Selasa, 3 Mei 2016

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SENYUM PAGI INI

Posted: 03 May 2016 07:15 PM PDT





SENYUM

PAGI INI


Bila penyamun menipu & ckp berbelit2..
Kamu SOROKLAH..
Kamu NAFIKANLAH...
Akhirnya Allah SWT tunjukkan jua bhw derma RM2.6 bilion itu sememangnya masuk ke dlm akaun peribadi Najib sendiri wpon sebelum ini beliau menafikannya..
TERBUKTI SUDAH PENYAMUN...
























KAH KAH KAH

TERGOLEK DOG





-------------

MENUNGGUI KATA DIKOTA

Posted: 03 May 2016 06:40 PM PDT





HEBAT!

 May 2, 2016
adenan-sarawak
Ketua Menteri berpandangan Orang Ulu perlu diwakili dalam sidang Dewan Undangan Negeri


MIRI: Sebahagian daripada inisiatif untuk memastikan penyertaan Orang Ulu dalam kerajaan,  Adenan Satem sedang pertimbang mewujudkan kawasan DUN khas untuk kaum Penan.
Pengerusi Barisan Nasional Sarawak itu berkata selain daripada kaum Penan, beliau juga mahukan ADUN daripada kaum Bisi, Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Bisaya dan Kelabit.
Atas sebab itu beliau memohon Suruhanjaya Pilihan Raya supaya mempertimbangkan untuk mencipta lebih banyak kawasan DUN.
Susulan langkah persempadanan semula terbaru, Sarawak kini mempunyai 82 kerusi DUN, bertambah 11 daripada 71 kerusi dalam pilihan raya negeri 2011.

HANYA SATU
jika semua janji
jika semua kenyataan
dikotakan
maka sarawak masuk
ke era baru
ke  zaman baru
kita di luar sarawak
hanya menunggu
apakah kata kata
apakah janji janji
apakah semua kenyataan
akan dikotakan

KHALAS

-------------

JANGAN BUANG MASA

Posted: 03 May 2016 06:00 PM PDT





DAP siapkan pentas khas untuk PM esok

Ruang dibuka seluas-luasnya untuk Najib beri penjelasan mengenai isu 1MDB, derma RM2.6b











WOIT

buang masa

buang tenaga

mustahil datang

jamin tak datang

kalau datang

dunia kiamat

FBI  DATANG

--------------

BUKAN ISU SUNNI - SHIAH

Posted: 03 May 2016 06:00 AM PDT




FACE BOOK


Sejak dari awal lagi, saya anggap isu syria tiada kaitan dengan isu syiah - sunni. saya anggap, isu ini ada kaitan dengan kuasa besar di belakangnya.
Kebimbangan saya dengan isu syria, apabila dikaitkan dengan syiah - sunni adalah pada implikasinya; iaitu menjadikan negara umat islam yang sedia asal punyai penganut dua aliran pemikiran ini pula bertelagah dan saling musuh memusuhi antara satu dengan yang lain, walaupun sesama mengakui Allah sebagai tuhan yang esa dan Muhammad saw sebagai Nabi..
Wawancara dengan anak kepada Dr Said Ramadan al-Buti, meyakinkan lagi dengan anggapan saya itu.
Apabila ditanya berkenaan konflik syria, Dr Taufiq Ramadhan al-Buthi menyatakan;
"Konflik di negara kami bukan konflik sekterian dan agama, yang membenturkan antara Sunni dan Syiah, atau Muslim dan non-Muslim. Ada tiga target utama dari konflik yang melanda Suriah sekarang. Pertama menghancurkan Suriah, kedua, mendistorsi dan mencoreng wajah Islam di mata dunia, sebagai agama yang menyeramkan sekaligus menakutkan agar mereka menjauh dari risalah ini. Kita punya contoh bukti. Misalnya, perang Suriah sekarang faktanya tidak melibatkan sesama warga Suriah asli, sama sekali. Tetapi, konflik ini di-setting agar melibatkan warga sesama Suriah. Kita lihat sekarang ISIS, tak semuanya orang Suriah, begitu juga Jubha el-Nusra, mereka gabungan dari jihadis dari berbagai negara.
Apakah mereka datang hanya untuk Assad? Tidak. Sederhana saja, jika masalahnya adalah Assad, maka lihatlah yang terjadi di Libya, apakah saat Qaddafi berhasil dilengserkan dan dibunuh, masalah selesai? Tidak! Justru di sanalah permulaannya. Demikian juga, ketika Shadam Husein mati di tiang gantugan, Irak bebas masalah? Tidak. Mereka ingin Suriah porak poranda karena negara ini dianggap sulit ditaklukkan. Suriah hingga sekarang tak mau menyerahkan kehormatannya untuk mereka"




-----------

SEBENAR NYA

Posted: 03 May 2016 05:30 AM PDT









APA KITA INI

masalah besar

yang kita hadapi

di malaysia ini

bukan kerana

orang jahat 

terlalu ramai

orang zalim

terlalu  ramai

sebenarnya

orang baik baik

orang jujur jujur

lebih ramai

tapi masalahnya 

orang baik baik

orang jujur jujur

tidak melakukan

apa apa langkah

kalau mereka

bergerak kita

semua selamat

AMIN



---------------

OMPUTIH FBI

Posted: 03 May 2016 05:03 AM PDT




OMPUTIH FBI
Woi Omputih FBI, hormatilah. Si Dol ni pasal ayah dia seorang pemimpin negara yang beriman serta patuh syariah! Jika kamu tidak menghormati beliau sebagai anak seorang pemimpin negara maka kamu boleh jatuh KAFIR omputih oooiii.... kab kah kah.. on FBI CARI RIZA AZIZ
Algojo
at 7:17 PM


FBI DAH DATANG
fbi dah datang, tetiba sume wakil2 1mdb letak jawatan..ismee nak meyorok dlam kaabah ke dalam jubah..hadi taknak letak jawatan sebagai penasiehat ke..nnt disoal fbi mu ckap ikang yg salah...mung cakap ayam yang stress..apa punya punatsehat.. on TABUNG HAJI
Anonymous
at 6:14 PM



---------

FBI CARI RIZA AZIZ

Posted: 03 May 2016 02:00 AM PDT








MANGKOK!

HANG ILANG MANA

FBI CARI HANG

HANG NAK LESAP

KE MANA?




-----------

FBI CARI JHO LOW

Posted: 03 May 2016 01:00 AM PDT






MANGKOK!

lu mana celah

fbi cari sama lu

betul ke lu 

sekarang nyorok


di taiwan?


-----------

APA KHABAR KU LI?

Posted: 03 May 2016 12:00 AM PDT









KU Li



YA AMPOON

APA KHABAR

APA BERITA

HARI INI

ADA SEHAT 

ADA GUMBIRA

SAJE TANYA

JANGAN MARAH



-----------

PRU14 TAHUN INI?

Posted: 02 May 2016 11:00 PM PDT







PRU14


ADA

PILIHANRAYA KE

TAHUN 2016 NI?

SAJE TANYA

JANGAN MARAH


------------

TAK TAHAN LAMA

Posted: 02 May 2016 10:09 PM PDT





SATU MALAYSIA 

BERTANYA 

APAKAH UBAT

TAHAN LAMA

ENCIK RAZIF
SUDAH ADA

JAWAPAN :

UBATNYA IALAH

PRU14  AKAN 

DIJALANKAN

TAK LAMA LAGI

ENCIK RAZIF 

TAK TAHAN

LAMA


---------------

KAUM PEMODAL SEDANG MERANCANG

Posted: 02 May 2016 09:39 PM PDT




KOMENTAR

ledakan ekonomi akan sampai
ini tidak dapat dielakkan
sistem ekonomi kapitalis
telah sampai ke tahap tepu
tidak akan berkembang lagi
kecuali pecah perang dunia

kaum pemodal antara bangsa
tahu jelas pekara ini
mereka amat amat 
sedar apa yang akan berlaku
justeru:
mereka berkumpul
mereka bermusyawarah
mereka berbincang
mereka merancang
untuk memastikan
mereka akan terus
memiliki dunia ini

pada ketika ini
hanya 62 sosok
yang memiliki
harta kekayaan didunia ini
62 sosok sosok ini
menguasai politik
meguasai ekonomi
menguasai budaya
menguasai agama
umat manusia didunia ini

