Jumaat, 18 Mac 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kenapa MB Kelantan cuti mengejut?

Posted: 18 Mar 2016 08:49 AM PDT


  KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berhak mengambil cuti seperti mana pemimpin lain. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab Fattah Mahmood, berkata cuti Menteri Besar Kelantan itu tidak perlu dikaitkan dengan sebarang isu. 

"Saya tidak tahu berapa hari beliau bercuti, itu perlu dirujuk kepada Pejabat Menteri Besar," katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Ab Fattah turut mengesahkan Ahmad Yakob mula bercuti selepas mesyuarat EXCO, Rabu lalu. 

 Media sosial melaporkan khabar angin Menteri Besar Kelantan mengambil cuti peribadi selama 15 hari yang didakwa mungkin mempunyai kaitan dengan pergeseran antara Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa. 

 Husam sebelum ini secara terbuka mendakwa Mohd Amar menjadi punca kepincangan pentadbiran kerajaan PAS Kelantan. ~ sumber

Warkah Mahathir buat anggota-anggota cawangan Umno

Posted: 18 Mar 2016 01:25 AM PDT


Saudara-saudari sekalian, 
 Assalamualaikum,

  Izinkan saya menerangkan sedikit berkenaan keputusan saya untuk keluar dari Umno. Berbanding dengan pemimpin-pemimpin "Umno" yang ada sekarang, saya lebih lama berada dalam Umno.

 Walaupun saya disingkir sekali dan tinggal Umno dua kali, saya tidak pernah menyertai parti lain. Saya tetap setia kepada Umno. Saya sayang Umno bukan kerana namanya Umno tetapi kerana perjuangannya untuk bangsa, agama dan negara.

 Hari ini "Umno" tidak lagi berjuang kerana bangsa, agama dan negara. Hari ini perjuangan "Umno" terhad kepada pengekalan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

 Tidak ada perdana menteri terdahulu yang menjadikan Umno sebagai benteng untuk pertahankan diri, tidak Datuk Onn, tidak Tunku Abdul Rahman, tidak Tun Razak, tidak Tun Hussein.9 Saya juga tidak menggunakan Umno untuk mempertahankan diri. Bahkan saya, seperti Tunku, rela meletak jawatan.

 Oleh kerana perjuangan Umno sudah bertukar, maka pertubuhan ini bukan lagi Umno. Ia sudah jadi pertubuhan lain. Pemimpin-pemimpin yang masih ada dalam Umno kebanyakannya berada kerana kepentingan diri, kerana takut kepada Najib, kerana dapat nikmat dari Najib.

 Mereka tidak peduli akan skandal kewangan yang melibat Najib, akan wang berbilion yang ada dalam akaun bank Najib. Sesungguhnya perdana menteri Malaysia tidak boleh miliki wang berbilion atau terima wang sebegitu banyak.

 Dalam perjuangan kita perlu menentukan sasaran utama kita. Sasaran kita ialah Najib kerana dia merosakkan imej negara, menjadikan negara yang terkenal di dunia sebagai mempunyai amalan rasuah tertinggi.

 Kita lihat di Timur Tengah orang Islam yang anggap orang Yahudi adalah musuh mereka yang sebenar tetapi mereka lebih utamakan permusuhan sesama mereka sehingga mereka berperang sesama sendiri.

 Akhirnya Israel tepuk tangan melihat orang Islam membuat kerja mereka. Di Malaysia hari ini bukan parti lawan yang menjadi musuh utama tetapi Najib, kerana Najib merosakkan parti sehingga hampir kalah PRU13. Parti lawan tidak boleh kalahkan kita. Tetapi Najib boleh.

 Najib sudah menjadikan Umno sebagai parti miliknya sendiri. Malangnya kepimpinan Najib melemahkan parti. Umno tetap kalah PRU 14 jika dipimpin oleh Najib. Adanya parti lawan sejak merdeka tidak pernah menghapuskan sokongan rakyat kepada Umno sehinggalah Najib memimpin Umno. Prestasinya lebih buruk dari Abdullah.

 Yang menimbul masalah dan kepincangan dalam negara ialah Najib. Hutang negara meningkat sebanyak lebih dari 50 bilion ringgit kerana 1MDB. Sebilangan besar dari wang ini sudah hilang.

 Untuk menampung wang yang hilang ini, Najib menjual tanah kerajaan yang dibeli dengan harga RM60 satu kaki persegi kepada Tabung Haji dengan harga RM3,500.

 Tiba-tiba dilaporkan Najib mempunyai wang sebanyak RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya di Ambank. Juga wang sebanyak RM42 juta dari SRC ada bersama. Dakwaan kononnya semua wang ini adalah hadiah dari orang Arab tidak masuk akal. Perdana menteri Malaysia tidak harus terima wang yang sebegitu banyak dari sesiapa pun. 

 Pemerintahan Najib kejam. Siapa yang menegurnya disingkir dari parti, dibuang jawatan, ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Undang-undang baru dibuat untuk memberi kuasa kepada kerajaan Najib memasukkan dalam tahanan siapa sahaja tanpa dibicara.

 Kerana semua ini saya keluar dari parti pimpinan Najib dan sebagai rakyat negara tercinta ini saya akan sambut desakan ramai rakyat untuk membuat sesuatu bagi mengembalikan pemerintahan yang adil ke negara ini.

 Saya menjemput ahli-ahli Umno yang sayang kepada perjuangan asal Umno membantu saya untuk menyelamatkan parti dan negara ini. Kemukakanlah usul undi tidak percaya terhadap Najib sebagai presiden parti dan perdana menteri di mesyuarat-mesyuarat cawangan Umno. Usulkan juga agar pemilihan parti tidak ditangguhkan, dan dilaksanakan pada tahun ini juga.

 Kita tidak boleh tunggu PRU14 kerana Umno yang dipimpin oleh Najib tetap akan kalah. Sekali Umno kalah ia tidak dapat dipulih semula.~ SUMBER

Hudud dah boleh masuk parlimen, kata Ketua Dewan Ulama Pas

Posted: 17 Mar 2016 07:36 PM PDT


  Tolonglah dengarlah nasihat Pendekar Mustarjo di atas itu dan tolong hadzamkan transkrip melalui rakaman vdo dibawah; kenyataan Kadir Sheikh Fazir Dan Dr Mahfoz, Ketua Dewan Ulama Pas :

  Kadir Sheikh Fadzir :

   Sebagai Orang Islam kita kena terima Hudud, tak dapat elak. Tapi dalam Islam juga dia ada keadan-keadaan tertentu di mana kalau kita lebih elok kita tangguhkan sekejap, kita tangguhkan sekejap. 

 At the end of it jika rakyat yang akan menentukan – sama ada nak laksana atau tidak – bermakna serah kepada rakyat! …parlimen, itu saja.

 Tapi kita ada banyak perkara lagi yg kita boleh bekerjasama dalam Islam untuk mengatasi kemiskinan, untuk memerangi dadah, rasuah dan sebagainya.

 Dr Mahfoz :

Sebagaimana yg dijawab Datok Presiden kan macam itu… Pasal Hudud dari orang Islam memang itu satu kewajipan. 

 Tapi cara nak melaksanakan akan mengambil masa. Sebagai contoh di Kelantan, walaupun dah menang sejak tahun 90

 Tapi belum berjaya apabila ada halangan seperti mana yang disebutkan Tuan Guru almarhum Nik Aziz – kata dia, kita duduk dalam kereta berhadapan dengan trafik light merah, jangan langgar! 

Tapi enjin jangan dimatikan. Bermakna itu berterusan. 

 Ada perkembangan positifnya. Kalau dulu, langsung tak masuk parlimen! Sekarang ini dah boleh masuk walaupun belum diterima usul itu. 

  Jadi sebab itulah, ada masanya kena beransur-ansur. Nabi Muhammad sendiripun bila nak melaksanakan apa-apa pun ada yang beransur-ansur termasuklah nak mengharamkan arak dahulu, pun bukan sekali gus. Ambil masa!


  Dengan Kadir Sheikh Fadzir, Pas dah boleh tangguh Hudud. Tapi dengan DAP, PKR dan Amanah tak boleh?? Sebab lampu merah Pakatan Rakyat tak menyala maka Hj Hadi main pakai rempuh saja?

 Lampu Ikatan Kadir walaupun gelap gelita tapi boleh pula Hj Hadi hentikan kereta dan tak berani rempuh!

 Ketua Dewan Ulama pula kata "Hudud dah boleh masuk parlimen cuma usul belum terima "....Kah!kah! Kah!  RUU Hj Hadi tu cuma nak pinda akta 355 lah ..bukan Hudud!

Berkata si Kadir tu lagi - " Serah kepada rakyat!"

Setiausaha Agong Pas kata serah kepaa kerajaan untu bawa usul tu....

  Hj Hadi pula tak berani nak cakap terus terang. Dia cuma kata tunggu orang ada kereta baru boleh buat undang-undang jalanraya? Nak perkasakan dulu undang-undag syariah!

  Lawak puak-puak ni semua. Dah terang-terang macam ini punya mengarut nak tangguh Hudud, masih lagi ada yang kata ini semua fitnah?

  Kalau orang macam Mat Sabu , Khalid Samad, DS Nizar yang cakap macam ni cepat-cepat walauta hukum mereka menolak Hudud dan jatuh kapir!

Tiada ulasan: