu, Pakatan Harapan negeri mengharapkan para pengundi membuat bantahan dalam tempoh sebulan dari tarikh notis persempadanan baru bertarikh 15 September 2016.

"Pakatan Harapan Johor meminta penglibatan rakyat secara besar-besaran dalam proses ini untuk memastikan integriti sistem pilihan raya dan hak rakyat untuk menentu masa depan negara terjamin.

"Pakatan Harapan Johor juga memberi sokongan sepenuhnya kepada gerakan Bersih yang telah menetapkan tarikh 19hb November 2016 sebagai hari untuk Himpunan Bersih 5.0," kenyataan media itu dipetik.

Jenazah Haron Din dikebumi di San Francisco

Posted: 16 Sep 2016 05:58 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Jenazah Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di daerah San Francisco, California. 
 
Jenazah pendakwah terkemuka dan tokoh perubatan Islam itu akan disembahyangkan di Masjid An-Nur di bandaraya itu. 
 
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selepas mendapat pengesahan daripada keluarga Allahyarham. 
 
"Baru bercakap dengan keluarga Datuk Dr Harun Din. Keluarga sepakat pengebumian (Allahyarham) di San Francisco (California, Amerika Syarikat). 
 
"Solat jenazah di Masjid An-Nur di sana," katanya menerusi akaun Twitter rasminya, sebentar tadi. 
 
Haron, 76, meninggal dunia pada jam 10.10 pagi tadi waktu Malaysia. 
 
Pengasas pusat rawatan Islam Darussyifa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak semalam ketika menjalani rawatan jantung di hospital berkenaan. 
 
Haron berlepas ke AS sejak 10 September lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.
 
 

Amanah Kelantan fokus gerakan peduli rakyat sambut ulang tahun pertama

Posted: 16 Sep 2016 05:54 AM PDT

 ZIKRI ABDULLAH
 
 
Presiden Amanah tandatangan plak perasmian pusat peduli rakyat KelaboranPresiden Amanah tandatangan plak perasmian pusat peduli rakyat Kelaboran


Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan menyambut ulang tahun pertama dengan mengemukakan tawaran untuk membantu rakyat yang memerlukan secara menyeluruh dan berkesan.

Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu berkata, beliau bersyukur kerana Amanah Kelantan berjaya mempamerkan kesungguhan dalam kerja-kerja kebajikan.

"Kita mahu Islam yang jelas memberi manfaat kepada orang ramai khususnya mereka yang dalam kesusahan menjadi amalan perti kita, bukan sekadar bercerita tentang kebajikan, Katanya ketika merasmikan pusat peduli rakyat Dun Kelaboran di Tumpat pagi tadi.

Belaiu berkata, umat Islam seharusnya merasa malu dengan orang bukan Islam dalam hal menjaga kebajikan dan membantu orang lain yang sedang kesusahan.

"Kalau kita pergi ke mana=mana tempat yang ditimpa bencana di serata dunia, kita dapat lihat kumpulan-kumpulan penyelamat dan program bantuan kemanusiaan, orang bukan Islam jelas jauh ke depan benbanding kita.

"Ini termasuk di Palestin, di mana sekarang ini terdapat masalah pihak berkuasa Israel melarang penduduk mengutip buah zaitun di kebun mereka.

"Sekarang ada sukarelawan bukan Islam dari negara Eropah datang untuk jadi benteng penduduk ini melawan pihak berkuasa Israel," kaanya.

Parti Amanah katanya, akan jadikan usaha merealisasikan kerja kebajikan tersusun ini sebagai teras gerakan parti.

"Usaha ini kita akan buat terus sekarang dan bukan sekadar janji bila kita ada kuasa," katanya.
Sebelum itu rombongan presiden Amanah diberi taklimat berkenaan operasi pusat peduli rakyat berkenaan oleh penyelaras Dun Amanah Kelaboran, Nik Faizah Nik Othman.

"Seorang petugas khas telah kita lantik untik mengedalikan pusat ini.

Upacara tahnik di Jal BesarUpacara tahnik di Jal Besar"Urusan paling asas ialah kita mendengar aduan masalah-masalah yang dikemukakan oleh orang ramai.

"Dari situ kita akan mencari penyelesaian kepada masalah ini melalui pelbagai kaedah yang telah kita rancangkan," katanya.

Sebelum itu, sebaik mendarat di Kota Bharu awal pagi, Mohamad Sabu terus dibawa ke majlis menerima borang menyertai parti Amanah di kampung Jal Besar dalam Dun Wakaf Bharu.

Pada majlis itu beliau sempat menyempurnakan tahnik dan menerima kemasukan beberapa pemimpin tempatan ke dalam Amanah.

Mokhtar Senik 'diserang' kerana kaitkan cuaca dengan pemergian Dr Haron Din

Posted: 16 Sep 2016 05:52 AM PDT

ARIF ATAN
Status Mokhtar Senik di laman facebook yang mengundang kontroversi.Status Mokhtar Senik di laman facebook yang mengundang kontroversi.


Ketika umat Islam di negara ini berduka dengan pemergian ke rahmatullah Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din di Amerika Syarikat (AS) pagi tadi, lain pula halnya dengan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mokhtar Senik.

Rata-rata netizen mempersoalkan dakwaan Ketua Dewan Ulamak Pas Pahang itu bahawa cuaca di negara ini mendung sebagai meratapi pemergian Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) itu.

Reaksi mereka ekoran kenyataan Mokhtar di facebook mengaitkan keadaan cuaca dengan pemergian Allahyarham ketika negara bercuti sempena Hari Malaysia.

"Boleh dikatakan cuaca di Malaysia hari ini redup dan suram di seluruh negeri. Bukan kita hanya makhluk bernama manusia menangisi pemergian seorang murabbi ummah malahan awan, pohon-pohon serta seluruh makhluk lain turut menangisinya," ujar Mokhtar di laman Facebook beliau pagi tadi.

Walau bagaimanapun, ruang komentar status Facebook pemimpin Pas yang pernah ditahan ISA selama tiga tahun ekoran pembabitannya dengan kumpulan Al-Maunah itu dibanjiri cemuhan.

Antaranya, individu yang menggunakan nama Greg M Cohen yang berkata, pada masa ini memang merupakan musim tengkujuh seperti kelazimannya sebelum ini.

"Makin lama makin mengarut puak-puak ni. Dah bulan September sampai bulan 12 ni masuk musim hujan dan angin kuat," ujarnya.

Lain pula dengan Hasiah Muhamad yang memberitahu cuaca di utara tanah air panas terik.

"Kami kat Kedah panaih meletit ni...adoiii....," katanya.

Sementara itu, Namza Lintar pula berkongsi maklumat bahawa Kelantan dan Perlis juga panas hari ini.
Sementara itu, Lokman Lazim menganggap, "Terus menerus membangangkn pengikut."

Malaysia cipta satu lagi rekod Asia

Posted: 15 Sep 2016 08:55 PM PDT

SINAR HARIAN

Siti Noor Radiah Ismail
Siti Noor Radiah Ismail 

DATUK Seri Mohd Najib Tun Razak melahirkan ucapan tahniah kepada atlet paralimpik Siti Noor Radiah Ismail atas kejayaan memenangi pingat gangsa pada Sukan Paralimpik Rio 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Siti Noor Radiah atas kejayaan memecahkan rekod Sukan Para Asia bagi acara lompat jauh wanita T20 pada temasya itu.

"Satu lagi pingat untuk Malaysia, satu lagi rekod Asia dicipta! Tahniah Siti Noor Radiah raih gangsa acara lompat jauh! #Rio2016 #KamiLuarBiasa," tulis Najib menerusi catatan di laman Twitter @NajibRazak hari ini.

[Artikel berkaitan: Lagi pingat buat negara]

Siti Noor Radiah menghadiahkan gangsa buat negara menerusi lompatan sejauh 5.20 meter (m) dalam percubaan ketiga, sekaligus mengatasi rekod Sukan Para Asia miliknya iaitu 5.10m yang direkodkan di Incheon, Korea Selatan pada 2014.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin menamatkan saingan di tempat keempat dengan lompatan sejauh 4.91m. - Bernama


Mursyidul Am Pas Haron Din meninggal dunia

Posted: 15 Sep 2016 08:53 PM PDT

SINAR HARIAN
Mursyidul Am Pas Haron Din meninggal dunia
Haron Din


SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din disahkan meninggal dunia pagi ini di Hospital Stanford University Amerika Syarikat.

Berita sedih itu disampaikan melalui akaun Facebook rasmi milik Allahyarham, sebentar tadi.

"Assalamualaikum. Sesungguhnya Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah.

"Semoga ALLAH SWT mengurniakan keampunan, kerahmatan dan nikmat syurga yang kekal abadi," seperti yang dimuatnaik di akaun Facebook itu.

Malam tadi, Allahyarham dikatakan berada dalam keadaan kritikal berikutan masalah jantung yang dihidapinya.

Sementara Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan memberitahu pihaknya menerima berita pemergian Mursyidul Am Pas itu kira-kira jam 10.10 pagi tadi.

"Jam 10.10 pagi ini, berita kami terima bahawa Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford University AS.

"Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmatNya dan mengampuni Allahyarham Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh. Amin Ya Rabbal Alamin," katanya.

Katanya, maklumat lanjut akan menyusul kemudian daripada pihak keluarga Allahyarham.

Pada April 2012, Allahyarham pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Amerika Syarikat dan awal tahun ini Allahyarham juga beberapa kali menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

Al-Fatihah.