Nuffnang

Pengikut

DIALOG RAKYAT

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Exco PAS Selangor nafi letak jawatan hujung tahun ini

Posted: 24 Dec 2016 04:00 PM PST

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS hari ini tampil menafikan dakwaan ada desas-desus mengatakan bahawa tiga ahli Exco Selangor itu bakal meletak jawatan pada hujung tahun ini, ekoran beberapa kenyataan pemimpin PKR yang banyak melemparkan tuduhan tidak berasas kepada parti itu.
 
Menurut salah seorang daripada exco berkenaan Datuk Yunus Hairi, isu berkenaan sudah tidak dibincangkan lagi, memandangkan pendirian Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang bertegas mahu meneruskan kerjasama politik dengan parti itu.
 
"Secara peribadi saya tidak dengar lagi (mengenai exco PAS Selangor akan letak jawatan), di peringkat PAS negeri pun kita tidak pernah bincangkan sebab kita memegang konsep kerjasama dengan PKR masih lagi utuh. 
 
"Kalau di peringkat PAS pusat masih bertegas dengan PKR, pentadbiran negeri kita masih bersama atas dasar mandat yang diberikan oleh rakyat pada PRU13 dan pendirian Menteri Besar sendiri yang sama masih lagi mahu mentadbir kerajaan negeri bersama dengan PAS," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Isu mengenai peletakan jawatan tiga exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor kembali melanda arena politik negeri itu. 
 
Khabar angin ini timbul sekali lagi selepas Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution pada September lalu, menyifatkan bahawa PKR lebih terkesan dengan pengkhianatan yang dilakukan PAS terhadap parti itu.
 
Kenyataan itu dipercayai dikeluarkan selepas PAS sering mengatakan bahawa parti itu dikhianati PKR meskipun masih menjadi rakan tahaluf siyasi di Selangor.
 
Terbaru, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ada menyindir PKR dan menyatakan kekecewaan ekoran kerap dihentam parti itu ketika Ceramah Mega Rakyat anjuran PAS di Paya Jaras awal bulan ini.
 
PAS Selangor kini memilik tiga exco antaranya Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.
 
Pandangan peribadi 
 
Tambah Yunus lagi, kenyataan itu mungkin hanya persepsi sesetengah pemimpin PKR namun ia tidak mewakili parti tersebut.
 
"Itu hanya perrsepsi katakan PAS khianat PKR dan sebagainya, saya ingat dia (Datuk Saifuddin Nasution) kena buktikan. Kalau kita nak cari isu khianat yang rasanya mungkin persepsi masing-masing.
 
"Mungkin PAS juga boleh cari alasan yang PKR khianat kepada PAS dan sebagainya. Tapi yang penting adalah persamaan yang kita boleh pegang untuk bersama-sama dalam memegang pentadbiran dalam blok pembangkang," katanya merujuk kepada kenyataan Saifuddin.
 
Dalam pada itu, Yunus berkata segala keputusan adalah terletak ditangan PAS Pusat samada ingin meneruskan kerjasama politik dengan PKR di Selangor atau sebaliknya.
 
Jelasnya, sehingga kini tiada sebarang arahan yang dikeluarkan kepada PAS Selangor berhubung dakwaan itu.
 
"Saya tidak pasti di peringkat pusat (bincang mengenai perletakan jawatan exco PAS Selangor) tapi setahu saya peringkat pusat, Presiden, PAS Selangor dan ADUN tegas masih lagi sama (ada hubungan dengan PKR) dan saya rasa tidak pernah dibincangkan di peringkat negeri.
 
"Apa pun kalau itu yang dimahukan oleh PAS pusat, kita akur. Biasanya kita (PAS Selangor) beri input kepada (PAS) pusat untuk pertimbangkan buat keputusan dan kita akur dengan apa jua keputusan.
 
"Setakat ini tidak ada (isu peletakan jawatan exco PAS Selangor), dalam apa juga perbincangan di peringkat negeri memang tidak pernah disebutkan," katanya lagi.
 
 

3 maut kemalangan dua kereta

Posted: 24 Dec 2016 03:57 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
TAMPIN: Tiga sekeluarga maut termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Tampin-Gemas, berhampiran Rumah Rakyat Repah Baru, di sini, petang ini. 
 
Dalam nahas kira-kira jam 3.20 petang turut menyebabkan dua lagi penumpang cedera parah. 
 
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Pegawai Bomba Kanan ll Roslan Sahrani, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.26 petang dan bergegas ke lokasi bersama dua jentera dan lapan pegawai serta anggota. 
 
Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati pemandu dan penumpang Proton Saga, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala bayi perempuan dari kenderaan sama, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tampin. 
 
"Seorang penumpang wanita dari Proton Saga patah tangan dan kaki, pemandu sebuah lagi kereta iaitu Proton Persona, patah kaki dan kini dirawat di Hospital Tampin," katanya di sini, hari ini. 
 
Roslan berkata, identiti dan punca nahas masih disiasat.
 
 

Wajarkah pembelian Eagle High, soal Nazir kepada Felda

Posted: 24 Dec 2016 06:15 AM PST


Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak berkata, Felda yang ditubuhkan oleh bapanya, arwah Tun Abdul Razak Hussein semasa menjadi perdana menteri perlu mewajarkan rancangan pembelian 37 peratus pegangan dalam PT Eagle High Plantations Tbk.

Felda mengumumkan pembelian terancang dalam unit perladangan konglomerat Indonesia Rajawali Group selepas kegagalan Felda Global Ventures (FGV) untuk membeli pegangan saham yang sama.

FGV, syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dikritik oleh para pemegang sahamnya apabila bercadang untuk membeli 37 peratus kepentingan dalam PT Eagle High Plantations Tbk pada harga AS$680 juta.

Antara pengkritik tersebut adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah melupuskan semua sahamnya dalam FGV.

Felda, tidak seperti FGV, bukan syarikat tersenarai awam dan dimiliki oleh kerajaan. Felda memiliki pegangan sebanyak 21 peratus dalam FGV.

Nazir dalam satu catatan di Instagram berkata, Felda masih membayar premium walaupun tawaran AS$505 juta untuk mendapatkan pegangan 37 peratus (580 rupiah sesaham) AS$175 juta kurang daripada tawaran FGV.

"Harga purata Eagle High pada bulan November adalah 212 rupiah sesaham, maka ia adalah premium 173 peratus bagi kepentingan bukan kawalan.

"Saya berharap lembaga pengarah akan mewajarkan sepenuhnya pengambil alihan dan penilaian walaupun perjanjian itu bukan lagi dibuat oleh FGV," katanya.

Nazir turut berkongsi gambar arwah bapanya ketika menyampaikan ucapan kepada peneroka Felda di Kuala Terengganu pada 28 Mac 1966.

Senarai mangsa maut, cedera nahas bas ekspress Pagoh

Posted: 24 Dec 2016 06:12 AM PST

MALAYSIAKINI



Berikut ialah senarai 14 mangsa yang maut dalam kemalangan di kilometer 137.3, Lebuh Raya PLUS, arah ke utara berhampiran

kawasan R&R Pagoh awal pagi tadi.

Senarai disahkan Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob.

Mangsa yang maut adalah 12 warga tempatan (empat lelaki, lapan perempuan) dan dua wanita warga Singapura.

Senarai mangsa ialah :
1. Mohd Hisham Wahab (Malaysia)
2. Nor Saidatul Akmal Idris (Malaysia)
3. Norfazillah Abu Bakar (Malaysia)
4. Jasmine Kaur (Malaysia)
5. G. Palanivelan (Malaysia)

6. V. Renugah (Malaysia)
7. Nur Amira Izzaty Mohd Razip (Malaysia)
8. Abdullah Hadi Yusof (Malaysia)
9. Wong Koh Chan (Malaysia)
10. Zakeer Zubir (Malaysia)

11. Nur Natasya Zahara Zakeer (Malaysia)
12. Au Poi Kiew (Singapura)
13. Hamimah Mamo (Singapura)
14. Suriyah Abd Hamid (Malaysia)

Mangsa yang cedera dalam kemalangan bas ekspres tersebut pula ialah :

1. Muhammmad Hilmi (Singapura)
2. Mustafa Yasin (Singapura)
3. Govinda Raj (Singapura)
4. Mohd Syed (Singapura)
5. Alifah Mohd Said (Singapura)

6. Muhammad Fitri (Singapura)
7. Muhamad Juhaify Zakaria (Malaysia)
8. Muhammad Syafiq (Malaysia)
9. Mohamed Taufik (Malaysia)
10. Cyril Joseph ((Malaysia)

11. R. Nagadevan (Malaysia)
12. Kesavan (Malaysia)
13. Muhammad Abdullah (Malaysia)
14. Zaw Oo (Myanmar)
15. Ralza Uk (Myanmar)
16. Wanita (isteri pemandu)

ACP Azman berkata, kesemua mereka yang cedera dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).
Sehingga kini empat daripada 16 yang cedera telah dibenarkan keluar iaitu Muhamad Juhaify, Muhammad Syafiq, Mohamed Taufiq dan Ralza Uk, katanya kepada pemberita.- Bernama


Penduduk Sungai Besar malu ada pemimpin seperti Jamal

Posted: 24 Dec 2016 05:56 AM PST

 
Jamal didakwa memberi sogokan duit kepada remaja yang masih bersekolah untuk terlibat dalam himpunan Baju Merah, bulan lalu.


jamal-yunos


SUNGAI BESAR: Penduduk di Sungai Besar malu dengan sikap tidak matang ditunjukkan ketua Umno bahagian itu, Datuk Seri Jamal Yunos dengan mengadakan "protes tuala" dan mengeluarkan kenyataan seksis menyindir Datuk Siti Nurhaliza.

Penduduk tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Umi, 40, berkata tindakan Jamal bertuala ke pejabat kerajaan negeri Selangor bagi membantah gangguan bekalan air di Lembah Klang sejak Isnin lalu dan menyindir kesuburan Siti tidak sepatutnya berlaku.

"Kalau orang ada akal, dia tidak akan buat macam itu. Soal kesuburan itu satu ketentuan daripada Allah. Tidak ada zuriat, itu bukan kerja manusia.

"Jadi, tindakan Jamal itu tidak patut. Pada pandangan saya, ramai orang Sungai Besar ini marah dan malu ada pemimpin seperti Jamal," katanya ketika ditemui FMT di pekan Sungai Besar hari ini.

Rabu lalu, Jamal berjalan ke bangunan setiausaha kerajaan Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan bekalan air besar-besaran sejak Isnin lalu di sekitar Lembah Klang, yang dikritik orang ramai.

Siti adalah antara mereka yang mengkritik "protes tuala" Jamal. Penyanyi popular itu memuat naik gambar Jamal muncul di pintu pagar utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan air ke Instagramnya.

Jamal kemudiannya membalas kritikan Siti dengan kenyataan seksis menyindir penyanyi itu masih belum menimang cahaya mata.

"Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain," tulis Jamal menerusi pesanan WhatsApp, semalam, yang dikecam orang ramai termasuk pengguna Facebook.

Umi berkata, Umno tidaklah teruk, sebaliknya tindakan sesetengah pemimpinnya yang merosakkan parti Melayu itu.

Katanya, beliau tidak menyokong Jamal, tetapi akan menyokong wakil rakyat Barisan Nasional di Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi pada pilihan raya umum akan datang.

"Budiman lebih baik daripada Jamal. Kita sokong Budiman sebab dia bagus dan membantu rakyat di sini.

Tetapi Jamal tidak. Kita bukan melihat kepada parti itu tetapi sikap ditonjolkan pemimpin itu. Jika baik kita sokong, kalau tidak kita tidak sokong," katanya.

Seorang lagi penduduk tempatan, Zakwan Arif, 22, mendakwa kebanyakan penyokong Jamal terdiri daripada remaja yang masih bersekolah kerana wang.

"Kebanyakan yang sokong Jamal ini budak yang belum habis sekolah. Apabila ditanya kenapa sokong, mereka jawab sebab duit.

"Memang betul, duit itu dapat menarik minat budak sekolah terutamanya, tetapi tidak baik libatkan mereka terutama dengan mengajak mereka terlibat dalam himpunan Baju Merah pada 19 November lalu."

Beliau berkata, pemimpin setempat sepatutnya memikirkan cara memajukan belia di Sungai Besar melalui penganjuran aktiviti berfaedah.

"Zaman sekarang ini tidak seperti dulu. Masa dulu, kalau program parti kita ikut, sebab bagus. Sekarang tidak ada program seperti dulu.

"Misalnya dulu, kebanyakan program seperti sukan semua belia akan sertai, tidak kira parti. Namun, kini tidak ada lagi. Mereka lebih suka membawa belia ke himpunan jalanan," dakwanya.

Ananthan Narayeanan, 69, bagaimanapun mempertahankan Jamal dengan berkata beliau tidak bersalah.

"Saya sudah 69 tahun duduk di sini dan penyokong BN. Saya rasa Jamal itu seorang pemimpin berani. Dia juga banyak beri bantuan kepada penduduk sini. Misalnya, sebelum ini beri burger percuma.

"Itu bukan duit kerajaan, itu (duit) dia. Pada pandangan saya, sikap dia itu kita tidak boleh kata salah. Itu sifat dia. Yang penting bantuan kepada rakyat sentiasa diberikan. Sikap dia itu kita tolak ke tepi," katanya.

Selepas hotel ditutup, Jamal bantu polis serbu pusat judi

Posted: 23 Dec 2016 04:27 PM PST

 
Ketua gerakan Baju Merah menekan Majlis Daerah Sabak Bernam supaya bertindak ke atas semua perniagaan haram


jamal_judi


PETALING JAYA: Ketua gerakan Baju Merah Datuk Jamal Yunos menekan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) supaya bertindak ke atas semua perniagaan tanpa lesen.

Sehari selepas hotel miliknya ditutup MDSB kerana beroperasi tanpa lesen, beliau bersama penyokongnya "menyerbu" sebuah pusat judi di Sekinchan yang didakwa beroperasi secara haram.

Jamal memberitahu Utusan terdapat 5 premis judi di Sekinchan dan 4 lagi di Sabak Bernam.

Jamal memberitahu NST Online polis bertindak atas aduan mereka dan menyerbu premis itu pada 7.00 malam semalam.

"Kami juga membuat aduan kepada MDSB tetapi tiada tindakan.

"Saya harap pihak majlis berlaku adil dengan mengambil tindakan terhadap semua perniagaan yang beroperasi secara haram, selepas mereka menutup hotel saya."

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa mengesahkan serbuan ke atas pusat hiburan keluarga itu.

Menurut beliau, premis berkenaan menyalahi lesen kerana menjalankan kegiatan judi haram. Polis berjaya merampas 48 mesin dalam operasi itu.

Azmi berkata polis akan menyiasat dakwaan Jamal mengenai pusat judi haram lain di Sabak Bernam.
 
Menurut beliau, pihak berkuasa tempatan hanya memberi lesen kepada 5 pusat hiburan keluarga di daerah itu.

Pusat kesuburan desak Jamal minta maaf pada Siti Nurhaliza

Posted: 23 Dec 2016 04:22 PM PST

 
TMC Fertility Centre berkata sindiran Jamal memberi kesan mendalam terhadap pasangan yang gagal mendapatkan anak dan ada antaranya mengalami masalah rumah tangga kerana masalah ini.


Jamal-Yunos_Siti-Nurhaliza_tmc_600



PETALING JAYA: Pusat perubatan yang memberi bantuan rawatan kepada pasangan tidak dikurniakan zuriat terkejut dengan kenyataan Datuk Jamal Yunos mempersendakan penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza yang masih belum berjaya hamil.

TMC Fertility Centre, perintis rawatan kesuburan di Malaysia berkata kata-kata sinis dibuat ketua Baju Merah itu satu penghinaan terhadap lelaki dan wanita yang berusaha keras untuk menjadi ibu dan bapa.

Katanya, ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu perlu memohon maaf bukan saja kepada Siti tetapi juga semua wanita yang terpaksa berdepan kesakitan mental dan emosi kerana gagal hamil.

"Sudah jelas, kehendak untuk mempunyai keluarga ialah naluri utama yang tidak mudah ditahan, dan wanita berdepan masalah sukar hamil tidak patut disalahkan kerana gagal melahirkan anak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengurus komunikasinya, Chan Li Jin berkata sindiran Jamal memberi kesan mendalam terhadap pasangan yang berkali-kali gagal mendapatkan anak dan ada pasangan mengalami keretakan rumah tangga kerana masalah ini.

"Di TMC Fertility Centre, kami tahu sangat kesakitan mental dan emosi yang ditanggung pasangan seperti itu ketika cuba untuk hamil.

"Meskipun rawatan kesuburan tidak mengancam nyawa, pesakit kadangkala beritahu kami sebahagian diri mereka 'mati' setiap kali haid datang, bermakna mereka gagal lagi untuk mendapatkan bayi," katanya.

Selepas kiriman laman sosial Siti yang dilihat mengkritik Jamal kerana melakukan "protes tuala" di Shah Alam, pemimpin Umno itu mengirim kenyataan seksis menyindir penyanyi itu kerana masih tidak menimang cahaya mata.

"Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain," tulis Jamal dalam kiriman Whatsapp, hari ini.

Sebelum itu, Siti memuat naik gambar di laman Instagram mengenai tindakan Jamal yang hadir ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan air.

"Jangan jadi macam Jamal ye.. #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa #Repost @yasinsulaiman

"Jamal dah 4 hari tak mandi. Minta jasa baik MB tumpang mandi kat opis SUK #lol," tulis Siti.

Siti, 37, yang berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Khalid Mohamad Jiwa sebelum ini pernah berkongsi kesedihannya kerana masih gagal untuk mengandung.

Tahun lalu, beliau mendedahkan mengalami keguguran.

"Allah pinjamkan anugerah ini untuk saya hanya sementara," tulis penyanyi yang banyak menerima anugerah itu di Instagram.

TMC berkata masalah kesuburan juga boleh berpunca daripada lelaki, bukan saja wanita.

"Ia masalah yang perlu dihadapi pasangan secara bersama-sama dan sokongan emosional sangat penting.
"Jamal perlu meminta maaf kepada Siti dan semua wanita kerana komennya yang menghina itu dan memandang remeh perkara yang dia sendiri tidak faham," katanya.

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT