Jumaat, 26 Februari 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


FORUM AMANAH-SESATKAH KAMI? HOTEL DARULAMAN JITRA KEDAH

Posted: 26 Feb 2016 03:18 AM PST


Cukup bukti dakwa Najib – panel SPRM

Posted: 26 Feb 2016 03:12 AM PST

Cukup bukti dakwa Najib - panel SPRM

Cukup bukti dakwa Najib – panel SPRM


Keputusan Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya 2 kertas siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd diserahkan semula kepada peguam negara adalah kerana terdapat bukti kukuh untuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak, kata seorang ahli panel.

Beliau yang enggan mendedahkan identitinya berkata, PPO berpengaruh kerana ahlinya diberikan taklimat dan boleh menyemak semula kertas siasatan yang diklasifikasikan "tertangguh" dan "tiada tindakan susulan".

"Penyiasat SPRM mengumpul 'bukti mencukupi' untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib," kata ahli panel itu kepada The Malaysian Insider.

"Kami membuat kesimpulan itu kerana penyiasat SPRM juga memberikan taklimat kepada kami mengenai kes itu. Mereka juga menjawab segala soalan yang kami ajukan."

Panel yang dipengerusikan bekas setiausaha kerajaan negeri Sarawak Tan Sri Dr Hamid Bugo itu, menamatkan penggal mereka semalam selepas tidak menerima surat lantikan semula sebaik tempoh setahun mereka tamat.

Dalam mesyuarat terakhir PPO semalam, ia turut diberi taklimat mengenai perkembangan terkini siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd dan derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Selain memuji sikap profesional, dedikasi dan integriti SPRM, panel berkenaan turut meminta kertas siasatan diserahkan kembali kepada peguam negara dan mendapatkan bantuannya mengeluarkan bantuan perundangan bersama bagi membolehkan SPRM mendapatkan bukti dan dokumen daripada institusi kewangan yang berpangkalan di luar negara.

Peguam jenayah, M Visvanathan berkata, 'credible evidence' (bukti yang boleh dipercayai) bermakna pendakwaan mempunyai semua bukti cukup dalam kes mereka untuk tertuduh membela diri.
"Ia bermakna, tiada hujah yang boleh dipatahkan ketika di peringkat pembelaan, pendakwaan boleh mendapatkan sabitan terhadap tertuduh," katanya.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang juga pendakwa raya pada 26 Januari berkata tidak terdapat bukti mencukupi untuk mendakwa Najib berhubung isu SRC International, syarikat milik Kementerian Kewangan.

Syarikat itu dilaporkan sebagai salah satu firma dari mana derma itu berasal sebelum disalurkan melalui syarikat lain dan dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Apandi berkata, tiada bukti Najib selaku menteri kewangan menyalahgunakan kuasanya berhubung pinjaman diambil SRC International daripada dana pencen, KWAP.

Beliau juga menjelaskan tiada keperluan meneruskan dengan permintaan mendapatkan bantuan perundangan bersama daripada pihak berkuasa kewangan luar negara dan bank untuk SPRM menyelesaikan siasatan terhadap kes RM2.6 bilion kerana tiada bukti mencukupi.

The Malaysian Insider masih menunggu respons Apandi sama ada beliau akan mempertimbangkan keputusannya menutup siasatan terhadap Najib susulan kenyataan SPRM semalam.

SPRM sebelum ini merakamkan percakapan lebih 100 saksi, termasuk Najib berhubung isu derma tersebut.

Agensi itu membuka siasatan itu susulan laporan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report pada Julai tahun lalu, yang mendakwa daripada jumlah RM2.6 bilion itu, RM42 juta daripada SRC International, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pindahan besar berjumlah AS$681 juta juga dipindahkan ke akaun Najib, daripada Syarikat British Virgin Islands dan melalui Falcon Private Bank di Singapura.

Apandi berkata, Najib mengembalikan AS$620 juta kepada penderma Arab Saudi kerana ia tidak digunakan.


Kerajaan baharu di Putrajaya selepas PRU 14 – Penganalisis

Posted: 26 Feb 2016 02:44 AM PST

Kerajaan baharu di Putrajaya selepas PRU 14 - Penganalisis

Kerajaan baharu di Putrajaya selepas PRU 14 – Penganalisis


Rakyat Malaysia, tidak kira tahap pendidikan mereka, semakin hilang kepercayaan terhadap Putrajaya, memungkinkan keadaan di mana kerajaan persekutuan digulingkan pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis.

Mengulas mengenai Laporan Edelman 2016 Trust Barometer Malaysia yang dikeluarkan semalam, mereka berkata, ia menunjukkan rasa tidak percaya itu boleh mencerminkan bagaimana rakyat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

Walaupun terdapat jurang antara 2 segmen penduduk – lepasan universiti dan tidak – dalam kepercayaan mereka terhadap kerajaan, jurang ini makin mengecil, kata pemungut suara bebas Ibrahim Suffian.

Kajian Edelman menunjukkan kepercayaan keseluruhan terhadap kerajaan adalah pada 40%.

Mereka yang dikategorikan sebagai "bermaklumat", yang berpendidikan universiti dan menyumbang kepada 25% teratas daripada kumpulan umur mereka, kurang mempercayai kerajaan.
Hanya 34% daripada mereka yang mempercayai kerajaan, berbanding dengan 39% daripada kalangan "orang awam", menurut kajian itu.

Sebab utama kemerosotan kepercayaan ini ialah merebaknya Internet yang kini mendemokrasikan akses kepada maklumat.
Internet, serta skandal kewangan seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), derma politik RM2.6 bilion dan pandangan yang Putrajaya melakukan salah urus ekonomi, membawa kepada kemerosotan kepercayaan ini, kata penganalisis politik Dr Lim Teck Ghee.

Pakar media Prof Zaharom Nain berkata, peningkatan penggunaan Internet sebagai sumber maklumat berkebetulan dengan hakisan terhadap kredibiliti institusi di negara ini, seperti badan kehakiman dan media.

Trend ini bermula sejak zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Zaharom dari Universiti Nottingham (Malaysia).

"Ia semakin teruk sejak beberapa tahun lepas dan sejak kebelakangan ini, apabila banyak institusi dan kakitangannya terang-terangan mempamerkan ketiadaan profesionalisme, kebebasan dan neutraliti," kata Zaharom, yang mengajar kajian media dan komunikasi.

Tetapi, perbezaan 4% antara kepercayaan rakyat bermaklumat dan kepercayaan orang awam adalah kecil dan semakin berkurangan kerana lebih ramai rakyat Malaysia mendapat akses kepada Internet, kata Ibrahim dari Merdeka Center.

Ibrahim berkata, kadar keseluruhan penembusan Internet pada 80% di seluruh negara manakala 60% daripada rakyat Malaysia kini menggunakannya sebagai sumber berita.

Perbezaan antara kedua-dua kumpulan itu, daripada segi kepercayaan mereka terhadap kerajaan, adalah dalam butirannya, kata Ibrahim.

"Sebagai contoh, seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pemandunya mungkin mempunyai anggapan lebih kurang sama terhadap kerajaan, walaupun seorang lebih berpendidikan daripada seorang lagi.

"Ini kerana, kedua-duanya mendapat maklumat daripada Internet dan media sosial."

Perbezaannya adalah, CEO itu mungkin memahami butiran mengenai 1MDB, tetapi pemandu itu tidak, kata Ibrahim, sambil menambah, pemandu itu bagaimanapun, tetap tahu yang isu itu ialah satu skandal besar.

Kemerosotan dalam kepercayaan di kalangan mereka yang dikategorikan sebagai "orang awam", termasuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, adalah satu perkembangan kritikal, kata Lim.

"Ia menunjukkan, perbezaan pendapat, yang bermula di kawasan bandar, kini merebak ke kawasan luar bandar."

Pada PRU13, Barisan Nasional dapat terus berkuasa walaupun mengutip hanya 47% undi popular kerana mendapat sokongan terutamanya di kawasan luar bandar di utara semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Ibrahim berkata, walaupun penduduk luar bandar masih bergantung kepada televisyen dan media tradisional untuk maklumat, mereka masih boleh mendapatkan pandangan alternatif daripada anak mereka yang pergi ke bandar untuk bekerja.

"Tidak ramai lagi masyarakat yang benar-benar terpencil di Malaysia ini dan sudut pandangan alternatif juga kini merebak, terima kasih kepada Internet," kata Ibrahim.

Sekiranya tahap ketidakpercayaan terhadap kerajaan juga rendah di kalangan penduduk luar bandar, kata Lim, dan keadaan ini tidak bertambah baik, mungkin akan ada kerajaan baru di Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.

MUHYIDDIN DIGANTUNG, NAJIB ATAU ZAHID YANG UNTUNG?

Posted: 26 Feb 2016 02:20 AM PST

Kemungkinan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin digantung daripada jawatannya dalam mesyuarat MT petang ini semakin sukar dielakkan.

Selain Nazri Aziz yang berdegar-degar mahu membawa usul penggantungan itu, beberapa pemimpin yang lain juga nampaknya tidak keberatan untuk memberi sokongan kepada cadangan itu.

Untungkah Najib Razak jika Muhyiddin digantung dan tidak lagi berada dalam barisan kepimpinan UMNO?

Selain isu berkaitan 1MDB, derma RM2,600 juta dan dana RM42 juta yang masih belum selesai, tidak dinafikan penggantungan Muhyiddin mungkin menyebabkan Najib lebih diserang, dikecam dan dibenci rakyat.

Dari segi UMNO, kalau pun tidak berpecah dua, penggantungan pemimpin nombor dua itu sedikit sebanyak akan menjadikan parti tambah bergolak dan menyukarkan lagi penyatuan bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Dalam keadaan itu, Najib tentu akan terus cemas dan terumbang-ambing untuk memastikan kemenangan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang berpihak kepadanya.

Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal tanpa ragu-ragu melihat tindakan menggantung Muhyiddin hanya untuk kepentingan pemimpin tertentu sahaja.

Dalam hal ini, seperti Shafie dapat merasakan penggantungan Muhyiddin bukan semata-mata untuk menyelamatkan Najib, meskipun luarannya seolah-olah begitu.

Untuk kepentingan siapakah penggantungan Muhyiddin itu jika bukan untuk mengukuhkan Najib?
Lihat...belum pun sah Muhyiddin digantung, siapa yang bakal untung sudah pun mula ditunjukkan secara terang-terangan.

Untung kepada Najib tidak pernah diperkatakan, tetapi rezeki kepada Zahid Hamidi awal-awal lagi sudah mula dikompangkan ke seluruh kampung.

Bagaimana jika dengan penggantungan Muhyiddin, kedudukan Najib terus lemah, goyang dan semakin sukar untuk menggapai kemenangan, tidak mustahilkah gerombolan yang sama yang menolak Muhyiddin ini akan melakukannya kepada Najib pula? (SH 26/02/2016).
 
 
Shahnudin Hussein

‘Sekat The Malaysian Insider, Malaysia jadi Korea Utara’ – Tun M

Posted: 26 Feb 2016 02:17 AM PST



'Sekat The Malaysian Insider, Malaysia jadi Korea Utara' - Tun M

'Sekat The Malaysian Insider, Malaysia jadi Korea Utara' – Tun M


 

Membidas tindakan itu, bekas perdana menteri itu berkata, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sanggup melakukan apa sahaja bagi menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat kerana takut dengan kebenaran.

"Kerajaan takut orang ramai tahu perkara sebenar. Sebab itu mereka perlu sekat.

"Ia bagi melindungi tindakan yang mereka buat, menyembunyikan apa yang mereka lakukan," kata Dr Mahathir kepada wartawan ketika ditemui selepas merasmikan Ehime Fair di KLCC hari ini.
Beliau menyifatkan kerajaan Najib sedang mengikut jejak negara diktator yang menyekat maklumat kepada rakyatnya dengan mengambil langkah sama.

"Mereka tidak benarkan orang (media) memberitahu orang ramai apa yang sedang berlaku dalam negara.

"Sama seperti Korea Utara, kita sedang menuju ke arah itu," katanya.

PKR pertahan dakwaan Tabung haji bantu TH Heavy Engineering

Posted: 26 Feb 2016 02:14 AM PST

PKR pertahan dakwaan Tabung haji bantu TH Heavy Engineering

PKR pertahan dakwaan Tabung haji bantu TH Heavy Engineering


PKR hari ini tetap bertegas dengan dakwaan terdapat jaminan korporat Lembaga Tabung Haji (TH) kepada syarikat bersekutunya TH Heavy Engineering Bhd (THHE).
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli juga berkata beliau terkejut dengan penafian "bulat-bulat" bahawa TH memberi jaminan itu dan menafikan risiko kerugian RM1.4 bilion.
Dalam kenyataan medianya, anggota parlimen Pandan turut melampirkan salinan sepucuk surat didakwa daripada kerajaan kepada pegawai kanan TH pada 8 Disember 2015 berkaitan perkara itu, yang berjumlah sehingga AS$228.2 juta.
Beliau mendakwa kerajaan meluluskan permohonan itu, yang tertakluk kepada beberapa syarat digariskan.
"Saya kecewa kerana sikap pengurusan tertinggi Tabung Haji masih lagi mahu menyembunyikan perkara sebenar dari berterus terang sedangkan banyak dokumen-dokumen telah pun bocor kepada orang ramai," katanya.

TH semalam turut menafikan tuduhan bahawa pelaburan TH dalam THHE akan mengalami kerugian sebanyak RM1.4 bilion dan menyifatkannya tidak berasas.

Katanya sebagai pemegang saham terbesar dalam THHE, yang bergiat dalam industri minyak dan gas, TH memahami sepenuhnya pelbagai cabaran industri tersebut, lapor Bernama.

TH juga meminta orang ramai agar tidak mudah percaya terhadap tuduhan-tuduhan berdasarkan dokumen yang dipaparkan di laman sosial.

Rafizi hari ini membangkitkan sama ada bantuan kewangan itu diubah dan distrukturkan semula dalam bentuk lain yang kurang kontroversi seperti pegangan saham, pinjaman atau instrumen kewangan lain.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SABAR DAHULU

Posted: 26 Feb 2016 07:09 PM PST





BENTANG

DI PARLIMEN

NAK BUAT APA?



Mahfuz cabar PM, AG bentang kes RM2.6b, SRC di Parlimen

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pokok Sena,  Mahfuz Omar mencabar Najib dan Peguam Negara, Apundi Ali membentangkan kertas siasatan berhubung isu dana RM2.6 bilion serta kes membabitkan SRC International ke sidang Parlimen yang akan bermula pada 7 Mac ini untuk dijadikan sebagai dokumen awam.


KAH KAH KAH

woit tak perlu

parlimen 

kita tunggu

laporan FBI

tunggu laporan

polis SWISS

semua senyap

ertinya siasatan

sedang berjalan

TERUS JALAN


-------------------

PASAL APA?

Posted: 26 Feb 2016 06:09 PM PST






TAK BOLEH

TIDUR MALAM?

PASAL APA?



GKCM: Najib patutnya tak boleh tidur malam

Tanpa jawatan dalam parti, kata GKCM, bekas TPM itu lebih mudah membuat pendedahan satu demi satu.


KAH KAH KAH

kena himpit

anak badak ke?

kah kah kah

MEMBADAK


-------------

LAPORAN SAHABAT

Posted: 26 Feb 2016 05:30 AM PST






MANDEEP SINGH
Mandeep singh orang melayu ke....saja nak tahu..kot kot org sotong tahu ker....hahaha 
on SAHABAT MAT SABU
chomeycute Chomey on 2/26/16

TONTON VIDEO
Insyaallah mgu depan gaji aku dermakn sikit kat abgmatsabu.Sikit je xseberapa kalo dibandingkan dgn pjuangan abgmatsabu.. Xramai org2 hebat mcm abgmatsabu, cuma yg rmi skrg ni org yg gila duit/pangkat/wanita termasuk gila tonton video german.hahaha
 on SAHABAT MAT SABUPublish 
| Delete | Spam Anonymous on 2/26/16 

NUMBER
Alhamdulillah, jap lagi nak pergi bank in 5642 5857 6644
 on SAHABAT MAT SABU
Anonymous on 2/26/16 

MASUK 20RM
TT, Aku nak bgtau kat TT ni..Aku baru saja transfer RM20 ke akaun 'Mat Sabu'. Aku guna Mayban2u Description of transaction: For Mat Sabu. Memang aku tulis macam tu dalam ruangan description tu. UMNO dan Hj Hadi Bangang... on IMAM FULUSIKOM



JUMAAT 26/2/16

HINGGA

 JAM 3:00

RM95,800 SUDAH

MASUK AKAUN

TERiMA KASEH

TERUSKAN LAGi


 MAY BANK

5642 5857 6644







---------------

BARU SEDAR HARI INI

Posted: 26 Feb 2016 05:00 AM PST







BARU SEKARANG

SEDAR?

Umno sudah jadi parti Najib, tiada prinsip, kata  Mahathir


"Ia sama sekali berbeza dengan prinsiprinsip yang Umno perjuangkan selama ini," kata Mahathir ketika ditemui wartawan selepas merasmikan Ehime Fair di KLCC hari ini.
Malah,  Mahathir berkata, apa yang lebih penting sekarang adalah "survival" (kelangsungan hidup) Najib sendiri, sambil berkata walaupun perdana menteri didakwa melakukan jenayah, beliau tetap akan dilindungi.
"Dia (Najib) tidak lagi mengikut perjuangan parti. Dia fikir tentang dirinya sendiri.
"Menjadi perdana menteri dan buat semua perkara, dan jika ia jenayah sekalipun, beliau masih dilindungi," katanya.
Najib ketika ini berdepan dakwaan salah laku dan kontroversi membabitkan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.
- See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/umno-sudah-jadi-parti-najib-tiada-prinsip-kata-dr-mahathir#sthash.80BNv5x1.dpuf
KAH KAH KAH
woit
lambat kesedaran sampai
kah kah kah
slooo laaa madey ni
satu malaysia dah lama tahu
kah kah kah
gerombolan mana ada prinsip
gerombolan samseng tersusun
menjarah merompak melanun
tipu melayu
salahkan china
kah kah kah
sekarang tipu melayu
selamatkan najib
parti ni dah lama bungkus
menang pru13 kerana menipu
kah kah kah

PUTAR LAGi



----------------

SATU TEORI

Posted: 26 Feb 2016 04:00 AM PST











FACE BOOK 



FAKTA....

"Rakyat Akan Hancur Menderita Angkara Najib"

fullstop~


























-----------------

SURAT UNTUK TUAN HAJEE

Posted: 25 Feb 2016 10:30 PM PST






PENAFIAN TABUNG HAJI MENGENAI "CORPORATE GUARANTEE" KEPADA THHE: SURAT KEMENTERIAN KEWANGAN MEMBUKTIKAN "CORPORATE GUARANTEE" DILULUSKAN OLEH TABUNG HAJI

Saya terkejut apabila reaksi Tabung Haji kepada kenyataan saya mengenai pelaburan Tabung Haji di dalam TH Heavy Engineering (THHE) hanyalah menafikan bulat-bulat bahawa "corporate guarantee" diberikan oleh Tabung Haji dan risiko kerugian keseluruhan sebanyak RM1.4 bilion.

Saya terkejut kerana Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Tuan Hajee Ismee Ismail seolah-olah lupa bahawa kelulusan Kementerian Kewangan bagi membolehkan Tabung Haji memberikan "corporate guarantee" berjumlah sehingga USD228.2 juta kepada THHE terkandung di dalam satu surat dari Kementerian Kewangan bertarikh 8 Disember 2015 yang dialamatkan kepada Tuan Hajee Ismee Ismail sendiri.

Bersama-sama ini saya sertakan surat tersebut dari Tuan Hajee  Mohd Isa Hussain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan) kepada Tuan Hajee Ismee Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji bertarikh 8 Disember 2015 yang mengesahkan perkara-perkara berikut:

1.    Tabung Haji membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan untuk meluluskan "corporate guarantee" berjumlah sehingga USD228.2 juta kepada THHE melalui satu surat bertarikh 12 November 2015. Kelulusan dari Kementerian Kewangan diperlukan kerana mengikut Akta Tabung Haji, Tabung Haji tidak dibenarkan memberi bantuan kewangan (seperti "corporate guarantee") kepada bukan anak syarikat;

2.    Kementeria Kewangan telah meluluskan permohonan Tabung Haji untuk memberikan "corporate guarantee" berjumlah sehingga USD228.2 juta itu tertakluk kepada beberapa syarat yang digariskan oleh Kementerian Kewangan.

Saya kecewa kerana sikap pengurusan tertinggi Tabung Haji masih lagi mahu menyembunyikan perkara sebenar dari berterus terang sedangkan banyak dokumen-dokumen telah pun bocor kepada orang ramai.

Maka, risiko kewangan yang ditanggung oleh Tabung Haji sehingga RM1.4 bilion berhubung pelaburannya di dalam THHE seperti yang saya timbulkan semalam adalah benar. Malah, saya perlu tegaskan sekali lagi bahawa risiko kewangan dan tindakan yang bertentangan dengan Akta Tabung Haji ini (iaitu memberikan "corporate guarantee" kepada bukan anak syarikat) adalah penilaian risiko yang dibuat oleh pengurusan tertinggi Jabatan Pengurusan Risiko Tabung Haji sendiri.

Saya sertakan kembali laporan penuh Penilaian Risiko Pelaburan ("Investment Risk Assessment") yang disediakan oleh Jabatan Pengurusan Risiko dari mukasurat 1 hingga mukasurat 10. Laporan ini menerangkan bagaimana masalah kewangan THHE mempunyai risiko berjangkit kepada kedudukan kewangan Tabung Haji seperti berikut:

1.    Unjuran aliran tunai THHE menunjukkan ia akan mempunyai aliran tunai negatif sehingga mencecah RM108 juta dari suku pertama hingga suku ketiga 2016 (iaitu penghantaran FPSO yang sedang menjalani kerja-kerja ubahsuai kepada penyewa iaitu JX Nippon yang mengendalikan operasi pengeluaran minyak di lapangan Layang);

2.    THHE berdepan dengan tindakan undang-undang dari kontraktor-kontraktornya yang telah hutang mereka telah tertunggak lama. Jumlah hutang tertunggak yang mungkin perlu dibayar oleh THHE dianggarkan mencecah RM109.7 juta;

3.    Projek FPSO untuk disewakan kepada JX Nippon (yang merupakan kontrak terbesar yang bakal menjana perolehan kepada THHE secara berterusan di masa akan datang) dijangkakan tidak memberi pulangan yang baik sepanjang tempoh sewaan asal;

4.    Kelangsungan THHE sebagai entiti perniagaan yang menguntungkan bergantung kepada penghantaran projek FPSO tepat pada masanya kepada JX Nippon. Ini risiko yang membimbangkan kerana projek FPSO tersebut sudah pun mengalami kelewatan (apabila THHE sebelum ini membinanya di Negara Teluk sedangkan ia mempunyai gudang pembinaan sendiri di Pulau Indah) dan berdepan masalah kewangan kerana hutang tertunggak yang belum dibayar kepada kontraktor.

Oleh yang demikian, perkara-perkara yang saya timbulkan semalam berhubung Tabung Haji terdedah kepada risiko kerugian RM1.4 bilion adalah benar.

Tekaan saya ialah selepas keputusan Tabung Haji meluluskan "corporate guarantee" kepada THHE di dalam bulan Disember 2015, tiba-tiba ia berdepan dengan kontroversi kedudukan kewangannya yang dilaporkan meluas bermula akhir Januari 2016. Saya tidak terkejut sekiranya Tabung Haji mengambil langkah lain untuk memastikan bantuan kewangan berjumlah sehingga USD228.2 juta itu tetap disalurkan oleh Tabung Haji kepada THHE, cuma bentuk bantuan kewangan ("instrument kewangan") itu diubah ke dalam bentuk yang kurang kontroversi.

Jadi saya berharap Tuan Hajee Sri Ismee Ismail dapat mengesahkan sama ada jumlah USD228.2 juta yang pada awalnya diluluskan sebagai "corporate guarantee" kini telah distrukturkan semula dalam bentuk pegangan saham (Tabung Haji menambah lagi pegangan sahammnya) atau pinjaman atau bentuk-bentuk instrumen kewangan lain.

Walau apa pun penstrukturan yang dibuat oleh Tabung Haji, sekiranya ada sebarang bentuk sokongan kewangan kepada THHE untuk menyiapkan projek FPSO Layang, itu tidak mengubah penilaian risiko pelaburan bahawa Tabung Haji berdepan dengan risiko kerugian keseluruhan sebanyak RM1.4 bilion seperti yang saya dedahkan semalam.
  
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN



-----------------

MASIH BOLEH DIBACA

Posted: 25 Feb 2016 09:30 PM PST










TMI-

malaysianinsider

telah diarah 

tutup kedai

oleh najib kerana

laporan tentang

1MDB 


tapi jika 

tidak dapat

boleh dibuka


disini:

http://www.themalaysianoutsider.com







---------------------

PERANG AKHIR

Posted: 25 Feb 2016 09:00 PM PST







TIMUR TENGAH

TERUS TEGANG

























World War 3 Could Very Easily Turn Into The Very First Nuclear War In The Middle East

Saudi Arabia already has nukes, Iran probably does, and the Russians are one of the two great nuclear powers on the entire planet.  So if Saudi Arabia, Turkey and their Sunni allies do decide to conduct a full-blown ground invasion of Syria, could someone ultimately decide to use nuclear weapons when their backs get pushed up against a wall?

 As you read this article, there are thousands of military vehicles and hundreds of thousands of troops massed along the southern border of Turkey and the northern border of Saudi Arabia.  If the command is given and those forces start streaming toward Damascus, it is inevitable that the Syrians, the Iranians, Hezbollah and the Russians would fight back.  It would literally be the start of World War 3, and the Saudis and the Turks are trying very hard to convince the United States to be involved

 But the truth is that we don't want any part of this conflict, because it could very easily become the very first nuclear war in the history of the Middle East


KENAPA

TENTERA KITA

TERLIBAT SAMA

DALAM LATIHAN

SAUDI?

-----------------

DALAM MASA BEBERAPA BULAN

Posted: 25 Feb 2016 08:39 PM PST






MINIT KE 4.45
...dalam beberpa bulan
akan datang....





Derma RM2.6 bilion Najib 
bukan dari Arab Saudi, lapor WSJ 
Kredibiliti Peguam Negara Apandi kini dikompromi apabila The Wall Street Journal (WSJ) menyangkal kenyataan Datuk Seri Najib Razak bebas daripada sebarang salah laku dalam penemuan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
Pengarang kewangan WSJ Ken Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia berkata, wang itu bukan daripada keluarga Diraja Arab Saudi sebaliknya datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Laporan kami selama berbulan-bulan menunjukkan wang itu bukan dari Arab Saudi tetapi dari syarikat dan akaun bank yang mempunyai hubungan dengan 1MDB.
"Ia tak mengejutkan selepas usaha kerajaan mendakwa wang itu datang dari Arab Saudi.
"Realitinya, tiada sesiapa pun percaya dan mereka dibidas kerana perkara itu. Sekarang ini, mereka kata semua orang tidak lagi boleh membincangkannya," katanya.
Brown turut membayangkan lebih banyak maklumat akan diketahui umum apabila pihak berkuasa luar negara melanjutkan siasatan mereka.
"Aksi sebenar akan berlangsung dalam beberapa bulan akan datang menerusi siasatan luar negara dan jika mereka menemui perkara serius, ia amat sukar buat kerajaan Malaysia untuk tidak mengendahkannya," katanya.

hanya ada 

satu jalan untuk

selamatkan najib

tabung hajee

beli akhbar WSJ

KAH KAH KAH