Jumaat, 26 Ogos 2016

Tukar Tiub

Tukar Tiub


DALAM MASA 17 HARI

Posted: 26 Aug 2016 08:00 PM PDT







PAS AKAN

SAMAN



SARAWAK 

REPORT

DALAM MASA

17 HARI




------------

KEADAAN TIMUR TENGAH MAKIN TEGANG

Posted: 26 Aug 2016 07:00 PM PDT




BUNKER BAWAH TANAH
Kiamat tidak akan berlaku melainkan tangan manusia itu sendiri. Ini lah janji Allah. Rothschild dah standby bunker bwh tanah. Populasi manusia perlu dikurangkan dgn cpt dan mendadak untuk nwo. Mereka dah tau dimana bom2 akan meletus kerana merekalah perencana. 

Silap2 TT pon dah ada tempat tido bunker. Byk negara barat dh panggil rakyat simpan stok mknn. Perang mmg x dpt dielakkan. Perang kini bukan lg merebut punca ekonomi. Skg lebih kpd serangan terhadp islam. Mereka jual jiwa kpd setan. Setan dah janji dgn Allah akan sesatkan adam cucu cicit. Gua harap dpt tgk mahdi n isa je. Teringin bebenor nk tgk nabi. on PERANG DI TIMUR TENGAH BERTERUSAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/27/16



TRUMP RASIS
terkini ledakkan berlaku selepas erdogan berjumpa dgn putin..selesai jumpa putin, maka turkey menghantar tank ke syria dan memberi amaran kpd US.makin terbukti akan kata2 bro isham, amerika semakin tidak digeruni.pada ketika ini hilary perlu menang mjd potus. trump yg dianggap rasis oleh beberapa yb2 pakatan harapan jelasnya sudah jd penyokong2 hilary cliton.

benar, trump itu rasis.trump kata amerika adalah utk amerika dan org2 arab bole balik negara masing2..namun pada gua, rasis trump adalah benar dan tepat. 
semua org bole rasa simpati sedih atau marah dgn apa yg terjadi kpd pelarian, namun pernahkah anda bertanya, siapa kah yg menghasilkan pelarian?nape umat islam dunia, ioc,abim, pas atau ngo2 agama tidak pernah marah kepada sultan saudi yg telah melahirkan beribu2 manusia pelarian dari yemen,saudi mendanai pembunuhan2 di syria, iraq namun tidak menentang negara zion israel.tiadakah akal fikiran atau hati budi manusia islam yg terfikir atau sedih melihat trauma2 yg dialami oleh on PERANG DI TIMUR TENGAH BERTERUSAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/26/16



----------

JANGAN LEWAT

Posted: 26 Aug 2016 12:10 PM PDT






JANGAN LEWAT

PETANG INI

JAM 2 PETANG

DI SOGO ATAU

DI M. NEGARA

BERARAK 

MENUJU

DATARAN


--------------

DUA GARIS BERTEMU

Posted: 26 Aug 2016 06:00 AM PDT



GARIS POLITIK

JALAN RAYA

TERBUKTI TEPAT 
KOMENTAR
satu ketika dahulu
mahathir menolak politik jalan raya
mahathir anggap demo
bukan  budaya kita

hari ini jelas terbukti
demo telah menjadi budaya kita
mahathir sendiri telah menerima
hakikat bahawa demo adalah hak

dalam negara dunia ketiga
dalam negara maju
politik jalan adalah  hak asasi
adalah hak dalam perlembagaan
adalah hak individu
untuk berkumpul
untuk berdemo
untuk tunjuk perasaan






Mahathir dijadual sertai #TangkapMO1 esok

Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan,  Khairuddin Abu Hassan mengesahkan bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad akan menyertai himpunan #TangkapMO1 di Kuala Lumpur esok.
Dalam kenyataannya, Khairuddin berkata, keputusan itu dibuat sebagai memenuhi jemputan dan kehendak Persatuan Mahasiswa Melayu Malaysia dengan kehadiran Mahathir di Dataran Merdeka pada sebelah petang.
"Secara peribadi, saya berharap keseluruhan rakyat akan turun secara beramai-ramai untuk memberi sokongan moral pada himpunan ini," kata beliau lagi.
Hari ini, kira-kira 20 pelajar Malaysia di Australia mengadakan himpunan #TangkapMO1, lebih awal sehari daripada perhimpunan utama esok.
Kumpulan pelajar tersebut berkumpul di Australian National University di Canberra dalam acara yang dianjurkan oleh Malaysian Progressives in Australia (MPOZ).
JUMPA ESOK

DI DATARAN

MERDEKA




------------------

MINTA BANTUAN PAWANG DAN BOMOH

Posted: 26 Aug 2016 05:00 AM PDT




DUKUN DAN PAWANG
Harap maklum .. petang ni .. sebagai persediaan untuk demo esok. Mana-mana dukun, pawang atau uztas yg pandai ngalau jin jahat sila datang ke Dataran Merdeka untuk buat acara pembersihan secara sukarela. Dipercayai ada beberapa ekor jin jahat telah dilepaskan bagi tujuan ngacau demo esuk. on PERSEDIAAN DEMO ESOK
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
at 3:46 PM





-------------

PERANG DI TIMUR TENGAH BERTERUSAN

Posted: 26 Aug 2016 04:30 AM PDT



TIMUR TENGAH

TERUS TEGANG

KEMUNGKINAN

MELEDAK DUNIA



World War 3 Coming Soon? Tanks Roll Across The Border As Turkish Invasion Of Syria Begins


The invasion of Syria that so many people have been warning about is now happening.  On Wednesday, Turkish tanks rolled across the Syrian border, and they were accompanied by radical Islamic Syrian rebels that want to ultimately overthrow the Assad regime.  This invasion was conducted under the code name "Euphrates Shield", and it was supported by airstrikes from A-10s and F-16s that are part of the U.S.-led coalition that has been conducting airstrikes against ISIS targets in the region. 

The mainstream media in the United States has been very quiet about this escalation of the conflict in Syria, but things are much different in the rest of the world.  For example, a major Israeli news source announced the attack this way: "Turkey invades Syria".  

And without a doubt, that is precisely what is taking place.  The Syrian government denounced this move by Turkey as a "blatant breach to its sovereignty", and the Russians are deeply alarmed.  The farther Turkish forces push into northern Syria, the more likely they will be to encounter Syrian or Russian forces, and one bad move could result in the outbreak of World War 3 in the Middle East.


BERWASPADA

KALI INI LEDKAN

BOM NUKLEAR

MEMUSNAH 

KITA SEMUA

UMAT MANUSIA


----------------

MINYAK TURUN - GST NAIK

Posted: 26 Aug 2016 04:00 AM PDT






APA MAKNA

BERITA INI?

AWAS JAGA







Keuntungan Petronas merudum dari RM11.7 billion ke RM1.6 billion

Keuntungan Petronas bagi suku kedua tahun ini jatuh 85 peratus berikutan harga minyak rendah apabila melaporkan untung bersih RM1.62 bilion dalam tempoh itu daripada RM11.07 bilion tahun lalu.
Petronas dalam satu kenyataan menyatakan pendapatan syarikat ialah RM48.44 bilion, kurang 21 peratus daripada tempoh sama pada 2015.
Petronas menjangkakan terus menerima kesan daripada harga minyak tidak seimbang sepanjang tahun ini.


"Walaupun harga minyak mentah pulih sedikit, lebihan bekalan dan keadaan lembap menyebabkan ketidaktentuan masih kekal," kata kenyataan itu.



APA MAKNA

BERITA INI?

MAKNANYA

KERAJAAN 

KURANG DANA

BILA KURANG

APA MAKNANYA

MAKNAYNYA GST

AKAN NAIK


-----------

MALAM INI RADIO BANGSAR

Posted: 26 Aug 2016 02:00 AM PDT







MALAM INI

jangan lupa

radio bangsar

jam 9 malam

siaran langsung

-----------------

BILA SPRM NAK TANGKAP DATUK SERI

Posted: 26 Aug 2016 01:00 AM PDT







BUDAYA

PENYAPU BARU



SPRM tahan 'Datuk' pengarah, beku RM8.1 juta

 | August 25, 2016

Datuk dipercayai terlibat dalam tender pertukaran sistem bank dan penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara, kata Azam Baki



KUALA LUMPUR: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat berkaitan kerajaan bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai atas kesalahan salah guna kuasa dan terlibat rasuah.
Pengarah Siasatan SPRM Azam Baki berkata lelaki itu ditahan hari ini di pejabatnya iaitu sebuah syarikat perbankan pada 2 petang tadi di ibu negara hasil maklumat orang ramai berhubung salah laku rasuah.
"Dia dipercayai terlibat dalam tender pertukaran sistem bank dan penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.

"Sebanyak RM15 juta telah diberikan kepada sebuah syarikat penerbitan milik orang yang mempunyai kepentingan dengan Datuk tersebut namun sehingga kini tiada sebarang buku yang diterbitkan," katanya ketika dihubungi Bernama.

ASIK ASIK


DATUK KENA

BILA NAK MULA

TANGKAP

DATUK SERI

FAIL DAH BAKAR

SAJE TANYA

JANGAN MARAH





----------------

JANGAN DENGAR KHABAR ANGIN

Posted: 26 Aug 2016 12:00 AM PDT







PENGUMUMAN

tidak ada pemimpin pas
yang akan membuat 
sumpah laknat dimana mana
masjid hari ini untuk  menafikan
laporan berita sarawak report
yang menunduh parti pas
menerima dedak dari najib
jangan dengar khabar angin
jangan percaya berita palsu




--------------

PERSEDIAAN DEMO ESOK

Posted: 25 Aug 2016 11:00 PM PDT





MESTI BACA SEBELUM 
KITA TANGKAP MO1


JAM BERAPA BERKUMPUL
Jam 2 petang. Lagi awal lagi bagus. Tapi jangan awal sangat, makan tengah hari dulu. 

DI MANA NAK BERKUMPUL
Boleh pilih samada nak berkumpul di Sogo atau Masjid Negara. Di Masjid Negara, kita boleh berkumpul sekali dengan kepimpinan politik. Di Sogo kita akan berkumpul dengan kepimpinan NGO. Jangan tanya MO1 akan berkumpul di mana, itu kitorang tak tahu, mungkin di Putrajaya.

APA AKAN BERLAKU DITEMPAT PERKUMPULAN
Kita tunggu sampai kawan-kawan dah ramai, kemudian kita akan berarak secara aman ke Dataran Merdeka. Sambil tu kita dengar ucapan semangat dan juga persembahan daripada anak muda. Yang penting, *Tunggu dan Ikut* arahan komander himpunan. 

SIAPA KOMANDER HIMPUNAN
Mahasiswa. Dia akan berada di pentas dan dia akan perkenalkan diri dia. Jangan risau. 

SELAMAT TAK HIMPUNAN NI
Nama pun himpunan aman. Mesti selamat. Kita ada 200 sukarelawan keselamatan yg bersiap siaga. Yg tak selamat sekarang MO1 je. 

KALAU KENA TANGKAP, APA NAK BUAT
Pertama, jangan risau, himpunan kita aman. Kedua, kalaupun berlaku tangkapan, jangan panik. Simpan dan ingat nombor ini, 012-256-6089

Sms nama penuh, no ic, dan lokasi anda ditangkap ke nombor di atas. Kami akan sediakan peguam untuk anda. Ingatan penting, kalau anda ditangkap, tak perlu beramah tamah sangat dgn polis.

Jika disoal, anda hanya perlu jawab nama, no ic dan alamat kepada Polis. Iaitu maklumat yg ada dalam IC anda. Selain daripada tu, anda perlu berani guna hak anda untuk berdiam diri (Seksyen 112(2) Kanun Prosedur Jenayah)

KALAU SAKIT MASA BERHIMPUN, MACAM MANA
Jangan risau, kalau anda sakit, atau ternampak ada kawan yang sakit, tolong berhubung dgn mana-mana petugas keselamatan. Kita ada sediakan Skuad Medik untuk anda. Nak lawan MO1, semua benda kita kena bersedia😏.

BAJU APA NAK PAKAI
Warna tema kita hitam dan putih. Jenis pakaian tak kisah, asalkan pakai baju. Pastikan pakai kasut dan stoking. Supaya senang bergerak dan kaki anda tak melecet. 

PERLU BAWA GARAM DAN AIR TAK
Sebaik-baiknya bawa air untuk anda minum. Garam tu kalau nak bawa pun tak ada masalah. Tak ada undang-undang yg halang rakyat simpan garam dalam bag. 

APA AKAN BERLAKU DI DATARAN MERDEKA
Kita akan berhimpun dan penuhi dataran sejarah ini. Kita akan menyanyi dan melaungkan tuntutan kita. Kita akan saksikan gimik TangkapMO1 yg akan dilaksanakan oleh Sdri Anis Syafiqah. Tak ada ucapan-ucapan panjang lebar.

TAKKAN SEKADAR BERHIMPUN DAN BALIK
Hari ini setiap dari kita bertanggungjawab untuk menggerakkan perubahan sedaya yg mampu. Dan perubahan itu takkan berlaku dalam sehari. Biarlah himpunan ini jadi titik mula untuk kita semarakkan semula iltizam perjuangan kita. Seterusnya...... 

BERSIH 5.0, kami tunggu kamu datang.

Terima kasih atas perhatian, sokongan dan kerjasama anda. 

Ayuh, kita TangkapMO1, esok, 27 Ogos, di Dataran Merdeka. 

Info dari:
Gabungan TangkapMO1





-------------------

SAUDAGAR BESAR JUAL AGAMA

Posted: 25 Aug 2016 10:18 PM PDT




KOPIAH TUTUP MATA
Nak menangis aku, bila mana teringat titipan dari mulut ostad mereka dolu2 ~ matlamat tidak menghalalkan cara... hari nie ada yang mempertahankan dgn menitipkan ~ apa salahny duit tu kalau ianya digunakan untuk tujuan ummah... satu je ak nak kongsikan, entah betul tah tidak... 

Jgn ikut sunnah robin hood yg satu tu... mari lah merembat... disebabkn ostad korang dulu cakap, "dia org beri kito amik, pangkah bagi ke kami" ramai org berlebai yg dah tersalah jalan... buley ke nak pulangkan balik... 

Boley... tak cuba tak tau... longgokkan dekat depan rumah org yg beri tu... klu dah terbeli alphad, pulangkan la alphad.. klu dah terbeli jubah, pulangkan jubah.. klu dah termakan, alamak takkan nak pulangkan perut... takde la perut belemak nnti, tak smart la pakai jubah nnti, perut tak nampak... keh3 tolong la tuan TT tunjukkan jalan, cadangkan la apa yang patut.. dah tak nampak jalan dah nie... kepiah dah tertutup mata dah nie.. on LAGI 18 HARI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/26/16




-------------------

PELIK TETAPI BENAR

Posted: 25 Aug 2016 09:15 PM PDT






PELIK & BENAR

pada 23 ogos persidangan
majlis keselamatan - un security council
di bangsa bangsa bersatu new york
malaysia menjadi pengerusi

ini  persidangan yang amat penting
tapi  rosmah dan najib  tidak pergi
najib hantar zahid hamidi
seharusnya ini masa terbaik
untuk imej najib sebagai pemimpin dunia
berucap di PBB sebagai jaguh dunia
tapi yang berucak zahid hamidi

persidangan PBB ke 71  
akan bermula pada 13 september depan
ramai kepala negara akan datang ke new york
ini persidangan akhir tahun ini

dalam masa yang sama
ini adalah bulan bulan
terakhir  untuk presiden obama
pada bulan november amerika 
akan memilih presiden baru

ketika persidang PBB ini berlangsung
obama akan mengadakan
jamuan - SELAMAT JALAN PRESIDEN 
dimana kepala negara akan dijemput

persoalan hakiki:

1 - adakah obama menjemput rosmah dan najib
2 - beranikah rosmah dan najib  ke new york

NOTA
september juga
kes riza aziz dan jho low
akan di bukan di los angles


SAJE TANYA

JANGAN MARAH




Opening of 71st Session of the UN General Assembly (UNGA 71)

The 71st Regular Session of the UN General Assembly (UNGA 71) will begin at UN Headquarters on Tuesday, 13 September 2016.  

date:13 September 2016  venue:UN Headquarters  location:New York City, US  


read more: http://sd.iisd.org/events/71st-session-of-the-un-general-assembly-unga-71/








-----------------

ESOK KITA TURUN RAMAI RAMAI

Posted: 25 Aug 2016 08:43 PM PDT





ESOK PETANG

KITA TURUN 

RAMAI RAMAI



-------------

SAUDAGAR TERUS BERNIAGA

Posted: 25 Aug 2016 08:11 PM PDT




GAMBAR CALON
1. Salam Hormat semua. "Celaka punya jawapan Tuan Saudagar" kalau benarla ini bahasa yang ustaz ini keluarkan, apakah ini jawapan seorang pendakwah ? cubaaaan meliwat tak serius ? sudah lebih serius dari kesiriusan semuanya.

Sedangkan ayat Al Quran mengajar dengan "laa takrabuzzina" dan jangan mendekati zina. Soal nya perbuatan segitu merobah psaikologi anak2 kesayangan kita dan sekiranya perubahan sikap dan perangai bermaana saham asal nya adalah dari sikap apologetik uztaz ini. 

2. Foto ni tak silap saya adalah calon ahli MT UMNO. Apakah kualiti segini yang umno cuba sanjung dulunya dan memilih bagi menerajui organisasi yang melindungi perompak? on SAUDAGAR JUAL AGAMA
Publish | Delete | Spam
Ahmed Uthman Al Salami
on 8/26/16

MENIPU LEBIH SENANG
Menipu manusia Lebih senang dari Memberi pencerahan Kepada mereka... JaLan paLing mudah Menipu manusia iaLah Meyakinkan mereka bahwa Mereka sedang di tipu on SAUDAGAR JUAL AGAMA
Nazrio Dond DoLLa
on 8/26/16





-----------

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Ditipu RM15,000 tapi Ameng pasrah halalkan

Posted: 26 Aug 2016 09:01 AM PDT

MALAYSIAKINI


Vokalis kumpulan Spring, Ameng, pasrah menghadapi kerugian bernilai RM15,000 yang sepatutnya diterima sebagai imbuhan membuat persembahan.

Walaupun jumlah itu agak banyak, Ameng juga mengambil sikap 'menghalalkan' wang berkenaan walaupun penganjur program yang disertainya tidak meminta maaf kerana memberikan cek tendang kepadanya.

Ujian itu dihadapi Ameng, 48, tidak lama selepas dia bebas daripada tahanan penjara dan bergelut untuk memulakan hidup baru bersama isteri dan anak mereka.

"Kejadian itu membabitkan persembahan makan malam dan sambutan hari raya di Kuantan untuk sebuah majlis korporat.

"Lebih menyedihkan penganjur terbabit datang membuat perjanjian ketika saya masih dalam penjara.

"Perkara ini amat menjejaskan emosi terutama di saat saya amat memerlukan duit ketika itu kerana baru hendak memulakan hidup," katanya yang ditemui pada sidang media pengumuman Konsert 3 Suara di Istana Budaya semalam.

Ameng atau nama asalnya Wan Aminuddin Wan Ismail dibebaskan dari Penjara Kluang pada 14 Jun lalu selepas menjalani hukuman selama lima tahun empat bulan atas tiga kesalahan termasuk dua kes memiliki dadah.

Penyanyi Bourgenvilla itu pada awalnya dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011.

Bagaimanapun, hukuman itu dikurangkan ekoran kelakuan dan disiplin cemerlang ditunjukkannya dalam tempoh tahanan.

Hilang duit diganti pahala

Hasil perkongsian hidup Ameng bersama pasangan kedua Sabariah Zakaria, 46, mereka dikurniakan anak Wan Ammar Haikal yang kini berusia sembilan tahun.

Di kehidupan sebelum itu, Ameng pernah berkahwin - dan bercerai dengan penerbit drama Datuk A Aida. Mereka memiliki dua anak perempuan Wan Az Aleesa dan Wan Azevanatassha.

Menurut Ameng, dia sanggup menerima tawaran berkenaan kerana berasakan ia adalah peluang terbaik untuk membina semula kehidupan yang pernah musnah disebabkan dadah.

"Menjadi banduan ibarat orang hampir mati kelemasan. Seseorang itu akan berpaut pada apa saja walaupun pada sehelai daun yang diibaratkan sebagai kayu di atas air.

"Begitulah diri saya ketika itu, datang saja satu tawaran tanpa usul periksa ia terus diterima," katanya.

Biarpun tanpa memberi sebarang alasan kukuh mengenai wang terbabit yang masih hingga kini belum dilunaskan pembayarannya, Ameng mengakui sudah "malas" untuk meminta-minta lagi.

Pada masa sama, Ameng tidak pula terdetik di hati untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa memandangkan jumlah wang ditipu bukan sedikit.

Alasannya, Ameng berasa kasihan melihat penganjur yang sudah berkeluarga.

"Biarlah hal yang menimpa itu menjadi urusan antara dia dan Allah, lagi pula saya simpati melihat keluarganya.

"Saya mahu mengambil positif daripada kejadian menimpa malah menganggapnya ada kebaikan mahu ditunjukkan Allah.

"Saya berhasrat mahu melupakan hal terbabit, mungkin Allah hilangkan duit kita tetapi sebenarnya Dia mahu memberikan pahala," katanya.

ALAHAI DATUK BANDAR...

Posted: 26 Aug 2016 08:53 AM PDT

shahbudindotcom

 

 
 
Susulan penahanan seorang Pengarah DBKL  kerana didakwa terbabit rasuah dan laporan media kemudian mendedahkan antaranya kerana dipercayai memiliki sehingga 31 unit kondominium mewah di sekitar Kuala Lumpur, sekurang-kurangnya 30 lagi akan turut sama disiasat oleh SPRM.

Sebahagian mereka juga dipercayai terlibat sama memiliki unit-unit kondominium mewah dengan menandatangani perjanjian jual beli dengan syarikat pemaju secara percuma dan kemudian menjualnya dengan harga pasaran apabila ia siap.

Tetapi, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Mohd Amin Nordin Abd Aziz menyifatkan semua yang berlaku ini bakal menjejaskan moral kakitangan DBKL.

Semua ini memberi kesan kepada moral kakitangan kami, katanya dengan ringkas.

Menjejaskan moral pulak?
 
 
 
 
Apakah jika tiada tangkapan dan penahanan oleh SPRM, bermakna moral kakitangan DBKL akan sentiasa berada di tahap yang tinggi?

Mana lebih penting,  moral kakitangan DBKL atau membanteras gejala rasuah yang makin menggila?

Alahai....


Sikap kerajaan Najib paksa rakyat turun ke jalan raya

Posted: 26 Aug 2016 08:49 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Mereka mahu demokrasi di negara ini dipulihkan kerana mereka sedar bahawa Malaysia akan hancur jika Najib terus diberi kuasaMereka mahu demokrasi di negara ini dipulihkan kerana mereka sedar bahawa Malaysia akan hancur jika Najib terus diberi kuasa


Bukan tidak percayakan demokrasi, namun sikap pentadbiran Datuk Seri Najib itu sendiri memaksa rakyat untuk turun ke jalan raya, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Menurut beliau, di saat negara didedahkan dengan penyelewengan terbesar negara khususnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), rakyat pula disekat dari segenap ruang untuk mendapat kebenaran.

"Mahu atau tidak mahu, hakikatnya sikap pemerintah itulah yang memanggil rakyat turun ke jalan raya.
Apabila saluran demokrasi ditutup, pemerintah melakukan rasuah dan penyelewengan, rakyat pula tidak berupaya menukar pemerintah melalui peti undi," tegas beliau.

Mohamad menambah, rakyat mahu kebebasan memilih calon-calon yang disukai  sama ada anggota majlis bandaran, ahli parlimen malahan juga presiden.

Beliau memberi contoh beberapa negara seperti Poland dan Filipina yang menyaksikan kebangkitan rakyat menamatkan pemerintahan diktator dan kuku besi.

"Di Indonesia tidak mungkin Soeharto boleh dijatuhkan kerana sebelum pilihan raya telah ada perjanjian beberapa kerusi parlimen diperuntukkan kepada pihak tentera dan ABRI (Angkatan Bersenjata Republik Indonesia).

"Saluran demokrasi, kebebasan media tidak ada. Lalu Soeharto menggunakan kekuatan bersenjata dan kekuatan tentera untuk menekan rakyat. Setiap kali pilihan raya beliau hanya mahu mendengar keputusan parti Golkar yang didokong oleh tentera mencapai kemenangan.

"Akhirnya setelah rasuah berleluasa, Soeharto mengumpul harta berbilion dolar dan menjadi antara pemimpin politik yang terkaya dalam dunia, sedangkan rakyat hidup merempat," ujarnya.

Sehubungan itu, tambah beliau mahasiswa dan rakyat bangun menolak rejim Soeharto dan perubahan demokrasi berlaku di negara jiran itu.

Indonesia kita, jelas Mohamad sedang menikmati kemajuan ekonomi hasil reformasi yang dilakukan dalam pentadbiran negara khususnya pembanterasan rasuah.

Mohamad turut membandingkan pentadbiran negara di bawah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Dr Mahathir Mohamad dan kini Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, walaupun berlaku kekangan demokrasi di era pentadbiran Tunku dan Dr Mahathir, rakyat masih diberi ruang bersuara dan menyuarakan pandangan manakala institusi-institusi awam melaksanakan tugas dengan bebas.

Keadaan ini, ujarnya berbeza di era pentadbiran Najib apabila institusi-intitusi awam dilumpuhkan.

"Apabila tembelang rasuah dalam 1MDB pecah, kerajaan mula mengambil tindakan luar biasa. Ada pihak di Jabatan Peguam Negara cuba menyiasat kes itu, peguam negara diberhentikan... Pegawai-pegawai SPRM diberi amaran, ditukar dan diberhentikan walaupun belum cukup tempoh dan masa khidmat.

"Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis, ditukar ke tempat yang bukan fungsinya sebab beliau mempertikai dan menyiasat 1MDB... Banyak lagi perkara yang meragukan kita. Ertinya institusi kerajaan mula lumpuh. Kesemua ini hanya menjadikan rakyat semakin tidak yakin dengan pilihan raya.

"Sikap kerajaan pimpinan Najib ini sengaja mengundang rakyat ke jalan raya. Rakyat mahu menyatakan pandangan mereka bahawa rakyat tidak lagi yakin dengan sistem yang ada dan mereka akan keluar ke jalan raya dengan tangan kosong untuk menolak rejim Najib atau rejim seumpama Najib," tegasnya.

Sehubungan itu beliau  menyeru kepada anak-anak muda dan para pelajar agar menyertai himpunan #TangkapMO1 pada Sabtu, 27 Ogos ini sebagai satu usaha memulihkan demokrasi.

"Kita harus uar-uarkan bahawa negara kita ini sudah berada dalam keadaan parah, demokrasinya pincang, institusi kerajaannya sedang dimusnahkan oleh rejim berkuasa yang mencuri harta rakyat yang digelar oleh dunia sebagai kleptokrasi. Ayuh, selamat berjuang!" ujarnya bersemangat.

Hukuman penjara Fakhrulrazi tidak lemahkan semangat juang anak muda

Posted: 26 Aug 2016 08:47 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Mohd Anuar TahirMohd Anuar Tahir


Sekalipun kecewa dengan keputusan penjara lapan bulan terhadap Naib Ketua Pemuda Amanah Fakhrulrazi Mokhtar namun pujian harus diberikan kepada beliau, kata Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir.

Beliau berkata, pemimpin muda itu telah membuktikan keberanian beliau untuk menyatakan yang hak di hadapan pemimpin yang zalim, sekalipun sedar risiko yang bakal dihadapi.

"Keputusan ini menyedarkan kita bahawa perjuangan menegakkan keadilan di negara ini bukan tugas mudah, malah terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran berliku.

"Namun hakikatnya, perjuangan ini perlu diteruskan walau dengan apa harganya. Hanya kebangkitan rakyat mampu mengubah kepincangan sistem yang ada pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga yakin tindakan terhadap Fakhrulrazi ini sesekali tidak akan melemahkan semangat juang anak muda khususnya dalam Amanah untuk menentang kemungkaran dalam negara yang kini dipalit skandal 1MDB.
"Malah saya yakin, tindakan ini akan menyemarakkan lagi semangat kebangkitan anak muda berhadapan dengan segala kepincangan pentadbiran negara di bawah Datuk Seri Najib Razak," katanya.
Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur semalam menjatuhi hukuman penjara lapan bulan ke atas Fakhrulrazi selepas didapati bersalah atas kesalahan menghasut menentang kerajaan pemerintah dan boleh menjurus rusuhan awam.

Tuduhan itu berdasarkan ucapan Fakhrulrazi ketika himpunan #KitaLawan pada 21 Mac lalu mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948.

Bagaimanapun, hakim Shamsudin Abdullah membenarkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut tetapi menaikkan jumlah jaminan daripada RM1,000 kepada RM5,000.

#TangkapMO1 esok: Hormati hak rakyat untuk berhimpun

Posted: 26 Aug 2016 08:45 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Himpunan TangkapMO1Himpunan TangkapMO1


Biro Undang-undang (Kanun) Parti Amanah Negara (Amanah) mengingatkan pihak polis agar memberikan tumpuan untuk memudah cara perhimpunan #Tangkap MO1 esok dan mengelakkan provokasi, bukan sekadar memastikannya selesai lebih awal.

Timbalan pengerusi Kanun, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, Seksyen 8 Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) secara jelas menyebut bahawa tanggungjawab polis adalah untuk memastikan perhimpunan dikendalikan dengan teratur dan bukan bertujuan menyusahkan aktiviti yang dijalankan.

Ini kerana hak untuk berhimpun adalah hak yang dijamin di bawah peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

"Kanun percaya bahawa pihak penganjur telah memaklumkankan kepada pihak keselamatan berkenaan demonstrasi tersebut selaras dengan peruntukan seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

"Kanun juga yakin bahawa kedua-dua pihak penganjur dan keselamatan telah dan akan mengambil segala langkah yang diperlukan untuk memastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Anuar juga berkata, Kanun telah menugaskan peguam-peguam untuk berada di tempat-tempat berhimpun yang telah dikenal pasti bagi memastikan kebebasan asasi untuk berhimpun tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.

"Kanun juga telah memaklumkan kepada rakyat tentang hak-hak mereka sebagai peserta dan juga jika berlaku tangkapan," katanya yang juga naib ketua Pemuda Amanah Nasional.

Gabungan #TangkapMO1 digerakkan sekumpulan mahasiswa tempatan dan anak muda bagi mendesak penangkapan individu yang didakwa sebagai "Malaysian Official One".

Perhimpunan itu akan diadakan di dua kawasan iaitu di Pusat membeli belah Sogo dan Masjid Negara.
Peserta merancang untuk berarak dari dua tempat itu ke Dataran Merdeka pada jam 2 petang esok.

Ia bertujuan untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa menangkap "Malaysia Official One" yang dinamakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat dalam tuntutan saman sivil berhubung dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Sabtu lalu berkata, pihaknya akan mengambil tindakan ke atas pihak penganjur jika meneruskan himpunan tersebut di Dataran Merdeka ekoran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan tempat itu digunakan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Amin Nordin Abdul Aziz berkata DBKL menyediakan kawasan lain iaitu di Padang Merbok untuk perhimpunan itu.

Bagaimanapun jurucakap Gabungan #Tangkap MO1 Anis Syafiqah Md Yusof menegaskan, mereka bertekad untuk meneruskan himpunan tersebut di Dataran Merdeka.

Kumpulan itu juga berjanji akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis untuk menjayakan himpunan ini.

Tamrin Ghafar tidak akan sertai Pribumi

Posted: 26 Aug 2016 08:43 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR:  Tamrin Abdul Ghafar, anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba, mengesahkan beliau tidak akan menyertai parti baru yang sedang diusahakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
Tamrin dalam satu kenyataan hari ini berkata, selain itu, beliau juga telah menarik diri daripada Sekretariat Deklarasi Rakyat yang diketuai bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
 
Katanya, dua keputusan tersebut dibuat setelah memikirkannya dengan teliti.
 
"Keputusan ini adalah muktamad dan berkuat kuasa hari ini," kata Tamrin.
 
Katanya, buat masa ini beliau tidak menyertai mana-mana parti politik selepas keluar daripada PAS pada 2014.
 
Muhyiddin pada 9 Ogos lalu menyerahkan permohonan bagi mendaftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia di pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya. 
 
 

Enggan terima 'pujukan', Chegubard dipecat PKR

Posted: 26 Aug 2016 08:31 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin hari ini mengesahkan pemecatan dirinya daripada PKR.
 
Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard mengesahkan perkara berkenaan dalam laman Facebook beliau sebentar tadi.
 
Menurut Chegubard, surat pemecatan tersebut diterima beliau menerusi emel pada pagi ini, dan mendakwa tindakan pemecatan itu diambil selepas beliau enggan menerima 'pujukan' pihak tertentu.
 
Dipercayai 'pujukan' tersebut berkemungkinan bagi mendesak Chegubard membatalkan hasratnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan status ubah tanah di Paya Indah Wetlands pada petang ini.
 
 
 "Dapat email pagi ini setelah semalam menolak pujukan terakhir. 3.00 petang ini di SPRM," tulis beliau.
 
Chegubard dalam pada itu turut memuat naik surat pemecatan keanggotaan yang diterima beliau daripada ibu pejabat parti itu di laman Facebook beliau.
 
Menurut surat yang bertarikh pada hari ini (26 Ogos), mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Disiplin yang bersidang pada 4 Ogos lalu membuat keputusan untuk memecat Chegubard atas dakwaan menjejaskan imej dan memecahbelahkan parti seterusnya ingkar dengan arahan parti.
 
Menurut surat yang ditandatangani Setiausaha Agung parti, Rafizi Ramli itu juga, tindakan pemecatan itu diambil sejajar dengan peruntukan di bawah Fasal 41.7 Perlembagaan Parti .
 
Ia juga menyebut bahawa dengan pemecatan tersebut, maka secara langsung Chegubard dilucutkan segala jawatan yang dipegang atas nama parti dan tidak dibenarkan menjalankan atau membuat apa-apa aktiviti, serta membuat apa-apa kenyataan atas nama parti.
 
Bagaimanapun, rayuan boleh dikemukakan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis. 
 
Chegubard beberapa hari lalu mendakwa PKR gagal memecat keahliannya berikutan gagal mendapat sokongan undi dua pertiga.
 
 
 Dakwa beliau, kegagalan tersebut menyebabkan MPP PKR menolak usul itu serta-merta, sekaligus mengekalkan keahliannya.
 
Beliau mendakwa kononnya ada usaha menggunakan Fasal Pekeliling MPP menerusi Fasal 41.7 bagi tujuan memecatnya.  
 
Bukan itu sahaja Chegubard juga mendakwa usaha tersebut didalangi Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang cuba mempengaruhi anggota MPP untuk menyokong usul itu dengan menggunakan Pekeliling Resolusi MPP.
 
Chegubard sebelum ini mengugut akan membuat laporan kepada SPRM mengenai salah laku Azmin, berhubung kontroversi penukaran status tanah di Lot 68054 Paya Indah Wetlands, Selangor.
 
Chegubard mendakwa kerajaan negeri pimpinan Azmin memulakan usaha pelengkungan semula Paya Indah Wetlands di lot 68054 Mukim Tanjong Dua Belas Kuala Langat.
 
Laporan itu akan difailkan beliau di pejabat SPRM Putrajaya pada jam 3.00 petang ini.
 
 

Pas tidak sertai himpunan Tangkap MO1

Posted: 26 Aug 2016 08:29 AM PDT

Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
 
 
KUALA LUMPUR - Pas mengesahkan tidak akan menyertai Himpunan Tangkap MO1 yang akan diadakan di ibu kota esok.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Penerangan Pas Pusat,Nasrudin Hassan menerusi bualan aplikasi Whatsapp sebentar tadi.

"Tidak," jawab Nasrudin ringkas ketika ditanya mengenai penyertaan Pas dalam himpunan esok.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung Pas, Khairul Faizi Ahmad kamil ketika ditanya mengenai perkara sama dalam sebuah sidang media di sini, hari ini tidak dapat mengulas mengenai perkara tersebut.

Katanya, pihaknya sedang menunggu arahan lanjut berkaitan himpunan itu daripada Pas Pusat.

Sehingga kini, katanya, Pas Pusat tidak mengeluarkan apa-apa maklumat mengenai penyertaan parti Islam itu dalam himpunan tersebut.

Himpunan Tangkap MO1 akan diteruskan di Dataran Merdeka esok bermula jam 12 tengahari.

Difahamkan, himpunan tersebut diadakan bagi menggesa kerajaan menangkap dan mendakwa individu yang digelar Malaysian Official 1.

Kenapa Amanah mahu bertanding 30 kerusi sahaja?

Posted: 26 Aug 2016 08:25 AM PDT


Mohd Amar
Mohd Amar


KOTA BHARU – Pas Kelantan mempersoalkan tindakan Amanah yang membayangkan akan meletakkan calon di 30 kerusi pilihan mereka pada PRU14 nanti.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, walaupun tiada halangan untuk bertanding, namun Pas tetap memilih untuk tidak berunding mengenai agihan kerusi di sini.

"Kenapa perlu 30 kerusi? Kenapa tidak ambil 45 kerusi? Apa yang ada pada 30 kerusi tersebut? Kita tetap dengan pendirian tiada perundingan mengenai pengagihan kerusi ini," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Muhamad Hussin yang membayangkan Amanah akan meletak calon di 30 kerusi utama di sini pada PRU 14 akan datang, selain turut memberitahu, parti itu tidak perlu terikat dengan Pas walaupun Pas telah memberi amaran mengenai perkara tersebut.

Mohd Amar berkata, Pas menghormati amalan demokrasi dan menghormati undang-undang yang telah ditetapkan untuk memberi peluang kepada mana-mana parti bertanding pada PRU14 nanti.

"Cuma kita mahu tahu, kenapa 30 kerusi? Banyak sangat 'hot seat' (kerusi panas) dia.

"Kita hormat undang-undang, apa yang pastinya, tiada perundingan antara Pas dan mereka," katanya.


'Lebih baik Ku Nan isytihar hartanya dahulu'

Posted: 26 Aug 2016 08:22 AM PDT

SINAR HARIAN


Anina Saaduddin
Anina Saaduddin


SHAH ALAM – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor digesa mengisytiharkan hartanya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pihak lain.

Ahli Jawatankuasa Penaja Bersatu, Anina Saadudin turut mempersoalkan jumlah harta yang dimiliki oleh Tengku Adnan sehingga beliau merasa takut untuk mendedahkan asetnya kepada orang ramai.

"Nasihat saya kepada Ku Nan, daripada beliau cuba nak mencabul tentang fikiran saya, lebih baik beliau isytihar dulu harta-hartanya.

"Banyak sangat kah hartanya sehingga susah nak diisytiharkan?" soalnya dalam satu kenyataan.

Rabu lalu, Anina mengumumkan untuk menarik balik tiga kes mahkamah berkaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Tengku Adnan yang dibuat dahulu atas kapasiti sebagai ahli Umno.

[ARTIKEL BERKAITAN: Anina tarik balik tiga kes mahkamah]

Susulan penarikan saman tersebut, Tengku Adnan memaklumkan semalam bahawa tindakan Anina tersebut adalah kerana sedar pihaknya akan kalah.

Menyentuh mengenai perkara itu, Anina berkata saman ke atas Najib dibawa ketika beliau masih menjadi ahli Umno manakala saman kepada Tengku Adnan pula adalah bagi mendapatkan semula keahlian Umno setelah pihaknya dipecat.

"Kini saya telah menjadi ahli jawatankuasa penaja Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dan kes saman yang terdahulu ketika bermula sebagai ahli Umno sudah tidak relevan lagi.

"Sebagai contohnya, apa asas saya untuk menuntut keahlian Umno diberikan semula kepada saya, sedangkan saya kini adalah ahli Protem Penaja Bersatu," katanya.

Selain itu, Anina memaklumkan bahawa tiada asas untuknya mendesak Najib memulangkan baki RM2.6 bilion tersebut kepada Umno sedangkan dia kini bersama landasan Bersatu.

Ujar Anina, sekiranya pihaknya tidak yakin untuk menang dalam kes saman itu, isu-isu tersebut tidak perlu dibawa sehingga ke Mahkamah Persekutuan dan hanya boleh berhenti sehingga di Mahkamah Tinggi sahaja.

"Biarlah ahli Umno perjuangkan sendiri hak wang parti mereka.

"Saya kini bersama Protem Penaja Bersatu dan perjuangan saya jauh lebih besar sekarang," katanya.


Pengarah urusan bank, tiga lagi direman

Posted: 26 Aug 2016 08:14 AM PDT

SINAR HARIAN

mahkamah
Gambar hiasan


PUTRAJAYA - Seorang pengarah urusan sebuah bank bergelar‎ Datuk, bekas pegawai bank sama dan dua lagi ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah dan salah guna kuasa.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman empat lelaki itu bermula hari ini sehingga Ahad.

Selain pengarah urusan bank berusia 48 tahun itu dan bekas pegawainya, dua lagi ialah seorang pengarah syarikat penerbitan buku dan seorang pegawainya.

Semalam SPRM menahan lapan individu berumur antara 32 dan 48 tahun antara pukul 2 petang sehingga tengah malam di sekitar Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Hari ini lapan individu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini dengan empat ditahan reman manakala empat lagi yang terdiri daripada dua peguam wanita, seorang penulis buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara dan isteri kepada bekas pegawai bank itu dibebaskan.

Dalam serbuan itu SPRM merampas enam jam tangan mewah setiap satu berharga RM20,000 dan wang tunai RM30,000 daripada pengarah urusan bank itu.

Semalam, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pengarah urusan bank itu ditahan di pejabatnya di ibu negara hasil maklumat orang ramai berhubung salah laku rasuah.

"Dia dipercayai terlibat dalam tender pertukaran sistem bank dan penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.

"Sebanyak RM15 juta telah diberikan kepada sebuah syarikat penerbitan milik orang yang mempunyai kepentingan dengan Datuk tersebut namun sehingga kini tiada sebarang buku yang diterbitkan," katanya ketika dihubungi Bernama.

SPRM juga memperolehi perintah tahanan reman selama lima hari terhadap seorang pengurus projek, dan seorang pengurus sebuah syarikat cari gali minyak dan enam kontraktor bagi membantu siasatan kes menerima rasuah bagi projek "pipeline" berjumlah RM76 juta.

Majistret Nik Isfahanie mengeluarkan perintah reman itu bermula hari ini sehingga Selasa ini.

Lima lelaki dan tiga wanita dalam lingkungan umur 35 tahun dan 60 ditahan berasingan semalam oleh SPRM di Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Terengganu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan "pipeline" di selatan tanah air itu. - Bernama


Mahathir dijadual sertai #TangkapMO1 esok

Posted: 26 Aug 2016 08:10 AM PDT

MALAYSIAKINI


LIHAT VIDEO DI SINI

Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengesahkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyertai himpunan #TangkapMO1 di Kuala Lumpur esok.

Dalam kenyataannya, Khairuddin berkata, keputusan itu dibuat sebagai memenuhi jemputan dan kehendak Persatuan Mahasiswa Melayu Malaysia dengan kehadiran Mahathir di Dataran Merdeka pada sebelah petang.

"Secara peribadi, saya berharap keseluruhan rakyat akan turun secara beramai-ramai untuk memberi sokongan moral pada himpunan ini," kata beliau lagi.

Hari ini, kira-kira 20 pelajar Malaysia di Australia mengadakan himpunan #TangkapMO1, lebih awal sehari daripada perhimpunan utama esok.

Kumpulan pelajar tersebut berkumpul di Australian National University di Canberra dalam acara yang dianjurkan oleh Malaysian Progressives in Australia (MPOZ).

Kebanyakan peserta adalah penuntut Malaysia yang datang dari beberapa universiti di seluruh Australia antaranya Canberra, Sydney, Melbourne dan Perth.

PAS, bagaimanapun, setakat ini belum mengesahkan penyertaan pada himpunan itu walaupun rata-rata parti pembangkang di negara ini menyokongnya.

Pihak penganjur acara tersebut mengesahkan perhimpunan itu akan diteruskan seperti yang dirancang walaupun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak membenarkan perhimpunan tersebut diadakan di Dataran Merdeka ekoran penganjur tidak mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Himpunan budak kecil - Ali Tinju, Jamal, baju merah batal demo balas

Posted: 26 Aug 2016 08:07 AM PDT

MALAYSIAKINI


LIHAT VIDEO DI SINI

Pertubuhan Pembela Nasib Melayu (Gerakan Merah) tidak akan mengadakan demonstrasi balas menentang himpunan #TangkapMO1 yang dijadualkan Dataran Merdeka esok.

"Kami, Gerakan Merah, tidak akan mengadakan perhimpunan atau protes kerana menghormati keputusan polis Kuala Lumpur dan polis Dang Wangi.

"Gerakan Merah akan ikut arahan polis untuk tidak membantah," kata presidennya, Mohd Ali Baharom, yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju dalam kenyataan.

"Ini (#TangkapMO1) adalah himpunan budak-budak kecil, budak sekolah yang cuba belajar nak buat demo.

Jadi, kita serahkan kepada pihak berkuasa PDRM supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana budak yang menganjurkan himpunan tangkap MO1," katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus yang mengetuai Himpunan Merah turut mengesahkan pihaknya tidak akan terlibat dalam mana-mana demonstrasi balas esok.

"Jika ada kumpulan yang menentang himpunan itu, ia bukan dari kumpulan saya," katanya kepada Malaysiakini.

Jamal, bagaimanapun, yakin bahawa himpunan #TangkapMO1 akan gagal mendapat sokongan orang ramai.

"Ia tidak akan menjadi seperti BERSIH. Jika kanak-kanak ini datang, mereka akan kumpulkan 100 atau 200 orang. Jika berjaya kumpulkan 1,000 atau 2,000 orang, ini bermakna mereka berjaya," tambahnya.

Raja Muda Perlis tumpangkan pelajar maahad tahfiz

Posted: 26 Aug 2016 07:45 AM PDT

Raja Muda Perlis tumpangkan pelajar maahad tahfiz
Kenderaan rasmi istana dikesan membawa pelajar Maahad Tahfiz Padang Siding yang terkandas disebabkan hujan. - Foto Facebook Syed Atief
 
 
SHAH ALAM - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mencuri perhatian orang ramai hari ini apabila baginda menumpangkan empat orang pelajar Maahad Tahfiz Padang Siding dengan menaiki kenderaan rasmi baginda.

Menerusi foto yang dimuat naik melalui laman Facebook Ketua Pemuda Umno Perlis, Syed Atief Syed Abu Bakar, kenderaan baginda dilihat membawa pelajar terbabit yang terkandas di masjid disebabkan cuaca hujan.

Menurut Syed Atief, baginda sebelum itu menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Bonggol Sena sebelum menumpangkan empat orang pelajar terbabit untuk dihantar pulang ke maahad tahfiz berkenaan.

"Selepas selesai solat, baginda melihat pelajar terbabit sedang menunggu hujan reda dan menitahkan supaya mereka menumpang kenderaan rasmi istana tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.

Dalam pada itu, tindakan baginda turut mendapat reaksi positif daripada pelayar laman sosial.

Seorang pengguna akaun bernama Harmizy Kasim berkata, "Terbaiklah, pemimpin berjiwa rakyat," tulisnya.

Dalam pada itu, seorang pengguna akaun bernama Azrul Sani berkata, "Raja dan rakyat berpisah tiada," katanya.

Selain itu, Abdul Hamid Mohammad pula berkata, "Terbaik....raja berjiwa rakyat," katanya.


Chong Wei: Jika ada RM300j, saya duduk rumah saja

Posted: 26 Aug 2016 07:41 AM PDT

Datuk Lee Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei
 

PEMAIN badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menafikan laporan yang mendakwa beliau memiliki aset mencecah RM300 juta.

Menurut Chong Wei, sekiranya memiliki aset sedemikian, beliau tidak lagi perlu mengerah keringat untuk bermain badminton dan hanya perlu duduk di rumah sahaja.

"Jika ada RM300 juta, saya fikir saya sudah berhenti bermain badminton.

"Saya tidak perlu kerja dan hanya duduk di rumah," katanya menerusi video yang dimuat naik oleh The Star TV hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Aset Chong Wei cecah RM300 juta]

Semalam, Sinar Harian memetik portal thecelebritiesnetworth.com yang melaporkan aset Chong Wei bernilai RM300 juta berdasarkan hadiah kemenangan, sektor perniagaan, duta kepada puluhan produk di peringkat antarabangsa dan tempatan, hartanah dan koleksi kereta mewah yang dimilikinya.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai perkara itu, Chong Wei memaklumkan bahawa beliau tidak merasakan ahli sukan di negara ini mampu mendapat jumlah aset seperti itu.

"Sukan di negara ini adalah berbeza berbanding dengan bola sepak di negara-negara lain, begitu juga dengan golf dan tenis," katanya.

Mengulas lanjut mengenai laporan tersebut yang tersebar secara meluas, Chong Wei berkata ia adalah perkara biasa bagi pengguna laman Facebook dan Twitter.

Dalam temasya sukan Olimpik Rio baru-baru ini, Chong Wei berjaya menghadiahan pingat perak buat negara walaupun tewas kepada jaguh China, Chen Long.


Kazim Elias buat laporan polis terhadap Syed Azmi dan Wardina

Posted: 26 Aug 2016 07:27 AM PDT

Astro Awani
Kazim Elias buat laporan polis terhadap Syed Azmi dan Wardina
KAZIM: "Saya minta supaya pihak polis mengambil siasatan ke atas perkara ini supaya tidak berlaku fitnah yang berpanjangan terhadap diri saya, terhadap sekolah saya." - Foto Bernama
 
 
IPOH: Penceramah bebas, Datuk Kazim Elias hari ini membuat laporan polis terhadap dua pengguna media sosial (Facebook) kerana didakwa membuat komen-komen yang berunsur fitnah sehingga menjejaskan reputasinya sebagai  seorang penceramah agama terkenal tanah air.

Ustaz Kazim berkata, beliau membuat laporan itu kerana merasakan komen-komen negatif yang dibuat oleh aktivis Syed Azmi Alhabshi dan personaliti Wardina Safiyyah sebagai komen-komen yang sangat memalukannya.

Untuk itu katanya satu tindakan perlu diambil bagi membersihkan namanya dan nama sekolahnya Maahad Tahfiz Darul Barakah.

BACA: Saya sanggup serah sesiapa sahaja, termasuk darah daging sendiri - Ustaz Kazim

BACA: Saya tiada agenda, hanya mahu lindungi kanak-kanak - Syed Azmi

BACA: Syed Azmi dedah dakwaan cabul pelajar tahfiz: 'Cium Abi sebelum tidur'

"Saya mengambil keputusan untuk membuat laporan ini sebab mempertahankan diri saya kerana komen-komen yang begitu negatif yang secara langsung dapat disifatkan sebagai itu adalah saya malah ada yang menggelarkan saya dengan gelaran gelaran yang buruk ekoran viralnya di dalam Facebook mereka.

"Jadi saya minta supaya pihak polis  mengambil siasatan ke atas perkara ini supaya tidak berlaku fitnah yang berpanjangan terhadap diri saya, terhadap sekolah saya dan saya harap kepada netizen yang memberi komen dan sebagainya di dalam Facebook mereka ini supaya  dapat berhati hati jangan kita mengatakan sesuatu yang di luar batasan Islam dan mempunyai pegangan agama," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh petang tadi.

Beliau seterusnya menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada terhadap kedua-dua pengguna Facebook terbabit kerana didakwa telah mencelarkan reputasinya sebagai seorang penceramah terkenal tanah air dan juga sekolah maahad tahfiz di bawah kelolaannya.

Baru-baru ini, tersebar di laman sosial mengenai beberapa orang pelajar baharu di maahad tahfiz berkenaan yang dikatakan dicabul selain didakwa berlaku kejadian seks luar tabii.
 
Susulan itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan berhubung dakwaan pencabulan seksual di sekolah itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Mohd Yusop Husin pula berkata, pihaknya telah membuat lawatan ke maahad berkenaan dan pegawainya turut menemuramah beberapa pelajar. 
 
 

Dr M tak dapat hargai, fahami konsep Bangsa Johor

Posted: 25 Aug 2016 05:21 PM PDT

DATUK KHALED NORDIN


 LIHAT VIDEO DI SINI

Saya ingin merujuk kepada pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kebangkitan nasionalisme Johor dan konsep Bangsa Johor semalam.

Saya mempunyai pendirian yang berlainan dan menyanggah dengan tegas kenyataan tersebut.
Pendirian saya adalah selari dengan pandangan Sultan Johor berhubung perkara ini.

Pertama, kebangkitan nasionalisme Johor - dalam apa cara sekalipun - tidak bertujuan untuk menjurus kepada perpisahan dari Persekutuan Malaysia.

Johor adalah sebuah negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia dan akan terus mendukung hubungan eratnya dengan kerajaan persekutuan.

Namun, hubungan kerajaan negeri dengan persekutuan mesti diterjemahkan selayaknya atas semangat sebuah persekutuan dan bukannya sebagai sebuah negara satuan atau unitary.

Kedua, Bangsa Johor adalah satu identiti politik Johor yang menjurus kepada perpaduan dan sikap muhibah. Ia menyeru kepada muafakat pelbagai kaum, malah menjadi matan yang menyatukan segala kerencaman bangsa, agama dan keturunan di bawah satu identiti kenegerian yang bersandarkan kepada keharmonian, persefahaman dan toleransi.

Ketiga, Bangsa Johor yang bersatu padu, maju, harmoni dan berada dalam keadaan terbaik bukan saja akan menjadikan Johor dan masyarakatnya lebih baik, malah akan menjadikan Malaysia dan masyarakatnya juga lebih baik.

Ia dengan sendirinya akan mengukuhkan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan. Negeri-negeri yang kuat, dengan masyarakat yang kuat akan membentuk persekutuan yang kuat.

Keempat, nasionalisme Johor dan konsep Bangsa Johor adalah identiti unik yang telah lama sebati dengan Johor dan amalan masyarakatnya.

Seawal 1920-an Almarhum Sultan Sir Ibrahim (sudah) memperkenal dan menggunakan istilah tersebut.
Ini bermakna, penggunaan Bangsa Johor sudah wujud lebih awal daripada kemerdekaan dan kewujudan Malaysia.

Kelima, terimalah kebangkitan nasionalisme Johor dan Bangsa Johor ini sebagai sebahagian daripada kepelbagaian dan kerencaman Malaysia.

Malaysia mempunyai pelbagai cerita terbaik. Kemajmukan inilah yang menjadikan Malaysia kuat dan istimewa.

Saya menyeru semua pihak untuk meneladani kebangkitan Johor dan nasionalismenya. Ia harus menjadi pacuan moral untuk kita lebih menghargai kepelbagaian berbangsa dan bernegara secara progresif dan sihat.

Kepada Dr Mahathir, saya beranggapan tidak perlulah untuk beliau bercakap dan mengulas tentang perkara yang bukan menjadi bidang kearifannya. (Ini) sesuatu yang beliau tidak dapat hargai atau jiwai.

Kami di Johor akan terus berbangga memelihara dan berusaha mempertahankan segala warisan dan konsep yang boleh menjayakan dan menyatakan segenap rakyat negeri ini.


DATUK KHALED NORDIN adalah Menteri Besar Johor

Jurukamera cedera power bank terbakar

Posted: 25 Aug 2016 05:17 PM PDT

Bernama


Seorang jurukamera Bernama News Channel (BNC) melecur di paha kiri apabila power bank yang diletakkan di dalam begnya secara tiba-tiba terbakar.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Awie, 43, berkata ketika kejadian beliau sedang bertugas membuat liputan berita di satu majlis di Chow Kit.

"Saya duduk di kerusi sambil memangku beg di atas paha, tiba-tiba seorang wanita menjerit melihat beg saya terbakar di bahagian bawah," katanya ketika dihubungi Bernama, di Kuala Lumpur.

Beliau kemudian mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Taman Melawati akibat melecur teruk di bahagian paha kirinya.

"Power bank itu hadiah yang saya terima semasa membuat liputan dan baru menggunakannya semalam, saya juga telah mengecas penuh power bank itu namun tidak sempat menggunakannya hari ini.

Katanya, akibat kejadian itu, separuh paha kirinya melecur, dua pen drive di dalam beg hangus manakala beg tersebut berlubang di bahagian bawah dan kesan terbakar.- Bernama

Jatuhkan Najib sebab tidak ‘bersih’ seperti Tunku Abdul Rahman

Posted: 25 Aug 2016 05:10 PM PDT

ARIF ATAN
 
 
Tunku Abdul Rahman Putra Al HajTunku Abdul Rahman Putra Al Haj


Rakyat tidak akan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika 'bersih' seperti bekas Perdana Menteri, AlmarhumTunku Abdul Rahman.

Penyokong Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mempertikai kempen menyingkirkan Najib.

"Kenapa Hishamuddin bodoh sangat? Kalau Najib Tun Razak ini bersih macam Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman sudah pasti kami tidak akan mengaruk untuk jatuhkan perdana menteri paling korup dalam sejarah politik negara.

"Atas dasar pengkhianatan Najib yang sedang merosakkan ekonomi negara dengan begitu teruk mendesak kami berjuang secara habis-habisan bagi menyingkirkan Najib.

"Sekiranya Najib tidak disingkirkan secara kadar segera, pada pendapat peribadi saya keseluruhan sistem ekonomi kita akan terus hancur.

"Buat masa kini, negara kita mempunyai seorang Perdana Menteri 'Lanun Bugis' yang telah merosakkan amalan demokrasi, sistem politik, ekonomi serta institusi-institusi kerajaan di tanahair kita," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairuddin yang juga bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata, Najib sedang dibelenggu kes skandal 1MDB yang menyaksikan kira-kira RM28 bilion lesap dari akaun syarikat tersebut seperti dilaporkan Laporan Ketua Audit Negara.

Ujarnya, lima negara lain telah mengesahkan mempunyai pelbagai bukti penyelewengan dana yang terbesar dalam sejarah dunia membabitkan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Khairuddin turut menganggap kelemahan Hishamuddin dapat dilihat pada prestasi yang tidak pernah menyerlah mana-mana kementerian yang diketuai Ahli Parlimen Sembrong itu.

"Saya tidak hairan dengan pemikiran dan pandangan bodoh daripada Hishamuddin Tun Hussein selaku Naib Presiden parti Najib masa kini.

"Hishamuddin Tun Hussein daripada dulu sehingga kini amat kurang cerdik! Dia (Hishamuddin) naik dalam politik semata-mata kerana anak kepada mantan perdana menteri. Itu saja! Daripada segi otak amat kurang," tempelaknya lagi.

Zaid: Jika tak salah, mengapa Najib 'tutup sini, pecat sana'?

Posted: 25 Aug 2016 05:07 PM PDT

MALAYSIAKINI


Bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan sama ada tindakan Datuk Seri Najib Abdul Razak sepadan dengan penegasan perdana menteri tidak bersalah dan tidak kena mengena dengan skandal 1MDB.

"Seseorang yang tidak bersalah tidak akan membataskan siasatan polis hanya kepada aspek tertentu, pecat timbalannya, pecat Peguam Negara dan lain-lain," kata Zaid dalam blognya hari ini.

Ujar beliau, walaupun begitu, mereka yang berhati batu tetap mempertahankan perdana menteri dan menerima bulat-bulat setiap tutur katanya.

"Di Malaysia, kita ada orang berhati batu yang tidak mahukan siasatan polis yang bebas. Mereka lebih selesa jika ia tidak dilakukan atau hanya dilaksanakan separuh jalan.

"Apa yang kita ada ialah mereka yang mengiyakan segala apa yang dikatakan oleh perdana menteri sebagai benar. Apabila perdana menteri kata ia adalah sumbangan Arab Saudi, maka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjawab: 'Ya, memang benar'.

"Ini bukan sesuatu penyiasatan, ia adalah tutup kes. Tutup sana, tutup sini, pecat sana pecat sini," jelas beliau lagi.

Tambah Zaid, mereka yang berhati batu dalam Umno dan PAS dengan mereka seolah-olah tidak memahami apa yang perdana menteri telah dilakukan.

Beliau menggesa mereka untuk membaca penemuan siasatan Biro Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat yang memperincikan bagaimana lebih AS$3.5 bilion boleh lenyap daripada 1MDB.

Baru-baru ini, Zaid menyeru Najib agar menyahut cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berdebat di televisyen.

"Mengapa Najib takut untuk berdebat Tun M (Mahathir)?" tanya Zaid lagi.

"Saya fikir beliau sentiasa tenang dan yakin atas kesnya. Itulah yang beliau beritahu (bekas Timbalan Perdana Menteri) Tun Musa (Hitam) dan mereka lain yang rapat dengannya.

"Oleh itu, berilah kami rakyat biasa mendengar PM patahkan hujah Tun M satu demi satu," kata Zaid lagi.

'Bunyi dentuman kuat sebelum besi pencangkuk kren hempap pemandu'

Posted: 25 Aug 2016 04:53 PM PDT

MALAYSIAKINI


"Saya terdengar bunyi dentuman kuat beberapa kali sebelum melihat serpihan besi pencangkuk kren terjatuh dan menghempap kereta Perodua Kelisa di depan saya", demikian menurut seorang saksi kejadian seorang pemandu wanita yang maut akibat dihempap besi kren di Jalan Raja Chulan, di ibunegara malam tadi.

Pemandu yang hanya mahu dikenali sebagai Elizabeth, 34, berkata ketika kejadian beliau sedang memandu selang beberapa kenderaan di belakang kereta mangsa dan sempat mengelak dari turut terlibat dalam insiden pada 7.20 malam itu.

"Saya nampak orang ramai bertempiaran lari dan menyelamatkan diri melihat sebahagian besi kren jatuh dan menghempap kereta Kelisa itu," katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian malam tadi.

Beliau berkata pemandu lain sempat mengelak dan menyelamatkan diri masing-masing, namun pemandu Kelisa tersebut tidak sempat menyelamatkan diri kerana kejadian berlaku begitu pantas.

Sementara itu, seorang penunggang motosikal Hafiz Zakwan, 29 yang turut menggunakan laluan itu, memanjatkan kesyukuran kerana tidak terlibat dalam kejadian malang tersebut.

"Saya berharap pihak pengurusan pembinaan ini akan lebih berhati-hati dan mengutamakan keselamatan semasa melakukan kerja pembinaan," katanya.

Dalam kejadian 7.20 malam tadi, mangsa Chim Khoo Sing, 24, berasal dari Pulau Pinang maut akibat dihempap serpihan besi kren seberat 1,000 kilogram yang jatuh dari tingkat 20 bangunan hotel yang sedang dalam pembinaan di Jalan Raja Chulan itu.

Menurut polis mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tengkuk, dada dan rusuk kanan.

Wanita berkenaan yang berpakaian pejabat itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu membunuh tanpa niat.- Bernama

Orang ramai diingat waspada penculik guna van putih

Posted: 25 Aug 2016 04:48 PM PDT

MALAYSIAKINI


Polis menasihati orang ramai supaya berhati-hati jika ternampak van putih di lokasi mencurigakan susulan kes cubaan culik kanak-kanak berumur 10 tahun di Kampung Datuk Keramat, di ibunegara Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata ini berikutan terdapat kes cubaan menculik melibatkan empat lelaki dengan dua daripadanya memakai pakaian wanita menggunakan van putih.

"Setakat ini ada satu kes cubaan culik dilaporkan melibatkan suspek menggunakan van putih, melibatkan cubaan culik seorang murid perempuan Sekolah Rendah Agama Al Akram, Kampung Datuk Keramat, dalam perjalanan ke sekolah," katanya kepada Bernama.

Dalam kejadian 1.50 tengah hari Selasa lepas, kanak-kanak itu dihampiri sebuah van putih, di dalamnya ada sekumpulan empat individu, dua daripadanya lelaki yang menyamar dengan memakai pakaian wanita, keluar dari kenderaan itu dan cuba menarik mangsa masuk ke dalam van berkenaan.

"Seorang daripada lelaki berpakaian wanita itu mengacukan sebilah pisau ke arah kanak-kanak tersebut namun mangsa dilepaskan setelah meronta dan menyepak serta menumbuk muka kedua-dua lelaki itu yang kemudiannya lari dengan van berkenaan," katanya.

Kanak-kanak itu kemudian berlari masuk ke kawasan sekolah dan menceritakan kejadian itu kepada guru.

Beliau berkata laporan polis mengenai kejadian dibuat oleh seorang guru wanita sekolah berkenaan.

"Nombor pendaftaran van itu tidak pasti kerana tiada kamera litar tertutup di tempat kejadian dan tak tahu pergi ke arah mana," katanya.

Mohamad Roy Suhaimi berkata guru itu turut membuat laporan polis terdapat satu lagi cubaan culik melibatkan kanak-kanak sekolah sama pada 5 Ogos lalu, apabila dua lelaki menggunakan sebuah motosikal cuba menarik tangan salah seorang daripada dua beradik perempuan berumur tujuh dan 10 tahun yang sedang berjalan ke sekolah berkenaan kira-kira 1.50 tengah hari.

"Pembonceng motosikal menarik tangan kanak-kanak berumur tujuh tahun tetapi kanak-kanak berkenaan meronta dan menjerit menyebabkan lelaki berkenaan melepaskan tangannya dan melarikan diri dengan motosikal jenis Yamaha 125.

"Kedua-dua murid perempuan itu kemudian berlari masuk dalam masjid Al Akram yang berdekatan dengan sekolah itu," katanya.

Beliau berkata setakat ini belum ada sebarang tangkapan untuk kedua-dua kes yang kini disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan kerana melakukan penculikan dan cubaan melakukan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Mohamad Roy Suhaimi berkata pihaknya telah meningkatkan rondaan di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata polis masih belum menerima sebarang laporan dari anggota keluarga gadis yang dipercayai diculik dua lelaki menggunakan kereta Perodua berwarna putih di persimpangan Jalan AU 5C/7, Taman Lembah Keramat, Selasa lepas.

"Setakat ini kita belum terima laporan dari mana-mana pihak mengenai kehilangan anggota keluarga mereka," katanya.- Bernama

Maut dilanggar pemandu main Pokemon Go

Posted: 25 Aug 2016 04:45 PM PDT

SINAR HARIAN


Maut dilanggar pemandu main Pokemon Go
Bunga diletakkan di tempat kejadian di Jepun. 
 
 
TOKUSHIMA - JEPUN. Seorang wanita maut manakala seorang wanita cedera selepas dilanggar seorang pemandu lori yang bermain Pokemon Go ketika memandu, semalam.

Laporan Reuters mengatakan pemandu lori tersebut mengaku bermain permainan berkenaan selepas ditangkap.

"Dia masih lagi dalam tahanan polis. Tiada sebarang keputusan dibuat sama ada mahu mendakwanya atau tidak," kata jurucakap polis Tokushima.

Sementara itu, penerbit permainan Pokemon Go, Niantic mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.

"Syarikat Pokemon dan Niantic cuba untuk mewujudkan persekitaran yang selamat untuk orang ramai bermain permainan tersebut," kata jurucakap Niantic.

Setakat ini, Niantic menyertakan 'pop-up' amaran di dalam permainan berkenaan yang melarang pemainnya bermain ketika memandu.


PRU14: 1MDB faktor BN kalah kalau...

Posted: 25 Aug 2016 04:42 PM PDT

Samsu Adabi Mamat
Samsu Adabi Mamat


SHAH ALAM - Penganalisis politik melihat Umno - BN mungkin berdepan risiko kehilangan undi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) gara-gara skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masih hangat diperkatakan.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, faktor gerakan 4M (Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) juga akan menyumbang kepada kemungkinan tersebut.

"Isu 1MDB ini hanya salah satu faktor yang mempengaruhi tabiat mengundi tapi ia tidak mempengaruhi secara keseluruhan. Namun, ia boleh menjadi dominan sekiranya kerajaan gagal kendalikan isu ini dengan baik.

"Selepas pilihan raya di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kita lihat Umno berdepan perpecahan apabila ditubuhkan parti baharu yang sekali lagi meletakkan Umno dalam ancaman. Apabila faktor 1MDB ini dihangatkan lagi dengan isu MO1 (Malaysian Official 1) kemudian perpecahan, ia menjadi ancaman besar kepada Umno," katanya kepada Sinar Online.

Muhyiddin yang juga bekas orang nombor dua Umno dipecat daripada parti bertindak menubuhkan parti yang baharu, Parti Peribumi Bersatu (Bersatu) demi berdepan dengan Umno dalam pilihan raya akan datang.

Namun menurut Samsu Adabi, sekiranya pakatan pembangkang masih utuh seperti PRU13 lalu, situasinya pasti kurang tenang buat Umno-BN dalam pilihan raya akan datang ini.

"Jika situasi pembangkang masih sama seperti PRU13 sudah semestinya isu 1MDB menyebabkan Umno lagi terancam. Tetapi apabila lihat faktor selepas 2015 di mana Pas keluar daripada Pakatan, Pakatan terancam kerana faktor solidariti parti.

"Jadi, walaupun isu 1MDB tidak menyebelahi Umno, tetapi pembangkang dalam keadaan berpecah. Ini yang menjadikan faktor 1MDB masih berkesan tapi tidak sampai mengancam Umno secara serius," katanya.

Dalam pada itu katanya, isu 1MDB masih boleh dijadikan peluru untuk pembangkang menembak BN sehingga pilihan raya nanti.

Sehubungan itu, Umno-BN tidak mempunyai jalan lain selain menyelesaikan isu tersebut dan menjelaskan kepada rakyat dan ahli parti serta mempercepatkan tarikh pilihan raya kerana lebih lama ditangguhkan ia hanya akan memberi kelebihan kepada Bersatu mengumpul kekuatan.