NOTA
jangan  tak sedar
pencerahan telah
diberi


A New Digital Cash System Was Just Unveiled At A Secret Meeting For Bankers In New York


Last month, a "secret meeting" that involved more than 100 executives from some of the biggest financial institutions in the United States was held in New York City.  During this "secret meeting", a company known as "Chain" unveiled a technology that transforms U.S. dollars into "pure digital assets".

 Reportedly, there were representatives from Nasdaq, Citigroup, Visa, Fidelity, Fiserv and Pfizer in the room, and Chain also claims to be partnering with Capital One, State Street, and First Data.  This "revolutionary" technology is intended to completely change the way that we use money, and it would represent a major step toward a cashless society.

 But if this new digital cash system is going to be so good for society, why was it unveiled during a secret meeting for Wall Street bankers?  Is there something more going on here than we are being told?




-----------------

GERAKAN TERAJANG NAJIB MELUAS

Posted: 02 May 2016 09:00 PM PDT





GERAKAN 

TERAJANG NAJIB

MAKIN MEREBAK


JUAL JIN JUAL AGAMA

Posted: 02 May 2016 08:20 PM PDT





GILA JIN
gila kan JIN sampai alpa dan lupa BUDAK BAHALOL gadai kan negara Melayu tu lah kerja nya Yang penting tak di kesah , yang secoit di gila nya Otal Otak LOL Apa nak jadi dengan Melayu nih OH MY LOL on PENJUAL JIN
Anonymous
on 5/2/16



NAMA JIN
Tuan..saya sanggup beli berapa sekali kosnya untuk menghilangkan gangguan dua ekor jin buragas sekor jantan dan sekor lagi betina yang mengganggu hidup saya dan keluarga sejak 7-8 tahun yang lalu..akhir-akhir ni gangguan mereka bertambah dahsyat lagi..

nama jin-jin itu menurut tok pawang adalah najis dan borosmah..tolong la tuan..bantu la kami sekeluarga seramai 30 juta orang nih..kami nak hidup aman mencari rezeki yang halal..tu jer. Sekian..time kaseh. on PENJUAL JIN
Anonymous
on 5/2/16




-----------

RESPEK BRO

Posted: 02 May 2016 07:50 PM PDT






RESPEK BRO
KOMENTAR
bila pokok sudah
condong bukan
kura kura akan panjat
mat bangla pun
berani memberak
inilah akhirnya
saekor naib


Najib jamin gugurkan kes murtad rakyat 


S'wak, kata Adenan


Ketua Menteri Sarawak  Adenan Satem hari ini mengumumkan telah mendapat jaminan Najib untuk menggugurkan kes murtad terhadap rakyat Sarawak, Rooney Rebit yang berketurunan Bidayuh.
Adenan merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang membenarkan Rooney keluar daripada agama Islam dan mengarahkan jabatan itu mempamerkan dalam kad pengenalannya.
"Saya telah bercakap dengan perdana menteri hari ini mengenai perkara itu, yang memberi saya jaminan bahawa rayuan oleh JPN akan ditarik balik," kata Adenan dalam satu kenyataan hari in

WA RESPEK

SAMA LU

LUU POWER

BRO

KAH KAH KAH

----------

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Benarkah Mustafa Ali tidak mampu melakukan adegan ranjang kerana ‘Sakit Lutut’?

Posted: 03 May 2016 07:56 AM PDT

Bila video lucah Spenda Mat Londeh jadi viral, Mustafa Ali telah membuat pernyataan media di sekitar pertengahan April 2013, mengaitkan Umno berhubung penyebaran video lucah tersebut.

  Kenyataan Mustafa itu telah diterbitkan oleh beberapa akhbar tempatan termasuk HarakahDaily.

  Akibatnya, Umno memfailkan saman fitnah terhadap Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan dua lagi.

 Umno mendakwa kata-kata fitnah itu dalam erti kata lazim dan biasa membawa maksud bahawa Umno yang merancang insiden berkaitan video lucah itu, Umno sengaja membuat video itu dan parti itu merupakan dalang di sebalik pembikinan video itu.

 Umno memohon ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah, kos, satu perintah injunksi menghalang defendan-defendan atau ejen-ejen mereka menerbitkan kata-kata fitnah itu terhadap Umno dan perintah kesemua defendan menerbitkan permintaan maaf secara bertulis di akhbar dan majalah.

 Pada 15 Jan 2014 dilaporkan UMNO menarik balik samannya terhadap Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan dua lagi individu yang sebelum ini didakwa mengaitkan UMNO dengan penyebaran video lucah di laman web.

 Mustafa dan dua lagi individu tersebut telah bersetuju menarik balik kenyataan terhadap UMNO dan menjelaskan kenyataan yang dibuat sebelum ini ditujukan kepada blogger UMNO.

 Mustafa dalam HarakahDaily menyatakan kenyataannya bertarikh 13 April 2013 dalam satu artikel bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun dakwa UMNO terdesak' adalah merujuk kepada blogger UMNO, bukannya UMNO.

 Maka selesailah sudah saman fitnah Umno terhadap Mustafa Ali dan dua yg lain tanpa sebarang kos, sekali kos membersihkan nama Umno dari tuduhan sebagai dalang video Mat Spenda Londeh itu.... Tapi ianya sama sekali tidak membersihkan nama Mustafa Ali yang yang dilihat sebagai pelakon utama adegan dalam video lucah tersebut.

 Tetapi kenapa Mustafa Ali tidak berani ambil tindakan menyaman 'Blogger Umno' sebagaimana yang dia tuduh itu?

 Sikap Umno menyaman Mustafa Ali bila difitnah sebagai dalang yang kononnya ada kaitan dengan penyebaran video lucah di laman web itu dilihat lebih bermaruah berbanding dengan sikap Mustafa sendiri yang telah dimalukan dengan penyebaran video tersebut. Mustafa berdiam diri tanpa mahu mengambil tindakan terhadap 'Blogger Umno' tersebut.

 Di mana letaknya harga diri Mustafa Ali yang ketika itu adalah Setiausaha Agong Pas, sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

 Mustafa sepatutnya membersihkan namanya yang begitu tercemar dengan adegan ranjang yang melampau itu; bukan hanya sekadar mengeluarkan kenyataan penafian begitu sahaja.

 Apakah dengan kenyataan Presiden Pas, Hj Hadi yang membuat pengakuan bahawa Mustafa sakit lutut sudah dapat membersihkan nama Mustafa dari adegan video lucah tersebut?

  Mustafa perlu hadapkan 'Blogger Umno' itu ke muka pengadilan supaya dalang di sebalik pembikinan dan penyebaran video itu dapat dikenali.

  Apa yang penting sekali dengan menyaman 'Blogger Umno' itu, kita semua akan mendapat kepastian bahawa yang berlakon dalam adegan sebagai Mustafa itu bukan Mustafa yang sebenarnya tetapi pelakon upahan yang mirip Mustafa... (Ada tak sesiapa yang pernah terserempak dengan polan tersebut?? hahaha!)

 Selagi "Blogger Umno' itu tidak dibawa ke muka pengadilan, maka jangan salahkan orang ramai yang masih tertanya-tanya "Benarkah Mustafa Ali tidak mampu melakukan seks kerana 'Sakit Lutut'?" Mungkin orang Temerloh yang terkenal dengan senjata 'siku' dan 'lutut' itu boleh beri sedikit pencerahan.....

Husam: Pembalakan di Kelantan ‘tebang habis’, musnahkan hutan

Posted: 03 May 2016 03:00 AM PDT

KOTA BARU, 3 Mei — Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa mempersoal kegagalan kerajaan Kelantan pimpinan PAS dalam menangani isu pembalakan haram di negeri ini.

 Husam yang juga bekas pengerusi jawatankuasa perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan negeri berkata Jabatan Perhutanan Kelantan sepatutnya bertindak segera kerana mempunyai anggota dan pegawai yang ditugaskan mengawal selia hutan daripada dicerobohi.

 "Ada anggota dan pegawai hutan duduk dalam kawasan hutan, takkanlah orang dah curi sampai 20,000 ekar (8,093 hektar), baru tahu ada kecurian,"katanya sambil mempertikai alasan 'laluan sulit' sebagai penyebab kejadian itu.

 "...kalau dibersihkan seluas 20,000 ekar atau 5,000 ekar (2,023 hektar) pun orang boleh tahu," katanya pada sidang berita di sini semalam.

 Sebelum ini, pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan Zahari Ibrahim dilaporkan berkata lebih 400 hektar Hutan Simpan Kekal Ulu Galas dan Batu Papan, Gua Musang diterokai oleh sindiket yang menggunakan nama sultan Kelantan dan kerabat baginda.

 Mereka dipercayai memperdaya penduduk supaya membeli lot-lot tanah yang diteroka dan menyertai penerokaan tanah bagi tujuan penanaman getah, kelapa sawit dan pisang.

 Husam yang juga bekas naib presiden PAS mendakwa aktiviti pembalakan yang berlaku di Kelantan bukanlah aktiviti biasa kerana pokok yang belum matang dan tidak mencapai ukuran tertentu turut ditebang.

 "Yang berlaku di Kelantan sekarang bukan pembalakan biasa. Pembalakan biasa ialah pokok yang ada ukuran tertentu (sahaja yang) ditebang, (dan) hutan tidak dimusnahkan.

 "Tapi yang berlaku di Kelantan adalah tebang habis untuk tujuan komersil, dan tebang habis di Kelantan adalah antara yang terbesar di Semenanjung Malaysia pada masa ini," dakwanya. — Bernama - sumber

Komen al-Husseyn :

Cumanya, sehingga kini Pas tak berani nak tebang Husam Musa tu saja! Pasal apa ? Sebab akar umbi dan akar tunjang Husam Musa terlalu kebal ... tebanglah kalau berani. Sama-sama kita lihat apa yang  yg akan terbongkar !

Kebobrokan Lobai Separuh Masak melanda Pas tanpa hentian

Posted: 02 May 2016 11:24 PM PDT

 Alhamdulillah, kesihatan saya dah pulih semula. Dah boleh ngadap komputer semula kali ini. Syukur ya Allah. 

 Baru terbaca mengenai tulisan Dr Tanaka Mustafa tengahari ini tadi.Ingatkan dah tak ada lagi Parasit, Jebon bagai dalam Pas ... Rupa-rupanya pispus masih dihantui oleh prasangka buruk sesama sendiri.

Berikut adalah pendedahan mengenai kelaku buruk gerombolan Lobai Separuh Masak pispus yang masih berantakan sesama sendiri...Hahaha! 

 Apa yang berlaku dalam muktamar dulu berulang lagi

Apa khabar Pas Kawasan Tebrau? Kedengaran sesuatu yang kurang enak dari sana. Krisis label-melabel masih subur sehingga secara zalim sehingga lebih kurang sembilan jawatankuasa pemuda 'disingkir'?

 Dengan hanya melabel mereka sebagai 'PAN' (Parti Amanah Negara) mereka disingkir tanpa bukti yang kukuh. Gerombolan 'Ustaz' lepas timur tengah yang mendakwa kumpulan mereka sebagai 'group istiqamah' dalam group whatsapp mereka berjaya menguasai kepimpinan pemuda kawasan tersebut dengan cara EGM yang dirancang.

 Kumpulan sembilan pemuda yang 'disingkir' dan dilabel sebagai 'PAN' tersebut bukan sahaja tidak dijemput dalam EGM , bahkan mereka di KIV dan kononnya akan dipanggil untuk memberi baiah semula kepada kepimpinan kawasan.

 Pihak saya dimaklumkan bahawa kepimpinan pusat sudah sedia maklum bahawa sembilan mereka itu bukanlah PAN, tetapi kumpulan ustaz terjun ini melakukan 'pembersihan' dan seolah-olah direstui oleh Pas Kawasan dan Negeri.

 Jika ia benar-benar berlaku seperti maklumat yang saya dapat, ia amat memalukan dan mengecewakan. Saya mengenali beberapa figur dalam 9 yang dituduh PAN tersebut, dan saya boleh jamin bahawa mereka memang bukan Amanah9 Takkan kerana hanya disebabkan salah seorang daripada mereka pernah bekerja di bawah Mazlan Aliman dalan Anak, dia terus dituduh sebagai PAN? Takkan hanya berbeza pendapat, mereka dituduh PAN?

 Saya mendapat maklumat bahawa Pasti Tebrau adalah organisasi Pasti terkaya dengan keewangan. Juga Pasti pertama yang menubuhkan sekolah untuk kesinambungan pelajar Pasti yang mahu terus berada dalam sistem pendidikan yang sama.

 Pasti Tebrau adalah di bawah kelolaan pemuda pas kawasan Tebrau. Apakah ada tujuan lain mahu menguasai keewangan Pasti dengan cara halus? Saya tidak menuduh. Saya tarik balik pertanyaan ini jika ia disalah anggap sebagai menuduh.

 Pemegang jawatan yang baru dilantik secara EGM yang menggantikan sembilan orang yang disingkir seolah-olah mahu melakukan pembersihan pentabiran lama, sehinggakan tidak mahu langsung merujuk kepada 9 orang yang disingkir samada pengalaman mahupun buah fikiran.

 Apakah mereka anggap mengurus sebuah Pasti itu mudah, lebih-lebih lagi mereka tidak pernah hadir dalam mana-mana program yang dianjur oleh pemuda 9 orang tersebut.

 Mengurus Sukan Pasti sahaja sudah membuat anda gelisah, inikan pula mengurus sebuah Pasti yang mempunyai agenda dan perancangan yang lebih sistematik berbanding Pas kawasan itu sendiri.

 Untuk pengetahuan, saya bukan daripada mana-mana individu dari Johor, apatah lagi dari Tebrau.

 Saya adalah Dr Tanaka Mustafa, memberi ingatan, bahawa kerusi Pas Dun Puteri Wangsa dalam Parlimen Tebrau akan tersungkur jika anda terus bersikap ghuluw dalam melabel rakan seperjuangan.

 Saya tidak anggap anda sebagai team istiqamah, kerana anda baru saja terjun ke dalam medan. Istiqamah adalah team yang sudah lama di medan dan terus bertahan dalam medan perjuangan walau arus melanda hebat sewaktu ribut PAN berlaku.

 Sekian.

 p/s: Artikel ini ditulis bukan untuk memburukkan PAS, tetapi adalah untuk membuka minda anda bahawa jika dalam PAS masih ada spesis seperti dalam artikel di atas, PAS jangan bermimpi untuk menang. Jangan menyalahgunakan label "istiqamah" untuk melingkupkan Parti. 

 p/s: Artikel ini juga bertujuan meminta cakna dan kebijaksanaan Pemuda Pusat untuk memberi perhatian. Anda tidak boleh membiarkan kurap kecil menjadi nanah. Ia boleh barah dan merosakkan PAS. Harapan PAN untuk melihat PAS rosak akan menjadi kenyataan jika kurap-kurap tidak dikikis ~ sumber

p/s dari al-Husseyn : Artikel ini juga mendedahkan kebobrokan yang sedang melanda Pas tiada hentinya.