Jumaat, 18 Mac 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Red2Green perlu sukarelawan doktor dan paramedik bantu pejalan kaki

Posted: 18 Mar 2016 09:05 PM PDT


Pejalan kaki red2green meneruskan laluan mereka menuju ke Karak hari iniPejalan kaki red2green meneruskan laluan mereka menuju ke Karak hari ini
  Risiko cuaca panas fenomena Equinox ke atas pejalan kaki Red2Green dari Kuantan ke Parlimen dalam misi membawa Memorendum Rayuan Menentang Pencemaran Bauksit kini memerlukan doktor dan pramedik untuk tampil membantu pejuang rakyat ini.
Seramai 30 pejalan kaki yang telah memulakan destinasi mereka dari Kampung Kubang Badak, Beserah pada 12 Mac lalu,  kini dilaporkan sudah tiba di Lancang.
Hari ini mereka akan meneruskan berjalan kaki menuju ke Karak sejauh 22km yang akan mengambil masa lebih kurang 4 jam dalam misi sejauh 254km untuk tiba di  Parlimen Malaysia pada 28 Mac ini.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, beliau amat mengambil berat berkenaan kebajikan para pejalan kaki Red2Green di dalam keadaan cuaca panas dalam keadaan fenomena equinox.
"Justeru itu di atas sifat kekuatiran tersebut saya terpanggil untuk menyeru dan merayu kepada seluruh warga Malaysia yang prihatin terutama para doktor dan paramedik untuk tampil membantu pejuang rakyat ini.
"Supaya ada pemerhatian rapi dari mereka yang pakar keatas pejuang-pejuang ini sepanjang perjalanan mereka." ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Ujar Fuziah lagi beliau amat khuatir terdedahnya mereka dengan risiko strok haba yang di sebut di dalam kenyataan yang di keluarkan oleh Menteri Kesihatan semalam.
"Tambahan pula dikalangan pejalan kaki Red2Green kini berada di Lancang yang merupakan diantara kawasan paling panas sehingga mencatat suhu 43'Celcius di waktu siang.
"Saya juga dapati semangat para pejuang Red2Green begitu kental sekali dan mereka bertekad mahu terus mara di dalam perjalanan mereka walaupun dalam keadaan cuaca yang begitu mencabar.
Pejalan kaki Red2Green membawa misi kemanusiaan membela nasib warga Kuantan yang diancam kesihatan mereka akibat pencemaran dari aktiviti perlombongan bauksit yang tidak terkawal.
"Kini giliran warga Kuantan yang terancam. Perkara ini tidak mustahil berlaku di kawasan lain pula nanti. Solidariti dari anda semua amat bermakna buat warga Kuantan," ujar Fuziah.
Dikalangan doktor dan paramedik sukarelawan yang mahu membantu boleh berhubung dengan Tommy (012-9899446) dan Jeff (014-2930593) untuk mengetahui lokasi terkini pejalan kaki Red2Green.

LAPORAN BERGAMBAR PENUH DALAM SUARA KEADILAN MINGGU HADAPAN

[LIVE][180316] Suara Dari Kubur - Ustaz Mohd Lukmanul Hakim

Posted: 18 Mar 2016 05:15 AM PDT

PARTI AMANAH MENDAPAT KELULUSAN LESEN AKHBAR

Posted: 18 Mar 2016 04:23 AM PDT

Tuan Hj MOHD ANUAR TAHIR, Setiausaha Agung AMANAH hari ini (18/3/2016) dengan rasminya menerima Permit Penerbitan Akhbar AMANAH daripada Puan HASHIMAH BT NIK JAAFAR, Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Putrajaya


SAMBUT PM DI LAPANGAN TERBANG KUANTAN DAPAT RM 50 SAHAJA???

Posted: 18 Mar 2016 04:16 AM PDT

Wahai anak-anak sekalian jaga ibubapa atau sedara mara 

yang dah berumur jgn terjebak sama....skrg musim panas

 ............ tak 
``
pasal-pasal  boleh pengsan disebab kan nak kejar 

50hinggit.....


Tukar Tiub

Tukar Tiub


KES SUDAH BERAT

Posted: 18 Mar 2016 07:49 PM PDT






MASiH ADA 

YANG PERCAYA

PADA NAJIB?

INI SUDAH

BERAT



Tun M saran ahli kemuka usul undi tidak percaya PM
SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri,  Mahathir Mohamad hari ini melalui surat yang diutus untuk ahli-ahli cawangan Umno meminta agar mereka mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Najib mesyuarat cawangan masing-masing.

Beliau juga mahu ahli-ahli parti mengusulkan agar pemilihan parti tidak ditangguhkan dan dilaksanakan pada tahun ini.
"Saya menjemput ahli-ahli Umno yang sayang kepada perjuangan asal Umno membantu saya untuk menyelamatkan parti dan negara ini.

"Kita tidak boleh tunggu Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) kerana Umno yang dipimpin oleh Najib tetap akan kalah. Sekali Umno kalah ia tidak dapat dipulihkan semula," katanya

KAH KAH KAH
woit
makin ramai tak caya najib
ramai ahli gerombolan
tak mahu najib lagi
kah kah kah
tapi ... kah kah kah
ada fulusssikom kun tum
in kun tum tak malooon
kah kah kah
ketua bahagian dapat bahagian
kah kah kah
ada fulus semua lulus

FULUSSiKOM



-----------

SALUT ANAK MUDA

Posted: 18 Mar 2016 06:48 PM PDT






BERKACA MATA
anak muda yg kurus yg berkaca mata dan berani berdepan geng2 baju merah yg besar membadak sebadaknya rosmah diputarjaya..ini la pembukti kpd najib, tak sia2 wang rm600k diberikan kpd geng baju merah.

ali tinju jgn jeles..pasni apa plak ali tinju nak buat utk menunjukkan kesetiaannya..janji masyuk...maksud peliwat pun salah..kena ingat gak, najib pernah membontoti atau meliwati si kurus jelita altantuya..contoh ayat peliwat bermaksud najib pun pernah meliwati altantuya semasa hayatnya..

jamal jawa ni penat2 panjat tangga pasang banner, lembaga itam eeee senyap2 sejuk2 dpt jawatan gabenor..apa punya turr... on HEBAT ANAK MUDA INI
Remove content | Delete | Spam
Anonymous
on 3/18/16




-------------

SIAPA ORANG ITU

Posted: 18 Mar 2016 06:00 PM PDT












SiAPA KETUA

KOMPLOT iNI




'Saya tahu siapa berkomplot nak jatuhkan Najib' – Muhyiddin

 | March 17, 2016


PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin mengakui, memang wujud komplot yang mahu menjatuhkan Najib  sebagai Perdana Menteri.
Malah, beliau menegaskan komplot terbabit turut mempunyai matlamat untuk menumbangkan kerajaan.
"Bila timbul isu komplot untuk menjatuhkan kerajaan saya tidak terlibat walaupun ada usaha yang dibuat oleh beberapa pihak datang jemput saya, tapi saya kata tidak kerana saya tak mahu jadi sebahagian daripada itu.

KALAU BETUL

ADA KOMPLOT 

RAKYAT SENANG 

KITA SUKA HATI

TAPI ....

SAPA KETUA

KOMPLOT INI?
----------

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kenapa MB Kelantan cuti mengejut?

Posted: 18 Mar 2016 08:49 AM PDT


  KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berhak mengambil cuti seperti mana pemimpin lain. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab Fattah Mahmood, berkata cuti Menteri Besar Kelantan itu tidak perlu dikaitkan dengan sebarang isu. 

"Saya tidak tahu berapa hari beliau bercuti, itu perlu dirujuk kepada Pejabat Menteri Besar," katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Ab Fattah turut mengesahkan Ahmad Yakob mula bercuti selepas mesyuarat EXCO, Rabu lalu. 

 Media sosial melaporkan khabar angin Menteri Besar Kelantan mengambil cuti peribadi selama 15 hari yang didakwa mungkin mempunyai kaitan dengan pergeseran antara Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa. 

 Husam sebelum ini secara terbuka mendakwa Mohd Amar menjadi punca kepincangan pentadbiran kerajaan PAS Kelantan. ~ sumber

Warkah Mahathir buat anggota-anggota cawangan Umno

Posted: 18 Mar 2016 01:25 AM PDT


Saudara-saudari sekalian, 
 Assalamualaikum,

  Izinkan saya menerangkan sedikit berkenaan keputusan saya untuk keluar dari Umno. Berbanding dengan pemimpin-pemimpin "Umno" yang ada sekarang, saya lebih lama berada dalam Umno.

 Walaupun saya disingkir sekali dan tinggal Umno dua kali, saya tidak pernah menyertai parti lain. Saya tetap setia kepada Umno. Saya sayang Umno bukan kerana namanya Umno tetapi kerana perjuangannya untuk bangsa, agama dan negara.

 Hari ini "Umno" tidak lagi berjuang kerana bangsa, agama dan negara. Hari ini perjuangan "Umno" terhad kepada pengekalan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

 Tidak ada perdana menteri terdahulu yang menjadikan Umno sebagai benteng untuk pertahankan diri, tidak Datuk Onn, tidak Tunku Abdul Rahman, tidak Tun Razak, tidak Tun Hussein.9 Saya juga tidak menggunakan Umno untuk mempertahankan diri. Bahkan saya, seperti Tunku, rela meletak jawatan.

 Oleh kerana perjuangan Umno sudah bertukar, maka pertubuhan ini bukan lagi Umno. Ia sudah jadi pertubuhan lain. Pemimpin-pemimpin yang masih ada dalam Umno kebanyakannya berada kerana kepentingan diri, kerana takut kepada Najib, kerana dapat nikmat dari Najib.

 Mereka tidak peduli akan skandal kewangan yang melibat Najib, akan wang berbilion yang ada dalam akaun bank Najib. Sesungguhnya perdana menteri Malaysia tidak boleh miliki wang berbilion atau terima wang sebegitu banyak.

 Dalam perjuangan kita perlu menentukan sasaran utama kita. Sasaran kita ialah Najib kerana dia merosakkan imej negara, menjadikan negara yang terkenal di dunia sebagai mempunyai amalan rasuah tertinggi.

 Kita lihat di Timur Tengah orang Islam yang anggap orang Yahudi adalah musuh mereka yang sebenar tetapi mereka lebih utamakan permusuhan sesama mereka sehingga mereka berperang sesama sendiri.

 Akhirnya Israel tepuk tangan melihat orang Islam membuat kerja mereka. Di Malaysia hari ini bukan parti lawan yang menjadi musuh utama tetapi Najib, kerana Najib merosakkan parti sehingga hampir kalah PRU13. Parti lawan tidak boleh kalahkan kita. Tetapi Najib boleh.

 Najib sudah menjadikan Umno sebagai parti miliknya sendiri. Malangnya kepimpinan Najib melemahkan parti. Umno tetap kalah PRU 14 jika dipimpin oleh Najib. Adanya parti lawan sejak merdeka tidak pernah menghapuskan sokongan rakyat kepada Umno sehinggalah Najib memimpin Umno. Prestasinya lebih buruk dari Abdullah.

 Yang menimbul masalah dan kepincangan dalam negara ialah Najib. Hutang negara meningkat sebanyak lebih dari 50 bilion ringgit kerana 1MDB. Sebilangan besar dari wang ini sudah hilang.

 Untuk menampung wang yang hilang ini, Najib menjual tanah kerajaan yang dibeli dengan harga RM60 satu kaki persegi kepada Tabung Haji dengan harga RM3,500.

 Tiba-tiba dilaporkan Najib mempunyai wang sebanyak RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya di Ambank. Juga wang sebanyak RM42 juta dari SRC ada bersama. Dakwaan kononnya semua wang ini adalah hadiah dari orang Arab tidak masuk akal. Perdana menteri Malaysia tidak harus terima wang yang sebegitu banyak dari sesiapa pun. 

 Pemerintahan Najib kejam. Siapa yang menegurnya disingkir dari parti, dibuang jawatan, ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Undang-undang baru dibuat untuk memberi kuasa kepada kerajaan Najib memasukkan dalam tahanan siapa sahaja tanpa dibicara.

 Kerana semua ini saya keluar dari parti pimpinan Najib dan sebagai rakyat negara tercinta ini saya akan sambut desakan ramai rakyat untuk membuat sesuatu bagi mengembalikan pemerintahan yang adil ke negara ini.

 Saya menjemput ahli-ahli Umno yang sayang kepada perjuangan asal Umno membantu saya untuk menyelamatkan parti dan negara ini. Kemukakanlah usul undi tidak percaya terhadap Najib sebagai presiden parti dan perdana menteri di mesyuarat-mesyuarat cawangan Umno. Usulkan juga agar pemilihan parti tidak ditangguhkan, dan dilaksanakan pada tahun ini juga.

 Kita tidak boleh tunggu PRU14 kerana Umno yang dipimpin oleh Najib tetap akan kalah. Sekali Umno kalah ia tidak dapat dipulih semula.~ SUMBER

Hudud dah boleh masuk parlimen, kata Ketua Dewan Ulama Pas

Posted: 17 Mar 2016 07:36 PM PDT


  Tolonglah dengarlah nasihat Pendekar Mustarjo di atas itu dan tolong hadzamkan transkrip melalui rakaman vdo dibawah; kenyataan Kadir Sheikh Fazir Dan Dr Mahfoz, Ketua Dewan Ulama Pas :

  Kadir Sheikh Fadzir :

   Sebagai Orang Islam kita kena terima Hudud, tak dapat elak. Tapi dalam Islam juga dia ada keadan-keadaan tertentu di mana kalau kita lebih elok kita tangguhkan sekejap, kita tangguhkan sekejap. 

 At the end of it jika rakyat yang akan menentukan – sama ada nak laksana atau tidak – bermakna serah kepada rakyat! …parlimen, itu saja.

 Tapi kita ada banyak perkara lagi yg kita boleh bekerjasama dalam Islam untuk mengatasi kemiskinan, untuk memerangi dadah, rasuah dan sebagainya.

 Dr Mahfoz :

Sebagaimana yg dijawab Datok Presiden kan macam itu… Pasal Hudud dari orang Islam memang itu satu kewajipan. 

 Tapi cara nak melaksanakan akan mengambil masa. Sebagai contoh di Kelantan, walaupun dah menang sejak tahun 90

 Tapi belum berjaya apabila ada halangan seperti mana yang disebutkan Tuan Guru almarhum Nik Aziz – kata dia, kita duduk dalam kereta berhadapan dengan trafik light merah, jangan langgar! 

Tapi enjin jangan dimatikan. Bermakna itu berterusan. 

 Ada perkembangan positifnya. Kalau dulu, langsung tak masuk parlimen! Sekarang ini dah boleh masuk walaupun belum diterima usul itu. 

  Jadi sebab itulah, ada masanya kena beransur-ansur. Nabi Muhammad sendiripun bila nak melaksanakan apa-apa pun ada yang beransur-ansur termasuklah nak mengharamkan arak dahulu, pun bukan sekali gus. Ambil masa!


  Dengan Kadir Sheikh Fadzir, Pas dah boleh tangguh Hudud. Tapi dengan DAP, PKR dan Amanah tak boleh?? Sebab lampu merah Pakatan Rakyat tak menyala maka Hj Hadi main pakai rempuh saja?

 Lampu Ikatan Kadir walaupun gelap gelita tapi boleh pula Hj Hadi hentikan kereta dan tak berani rempuh!

 Ketua Dewan Ulama pula kata "Hudud dah boleh masuk parlimen cuma usul belum terima "....Kah!kah! Kah!  RUU Hj Hadi tu cuma nak pinda akta 355 lah ..bukan Hudud!

Berkata si Kadir tu lagi - " Serah kepada rakyat!"

Setiausaha Agong Pas kata serah kepaa kerajaan untu bawa usul tu....

  Hj Hadi pula tak berani nak cakap terus terang. Dia cuma kata tunggu orang ada kereta baru boleh buat undang-undang jalanraya? Nak perkasakan dulu undang-undag syariah!

  Lawak puak-puak ni semua. Dah terang-terang macam ini punya mengarut nak tangguh Hudud, masih lagi ada yang kata ini semua fitnah?

  Kalau orang macam Mat Sabu , Khalid Samad, DS Nizar yang cakap macam ni cepat-cepat walauta hukum mereka menolak Hudud dan jatuh kapir!

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


MUBARAK MACAM BUDAK-BUDAK, SIKIT-SIKIT NAK LUCUT JAWATAN.....

Posted: 18 Mar 2016 04:02 AM PDT

shahbudindotcom


 
 
Tindakan Majlis Bekas Wakil Rakyat atau Mubarak melucutkan jawatan Tun Mahathir Mohamad sebagai penaung persatuan itu dianggap sebagai kebudak-budakan dan tidak bijak.

Dalam keputusan yang dibuat dalam mesyuaratnya semalam, Mubarak mengatakan tindakan Tun Mahathir keluar UMNO dan menggerakan Deklarasi Rakyat untuk menentang Perdana Menteri, Najib Razak menyebabkan bekas Perdana Menteri itu tergugur daripada jawatannya kerana bertentangan dengan objektif persatuan berkenaan.

Yang Dipertua Mubarak Wilayah Persekutuan, Aziz Yassin berkata, tindakan Mubarak itu seperti "budak-budak yang tidak boleh menerima perbezaan."

"Mubarak adalah bersifat kebajikan, bukan dalam kancah berebut kuasa dan tak tak perlu sampai nak pecat atau lucut jawatan hanya kerana adanya perbezaan yang berlaku," katanya.

Lagi pula, dakwa beliau, tiada peruntukan dalam perlembagaan Mubarak bahawa penaungnya mesti ahli UMNO.

Dengan bertindak sedemikian, tambah Aziz, Mubarak lebih terlihat sebagai "badan pengampu" kepada mereka yang berkuasa semata-mata.
 
 
 
 
Sebaliknya, kata beliau, Mubarak sepatutnya bertindak dan menangani  isu melibatkan Tun Mahathir ini dengan matang, sesuai dengan cerminan kedudukan mereka sebagai bekas pemimpin dan wakil rakyat yang dihormati masyarakat.

Menurut Aziz yang juga Presiden Pemikir, beliau tidak hadir dalam mesyuarat yang membuat keputusan itu dan langsung tidak setuju dengan tindakan Mubarak itu.

Dengan ini, jelasnya, beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan secara serta merta sebagai Ahli Majlis Tertinggi Mubarak Kebangsaan.


DUN Sarawak mungkin bubar selewat-lewatnya minggu pertama April

Posted: 18 Mar 2016 03:45 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak mungkin akan dibubarkan pada minggu depan atau selewat-lewatnya pada minggu pertama April, lapor The Star Online.
 
Menurut pemimpin veteran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Peter Minos yang dipetik portal itu berkata, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem telah mencadangkan tarikh 18 dan 30 April untuk hari penamaan calon dan pengundian, bagaimanapun keputusan tentang tarikh masih terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
 
"Pada masa ini, terdapat gambaran bahawa pilihan raya akan diadakan pada bulan April. Tetapi SPR akan berpandukan faktor-faktor lain seperti keselamatan, cuaca dan persiapannya sendiri, jadi tarikh itu tidak semestinya 18 dan 30 April," katanya kepada portal itu.
 
"Ketua Menteri menganggap pembubaran itu sangat penting untuk dirinya. Dia masih perlu menyelesaikan masalah-masalah empat parti yang bersengketa mengenai kerusi dan calon," kata Minos.
 
Empat parti itu ialah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras). 
 
Dalam pada itu, penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir pula berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) berkemungkinan diadakan pada bulan Mei. 
 
"Pendapat saya pilihan raya kemungkinan besar akan diadakan pada 7 Mei atau selewat-lewatnya 14 Mei," katanya.
 
 

Majlis Peguam seperti pembangkang, kata Shafee

Posted: 18 Mar 2016 03:40 AM PDT

Zulaikha Zulkifli

 


Majlis Peguam kini dilihat seperti parti pembangkang apabila membuat semakan kehakiman terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, kata peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Menurutnya, sebagai sebuah majlis peguam, pihak tersebut sepatutnya menjadi sebuah badan yang berkecuali.

"Majlis Peguam kini menjadi begitu politik (has become so political). Badan profesional undang-undang sepatutnya menjadi badan yang bebas.

"Lebih bebas badan itu lebih kuat. Majlis Peguam ini seperti pembangkang. Kita tidak kisah sama ada mereka menyokong kerajaan atau pembangkang (tetapi) mereka tidak boleh lakukan kedua-duanya. Non partisan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung tindakan Majlis Peguam membuat semakan kehakiman terhadap Apandi ekoran peguam negara itu tidak membuat pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selain itu, Shafee juga berkata Majlis Peguam tidak mempunyai hak mencabar keputusan peguam negara berhubung penglibatan Najib dalam isu sumbangan RM2.6 bilion ke akaun peribadinya.

Tiada locus standi

Sambil memetik sistem perundangan Inggeris, Shafee berkata hanya mangsa (victim) yang mempunyai hak untuk mendapatkan semakan kehakiman.

"Majlis Peguam bukan mangsa (victim), mereka mungkin tidak mempunyai locus standi, mereka boleh dianggap sebagai penyibuk kerana tidak mempunyai locus standi," katanya lagi.

Malah, beliau juga meragui permohonan Majlis Peguam untuk memohon semakan itu akan berjaya kerana badan tersebut tidak mempunyai maklumat lengkap berhubung kes itu.

"Jika mereka tidak mempunyai fakta yang penuh, bagaimana mereka mahu meyakinkan mahkamah bahawa untuk menyemak semula keputusan peguam negara. Mereka (Majlis Peguam) tak boleh, ia mustahil," katanya lagi.

Selasa lalu, Majlis Peguam memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Apandi untuk tidak meneruskan dakwaan terhadap Najib.

Tindakan Azalina tepat

Dalam permohonan itu Majlis Peguam memohon perintah Mahkamah Tinggi mengetepikan keputusan Apandi pada 26 Januari lalu 'membersihkan' Najib dan mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan mereka.

Badan peguam itu juga mahu mahkamah menghalang peguam negara daripada membuat sebarang keputusan lanjut berhubung perkara itu, selain membenarkan peguamcara negara memutuskan hal berkenaan, termasuk sama ada mendakwa Najib atau tidak.

Ekoran itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman mengeluarkan kenyataan bahawa soalan berhubung 'derma politik' itu tidak boleh dibangkitkan di parlimen kerana subjudis berikutan semakan kehakiman oleh Majlis Peguam tersebut.

Mengulas perkara berkenaan, Shafee berkata tindakan Azalina itu tepat.

"(Tindakan) Azalina itu betul. Anda tidak boleh berhujah di sini (Parlimen) kerana ia subjudis," katanya lagi.


Raih RM1,000 sehari hasil jual air kelapa

Posted: 18 Mar 2016 03:37 AM PDT

BERNAMA




Seorang peniaga air kelapa muda di Baling mampu memperoleh pendapatan RM1,000 sehari sepanjang tempoh cuaca panas ini.

Ibrahim Ismail, 45, yang telah menjual air kelapa sejak 10 tahun lalu berkata permintaan terhadap air kelapa meningkat setiap hari termasuk air kelapa pandan.

"Kalau sebelum ini saya boleh jual sebanyak 100 biji sehari, tetapi disebabkan cuaca kering dan panas sekarang, saya dapat jual 300 biji sehari dengan harga sebiji RM3.50 hingga RM4," katanya ketika ditemui Bernama.

Ibrahim yang menetap di Taman Kota Jaya berkata beliau memperoleh bekalan kelapa dari Perak, yang dihantar dua minggu sekali.

"Setakat ini saya tidak menghadapi masalah mendapatkan bekalan berikutan permintaan air kelapa yang meningkat kerana kelapa yang dihantar melebihi 2,000 biji seminggu berbanding sebelum ini sebanyak 1,000 biji," katanya.

Ibrahim yang berniaga bersama isterinya Mahani Abdullah, 52, dan anaknya Normira Sharmiza, 23, turut menghasilkan jeli kelapa untuk dipasarkan di sekitar Baling.

Albert Lim Aik Cheng, 50, yang merupakan antara pelanggan tetap Ibrahim memberitahu beliau turut terkesan dengan fenomena panas ketika ini, dan memberitahu air kelapa menjadi pilihannya untuk minum empat kali seminggu.

"Lagi baik kalau minum air kelapa muda, kita tidak tambah air gula atau ais, untuk mendapatkan kesegaran bagi memastikan kita sentiasa segar melakukan aktiviti harian," katanya.- Bernama


Gesaan Apandi letak jawatan, RUU MKN dalam agenda AGM badan peguam

Posted: 18 Mar 2016 03:31 AM PDT

Hafiz Yatim

 


Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-70 Badan Peguam Malaysia esok dijangka menyaksikan perbahasan lebih hangat daripada biasa, berikutan beberapa usul difailkan, termasuk menggesa Peguam Negara (AG), Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletakkan jawatan bagi memulihkan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran keadilan jenayah.

Usul menggesa peletakan jawatan Apandi itu difailkan oleh peguam Charles Hector, Francis Pereira, dan R Shanmugam.

Difailkan pada 8 Mac, ia menggesa peguam negara untuk meletak jawatan dan bagi peguam cara negara mengetuai siasatan ke atas 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Usul itu menggesa Apandi segera meletakkan jawatan sebagai AG untuk kebaikan Malaysia, bagi memulihkan keyakinan orang ramai dan persepsi terhadap kedaulatan undang-undang, khususnya pentadbiran keadilan jenayah di Malaysia.

Selanjutnya ia menggesa peguam cara negara untuk mengambil alih peranan dan tanggungjawab pendakwa raya dalam kes-kes yang melibatkan Najib, 1MDB, SRC International, dan RM2.6 bilion, kata mereka dalam usul itu yang dilihat oleh Malaysiakini.

Sebab untuk itu, menurut usul tersebut ialah bahawa Apandi sebagai pendakwa tidak sepatutnya menasihati Najib daripada membalas atau menjawab di Parlimen mengenai dana RM2.6 bilion.

Selanjutnya ia mempersoalkan cara bagaimamna bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail diganti, ketika beliau menerajui pasukan petugas yang sedang dalam proses menyiasat skandal-skandal tersebut.

Tiga peguam itu berkata pengumuman Apandi tentang bersalah atau tidak bersalah Najib - yang sedang disiasat - adalah bertentangan dengan Garis Panduan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Peranan Pendakwa.

Menurut mereka, ia khususnya Artikel 10 yang menyatakan bahawa pejabat pendakwa hendaklah dipisahkan daripada fungsi-fungsi kehakiman.

Penentuan bersalah atau tidak bersalah adalah fungsi badan kehakiman, bukan AG, kata mereka lagi.

Di samping itu, usul tersebut juga menggesa Apandi supaya meletakkan jawatan sebagai pengarah Tabung Haji atau sebarang jawatan yang dipegang dalam syarikat, badan berkanun, atau entiti undang-undang.

Selasa lalu, Badan Peguam Malaysia telah memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman berhubung kuasa budi bicara peguam negara untuk tidak mendakwa Najib, kerana menurutnya, kuasa itu tidak mutlak atau tidak terbatas.

Ia berhubung keputusan Apandi untuk membersihkan Najib, yang didakwa menerima deposit RM42 juta daripada syarikat milik negara, SRC International dan RM2.6 bilion daripada akaun luar pesisir di akaun bank peribadinya.

Usul lain yang akan dibahaskan ialah rang undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dikemukakan oleh peguam Andrew Khoo, yang juga pengerusi bersama jawatankuasa hak asasi manusia, Majlis Peguam.

RUU itu yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, membolehkan pengerusi MKN - yang merupakan perdana menteri - untuk memutus dan mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai zon keselamatan atas sebab-sebab keselamatan.

Satu lagi usul yang dijangka menyaksikan perdebatan adalah usul penapisan internet dan sekatan terhadap laman berita Malaysian Insider (TMI), yang kini telah ditutup.

Usul yang dikemukakan oleh Charles Hector itu berkata sekatan terhadap TMI adalah melanggar kebebasan bersuara dan pendapat.

Presiden Majlis Peguam Malaysia Steven Thiru juga mengemukakan usul yang menyatakan bahawa peguam dalam tempoh amalan selama lima tahun atau kurang, akan dikehendaki menjalani Skim Pembangunan Profesional. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan denda antara RM100 dan RM500.

Beberapa peguam muda telah mengadukan bahawa usul itu mendiskriminasikan mereka tetapi The Malay Mail Online memetik pengerusi Jawatankuasa Piawaian dan Pembangunan Profesional, Richard Wee sebagai menafikannya minggu ini.

Sementara itu, beberapa kumpulan peguam, termasuk Persatuan Peguam Muslim Malaysia, telah mengingatkan bahawa sebarang usul untuk membincangkan mengenai keputusan Apandi itu, mungkin menjadi subjudis, selepas Badan Peguam Malaysia memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap peguam negara Selasa lalu.

MARA serah dokumen hartanah Australia pada SPRM

Posted: 18 Mar 2016 03:25 AM PDT

Zulaikha Zulkifli

 


Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa menyerahkan dokumen berhubung maklumat terbaru berkaitan pembelian bangunan oleh Mara Incorporated Sdn Bhd di Melbourne, Australia kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berikutan pemberian dokumen terbaru itu, Annuar berkata, pihaknya akan sentiasa memberikan kerjasama kepada SPRM dalam melakukan penyiasatan yang melibatkan MARA.

"Kita perlu bekerjasama dengan SPRM dalam hal-hal berkaitan MARA atas dasar kalau saya ada dapat maklumat yang saya anggap baru, boleh bantu SPRM.

"Walaupun saya sendiri tak tahu apa perkembangannya sebab SPRM tak berkewajipan beritahu pada kita.
"Saya rasa kalau ada info baru untuk membantu saya rasa kita wajib beri perhatian sewajarnya kepada perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di bangunan SPRM di Putrajaya hari ini.

SPRM kini menjalankan siasatan berhubung pembelian bangunan Dudley International House di Melbourne, Australia yang didakwa diperoleh pada harga jauh lebih tinggi daripada pasaran.

Ia ekoran laporan akhbar Australia, The Age yang mendakwa seorang pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik membelanjakan dana kerajaan secara berlebihan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dan melakukan penipuan hartanah.

Akhbar itu juga mendakwa "sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya" terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandar raya itu pada 2013.

Selain itu, Annuar juga memberitahu bahawa MARA juga kini telah melantik barisan ahli lembaga pengarah yang baru bagi Mara Inc.

Menurut anggota parlimen Ketereh itu, kesemua ahli lembaga pengarah yang baru perlu menguruskan beberapa perkara terutama melibatkan hartanah di Australia.

"Kita telah lantik ahli lembaga yang baru semua sekali. Ahli lembaga yang lama kita tak perbaharui. Kita baru lantik minggu lepas.

"Ada empat orang kesemuanya dan mereka diberi amanah untuk mengambil segala tindakan yang perlu," katanya.

Sehubungan itu, beliau juga mengharapkan ahli lembaga pengarah yang baru itu menjalankan tugasan mereka dan belajar daripada kesilapan bagi memastikan perkara yang berlaku sebelum ini tidak berulang.

"Ahli lembaga pengarah yang baru kena ambil perkara ini sebagai satu benda yang serius," katanya lagi.


Seorang maut, 3 cedera kereta jatuh gaung

Posted: 18 Mar 2016 03:21 AM PDT

MALAYSIAKINI




Seorang wanita maut manakala tiga anggota keluarganya cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung di Tanjung Jaga, Yan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim berkata kejadian berlaku pukul 5.15 petang ketika empat sekeluarga itu, yang menaiki Perodua Viva, dalam perjalanan pulang ke Merbok, Sungai Petani selepas menghadiri kenduri di Bukit Besar, Kulim.

Mangsa yang maut ialah penumpang kereta Aishah Man, 72, manakala pemandu yang juga anak Aishah, Zainol Ahmad, 46, serta isterinya Siti Hajjar Abdul Rashid, 36, mengalami cedera parah.

Anak saudara kepada Siti Hajjar, Mohamad Thuha Zainudin, 2, turut mengalami kecederaan.

"Tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu Zainol dipercayai hilang kawalan, lalu terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum terjatuh ke dalam gaung dan menyebabkan kereta mengalami kerosakan teruk," katanya ketika dihubungi Bernama.

Ancaman Jamal Yunos tak wakili Umno

Posted: 18 Mar 2016 03:11 AM PDT

Zulaikha Zulkifli  




Ancaman Pengerusi Gabungan NGO-NGO Selangor Datuk Jamal Md Yunos untuk membakar papan tanda "Selamatkan Anwar" tiada kena mengena dengan Umno, kata ketua penerangannya Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata, tindakan ketua Umno bahagian Sungai Besar itu adalah tindakan individu dan bukan mewakili parti.

"Kita negara ada undang-undang. Kalau dia ada langgar apa-apa undang-undang dia juga tidak terkecuali. Tapi saya tak pasti apa undang-undang dia dah langgar.

"(Tapi) tindakan dia bukan mewakili Umno Malaysia dan itu tindakan individu.

"Umno tak bincang perkara itu dan itu bukan dasar dan keputusan Umno Malaysia.

Tindakan dia atas tindakan diri dia sendiri," katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung tindakan Jamal serta beberapa ahli kumpulannya yang mengancam untuk membakar papan tanda "Selamatkan Anwar" di sekitar Ampang Rabu lalu.

Dua hari lalu, Jamal bersama kira-kira 80 orang pengikutnya mengancam untuk membakar papan tanda yang menyeru pemimpin PKR itu dibebaskan.

Bagaimanapun, papan tanda itu tidak dibakar sebaliknya kumpulan itu menggantungkan sebuah kain rentang dengan maklumat berhubung kelakukuan liwat di papan tanda tersebut sehingga berlaku sedikit 'kekecohan' pada Rabu lalu.

'Saya tak berapa kenal IKATAN'

Sementara itu, ditanya mengenai blok pembangkang antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Annuar berkata beliau menghormati tindakan parti Islam itu yang dianggap sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum.

"Saya fikir saya tak boleh komen sebab saya tak berapa kenal IKATAN ini apa dia? Saya rasa masyarakat boleh buat penilaian sendiri.

"Itu kaedah PAS, itu hak mereka. Dalam negara ini semua orang boleh buat cara mereka yang mereka fikir sepatutnya. Saya hormati kebebasan masing-masing untuk persiapan pilihan raya umum," katanya.


Isu hudud: AMANAH tuntut PAS minta maaf

Posted: 18 Mar 2016 03:08 AM PDT

Dr Dzulkefly Ahmad

 



Tahniah blok ketiga PAS-IKATAN. Tergantung kepada usaha dan pendekatan blok baru ini, jangka usianya akan ditentukan. Sebagai ingatan, parti berdasarkan ideologi dan kuat pula doktrinnya bukan mudah untuk bergabung dengan pihak lain, tambahan kalau mereka mengakui "western-educated liberal". PAS wajar segera dewasa dengan realiti.

Pun begitu, ramai yang terkejut dengan laporan sidang akhbar mereka semalam (FMT dan lain-lain). Kejutan tercetus kerana tajuk yang diberikan portal berita FMT "PAS-IKATAN sepakat hudud tidak sesuai di Malaysia". Pada awalnya saya jangka FMT silap lapor atau ada 'spin' tajuk oleh wartawan.

Setelah mendengar dengan teliti sendiri video sidang akhbar itu, saya yakin laporan itu adalah benar dan tepat dengan maksud penerangan yang dibuat oleh kedua-dua presiden parti itu.

Dengan ini maka jelas kepada semua bahawa pendirian dan sikap PAS terhadap kedudukan hudud telah berubah. PAS yang sebelum ini menganggap, bahkan menuduh pelbagai pihak yang menolak perlaksanaan hudud di Malaysia – dengan hujah memerlukan suasana kondusif, tidak bertepatan dengan keutamaan dan umat yang belum bersedia – sebagai golongan yang menolak hudud.

Bahkan ada sesetengah pimpinan dan ulama PAS langsung menuduh pihak-pihak tersebut sebagai liberal, sekular serta menentang syariah. Lebih berat lagi, ada di kalangan ustaz-ustaz PAS ini yang mengajar di masjid-surau, telah menjatuhkan hukuman murtad dan kafir ke atas mereka yang didakwa perlu bertaubat.

Ternyata mengikut video ini, PAS telah menggunakan hujah yang sama untuk memberi alasan mengapa hudud tidak boleh dilaksanakan ketika ini di Malaysia.

Sikap melampau

Justeru PAS wajar menjelaskan kedudukan sebenarnya serta segera menarik balik tuduhan dan memohon maaf kepada semua pihak yang telah mereka zalimi dengan sikap melampau (al-ghuluw). Antara yang tertuduh adalah Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin yang telah pun mengeluarkan kenyataan beliau dalam Facebooknya semalam.

Mengandaikan mereka sebenarnya faham prasyarat perlaksanaan hudud (termasuk keperluan pindaan perlembagaan), maka tidak dapat dielakkan tanggapan dan persepsi umum bahawa PAS telah secara sengaja, menekankan agenda perlaksanaan hudud sebelum ini, demi untuk mencetuskan pertelingkahan di kalangan pemimpin dan parti-parti Pakatan Rakyat, bagi akhirnya memecahkan gabungan pembangkang ini. Perkara ini telah pun menjadi rakaman sejarah.

Pimpinan ulama PAS juga telah menggunakan isu pelaksaan hudud bagi berkempen untuk menyingkirkan golongan aktivis-profesional, yang kononnya menolak perlaksanaan hudud dalam muktamar Pas lalu.

Berdepan dengan suasana kemelut kepimpinan politik yang hampir memusnahkan negara ini, saya secara peribadi dari pimpinan AMANAH menyeru seluruh kepimpinan politik daripada semua parti-parti politik pembangkang mahupun kerajaan supaya menumpu agenda besar reformasi dan penambahbaikkn (al-lslah) dalam rangka memenuhi gagasan #SelamatkanMalaysia.

Wajar ditamatkan segera dan selama-lamanya mempolitikkan agama, khususnya persoalan hudud, bagi menjatuhkan lawan dan seteru politik dengan tuduhan dan hukuman mengkafirkn lawan.

Sebaliknya kami menganjurkan supaya persaingan politik di pentas demokrasi dengan cara penganjuran (advokasi) dasar-dasar dan polisi serta program masing parti dan gabungan.

Pemangsaan rakyat 

Ini bagi memacu dan menjamin pembinaan kembali maruah, kedaulatan dan daya saing negara ini yang amat terjejas dewasa ini.

AMANAH menekankan perjuangan menggapai matlamat dan cita-cita yang terangkum dalam maqasid al-syariah, yang antara lainnya bermatlamatkan mengangkat 'kemuliaan insan' (karamah insaniyyah), sekali gus membanteras segala bentuk diskriminasi dan pemangsaan rakyat atas apa jua pemahaman agama dan perkauman yang sempit dan salah.

Segala matlamat dan tujuan syariah yang untuk memelihara dan mengembangkan kesejahteraan, kemakmuran dan kedamaian individu rakyat dan masyarakat dengan prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan dan kebertanggungjawaban adalah kemestian yang harus diperjuangkan semua.

Kami bercita-cita untuk mewujudkan satu konstruk politik yang sihat dan vibrant, di mana semua institusi kritikal negara dapat berperanan menjalani tugasan menyemak-imbangi serta mencegah pemusatan kuasa eksekutif.

Hanya ketika penyalahgunaan kuasa oleh penguasa politik dapat dicegah serta pembanterasan amalan rasuah, ketirisan, pembolotan dan pembaziran dapat dijayakan, barulah negara mampu memacu pembangunan yang adil dan mapan serta rakyat seluruh mengecapi kekayaan dan pertumbuhan yang bermakna.

Semua kebejatan rasuah, ketirisan dan salah-guna kuasa, sama ada yang berlaku di pihak kerajaan Persekutuan mahupun mana-mana kerajaan negeri, wajib dibanteras segera dan rakyat yang celik dan mempunyai maklumat serta informasi, tidak lagi boleh diperkotak-katikkan serta dibelenggui oleh pimpinan kerajaan pusat dan negeri.

Semoga Allah merahmati rakyat dan negara tercinta ini!

DR DZULKEFLY AHMAD pengarah strategi, Parti Amanah Negara (AMANAH)

Muhyiddin: Komplot guling Najib? Tak jatuh pun

Posted: 18 Mar 2016 12:51 AM PDT

Jimadie Shah Othman & Hafiz Yatim

 


Dakwaan tiada isi.

Begitu cuba digambarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman sebagai cuba berkomplot menggulingkan Datuk Seri Najib Razak.

"Tak ada, tak ada (komplot). (Malah) tak jatuh pun Najib.




"Tak ada komplot. Dia (Azalina) cakap, orang kata, tak tahu cakap melalui hidung dia ke, telinga dia? minta maaflah cakap begitu," sindir timbalan presiden Umno yang digantung tugas itu.

Muhyiddin diminta mengulas dakwaan Azalina pada 28 Februari lalu yang mendakwa ada konspirasi peringkat tertinggi untuk menjatuhkan perdana menteri.

Muhyiddin dilapor mendakwa diberi taklimat oleh bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, ketika mereka masih menyandang jawatan masing-masing, mengenai 'bukti' jenayah Najib.

Azalina mendakwa Muhyiddin bukan sahaja melanggar Akta Rahsia Rasmi tetapi juga bersubahat dalam konspirasi bermotifkan politik untuk menyalah guna sistem perundangan bagi menggulingkan Najib.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di ibu negara semalam, Muhyiddin mempertahankan tindakannya "mengambil tahu" apa yang berlaku atas kapasiti sebagai orang nombor dua dalam Umno.
"Saya berhak tahu. Itu bukan komplot," tegas anggota Parlimen Pagoh itu.

Dosa besar

Muhyiddin juga berkata, perkara itu juga tidak boleh dikatakan komplot kerana beliau tidak mempunyai sebarang kuasa bertindak, seperti pihak penguatkuasaan dalam negara.




"Mereka ini orang pegawai kanan dalam kerajaan... mana saya boleh berkomplot, bincang berskema secara sulit, rahsia. Tak ada. Cuma mereka maklum kerana mereka fikir saya harus tahu.

Beliau juga mengingatkan Azalina bahawa "buruk sangka itu berdosa besar".

Ditanya sama ada beliau ada bertemu lagi dengan Gani selepas itu, Muhyiddin hanya menjawab ringkas: "Tak ada."

Muhyiddin pada 3 Mac lalu mengulangi dakwaan bahawa Gani mempunyai bukti, termasuk aliran wang ke akaun, untuk mendakwa Najib.

Muhyiddin berkata Gani memberitahunya banyak lagi perkara tetapi ia tidak boleh didedahkan kerana kes tersebut belum dibawa ke mahkamah.




Beliau semalam terus menegaskan "tahu lebih sikit" berbanding orang lain dalam isu sekitar syarikat pelaburan negara sarat hutang, 1MDB.

Beliau sebelum ini digugurkan sebagai timbalan perdana menteri selepas lantang mengkritik isu sekitar kontroversi syarikat cetusan ilham Najib itu.


Dr M gesa cawangan Umno usul tak percaya Najib

Posted: 18 Mar 2016 12:44 AM PDT

MALAYSIAKINI




Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa cawangan-cawangan Umno mengemukakan usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden parti dan perdana menteri dalam mesyuarat tahunan masing-masing.

Beliau juga menggesa akar umbi Umno mengusulkan supaya pemilihan parti itu tidak ditangguhkan, sebaliknya dilaksanakan seperti sepatutnya pada tahun ini.

Menurut bekas perdana menteri keempat Malaysia itu berkata, beliau mengajak ahli Umno yang "sayang kepada perjuangan asal Umno" supaya membantu beliau "menyelamatkan parti dan negara.

"Kemukakanlah usul undi tidak percaya terhadap Najib sebagai presiden parti dan perdana menteri di mesyuarat-mesyuarat cawangan Umno.

"Usulkan juga agar pemilihan parti tidak ditangguhkan dan dilaksanakan pada tahun ini juga.

"Kita tidak boleh tunggu pilihan raya umum ke-14 kerana Umno yang dipimpin oleh Najib tetap akan kalah. Sekali Umno kalah ia tidak dapat dipulih semula," katanya.

Pernah dibuat dulu

Beliau berkata demikian dalam tulisan bertajuk 'Surat kepada ahli-ahli cawangan Umno' yang dimuat naik di Facebook Mukhriz Mahathir FC hari ini.

Mesyuarat cawangan Umno di seluruh negara bermula hari ini dan berlangsung kira-kira sebulan, sebelum diikuti pula dengan mesyuarat bahagian Umno yang dijangkakan berakhir pada 18 Julai.

Persidangan Agung Umno bagi tahun ini pula dijangka diadakan pada bulan Disember.

Pada Jun lalu Najib mengumumkan pemilihan Umno yang sepatutnya berlangsung tahun ini, ditangguhkan selama 18 bulan.

Keputusan itu, kata Najib, diambil selepas dibicangkan anggota majlis tertinggi parti berkenaan dan dibuat mengikut fasal 10.16 Perlembagaan Umno.

"‎Amat penting bagi kita untuk utamakan rakyat, keperluan rakyat, dasar dan akar umbi serta pengukuhan parti supaya Umno lebih mantap bagi menghadapi PRU (pilihan raya umum) akan datang," kata Najib.

Najib juga berkata, amalan menangguhkan pemilihan jawatan dalam parti juga pernah dilakukan presiden terdahulu.


Warkah Mahathir buat anggota-anggota cawangan Umno

Posted: 18 Mar 2016 12:42 AM PDT

Dr Mahathir Mohamad




Saudara-saudari sekalian,

Assalamualaikum,

Izinkan saya menerangkan sedikit berkenaan keputusan saya untuk keluar dari Umno. Berbanding dengan pemimpin-pemimpin "Umno" yang ada sekarang, saya lebih lama berada dalam Umno.

Walaupun saya disingkir sekali dan tinggal Umno dua kali, saya tidak pernah menyertai parti lain. Saya tetap setia kepada Umno. Saya sayang Umno bukan kerana namanya Umno tetapi kerana perjuangannya untuk bangsa, agama dan negara.

Hari ini "Umno" tidak lagi berjuang kerana bangsa, agama dan negara. Hari ini perjuangan "Umno" terhad kepada pengekalan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Tidak ada perdana menteri terdahulu yang menjadikan Umno sebagai benteng untuk pertahankan diri, tidak Datuk Onn, tidak Tunku Abdul Rahman, tidak Tun Razak, tidak Tun Hussein.

Saya juga tidak menggunakan Umno untuk mempertahankan diri. Bahkan saya, seperti Tunku, rela meletak jawatan.

Oleh kerana perjuangan Umno sudah bertukar, maka pertubuhan ini bukan lagi Umno. Ia sudah jadi pertubuhan lain. Pemimpin-pemimpin yang masih ada dalam Umno kebanyakannya berada kerana kepentingan diri, kerana takut kepada Najib, kerana dapat nikmat dari Najib.

Mereka tidak peduli akan skandal kewangan yang melibat Najib, akan wang berbilion yang ada dalam akaun bank Najib. Sesungguhnya perdana menteri Malaysia tidak boleh miliki wang berbilion atau terima wang sebegitu banyak.

Dalam perjuangan kita perlu menentukan sasaran utama kita. Sasaran kita ialah Najib kerana dia merosakkan imej negara, menjadikan negara yang terkenal di dunia sebagai mempunyai amalan rasuah tertinggi.

Kita lihat di Timur Tengah orang Islam yang anggap orang Yahudi adalah musuh mereka yang sebenar tetapi mereka lebih utamakan permusuhan sesama mereka sehingga mereka berperang sesama sendiri.

Akhirnya Israel tepuk tangan melihat orang Islam membuat kerja mereka. Di Malaysia hari ini bukan parti lawan yang menjadi musuh utama tetapi Najib, kerana Najib merosakkan parti sehingga hampir kalah PRU13. Parti lawan tidak boleh kalahkan kita. Tetapi Najib boleh.

Najib sudah menjadikan Umno sebagai parti miliknya sendiri. Malangnya kepimpinan Najib melemahkan parti. Umno tetap kalah PRU 14 jika dipimpin oleh Najib. Adanya parti lawan sejak merdeka tidak pernah menghapuskan sokongan rakyat kepada Umno sehinggalah Najib memimpin Umno. Prestasinya lebih buruk dari Abdullah.

Yang menimbul masalah dan kepincangan dalam negara ialah Najib. Hutang negara meningkat sebanyak lebih dari 50 bilion ringgit kerana 1MDB. Sebilangan besar dari wang ini sudah hilang.

Untuk menampung wang yang hilang ini, Najib menjual tanah kerajaan yang dibeli dengan harga RM60 satu kaki persegi kepada Tabung Haji dengan harga RM3,500.

Tiba-tiba dilaporkan Najib mempunyai wang sebanyak RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya di Ambank. Juga wang sebanyak RM42 juta dari SRC ada bersama. Dakwaan kononnya semua wang ini adalah hadiah dari orang Arab tidak masuk akal. Perdana menteri Malaysia tidak harus terima wang yang sebegitu banyak dari sesiapa pun.

Pemerintahan Najib kejam. Siapa yang menegurnya disingkir dari parti, dibuang jawatan, ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Undang-undang baru dibuat untuk memberi kuasa kepada kerajaan Najib memasukkan dalam tahanan siapa sahaja tanpa dibicara.

Kerana semua ini saya keluar dari parti pimpinan Najib dan sebagai rakyat negara tercinta ini saya akan sambut desakan ramai rakyat untuk membuat sesuatu bagi mengembalikan pemerintahan yang adil ke negara ini.

Saya menjemput ahli-ahli Umno yang sayang kepada perjuangan asal Umno membantu saya untuk menyelamatkan parti dan negara ini. Kemukakanlah usul undi tidak percaya terhadap Najib sebagai presiden parti dan perdana menteri di mesyuarat-mesyuarat cawangan Umno. Usulkan juga agar pemilihan parti tidak ditangguhkan, dan dilaksanakan pada tahun ini juga.

Kita tidak boleh tunggu PRU14 kerana Umno yang dipimpin oleh Najib tetap akan kalah. Sekali Umno kalah ia tidak dapat dipulih semula.


Pesawah perlu tabur padi terus kering, jimat air

Posted: 18 Mar 2016 12:33 AM PDT

SINAR HARIAN


sawah padi
Gambar Hiasan

 
ALOR SETAR - Pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dinasihatkan agar menggunakan teknik penanaman padi secara Tabur Terus Kering bagi menjimatkan penggunaan air pada musim panas ini.

Timbalan Pengurus Besar MADA (Teknikal), Ir Datuk Hor Tek Lip berkata,‎ teknik tersebut melibatkan putaran tanah dalam keadaan kering dan kerja menabur benih padi dilakukan atas permukaan sawah yang kering.

"Biasanya teknik ini kita gunakan pada musim pertama penanaman padi dan ia dapat menjimatkan penggunaan air," katanya ketika dihubungi Bernama.

Cuaca panas melampau dan kering akibat fenomena El Nino ketika ini diramal beransur baik menjelang April. Pada 10 Mac lalu,  Alor Setar dan Chuping, Perlis mencatat suhu tertinggi iaitu 38.5 darjah Celsius.

Hor berkata, walaupun MADA memberi jaminan bekalan air mencukupi untuk penanaman padi pada musim ini, pesawah perlulah sentiasa menjimatkan penggunaan air bagi mengelak jumlah air untuk kegunaan domestik terjejas.

Hor berkata bagi satu-satu musim penanaman padi, sebanyak 1.2 juta ekar kaki air diperlukan untuk sistem pengairan, dengan 32 peratus sumber air daripada empangan, 45 peratus air hujan, 15.7 peratus aliran sungai dan 7.3 peratus daripada pam guna semula air.

Terdapat 105 stesen pam guna semula air di kawasan MADA yang mampu membekalkan kira-kira lapan peratus jumlah air diperlukan untuk pengairan padi.

Hor turut meminta pesawah mematuhi jadual penanaman padi yang telah diedarkan kepada pesawah bagi memastikan kelancaran proses penanaman padi.

MADA menetapkan tiga fasa penanaman padi iaitu pada 30 Mac, 9 April dan 19 April ini. - Bernama


Blok pembangkang bukan ancaman besar kepada Umno

Posted: 18 Mar 2016 12:27 AM PDT


Syed Ali Alhabshee
Syed Ali Al-Habshee


SHAH ALAM - Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk  Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan pembentukan blok pembangkang sama sekali tidak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap Umno dan BN.

Katanya, pembentukan blok pembangkang juga masih belum diterima ramai oleh rakyat Malaysia.

"Blok pembangkang bukan ancaman besar kepada Umno, saya tidak nampak rakyat sudah bersedia untuk menerima acuan tersebut," katanya menerusi blog Umno Bahagian Cheras hari ini.

Ujarnya lagi kewujudan blok pembangkang mencerminkan antara parti-parti pembangkang mempunyai agenda tersendiri terutama bagi menghadapi PRU14.

"Blok pembangkang dilahirkan sebagai persedian mereka menghadapi PRU, tetapi saya yakin  tidak akan menyusutkan sokongan rakyat terhadap Umno dan BN," tegasnya.

Sementara ketika mengulas mengenai kerjasama terbaru Pas dengan parti Ikatan menerusi blok ketiga, Syed Ali menjelaskan kerjasama itu tidak memberi kesan kepada kekuatan Umno.

"Pas  boleh berkerjasama dengan Ikatan, itu hak mereka sepertimana mereka pernah melakukannya dengan DAP dan PKR sebelum ini," ujarnya.

Pembangkang di Malaysia mempunyai dua blok iaitu menerusi Pakatan Harapan (DAP, Amanah, PKR), dan terbaru antara Pas dan Ikatan.

Mohd Najib Lari Dari Wartawan

Posted: 17 Mar 2016 09:34 PM PDT


KALAU kita mendalami peristiwa "serang hendap" wartawan Badan Penyiaran Australia (ABC) terhadap Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, pada 12 Mac lalu di Kuching dan tahu latar belakangnya, kita tidak akan terperanjat.

Wartawan Linton Besser dengan lantang bertanya mengenai dakwaan duit ratusan juta dolar dalam akaun peribadi Perdana Menteri. [Boleh tonton di sini.]

Sebenarnya itulah cara yang masih ada bagi wartawan mendapatkan maklumat terus daripada Mohd Najib, melainkan wartawan itu daripada media arus perdana (MAP) tempatan.

Itu pun, dalam temu ramah khas yang diatur lebih awal penemu ramah diberi taklimat apa yang haram, wajib, sunat dan makruh ditanya. Soalan perlu dikemukakan lebih awal.

Temu ramah televisyen pula akan dirakam dan disunting sebelum disiarkan. Kalau ada isu yang sensitif, yang dijemput melakukan temu ramah bukan wartawan tetapi profesional bidang berkenaan. Terketar-ketar si penemu ramah bertanya soalan pra-rancang.

Ahli ekonomi Charon Mokhzani temu ramah Najib


 Dulu, pada zaman yang disifatkan oleh media propaganda Mohd Najib sebagai tidak bebas dan autokratik, khususnya era Tun Dr Mahathir Mohamad, wartawan bebas tanya soalan. Sidang akhbar menjadi darah daging media massa.

Habis sangat soalan tak dilayan atau wartawan kena herdik. Saya pernah diherdik di hadapan khalayak di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada tahun 1981 oleh Allahyarham Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie aka King Ghaz kerana dituduh "menyerang hendap" beliau - lebih kurang macam krew ABC lakukan terhadap Mohd Najib.

Lepas itu dengan Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Allahyarham Tun Ismail Mohammad Ali, juga pada tahun 1981.

Alhamdulillah, akibat daripada peristiwa itu kedua-dua mereka menjadi kawan baik saya hingga ke hujung usia mereka. King Ghaz mengajar saya mengenai politik, perang saraf dan diplomasi. Ismail mengajar saya ketelusan dan amanah, perbankan dan pelaburan.

Najib Elak Wartawan 

Sekarang tidak ada cara lain "menemu ramah" Mohd Najib selain menyerang hendap. Ketakutan telah menyebabkan beliau mengelak bersemuka dengan wartawan.

Menurut beberapa orang pengarang MAP, Mohd Najib sudah lama tidak mengadakan sidang akhbar. Ada tidak pun ketika lawatan rasmi ke luar negara. Itu pun hanya dengan para pengarang yang mengiringi beliau.

Untuk pengesahan, saya menghantar pesanan ringkas berikut kepada salah seorang setiausaha akhbar beliau: "Assalamualaikum. Apoplogies. Needs official confirmation. MSM editors told me, PM has not been holding PC or talk to reporters on the sideline. For my blog. Tq. A Kadir Jasin."

(Assalamualaikum. Mohon maaf. Perlu pengesahan rasmi. Pengarang MAP memberitahu saya, PM tidak lagi mengadakan sidang akhbar atau bercakap kepada wartawan selepas majlis. Untuk blog saya. Tk. A Kadir Jasin.)
Tidak ada jawapan daripada beliau.

Mohd Najib dan pengawas media beliau takut kalau-kalau ada wartawan yang berani bertanya soalan menakutkan berkenaan skandal 1MDB, RM42 juta wang SRC International Sdn Bhd dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau.

Kemungkinan hal itu berlaku amat kecil kerana pengarang MAP sudah pun diberi taklimat mengenai apa yang boleh dan tidak boleh ditanya. Manakala wartawan MAP pula tahu kalau mereka bertanya soalan sensitif mereka pasti akan dikenakan tindakan dan laporan mereka tidak akan disiarkan.

Kisah Zaman Dulu

Teringat saya kepada saat-saat terakhir Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera sebagai Perdana Menteri pada tahun 1969/70.

Walaupun menghadapi kempen dari dalam dan luar Umno untuk memaksa beliau meletakkan jawatan, Tunku tidak pula menyisihkan diri daripada wartawan.

Sebaliknya wartawan yang menyisihkan diri daripada beliau. Kalau sebelum itu sidang akhbar dan lawatan beliau dilaporkan oleh pengarang dan wartawan kanan, apabila kempen menjatuhkan beliau terjadi, pengarang dan wartawan kanan diarahkan agar tidak lagi memberikan beliau keutamaan.

Walaupun dipulau Tunku tidak lari dari wartawan


Sebaliknya prioriti liputan diberikan kepada Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Gerakan Negara (NOC).

Tetapi Tunku tetap Tunku. Sama ada kepada pengarang dan wartawan kanan atau pemberita kadet beliau memberi layanan yang serupa – mesra, tanpa kasta dan penuh lawak jenaka.

Waktu itu saya pemberita kadet di Bernama dan banyak membuat liputan kegiatan beliau di Kuala Lumpur, Kedah dan Pulau Pinang. Kemanusiaan dan rendah diri Tunku tidak ada tolok bandingnya. Moga-moga rohnya diberkati.

Kesimpulannya, kalau mahukan komen terus daripada Mohd Najib kenalah jadi warga MAP atau lakukan serang hendap terhadap beliau macam yang dilakukan oleh wartawan ABC.

Berkenaan respons lisan dan fizikal PDRM terhadap serang hendap ABC itu, saya serahkan kepada para pembahas dan pembaca mengadilinya. Hanya perlu tonton video YouTube yang saya pautkan. Wallahuaklam.


Kerajaan digesa wujudkan Tabung Haji kedua

Posted: 17 Mar 2016 09:27 PM PDT

 DALIA ISMAIL


Tabung Haji bangunanTabung Haji bangunan


Kerajaan digesa mewujudkan Tabung Haji (TH) kedua yang diuruskan pihak ketiga atau diswastakan dalam usaha memperkasakan pengurusan dan pelaburan wang pendeposit di masa hadapan, kata Ketua
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Nadzim JohanNadzim Johan
Beliau berkata, rasional penubuhan TH kedua adalah untuk mengelakkan berlaku monopoli sumber kewangan selain memperkasakan perkhidmatan pengurusan haji agar kompetitif dan efisien.

"Kita perlu ada lebih daripada satu pemberi perkhidmatan. Bukan mahu kata pengurusan TH yang ada kini lemah, tetapi kita melihat dari sudut memperkasakan perkhidmatan TH itu sendiri di masa hadapan.

"Jika wujud TH kedua ia adalah satu persaingan sihat yang membolehkan perkhidmatan dan pengurusan haji yang lebih baik untuk dinikmati dikalangan pendeposit.

"Selain itu TH kedua ini juga sebolehnya diuruskan di kalangan individu yang tiada mempunyai kepentingan politik tetapi memiliki pengalaman yang luas dalam menguruskan dana bagi tujuan pelaburan dan menjaga kebajikan pendeposit," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Menurut Nadzim lagi, PPIM pernah mengemukakan cadangan mewujudkan TH kedua sejak lima tahun lalu tetapi, ujarnya kerajaan seakan tidak bersetuju tanpa memberikan sebarang maklum balas secara rasmi.

"Lima tahun lalu PPIM pernah mencadangkan akan perlunya kerajaan membenarkan penubuhan TH kedua.

"Ini ekoran PPIM ketika itu kurang bersetuju dengan pelaburan yang pernah dibuat oleh TH apabila mengambil keputusan melabur dalam syarikat pengeluar roti sebaliknya membawa kerugian RM90 juta.

"Saya rasa kasihan daripada dulu lagi TH seolah-olah menjadi tempat 'dibebankan' yang saya tidak tahu untuk siapalah.

"Kalau beli bangunan timbul isu bangunan; beli kapal, kapal terbakar; beli tanah, tanah mahal; begitulah nasib TH yang sudah lima dekad ini," ujarnya.

Beliau juga menyentuh isu berkaitan dengan kos penerbangan untuk mengerjakan haji masih lagi pada harga yang tinggi.

"Walaupun kerajaan kata memberikan subsidi tambang kapal terbang kepada bakal haji tetapi yang menghairankan syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan pergi dan balik jemaah haji boleh mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit.

Ujarnya lagi dengan isu-isu terkini membabitkan laporan Bank Negara Malaysia (BNM) sedikit sebanyak menghakis keyakinan pendeposit terhadap kredibiliti TH dalam menguruskan sumber kewangan pencarum bagi tujuan pelaburan anak-anak syarikatnya.

Beliau turut menyarankan TH menubuhkan jabatan atau unit khas untuk memperbetulkan persepsi negatif umum terhadapnya.

Nadzim merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir pada Isnin yang membangkitkan kesan diterima TH susulan surat yang dikeluarkan Bank Negara kepada organisasi itu yang kemudian tersebar di media sosial.

Surat daripada Bank Negara itu menyentuh rizab kewangan TH yang dikhuatiri boleh menjejaskan keupayaan institusi itu untuk membayar dividen kepada para pencarum.

Jamil ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat memberi amaran bahawa pendeposit TH yang mengeluarkan deposit daftar haji bersama wang simpanan mereka akan hilang giliran menunaikan haji sehingga 70 tahun.

Semalam Malaysia Dateline juga melaporkan pandangan Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Muhd Faizal Abdul Aziz bahawa kerajaan harus segera menangani krisis keyakinan dan kepercayaan rakyat di kalangan pendeposit TH bukan dengan mengeluarkan kata ugutan kepada pencarum.

TH ditubuhkan pada 1959 atas cetusan idea Prof Diraja Ungku Aziz. Kini TH mempunyai 8.8 juta pendeposit.

Pada 1 Jun 1995 akta baru TH iaitu Akta 535, Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dikuatkuasakan yang memansuhkan akta lama.

Nama Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) digantikan dengan Lembaga Tabung Haji pada 28 Ogos 1997, dan serentak dengan itu huruf TH diperkenalkan sebagai singkatan kepada Lembaga Tabung Haji.

Guan Eng mahu siasatan kes rasuah ahli politik pembangkang disegerakan

Posted: 17 Mar 2016 09:20 PM PDT

ZAINULFAQAR YAACOB


Maimunah menunjukkan poster program Festival Pinggiran Butterworth Kedua 2016 BFF kepada Guan Eng dan Joe Sidek.Maimunah menunjukkan poster program Festival Pinggiran Butterworth Kedua 2016 BFF kepada Guan Eng dan Joe Sidek.




Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat seorang ahli politik pembangkang Pulau Pinang, yang dikaitkan dengan amalan rasuah semasa memimpin Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), 18 tahun lalu.

Menurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng, MPSP sejak 18 Disember lalu telahpun membuat aduan polis dan SPRM mengenai individu terbabit.

"Terbaru kita lihat SPRM Kedah sekurang-kurangnya telah ambil tindakan ke atas dua pemimpin (muda) Umno (Kawasan Parlimen) Permatang Pauh yang terlibat rasuah, maka kita harap SPRM Pulau Pinang pun boleh bersama-sama ambil tindakan yang serus.

"Sekarang, (individu terbabit) masih menjadi ahli politik pembangkang yang sangat aktif, kita (kerajaan negeri) minta SPRM boleh buat siasatan penuh," tegas Guan Eng kepada pemberita di Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda, semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu yang juga bekas Ahli Majlis MPSP tahun 1994/1995.

Tahun lalu, MPSP terselamat daripada membayar pampasan RM244 juta (RM243,630,810) yang dituntut oleh plaintif, NEG Engineering Sdn. Bhd..

Di akhir perbicaraan kes penarafan loji kumbahan di Sungai Nyior dan Mak Mandin pada 1997 itu, plaintif diarah membayar kos lepas RM50,000 kepada MPSP.

Permohonan MPSP untuk membatalkan saman plaintif kerana kegagalan meneruskan tindakan (want of prosecution) turut ditolak dengan kos RM5,000 oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Colin Lawrence Sequerah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, 28 Januari lalu.

Pun begitu, tingkah laku seorang bekas ahli majlis yang dikaitkan dengan amalan rasuah terdedah dalam kamar perbicaraan, pada 14 dan 15 Disember tahun lepas.

Susulan itu, MPSP membuat aduan polis dan SPRM demi membantu kedua-dua agensi persekutuan tersebut membuka kertas siasatan.

Pada sidang media sama, Yang di-Pertua MPSP Dato' Maimunah Mohd. Sharif berkata, keputusan Mahkamah Tinggi menolak tuntutan saman NEG Engineering Sdn. Bhd. menyelamatkan MPSP daripada risiko bankrap.

Sementara itu pada sidang media yang sama, Guan Eng mengumumkan penganjuran Festival Pinggiran Butterworth Kedua 2016 (BFF) yang dijadualkan pada 13 dan 14 Ogos ini bertempat di perkarangan Jalan Jeti Lama.

Beliau berharap festival itu bakal semeriah Adelaide Fringe di Australia, yang dikenali sebagai festival kedua terbesar dunia dengan lebih 900 acara.

BFF mulai dianjurkan pada tahun lalu, manakala Adelaide Fringe pula sejak 1960.

"Ini, adalah usaha bersama Kerajaan Negeri dan MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) untuk membangunkan kawasan Seberang Perai sebagai medan seni dan budaya," jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Selain Maimunah, sidang media promosi BFF 2016 itu turut disertai Pengarah Festival Joe Sidek serta ahli-ahli Majlis MPSP.

Maimunah memberitahu BFF merupakan festival pinggiran yang pertama dianjurkan di Malaysia dan tiada seumpama ini di negeri-negeri lain.

Manakala, Joe Sidek pula berharap promosi media dapat menggandakan jumlah pengunjung ke BFF 2016 nanti, berbanding kira-kira 30,000 orang ke festival kali pertama pada tahun lepas.

Tahun lalu, BFF memaparkan keunikan persembahan kategori jalanan, penerangan, kepelbagaian makanan dan acara permainan dari tempatan dan antarabangsa, selama dua hari.

Rozan buat laporan polis insiden keganasan babitkan pemimpin Umno

Posted: 17 Mar 2016 09:18 PM PDT

MALAYSIA DATELINE


Rozan (memegang laporan polis) bergambar bersama para penyokong selepas membuat laporan di Balai Polis Jalan Dang Wangi.Rozan (memegang laporan polis) bergambar bersama para penyokong selepas membuat laporan di Balai Polis Jalan Dang Wangi.



Pegawai kepada Ahli Parlimen Batu Rozan Azen Mat Rasip yang menjadi mangsa kekasaran kumpulan samseng diketuai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos dan Exco Pemuda Umno Armand Azhar di Ampang kelmarin membuat tiga laporan polis di Balai Polis Jalan Dang Wangi semalam.

Lapotan polis itu dibuat bagi menggesa pihak polis melakukan siasatan dan tindakan lanjut terhadap suspek yang cuba membuat provokasi membakar papan iklan dan menampal kain rentang berunsur lucah dan biadab di khalayak ramai.
Salah satu daripada tiga laporan polis yang dibuat Rozan.Salah satu daripada tiga laporan polis yang dibuat Rozan.
Menurut Rozan, Jamal yang mendakwa diri sebagai pengerusi Gabungan NGO-NGO Selangor telah membuat ugutan itu secara terbuka melalui sebaran media dan dilaporkan media massa.

"Pihak berkenaan telah dengan jelas membuat kenyataan yang berbaur ugutan dan menghasut orang ramai dan pihak tertentu untuk bersama beliau pergi ke lokasi-lokasi itu yang mengiklankan 'Bebas Rakyat Bebas Anwar' secara terbuka di kawasan orang ramai.

"Ternyata pengumuman dan ancaman yang beliau cuba lakukan itu telah mendapat reaksi negatif dan menimbulkan kemarahan orang awam di negeri Selangor Darul Ehsan selain menimbulkan kebimbangan atas keadaan keselamatan orang awam terutama jika beliau dan kumpulan pengikutnya tidak dihalang, ditahan serta didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 dan lain-lain pelanggaran perundangan tempatan negeri," laporan polis itu dipetik.

Di balai polis yang sama Rozan turut membuat laporan berhubung kesakitan yang beliau tanggung akibat ditumbuk individu yang tidak dikenali dalam insiden itu.

Menurut beliau, individu berkenaan telah menumbuk beliau sebanyak tiga kali di bahagian badan.

Tumbukan itu, jelasnya telah mengakibatkan lebam dan sakit melebihi 24 jam sehingga memaksa beliau berjumpa doktor.

"Saya yakin identiti beliau boleh dicari dan dikenali disebabkan adanya bahan bukti rakaman visual oleh pelbagai pihak media seperti Malaysiakini dan lain-lain," ujarnya.

Rozan menggesa individu terbabit didakwa di bawah Akta Jenayah dan lain-lain akta berkaitan.

Beliau turut membuat laporan polis berhubung perhimpunan haram yang diketuai Jamal pada petang 16 Mac di Jalan Memanda 1, Taman Dato' Ahmad Razali, Ampang.

"Perhimpunan ini dilihat sebagai bermotif jahat (malafide), telah membuat ketidaksenangan di kalangan orang awam di kawasan berkenaan disebabkan berlaku di kawasan terbuka juga di laluan jalan raya utama di kawasan Ampang itu," laporan polis itu dipetik.

Rozan berkata, perhimpunan haram dihadiri 50 hingga 70 remaja dan orang dewasa itu boleh didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan akta-akta berkaitan.

Akhirnya Pas akui hudud boleh dikemudiankan, kata Pemuda Amanah

Posted: 17 Mar 2016 09:14 PM PDT

MALAYSIA DATELINE


Perlaksanaan hudud di Kelantan kembali hangat selepas Dun Kelantan meluluskan pindaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 pada Mac 2015.Perlaksanaan hudud di Kelantan kembali hangat selepas Dun Kelantan meluluskan pindaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 pada Mac 2015.


Pas akhirnya mengakui pelaksanaan hudud boleh dikemudiankan bagi melaksanakan agenda yang lebih besar terutama setelah mengadakan pakatan politik dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), 16 Mac lalu, kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Perak Mohd Fitri Asmuni.

Mohd Fitri AsmuniMohd Fitri AsmuniMenulis di laman facebook beliau, Mohd Fitri berkata, sumber-sumber daripada pemimpin Pas dan Ikatan sendiri mengakui bahawa perlaksanaan hudud boleh dikemudian, ditangguh atau dilaksanakan secara beransur-ansur mengikut lunas demokrasi dan kehendak rakyat.

Beliau memetik sumber Pengarah Media Baru Jabatan Penerangan Pas Pusat Syaiful Hizam, sidang media Presiden Pas dan Ikatan, penjelasan Ketua Dewan Ulamak Pas dan Ketua Penerangan Pas Pusat sebagai rujukan dalam membuat kesimpulan itu.

"Apabila ditanya oleh wartawan mengenai agenda utama Pas iaitu hudud selepas pembentukan blok ketiga semalam (kelmarin),
Presiden Pas menegaskan bahawa Pas akan lebih menumpukan kepada agenda umum iaitu memperkasakan perlembagaan yang ada pada hari ini.

"Kalau inilah pendirian Pas, maka inilah juga sebenarnya pendirian bekas pimpinan Pas yang kini menubuhkan Amanah.

Mereka tidak pernah menolak hudud. Mereka hanya berpandangan agar Pas menumpukan kepada agenda umum yang dipersetujui bersama dalam Pakatan Rakyat seperti isu rasuah, salahguna kuasa, ekonomi dan kemiskinan," ujar Mohd Fitri.

Bagaimanapun jelas beliau, Pas kini terpaksa menerima pakai pendirian yang dipegang oleh pimpinan Amanah mengenai hudud kerana 'mungkin mereka baru tersedar dari tidur' bahawa banyak lagi keutamaan yang harus diperjuangkan di negara ini berbanding hudud.
Menurutnya, jika sebelum ini pemimpin Pas dilihat menafikan kuasa rakyat dan peranan perlembagaan apabila berkata apa gunanya kemenangan di Putrajaya kalau tidak mendapat redha Allah, tetapi kini Pas terpaksa akur apabila Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyerahkan isu perlaksanaan hudud kepada 'kehendak rakyat'.
Isu perlaksanaan hudud menjadi tumpuan utama media apabila Pas dan Ikatan membentuk perikatan politik.

Memberikan reaksi terhadap laporan media yang mempersoalkan pendirian Pas terhadap perlaksanaan hudud selepas membentuk blok ketiga, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, isu hudud telah dijadikan 'peluru' untuk menyerang dan merosakkan reputasi parti itu.

Bagaimanapun beliau yakin isu itu tidak akan memisahkan gandingan Pas dan Ikatan yang baru memulakan kerjasama politik.

"Pas memperingatkan semua pihak khasnya 'warlord' yang berada di belakang media tertentu agar tidak memecah belah dan melemparkan fitnah kepada Pas kononnya Pas kini meninggalkan prinsip perjuangan.

Sebaliknya prinsip perjuangan Pas akan terus dijulang dan dihormati oleh semua rakan seperjuangan," katanya.

Naib Presiden Pas Idris Ahmad dalam entri terbarunya di laman sosial berkata, walaupun tidak boleh melaksanakan enakmen jenayah syariah (di Kelantan), Pas telah mengadakan siri penerangan dan 'hari hudud' sehingga masyarakat termasuk orang bukan Islam memahami hukum hudud dan tidak merasa takut.

"Musuh Pas cuba gambarkan kononnya Pas hanya perjuangkan hudud sahaja. Soalah-olah Pas hanya bercakap soal hudud sahaja, tidak bercakap isu kepentingan rakyat.

"Jikalau Pas hanya perjuangkan hudud sahaja sudah tentu Kerajaan Kelantan tidak perkenalkan skim Kifalah, program It'am, pinjaman tanpa faedah, cuti bersalin 90 hari, rumah tiga bilik, memindah wang kerajaan kepada Bank Islam, cuti dua hari, mengharamkan judi, haramkan arak untuk orang Islam, al-Rahnu, orang perempuan tidak boleh gunting rambut lelaki.

"Akhirnya kerajaan pusat mengikut apa yang dirintis oleh kerajaan Kelantan. Yakin Islam untuk semua. Pas sentiasa evergreen," ujar Idris.

Rumah: Tiada harga siling ditetapkan – Rahman

Posted: 17 Mar 2016 09:12 PM PDT

 
Kerajaan-kerajaan negeri sepatutnya memberi maklum balas berhubung harga rumah mampu milik supaya ia boleh diselaraskan seluruh negara


rahman


PETALING JAYA: Majlis Perumahan Negara belum menetapkan harga siling untuk rumah mampu milik, dedah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Ahli Parlimen Kota Belud itu dalam muatnaik di Facebook menjawab dakwaan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mendakwa Pulau Pinang sekadar mengikut panduan Putrajaya berhubung harga maksimum rumah-rumah mampu milik.

Rahman menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak pernah menetapkan harga maksimum rumah mampu milik pada RM400,000 dan pelbagai kerajaan negeri diberi budi bicara mutlak untuk menetapkan harga.

Merujuk kepada kenyataan Guan Eng bahawa ucapan laporan ekonomi 2013/2014 dan ucapan belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri menetapkan harga jualan maksimum pada RM400,000, Rahman berkata angka itu merupakan harga siling maksimum untuk rumah PR1MA.

"Sebenarnya walaupun PR1MA dibenarkan untuk menjual rumah di paras harga maksimum RM400 ribu, namun, 84% unit rumah di bawah PR1MA tetap dijual di bawah RM300 ribu," katanya, dan menambah ini menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengambil kesempatan daripada penetapan harga maksimum.

"Manakala baki 16% rumah PR1MA yang dijual pada harga RM300 ribu hingga RM400 ribu, adalah unit premier yang mempunyai saiz dalam lingkungan 1200 kaki persegi, yang mana jauh lebih besar dari yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu 900 kaki persegi.

"Jelas perbandingan ini tidak munasabah."

Menurut Rahman, kerajaan Pulau Pinang menyedari dalam mesyuarat Majlis Perumahan Negara pada 21 Ogos 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta semua kerajaan negeri supaya melihat semula julat harga rumah mampu milik supaya ia boleh diselaraskan seluruh negara.

"Seterusnya pada 18 Januari 2016, Jawatankuasa Kerja Pemantauan (JKPKM), yang turut dihadiri oleh YB EXCO Perancangan Bandar & Desa Dan Perumahan Negeri Pulau Pinang, memutuskan supaya semua Kerajaan Negeri memperhalusi enam (6) syor yang dibincangkan iaitu, harga jualan rumah mampu milik, keluasan lantai, kelayakkan pendapatan isi rumah pembeli, spesifikasi minima, sekatan moratorium dan juga densiti pembangunan."

"Dalam mesyuarat tersebut, Kerajaan-Kerajaan Negeri juga diarahkan untuk memberi maklumbalas kepada Kementerian untuk di bawa semula ke dalam Mesyuarat Majlis Perumahan Negara yang bakal diadakan pada bulan Ogos nanti bagi memudahkan proses pengharmonian harga tersebut."

"Pendek kata, Majlis Perumahan Negara belum lagi memutuskan had maksimum harga rumah mampu milik untuk setiap negeri," katanya, dan menambah tuduhan Guan Eng bahawa Putrajaya menetapkan harga maksimum RM400,000 merupakan satu penipuan yang bertujuan untuk melepaskan diri daripada dipertanggungjawabkan keatas dasar kerajaan Pulau Pinang.

Awal hari ini, Guan Eng menjawab Rahman dengan memanggilnya pembohong berhubung harga jualan maksimum rumah mampu milik.

Semalam, Rahman berkata Guan Eng telah berbohong mengenai kadar maksimum rumah mampu milik yang ditetapkan pada RM400,000, semasa beliau diminta untuk menjelaskan kadar berbeza-beza untuk rumah yang dianggap "mampu milik" antara negeri-negeri.

Hari ini, Guan Eng berkata Kerajaan Persekutuan yang menetapkan harga maksimum untuk rumah mampu milik.

Adnan Abu Hassan meninggal dunia

Posted: 17 Mar 2016 09:05 PM PDT

 
Jenazah Adnan akan disembahyangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.


Adnan-Abu-Hassan_600


KUALA LUMPUR : Datuk Adnan Abu Hassan, 57, disahkan meninggal dunia pada jam 2.17 pagi tadi di Hospital Selayang, di sini.

Berita Harian Online melaporkan, komposer terkenal negara itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan tengah malam semalam, kerana serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang dan hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Jenazah Adnan akan disembahyangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.

Keadaan kesihatan komposer yang pernah mencipta kegemilangan pada era 1980-an hingga awal dekad 2000 itu mula diperkatakan apabila dirinya dilihat lemah ketika muncul pada Anugerah MeleTOP, dua tahun lalu untuk memberi penghormatan kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza.

Komposer berpengaruh yang pernah menaikkan nama penyanyi seperti Fauziah Latiff, Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Liza Hanim itu dikenali menerusi karyanya yang meraih pengiktirafan termasuk Teratai Layu Di Tasik Madu, Jerat Percintaan, Bunga-Bunga Cinta serta Puncak Kasih.

Sumbangan besarnya dalam industri hiburan melayakkan Adnan menerima pengiktirafan Anugerah Wirama pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-17 pada tahun 2010.

Mengapa orang Islam kurang peduli rasuah? soal Mat Sabu

Posted: 17 Mar 2016 09:03 PM PDT

 
Beliau bimbang sikap tidak peduli itu akan membuatkan masyarakat bukan Islam salah faham dengan ajaran Islam.


mat-sabu,rasuah


PETALING JAYA: Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu menyifatkan umat Islam termasuk di negara ini, tidak sensitif terhadap rasuah menyebabkan banyak negara Islam ketinggalan dalam pelbagai bidang.

Berucap dalam satu program Pakatan Harapan di Alor Setar, Kedah, beliau meluahkan kekecewaannya itu memandangkan rasuah adalah kesalahan di sisi Islam dan sering dibicarakan dalam kuliah agama.

"Orang Islam kurang sensitif dengan rasuah. Tapi orang Cina yang tak pergi solat Jumaat dan tak dengar hadis pun boleh sensitif.

"Tetapi kenapa orang Islam yang dengar khutbah boleh ketinggalan dalam pelbagai bidang? Sedangkan ia didikan awal Nabi Muhammad SAW. Kalau nak negara maju orang Islam mesti cantik akhlak dan bebas rasuah, Tapi cerita bab RM2.6 bilion pun orang tidak sensitif," katanya seperti dipetik Sinar Harian hari ini.

Beliau bimbang sikap tidak peduli itu akan membuatkan masyarakat bukan Islam akan salah faham dengan ajaran Islam.

Menurut laporan itu lagi, Mohamad Sabu turut memberikan contoh Kerajaan Pulau Pinang, yang memiliki jumlah hutang paling sedikit berbanding negeri lain.

"Mengapa bukan Kelantan, negeri yang orang Islam perintah?" soalnya lagi.

BAT Malaysia tutup kilang, 230 staf terjejas

Posted: 17 Mar 2016 09:00 PM PDT

 
Pengeluar rokok itu menutup operasi kilang kerana kemerosotan jualan rokok, kehadiran rokok seludup dan cukai tinggi dikenakan kerajaan.


British-American-Tobacco-Malaysia-Berhad


PETALING JAYA: British American Tobacco Malaysia Berhad (BAT Malaysia) akan menutup kilangnya di sini, susulan kemerosotan penjualan rokok, kehadiran rokok seludup di pasaran dan cukai tinggi dikenakan kerajaan.

Dalam kenyataannya hari ini, pengeluar rokok terkemuka itu berkata, penutupan kilang berkenaan juga adalah sebahagian penstrukturan semula syarikat bagi menghadapi cabaran persekitaran perniagaan.

BAT Malaysia menjelaskan, cukai rokok meningkat sebanyak 110% dalam tempoh lima tahun ini, menyebabkan kos pengeluaran naik mendadak.

Sementara itu, rokok seludup sudah menguasai lebih 40% pasaran tembakau di negara ini, menyebabkan keputusan menutup kilang terpaksa dilakukan.

Kenyataan itu menyebut, penutupan operasi kilang akan dilakukan secara berperingkat dan dijangka tutup sepenuhnya pada tahun depan.

Seramai 230 kakitangan BAT Malaysia yang terjejas dengan penstrukturan semula itu akan diberi pampasan dan faedah lain serta mendapat pilihan untuk menyertai program peralihan karier.

BAT Malaysia mengeluarkan rokok jenama Dunhill, Peter Stuyvesant dan Pall Mall, juga ada sumber produk tembakau untuk syarikat pengeluar tembakau lain di rantau ini