Isnin, 11 Januari 2016

Tukar Tiub

Tukar Tiub


CARA MEMBACA AKHBAR

Posted: 11 Jan 2016 07:09 PM PST






JANGAN LUPA



Putrajaya nafi akan tamatkan khidmat kakitangan kontrak Disember ini


Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ali Hamsa menafikan laporan penjawat awam berstatus kontrak akan ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang Disember tahun ini.
Beliau berkata kerajaan tidak berhasrat untuk menamatkan khidmat kakitangan kontrak tahun ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-nafi-akan-tamatkan-khidmat-kakitangan-kontrak-disember-ini#sthash.a0hWtaOY.dpuf


INGAT CARA

MEMBACA

AKHBAR

DINAFIKAN

ERTINYA APA?

KAH KAH KAH

----------------

BERSEDIA EKONOMI AKAN MELEDAK

Posted: 11 Jan 2016 06:21 PM PST





AWAS!

EKONOMI

AKAN MELEDAK

TANDA SUDAH

SAMPAI

MALAYSIA TERUS DIANCAM TURUN PENARAFAN ("DOWNGRADING OF RATING") WALAUPUN NAJIB LAKSANAKAN DASAR MENEKAN RAKYAT

Hari ini, agensi penarafan kewangan dunia Moody's telah menurunkan prospek ekonomi Malaysia dari "positif" kepada "stabil". Lazimnya sebarang penurunan taraf prospek ekonomi sesebuah negara oleh agensi penarafan dilihat sebagai ancaman kepada penarafan kewangan negara tersebut.

Sejak menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam tahun 2009,  Najib  telah menjadikan pengurangan defisit dan penghapusan subsidi sebagai jihad ekonomi beliau demi memastikan penarafan kewangan Malaysia ("sovereign rating of Malaysia") tidak diturunkan oleh agensi-agensi penarafan seperti Moody's. Ini berikutan kebergantungan pentadbiran beliau kepada hutang akibat keborosan kerana sebarang penurunan penarafan akan menyebabkan kadar faedah hutang Kerajaan Persekutuan menjadi lebih tinggi, lalu menyukarkan pentadbiran beliau untuk terus berhutang.

Beliau tunduk kepada tekanan agensi-agensi antarabangsa untuk melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang anti-rakyat seperti pelaksanaan GST dan penghapusan subsidi. Demi memastikan nasihat agensi-agensi antarabangsa ini diikuti, Najib  tidak mengendahkan kepayahan yang ditanggung oleh rakyat akibat dasar-dasar yang anti-rakyat.

Hari ini, GST telah dilaksanakan selama lebih 9 bulan dan lebih RM30 bilion telah dikutip dari rakyat. Hampir keseluruhan dari subsidi yang sebelum ini dinikmati rakyat telah dihapuskan semuanya termasuklah subsidi petrol dan diesel. Beliau juga memotong peruntukan-peruntukan penting untuk pendidikan dan biasiswa di dalam belanjawan 2016 yang dibentangkan Oktober 2015 lalu.

Malangnya, kesemua dasar-dasar anti rakyat ini yang menyebabkan beban sara hidup rakyat naik berganda, mahasiswa terpaksa mengikat perut, rakyat melakukan lebih dari satu kerja untuk menampung kenaikan harga dan lain-lain kepayahan – tidak pun berjaya menghalang Moody's dari menurunkan prospek ekonomi Malaysia dari positif kepada stabil.

Ini bermakna keputusan Najib yang mempertaruhkan kebajikan rakyat demi memastikan agensi penarafan antarabangsa tidak memberikan isyarat yang negatif mengenai penarafan kewangan Malaysia adalah sia-sia. Rakyat menanggung beban dan prospek ekonomi Malaysia tetap diturunkan oleh Moody's.

Sebab itu, pendekatan ekonomi konvensional yang diambil oleh Najib akan terus menjadi sia-sia dan tidak berkesan selagi ia tidak menangani barah utama ekonomi negara iaitu rasuah, tatakelola yang lemah dan tiadanya amanah.

 
Ekonomi Malaysia akan kembali mampan bila mana dasar-dasar ekonomi pro-rakyat dilaksanakan selari dengan perang besar-besaran membanteras rasuah, menguatkan tatakelola dan membina amanah di dalam pentadbiran negara.
  
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN






-----------------

SUARA MENANTU ABAH

Posted: 11 Jan 2016 05:48 PM PST





SYABAS

MENANTU

ABAH



Umno tidak akan merayu kerjasama PAS, kata Khairy

Pemuda Umno hari ini menegaskan parti Melayu itu tidak terdesak dan tidak akan merayu untuk bekerjasama dengan PAS.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Ketua Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang meminta supaya PAS menimbang semula keputusan Majlis Syura Ulama yang menetapkan untuk tidak mempunyai kerjasama.
"Lemah sangat kita nak merayu orang ambil kita. Malulah. Kalau orang tak nak kerjasama dengan kita tak payahlah kita merayu.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-tidak-akan-merayu-kerjasama-pas-kata-khairy#sthash.aJpg7E6w.dpuf

KAH KAH KAH
woit
ini baru betul
ini sikap anak menantu
ini terbaik menantu abah
ingat PUNASEHAT kuat ke?
kah kah kah
parti ni dah rahai
banyak aktivis dah lari
kah kah kah
bagi tahu mat sotong
bagi tahu jinnakolojis
bagi tahu niko bodooo
bagi tahu mat serban
siapa pegang kuasa
kah kah kah
siapa kerajaan
kah kah kah

MENANTU 



------------

YA AMPOON YA MAULANA

Posted: 11 Jan 2016 05:00 PM PST







YA AMPOOON

YA MAULANA



Bonda Ratu dibebaskan dengan jaminan polis‎
JASIN - Seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai pewaris takhta Kesultanan Melaka bersama pasangannya telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Wanita yang menamakan dirinya sebagai Bonda Ratu telah ditahan polis bersama pasangannya minggu lalu kerana didakwa merancang mengadakan satu majlis penganugerahan pingat kebesaran di Sungai Rambai Sabtu lalu.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Sampornak Ismail, mengesahkan bahawa pasangan berkenaan, yang sebelum ini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan telah dibebaskan atas jaminan polis.

Bagaimanapun, katanya, walaupun dibebaskan, siasatan polis ke atas mereka masih diteruskan.


YA AMPOON

PATEK DOA

BONDA RATU

TETAP SEHAT
------------

SATU PAKATAN - SATU HARAPAN

Posted: 11 Jan 2016 05:00 AM PST








Kenyataan Media Bersama Pemuda AMANAH Pahang, Angkatan Muda KEADILAN Pahang, dan Pemuda Sosialis DAP Pahang.



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 10hb Januari 2016, satu sejarah baru telah tercipta apabila pertemuan antara Pemuda AMANAH Pahang, Angkatan Muda KEADILAN Pahang dan wakil Pemuda Sosialis DAP Pahang telah diadakan di Pejabat Parti AMANAH Negeri Pahang.

Dalam pertemuan ini, pelbagai isu terutamanya senario politik anak muda di Negeri Pahang telah dibincangkan. Kami, wakil pemuda ketiga-tiga parti telah bersepakat bahawa:

1) Sokongan penuh diberi terhadap perjanjian yang telah dimaterai oleh pimpinan tertinggi Pakatan Harapan di peringkat nasional pada 9hb Januari di Shah Alam dan yakin bahawa perjanjian ini akan membawa kepada satu pembentukan pakatan yang lebih kuat dan kukuh;

2) Sayap Pemuda ketiga-tiga parti komponen Pakatan Harapan Pahang akan memberi komitmen penuh terhadap pembentukan Pakatan Harapan serta menjunjung segala agenda bersama yang terkandung di dalam Perjanjian Pakatan Harapan;

3) Kami akan bekerjasama serta menggerakkan seluruh kekuatan di dalam Pahang untuk memberi kesedaran politik kepada warga Pahang serta berganding bahu mencapai misi mengambil alih pentadbiran Negeri Pahang daripada tangan Rejim UMNO Barisan Nasional;

4) Kami turut menyeru semua anak muda Pahang untuk menyokong perjuangan kami, bersama-sama menghentikan kezaliman dan kerakusan kerajaan BN;

5) Penubuhan sekretariat bersama Pemuda Pakatan Harapan sedang dirancang dan akan menjadi tunjang kekuatan Pakatan Harapan Pahang pada masa akan datang.

Kami ingin menyatakan komitmen penuh untuk berusaha meraih keyakinan rakyat terhadap Pakatan Harapan. Dalam keadaan kehidupan yang kian mencabar, rakyat semakin bosan melihat politiking yang melampau dan akhirnya membebankan rakyat. Kami juga ingin mengingatkan UMNO Barisan Nasional supaya menghentikan politik perkauman dan sebaliknya menyelesaikan isu ekonomi dan beban rakyat yang kian meningkat.

Pemuda Pakatan Harapan Pahang akan menjadi benteng utama Pakatan Harapan Pahang dan barisan penyerang yang paling menggerunkan apabila diletakkan di barisan hadapan. Ayuh kita berganding bahu menjatuhkan kezaliman UMNO Barisan Nasional.

Kenyataan Bersama Oleh:

Mohamad Sabri Abdullah
Ketua Pemuda AMANAH Pahang

Wong Chun Yuan
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pahang

YB Leong Yu Man
Wakil ketua DAPSY Pahang




--------------

KUTU BAH MENIPU

Posted: 11 Jan 2016 04:30 AM PST







KUTUBAH MENIPU APA MACAM
khutbah adalah rukun jumat. tak ada khutbah tak ada jumat. tp kalau khutbah menipu, amacam? kalau khutbah ampu penguasa zalim, amacam? kalau khutbah kata gst itu baik, amacam? kalau khutbah buat org lari dr masjid spt tuan A samad said yg sanggup pergi jumat dimasjid jamek dan dgr khutbah dlm bahasa Urdu... hukum jumat khusus tidak ada dlm nas. yg ada ialah: "Hai orang-orang yang beriman, apabila diserukan untuk solat pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli."

 Persoalannya ialah - SIAPA YANG PATUT MEMBUAT SERUAN TERSEBUT? sudah tentu pihak pemerintah. kalau orang yg minum arak buat seruan adakah kamu akan pergi? kalau penguasa zalim yg suruh kamu solat jumat (padahal dia sendiri tak solat) dan dgr khutbah propaganda dia, adakah kamu akan pergi? cth solat jumat pd zaman pemerintahan kamal attaturk, shah iran, Mubarak dll... seruan ini hanya perlu ditaati jika dtgnya dr penguasa yg adil spt dlm firman: TAATILAH ALLAH, DAN on SATU PERTANYAAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/8/16




---------------

SILA SAMPAIKAN

Posted: 11 Jan 2016 03:38 AM PST








 MAKLUMAT INI

sila sampikan

kepada bani 

ketuanan melayu






-----------

GOOD BYE MISTER LAWRENCE

Posted: 10 Jan 2016 11:42 PM PST











David Bowie dies at the age of 69

David Bowie has died, 18 months after being diagnosed with cancer.
The 69-year-old singer's death was confirmed in a Facebook post from his official page:
"David Bowie died peacefully today surrounded by his family after a courageous 18 month battle with cancer. While many of you will share in this loss, we ask that you respect the family's privacy during their time of grief."


GOOD BYE

AND

MERRY X-MAS 

MR. LAWRENCE 





---------------

TANGKAPAN DITERUSKAN

Posted: 10 Jan 2016 10:53 PM PST








BETUL KE

BERiTA INI

ATAU KES 

iKAN BILIS

MENGOLAH

PERSETUJUAN



Bauksit: SPRM tahan dua pegawai PTG

KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memperoleh perintah tahanan reman terhadap dua lagi pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang berhubung isu perlombongan bauksit.

Pengarah Siasatan SPRM  Azam Baki berkata perintah reman selama enam hari terhadap suspek yang berusia 51 dan 57 tahun itu dikeluarkan Majistret Noor Aisah Mohamed di sini.

Suspek merupakan antara enam pegawai PTG yang dipanggil ke pejabat SPRM di sini semalam, untuk memberi keterangan berhubung isu penjualan Borang Pemindahan Mineral (Borang 13D) kepada pengusaha lombong haram.
Borang itu yang disebut sebagai docket oleh penduduk setempat, dikeluarkan PTG dengan bayaran RM1, namun siasatan SPRM mendapati ia dijual pada harga antara RM150 dan RM200 setiap satu.

Penahanan terbaharu ini menjadikan jumlah kesemua mereka yang ditahan SPRM dalam isu ini kepada sembilan orang terdiri daripada enam pegawai PTG dan tiga orang awam. 

KAH KAH KAH
woit
dah berapa ramai kena tangkap?
dah sembilan orang
ini hebat
kah kah kah
SPRM dah mula bergerak
ini terbaik
SPRM makin tegas
kah kah kah
tapi hanya kes jual borang
kah kah kah
soalan yang lebih besar
sapa luluskan projek ini?
kah kah kah

GUTAK PUTAK

-------------

MAT BAK KU TEE

Posted: 10 Jan 2016 08:58 PM PST








 | January 11, 2016
ridhuan
Lapan sebab syarikat bukan Islam perlu patuh kepada kehendak syariah, menurut Ridhuan Tee.More ››



WOIT BERANI

RITUAN 

BAK KU TEE INI

CAKAP PADA

 SYARIKAT

AMERIKA

DALAM JANJI 


TTPA?


KAH KAH KAH





--------------

LIDAH MULA BERCABANG

Posted: 10 Jan 2016 08:09 PM PST





HADi CAKAP

LAiN

TAKi CAKAP

LAiN





PAS tak goyang hadapi AMANAH

PAS tidak gentar menghadapi Parti Amanah Negara (AMANAH) berikutan pengalaman dan sejarah panjang yang dihadapi oleh parti berkenaan.
Hadi berkata, PAS pernah menghadapi pelbagai parti sebelum ini, termasuk Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (BERJASA) bagaimanapun PAS tidak pernah jatuh, malah terus bangkit.

PAS larang ahli sertai program AMANAH

PAS mengeluarkan arahan melarang semua ahlinya daripada menyertai mana-mana program Parti Amanah Negara (AMANAH).
Menurut surat yang dikeluarkan atas nama Setiausaha Agung PAS, Takiyudin Hassan, jika ahli parti masih mahu menyertai program AMANAH , mereka mestilah mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Pusat PAS.

KALAU TAK

GOYAH

KENAPA ADA

LARANGAN

KAH KAH KAH



------------

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Lagi bergolak, lagi manyak masyuuk untuk barua dalam PAS

Posted: 10 Jan 2016 07:03 PM PST

Boss Funder UG ternyata gembira sekali di atas kejayaan barua-baruanya yang ada dalam PAS  yang mengatur dan melaksanakan program untuk memecahkan Pakatan Rakyat.

Nik Abduh, Mokhtar Senik, Din Tantawi, Nurul Islam, Suwardi dan Din Ayam pun tentu juga seronok kerana dana dari Ku Nan dah masyuuk kan?

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilihat sangat mengalu-alukan kenyataan terbuka PAS yang menganggap Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai musuh.

"Jelas bahawa gabungan pembangkang kini bergolak teruk," katanya.

  "Biar mereka bergolak lagi," katanya di sidang media selepas merasmikan ibu pejabat Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di Kuala Lumpur hari ini. Baca lagi di sini

Lagi bergolak, lagi manyak masyuuk  untuk barua-barua yang ada dalam PAS!

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


TAHAJUD AMALAN SEJAK MUDA (DATIN TUAN SABARIAH TUAN ISHAK)

Posted: 10 Jan 2016 08:35 PM PST



Oleh: Zafrullah Zafrullah

Tok Guru sangat suka membaca. Masanya juga dipenuhi dengan menelaah kitab-kitab agama. Jarang sekali Tok Guru duduk berehat begitu sahaja tanpa melakukan apa-apa yang bermanfaat untuknya. Setiap kali waktu solat, Tok Guru akan berjemaah di masjid. Waktu malamnya juga diisi dengan amalan ibadat dan seumpamanya.

"Dia seorang yang sangat sederhana. Hidup kami sekeluarga macam orang lain juga. Dia selalu ingatkan saya dan anak-anak bahawa ilmulah harta yang sangat mahal. Ilmu jugalah darjat yang paling tinggi di akhirat."

Tok Guru juga seorang suami yang memudahkan. Dia akan menyediakan keperluan rumah tangga secukupnya. Tapi untuk pakaian isteri dan anak-anak, dia akan beri sejumlah wang dan pandai-pandai Tuan Sabariah memilih apa yang diminati. Dia tidak akan komen tapi sekadar senyum sahaja.

Selain daripada kaut berpegang pada prinsip agama, Tok Guru juga seorang yang zuhud, tidak suka membazir, penyayang dan bercakap perkara yang baik-baik sahaja. Kesederhanaan ini juga dipraktikkan ketika menjadi ketua dan pemimpin dalam masyarakat.

"Sewaktu menjadi menteri besar, pernah sekali Tok Guru membawa saya menghadiri majlis makan malam. Saya memang teruja. Tetapi selepas habis mesyuarat, dia terus ajak saya balik. Saya tanya, kenapa tidak makan terlebih dahulu. Dia cakap, mesyuarat tu sekejap saja tapi jamuan yang diadakan itu belanjanya beratus ribu ringgit. Membazir! Dia tidak mahu bersubahat makan duit rakyat."

Sebagai isteri, Tuan Sabariah juga kagum dengan ketegasan suaminya yang sangat menjaga solat tahajud sejak muda lagi. Dalam keadaan sakit dan tidak bermaya, Tok Guru gagahkan diri untuk bangun se pertiga malam bagi melakukan rutin itu.

"Setiap jam 3.00 pagi, saya dengar Tok Guru sedang mengaji sebelum bertahajud. Pernah satu ketika, bacaannya sengaja dikuatkan untuk bangunkan saya agar kami sama-sama bertahajud. Inilah amalannya. Walaupun kadangkala balik lambat namun solat tahajud tetap dilakukan."

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Rombak Bajet 2016 Semula Selepas Pembentangan Bajet 2016 Malaysia 3 Bulan Lalu?

Posted: 11 Jan 2016 04:23 AM PST

BERITA SEMASA
 
 
Rombak Bajet 2016 Semula Selepas Pembentangan Bajet 2016 3 Bulan Lalu?


rombak bajet 2016


Jikalau anda sempat perhatikan laporan berita bertarikh 13 November 2015, Timbalan Menteri Kewangan Chua Tee Yong ada mengatakan yang mana kerajaan tidak akan semak semula Bajet 2016.

Manakala 2 minggu selepas itu pada tarikh 30 Disember 2015, Datuk Johari Abdul Ghani sempat mengatakan yang tiada semakan semula Bajet 2016 walaupun harga minyak turun.
Terkini, Perdana Menteri Malaysia datuk Seri Najib Razak membeirkan "singnal" yang mana kerajaan akan semak dan rombak Bajet 2016 tidak lama sahaja lagi.

Nampaknya, pembentangan Bajet 2016 yang berlangsung pada tarikh 23 Oktober 2016 yang dikatakan berada di landasan yang betul sebelum ini hanya bertahan sekitar 3-4 bulan sahaja untuk disesuaikan dan realistik dengan keadaan dan situasi hari ini.

Rombak Bajet 2016 : Faktor, Punca dan Alasannya?

 

  1. Harga minyak US$98.94 setong pada tahun 2014 telah jatuh kepada US$31.58 setong pada 7 Januari 2016
  2. Pertumbuhan ekonomi di China
  3. Kenaikan kadar faedah untuk Federal Reserve
Pelarasan, Rasionalisasi, Pengubahsuaian adalah antara perkataan yang akan dicanang dan dilaungkan setiap kali berlaku pengubahsuaian.
  • harga minyak turun –> pendapatan negara berkurangan –> rakyat kena cukai –> peluang kerja masih terjamin
  • harga minyak naik –> kos mengimport bahan api bertambah –> rakyat kena cukai –> bersiap sedia dengan pembuangan pekerja dan peluang kerja semakin terhad
P/S : Berita Semasa difahamkan Kementerian pendidikan antara banyak kena potong menjelang semakan dan rombakan Bajet 2016 kelak. Ermmm…

PP/S : Adakah Jabatan Perdana Menteri yang telah menggunakan Belanjawan yang besar pada pembentangan sebelum ini di mana tidak sesuai dengan impak yang telah diberikan oleh Kementerian ini, akan dicantas peruntukkan? Beranikah?

PPP/S : 3 bulan lalu Menteri dan ahli poltiik mengatakan Bajet 2016 dipuji ramai tatkala, ramai yang mempersoalkan membentangan Bajet 2016 yang kurang realistik dengan keadaan ekonomi hari ini. 

Hari ini telah berlaku sebaliknya. Contohnya seperti di bawah ini…

PAS sertai Himpunan Aman Bantah TPPA pada 23 Januari ini

Posted: 11 Jan 2016 04:15 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS akan menyertai Himpunan Aman Bantah Perjanjian Trans-Pasifik Asia (TPPA) bersama Kongres Rakyat, yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 23 Januari ini.
 
Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, penyertaan itu selaras dengan pendirian PAS yang membantah TPPA yang dilihat sebagai bentuk penjajahan baru kuasa besar ke atas negara kita dalam sektor ekonomi.
 
"Kami juga akan turut membantah TPPA dalam sesi perbahasan di Sidang Khas Parlimen pada 26 dan 27 Januari ini
 
"PAS mempunyai pendekatan khusus tanpa terikat dengan mana mana pihak. Berasaskan sistem nilai tersendiri dan agenda yang diperjuangkan, PAS telah mengatur dan merencana aktiviti bantahan TPPA melalui pelbagai peringkat.
 
"Teguran, forum terbuka, resolusi persidangan dan himpunan aman untuk menghantar isyarat yang jelas kepada kerajaan Malaysia bahawa kami bantah TPPA yang dilihat sebagai bentuk penjajahan baru kuasa besar ke atas negara kita dalam sektor ekonomi," ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Namun Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, PAS akan menilai keperluan, kewajaran dan kesesuaian keadaan untuk menyertai penganjuran bantah TPPA oleh pihak lain, selepas ini. 
 
"Ahli PAS diminta memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh PAS atau mana-mana aktiviti yang direstui," katanya.    
 

TENUNG SEMACAM TU BEB!!

Posted: 11 Jan 2016 04:10 AM PST

shahbudindotcom


 
 
 
Memetik laporan Berita Harian  Online pada Ahad bersamaan 10 Januari 2015,  Ketua Menteri Melaka Idris Haron berkata, sektor pelancongan di negeri itu mampu mendapat manfaat besar, terutama dalam limpahan publisiti menerusi kunjungan ratu cantik dari seluruh dunia.

Katanya, pendekatan bijak mempromosi pelancongan negeri itu menerusi pertandingan ratu cantik berupaya meletakkan Melaka sebagai destinasi pelancongan berjenama besar.

"Usah melihat pertandingan ini semata-mata sebagai menjolok mata, sebaliknya perlu melihat dalam konteks semangat sebenar untuk memajukan negeri Melaka.
 
 
 
 
"Langkah bijak mempromosi Melaka membawa limpahan rezeki terutama dalam sektor pelancongan di mana ratu cantik ini akan membantu mempromosi Melaka di negara mereka," katanya lagi.

Hmmmm...sama ada untuk promosi pelancongan, kepentingan limpahan rezeki atau apa saja hujahnya,  tapi yang tenung semacam memandang tubuh badan ratu-ratu cantik itu apa pula halnya?

Tak ingat anak isteri di rumah ke?

Sehingga ini hanya Wanita Amanah Melaka yang tampil menyatakan rasa kesal dengan penganjuran pertandingan Miss Tourism 2015/2016 di Melaka itu yang disifatkan bertentangan dengan adab Islam dan budaya ketimuran.
 
 


Barangkali yang ini semua pihak setuju jika Pas  juga segera tampil dengan nasihatnya kepada Idris Haron dan kerajaan negeri Melaka, sesuai dengan keinginan parti itu untuk menjadi penasihat kepada kerajaan yang pernah ditawarkannya sebelum ini.


Bauksit: SPRM tahan enam pegawai, kakitangan PTG Pahang

Posted: 11 Jan 2016 04:05 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam lagi pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang semalam bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan pengeluaran dokumen pemindahan mineral untuk perlombongan bauksit haram di negeri itu. 
 
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki dipetik Utusan Malaysia berkata, keenam-enam pegawai berkenaan ditahan semalam mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM.
 
Kesemua pegawai berkenaan termasuk seorang wanita berusia di antara 42 tahun hingga 57 tahun kini diambil keterangan dan penentuan sama ada pihak SPRM akan mendapat perintah reman terhadap mereka akan diputuskan hari ini. 
 
Mereka yang ditangkap itu adalah pegawai Pejabat Tanah dan Galian yang terlibat dalam pengeluaran dokumen pemindahan mineral (Borang 13D) untuk perlombongan bauksit haram di negeri itu.
 
Dengan penahanan terbaru itu menjadikan jumlah suspek yang ditahan setakat ini bertambah kepada 13 orang.
 
Terdahulu, pada Rabu lalu, empat pegawai PTG yang disyaki menerima rasuah daripada pelombong bauksit haram bernilai lebih RM100,000 ditahan reman. 
 
Manakala semalam tiga lagi orang awam termasuk seorang wanita yang dipercayai 'orang tengah' yang terlibat dalam rasuah perlombongan bauksit haram di Pahang direman selama seminggu bermula Sabtu.
 
Daripada 13 yang ditahan setakat ini, sepuluh daripadanya adalah pegawai PTG. 


Tanjong Malim kini dikenali daerah 'Muallim'

Posted: 11 Jan 2016 04:02 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
TANJONG MALIM: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Isnin berkenaan mengisytiharkan Tanjong Malim sebagai daerah pentadbiran baharu ke-11 di Perak dikenali sebagai Daerah Muallim. 
 
Tanjong Malim sebelum ini terletak di dalam daerah Batang Padang. 
 
Dalam titah pengiystiharan, Sultan Nazrin mengingatkan bahawa ilmu dan agama wajib dijadikan panduan ketika merancang serta merangka pembangunan daerah itu agar tidak berlaku kontradiksi antara nama dengan kandungan.
 
Ini kerana, titah baginda perkataan 'Mualim' berasal daripada perkataan Arab yang berkaitan dengan ilmu dan ilmuwan agama. 
 
"Unsur ilmu dan agama hendaklah dijadikan identiti daerah ini. Amatlah bertepatan dengan namanya jika daerah Muallim dibangunkan sebagai wilayah ilmu dan kota pelajar," titah baginda.
 
Daerah Muallim yang berada dalam Parlimen Tanjong Malim berkeluasan 93,434 hektar mempunyai 69,639 penduduk serta terdiri daripada tiga mukim iaitu Slim, Hulu Bernam Timur dan Hulu Bernam Barat. 
 
Titah Sultan Nazrin daerah Muallim terdiri daripada penduduk pelbagai latar belakang agama, etnik, budaya dan bahasa di samping terlibat dalam pelbagai profesion selain memiliki tahap pencapaian sosioekonomi yang berbeza. 
 
Sehubungan itu, perancangan pembangunan daerah Muallim sewajibnya berupaya memenuhi keperluan penduduk terutama kemudahan perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan, perhubungan dan perumahan.
 
"Semoga pemimpin, pentadbir serta penduduk di daerah Muallim sama-sama memahami, menghayati dan melaksanakan hasrat untuk membangunkan Perak sebagai negeri yang mencapai tahap sosioekonomi dan pendapatan per kapita tinggi.
 
"Semoga daerah Muallim akan menjadi daerah yang termaju dan pemimpin, pentadbir serta penduduknya sama-sama mendukung hasrat Kerajaan Beta untuk menjadikan negeri Perak sebuah negeri yang aman lagi berjaya," titah baginda. 


El Nino: Kes Denggi dijangka naik 50 peratus

Posted: 11 Jan 2016 03:59 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Fenomena El Nino yang melanda negara ini boleh menyebabkan peningkatan kes denggi sehingga 50 peratus berikutan cuaca panas, kering dan suhu tinggi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata fenomena itu, yang dijangka berterusan sehingga Mac ini di seluruhn negara, akan menyebabkan kitaran hidup nyamuk Aedes daripada telur ke peringkat nyamuk dewasa semakin singkat iaitu kurang dari tujuh hari, sekali gus menyebabkan populasi nyamuk meningkat.

"Selain itu, suhu panas akan menyebabkan nyamuk lebih aktif dan frekuensi menggigit mangsa adalah tinggi selain penyebaran virus lebih meluas.

"Situasi akibat fenomena El Nino memberi kesan kepada tabiat vektor dan masyarakat, dan pada tahun ini, ia dijangka berupaya menyebabkan peningkat kes denggi sehingga 50 peratus," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya fenomena El Nino menyebabkan hujan berkurangan dan isu bekalan air berlaku, yang memaksa masyarakat menakung air bagi menampung bekalan air harian.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya memastikan tiada pembiakan Aedes di kawasan mereka.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata kes denggi meragut empat nyawa di Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Wilayah Perekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam minggu pertama tahun ini.

Dalam tempoh sama, sebanyak 3,337 kes deman denggi dilaporkan yang meningkat 33 peratus (826 kes) berbanding minggu sebelum (minggu akhir tahun 2015).

Peningkatan kes denggi berlaku di Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang, Kelantan, Perlis, Sabah dan Perak, katanya.

Selain itu, beliau berkata jumlah lokaliti wabak juga meningkat pada minggu pertama tahun ini iaitu 1,044 lokaliti berbanding 907 lokaliti pada minggu sebelumnya (minggu akhir tahun lepas) manakala lokaliti hotspot turut meningkat daripada 145 lokaliti kepada 161 lokaliti melibatkan tujuh negeri iaitu di Selangor (122), Johor (22), Perak (lapan), Pulau Pinang (empat), Sabah dan Negeri Sembilan (masing-masing dua), Kuala Lumpur dan Putrajaya (satu).

Beliau berkata walaupun trend kes sejak dua tahun kebelakangan ini meningkat pada awal tahun, namun kes yang dilaporkan pada minggu pertama tahun ini iaitu 3,337 kes adalah lebih tinggi berbanding 2,633 kes tahun lepas.

"Pada keseluruhan tahun lepas, sebanyak 120,836 kes dilaporkan, peningkatan sebanyak 11.2 peratus atau 12,138 kes berbanding 108,698 kes yang dilaporkan pada tahun 2014," katanya.

Dr Noor Hisham berkata analisis Kementerian Kesihatan mendapati faktor peningkatan kes demam denggi berpunca daripada persekitaran tidak bersih, tabiat masyarakat membuang sampah merata-rata dan ketidakcekapan pengurusan sampah.

"Di samping itu, faktor pergerakan manusia yang lebih meluas, kepadatan penduduk yang tinggi dan proses urbanisasi yang pesat membangun turut menyumbang kepada peningkatan kes denggi ini.

"Berdasarkan pengaruh faktor-faktor ini maka pencegahan denggi memerlukan penglibatan masyarakat, agensi-agensi lain dan semua pihak," katanya.- Bernama


Amaran Syed Ali: Umno tak kebal

Posted: 11 Jan 2016 03:52 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Pemimpin Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Syed Ali Abbas Alhabshee mengingatkan pemimpin parti itu di setiap peringkat tidak "tidur lena" kerana menggagap Umno sentiasa kebal.

Ketua Umno Cheras itu berkata, parti komponen BN yang lain juga harus mempunyai iltizam menambah baik agenda perjuangan agar keyakinan rakyat tidak terhakis seperti dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.

"Jangan kita beranggapan Umno khususnya BN sentiasa kebal sehingga ada di kalangan kita berpeluk tubuh.

"Sebaliknya kita perlu melihat kepada realiti semasa betapa asakan pembangkang semakin agresif untuk menumbangkan BN pada PRU akan datang," katanya yang juga setiausaha Badan perhubungan Umno Wilayah Persekutuan.

Beliau mengingatkan supaya pemimpin Umno bekerja keras dan teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi.

Syed Ali membangkitkan "ancaman politik bentuk baru" yang banyak dipengaruhi sentimen generasi muda.

"Generasi muda perlu sentiasa disemaikan dengan benih-benih patriotik dan erti perjuangan UMNO mengangkat martabat serta maruah orang Melayu dan umat Islam di negara ini," tegasnya.

Beliau juga membangkitkan cabaran fakta yang didakwa diputar belit dengan semakin agresif di alam maya.

