Khamis, 3 Mac 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Langkah politik terakhir Dr Mahathir?

Posted: 03 Mar 2016 08:59 PM PST





"Lewat petang Jumaat ini nanti, bekas perdana menteri paling lama berkhidmat dan paling banyak jasanya kepada negara akan mengadakan sidang media bersama musuh politiknya, demi hendak memaksa perdana menteri sekarang berundur dan meletakkan jawatan.

Khabarnya Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengadakan beberapa pertemuan dengan tokoh masyarakat sivil dan pemimpin parti pembangkang kerana beliau secara tulus ikhlas 'sudah tidak tahu hendak buat apa lagi'.

Pemimpin pembangkang juga nampaknya berlapang dada dengan tawaran Dr Mahathir itu dan bersetuju untuk menyertai sidang medianya nanti.

Naib Presiden PKR yang juga anakanda kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah Anwar dilaporkan semalam sebagai berkata langkah yang diambil 'bukan isu peribadi, bukan isu dendam, dan marah'.

Bahkan Nurul Izzah berkata penggabungan dengan Dr Mahathir ialah tentang 'bagaimana untuk merungkai permasalahan dan skandal yang melanda Malaysia menerusi langkah konkrit untuk menjalankan dan melaksanakan reformasi'.

Nampaknya Dr Mahathir akan terus diasak sehingga tersudut, hatta menanggung sendiri agenda reformasi antara 2 pundak tuanya.

Selasa lalu, saya menulis mengenai dua jalur pemikiran tentang bagaimana kita harus menanggapi tawaran kerjasama daripada Dr Mahathir.

Saya beri penekanan tentang bagaimana liciknya beliau sebagai seorang ahli politik yang sudah begitu lama bersilat dan mengalahkan habis semua musuhnya.

Datuk Seri Najib Razak, barangkali sebagai musuh terakhirnya sebelum bersara daripada politik, nampaknya memerlukan kesaktian tahap tinggi untuk ditewaskan hatta terpaksa meminjam kaliber dan pengaruh pihak lain termasuk lawan politiknya sejak azali, antaranya tidak lain Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Benarlah kata-kata mendiang Karpal Singh, tidak ada kawan atau musuh yang kekal dalam politik. Bagi Dr Mahathir yang sudah begitu terdesak dan hilang punca, kalau terpaksa bersekutu dengan Kit Siang demi melengser Najib, maka bersekutulah.

Untuk siapa genta bergema

Semalam, Ketua Umno Bahagian Pagoh yang dahulunya dikenali sebagai timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk ke sekian kalinya menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mempunyai cukup bukti untuk mendakwa Najib.

Beliau memberi penekanan sekiranya tidak wujud bukti yang cukup dan kukuh, Panel Penilaian Operasi SPRM tidak akan mencadangkan supaya kertas siasatan terhadap perdana menteri dikemukakan semula kepada peguam negara bagi tujuan menjalankan pendakwaan.

Muhyiddin sudah lebih daripada sekali menyatakan beliau ditunjukkan bukti tentang aliran wang ke akaun peribadi suami Datin Seri Rosmah Mansor, tidak lain mantan peguam negara sendiri Tan Sri Abdul Gani Patail.

Selasa lalu, sambil menanti tindakan saman, akhbar The Wall Street Journal sekali lagi membuat pendedahan tentang tuduhan korupsi terhadap Najib, yang bukan setakat disiasat pihak berkuasa dalam negara, bahkan sedang disiasat pihak-pihak berkuasa di beberapa negara lain.

Pendedahan terbaru itu memetik sumber siasatan antarabangsa yang mendakwa percaya Najib menerima lebih AS$1 bilion yang bersumberkan syarikat dana bermasalah negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang diubah-alih berkali-kali entiti berbeza di luar negara.

Sekiranya Najib itu bukan perdana menteri negara ini, maksudnya beliau perdana menteri negara lain, sudah lama beliau meletakkan jawatannya tanpa perlu disuruh-suruh kerana berat rasa malu yang ditanggung.

Namun barangkali kerana begitu yakin apa yang dilakukannya betul dan tidak perlu malu melakukan perkara betul, maka beliau kekal di situ, dan disokong kuat para pengampu.

Bontot Najib sudah melekat kuat dengan kerusi empuk pejabat perdana menteri, dan hampir tidak ada kuasa yang akan mampu mengumpil bontot tersebut daripada kerusi miliknya; biar apa pun yang terjadi.

Lagikan Dr Mahathir keluar Umno pun Najib tidak goyang, ini kan pula sekiranya bersekutukan pembangkang.

Najib sesungguhnya tidak akan goyang, biar apa pun yang Dr Mahathir lakukan. Dan tidak ada apa yang boleh Dr Mahathir lakukan untuk membikin Najib goyang.

Sebenarnya apa sahaja yang boleh dibuat kartel Dr Mahathir bagi memaksa pelengseran Najib? Apa sahaja usaha Dr Mahathir yang belum diusahakan orang lain?

Bikin usul tidak percaya, usul pun tidak temukan cahaya matahari. Mahu dituntut letak jawatan dari jalan raya, diberi ancaman keras pihak keselamatan negara.

Mahu digagalkan belanjawannya, majoriti masih dipegang koalisi yang diketuainya. Malah mahu didakwa atas salah laku, dengan peguam negara sekali digantinya.

Jadi sambil kita menanti langkah politik terakhir Dr Mahathir petang nanti. Mari sama-sama kita fikirkan sebenarnya orang tua ini hendak buat apa?" - Izmil Amri, 4 Mac, 2016 ‪#‎tmi_voices‬
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

MASAKLAH NAJIB....

Posted: 03 Mar 2016 08:46 PM PST

MASAKLAH NAJIB....


Di bawah ini adalah kenyataan media oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berhubung usaha Tun Mahathir Mohamad yang sedang mengumpul kekuatan pelbagai pihak bagi menyingkirkan Najib Razak yang dianggap telah membawa banyak kerosakan kepada negara ini.

Walaupun pernah dipecat dan dipenjarakan kerana perseteruan politiknya dengan Tun Mahathir, nyata Anwar seorang yang berjiwa besar dan mendahulukan kepentingan negara melebihi segala-galanya.

Apa pun, masaklah Najib kali ini....(SH 04/03/2016)
Saya menyokong pendirian rakan-rakan dari masyarakat sivil, parti politik dan individu-individu​ termasuk Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan lain-lain untuk menggembleng kekuatan dan persefahaman bersama seperti disuarakan oleh Ketua Pembangkang baru-baru ini.

Persefahaman bersama ini ​akan​ menumpukan untuk menuntut perletakan jawatan Dato' Sri Najib selaku Perdana Menteri yang telah nyata gagal mentadbir negara. Beliau bertanggungjawab meneruskan tindakan-tindakan politik rakus, merosakkan institusi pemerintahan dan membebankan rakyat dengan kegawatan ekonomi yang berterusan.

​Pada masa yang sama, tuntutan perubahan ini semestinya akan melibatkan reformasi institusi utama dalam negara yang sudahpun retak dan parah di bawah pentadbiran Dato' Sri Najib.

Selama ini kita mewakili suara nurani hati rakyat  telah berikrar untuk memperjuangkan pengembalian hak rakyat di sebuah negara merdeka dan berdaulat. Tuntas dengan kesedaran ini maka hak rakyat harus dikembalikan melalui sistem pilihanraya yang bersih serta badan kehakiman dan media yang bebas. Dasar ekonomi harus diubah untuk mengutamakan semula usaha ke arah pertumbuhan yang segar dan pengagihan kekayaan yang saksama.

Skandal 1MDB yang melibatkan Perdana Menteri adalah skandal terparah dalam sejarah dan turut menjejaskan imej negara. Ini hanya mungkin berlaku apabila terdapat pemusatan kuasa kepada seorang Perdana Menteri serta kegagalan institusi kewangan, keadilan dan penguatkuasaan menjalankan tugas dengan bebas.

Kita juga telah belajar dari pengalaman sejarah bahawa peralihan kuasa yang bermakna ​bukanlah peralihan tokoh semata tetapi perubahan sistem.

Justeru itu saya tegas menggesa rakan-rakan dan rakyat bersama dalam usaha ini tanpa membataskan ia sebagai agenda peribadi mahupun permusuhan peribadi. Kita harus merangka halatuju baru bagi menyelamatkan negara.

Dato' Seri Anwar​ Ibrahim​
3 Mac 2016.

Rafizi dakwa diserang dalam kumpulan Whatsapp PAS

Posted: 03 Mar 2016 07:23 PM PST

BAPAK BOREK ANAK RINTIK
Rafizi dakwa diserang dalam kumpulan Whatsapp PAS
Pada 01-03-2016 07:03
SHAH ALAM: Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menasihati PAS menjaga 'akhlak' ahlinya setelah beliau mendakwa diserang oleh sebuah kumpulan Whatsapp.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata kumpulan berkenaan memasukkan nama beliau tanpa persetujuannya lalu untuk memaki hamunnya.
Menurutnya kumpulan Whatsapp itu turut disertai ahli PAS termasuklah ketua pemuda parti itu, Nik Mohamad Abduh Nik Mat.
Beliau bertindak meninggalkan kumpulan tersebut namun namanya dimasukkan semula - juga tanpa kebenarannya.
"Dalam Whatsapp yang maki hamun itu ada juga pimpinan PAS seperti @nikabduh (merujuk kepada Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh), Razman PJ Perak dan lain-lain. Tolong nasihat akhlak ahli.
"Selepas diserang di media sosial oleh penyokong PAS, kini mereka sibuk add (masukkan) saya dalam Whatsapp untuk dimaki hamun. Bila keluar 'add' balik ‪#‎getalife‬," tulis beliau dalam entri Twitternya.
"Dengan YB PH (Pakatan Harapan) lain boleh diorg buli macam ini. Saya akan kongsi akhlak penyokong PAS ini sambil diperhati pimpinan mereka," jelas Rafizi lagi.
Rafizi mengambil langkah itu ekoran nasihat rakan Twitternya yang mahu beliau mendedahkan kandungan mesej berkenaan kepada umum.
Antaranya Mamalia/Joni @_joni_joni_joni yang mahu Ahli Parlimen Pandan itu supaya berbuat demikian.
"Printscreen la sikit. Biar orang tengok akhlak orang parti (jaja) Islam," katanya.
Status berkenaan menerima komen daripada netizen.
Luqman Suharni @mlms_0711 turut menulis "Maaf YB, saya pun tak bersetuju dengan kenyataan YB, tapi tindakan daiorg (mereka) itu tidak patut sebenarnya, agree to disagree,no maki hamun," katanya.
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO & PAS
Teuku Zacharyah Iskandar's photo.
Teuku Zacharyah Iskandar's photo.

SWITZERLAND MINTA BANTUAN MALAYSIA SIASAT SKANDAL AS$4 BILION, LAPOR THE GUARDIAN

Posted: 03 Mar 2016 05:31 PM PST

SIAPAKAH PENGGANTI ANWAR IBRAHIM?’

Posted: 03 Mar 2016 05:24 PM PST

PEMIMPIN BELIA KATA NAJIB AKAN MUSNAHKAN NEGARA

Posted: 03 Mar 2016 05:19 PM PST

Sarawak: BN lama perintah, negeri masih mundur

Posted: 03 Mar 2016 05:15 PM PST


juliantankokping_sarawak
KUCHING, 4 MAC: Walaupun sudah lebih setengah abad memerintah, Sarawak di bawah kekuasaan Barisan Nasional masih merupakan negeri yang mundur berbanding negeri-negeri lain meskipun kaya dengan sumber asli.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen DAP Stampin, Julian Tan Kok Ping, menempelak dakwaan seorang pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Idris Buang yang mendakwa cabaran DAP supaya parti itu tidak menggunakan logo BN dalam pilihanraya negeri akan datang sebagai tidak peduli terhadap nasib rakyat Sarawak.
"Saya terkejut dengan tuduhan beliau yang dilihat cuba mengelirukan rakyat. Kegagalan membela kebajikan rakyat bukan sahaja dari kerajaan persekutuan BN tetapi juga dari kerajaan negeri.
"Malah sebab itu selama ini DAP terus menjuarai isu-isu melibatkan pembelaan terhadap kepentingan dan kebajikan rakyat Sarawak khususnya mereka di luar bandar," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam satu laporan media sebelum itu, Idris mendakwa cabaran DAP supaya komponen BN Sarawak  tidak menggunakan logo BN merupakan sebuah perangkap yang boleh menjerumuskan rakyat Sarawak kepada kesusahan sambil menegaskan bahawa isu yang melanda UMNO di Semenanjung tidak kena mengena dengan Sarawak.
"Apa yang beliau tidak faham ialah apa yang berlaku bukan sekadar pertelingkahan dalaman tetapi mempunyai kesan besar terhadap rakyat seluruh negara dan dunia. Beliau cuba mengalihkan perhatian rakyat.
"Perdana Menteri yang merupakan pengerusi Barisan Nasional (dan presiden UMNO) telah terpalit dengan banyak dakwaan salah laku dan skandal  mega termasuk 1MDB, skandal derma RM2.6 bilion dan  dakwaan terbaru melibatkan USD1 bilion dimasukkan dalam akaunnya," ujar beliau.
Dengan segala isu yang timbul, kata Julian, ia secara langsung memberi kesan terhadap keyakinan pelabur dalam dan luar negara sekaligus memberi impak negatif terhadap pertumbuhan negeri.
"Semasa Perdana Menteri Najib Razak melawat Sarawak, beliau dipuji oleh Ketua Menteri Adenan Satem dengan mengatakan bahawa beliau merupakan Perdana Menteri yang terbaik kerana hatinya dekat dengan Sarawak.
"Tetapi adakah kita lupa bahawa beliau (Adenan) juga mengkritik peruntukan Bajet 2016 yang disifatkannya tidak mencukupi untuk (Sarawak) bersaing dengan Semenanjung?" soal beliau.
Bagi Julian, satu undi untuk BN Sarawak adalah satu undi untuk BN Najib yang telah menyebabkan negara dilanda krisis kerana skandal kewangan dan salah urustadbir negara oleh BN pimpinan Najib.
Menjelaskan lanjut, beliau berkata,  jika Najib benar-benar jujur kepada Sarawak, beliau sepatutnya memberi peruntukan yang mencukupi dan bukan sekadar datang dan menabur janji.
"Tetapi, apa yang berlaku, janji hanya tinggal janji. Begitulah yang banyak terjadi.
"Mereka hanya bercakap tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk menunaikan segala janji," ujarnya lagi. – Roketkini.com

DAP gesa Petronas pertimbang semula keputusan untuk buang 1,000 pekerja

Posted: 03 Mar 2016 05:12 PM PST


Teo_Nie_Ching_16072013_620_412_100
KULAI, 4 MAC: Petronas perlu menimbang kembali keputusannya untuk menamatkan perkhidmatan hampir 1,000 pekerjanya di bawah rancangan penstrukturan semula kerana ia akan memburukkan ekonomi keluarga serta menambah masalah pengangguran.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching, berkata tindakan Petronas tidak wajar kerana syarikat milik kerajaan itu patut mengambil langkah alternatif, dan bukan menjadikan pekerja sebagai mangsa, untuk terus berdaya saing ketika kejatuhan harga minyak mentah dunia hari ini.
"Apa yang dilakukan Petronas itu terlalu drastik dan bakal memberi kesan buruk kepada ramai pekerja. Sepatutnya Petronas cari alternatif lain seperti melakukan penjimatan dan pengurangan bonus kepada kakitangan, bukan bertindak membuang pekerja.
"Semasa harga minyak tinggi sebelum ini, Petronas sepatutnya mengambil langkah berhati-hati dengan menjimatkan perbelanjaan. Situasi melanda Petronas hari ini amat sesuai dengan bidalan 'disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari," katanya kepada Roketkini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kulai mengulas pengumuman Petronas baru-baru ini bahawa syarikat itu akan menghentikan perkhidmatan hampir 1,000 pekerjanya di bawah rancangan penstrukturan semula dalam tempoh enam bulan akibat penurunan harga minyak mentah dunia dan kelembapan ekonomi negara.
Sementara kakitangannya akan dibuang, Petronas mengumumkan pula bahawa ia akan terus membayar RM16 bilion dalam bentuk dividen kepada Kerajaan Persekutuan walaupun harga minyak mentah dunia kian rendah.
Menurut Nie Ching, Kerajaan Persekutuan dan Petronas patut menjangkakan kejatuhan harga minyak mentah itu dan tidak harus terlalu bergantung kepada sumber minyak negara.
"Sampai bila kerajaan mahu bergantung kepada sumber minyak sahaja. Kita tahu sumber itu pasti habis satu hari nanti.
"Kerajaan dan Petronas sepatutnya meneroka dan mencari alternatif lain bagi menjana pendapatan tambahan negara, lebih-lebih lagi dalam kelembapan ekonomi seperti hari ini," katanya. – Roketkini.com

Komentar Kini

Komentar Kini


Benarkah nenek moyang kita kafir?

Posted: 03 Mar 2016 12:59 AM PST



Bercakap pasal nenek moyang kita tidak dinafikan ada yang kafir dan ada yang Islam.Nabi nabi semuanya Islam.

Islam adalah merupakan agama daripada semua nabi. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya kami, para nabi memiliki satu agama. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya agama disisi Allah SWT adalah Islam"

Tetapi hari ini, Kmuhammad berkata nenek moyang dia adalah kafir.Pada penulis Nabi nabi, termasuk Adam dan Hawa adalah Islam. Maka nenek moyang penulis adalah Islam.

Penulis yakin kmuhamad tak kata Adam itu kafir. Yang dia maksudkan nenek moyang dia kafir bukan Adam AS.Mungkin keturunannya yang terdekat iaitu Muhmmad bin kamil bin Ali bin Cheng lok.

Nenek moyang suatu istilah yang umum pada kmuhammad dan mungkin datuknya islam neneknya islam tetapi yang kafir mungkin keturunan keluarganya yang teratas.

Oleh itu, penulis lebih setuju istilah nenek moyang itu adalah para para nabi dan para para Rasul yang ratusan jumlahnya itu.

Nampknya dengan jelas hujah kmuhammad ketika komen rencana penulis bertajul biar memerintah dahulu itu adalah hujah suka suka dan bukan hujah ilmiah.

Mengapa penulis berkata demikian. Kerana hujah itu tidak ada asas yang kukuh. Lebih lebih lagi kmuhmmad tak terima status qua orang kafir dalam Quran.

Mengapa Allah kata orang orang yahudi dan Nasrani tak bersetuju dengan Islam. Tujuannya untuk kita mengkenali kafir dan islam. Itu garis panduan agar kita tidak keliru dan sesat sesatnya.

Seperkara lagi, supaya kita tak jadi macam kafir dan dan ikut kafir. Apakah kmuhammad tak percaya dengan Allah. Tak percaya dengn al Quran kafir.jadi kafir.Redha dengan kafir jadi kafir.

 Kmuhammad kata nenek moyang dia kafir. Penulis tetap yakin nenek moyang penulis Islam. Adam AS Islam. Hawa islam.

Macam mana kmuhammad boleh dakwa nenek moyangnya kafir. Allah benci dengan kafir.kerana kafir adalah musuh Allah musuh Rasulullah dan musuh agama islam.

Allah benci dengan kafir. Kalau tak benci dengan kafir mengapa Allah nyatakan kafir kekal dalam neraka.

Tak benci dengan kafir bermakna kita redha dengan kafir. redha dengan kafir ,jadi kafir. itulah yang penulis faham.

Kalau Rasulullah SAW suka dengan kafir mengapa Rasulullah SAW halau yahudi dari bumi Madinah.

Rasulullah SAW tak maaf dengan Yahudi. sebab itu dihalaunya yahudi keluar dari bumi Madinah dan perintah Saidina Umar RA halau semua yahudi yang ada diatas bumi Madinah.

Ini menujukkan orang orang kafir semua sekali tidak redha dengan islam, tak kiralah dia china ke dia India ke.dia Arab ke dan dia Melayu ke.

Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang orang yang beriman jika kamu taatkan orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang orang yang rugi. Jangan kamu taat mereka Bahkan taatlah kepada Allah pelindung kamuDan dialah sebaik baik penolong" (surah A li Imran ayat 149-150)