WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- TABUNG HAJI JUAL ASET UNTUK PASTIKAN DIVIDEN TINGGI? – AMANAH
- Najib bersikap diktator kukuhkan cengkaman politik
- Malaysia hilang 7,828 tenaga kerja mahir ke Singapura
TABUNG HAJI JUAL ASET UNTUK PASTIKAN DIVIDEN TINGGI? – AMANAH Posted: 05 Feb 2016 08:03 PM PST Tabung Haji jual aset untuk pastikan dividen tinggi? – AmanahParti Amanah Negara (Amanah) mendesak agar Tabung Haji (TH) telus memberitahu rakyat sumber bonus 8 peratus sebagaimana yang diumumkan kelmarin. Timbalan Presiden Amanah Sallahuddin Ayub berkata TH wajar menjawab dakwaan bahawa sumber kewangan membiayai bonus TH berkenaan adalah daripada penjualan aset TH di luar negara. "Dalam soal pemberian dividen dan bonus yang melebihi keuntungan perniagaannya untuk sesuatu tahun berkenaan, AMANAH menyedari bahawa pemberian dividen setinggi 5% dan bonus sebanyak 3% yang diumumkan semalam hanya dilakukan TH setelah beberapa asetnya di London dijual. "Aset-aset yang selama ini mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada TH terpaksa dikorbankan demi memenuhi matlamat jangka pendek untuk menggambarkan bahawa perniagaan TH masih utuh dan berkeuntungan. "Amalan sebegini tidak wajar atau berhemah dan tidak mampan. Teguran oleh pihak BNM tentang polisi rizab secara komprehensif dan pengurusan risiko amat mustahak untuk dipatuhi," dakwa Sallahudin dalam satu kenyataan. Menurut beliau lagi, Tabung Haji merupakan institusi kewangan umat Islam yang diasaskan oleh Profesor Di Raja Ungku Abdul Aziz bertujuan memudahkan urusan jemaah haji Malaysia tidak boleh ditadbir urus secara sambil lewa. Di samping itu, Sallahudin juga mengutarakan kebimbangan perihal tanah TR Exchange yang awalnya didakwa dijual tetapi kemudian dinafikan. Katanya TH tidak sepatutnya terlibat dalam usaha PM Najib menyelamatkan 1Malaysia Development yang kaya hutang itu. "AMANAH sarankan TH segera tangani isu ini secara tuntas dan muktamad sesuai dengan perhitungan strategik TH. "Amat malang sekiranya keputusan pembelian sepenting ini berlaku tanpa adanya kajian dan perancangan khusus, selain untuk memenuhi kehendak pemimpin politik negara. Dasar sebegini mesti dihentikan jika ada, supaya TH dapat diselamatkan," tambah beliau. Sallahudin menegur tindakan membayar dividen atau bonus melebihi keuntungan adalah suatu ketidakpatuhan amalan perniagaan baik. "Ini jelas akan menghakis rizab serta memudaratkan TH. Wujudnya simpanan yang besar tanpa adanya satu perancangan pelaburan yang baik boleh mendatangkan kesan yang merugikan. "Akhirnya simpanan itu hanya mendatangkan pulangan biasa, sebagai contoh 3% sedangkan TH terus memberikan dividen atau bonus yang lebih daripada biasa, seperti 5%. "Maka AMANAH mendesak supaya Pengurusan dan Lembaga Pengarah TH sedia ada dikaji dari segi kelayakan dan kemampuan mereka seperti disentuh Bank Negara Malaysia (BNM). "Jawatan Pengurusan dan Lembaga Pengarah TH wajib diserahkan kepada mereka yang layak dan bukan sebagai habuan politik," katanya. Selain itu, menurut Sallahudin lagi, senarai pengurusan TH juga wajar diluluskan terlebih dahulu oleh Bank Negara sepertimana senarai pengurusan bank komersil di negara ini. "Ini bertujuan untuk menjamin hanya yang layak diberi jawatan di institusi kewangan yang menyimpan hampir RM54 billion aset umat Islam. "AMANAH mengesyorkan agar pihak Ketua Pembangkang sewajarnya diberi peluang untuk menamakan calon Lembaga Pengarah TH dengan syarat calon yang dinamakan layak dan diluluskan BNM. "Satu audit menyeluruh terhadap kegiatan dan pelaburan TH serta kesemua anak syarikatnya perlu segera dilakukan oleh Ketua Audit Negara dan juga firma juruaudit bebas bertaraf antarabangsa. Segala yang tidak mematuhi piawaian profesionalisme dan amalan pengurusan yang baik perlu ditamatkan. "Ini termasuk menutup syarikat yang tidak mendatangkan keuntungan dan sebaliknya hanya menjadi tempat berteduh ahli dan penyokong politik untuk sekian lama, sekiranya ada," katanya. Sallahudin juga menyentuh aspek sistem tangga gaji dan elaun sama ada untuk Ahli Lembaga Pengarah atau Pengurusan TH yang didapati melampau dan tidak seimbang dengan tugas perlu diubah. TH juga diminta menjalankan satu ujian 'stress test' untuk institusi kewangan mengikut panduan di bawah kelolaan BNM. Hasil ujian tersebut perlu diterbitkan kepada umum untuk memberikan gambaran tahap keutuhan kewangan TH dan mengembalikan keyakinan penyimpan dan seluruh rakyat jelata. |
Najib bersikap diktator kukuhkan cengkaman politik Posted: 05 Feb 2016 07:50 PM PST KUALA LUMPUR 6 FEB: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin menunjukkan sikap kediktatorannya walaupun dihujani pelbagai skandal apabila berjaya 'memaksa' Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berpendapat peletakan jawatan itu suatu lagi kemenangan kepada Najib walaupun sepatutnya Perdana Menteri itu berasa tergugat akibat pendedahan pelbagai skandal melibatkan dirinya. Kejayaan itu, katanya, menjadikan kemenangan Najib ke atas musuh politiknya dalam tempoh enam bulan lepas dianggar berjumlah '10-0' antaranya:
"Ia satu paradoks besar dalam politik Malaysia, Najib nampaknya semakin kuat dan lebih kuat walaupun dipalit skandal demi skandal," katanya pada kenyataan media hari ini. Ahli Parlimen Gelang Patah itu menyifatkan peletakan jawatan Mukhriz berlaku atas paksaan pihak tertentu kerana beliau hanya memerlukan sokongan empat ahli wakil rakyat UMNO BN. "Wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berjumlah 36 orang, dengan wakil pembangkang seramai 15. Justeru, beliau hanya memerlukan sokongan tiga lagi wakil UMNO BN selain dirinya untuk mendapat majoriti undian dalam dewan. "Jika Bashah hanya mendapat sokongan 17 orang, kumpulannya tidak mampu mendapat majoriti bagi memaksa peletakan jawatan Mukhriz sebagai Menteri Besar. "Jadi, jika UMNO BN mahu menjatuhkan Mukhriz, ia mesti secara kolektif menguasai 18 undi, kerana dalam keadaan seri 18-18, Speaker akan dapat mengundi memihak kepada Bashah," katanya. -Roketkini.com |
Malaysia hilang 7,828 tenaga kerja mahir ke Singapura Posted: 05 Feb 2016 07:47 PM PST KUALA LUMPUR 5 FEB: Malaysia kehilangan tenaga kerja bermahiran tinggi dan profesional apabila seramai 7,828 warganegara Malaysia memilih bekerja dan menjadi warga Singapura sejak 2014, lantas merencat pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara ini. Sebagai perbandingan, Program Pakar (Returning Expert Programme – REP) dikendali TalentCorp hanya mampu menarik 3,600 profesional Malaysia kembali ke tanah air dalam masa empat tahun. Menganggap ia menyedihkan, Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Ming, berkata seramai 7,828 individu terdiri pelbagai kaum itu berbuat demikian kerana peluang pekerjaan dan jaminan lebih baik disediakan di sana. "Ia sangat menyedihkan kerana mereka individu yang mengambil berat terhadap negara hingga turun mengundi tetapi disebabkan pelbagai faktor, mereka menjadi warga Singapura. "Majoriti mereka berumur antara 30 hingga 50 tahun, bermakna mereka sedang dalam usia paling produktif untuk bekerja. Ia satu kehilangan buat Malaysia," katanya pada kenyataan media hari ini. Kian Ming mendapati 7,828 bekas pengundi Malaysia menjadi warga Singapura selepas memeriksa daftar pemilih yang dilakukannya setiap tiga bulan bagi mengetahui jumlah pengundi baru, penukaran alamat mengundi dan individu yang dikeluarkan daripada senarai. Pengarah Strategi Pilihanraya DAP Kebangsaan itu berkata, jumlah itu tidak termasuk rakyat Malaysia yang memilih menjadi warganegara selain Singapura dan yang berhijrah sebelum 2014. "Jumlah itu tidak termasuk mereka yang menjadi warganegara selain Singapura, terutama negara yang kerap menjadi destinasi bekerja warga Malaysia seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Kanada. "Malah, ia hanyalah jumlah bagi 2014 dan 2015 dan tidak mengambil kira jumlah rakyat Malaysia yang dilucutkan kewarganegaraan sebelum itu," katanya. Paling mengecewakan, kata Kian Ming, ialah individu berbakat besar dan berkemahiran tinggi 'terlepas ke tangan' negara lain seperti Singapura, padahal mereka asalnya warganegara Malaysia. "Saya terjumpa nama seorang penerima biasiswa ASEAN yang kini pakar perubatan dalam bidang penyakit berjangkit di hospital kerajaan di Singapura. Kesnya hanyalah serpihan kecil dari lambakan profesional yang berhijrah ke negara lain. "Mungkin apabila berlaku perubahan kerajaan pada masa akan datang, golongan berkemahiran tinggi ini akan kembali bersemangat menyumbang bakat mereka kepada negara kita," katanya. -Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |