Ahad, 7 Februari 2016

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SENARAI GAGALIS 2014

Posted: 07 Feb 2016 07:00 PM PST


DARI ARKIB TUKAR TIUB


SENARAI GAGALIS 2014
tim tukar tiub telah menerima 
dua sms 
jangan lupa masukan mandeep dlm senarai gagalis-

diterima pada13 januari 2014 jam 03:27 petang

PAGI INI
satu lagi sms masuk
- untuk ketelusan pemilihan gagalis 
adam adli tak boleh jadi juri.dia kena masuk gak 
 fadiaah ther gagalista-

diterima pada
16 januari 2014 jam 08: 40 pagi


FADIAH THE GAGALIST

PEGUMUMAN
adalah diberitahu
bahawa senarai gagalis dibuat dengan penuh ketelusan
malah senarai  gagalis
telah menggunakan metod dan pedekatan
yang sedang di gunakan oleh
akedemia sweden dalam menganugerah
hadiah nobel

para juri gagalis
telus berwibawa cegal jujur 
dan
rahsia


justeru
ketelusan senarai ini
tidak mungkin dipertikaikan

malah 
senarai gagalis ini
adalah satu satunya contoh
dimana rasuah kroni dan  berat sebelah
tidak wujud

NOTA
sila hantar nama nama gagalis
untuk dipertimbangkan

NOTA
adalah dingatkan kepada
gagalista  dan gagalis tegar 
masa masih ada lagi untuk
mengeluarkan nama dari senarai

GAGALIS SEDUNIA BERSATULAH
bersama merayakan kegagalan

------

AL- FATIHAH

Posted: 07 Feb 2016 06:37 PM PST










Hisham Badrul Hashim feeling sad at Wad Diraja wink emoticon.
Menziarah Almarhum Dato Seri Tunku Adnan Tunku Besar Burhanuddin, Life President MCOBA. Al- Fatihah




-----------

MAKLUMAN UNTUK SEMUA

Posted: 07 Feb 2016 06:30 PM PST






MAKLUMAN
senarai gagalis 2015
sedang disediakan
ahli jawatankuasa
sedang bertengkar
sedang bergaduh
sedang bertegang leher
menilai dan meneliti

adalah diberitahu
dengan tegas
semua bentuk derma
TIDAK
akan diterima



dari arkib:

http://tukartiub.blogspot.my/2013/02/senarai-gagalis-di-hari-sambutan-hari.html





----------------

PENGUMUMAN UNTUK SEMUA

Posted: 07 Feb 2016 05:54 PM PST






DIBERI TAHU 


XIN NIAN 

JIN BU

dari tahun ini
masyrakat tionghua 
progresif dan  malaysian
mengajukan ucapan
tahun baru

XIN NIAN JIN BU

tidak lagi
 gong he fart chai
NOTA:
fart ialah kentut busuk

----------

KES MAKIN BERAT

Posted: 07 Feb 2016 04:30 AM PST







F.B.i


Malaysian PM Najib Razak to face US corruption inquiry

In more trouble for Malaysian Prime Minister Najib Razak, the US Justice department has started an investigation into shell companies allegedly linked to his stepson, Riza Aziz, that acquired US properties. The Justice Department's Kleptocracy Asset Recovery Initiative's focus is on the state-run 1 Malaysia Development Berhard (1MDB) fund, whose advisory board is chaired by Razak.

The investigators will try to find out if these properties in question were bought with £450m ($700m) allegedly transferred to the Malaysian PM's personal bank account from 1MDB, according to a Wall Street Journal (WSJ) report. The properties could be seized if a case could be made that they were purchased with proceeds earned from corrupt practices. The investigation will also take into account other real estate purchases in the US connected to Razak's close family friend, Malaysian billionaire Low Taek Jho. 

The Federal Bureau of Investigation (FBI) is also learnt to be involved with the investigation, given the global impact the case has had in the last couple of months.

KAH KAH KAH

woit

raya cina pun

FBI kerja

kah kah kah

x yamseng ke

kah kah kah

YAMSENG 

-----------

NAK BERTANYA

Posted: 07 Feb 2016 03:30 AM PST









PETANG AHAD

pada petang 
yang mulia ini
tetiba nak tanya
apa bezanya 
menonton 
filem porno german
dengan  menonton
filem porno jepun

saje nak tanya
mana tahu jika ada 
mat mat serban
yang boleh jawab
yang bolej bagi
fakwa


----------

MAT LCE PANDAI BUAT LAWAK

Posted: 07 Feb 2016 01:42 AM PST










MAT




L.C.E

'Difitnah' sogok wang, Bashah buat laporan polis

Bashah LCE meminta pihak tidak bertanggungjawab menghentikan penyebaran fitnah mengenai sogokan wang bagi mendapat sokongan terhadap dirinya.


Beliau menegaskan sogokan wang bukan budaya Umno untuk mendapatkan sokongan pemimpin akar umbi.


MAT L.C.E

DAH PANDAI

BUAT LAWAK

RASUAH 

BUKAN 

BUDAYA

KAH KAH KAH

BIAR BETUL

KAH KAH KAH 



--------

KES TAK AKAN SELESAI

Posted: 07 Feb 2016 12:24 AM PST









KES TAKKAN

SELESAI

SELAGI NAJIB

BERKUASA

Penasihat SPRM: Siasat dakwaan dana RM2.6b untuk 'pelaburan

Siasatan berhubung wang derma RM2.6 bilion yang diterima oleh Najib perlu dibuka semula selepas menteri luar Arab Saudi berkata wang itu adalah daripada "pelaburan", kata Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.



Ahli Panel Penilaian Operasi SPRM, Lim Chee Wee berkata, kenyataan oleh Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir menunjukkan bahawa kenyataan pembelaan oleh "suspek utama" perlu disahkan.


"Satu siasatan yang tulus dan penilaian bagi pendakwaan memerlukan pengesahan yang bebas daripada mana-mana pembelaan oleh suspek utama yang mana kita tidak boleh hanya menerima kata-kata daripada suspek utama," kata Lim kepada Malaysiakini.

EKONOMi

MALAYSIA

AKAN BAIK

BILA NAJi

UNDUR

KEYAKINAN

KEMBALi



--------------

JANGAN HINA HASAN MALEK

Posted: 06 Feb 2016 10:34 PM PST









L.C.E


PENGUMUMAM

sila jangan hina 
hasan malek
jangan samakan
hasan malek
dengan bashah
yang ada hanya L.C.E
hasan malek ada ijazah
hasan malek lulusan UM
sama macam pak lah
sama macam anwar
ijazah pengajian melayu
awas!
jangan hina hasan malek



L.C.E


----------------

BERITA BAIK

Posted: 06 Feb 2016 08:00 PM PST








PELAJARAN

PENGAJARAN

UNTUK

BERGERAK

7 Feb — Mereka yang sedang mencari pekerjaan akan melalui tempoh sukar mendapatkan peluang itu tahun ini, terutama graduan yang baru menamatkan pengajian, kata pakar kerjaya dan kumpulan majikan sektor swasta, ketika semakin banyak syarikat membekukan pengambilan


KAH KAH KAH

woit.. kira kira oklaa
tak ada kerja
melangok tiap hari
main handpone
main watapps
agaknya akan sedar tak?
akan berfikir tak?
hutang PTPTN makin ramai
akan ada pencerahan tak?
atau akan terus tanam angur
kerna tipu dengan alasan
semua ini sebab DAP
semua ini kerana SINGAPURA
semua ini kerana ANWAR
kah kah kah
entah etah senang dihasut

MENEBENG



------------

Komentar Kini

Komentar Kini


Ultra Kiasu yang rasis?

Posted: 06 Feb 2016 09:49 PM PST



Menurut pendapat Dr Ridhuan Tee, hanya ultra kiasu sahaja yang rasis, manakala china selain ultra kiasu tidak demikian.

China Ultra kiasulah yang bertindak menghalang guru perempuan Islam mengajar di sekolah jenis kebangsaan China di mersing Johor tempoh hari.

Bukan sahaja bertindak menghalang, malah telah meminta guru perempuan itu meletakkan jawatan dan memdesak kementerian pelajaran Malaysia tukar mengajar di sekolah lain.

Tindakan pihak sekolah jenis kebangsaan China tidak lain dan tidak bukan atas sebab china kafir di Malaysia ini benci dengan Islam sepertimana yang telah ditunjukan oleh DAP  bulat bulat  menentang  hudud yang di perjuangkan Pas itu.

Dengan kata lain, orang yang kafir tak kira dia china ahli MCA ke, china ahli Gerakan ke dan china ahli DAP  ke tetap tidak bersetuju dengan Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW kecuali China Islam.

Penulis masih tidak boleh menerima pendapat  Dr Rihduan Tee yang mengatakan ultra kiasu sahaja yang  rasis ,manakala yang bukan ultra kiasu tidak demikian.

Pada hemat penulis, semua china kafir tetap mempunyai prinsip anti  Islam dan anti Melayu/Islam, kecuali china yang beragama Islam atau kafir zimmi.

Buktinya, telah dinyatakan oleh Allah dalam Quran ayat 120 surah Baqarah yang bermaksud: " orang orang  Yahudi dan Nasrani tidak sekali kali akan bertuju dan suka dengan engkau wahai Muhammad"…

Mustahil china dkecualikan, kerana ayat 120 itu disebut nama kaum yahudi dan nasrani bukan atas nama bangsa china.

Ayat ini khusus atas nama orang orang kafir. Yahudi dan Nasrani bukan bangsa sepertimana china adalah satu bangsa dan ada yang beragama islam dan ada yang kafir baukan macam Yahudi dan Nasrani yang sama sekali tidak ada yang beragama Islam.

China ada yang islam dan ada yang kafir, manakala yahudi dan Nasrani tiada yang beragama Islam yang boleh kita sebut Yahud islam dan nasrani islam. Tapi China suatu  kelaziman kita sebut china Islam dan china kafir.

Oleh itu, penulis menyangkal pendapat Dr Ridhuan Tee yang mengatakan ultra kiasu sahaja yang rasis. Percayalah semua china yang tidak beragama Islam tetap berpendirian tidak akan setuju dan suka dengan Islam sehingga tergamak bertindak melarang seorang  guru perempuan Islam memakai tudung,  pakaian hak asasi umat Islam yang disyariatkan.

Penulis amat bersetuju dengan kata kata percayalah, berilah sebanyak mana pun kemudahan undi mereka (orang China) tetap kepada ultra kiasu. Jangan mengharapkan mereka mengundi BN.

Buktinya, parti GERAKAN kalah teruk di Pulau Pinang dan MCA hanya dapat mempertahan beberapa kerusi sahaja habis disampu bersih parti DAP tanda china kafir anti Islam dan Melayu/Islam.


DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


[BONGKAR] Kaedah Keji Singkirkan Mukhriz Terdedah

Posted: 07 Feb 2016 07:12 AM PST

KELAB GREENBOC


Puteri Umno dedah Ketua Bahagian Kedah diberi RM50,000
 

Ibarat rumah siap pahat berbunyi. Itu situasi yang dilihat berlaku bagi menggambarkan kemelut Umno Kedah ekoran penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Bayan Baru, Pulau Pinang, Aeiza Hassan mendedahkan berlaku sogokan kepada sejumlah Ketua Umno Bahagian dan sayap parti negeri itu bagi menghadiri sidang media tergempar, 20 Januari lalu.


Beliau berkata, salah seorang Ketua Umno Bahagian di Kedah mengaku bahawa Ketua-ketua Bahagian diberi RM50,000 manakala Ketua-ketua Sayap Bahagian pula diberi RM5,000 sebagai saguhati kerana hadir dalam sidang media berkenaan di Hotel Grand Alora, Alor Setar.

Kenyataan Aeiza yang kemudiannya tersebar di media sosial WhatsApp itu menyatakan pemberian sejumlah wang terbabit bagi tujuan menyatakan hilang sokongan kepada Mukhriz yang diketuai Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

"Saya tanya apa yang berlaku? Jawab beliau (salah seorang Ketua Umno Bahagian), 'MB (Menteri Besar) kurang memberi'. Tanya saya, 'Kurang apa lagi? Projek? Tender ataupun jawatan GLC Negeri?' Dia hanya menjawab, 'Aeiza tak faham'.

"Tetapi akhirnya beliau mengaku bahawa Ketua-ketua Bahagian diberi RM50K sebagai saguhati kerana hadir ketika PC di Hotel Grand Alora," ujarnya menceritakan kembali perbualan beliau melalui telefon dengan salah seorang salah seorang Ketua Umno Bahagian terbabit.

Menyifatkan murahnya nilai maruah ketua-ketua bahagian dan sayap Umno di Kedah, Aeiza mempertikaikan tindakan ke atas Mukhriz hanya kerana bekas Menteri Besar ke-11 itu lantang bersuara.

"Mainan politik apakah ini? Gila apakah yang sedang berlaku didalam Umno yang kami sayangi? Siapa boleh menafikan bahawa faktor kemenangan Umno dan BN di Kedah adalah disebabkan seorang anak muda yang bernama Mukhriz Mahathir? Saya tidak memihak mana-mana pihak.

"Cuma sudah terlalu banyak isu, kontroversi, tindakan dan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan atasan yang dilihat makin lama makin memakan diri," tegas Aeiza yang juga Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia itu.

Beliau turut menyelar kepimpinan atasan Umno yang dianggapnya dipekakkan telinga, dibutakan mata dan masih dalam sindrom penafian serta 'menjaga' pemimpin Bahagian dengan beri habuan semata-mata untuk mengekalkan kuasa.

"Kami bukan pekak. Juga bukan tuli yang hanya terima segala perbuatan kepimpinan atasan. Kami lihat, kami dengar, kami baca, kami berbual, kami timbang, kami bincang, kami rasa dan kami cari jawapan. Tetapi kami tahu, suara kami tidak akan ke mana. Tidak akan didengar," ujarnya berterus-terang.

Mengulas 'tempias' pengunduran Mukriz yang ujarnya turut dirasai di Pulau Pinang, beliau berkata, Umno bukan lagi pilihan anak muda sekiranya Mukhriz turun dari jawatan Menteri Besar.

"Kami terpaksa kerana kami kesal. Bukan Umno ini yang kami mahukan. Kami anak muda yang benar-benar sayangkan Umno. Kepada Umno tempat kami bersandar, bergantung harap," tambahnya lagi. -Malaysia Dateline

Adun Kedah dedah diburu, hampir jatuh laut, dipaksa sokong pecat Mukhriz

Datuk Abu Hassan Sarif mendedahkan dipaksa menyokong kumpulan penentang yang mengatur rancangan menyingkirkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Seputeh itu berkata, beliau diburu dan dipaksa semata-mata mahu mendapatkan sokongan menolak Mukhriz dan menjatuhkan menteri besar penggal pertama itu.

"Saya amat mengenali menteri besar kita, saya lakukan apa sahaja demi untuk mengekalkan Datuk Mukhriz walaupun saya tak sehebat pegawai sekeliling. Kita ada tugas dan tanggungjawab saya sebagai Adun untuk pertahankan Datuk Mukhriz.

"Saya lari, saya hilang, hampir-hampir jatuh di laut, diburu semata-mata nak dapatkan sesuatu daripada saya," kata Abu Hassan sambil menangis di hadapan orang ramai semasa program bagi menyatakan sokongan kepada Mukhriz di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam malam tadi.

Abu Hassan tidak menjelaskan mengapa beliau diburu, namun sumber mendedahkan kira-kira 19 Adun sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menolak kepimpinan Mukhriz.

Adun 5 penggal itu berkata, beliau sangat sedih mengenangkan apabila seorang pemimpin yang disanjung rakyat akan digulingkan dengan begitu hina sekali.

"Saya menangis, saya tak pernah menangis depan anak dan isteri. Kita ada lelaki ada ego tapi di sini saya menangis depan anak saya, depan rakan saya menangis.

"Bagaimana orang yang ikhlas, jujur dan amanah, tidak mempunyai moral dan akhlak tidak baik, bertanggungjawab, tak amal rasuah, pemimpin yang boleh majukan masyarakat, rakyat dan negeri Kedah ini, tiba-tiba beliau akan digulingkan dalam keadaan yang amat menyedihkan, saya tidak reda," katanya.

Abu Hassan juga mendedahkan semalam Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak memanggil semua Adun Kedah bertemunya di Putrajaya.

Dalam pertemuan itu Abu Hassan berkata, beliau membuat rayuan kepada Najib supaya Mukhriz dikekalkan sehingga habis penggal.

"Beri masa, saya kata kepada PM, beri masa kepada Mukhriz, kalau nak buang dan ganti pun tunggu habis penggal.

"Biar beliau jalankan tugas dan kita nak pastikan Datuk Mukhriz memang pemimpin yang disukai rakyat dan bukan cakap kosong," katanya.

Abu Hassan turut menasihati rakan-rakannya supaya memikirkan mengenai masa depan Umno dan bukan semata-mata mengejar habuan dan jawatan.

"Jangan kita lari nak habuan dan pangkat, tapi hari ini orang lari takut hilang pangkat dan juga sekarang ini orang lari nak kejar pangkat, nak jadi exco, nak jadi menteri, nak jadi menteri besar," katanya.
-TMI

ULASAN GB

Kalaulah dah sampai macamtu nak singkirkan Mukhriz, berkatkah kaedah sedemikian, wahai menteri agama UMNO, DS Jamil Mohd Khir?

Dan kepada AG yang mempersoalkan serangan TDM terhadap Najib itu samada berlandaskan Islam atau tidak, kita menyoal pula AG samada kaedah di atas yang terang-terang tidak berakhlak itu berlandaskan Islam atau tidak?

Ada pula menteri yang terlajak bodek, dari Kota Belud, menyatakan Najib tak terlibat di dalam penyingkiran Mukhriz? Agaknya rakyat mana yang nak percaya kenyataan Kota Belud itu? Sedangkan semua orang tahu siapa Basha dan Jamil Khir yang mengadakan sidang media awal untuk menyingkirkan Mukhriz?

Kita tidak menyatakan kita penyokong kuat TDM dan Mukhriz. Tetapi kaedah keji dan jelek yang dilakukan oleh Najib menyingkirkan Mukhriz itu akan tetap diketahui rakyat dan tidak akan diterima oleh manusia yang berfikiran waras apatah lagi jika berpegang kepada landasan agama. Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. 

Malaysia hilang 7,828 tenaga kerja mahir ke Singapura

Posted: 07 Feb 2016 07:07 AM PST

ong_kian_ming

Oleh Syazana Hasanudin


KUALA LUMPUR: Malaysia kehilangan tenaga kerja bermahiran tinggi dan profesional apabila seramai 7,828 warganegara Malaysia memilih bekerja dan menjadi warga Singapura sejak 2014, lantas merencat pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara ini.

Sebagai perbandingan, Program Pakar (Returning Expert Programme – REP) dikendali TalentCorp hanya mampu menarik 3,600 profesional Malaysia kembali ke tanah air dalam masa empat tahun.

Menganggap ia menyedihkan, Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Ming, berkata seramai 7,828 individu terdiri pelbagai kaum itu berbuat demikian kerana peluang pekerjaan dan jaminan lebih baik disediakan di sana.

"Ia sangat menyedihkan kerana mereka individu yang mengambil berat terhadap negara hingga turun mengundi tetapi disebabkan pelbagai faktor, mereka menjadi warga Singapura.

"Majoriti mereka berumur antara 30 hingga 50 tahun, bermakna mereka sedang dalam usia paling produktif untuk bekerja. Ia satu kehilangan buat Malaysia," katanya pada kenyataan media hari ini.

Kian Ming mendapati 7,828 bekas pengundi Malaysia menjadi warga Singapura selepas memeriksa daftar pemilih yang dilakukannya setiap tiga bulan bagi mengetahui jumlah pengundi baru, penukaran alamat mengundi dan individu yang dikeluarkan daripada senarai.

Pengarah Strategi Pilihanraya DAP Kebangsaan itu berkata, jumlah itu tidak termasuk rakyat Malaysia yang memilih menjadi warganegara selain Singapura dan yang berhijrah sebelum 2014.

"Jumlah itu tidak termasuk mereka yang menjadi warganegara selain Singapura, terutama negara yang kerap menjadi destinasi bekerja warga Malaysia seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Kanada.

"Malah, ia hanyalah jumlah bagi 2014 dan 2015 dan tidak mengambil kira jumlah rakyat Malaysia yang dilucutkan kewarganegaraan sebelum itu," katanya.

Paling mengecewakan, kata Kian Ming, ialah individu berbakat besar dan berkemahiran tinggi 'terlepas ke tangan' negara lain seperti Singapura, padahal mereka asalnya warganegara Malaysia.

"Saya terjumpa nama seorang penerima biasiswa ASEAN yang kini pakar perubatan dalam bidang penyakit berjangkit di hospital kerajaan di Singapura. Kesnya hanyalah serpihan kecil dari lambakan profesional yang berhijrah ke negara lain.

"Mungkin apabila berlaku perubahan kerajaan pada masa akan datang, golongan berkemahiran tinggi ini akan kembali bersemangat menyumbang bakat mereka kepada negara kita," katanya. -Roketkini.com


Ancam pengguna media sosial tanda ketakutan UMNO

Posted: 07 Feb 2016 07:05 AM PST

sheikh

Oleh Fatih Hassan Nordin


JOHOR: Penolong Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali menyifatkan penubuhan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) untuk memantau aktiviti pengguna laman sosial di negara ini sebagai manifestasi ketakutan kerajaan UMNO BN terhadap kemarahan rakyat.

Malah, beliau berkata, tindakan memantau serta menyekat hak kebebasan melontar pandangan melalui pelbagai medium terutama media sosial bakal membangkitkan lagi kejelikan rakyat dan tidak mustahil pemberontakan besar-besaran tercetus jika ia terus berlaku.

"Jika Kerajaan menambah sekatan, ia akan lebih membuak-buakkan kemarahan rakyat. Seterusnya menjadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat yang mungkin di luar jangkaan fikiran kita," katanya kepada Roketkini.

Beliau berkata demikian mengulas amaran PCIRC terhadap aktivis, Fahmi Reza berikutan penghasilan serta penyebaran poster Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 'bermuka badut' dengan ungkapan "dalam negara yang penuh dengan korupsi, kita semua penghasut".

Mempertahankan tindakan Fahmi melontarkan ketidakpuashatiannya, Sheikh Omar berkata, Najib harus mengambil iktibar daripada mesej yang ingin disampaikan melalui poster berkenaan dan bukannya mengarahkan agensi kerajaan melakukan gertakan.

"Mesej yang dibawa menerusi poster 'Najib badut' hanyalah mahukan supaya pemimpin dan sistem urus tadbir negara yang korup dihentikan segera.

"Sebab itu mesej yang ditulis atas poster protes itu antaranya ialah "dalam negara yang penuh dengan korupsi, kita semua penghasut. Najib perlu faham mesej sinikal yang disampaikan ini," katanya

Menyifatkan amaran PCIRC sebagai tidak wajar, beliau berkata, rakyat ada hak untuk melontar kritikan terhadap pemimpin tertinggi melibatkan cara urus tadbir kerajaan kerana badan eksekutif itu dilantik rakyat melalui sistem pilihan raya.

"Rakyat hanya lontar kritikan pemimpin. Bahkan rakyat yang memilih para pemimpin sehingga berada pada kedudukan di mana mereka berada sekarang ini. Oleh itu, pemimpin khususnya Najib mesti dengar kritikan rakyat, bukan mengancam mereka dengan PCIRC.

"Sebenarnya jawapan kepada isu ini mudah sahaja. Najib wajib bersara dari kedudukannya sekarang ini bagi mengelakkan negara semakin ranap. Bukan menjadikan rakyat sebagai sasaran," katanya. -Roketkini.com


Kit Siang: UMNO bukan lagi pilihan anak muda Malaysia

Posted: 07 Feb 2016 07:03 AM PST

kit siang malaysia

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: UMNO bukan lagi pilihan anak muda di negara ini kian bosan dengan permainan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menlindungi dakwaan skandal rasuah terhadapnya.

Ia berikutan Najib mendiamkan mana-mana pemimpin UMNO yang mengkritiknya dari menjawab segala dakwaan salah laku rasuah dalam dua mega skandal.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, segenap lapisan rakyat termauk golongan muda mahukan jawapan memuaskan terhadap dakwaan salah laku dua skandal itu.

"Yang orang muda bukannya mahu kelulusan projek RM15 juta tetapi mahukan jawapan memuaskan mengenai skandal 'derma' RM2.6 bilion dan skandal RM55 bilion 1MDB yang memalukan negara di mata dunia.

"Ini bukan sahaja luahan aktivis Pemuda UMNO Pulau Pinang tapi ia mewakili luahan hati seluruh golongan muda sama ada dalam UMNO ataupun tidak," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Kenyataan Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut memetik luahan aktivis berkenaan yang mengakhirinya dengan ungkapan: "Bukan UMNO ini yang kami mahukan…"

Mengulangi saranan Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuh bagi menyiasat skandal itu, Kit Siang juga meminta Najib supaya tidak berselindung di belakang Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.


Apandi jadikan sistem perundangan macam badut

Posted: 07 Feb 2016 07:01 AM PST

SHEIKH_OMAR_ALI_SENAWANG_03072015_TMIKAMAL_ARIFFIN_09



Roketkini.com


KUALA LUMPUR : Keseluruhan sistem perundangan di negara ini seakan-akan di'badut'kan bagi melindungi skandal rasuah yang menyelubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali, berkata seluruh sistem seakan-akan di'badut'kan oleh tangan-tangan berkepentingan yang gagal meletak kebenaran di tempat teratas.

"Kegilaan apakah ini? Jika keadaan ini berterusan, rakyat bukan sahaja akan melakar imej wajah Najib untuk di'badut'kan, bahkan rakyat akan hilang kepercayaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada kenyataan media hari ini berikutan percanggahan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dengan Menteri Luar Saudi, Adel bin Ahmed al-Jubeir.

Menteri Luar Saudi, Adel menyatakan dana RM2.6b itu bukan sumbangan politik atau ia berasal dari kerajaan Arab Saudi sebaliknya 'pelaburan' yang tidak dinyatakan

Sebaliknya, Apandi ketika membebaskan Najib dari siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan dana itu sebagai suatu sumbangan

Sheikh Omar berkata, Apandi harus merungkai persoalan itu dan mengangkat kebenaran berikutan rakyat seolah-olah dipermainkan dengan kenyataan 'flip flop' berhubung skandal itu.

Beliau mempersoal sama ada Apandi bakal menuruti langkah polis yang mewujudkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) bagi menyekat penggunaan media sosial untuk mengkritik Najib.

Katanya, Apandi seolah-olah mengikuti jejak langkah sama apabila mahu meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dengan menjadikan penjara seumur hidup dan 10 sebatan sebagai hukuman.

"Ia digambarkan terhadap mereka yang membocorkan rahsia negara dan wartawan yang melaporkannya," katanya sambil mengakui rahsia dan keselamatan negara perlu dipelihara.

Namun, kata Sheikh Omar, semangat perlembagaan dan undang-undang yang luhur dalam sesebuah negara demokrasi mesti menyebelahi dan menegakkan kebenaran.


PRN Sarawak: KEADILAN umum 22 calon zon selatan

Posted: 07 Feb 2016 06:57 AM PST

Oleh Nadia Hanafi


SARAWAK : KEADILAN Sarawak mengumumkan senarai nama kumpulan terakhir 22 calon yang akan bertanding di zon selatan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

IMG_0375Pengumuman itu dibuat Pengerusi KEADILAN Negeri, Baru Bian pada sidang media selepas perasmian Bilik Gerakan Utama (BGU) Zon tersebut di Kuching 31 Januari lalu.

Menurutnya, barisan calon yang dipilih itu bekerja keras di peringkat akar umbi sejak dua hingga tiga tahun lalu.

Mereka turut berjaya mencapai standard Indeks Pencapaian Utama (KPI) yang ditetapkan parti bagi melayakkan mereka bertanding pada PRN kali ini.

"KEADILAN satu-satunya parti melaksanakan sistem KPI (untuk bakal calon), cara ini berkesan dan menetapkan piawaian yang sangat tinggi dalam pemilihan calon.

IMG_0323"Disebabkan keberkesanannya, KEADILAN Pusat turut mengadaptasi dan akan melaksana sistem ini di seluruh negara," ujarnya dalam sidang media yang turut dihadiri Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Baru, sementara itu berkata, pelaksanaan sistem KPI untuk calon-calon berpotensi membuktikan KEADILAN sebagai sebuah parti politik yang serius mencari calon paling sesuai dan berpotensi untuk menang.

22 calon yang diumumkan itu adalah Francis Teron (Opar), Boniface Willie Tumek (Tasik Biru), Jajol Numan (Tanjung Datu), Nurhanim Hanna Mokhsen (Tupong), Mohd Salleh (Satok), See Chee How (Batu Lintang), Voon Shiak Ni (Batu Kitang), Athina Sim (Serumbu), Willie Mongin (Mambong), Musa Ngog (Tarat) dan Cyril Langin (Kedup).

IMG_0265Calon-calon lain ialah Reginald Abell (Triboh), Jamilah Baharuddin (Simunjan), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Lingga), Nicholas Mujah (Balai Ringin), Norina Utot (Simanggang), Kolien Liong (Batang Ai), Yukud Daud (Saribas), Vernon Kedit (Layar), Neol Bucking (Bukit Saban), Jemat Panjang (Kalaka) dan Ali Biju (Krian).

Baru turut mengumumkan beliau akan mempertahankan kerusi Ba'Kelalan.

1MDB: Dua individu terakhir beri keterangan kepada PAC

Posted: 07 Feb 2016 06:44 AM PST

SINAR HARIAN


Hasan Arifin
Hasan


ROMPIN - Dua individu terakhir akan tampil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) minggu hadapan.

Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin berkata mereka ialah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

"Dua individu ini last yang akan kita panggil pada 11 Feb dan 12 Feb nanti," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan van serbaguna sumbangan Bank Rakyat kepada Masjid Al-Iman Kampung Leban Chondong di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hasan yang juga Ahli Parlimen Rompin berkata, Ketua Audit Negara akan membentangkan laporan audit mengenai krisis 1MDB itu kepada PAC pada 24 Februari dan 25 Februari.

Beliau berkata, setelah itu PAC akan membuat rumusan terhadap intipati pembentangan laporan audit berkenaan untuk dibentang pula kepada Parlimen. - Bernama


Pengantin diserang isteri pertama ketika sanding

Posted: 07 Feb 2016 03:36 AM PST

Pengantin diserang isteri pertama ketika sanding
Isteri pertama jelas tidak berpuas hati dengan tindakan suaminya yang masih sah melangsungkan perkahwinan tanpa pengetahuannya.
 
 
KECOH di laman sosial hari ini apabila tersebarnya video pengantin lelaki diserang isteri pertama di majlis persandingannya.

Video berdurasi hampir dua minit itu dimuatnaik oleh sebuah laman Facebook sejak semalam dan telah ditonton oleh hampir satu juta pengguna Facebook setakat ini.

Video tersebut memaparkan sebuah majlis persandingan terpaksa dihentikan ekoran daripada kunjungan mengejut isteri pertamanya yang jelas tidak berpuas hati dengan tindakan suaminya yang masih sah melangsungkan  perkahwinan tanpa pengetahuannya.

Difahamkan isteri pertama dan perakam video tersebut datang ke majlis itu untuk mendapat keadilan dari si pengantin lelaki.

Pasangan pengantin itu yang jelas terkejut dengan kehadiran isteri pertama, lalu bingkas turun daripada pelamin, menyebabkan kebanyakan tetamu tercengang dan majlis terhenti serta-merta.

"Kami ke sini tidak ada niat nak malukan pengantin lelaki, tapi dia ni (isteri pertama) masih isteri dia (pengantin lelaki) lagi, kahwin senyap senyap...tiga bulan tinggalkan (isteri pertama). Mana mak pengantin lelaki, apa cerita ni?" soalnya bertubi-tubi.

Perbincangan antara keluarga pengantin lelaki dan pihak isteri pertama kemudiannya berlangsung di belakang pelamin di mana isteri pertama mengaku masih belum diceraikan oleh suaminya.

Si isteri pertama juga mengaku tidak dimaklumkan oleh suami tentang perkahwinan yang dilangsungkan.

Berapa lama mahu tidur?

Posted: 07 Feb 2016 03:30 AM PST



Oleh Izmil Amri


Kita semua ada kawan kaki tidur. Selalunya juga kawan kaki tidur ini bukan calang-calang orangnya. Yang paling rajin terlena dalam kelas dan bilik kuliah, contohnya adalah seringkali yang paling bijak. Waktu orang sibuk mengulangkaji, dia sedap membuta. Bila keluar keputusan peperiksaan, dialah yang paling berjaya.

Tidur bukan masalah. Semua orang memerlukan tidur. Ada golongan yang memerlukan tidur lebih lama berbanding golongan lain. Ada pula spesis yang tidur sekejap-sekejap sahaja.

Mereka yang ahli dalam bidang tidur ini memutuskan manusia dewasa antara usia 26 ke 64 tahun memerlukan tidur sebanyak 7 ke 9 jam setiap hari. Ini pula berkadaran dengan aktiviti harian pula. Semakin berat pekerjaan yang dibuat, makin banyak lah rehat yang diperlukan.


Mahasiswa contohnya memerlukan tidur yang lebih banyak kerana banyak menggunakan otak. Berbeza dengan orang politik yang tak perlu banyak guna otak.

Tetapi bukanlah semua orang politik itu tidak menggunakan otak, jangan salah faham. Ramai juga ahli politik yang rajin menggunakan otak, dan pastilah mereka lebih kuat tidur berbanding rakan-rakan yang lain.

Almarhum mantan presiden Indonesia Kiai Haji Abdurrahman Wahid contohnya terkenal dengan kelazimannya mudah terlena. Matanya yang nampak seakadan sentiasa pejam sebelah juga tidak membantu. Pun begitu Gus Dur itu juga terkenal sekadar berlakon tidur walhal sebenarnya sedar dengan perbincangan sekeliling.

Khabarnya tidak sekali dua Gus Dur kelihatan lena dalam mesyuarat namun boleh sahaja terjaga dan menyambung perbincangan. Dalam satu wawancara, Gus Dur ditanya kenapa beliau sering sahaja difotograf sedang lena. Gus Dur pantas menjawab hanya mata sahaja pejam, namun telinga dan hati tetap terpasang.

Malaysia juga pernah mempunyai pemimpin negara yang kuat tidur. Hatta buku yang membincangkan legasi pentadbirannya diberikan tajuk "Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia", menyindir sinis.

Pak Lah, sebagaimana panggilan mesranya, kerap kali juga digambarkan sebagai perdana menteri yang kuat tidur. Meski kuat tidur, beliau masih mampu memimpin seluruh negara (walaupun tidak begitu lama).
Dalam kuat tidur itu pun Pak Lah berjaya memimpin Barisan Nasional untuk menang bergaya dalam pilihanraya umum pada tahun 2004.

Kita pasti kekalahan teruk Barisan Nasional empat tahun berikutnya bukanlah kerana sikap kuat tidurnya itu. Kekalahan itu diatributkan kepada tsunami yang tidak punya ras, berbanding tsunami 2013 yang diwarnakan sebagai tsunami Cina.

Apa pun Pak Lah masih lagi disebut-sebut namanya sebagai orang yang meski kuat tidur masih mampu mengepalai kerajaan. Terutamanya di musim bermunculan menteri besar baru di Kedah yang khabarnya turut lemah mengawal kelopak matanya, meski di balairung istana.

Dua minggu lamanya "Langkah Kedah" diatur untuk melengser anakanda Tun Dr Mahathir Mohamad, hanya untuk digantikan dengan Menteri Besar Kuat Tidur yang menang di DUN Bakar Bata dengan majoriti senipis kulit bawang.

Analisa awal mengatakan perubahan menteri besar Kedah tanpa justifikasi selain untuk memperkukuh politik Umno negeri itu serta memastikan barisan panglima Perdana Menteri boleh menurut perintah, akan hampir pasti mengundang masalah kepada Umno untuk kekal berkuasa di negeri itu.

Bukan sahaja kerana yang diganti itu merupakan anak Dr Mahathir, malah kerana anak Dr Mahathir itu diganti dengan seorang individu yang khabarnya tidak berpendidikan tinggi selain punya reputasi buruk sebagai seorang kaki lena.

Ternyata akhirnya dalam permainan politik Datuk Seri Najib Razak yang begitu "real" ini, kualiti dan kelayakan tidak perlu dijadikan pertimbangan. Apa yang jauh lebih penting ialah ketaatan dan kesetiaan tanpa banyak mempersoal.

Apatah lagi jika soalan tersebut melibatkan skandal-skandal keluar masuk wang ribuan juta ke dalam akaun peribadi menteri perdana, sepertimana yang disahkan Peguam Negara.

Apatah lagi di saat banyak lagi pihak-pihak berkuasa luar negara sudah memulakan tindakan undang-undang bagi menyiasat hal-hal lain yang terkait dengan korupsi melibatkan transaksi pihak-pihak yang terlibat dengan menteri perdana. Beliau pastinya memerlukan mereka yang mampu bertaat-setia tanpa berbelah bagi kepadanya.

Bukan seperti Mukhriz, anak Dr Mahathir yang bukan sekali dua menderhaka. Bahkan di hujung kekuasaannya sebagai menteri besar mengutuk legasi Najib. "I'm sorry to say," katanya, "as long as Najib is still there, Umno is at its weakest point right now."

Ini juga bukan kali pertama Mukhriz melawan presiden Umno. Ya, beliau juga dulu rancak melawan kaki tidur yang disebut tadi, selepas Pak Lah gagal mempertahankan majoriti dua pertiga dalam PRU ke-12 tahun 2008.

Memang ironi dan kelakar sekali melihat Mukhriz yang dahulunya melawan presiden kaki tidur, kini digantikan dengan seorang kaki tidur juga. Tetapi itu bukan soalnya.

Soalnya berapa lama kita harus tunggu sebelum Mukhriz mengatur langkah balas setelah begitu lama bersembang kencang dengan perkumpulan yang mahu melengser Najib. Atau adakah Mukhriz pula yang sedang tidur?

Norman KRU, Ziela Jalil, Hans Isaac kini bergelar ‘Datuk’

Posted: 07 Feb 2016 03:27 AM PST

THE RAKYAT POST

 

datuk
Ketua Komunikasi Menteri Pertahanan Datuk Azmi Akop (dua,kanan) beramah mesra dengan pengiat seni (dari kiri) Datuk Gerald Hans Isaac, Datuk Norzilah Abdul Jalil dan Datuk Norman Abdul Halim selepas menerima Darjah Kebesaran Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena memuliakan ulang tahun hari Keputeraan Sultan Pahang yang disampaikan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar hari ini. - Foto Bernama


PEKAN,  Tiga penggiat seni tanah air hari ini menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk bersempena ulang tahun ke-85 keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang disambut pada 24 Okt tahun lepas, di Istana Abu Bakar di sini, lapor Bernama.

Mereka ialah Presiden Eksekutif Kumpulan KRU Norman Abdul Halim atau Norman KRU, Pengarah Urusan Pena Creative Pictures Sdn Bhd Norzilah Abdul Jalil atau Ziela Jalil dan Pengarah Urusan Tall Order Sdn Bhd Gerald Hans Isaac atau Hans Isaac.

Sesi kedua istiadat pengurniaan darjah kebesaran dan pingat kepada 254 penerima itu disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah.

Norman ketika ditemui pemberita berkata pengurniaan darjah kebesaran itu sebagai satu penghormatan bagi dirinya sebagai anak seni dan memberikan lebih semangat kepadanya untuk bekerja lebih baik lagi bagi memajukan industri kreatif tempatan.

Beliau merakamkan penghargaan kepada Sultan Ahmad Shah atas pengurniaan darjah tersebut.

"Saya akan lebih berusaha melakukan kerja yang dapat memberi kesan ke arah perpaduan termasuk menghasilkan filem dengan lebih memikirkan kesannya kepada
masyarakat berbanding keuntungan semata-mata," katanya.

Sementara itu, Ziela Jalil pula berkata pengiktirafan sedemikian menjadi penyuntik semangat kepadanya untuk terus menghasilkan karya terbaik kepada masyarakat.

Beliau berkata gelaran yang diterima itu sebagai inspirasi kepadanya untuk meneruskan perjuangan dalam bidang seni mahupun kemasyarakat.

"Secara tidak langsung boleh mengangkat martabat industri kreatif tempatan," katanya.

Hans Isaac pula berkata mendapat darjah kebesaran itu merupakan satu pencapaian terbesar untuk dirinya sepanjang kerjaya beliau dalam industri seni tempatan.

"Pengurniaan darjah hari ini telah mengingatkan saya kembali kepada arwah ayah yang merupakan ADC (pengiring) kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang pada masa itu menjadi Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Terdahulu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Doris Sophia Ahmad Brodi mendahului senarai penerima darjah kebesaran dan pingat pada istiadat hari ini.

Beliau merupakan antara 14 penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Enam individu pula dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah (DSAP) yang membawa gelaran Datuk termasuk Duta Besar Malaysia ke Kuwait Ahmad Rozian Abd Ghani dan Pengarah Eksekutif Deloitte Mohd Nizar Mohd Najib.

Mohd Nizar merupakan anak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Sementara itu, 83 individu menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, antaranya Hakim Mahkamah Tinggi Melaka Vazeer Alam Mydin Meera, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor Mohamed Arifin Awang Ismail, ADUN Bebar Mohd Fakhruddin Mohd Ariff.

Sebanyak 22 orang pula menerima Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) (33 orang), Darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) (18 orang) dan 52 orang menerima Ahli Mahkota Pahang (AMP), 14 orang menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) (enam orang) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (enam orang).

Shahrizat kecewa Rafidah seperti pembangkang serang Najib

Posted: 07 Feb 2016 03:24 AM PST

THE RAKYAT POST

 

shahrizat (L)
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kecewa dengan sikap serta tindak-tanduk Tan Sri Rafidah Aziz yang bertindak seperti pembangkang apabila menyerang kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu politik Kedah. - Foto TRP


KUALA LUMPUR,  Wanita UMNO kecewa dengan sikap serta tindak-tanduk Tan Sri Rafidah Aziz yang bertindak seperti pembangkang apabila menyerang kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu politik Kedah.

Utusan Malaysia melaporkan ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, bekas pemimpin Wanita UMNO itu juga seolah-olah sudah menggadaikan prinsip perjuangan apabila tergamak membuat pelbagai persepsi serta andaian terhadap isu tertentu dalam parti.

"Saya amat hairan dan geleng kepala membaca kenyataan beliau. Selama 22 tahun Tan Sri Rafidah memimpin Wanita, kami sering diingatkan supaya sentiasa disiplin, taat dan patuh kepada kepimpinan parti terutama kepada Presiden.

"Prinsip ini seolah-olah telah digadaikan bilamana kini beliau pula secara terang-terangan menyangkal kepemimpinan Presiden UMNO dan membuat pelbagai persepsi serta andaian terhadap isu yang berlaku di dalam parti mahupun negara.

"Sayang seribu kali sayang, Tan Sri Rafidah yang dulu kebal dengan prinsip perjuangan, kini seakan terjebak dengan permainan pembangkang untuk melemahkan parti," kata Shahrizat menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Rafidah ketika mengulas kemelut politik di Kedah yang menyaksikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir terpaksa berundur daripada kedudukannya selaku Menteri Besar antara lain `menuduh' Perdana Menteri sebagai dalang kepada krisis tersebut.

Dalam pada itu, Shahrizat memaklumkan, Wanita UMNO selaku sayap yang menjadi tulang belakang kepada parti, akan sentiasa mendukung Presiden UMNO dan kesetiaan tersebut tidak akan goyah hanya kerana kenyataan seperti dibuat Rafidah.

"Wanita UMNO istiqamah memegang prinsip kesetiaan serta menyokong pimpinan Perdana Menteri kerana beliau mengambil berat tentang perjuangan parti dan juga menjaga rakyat dengan baik, di kala seluruh dunia menghadapi cabaran," katanya.

Selangor tekad rampas gelaran Juara Liga Super dari JDT

Posted: 07 Feb 2016 03:22 AM PST

THE RAKYAT POST

 

selangor
Juara Piala Malaysia 2015, Selangor bertekad merampas gelaran juara Liga Super daripada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. - Foto Bernama


SHAH ALAM,  Juara Piala Malaysia 2015, Selangor bertekad merampas gelaran juara Liga Super daripada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Dengan hanya berbaki seminggu sebelum Liga M membuka tirai, Selangor melaungkan amaran awal kepada pasukan lain bahawa pasukan berkenaan cukup bersedia menjulang kejuaraan tersebut.

Bernama melaporkan Pengurus pasukan Selangor, Amirudin Shari berkata sasaran utama skuad Gergasi Merah itu adalah untuk mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia, merampas gelaran Liga Super serta mempamerkan aksi terbaik pada Piala AFC.

"Dari segi persediaan, tumpuan bukan sahaja kepada latihan, malah kita turut menekankan aspek mengawal mental dan psikologi pemain untuk mengharungi cabaran  bola sepak profesional ini.

"Berdasarkan siri persahabatan dan kunjungan ke Thailand, kita sudah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesilapan, kita akan memperbaiki dalam masa seminggu ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pengenalan skuad Liga Super Selangor di sini pada Sabtu.

Amirudin yakin dengan kualiti yang ada pada pemain Selangor, mereka mampu mencapai sasaran tersebut.

Beliau berkata Selangor yang akan memulakan cabaran berkunjung ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, bertemu JDT dalam aksi Piala Sumbangsih 2016, bersedia memberi saingan hebat kepada skuad Harimau Selatan itu.

"Memang ada tekanan terhadap pasukan, namun saya berharap pemain fokus dan dengan pemain berkualiti yang kita miliki musim ini, saya percaya kita boleh cipta kejutan walaupun berdepan cabaran sengit di Larkin dengan sorakan penyokong JDT yang memang hebat," katanya.

Piala Sumbangsih yang juga dikenali Piala Sultan Haji Ahmad Shah merupakan kejohanan menyaksikan juara Liga Super bertemu juara Piala Malaysia, yang memasuki edisi ke-31 musim ini. JDT merupakan juara Liga Super 2015.

Beliau turut mengesahkan Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebagai laman sendiri pasukan Selangor untuk aksi Piala FA dan Liga Super sehingga 5 April berikutan Stadium Shah Alam kini sedang dibaik pulih.

Sementara itu, ketua jurulatih baharu pasukan itu, Zainal Abidin Hassan berkata pemain masih berusaha mendapatkan keserasian sebelum bertandang ke Larkin, Sabtu depan.

"Benteng pertahanan dan serangan perlu diberi lebih perhatian kerana kecuaian di pertahanan boleh menyebabkan kekalahan dan melepaskan peluang (menyerang) memberi kesan tidak baik. Kedua-dua ini amat penting dan dalam masa seminggu ini, kita akan perbaiki," katanya.

Selangor yang kali terakhir menjuarai Liga Super pada 2010, membawa masuk Zainal Abidin bersama-sama empat pemain utama Pahang – penjaga gol Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid; pertahanan Mohd Razman Roslan serta pemain tengah, R. Gopinathan dan Mohd Hafiz Kamal, bagi memperkuatkan pasukan itu musim ini.

Pasukan itu turut diperkuatkan penyerang berbisa pasukan PKNS FC, Patrick Ronaldinho Wleh dari Liberia dan Mauro Andres Olivi dari Argentina, selain Zarif Irfan Hashimuddin (AirAsia FC) dan Adam Nor Azlin (Harimau Muda).

Untuk rekod, Selangor menamatkan kemarau 10 tahun untuk menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33, selain muncul naib juara Liga Super di belakang JDT, musim lepas.

Senarai 23 pemain Selangor musim 2016:

Penjaga gol: Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, Muhd Zarif Irfan Hashimuddin, Norazlan Razali.

Pertahanan: Robert Cornthwaite (Australia), Mohd Azmi Muslim, Muhd Shahrom Abd Kalam, Saiful Ridzuwan Selamat, Adam Nor Azlin, Mohd Bunyamin Umar, Mohd Razman Roslan, Mohd Rizal Fahmi Rosid.

Pemain tengah: Andik Vermansah (Indonesia), Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Mohd Raimi Mohd Nor, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Mohd Hafiz Kamal, S. Veenod, Mohd Fitri Shazwan Raduan, R. Gopinathan.

Penyerang: Patrick Ronaldinho Wleh (Liberia), Mauro Andres Olivi (Argentina), Ahmad Hazwan Bakri, Abdul Hadi Yahya.

‘Barang banyak naik tahun ini’ – Keluh pengguna

Posted: 07 Feb 2016 03:20 AM PST

HAZAWANI ARIFFIN

 

tahun baru cina
Sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini turut tidak terkecuali menerima tempias kenaikan harga barang berikutan kejatuhan mata wang negara. - Foto TRP/Wan Kah Hoong


SUNGAI BULOH,  Setiap kali menjelang musim perayaan, pasti kedengaran rungutan orang ramai terhadap harga barangan yang meningkat.

Sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini turut tidak terkecuali menerima tempias kenaikan harga barang berikutan kejatuhan mata wang negara.

Tinjauan The Rakyat Post mendapati kebanyakan pengguna mengeluh mengenai harga barangan melonjak naik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Bagi Leng Ket Harn, 34, berkata ekoran keadaan ekonomi yang dilihat tenat, beliau sekeluarga terpaksa membuat perancangan yang teliti dalam melakukan persiapan bagi mengelakkan berlakunya lebihan apabila berbelanja.

"Tahun ini kami sekeluarga terpaksa merancang perbelanjaan kerana kebanyakkan harga barangan sudah naik terutama makanan. Mesti mahu jimat tahun ini.

"Selalunya tahun-tahun lalu kami banyak membeli makanan seperti biskut dan kacang untuk meraikan tetamu pada hari raya, tapi tahun ini kami terpaksa membeli apa yang perlu sahaja," katanya.

Walaupun tradisi masyarakat Cina sinonim dengan kehadiran Pokok Limau, Bunga Kekwa dan 'Lucky Bamboo' pada setiap kali Tahun Baru Cina, tetapi bagi Tan Lay Chien, 43, beliau memilih untuk berbelanja secara sederhana sahaja.

"Barang banyak naik tahun ini, jadi kami tidak mahu berbelanja sesuka hati. Rumah saya pun tidak ada pokok limau tahun ini, cukuplah dengan 'ong' bunga kekwa kuning.

"Tahun ini tahun monyet jadi saya harap keadaan ekonomi dan kestabilan politik akan menjadi pulih dan lebih aktif seperti monyet," jelasnya sambil berseloroh.

Seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Andy Lim, 35, mengakui bahawa beliau kecewa dengan tawaran barangan dipasaran yang dianggap kurang pilihan dan tiada kepelbagaian seperti tahun-tahun terdahulu.

"Tahun lalu saya sekeluarga selalu makan makanan laut pada Tahun Baru Cina, tetapi tahun ini harga makanan laut naik sekali ganda. Tak mampu nak berbelanja lebih dengan nilai mata wang sekarang.

"Kalau tengok dari segi pilihan pula, tahun ini saya sedikit kecewa kerana apabila pergi ke pasar tidak ada banyak pilihan makanan yang boleh dibeli. Mungkin peniaga tidak banyak ambil stok, saya pun tidak tahu lah," katanya yang juga seorang pekerja swasta.

Putrajaya tunggu jawapan diskusi ilmiah Dr Asri, Zamihan

Posted: 07 Feb 2016 03:17 AM PST

THE RAKYAT POST

 

asri-zamihan
Putrajaya tunggu jawapan diskusi ilmiah Dr Asri, Zamihan.


KANGAR,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan supaya diadakan satu program perbincangan ilmiah mengenai isu perbezaan fahaman agama.

Beliau berkata ia bagi memberi input yang jelas kepada semua pihak agar tidak keliru dengan kenyataan berkaitan fahaman agama yang sering dilontarkan di media sosial mahupun ceramah di dalam majlis ilmu.

"Saya sudah cadangkan wacana ilmu berhubung isu ini pada Rabu depan. Saya amat berharap Presiden Aswaja (Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia) Ustaz Zamihan Mat Zain menerima tarikh tersebut dan menjadi ahli panel pada diskusi itu nanti bersama-sama dengan Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Shahidan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan dikeluarkan Zamihan yang mendakwa Mohd Asri telah menfitnahnya sebagai pelampau agama yang mencerca individu lain disebabkan perbezaan pandangan dalam Islam.

Beliau berkata sebagai penganjur wacana itu, surat undangan sebagai ahli panel program berkenaan telah dihantar kepada kedua-dua pihak dan dicadangkan diadakan di Auditorium Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Shahidan berkata pihaknya sedang menunggu jawapan kedua-dua pihak sama ada bersetuju atau tidak untuk hadir pada program wacana itu.

Kedutaan Malaysia kesal media Indonesia lapor Mukhriz dipecat Najib

Posted: 07 Feb 2016 03:10 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY


Laporan berita beberapa akhbar di Indonesia mengenai isu peletakan jawatan Menteri Besar Kedah didapati tidak tepat dan mengelirukan.


zahrain,indon


JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia hari ini, kesal terhadap laporan berita oleh beberapa akhbar di Indonesia mengenai isu peletakan jawatan Menteri Besar Kedah yang didapati tidak tepat dan mengelirukan.

Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, berkata media tempatan Indonesia didapati menyiarkan berita kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memecat Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Katanya, kedutaan ingin memberi penjelasan bahawa Mukhriz tidak dipecat, sebaliknya terpaksa meletak jawatan kerana tidak mendapat sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Kedah.

"Kebanyakan akhbar di Indonesia menyiarkan berita 'Putera Mahathir di depak' yang bermaksud anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat sedangkan dalam sistem pentadbiran di Malaysia, seseorang Menteri Besar atau Ketua Menteri terpaksa meletak jawatan jika tidak lagi mendapat sokongan ADUN masing-masing," katanya kepada BERNAMA di sini.

Beliau berkata, laporan tidak tepat itu mungkin disebabkan wartawan di Indonesia tidak memahami sistem pentadbiran kerajaan negeri dan Persekutuan di Malaysia dan mereka sepatutnya membuat kajian mendalam sebelum menulis berita mengenai isu politik sesebuah negara.-BERNAMA

GERAMM kecam ‘ugutan’ Peguam Negara kepada wartawan

Posted: 07 Feb 2016 03:04 AM PST

 
Tindakan Peguam Negara mengancam amalan kewartawan yang beretika di negara ini dan menyekat hak orang ramai bagi mendapatkan maklumat.


apandi-geram


PETALING JAYA : Gerakan Media Marah (GERAMM) mengecam 'ugutan' yang dibuat Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali yang bercadang meminda undang-undang meningkatkan hukuman ke atas mereka yang membocorkan rahsia kerajaan dan media yang melaporkannya.

Menyifatkan ancaman Apandi itu sebagai tindakan yang boleh melemahkan bidang kewartawanan negara ini, perikatan longgar pengamal media itu menyanggah 'cubaan jelas untuk menakut-nakutkan media' daripada melaporkan isu berkaitan kepentingan awam.

"Penggunaan sumber rahsia oleh media bukan untuk mensabotaj kerajaan tetapi demi mencari kebenaran dalam sesuatu perkara dan mempertanggungjawabkan kerajaan pada pihak awam.

"Ia aspek penting dan selari dengan semangat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan amalan memberikan maklumat. Ia adalah alat semak dan imbang yang penting dalam demokrasi."

Mutakhir ini, media memainkan peranan penting dalam melaporkan skandal yang melibatkan maklumat 'sumber' rahsia seperti dakwaan salah urus kewangan Lembaga Tabung Haji (TH), dakwaan salah urus kewangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), dan kontroversi derma RM2.6 bilion terhadap Datuk Seri Najib Razak dan SRC International yang melibatkan Perdana Menteri.

GERAMM berkata, adalah tidak wajar bagi Apandi melepaskan kekecewaannya di atas kebocoran dakwaan salah laku atau salah urus itu dengan menghukum sidang redaksi, sebaliknya menggesa Peguam Negara dan penggubal undang-undang supaya menguatkan peranan media dalam ruang lingkup sistem keadilan.

"Etika kewartawanan juga menyatakan bahawa penggunaan sumber yang tidak dinamakan perlu dipertahankan selagi maklumat yang diperolehi dapat disahkan.

"Berbanding menguatkan lagi akta drakonian seperti OSA (Akta Rahsia Rasmi 1972), GERAMM ingin menggesa Peguam Negara, kerajaan dan penggubal undang-undang untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang benar-benar dapat melindungi wartawan dan sumbernya yang melaporkan hal yang benar kepada orang ramai."

Semalam, Mohamad Apandi dalam temubual eksklusif dengan akhbar Sinchew Daily dipetik berkata, Pejabat Peguam Negara sedang mengkaji untuk meminda OSA 1972 bagi memasukkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan.

Amalan media menggunakan sumber rahsia dalam melaporkan isu berkepentingan awam dipertahankan Mahkamah Tinggi pada 2013. Hakim Lau Bee Laan dalam satu kes saman fitnah telah menolak permohonan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing untuk memaksa seorang wartawan mendedahkan sumbernya.

Masalah kepala kecil bukan angkara imunisasi – KKM

Posted: 07 Feb 2016 03:01 AM PST

 
Orang ramai digesa mendapatkan maklumat perubatan dan kesihatan daripada sumber sahih


microcephaly


PETALING JAYA: Dakwaan masalah kepala kecil (microcephaly) yang berlaku di Brazil berpunca daripada program imunisasi seperti vaksin tetanus, difteria dan batuk kokol (TDAP) adalah salah dari segi fakta.

BERNAMA melaporkan Kementerian Kesihatan memandang berat dakwaan yang dibuat di media sosial itu kerana ia boleh mengelirukan masyarakat yang sudah sedia bimbang dengan ancaman virus Zika.

"Penulis tersebut membuat gesaan supaya ibu-ibu mengandung tidak mengambil pelalian atau imunisasi," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, yang mengingatkan sebahagian kes kanak-kanak yang mengalami penyakit berjangkit seperti campak, batuk kokol dan difteria yang menyebabkan kematian adalah dalam kalangan yang tidak mendapat imunisasi pada umur yang disarankan.

Beliau menambah penciptaan vaksin merupakan perkembangan teknologi yang telah berjaya menurunkan bilangan kes dan kematian akibat penyakit cegahan vaksin, seperti cacar dan polio.

"Menjadi amalan semua negara termasuk Malaysia, sekiranya didapati mana-mana vaksin menyebabkan kemudaratan kepada manusia, ia akan ditarik balik dari pasaran."

Menjelaskan dakwaan yang tersebar di media sosial, Dr Noor Hisham berkata gardasil (untuk pelalian human papillomavirus atau HPV) tidak diberi kepada ibu mengandung di mana-mana negara.

"Manakala TDAP telah mula digunakan di negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom sejak 2012 lagi untuk menangani epidemik batuk kokol (pertussis) dalam kalangan bayi baru lahir dan tidak pula dikaitkan dengan "microcephaly" di negara-negara berkenaan," katanya.

Justeru, beliau menyeru orang ramai supaya sentiasa mendapatkan maklumat, khususnya berkaitan perubatan dan kesihatan, daripada sumber-sumber yang sahih.

Hanya Najib hero sekolah Tamil

Posted: 07 Feb 2016 02:59 AM PST

 
Jumlah sekolah Tamil bertambah sejak Najib ambil alih pucuk kepimpinan, infrastukturnya juga lebih baik, semuanya melibatkan dana hampir RM800 juta.
 
 
 
tamil



Tahun lalu apabila ada Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri tampil dengan kenyataan negatif tentang sekolah vernakular, yakni sekolah Tamil dan Cina, semua orang buat bising.

Ada yang bising menyokong, ada bising membantah kenyataan itu. Ada juga yang cuba jadi hero, memperjuangkan isu itu. Tetapi ia mungkin isu yang sengaja diapi-apikan sehingga menimbulkan kegusaran, tetapi sebenarnya legasi sekolah vernakular tetap diteruskan sebagai sebahagian daripada warisan pendidikan negara.

Isu sekolah ini lebih luas daripada sekadar isu pendidikan, ia isu politik. Malah, saya pernah membaca dalam satu buku berkaitan falsafah bahawa: pendidikan adalah perkara yang paling berbaloi untuk dipolitikkan. Entah betul atau tidak, tapi kadang-kala terasa seperti logik.

Kembali kepada sekolah vernakular, sebagai seorang berbangsa India, saya lebih cenderung dengan sekolah Tamil, dan pada waktu itu sememangnya semua menteri sebangsa saya, tidak mahu 'give up' dalam isu ini.

Semua menteri dan orang kiri serta kanan parti politik, khususnya MIC tampil dengan kenyataan mereka sendiri, menyokong, berjanji, memberi jaminan dan bersumpah untuk memastikan kelangsungan sekolah Tamil.

Tetapi daripada semua yang bersuara, siapa hero ebenar dalam isu ini?

Presiden MIC Datuk Seri S.Subramaniam?

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan?

Ahli-ahli lain dalam MIC? Mungkin daripada parti lain selain MIC???

Satu fakta yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa, satu kebenaran yang tidak boleh disembunyikan walau apapun paksi politik pilihan kita, apabila ia berkenaan sekolah Tamil, hero sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak!

Saya ketepikan dulu isu-isu lain berkaitan sekolah Tamil atau sekolah vernakular, hari ini, isu saya ialah Hero Sekolah Tamil, Najib!

Kelmarin, (5 Feb) nama Najib disambut-sambut, terus berkumandang di corong radio Minnal.fm (saluran Tamil RTM) dan disiarkan dalam akhbar-akhbar Tamil dengan special mention, semuanya bersempena dengan perasmian Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Paya Besar, Lunas di Kedah.

Kelmarin hari bersejarah bagi kaum India Malaysia kerana selepas sekian lama, jumlah sekolah Tamil di Malaysia meningkat. Kini kita ada 524 buah sekolah Tamil dan angka dijangka meningkat kepada 530 dalam masa akan datang ekoran beberapa lagi projek pembinaan sedang giat dijalankan.

Kalau zaman-zaman Tun Mahathir dulu, kita lihat perkembangan pendidikan yang drastik namun nasib sekolah Tamil pula sebaliknya. Jumlah sekolah Tamil menurun mendadak dari 589 buah pada 1980 kepada 523 buah pada 2000, dari segi taraf pendidikan ia jauh ketinggalan. Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi pula tiada banyak bezanya, kekangan kewangan selalu menjadi isu. Tetapi kini, lain ceritanya.

Menurut laporan berita, sejak Najib ambil alih pucuk kepimpinan Barisan Nasional (BN), beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM760 juta untuk pembangunan sekolah Tamil menerusi dana khas kepada komuniti India.

Ini mewajarkan diri beliau disambut oleh komuniti India dan merekodkan namanya sebagai pencetus reformasi sistem pendidikan sekolah Tamil. Bagi saya, walaupun ia sebahagian daripada tugasnya, tetapi apa yang dilakukan itu perlu dihargai.

Beliau meluluskan pembinaan enam lagi sekolah Tamil di seluruh negara dan semua ini dilakukan dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas kaum India yang bertujuan mentransformasi kedudukan sosial komuniti India.

Jadi, apa lagi kaum India mahu?

Fokus kawasan terbiar tangani denggi di Selangor- Fomca

Posted: 07 Feb 2016 02:55 AM PST

Oleh Muhammad Asyraf Azlan

 
Post Pic

 
SHAH ALAM: Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Yusof Abdul Rahman menggesa supaya kerajaan negeri Selangor memberi fokus kepada kawasan pembiakkan nyamuk Aedes yang menjadi punca penularan penyakit denggi.
 
Katanya, banyak kawasan di Selangor terbiar dan mengabaikan pembersihan secara sistematik sehingga menjadi tempat nyamuk Aedes membiak.
 
"(Aktiviti pembasmian) perlu banyak melibatkan terutama kawasan-kawasan yang tidak diberikan penjagaan yang mencukupi dari segi kebersihan kemudian di kawasan-kawasan yang dipenuhi lalang-lalang dan sebagainya. itu yang menjadikan tempa-tempat pembiakkan nyamuk," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Menurutnya lagi, kerajaan negeri juga perlu memastikan kawasan-kawasan 'hotspot' diberi perhatian sewajarnya selain daripada Jabatan Kesihatan memainkan peranan mereka dalam memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mencegah penularan penyakit ini.
 
"Tapi jika kita tengok kebanyakannya adalah dikendalikan bawah Jabatan Kesihatan sendiri yang banyak memantau, melakukan aktiviti kesedaran kepada masyarakat tentang denggi ini.
 
"Dari segi aktiviti-aktivit (pembasmian) kebanyakkan dilakukan oleh Jabatan Kesihatan mungkin kita perlukan peranan yang dibuat oleh kerajaan negeri bagi memastikan bahawa kawasan-kawasan yang dibawah pentadbiran mereka itu perlu juga dipantau bagi memastikan bahawa kawasan-kawasan yang menjadi kawasan 'hotspot' itu diberikan perhatian," ujarnya.
 
Malah tegas beliau pengguna juga memainkan peranan dalam membasmi pembiakan ini yang sepatutnya bermula daripada rumah. 
 
"Kita tahu denggi ini sebahagiannya disebabkan oleh sikap manusia juga. Kadang-kadang kita membuang sampah dan sebagainya serta tidak menjaga kesihatan itu adalah salah satu faktor yang menyebabkan pembiakkan nyamuk Aedes yang terus menular,"ujarnya.
 
Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata Selangor mendahului dengan 12 kes kematian diikuti Pulau Pinang tujuh kes, Terengganu 6 kes, Negeri Sembilan 5 kes dan masing-masing 1 kes di Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak.
 
Menurutnya, faktor kepadatan penduduk, pembangunan dan jumlah warga asing yang berada di Lembah Klang menjadi penyumbang kepada kes denggi di Selangor meningkat.
 
Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM70,000 bagi satiap pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membanteras kes denggi di kawasan masing-masing.

LIHAT VIDEO DI SINI

Banjir Johor: Jumlah mangsa banjir di Johor bertambah kepada 69 hari ini

Posted: 07 Feb 2016 02:52 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
LEDANG:  Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 69 orang pagi ini berbanding 55 orang malam tadi berikutan paras air meningkat di beberapa kampung yang terlibat di daerah Ledang. 
 
Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Ledang Mohd Shahrizan Abd Aziz berkata jumlah mangsa bertambah apabila air di Sungai Cohong dan Sungai Asahan melimpah menyebabkan kawasan berhampiran ditenggelami air.
 
"Sehingga kini seramai 69 orang daripada 13 keluarga dari Kampung Seberang Gajah, Kampung Sialang Dalam dan Kampung Tanjong Laboh telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Sialang," katanya ketika dihubungi hari ini.
 
Mohd Shahrizan yang juga sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tangkak berkata mangsa yang dipindahkan itu termasuk seorang kurang upaya dan empat bayi.
Beliau berkata semua agensi terlibat diminta membuat pemantauan keadaan dari semasa ke semasa.
 
Pusat pemindahan tersebut mula dibuka sejak pukul 6 petang semalam.
 
 

NAJIB DIMALUKAN OLEH ARAB SAUDI, MASIH BERWIBAWAKAH KEPUTUSAN PEGUAM NEGARA?

Posted: 06 Feb 2016 11:39 PM PST

shahbudindotcom


 
 
 
Semasa kecil, kita tentunya biasa dipesan oleh ibu bapa, guru-guru atau orang tua-tua agar jangan sesekali bercakap bohong kepada sesiapa pun jua.

Jika kita didapati melakukan sesuatu kesalahan pula, perkara pertama yang diingatkan ialah agar segera bercakap benar dan tidak terus berbohong.

Kalau tidak salah, berkatalah tidak salah, manakala jika salah, mengaku dan berterus-terang sajalah.

Berbohong atau bercakap bohong bukan saja dianggap dosa dan perbuatan tidak baik, bahkan selalu diingatkan bahawa bagaimana sekali pun cuba berbohong, ia pasti akan terdedah akhirnya walaupun setelah dicuba beberapa lapis pembohongan lainnya.

Dikatakan bahawa apabila kita berbohong dan cuba menutupnya  setelah ianya terdedah, kita akan terus berbohong lagi dan lagi sehingga akhirnya terjerat sendiri.

Peribahasa moden juga ada mengingatkan bahawa kita tidak mungkin dapat menipu semua orang dalam semua keadaan.

Pendeknya, pembohongan tidak mungkin ada tempat yang selesa di dunia ini, apatah lagi di akhirat nanti.

Barangkali inilah yang hampir-hampir ada persamaan dengan isu derma RM2,600 juta yang masuk ke akaun bank peribadi Najib Razak.

Mula-mula wang itu dinafikan, diancam mahu disaman, dikatakan tidak mungkin Najib begitu bodoh membenarkan wang sebegitu banyak dimasukkan ke akuan peribadinya dan segala macam bentuk penafian lainnya.

Kemudian apabila hakikat kebenaran berkaitan wang itu sukar dinafikan, ia diakui sebagai derma politik, hak Najib menerima sumbangan daripada mana-mana pihak, untuk memerangi keganasan,  mengalahkan DAP, sumbangan kerana memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan lain-lain lagi.

Ia juga dikatakan untuk membiayai politik UMNO yang mana segala halnya memerlukan wang dan Najib selaku Presiden UMNO dikatakan hanyalah pemegang amanah saja kepada duit tersebut.

Ketika Peguam Negara, Apandi Ali mengumumkan hasil siasatan yang membersihkan nama Najib daripada semua pertuduhan jenayah berkaitan wang itu, diumumkan juga wang tersebut diterima daripada keluarga Diraja Arab Saudi dan sejumlah RM2,030 juta sudah pun dipulangkan kerana ia tidak digunapakai.

Siapa keluarga Diraja Arab Saudi yang menderma itu tidak pernah didedahkan, kecuali media-media antarabangsa mengatakan paling mungkin ianya ialah Raja Abdullah yang mangkat pada Januari 2015 lalu.

Kesimpulannya, oleh kerana wang itu adalah derma dan sudah pun dipulangkan sebahagian besar daripadanya, maka Najib dianggap tidak bersalah apa-apa serta bersih sebersih-bersihnya oleh Peguam Negara.

Tetapi hari ini semuanya bagaikan terdedah apabila Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir menolak tanggapan bahawa wang yang pernah masuk ke akuan peribadi Najib itu suatu bentuk derma atau daripada kerajaan negara tersebut.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh New York Times, Adel Al-Jubeir menegaskan, wang itu adalah daripada warga persendirian Saudi dan diberikan kepada satu pelaburan di Malaysia.

Sekarang apa sudah jadi?

Siapa yang dilihat berbohong dan tidak berkata benar?

Oleh kerana ia bukan derma, pelaburan untuk apa wang sebanyak RM2,600 juta itu dan mengapa ia dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib?

Jika benar ia dipulangkan pula sebagaimana yang diakui oleh Apandi Ali, mengapa hanya  RM2,030 juta saja dikembalikan? Apa jadi dengan yang selebihnya?

Lebih ingin diketahui ialah bagaimana dengan keputusan Peguam Negara yang membersihkan nama Najib kerana percaya wang tersebut adalah derma dan sebahagiannya besarnya sudah dikembalikan?

Dengan pengakuan Menteri Luar  Arab Saudi sendiri bahawa wang tersebut bukan derma, masih berwibawakah keputusan Peguam Negara itu?

Apakah ini antara sebab-sebab mengapa Peguam Negara mengarahkan SPRM menutup terus siasatan terhadap Najib dan tidak memberi laluan untuk undang-undang bersama atau MLA digunakan yang membolehkan dokumen-dokumen di luar negara berkaitan pengaliran wang itu diperolehi?

Akhirnya, inilah akibatnya apabila mengabaikan pesanan ibu bapa, guru-guru atau orang tua-tua mengenai perbuatan berbohong yang tentunya semua orang pernah menerimanya semasa kecil-kecil dulu. 


SIAPA SEBENARNYA PENDERMA RM2,600 JUTA ITU? ADAKAH NAMANYA PUTERA TURKI ABDULLAH AL SAUD?

Posted: 06 Feb 2016 11:33 PM PST

shahbudindotcom


 
 
 
Baru semalam Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengatakan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak adalah suatu bentuk pelaburan dan bukannya derma, kini Peguam Negara, Apandi Ali pula mendedahkan penderma tersebut ialah salah seorang daripada anak lelaki Almarhum Raja Abdullah.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identitinya, cuma berkata, "kami tahu nama penderma itu. Dia bukan Almarhum Raja Saudi yang mangkat itu, tetapi anak lelakinya. Dia masih hidup."

Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud ialah pemerintah Arab Saudi yang mangkat pada Januari 2015 lalu.

Melalui dapatan di wikipedia, Raja Abdullah dikesan mempunyai 18 anak iaitu lapan lelaki dan 10 perempuan. Anak-anak lelakinya ialah Putera Khalid, Putera Mutaib, Putera Mishal, Putera Abdulaziz, Putera Turki, Putera Badr, Putera Saud dan Putera Bandar.

Jadi, anak Raja Abdulllah yang mana satu yang dimaksudkan oleh Apandi sebagai penderma itu?
 
 
 
 
 
Siapakah di kalangan putera-putera itu yang diketahui begitu baik, dermawan dan  murah hati?

Berapa pula kekayaan dan harta-harta mereka sehingga sanggup menyumbang derma sebanyak RM2,600 juta?

Mungkinkah penderma itu bernama Putera Turki Abdullah Al Saud, salah seorang putera Almarhum Raja Abdullah yang merupakan pemilik syarikat PetroSaudi yang diketahui ada menjalin kerjasama dengan 1MDB?

Dalam pada itu, Sarawak Report sebelum ini pernah mendedahkan mengenai gambar-gambar percutian Najib Razak bersama keluarganya di atas kapal layar mewah dengan Putera Turki yang turut juga disertai oleh Jho Low.

Berita yang turut disiarkan oleh portal Malaysiakini itu menyebut gambar-gambar tersebut dirakam pada Ogos 2009 dan sekiranya tarikh itu tepat, ia adalah kira-kira sebulan sebelum 1MDB menandatangani perjanjian dengan PetroSaudi yang melibatkan pelaburan bernilai AS$1 biliion.

Pernahkah diketahui Najib mempunyai hubungan dengan anak-anak Raja Abdullah yang lain selain Putera Turki?

Jika benar sumbangan itu diterima itu daripada Putera Turki, bolehkah ia dianggap sebagai derma yang dibuat tanpa mengharapkan sebarang balasan sedangkan syarikatnya, PetroSaudi mempunyai perjanjian perniagaan dengan 1MDB yang mana Najib adalah Pengerusi Lembaga Penasihatnya?
 
 
 
 
 
Yang lebih misteri, jika benar wang yang diberi itu sebagai derma, mengapa pula sebahagian besar daripadanya dipulangkan semata-mata kerana tidak digunapakai?

Atau barangkali memang benar seperti yang dikatakan oleh Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir bahawa wang itu bukannya derma, tetapi adalah suatu bentuk pelaburan.

Tetapi, jika ianya pelaburan, mengapa dimasukkan ke akaun peribadi dan kemudian dikembalikan?

Kalau derma bukan dan pelaburan juga bukan, kategori apakah wang tersebut?

Yang pasti, hari demi hari semakin banyak perkara-perkara pelik terdedah akhirnya? 


Mukhriz: Adakah Najib patuh titah Raja-Raja?

Posted: 06 Feb 2016 11:30 PM PST

MALAYSIAKINI





Kurang seminggu selepas meletakkan jawatan sebagai menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini dilihat mula menyasarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkaitan isu 1MDB.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Mukhriz membangkitkan titah Majlis Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada 7 Oktober tahun lalu, yang menyatakan kebimbangan mengenai dana pelaburan negara itu.

"Setelah empat bulan berlalu adakah kerajaan persekutuan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah patuh kepada titah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu melalui Majlis Raja-raja yang merupakan harapan terakhir bagi Rakyat memohon dan merayu perlindungan.

"Lebih-lebih lagi apabila kerajaan persekutuan, khususnya perdana menteri telah tidak diyakini Rakyat?,"

"Wajarkah titah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu ditepis sebegitu rupa tanpa apa-apa respon yang beradab dan munasabah?," soalnya.

Justeru itu, beliau memohon Majlis Raja-Raja yang akan bermesyuarat 17 dan 18 Februari ini mengarahkan Peguam Negara, Gabenor Bank Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ketua Audit Negara, dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara membentangkan laporan 1MDB secepat mungkin.

"Jika ini tidak dapat dilakukan, atau berlaku campurtangan oleh pihak yang disiasat, atau laporan-laporan yang diterima tidak dipercayai, maka saya merayu kepada Majlis Raja-raja untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi mendedahkan kebenaran mengenai 1MDB secepat mungkin," ujarnya.

Ada fakta disembunyikan Najib?
Katanya, soalan bermain di fikiran rakyat, termasuk Majlis Raja-raja adalah apakah yang terjadi kepada berbilion wang yang dipinjam daripada cagaran aset negara dan dibelanja oleh 1MDB atas kelulusan pengerusi panel penasihatnya iaitu perdana menteri sendiri.

"​Namun begitu, "jawapan" yang diberikan ialah bahawa dalam masa enam bulan lagi semua hutang-hutang itu akan dilangsaikan dengan penjualan saham anak-anak syarikat 1MDB dan aset.

"​Apabila soalan pokok tidak dijawab walaupun ditanya berulang kali, dan penerangan yang diberikan (termasuk melalui cetakan buku-buku oleh pihak JASA) tersasar dari soalan pokok dan cuba mengelirukan rakyat dengan maklumat-maklumat yang tidak relevan, maka mahu tidak mahu terbentuklah andaian bahawa ada fakta dan kebenaran yang hendak disembunyikan oleh Datuk Seri Najib," katanya.

Tambahnya, tahap keyakinan rakyat terhadap kewibawaan dan integriti kerajaan yang diterajui Najib semakin terhakis apabila beberapa pihak berkuasa luar negara membuat kenyataan mengenai siasatan mereka ke atas beberapa transaksi mencurigakan melibatkan 1MDB.

"Ini termasuklah siasatan yang dijalankan oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland terhadap kes penyelewengan dana yang membabitkan 1MDB," katanya.

DAP gantung keahlian MP Kota Melaka dan pengerusi Melaka

Posted: 06 Feb 2016 11:27 PM PST

MALAYSIAKINI




DAP hari ini menggantung keahlian selama setahun terhadap Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, dan pengerusi DAP Melaka yang juga ADUN Duyong, Goh Leong San.

Setiausaha jawatankuasa tatatertib DAP, Tai Xing Piao berkata dalam satu kenyataan bahawa kedua-duanya digantung keahlian mereka kerana berulangkali membuat kenyataan yang merosakkan reputasi parti.

Beliau berkata penggantungan keahlian mereka berkuat kuasa hari ini dan keahlian mereka dalam DAP hanya akan dipulihkan selepas tempoh tersebut.

"Sim dan Wong, sebagai pemimpin kanan parti, sepatutnya menunjukkan teladan yang baik, terutamanya pada masa rakyat perlu DAP untuk menyediakan kepimpinan.

"Tetapi bukan sahaja gagal berbuat demikian, mereka juga telah membuat tuduhan palsu terhadap kepimpinan parti di media dan di majlis-majlis awam," kata Tai.

Beliau berkata kedua-dua mereka boleh merayu terhadap penggantungan mereka kepada jawatankuasa eksekutif pusat dalam tempoh 14 hari.

Tindakan Sim dan Wong berpunca dari pertikaian undang-undang dengan ahli parti Wong Fort Ping.

Tai berkata, selepas kedua-duanya kalah dalam pertikaian undang-undang terhadap Wong pada 15 September tahun lepas, mereka menyalahkan kepimpinan DAP dan mendakwa parti itu membalas dendam terhadap mereka.

Beliau berkata ekoran kejadian ini, Sim dan Goh membentuk kumpulan yang digelar 'Justice League' dan pada 1 November tahun tersebut, mengadakan majlis makan malam untuk mengumpul dana untuk bayaran guaman mereka, di mana seorang bekas ahli parti telah dijemput untuk berucap dan mengecam parti itu.

"Dalam pendengaran tatatertib pada 18 Disember tahun lalu, mereka diminta untuk menjelaskan tindakan mereka tetapi kedua-duanya gagal memberi jawapan yang memuaskan," katanya.

Tai berkata, walaupun DAP mengakui bahawa Sim dan Goh telah banyak menyumbang kepada parti, tetapi jawatankuasa disiplin merasakan adalah perlu tindakan drastik diambil terhadap mereka.

DAP Melaka terbabit dengan kemelut dalaman sejak sebelum pilihan raya umum lepas apabila pemimpin negeri yang tidak sehaluan dengan Setiausaha Agung Lim Guan Eng bertelagah dengan penyokongnya.

Kepimpinan DAP negeri Melaka telah, dalam pilihan raya umum 2013, menyekat Wong, yang dilihat sebagai memihak kepada Lim, daripada dicalonkan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana.

Berikutan itu, seorang calon kompromi, Lai Kuen Ban, yang juga dilihat sebagai memihak kepada Lim, telah dipilih.

Dalam responnya, Sim, yang mempertahankan kerusi Parlimen Kota Melaka di bawah tiket DAP, turut bertanding sebagai calon Bebas menentang Lai di DUN Kota Laksamana, dan mencetuskan krisis dalam parti.

Sim kemudiannya menarik diri daripada bertanding di DUN Kota Laksamana selepas dipujuk oleh pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan tidak dikenakan tindakan disiplin.

Tidak lama selepas pilihan raya umum, Goh juga meletak jawatan sebagai ketua pembangkang Melaka kerana membantah kepimpinan pusat yang didakwa campur tangan di negeri ini. Jawatan itu masih kosong hingga sekarang.

Apandi jawab kritikan mentornya Abu Talib

Posted: 06 Feb 2016 11:26 PM PST

MALAYSIAKINI




Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali menolak pendapat pendahulunya Tan Sri Abu Talib Othman bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk menutup kes RM2.6 bilion, sambil menambah bahawa semua yang dia lakukan adalah berdasarkan kepada apa yang dia telah belajar dari bekas AG itu.

Apandi berkata beliau hanya mengikuti jejaknya dan "sekarang beliau kata, saya tidak boleh berbuat demikian. Saya keliru."

"Saya harap beliau boleh datang berjumpa dengan saya supaya saya boleh memberi penjelasan saya," Apandi dipetik sebagai berkata oleh Sinchew Daily dalam satu temu bual eksklusif.

Minggu lalu, Abu Talib mengkritik Apandi dengan mendakwa bahawa AG tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan terhadap derma RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan, AG mempunyai kuasa hanya untuk memulakan, menjalankan dan memberhentikan sebarang prosiding (jenayah), tetapi tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan mana-mana agensi penyiasatan untuk menutup kertas siasatan.

"Ini adalah kes kepentingan awam yang telah menarik perhatian seluruh dunia. AG mesti membantu SPRM untuk mengumpul bukti kerana sumber dana itu adalah di luar Malaysia," kata Abu Talib.

Dalam hal yang berkaitan, Apandi juga menegaskan bahawa dia tidak pernah meminta rakan sejawatannya dari Switzerland supaya menutup siasatan negara itu terhadap 1MDB semasa satu pertemuan September lalu.

"Saya tidak pernah berkata demikian... Itu satu pembohongan. Saya tidak pernah menyebut sebarang kes 1MDB. Ia adalah kunjungan hormat... Jika Switzerland memerlukan sebarang bantuan, saya akan memberikannya...

"Pertemuan itu adalah mengenai bantuan perundangan bersama. Kita boleh membantu pada bila-bila masa, itu sahaja."

Apandi berkata pertemuan itu antara beliau dan AG Switzerland Michael Lauber turut dihadiri oleh Timbalan Peguam Cara Negara Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan seorang pegawai dari pejabat Lauber.

Beliau berkata pejabat Peguam Negara Switzerland telah meminta bantuan Pejabat Peguam Negara melalui Kementerian Luar Negeri, dan permintaan rasmi yang difailkan mereka hanya sampai kepadanya pada 4 Februari
Bagaimanapun, Apandi berkata beliau masih belum membaca dokumen Switzerland itu.

Pejabat Peguam Negara, katanya, akan memberi bantuan kepada Switzerland di bawah protokol bantuan perundangan bersama, walaupun beliau enggan mendedahkan butiran kerana ia adalah "rahsia".

Minggu lalu, Reuters melaporkan bahawa seorang pegawai Malaysia menggesa Lauber supaya menggugurkan penyiasatannya berkaitan 1MDB semasa satu pertemuan September lalu.

Sebelum keputusan Apandi untuk menutup kes terhadap Najib, Lauber melalui pejabatnya telah dilaporkan membuat permintaan kepada Malaysia untuk mendapatkan bantuan dalam siasatan negaranya terhadap 1MDB berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang Switzerland berkaitan dengan dakwaan sogokan kepada pegawai asing, salah laku di pejabat awam, pengubahan wang haram dan jenayah salah urus.

Lauber juga dilaporkan berkata bahawa Najib bukan suspek dalam siasatan Switzerland itu.

Apandi kemudiannya berkata beliau akan mengambil semua langkah yang mungkin untuk membantu pihak berkuasa Switzerland tetapi menegaskan bahawa siasatan terhadap derma RM2.6 bilion kepada Najib adalah berasingan sepenuhnya daripada siasatan terhadap 1MDB.

Apandi juga berkata pelantikannya ke Pejabat Peguam Negara adalah sah dan mengikut perlembagaan.

Beliau berkata, masalah kesihatan yang dialami pendahulunya, Tan Sri Abdul Gani Patail, bukan merupakan satu rahsia lagi.

Abdul Gani, katanya, perlu melakukan dialisis tiga hari seminggu, yang membuat bekas AG itu hanya mampu bekerja hanya dua hari setiap minggu, tolak hujung minggu.

Sebaliknya, Apandi berkata dia telah bekerja tanpa mengenal penat lelah selepas mengambil alih jawatan itu.

"Anda lihat, dengan beban kerja AG, saya tidak dapat mengambil cuti selepas saya memegang jawatan itu. Saya bekerja 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

"Saya juga malah perlu bekerja dari rumah (selepas waktu pejabat)," katanya sambil menambah beliau perlu mengekalkan komunikasi dengan pegawai-pegawainya melalui emel apabila berada di rumah.

Sebagai contoh, katanya, dia terpaksa bekerja sehingga satu pagi bagi sesuatu kes yang segera.

Apandi juga berkata beliau telah membuat "pengorbanan kewangan" selepas menyertai perkhidmatan awam daripada sektor swasta.

Walau bagaimanapun, katanya, beliau telah diberi penghormatan untuk berkhidmat kepada negara dan Agong.

"Saya tidak pernah minta kerja ini (AG). Saya telah ditawarkan untuk menjadi AG."

Sebelum ini, Apandi berkata dia boleh memperolehi RM15,000 bagi satu kes ketika dalam amalan swasta, tidak termasuk tambahan yuran konsultansi perundangan.

"Pada masa itu pesuruhjaya kehakiman boleh mendapat gaji asas RM17,000. Bagi saya, itu tak ada apa-apa, tambah elaun lain, ia hanya akan sampai tidak lebih daripada RM20,000."

Katanya, beliau telah melabur wang yang diperolehi daripada amalan undang-undang ke dalam hartatanah, termasuk Wisma Apandi yang telah dibina di kampung halamannya di Kota Bahru.

Bangunan ini, katanya, telah memberikan beliau pendapatan sewa yang lumayan.

Apandi telah dilantik menjadi AG selepas pendahulunya Abdul Gani ditamatkan perkhidmatannya yang dikatakan atas "masalah kesihatan" Julai lalu, yang bertepatan dengan rombakan kabinet yang menyaksikan timbalan perdana menteri, yang vokal mengenai skandal 1MDB, digugurkan.

Pada akhir bulan Januari, beliau membersihkan Najib daripada sebarang salah laku jenayah berhubung kes sumbangan RM2.6 bilion dan RM42 juta dari SRC International.