"Pembangkang akan guna apa sahaja untuk memesong perhatian rakyat supaya tercetus kebencian dan kegusaran terhadap Umno dan BN selaku parti pemerintah," ujarnya di blog Umno Cheras.


'Hakim tak berhati perut' - Zaid kata tak gentar ke mahkamah

Posted: 11 Jan 2016 03:51 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Bekas di Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang sedang disiasat oleh pihak polis tidak gentar dengan kemungkinan diheret ke mahkamah kerana mengkritik badan kehakiman.

Menurutnya, mereka yang berada di Putrajaya silap untuk berfikir bahawa sebarang dakwaan atau perbicaraan akan datang akan adalah mengenai dirinya.

Sebaliknya, menurutnya, diri mereka sebenarnya yang akan dibicarakan itu.

"Saya akan pertahankan kata-kata saya bahawa 'hakim tidak berhati perut. Saya akan terangkan mengapa hakim-hakim itu gagal melaksanakan sumpah jawatan mereka bukan sahaja dalam kes Indira tetapi kes-kes lain lagi.

"Keadilan telah dinafikan kepada rakyat Malaysia untuk sekian lama kerana hakim tidak berhati perut," katanya dalam laman Facebook.

Zaid mengundang masalah apabila beliau membidas keputusan majoriti penghakiman Mahkamah Rayuan yang membabitkan perebutan anak-anak K Pathmanathan @ (Mohd Redwan Abdullah) dan bekas isterinya M Indira Gandhi yang ditukar kepada agama Islam.

Katanya, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menegur beliau kerana tidak membaca penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes Indira sebelum melemparkan label ke atas hakim-hakim.

Beberapa hari kemudian, katanya, Arifin mendapatkan sokongan oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Gopal Sri Ram.

"Pertama kali saya ingin minta kedua-dua mereka untuk membaca blog post saya dengan teliti. Blog saya lebih mudah difahami daripada beberapa keputusan penghakiman Mahkamah Persekutuan hari ini.

"Saya menulis untuk rakyat biasa. Saya bercakap bahasa mereka. Saya tidak pernah menjadi peguam yang baik atau terpelajar seperti Arifin atau Sri Ram," katanya.

Menurut Zaid, beliau sedih dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Indira Gandhi dan membaca penghakiman penuh itu tidak akan membantunya berasa lebih baik kerana keputusan akhir adalah 'meloyakan'.

"Seperti semua keputusan penghakiman sebelum ini, saya kecewa kerana hakim-hakim akan mempertahankan keputusan mereka dengan mendakwa mereka tidak berkuasa kerana sesuatu atau sebab-sebab lain.

"Ia mungkin kerana keputusan sebelum ini atau kerana Perkara 121 (A) atau kerana perkara itu terletak pada bidang kuasa mahkamah syariah. Kita telah dengar semua ini, sebelum ini. Itulah yang menyakitkan hati dan menjadikan saya geram.

"Saya tidak kata majoriti hakim tidak berhati perut atau mereka sahaja yang bersalah. Saya melahirkan kekecewaan saya bukan sahaja hanya pada hakim Mahkamah Rayuan tetapi juga kepada hakim-hakim di Mahkamah Persekutuan dalam tempoh 10 tahun yang lalu kerana sikap angkuh mereka terhadap kebebasan asasi dan kerana tidak mempertahankan teras prinsip-prinsip perlembagaan sistem undang-undang kita.

"Soalan saya adalah, apakah jenis sistem yang kita ada? Saya berkata seluruh negara telah gagal atau kehilangan jiwanya dan hasilnya kita menghasilkan hakim yang tidak berhati perut. Jika seorang ibu tidak boleh bersama dengan anaknya selama sembilan tahun, maka sistem kita ada masalah," katanya.

Zaid juga berkata beliau tidak peduli jika Mahkamah Rayuan terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan 2014 dalam kes Haji Raimi Abdullah.

Soalnya, mengapa Mahkamah Rayuan tidak mengikut satu lagi keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2007 dalam kes Latifah Mat Zin, jika itu akan membolehkan para hakim memberi keadilan kepada Indira?

'OK Najib? Sudi debat dengan saya?'

Posted: 11 Jan 2016 03:46 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdebat secara terbuka dalam isu 1MDB.

Katanya, masih banyak perkara yang tidak terjawab dalam isu berkaitan syarikat pelaburan negara yang sarat hutang itu.

"Apa pun Najib Tun Razak, kalau susah-susah sangat mari kita berdebatlah dalam isu skandal 1MDB ini.

"Kalau tak mahu debat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, mari kita debat dua orang!" katanya.

Beliau bagaimanapun memberikan syarat ia mesti disiarkan secara langsung supaya rakyat dapat menghakimi.

"Ok tak Najib Tun Razak? Sudi ke?

Menulis di Facebook, Khairuddin berkata Najib mesti menjawab secara menyeluruh mengenai isu-isu berkaitan 1MDB.

"Jawab lah di dalam parlimen dan siarkan secara terus menerus ke seluruh pelosok tanah air agar kesemua 30 juta rakyat akan memahami kedudukan semasa syarikat bermasalah ini!!

"Kalau saya kata dia bangang takut kena tangkap bawah Sosma pula nanti! Tapi hakikatnya Najib Tun Razak ini lebih kurang macam itulah!" katanya.

Beliau membangkitkan bagaimanapun rakyat hendak yakin pada kepimpinan masa kini jika jawapan diberikan berlainan daripada yang dibangkitkan.

Khairuddin sebelum ini ditahan setelah membuat laporan polis di pelbagai negara, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat, berkaitan isu 1MDB.


Mengapa Thailand, Filipina tak sertai TPPA? soal pakar

Posted: 11 Jan 2016 03:26 AM PST

Adrian Wong Gah Junn







Seorang pakar ekonomi negara, Jomo Kwame Sundaran melontarkan soalan mengapa Malaysia begitu berminat untuk menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sedangkan negara-negara seperti Thailand dan Filipina memilih untuk menjauhkan diri.

"Mengapa Thailand tidak berminat? Mengapa Filipina yang begitu rapat dengan Amerika Syarikat, tidak berminat?

"Adakah terdapat begitu banyak manfaat yang Filipina dan Thailand tidak nampak?" soalnya selepas menghadiri forum TPPA 2016, anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia.

Dalam kes Indonesia, jelas beliau, ada yang berhujah bahawa negara itu mempunyai kerajaan yang baru dan ditambah semangat nasionalisme yang menebal menyaksikan mereka menarik diri daripada TPPA.

"Bagi Singapura pula, mereka mempunyai lebih banyak konsesi daripada apa yang terdapat dalam TPPA. Jadi bagi mereka, perjanjian itu tidak membebankan langsung.

"Brunei adalah sebuah negara yang kecil yang tidak cuba untuk membangunkan. Harapan mereka minyaknya akan kekal selama-lamanya.

"Dalam kes Vietnam, mereka telah buat pengiraan Mereka pernah berperang dengan China kira-kira 35 tahun yang lalu, mereka mempunyai banyak masalah dengan China, mereka sangat kecewa dengan kerajaan China, jadi mereka membuat keputusan strategik iaitu bersama Amerika Syarikat," kata bekas pegawai kanan ekonomi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu.
 
Dengan memeterai TPPA, Jomo berkata, Najib akan menguburkan ikrar bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussin yang mahu menjadikan ASEAN sebagai 'zon keamanan, kebebasan dan berkecuali (ZOPFAN).

Menurutnya, bukan menjadi rahsia bahawa agenda utama TPPA bagi Amerika Syarikat adalah untuk mengecualikan China.

"Kita boleh fahami, mengapa Vietnam, bekas seteru ketat Amerika berminat untuk menyertai TPPA iaitu untuk menguatkan hubungan dua hala dengan jiran gergasinya yang sukar itu.

"Tetapi mengapa kerajaan Malaysia begitu berminat untuk menyertai sedangkan manfaat ekonominya adalah meragukan serta risiko yang besar yang terlibat?" soalnya.

Rafizi: Semakan taraf bukti Najib sia-sia ‘tekan’ rakyat

Posted: 11 Jan 2016 03:21 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Tindakan agensi penarafan kewangan dunia Moody's Investors Service yang menyemak prospek ekonomi Malaysia dari 'positif' kepada 'stabil' menunjukkan bahawa pendekatan ekonomi konvensional oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempertaruhkan kebajikan rakyat adalah sia-sia, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Katanya, walaupun Najib tunduk kepada tekanan agensi-agensi antarabangsa untuk melaksanakan dasar-dasar ekonomi anti-rakyat seperti pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan penghapusan subsidi, namun ia gagal menghalang Moody's dari menyemak semula prospek unjuran ekonomi negara.

"GST telah dilaksanakan selama lebih sembilan bulan dan lebih RM30 bilion telah dikutip dari rakyat.

"Hampir keseluruhan dari subsidi yang sebelum ini dinikmati rakyat telah dihapuskan semuanya termasuklah subsidi petrol dan diesel," katanya dalam satu kenyataan.

"Beliau juga memotong peruntukan-peruntukan penting untuk pendidikan dan biasiswa di dalam belanjawan 2016 yang dibentangkan Oktober 2015 lalu.

"Malangnya, semua dasar-dasar anti rakyat ini yang menyebabkan beban sara hidup rakyat naik berganda.

"Mahasiswa terpaksa mengikat perut, rakyat melakukan lebih dari satu kerja untuk menampung kenaikan harga dan lain-lain kepayahan – tidak pun berjaya menghalang Moody's dari menurunkan prospek ekonomi Malaysia dari positif kepada stabil," katanya.

Moody's hari ini mengesahkan penarafan bon tidak bercagar senior dan penerbit Kerajaan Malaysia pada A3 dan menukar prospek kepada stabil daripada positif.

Dalam satu kenyataan, Moody's berkata ia juga mengesahkan penarafan tidak bercagar senior A3 kepada sijil amanah dolar AS yang diterbitkan oleh Malaysia Sovereign Sukuk Bhd, perantara tujuan khas yang ditubuhkan kerajaan Malaysia.

Perkhidmatan Pelabur Moody hari ini menyemak semula unjuran negara Malaysia daripada 'positif' kepada 'stabil' dan mengesahkan penerbit kerajaan Malaysia dan penarafan bon tidak bercagar kanan di A3.

Moody's berkata sijil amanah ini dianggap obligasi langsung kerajaan Malaysia dan penarafan ini secara automatik mencerminkan perubahan kepada penarafan negara Malaysia.

Mengenai langkah penarafan, Moody's mengesahkan penarafan instrumen bagi hutang tidak bercagar senior yang diterbitkan Khazanah Nasional Bhd pada A3.


AMANAH dakwa Melaka perjudi agama sokong ratu cantik

Posted: 11 Jan 2016 03:18 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Angkatan Wanita Parti Amanah Negara (AMAANH) Melaka kesal dengan penganjuran pertandingan Miss Tourism 2015/16 di Melaka baru-baru ini yang disifatkan bertentangan syariat Islam dan adab ketimuran.

"Jelas sekali pertandingan Miss Tourism ini haram di sisi Islam kerana pakaian yang menjolok mata, tidak sopan dan hadirin pula terdiri dari kaum lelaki dan wanita.

"Lebih malang lagi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron sendiri turut hadir memeriahkan acara tersebut," kata ketuanya Mahani Othman Basir.

Menurut Mahani, kerajaan Melaka sebelum ini dilihat banyak menganjurkan aktiviti agama seperti majlis 'Melaka Berselawat' tetapi ia masih tidak memberi keinsafan kepada pimpinan negeri apabila membenarkan program maksiat diadakan di negeri itu.

"Malah mereka sendiri hadir memberikan sokongan padu kepada program maksiat sebegini.

"Kami sebagai kaum wanita berasa terhina kerana jelas sekali program ini mengeksploitasi wanita dengan mempamerkan bentuk badan dan aurat mereka kepada kaum lelaki," katanya.

Sehubungan itu pihaknya mendesak kerajaan negeri Melaka memohon maaf khususnya kepada semua wanita di negeri itu kerana menggalakkan program sumpama itu.

"Kami tidak rela anak-anak muda di negeri ini terjebak dengan program-program lalai dan tidak bermanfaat malah haram di sisi Islam.

"Apa perasaan kita jika anak-anak kita sendiri mendedahkan sebahagian badan mereka kepada kaum lelaki seperti yang berlaku dalam program ini?," soal Mahani.

Selain itu, katanya, pihaknya juga kesal kerana program maksiat seperti ini terus diadakan atas alasan untuk menarik pelancong datang ke Melaka.

"Apakah kerajaan negeri sanggup menggadaikan nilai-nilai agama dan adab ketimuran dengan menghalalkan program Miss Tourism ini hanya kerana alasan dangkal untuk menggalakkan pelancongan.

"Sudah keringkah idea mereka untuk mengalakkan pelancongan sehingga sanggup memperjudikan hukum agama dan adab-adab ketimuran kita," soalnya.


Kelantan mungkin sambar Dangda

Posted: 11 Jan 2016 03:14 AM PST

TRW sambar Dangda
Dangda antara pemain Thailand yang diminati Dr Vida untuk dibawa ke pasukan TRW musim ini.
 

SEJURUS dilantik Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman tampil dengan idea baharu apabila menyatakan minat untuk menyambar penyerang sensasi Thailand, Teerasil Dangda bagi memperkuatkan The Red Warriors menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Pengasas Vida Beauty yang lebih dikenali panggilan Dr Vida itu mengakui beliau amat tertarik dengan corak permainan selain reputasi hebat dimiliki pemain kebangsaan Thailand berusia 28 tahun itu.

"Kita perlu berusaha mendapatkan pemain import yang betul-betul berkualiti kalau hendak tengok Kelantan merangkul kejuaraan musim ini. Maksud saya, pemain yang dibawa masuk itu boleh membantu kejayaan sesebuah pasukan.

"Saya percaya kehadiran pemain itu mampu mempertajamkan jentera penggempur Kelantan sekali gus menerbitkan rasa gerun kepada mana-mana pasukan lain," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun,  jutawan syarikat kosmetik itu menjelaskan, segalanya bergantung pada perbincangannya dengan Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa selain mendapatkan pandangan jurulatih, K Devan sebelum beliau meneruskan usaha membawa masuk peledak berbisa dari negara jiran itu.

Dangda, yang menjaringkan 33 gol dalam 70 penampilan bersama Thailand kini beraksi selaku pemain pinjaman bersama kelab Almeria di Liga Sepanyol dan dijangka kembali ke pangkuan pasukan asalnya, Muangthong United, pada 20 Januari ini.

Sepanjang mewakili Muangthong United dari 2009 hingga 2014, Dangda merekodkan 86 gol daripada 186 penampilannya bersama naib juara Liga Premier Thailand musim lalu itu.

Pada masa sama, Dr Vida memberitahu, beliau turut mencadangkan kepada pihak Kafa mendapatkan beberapa pemain dari Timur Tengah bagi memperkukuhkan skuad pantai timur pada saingan musim ini.


El Nino: KPDNKK tiada kuasa tentukan harga ikan

Posted: 11 Jan 2016 03:11 AM PST

SINAR HARIAN


Hamzah Zainuddin
Hamzah 
 
 
PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mempunyai kuasa dalam soal menentukan turun atau naik harga ikan berikutan fenomena El Nino.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menjelaskan kementerian itu sebaliknya berfungsi untuk melihat daripada segi penerimaan pengguna tentang harga sama ada patut naik atau turun.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah perkhidmatan cemerlang 2015 kepada 265 warga kementerian di sini hari ini, Hamzah berkata KPDNKK hanya mempunyai kuasa dalam menentukan dua barang keperluan iaitu gula dan tepung di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Ramai tidak tahu bahawa kuasa KPDNKK adalah terhad," katanya sambil menambah bahawa harga ikan naik atau turun adalah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Beliau dalam pada itu akan meminta pengawai kementeriannya untuk meringkaskan Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 agar ia mudah difahami oleh rakyat biasa.

Dalam perkembangan lain, Hamzah memberi jaminan bahawa kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak akan dinaikkan walaupun harga minyak mentah dunia turun.

Beliau menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengekalkan hasil kutipan cukai enam peratus, yang berkuatkuasa 1 April lalu, dan isu kenaikan GST tidak dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet. - Bernama

Pas bantah TPP di Sidang Khas Parlimen nanti

Posted: 11 Jan 2016 03:08 AM PST

Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan


SHAH ALAM – Pas hari ini akan mengumumkan akan menyatakan bantahan terhadap Perjanjian Perkongsian Transpasifik (TPP) dalam sesi perbahasan di Sidang Khas Parlimen pada 26 dan 27 Januari ini.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, ia menunjukkan ketegasan Pas dalam menolak TPP yang dilihat sebagai bentuk penjajahan baru kuasa besar ke atas negara dalam sektor ekonomi.

"Pas mempunyai pendekatan khusus tanpa terikat dengan mana-mana pihak dan ia berasaskan sistem nilai tersendiri dan agenda yang diperjuangkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, sebagai langkah awal, Pas juga telah mengatur dan merencana pelbagai aktiviti untuk menyatakan bantahan terhadap perjanjian itu.

"Ia dibuat melalui pelbagai peringkat. Teguran, forum terbuka, resolusi persidangan dan himpunan aman untuk menghantar isyarat yang jelas kepada kerajaan bahawa kami bantah TPP.

"Ahli Pas diminta memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh Pas atau mana - mana aktiviti yang direstui," katanya lagi.

Kena tindakan perli pemimpin, Proguam tampil bantu

Posted: 11 Jan 2016 03:06 AM PST

Kena tindakan perli pemimpin, Proguam tambil bantu


ROMPIN - Seorang kakitangan awam dikenakan surat tunjuk akibat entrynya di laman sosial Facebook mengenai azam tahun baru yang menyentuh perihal pemimpin negara.

Selain itu, dalam entry sama juga dia turut mengkritik seorang timbalan menteri.

Isu yang viral di media sosial itu mendapat perhatian Persatuan Pengamal Undang Undang & Hak Asasi Manusia Malaysia (Proguam) Pahang yang mempersoalkan tindakan ke atas individu berkenaan selain menawarkan khidmat guaman.

Pengerusinya, Mohd Fadzli Mohd Ramly, berkata, melihat pada keratan paparan skrin kenyataan Facebook individu itu yang tersebar di media sosial beliau berpandangan ia merupakan komen yang adil dan tidak menyentuh serta memfitnah mana-mana pihak.

"Sejak beberapa hari lalu keratan paparan skrin individu itu tersebar di media sosial yang turut diterima saya. Jadi, Proguam Pahang menawarkan khidmat guaman percuma untuk penjawat awam ini untuk membantunya dari aspek perundangan.

"Ia tidak menyentuh dan memfitnah mana-mana pihak serta tidak juga mempunyai unsur-unsur fitnah," katanya kepada Sinar Harian.

Surat tunjuk sebab bertarikh 4 Januari itu dikatakan tersebar di media sosial dan ditandatangani pegawai jabatan kerajaan yang menyatakan posting Facebook itu boleh menyebabkan persepsi negatif dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab serta boleh mencemarkan reputasi agensinya, kerajaan termasuk perkhidmatan awam.

Dalam pada itu, Fadzli turut menegaskan bahawa tindakan yang dikenakan itu juga disifatkan sebagai menyekat amalan demokrasi negara iaitu hak untuk bersuara selain menganggap tindakan itu juga tidak sesuai dalam suasana masa kini.

"Dari segi moral pada saya pihak berkenaan mengambil tindakan kepada yang bersuara seperti ini adalah untuk menutup mulut rakyat iaitu tidak mustahil mereka ini golongan yang tertekan akibat kos sara hidup meningkat.

"Paling penting mesej di sebalik isu ini ialah ia bukan sekadar reaksi rakyat tetapi ia juga merupakan reaksi daripada seorang kakitangan awam yang meluahkan perasaan yang mewakili suara hatinya dan mungkin suara hati ramai lagi rakyat di luar sana," katanya.


Permohonan tukar stadium ‘pink’ sudah diluluskan

Posted: 11 Jan 2016 02:58 AM PST

Annuar Musa
 

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) ,Tan Sri Annuar Musa hari ini  memaklumkan bahawa hasrat pengasas Vida Beauty iaitu ,Datuk Seri Dr Hasmiza Othman untuk menukar wajah stadium Kelantan (Stadium Sultan Muhammad IV)  menjadi stadium berwarna merah jambu sudah diululuskan.

Memetik kenyataan di laman Facebooknya hari ini, Annuar berkata apa yang perlu dilakukan kini ialah pihaknya perlu berurusan dengan perbadanan stadium selepas permohonan itu diluluskan.

"Saya baru habis menghadap Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob pada pukul 3.30 tadi menyampaikan secara rasmi hasrat Dr Vida menukar wajah stadium, permohonan telah diluluskan, cuma maklumat terperinci dan cara kerja kita kena berurusan dengan perbadanan stadium, syukur," tulisnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Cat stadium merah jambu antara syarat taja TRW

Terdahulu, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang juga dikenali Dr Vida sebelum ini mengenakan dua syarat sebelum menjadi penaja pasukan bola sepak Kelantan antaranya mahu menukar Stadium Sultan Muhammad IV dicat dengan warna merah jambu.

Sementara itu, Kafa sebelum ini bersetuju dengan syarat yang diletakan oleh Dr Vida yang mana dengan persetujuan itu membolehkan Kafa menerima tajaan sebanyak RM20 juta.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kafa setuju terima syarat Qu Puteh]


Pakatan Harapan tidak akan layan PAS, tumpu kepada isu rakyat

Posted: 10 Jan 2016 10:02 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Terdapat beberapa peristiwa penting akan berlaku memberi kesan besar kepada rakyat dan mereka mengambil pendirian untuk tidak terjebak dalam polemik politik yang dianggap tidak berkesudahan, kata Majlis Setiausaha Pakatan Harapan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Januari, 2016.Terdapat beberapa peristiwa penting akan berlaku memberi kesan besar kepada rakyat dan mereka mengambil pendirian untuk tidak terjebak dalam polemik politik yang dianggap tidak berkesudahan, kata Majlis Setiausaha Pakatan Harapan. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Pakatan Harapan tidak akan melayan kritikan PAS dan akan fokus kepada isu kebajikan rakyat yang tertekan dengan dasar pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Perkara itu diputuskan Majlis Setiausaha Pakatan Harapan walaupun terdapat kenyataan yang menyentuh secara langsung mengenai parti-parti dalam gabungan itu sewaktu berlangsungnya Ijtima Pilihan Raya PAS Selangor hari ini.

"Perkara paling penting dalam negara ini ialah untuk menghentikan kemudaratan kepada rakyat akibat daripada pentadbiran Najib bagi meringankan beban rakyat," kata Majlis Setiausaha Pakatan Harapan dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Pakatan Harapan, terdapat beberapa peristiwa penting akan berlaku memberi kesan besar kepada rakyat dan mereka mengambil pendirian untuk tidak terjebak dalam polemik politik yang dianggap tidak berkesudahan itu. 
 
"Akan ada proses semakan semula belanjawan kerajaan Persekutuan 2016 yang terpaksa dibentangkan semula Najib kerana unjuran pendapatan kerajaan persekutuan kini todak lagi dapat menampung perbelanjaan.

"Satu lagi peristiwa penting ialah sidang khas Parlimen pada 26 dan 27 Januari untuk membahaskan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang bawa kesan besar kepada rakyat," kata kenyataan itu.

Menurut Pakatan Harapan, polemik politik yang berlebihan itu hanya akan mengundang rasa tidak senang hati kepada rakyat dan memberikan keuntungan kepada perdana menteri sedia ada untuk kekal berkuasa.

"Oleh yang demikian, mengambil semangat kesatuan politik di antara PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang dimeterai dalam perjanjian Pakatan Harapan semalam, Majlis Setiausaha mengambil pendirian supaya semua pimpinan Pakatan Harapan tidak terjebak dalam polemik politik yang tidak berkesudahan ini," kata kenyataan itu.

‎Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan hari ini PAS tidak gentar dengan Pakatan Harapan dan ia bukanlah ancaman kepada parti Islam itu.

"PAS parti paling berpengalaman sebelum merdeka dan sejak merdeka," kata Hadi seperti dilaporkan The Star Online.


PAS keluar pekeliling larang ahli sertai program PAN, DAP

Posted: 10 Jan 2016 09:57 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS mengeluarkan pekeliling bagi melarang ahlinya daripada bekerjasama atau terlibat dengan mana-mana aktiviti Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP di semua peringkat, demi memelihara keutuhan dan perpaduan parti Islam itu serta mengelakkan pelanggaran perlembagaan parti. 
 
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, arahan tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 8 Januari lalu. 
 
Bagaimanapun, ahli PAS yang ingin menyertai aktiviti politik anjuran parti politik yang bukan membabitkan kedua-dua parti politik itu boleh berbuat demikian dengan mendapat kebenaran Jawatankuasa Pusat.

"Ahli-ahli PAS dilarang mengambil bahagian, melibatkan diri, bekerjasama atau menyertai sebarang program atau aktiviti PAN dan DAP di semua peringkat.

"Ahli-ahli PAS perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum menghadiri sebarang jemputan program/aktiviti politik dan seumpamanya dari mana-mana parti politik lain (selain dari PAN dan DAP yang dilarang terus sebagaimana (i) di atas,"  menurut pekeliling yang dikeluarkan PAS, bertarikh 9 Januari.

Pekeliling itu ditujukan kepada setiausaha perhubungan PAS negeri dan Wilayah Persekutuan dan dewan-dewan peringkat pusat untuk disampaikan kepada ahli di peringkat bawah.

Pekeliling itu dibuat tidak berapa lama selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berada sepentas di majlis Alumni Al Azhar Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ia juga dikeluarkan selepas bekas naib presiden PAS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa menyertai majlis PAN dan DAP baru-baru ini.

Husam menyertai dan berucap di Majlis Makan Malam PAN Kelantan pada 1 Januari di Petaling Jaya dan menyertai majlis DAP di Johor pada malam esoknya.

Berdasarkan arahan itu, ahli dan pemimpin PAS boleh menyertai program mana-mana parti politik, termasuk Umno dengan syarat mendapat persetujuan parti, tetapi tidak boleh sama sekali menyertai program anjuran PAN dan DAP.

PAS berhak pertahan kerusi, kata naib presiden PKR

Posted: 10 Jan 2016 09:53 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ia merupakan hak PAS untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya dalam pilihan raya umum akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Januari, 2016.Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ia merupakan hak PAS untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya dalam pilihan raya umum akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
PKR menganggap walaupun masih terlalu awal bagi setiap pihak membincangkan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PAS berhak mempertahankan setiap kerusi yang dimenanginya, lapor Sinar Harian hari ini. 
 
 Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memaklumkan parti itu tidak akan menyerahkan satu pun kerusi yang ditandinginya kepada parti pembangkang lain dalam PRU akan datang.

"PAS berhak mempertahankan kerusi yang mereka menangi, memandangkan itu hak mereka (PAS).

"Pada saya, terlalu awal untuk simpulkan pertembungan tiga penjuru. "Sebelum ini, beberapa pemimpin PAS lain turut menyuarakan mengenai isu pembahagian kerusi, namun itu bukanlah merupakan pendirian rasmi PAS," katanya.

Mengulas lanjut perkara itu, Shamsul menyifatkan kenyataan beberapa pemimpin PAS sebelum ini berhubung isu tersebut hanya cakap-cakap politik yang tidak sihat.

"Banyak perkara lain yang perlu menjadi fokus, antaranya nasib rakyat di samping memperjuangkan isu-isu besar, terutamanya membabitkan bebanan ekonomi negara pada masa kini," katanya.

Tuan Ibrahim dalam kenyataannya menganggap tindakan PAS itu demi mempertahankan maruah memandangkan sebelum ini, parti itu berkali-kali menyerahkan kerusi yang ditandinginya kepada parti rakan setiap kali melakukan tahaluf siyasi.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub berkata, keengganan PAS memberi sebarang kerusi kepada parti pembangkang lain pada PRU akan datang tidak memberi kesan kepada Pakatan Harapan.

Katanya, Amanah sentiasa berpegang kepada prinsip bersama parti komponen lain seperti diputuskan melalui Majlis Perjanjian Pakatan Harapan 2015.

"Amanah bersama Pakatan Harapan. Kita (Amanah) tidak terikat dengan apa-apa pandangan PAS. Jadi jika ada apa-apa, ia akan dibincangkan secara bersama dengan rakan-rakan pakatan lain," katanya.


Belum ada tahap pelajar kebuluran, pecah usus– MPPUM

Posted: 10 Jan 2016 09:48 PM PST

Dakwaan laporan berita tiga daripada empat pelajar universiti awam kelaparan tidak tepat dan hanya diperbesarkan oleh media untuk kepentingan tertentu.


fanitsyara


PETALING JAYA: Tiada pelajar yang mengadu bahawa mereka mengalami kelaparan sehingga ke tahap kebulur atau pecah usus.

Demikian tegas Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM), Fanitsyara Kam Phon ekoran laporan terdapat pelajar yang terpaksa mengikat perut di universiti akibat masalah kewangan berikutan kos sara hidup tinggi sehingga isu berkenaan menjadi viral di laman media sosial Facebook.

"Daripada pengalaman saya sendiri, tidak ada lagi yang mengadu berlapar sampai pecah usus, pengsan dan kebuluran disebabkan tidak cukup makan.

"Kami pergi ke kolej-kolej (asrama) tiada yang berlapar. Saya agak hairan apabila ada laporan mengatakan pelajar lapar sehingga usus pecah," katanya kepada FMT.

Fanitsyara juga mendakwa laporan bahawa lebih tiga daripada empat pelajar universiti kelaparan adalah tidak tepat dan hanya diperbesarkan oleh media untuk kepentingan tertentu.

Dalam pada itu, Fanitsyara berharap supaya lebih banyak peluang dan ruang dibuka untuk memberi manfaat kepada mahasiswa bagi mengatasi masalah kos pengajian yang semakin tinggi.

Sambungnya, bantuan seperti pinjaman modal untuk mahasiswa yang ingin berniaga dalam kampus boleh dipertimbang agar dapat melahirkan lebih ramai usahawan muda di samping meningkatkan kebolehpasaran mahasiswa.

"Selain itu alumni universiti juga boleh membantu mengatasi permasalahan yang wujud di kampus," katanya.

Sebelum itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh memberi jaminan bahawa akan memastikan nasib pelajar di universiti awam yang mempunyai masalah kewangan hingga menyebabkan mereka kelaparan akan dibela.

Beliau juga pada masa sama telah mengeluarkan arahan kepada pihak pentadbiran universiti termasuk Pejabat Timbalan Naib Canselor (TNC) dan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) mengenal pasti setiap pelajar yang menghadapi masalah kewangan dan melaporkan segera kepada beliau dan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Hotel atas pelantar minyak UiTM Terengganu

Posted: 10 Jan 2016 09:39 PM PST

 
Idea tersebut diilhamkan oleh UiTM Terengganu yang percaya ia dapat menarik pelancong selain menjadikannya pusat pembelajaran


Hotel-di-atas-pelantar-minyak


PETALING JAYA: Hotel di atas pelantar minyak bakal menjadi tarikan baharu produk pelancongan di negeri Terengganu menjelang Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.

Idea tersebut diilhamkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu yang percaya pembinaan hotel itu bukan sahaja dapat menarik pelancong dari dalam dan luar negara, malah boleh dijadikan sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan universiti berkenaan.

Rektor UiTM Terengganu Prof Madya Dr Abdol Samad Nawi dilapor akan berjumpa Ketua Pegawai Eksekutif Petronas pada Selasa (esok) untuk berbincang bagi mendapatkan pelantar Petronas yang sudah tidak digunakan dan jika boleh, lokasi pelantar 10 batu nautika dari pesisir pantai Dungun dan ubah suai menjadikan hotel terapung di tengah-tengah laut.

"Kalau kerajaan Terengganu juga bersetuju dengan cadangan ini, saya rasa ia akan memberi impak yang besar kepada pelancongan Terengganu," katanya selepas menyempurnakan majlis penutup Festival Hospitaliti 2016 di UiTM Terengganu Kampus Dungun pada Ahad, lapor Bernama.

Abdol Samad berkata kos keseluruhan masih belum diketahui dan pihaknya merancang membina hotel berkenaan berkonsepkan wakaf bagi mendapatkan dana.

"Mungkin pembinaan hotel ini menelan belanja agak tinggi yang mana ia meliputi kos penyelenggaraan, keselamatan dan pengubahsuaian, jadi kita rancang jadikan ia projek berkonsepkan wakaf dan kita juga akan menjalankan usahasama dengan beberapa syarikat lain," jelasnya lagi.

Jom ubah, seru pemimpin DAP lawan persepsi buruk pengundi Melayu

Posted: 10 Jan 2016 09:38 PM PST



Serangan anti-DAP mewujudkan sentimen kemarahan serta ragu-ragu daripada kaum Melayu terhadap parti itu yang memerlukan pengundi Melayu untuk memenangi Putrajaya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Januari, 2016.Serangan anti-DAP mewujudkan sentimen kemarahan serta ragu-ragu daripada kaum Melayu terhadap parti itu yang memerlukan pengundi Melayu untuk memenangi Putrajaya. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
DAP perlu berubah dan tidak lagi mengharap pihak lain mendekati Melayu, termasuk rakannya dalam Pakatan Harapan, kata pemimpin parti itu ketika menghadapi sentimen kemarahan daripada kaum terbesar di negara ini.

Mereka berkata DAP serta rakannya PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah), perlukan sokongan separuh komuniti Melayu, yang membentuk 60% pengundi, bagi memenangi Putrajaya.

Ia perlu mewujudkan sebuah naratif baru politik yang bersifat inklusif, merangkumi semua komuniti, dan menghapuskan keraguan orang Melayu Islam jika ia benar-benar mahu menjadi parti arus perdana.

Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong berkata pihaknya mengambil kajian yang mengatakan ramai Melayu tidak senang dengan parti itu secara positif dan serius. "Ini masalah yang serius," kata ahli Parlimen Kluang itu kepada The Malaysian Insider.

"DAP perlu terlibat sendiri dalam mendekati orang Melayu, jadi dengan itu naratif baru akan terhasil, dan DAP boleh diterima," katanya yang mahu naratif baru itu membolehkan semua pihak merasai ekonomi yang baik ketika negara dalam krisis.

Naratif baru ini juga, katanya, perlu melibatkan semua pihak, bukan sekadar Melayu sahaja tetapi kaum Cina, India, rakyat Sabah dan juga Sarawak.

"Kita perlukan naratif besar meleraikan ketakutan mereka dan menggabungkan semua mereka di bawah satu misi nasional mengalahkan Umno yang menjadi punca masalah selama ini," katanya.

Liew mengulas kajian Institut Darul Ehsan (IDE), sebuah badan di bawah kerajaan negeri Selangor, yang menyatakan kira-kira 70% Melayu tidak senang dengan DAP.

"Kemarahan dan kebencian ini kami kesan di kalangan Melayu luar bandar terutamanya, termasuk di kalangan ahli dan penyokong PAS.

"Hanya di kawasan yang dimenangi DAP sahaja menunjukkan peratusan kecil kemarahan itu," kata Timbalan Pengerusi IDE Profesor Datuk Dr Redzuan Othman kepada The Malaysian Insider.

Pandangan Liew selari dengan pandangan ketua Parlimen parti Lim Kit Siang yang berpendapat DAP perlu berkomunikasi lebih baik bagi menampakkan parti itu beraspirasikan pelbagai kaum.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berpendapat sentimen negatif terhadap parti daripada golongan Melayu luar bandar adalah berpunca dari kekurangan maklumat tentang parti serta propaganda Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Januari, 2016.Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berpendapat sentimen negatif terhadap parti daripada golongan Melayu luar bandar adalah berpunca dari kekurangan maklumat tentang parti serta propaganda Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider.
Manakala setiausaha agung Lim Guan Eng pula berpandangan, sokongan kepada DAP berkurangan di kalangan Melayu luar bandar kerana kurang mendapat maklumat yang tepat dan terpengaruh dengan propaganda Umno.  
 
Untuk itu, kedua-duanya mengesa agar DAP bekerja keras memberikan penerangan kepada orang Melayu kerana terbukti selepas menerima penjelasan, mereka akan memberi sokongan sebagaimana berlaku di kawasan yang diwakili parti itu.

Pemimpin DAP juga berpendapat sentimen orang Melayu luar bandar menjadi negatif kerana kebanyakan maklumat di kawasan itu diperolehi daripada media pro-Umno.

Menurut Liew, kerjasama antara Umno dan PAS menggunakan kaum, agama dan Raja-raja, satu formula yang terbukti berkesan.

"Tetapi masa sudah berubah. Saya penuh yakin, jika Pakatan Harapan boleh menjadi iPhone politik, yakni politik baru, membina pasaran baru, kehendak baru, naratif yang baru, kita boleh hadapi semua ini," katanya.

Pandangan strategis muda DAP itu turut dikongsi senior beliau, Anthony Loke, setiausaha organisasi parti.

"Selama ini kita hadapi serangan dari Umno. Bila PAS juga menyertai Umno menyerang kami, ia semakin terasa," katanya.

Loke berkata, sentiasa ada perdebatan hangat dalam parti itu mengenai pendekatan yang perlu diambil.
"DAP sudah lama menyedari kepentingan sokongan Melayu," kata ahli Parlimen Seremban itu kepada The Malaysian Insider.

Namun, katanya, ia sentiasa pasang dan surut berdasarkan suasana semasa kerana ada pro dan kontra terhadap kumpulan penyokong asas DAP.

Beliau turut memahami, demografi penduduk Malaysia berubah mengikut keadaan semasa memandangkan keluarga Melayu lebih pesat berkembang berbanding keluarga Cina di negara ini, berdasarkan kadar pertumbuhan.

DAP bernasib baik kerana sejak kebelakangan ini, apabila Pakatan Rakyat berpecah, ramai tokoh-tokoh baru khasnya orang Melayu menyertai parti itu.

Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Aziz Bari yang menyertai DAP beberapa bulan lalu berkata, beliau baru-baru ini membuat cadangan bertulis mengenai perkara itu.

"Cadangan itu dihantar kepada DAP kira-kira sebulan lalu. Antaranya, bagaimana untuk mengendalikan orang Melayu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Baginya, DAP perlu memahami dan mengendalikan sensitiviti orang Melayu dengan baik bagi menambat hati mereka dalam usaha menjadikannya sebuah parti utama atau "mainstream".


Mahkamah cadang mediasi selesai saman Najib terhadap Liong Sik

Posted: 10 Jan 2016 09:35 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Datuk Seri Najib turut memohon perintah supaya Dr Ling menyiarkan kenyataan memohon maaf dalam akhbar atau majalah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Januari, 2016. Datuk Seri Najib turut memohon perintah supaya Dr Ling menyiarkan kenyataan memohon maaf dalam akhbar atau majalah. – Gambar fail The Malaysian Insider

 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mencadangkan  kes saman Datuk Seri Najib Razak terhadap  bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik diselesaikan melalui proses mediasi. Pada 27 Oktober lepas, Najib menyaman Dr Ling, antara lain memohon perintah supaya Dr Ling menyiarkan kenyataan memohon maaf dalam akhbar atau majalah yang dikenal pasti Najib, dalam bentuk dan terma yang akan ditentukan plaintif (Najib).

Najib juga memohon injunksi untuk menghalang Dr Ling, atau melalui kakitangan atau ejennya, daripada terus menuturkan atau menyiarkan apa-apa kenyataan berbaur fitnah atau apa-apa perkataan berbaur fitnah yang serupa terhadapnya.

Pada Oktober lepas, Dr Ling dilaporkan bersetuju dengan bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang Najib "mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadi beliau".
 
 "Saya bersetuju dengan Mahathir. Kerana beliau (Najib) mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadi beliau," Dr Ling dipetik sebagai berkata pada sidang media di Kuala Lumpur. – Bernama,


Buat 2 kerja tapi belum mampu tampung kos sara hidup

Posted: 10 Jan 2016 09:32 PM PST

 Kebanyakan rakyat Malaysia yang melakukan 2 atau lebih pekerjaan masih lagi menghadapi kesukaran menampung kos sara hidup. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Januari, 2016. Kebanyakan rakyat Malaysia yang melakukan 2 atau lebih pekerjaan masih lagi menghadapi kesukaran menampung kos sara hidup. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan berpendapatan rendah, tiada apa yang boleh dilakukan melainkan membuat pekerjaan lain untuk menambah pendapatan bagi menyara hidup dan keluarga. Tetapi dengan kelembapan ekonomi semasa, semakin ramai terhimpit akibat peningkatan kos sara hidup biarpun ada yang melakukan pekerjaan sampingan.

Bagi mereka, cadangan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan baru-baru ini supaya melakukan 2 pekerjaan bukan menunjukkan tanda simpati, malah memaparkan realiti sebenar yang perlu ditanggung kebanyakan rakyat.

Kerani siang hari, pemandu waktu malam Amiruddin Man, seorang kerani di institusi pendidikan tinggi di Pulau Pinang, mula melakukan pekerjaan kedua sejak 2 tahun lalu dengan membawa teksi selepas menghabiskan kerjanya.

Tetapi pemilik teksi sudah mengambil semula kenderaan dan Amiruddin kini perlu menggunakan keretanya sendiri untuk membawa pelanggan.

"Jika saya menyewa teksi, saya perlu membayar RM40 sehari, tidak berbaloi kerana saya hanya boleh melakukannya selepas jam 6 petang, dan perniagaan perlahan pada hari bekerja," kata lelaki berusia 31 tahun itu kepada The Malaysian Insider.

Dengan menggunakan kereta peribadinya, Amiruddin tahu apa yang dilakukannya tidak sah kerana tidak mempunyai permit, tetapi terpaksa menanggung risiko itu.

Amiruddin juga berkata beliau bukan pemandu Uber berdaftar kerana tidak mampu memenuhi syarat dan kehendak yang diperlukan syarikat itu.

"Ini kerja 'teksi sapu' (teksi haram), tetapi itu sahaja yang boleh saya lakukan sekarang. Saya hanya berdoa tidak ditangkap. Saya bernasib baik setakat ini.

"Saya tidak menjadi kaya dengan pekerjaan ini. Saya hanya berkhidmat sepenuh masa kepada pelanggan yang menghubungi saya jika mereka perlukan. Jika tiada panggilan, maka saya tinggal sahaja di rumah. Saya hanya mendapat purata RM200 hingga RM300 sebulan, yang hanya cukup untuk menampung perbelanjaan petrol bulanan.

"Saya dapat pulangan yang lebih baik pada hujung minggu dan cuti umum. Kadang-kadang kawan saya yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan, menghubungi apabila mereka perlu bantuan untuk menghantar produk mereka seperti hadiah dan kek kepada pelanggan. Saya terima apa yang mereka mampu bayar. Saya tidak menetapkan kadar," katanya.

Melakukan dua pekerjaan selepas habis waktu kerja tetap memakan masa bersama keluarga bagi Amiruddin Man yang memandu 'teksi sapu' untuk menampung kos sara hidup. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Januari, 2016. 
Melakukan dua pekerjaan selepas habis waktu kerja tetap memakan masa bersama keluarga bagi Amiruddin Man yang memandu 'teksi sapu' untuk menampung kos sara hidup. – Gambar fail The Malaysian Insider
 
Amiruddin mengakui tidak dibenarkan melakukan pekerjaan kedua tanpa kebenaran daripada majikannya.

"Saya mempunyai rakan-rakan yang juga melakukan pekerjaan kedua, tetapi kami pastikan pekerjaan kami yang lain itu tidak memberi kesan kepada pekerjaan sebenar. Kami hanya melakukannya selepas waktu bekerja.

"Ini bermakna kami perlu mengorbankan masa dengan keluarga, malam dan bekerja pada hujung minggu. Kadang-kadang saya mempunyai pelanggan dan hanya pulang ke rumah selepas tengah malam ketika semua orang sudah tidur."

Bersama-sama isterinya yang juga kerani di institusi sama, pendapatan bulanan isi rumah mereka kurang RM4,000, manakala perbelanjaan mereka mencecah sehingga RM1,800.

Katanya, mereka membelanjakan kira-kira RM400 untuk barangan runcit, RM400 bagi makanan di tempat kerja, RM250 untuk petrol dan RM250 lagi kelengkapan sekolah anak yang kini di darjah 3.

"Kami ketepikan RM60 sebulan untuk wang saku anak, dan sekitar RM185 untuk kemudahan kami, Astro dan bil telefon. Kami juga membayar yuran penyelenggaraan RM80 untuk rumah.

"Kami masih cuba mengurangkan perbelanjaan supaya boleh menyimpan lebih banyak. Makan di luar semakin mahal, jadi kami memasak dan makan di rumah. Kadang-kadang, kami hanya makan roti sebagai hidangan makan malam," katanya.

Amiruddin dan isterinya juga memperuntukkan sejumlah RM500 sebulan sebagai bayaran pinjaman perumahan.

"Kami tinggal di rumah ayah saya di Bukit Jambul, yang tidak jauh dari tempat kerja dan sekolah anak. Dengan cara ini kita dapat menjimatkan sedikit perbelanjaan petrol.

"Saya dan isteri mempunyai sebuah rumah yang kami sewakan RM400 sebulan. Ia tidak cukup untuk menampung pinjaman bank, tetapi sekurang-kurangnya adalah sikit."

Amiruddin tidak menyalahkan memperoleh pendapatan rendah begitu dengan keadaan ekonomi serta cukai barangan dan perkhidmatan, yang menyebabkan harga barangan naik.

"Walaupun jika gaji saya meningkat, saya tidak fikir ia akan membantu jika barang terus mahal. Kami memperoleh beberapa bantuan kerajaan, tetapi ia tidak mampu bertahan lama.

"Adalah sukar bagi mereka yang mempunyai anak yang masih bersekolah. Yuran sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain semakin mahal," katanya sambil menambah tidak mampu membawa anaknya bercuti di luar Pulau Pinang.

Suri rumah, kanak-kanak, dan 2 perniagaan
 
 Ramai yang menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram untuk menjana pendapatan sampingan dan berniaga dari rumah.  – Gambar Reuters, 11 Januari, 2016. 
Ramai yang menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram untuk menjana pendapatan sampingan dan berniaga dari rumah. .
 
 Suri rumah Siti Hajar Hasan, 27, menjalankan perniagaan online yang menjual makanan tambahan dan pakaian wanita Islam sejak 2014 untuk membantu meringankan beban kewangan keluarganya.

Perniagaan online melalui Facebook, blog dan akaun Instagram katanya mampu menjana pendapatan 3 hingga 4 angka sebulan, bergantung kepada usahanya.

"Berapa keras saya bekerja dan bergantung kepada berapa banyak wang yang diperlukan keluarga pada bulan itu. Saya tidak melakukannya secara serius. Ia sekadar untuk mencukupkan dan saya juga mempunyai seorang anak perempuan dan rumah untuk diuruskan.

"Anda perlu sentiasa melihat akaun media sosial dengan teliti, menjawab pertanyaan dan mengambil pesanan. Jika tidak bertindak dengan cukup pantas, anda akan kehilangan pelanggan yang berpotensi," katanya.

Tetapi sekarang untuk menampung kos sara hidup yang meningkat, Siti Hajar juga mengambil pekerjaan lain – menguruskan tadika yang baru dibuka di Kepala Batas di Pulau Pinang.

Pekerjaan ini menambah RM1,000 lagi pendapatan keluarganya, yang sebelum ini banyak bergantung kepada gaji RM3,000 suaminya – bekerja sebagai pegawai kerajaan negeri.

Beliau berkata, mudah-mudahan keluarganya yang menetap di Seberang Jaya, Pulau Pinang – dengan seorang anak berusia 5 tahun – akan dapat hidup lebih selesa dengan pendapatan tambahan bagi menampung perbelanjaan bulanan melebihi RM2,000.

Pasangan ini membelanjakan RM800 untuk pinjaman kereta dan rumah sewa mereka, RM600 untuk makanan dan barangan runcit, RM500 telefon, bil Internet dan utiliti, dan RM300 bagi petrol, tol dan pengangkutan awam.

Siti Hajar berkata suaminya menaiki bas dan feri untuk ke tempat kerjanya di sebelah pulau daripada memandu bagi mengurangkan perbelanjaan.

"Siapa yang mahu bekerja keras jika mereka boleh melakukan perkara yang mudah di rumah? Kami boleh lakukannya sebelum ini tetapi kos sara hidup naik.

"Kami tidak boleh hanya bergantung kepada pendapatan suami saya. Oleh itu, kami membuat pengorbanan... sekurang-kurangnya saya boleh mengatakan saya melakukan pekerjaan impian kerana saya memang mahu bekerja di tadika."

Siti Hajar berharap tadika baharu dengan 13 murid berusia antara 4 dan 6 itu akan dapat diuruskan dan dikekalkan supaya pendapatannya daripada perniagaan itu akan stabil.

"Kami berfikir dalam ekonomi yang perlahan, pendidikan akan menjadi perniagaan yang mampu bertahan. Orang ramai masih perlu menghantar anak-anak mereka ke tadika dan sekolah," katanya.

Bapa 54 tahun bekerja dari subuh hingga senja
 
Selama lebih 30 tahun, pekerja pejabat, K Chandrasegaran bangun sebelum subuh untuk menjual suratkhabar sekitar 6-7 pagi, sebelum bersiap bagi kerja tetapnya pada waktu pejabat 9 pagi hingga 5 petang.

Bapa kepada 3 orang anak itu memperoleh pendapatan sekitar RM2,500 sebulan dan mampu menyara semua anaknya hingga ke pendidikan tinggi.

Pada usia 54 tahun dan menghampiri umur persaraan, Chandrasegaran perlu menyara seorang lagi anaknya yang masih kecil sejak anak sulungnya mula bekerja di Singapura, dan tidak terlalu bimbang pendapatan semakin merosot akibat penurunan jualan akhbar.

Beliau bagaimanapun mengakui keluarganya terpaksa membuat keputusan untuk kurang berbelanja disebabkan kenaikan harga makanan dan utiliti.

"Saya lega anak saya berjaya mendapat kerja di Singapura di mana mata wang adalah lebih baik daripada kita sekarang. Beliau tidak menyumbang kepada perbelanjaan keluarga lagi tetapi saya percaya lebih mudah beliau berbuat demikian selepas bekerja beberapa tahun lagi," katanya.

Perlu jimatkan perbelanjaan, kata ibu tunggal 5 anak
 
Ibu tunggal Nur Suria Abd Aziz, 38, merupakan seorang tukang masak dan pembantu gerai makanan pada siang hari dan penjual di pasar raya pada waktu malam. Beliau memperoleh RM1,320 daripada kedua-dua pekerjaannya itu.

Sejak bercerai 2 tahun lalu, beliau seorang saja yang menyara kehidupan 5 anaknya yang berusia antara 6 hingga 16 tahun.

"Ia merupakan satu perjuangan yang sukar bagi saya untuk beberapa waktu sekarang dan peningkatan dalam kos keseluruhan memberikan tekanan kepada kewangan saya.

"Saya terpaksa mencari alternatif yang lebih murah daripada segi pengusaha bas sekolah dan pengasuh anak-anak.

 Ibu tunggal yang perlu menyara hidup bersama anak-anaknya juga tergolong dalam rakyat yang perlu bekerja sepanjang hari dengan 2 atau lebih pekerjaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Januari, 2016. 
 Ibu tunggal yang perlu menyara hidup bersama anak-anaknya juga tergolong dalam rakyat yang perlu bekerja sepanjang hari dengan 2 atau lebih pekerjaan. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
"Bagaimanapun, melakukan 2 pekerjaan bukanlah sesuatu yang baharu bagi saya kerana saya melakukannya ketika saya masih berkahwin.

"Hanya kini, kami perlu lebih berjimat cermat," kata Nur Suria, yang berasal dari Desa Pakatan, di Ipoh.

Beliau pada mulanya cuba untuk memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi menangguhkannya selepas seorang pegawai yang datang memeriksa keadaan rumahnya berkata tidak layak menerima bantuan kerana mempunyai set televisyen dan sofa di rumahnya.

"Perabot yang disediakan bekas suami saya yang sudah berpindah. Beliau ada memberikan wang saku kepada kami, tetapi adalah sukar kalau hanya bergantung kepada pendapatan saya sendiri.

"Seorang rakan saya juga menerima alasan yang sama apabila memohon bantuan dan selepas itu kami berhenti mencubanya," katanya.

Melakukan 2 atau lebih pekerjaan sudah biasa buat pengurus pemasaran
 
Sejak masih belajar dahulu, Susan Ho, 28, melakukan beberapa pekerjaan sambilan untuk menyara hidupnya.

Dalam tempoh 5 tahun yang lalu, beliau sudah bekerja sebagai guru tadika, penulis bebas untuk akhbar masyarakat dan juga mengajar kelas piano pada masa sama.

Tahun ini, pengurus berusia 28 tahun itu bagaimanapun mengambil keputusan untuk mencari pekerjaan di Kuala Lumpur, kerana terpedaya dengan janji pendapatan yang lebih besar.

Beliau berkata, harga makanan di kampung halamannya di Ipoh meningkat begitu banyak dan harganya hampir setanding dengan kadar di ibu negara.

"Sebab saya berkecimpung dalam beberapa pekerjaan adalah kerana hasil pendapatan untuk satu pekerjaan di Ipoh adalah kecil.

"Pendapatan saya dari semua 3 pekerjaan itu berjumlah antara RM2,800 dan RM3,000, yang hanya cukup bagi saya untuk menampung pembayaran bil.

"Pada kadar ini, ia akan menjadi lama sebelum saya mampu membeli sebuah rumah sendiri, yang merupakan impian saya. Sebab itu saya mengambil keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur, di mana saya boleh mendapat gaji pokok sekurang-kurangnya RM4,000," katanya.

Susan bekerja sebagai pengurus pemasaran dan berkata sedang mempertimbangkan terus mengajar piano secara sambilan atau menjadi seorang pemandu Uber bagi meningkatkan pendapatan dan meningkatkan simpanannya.