Nuffnang

Pengikut

Blog-list Malaysia

sumber :-

Blog-list Malaysia


Dr M Ulas Pembatalan Undangannya Ke Istiadat Agong

Posted: 07 Dec 2016 09:45 PM PST



Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan menerima surat pembatalan undangan ke istiadat menandatangani sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 13 Disember depan.

Beliau juga mendedahkan telah memberikan komitmen untuk hadir acara itu sebelum surat pembatalannya kelmarin.

"Saya jawab bahawa saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik," katanya.

Semalam, surat daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja kepada Mahathir yang membatalkan undangan itu tersebar meluas di Internet.

Ia menjelaskan pembatalan itu bagi "mengelak kesipuan (embarrassment)" kerana tiada kerusi untuk Mahathir disediakan pada acara itu.

Menulis di blognya hari ini, Mahathir mendedahkan beliau menerima undangan untuk hadir pada 10 November lalu.

Mengulas reaksi terhadap pembatalan undangan itu pula, Mahathir berkata:

"Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti," katanya.

"Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti BN."

Pegawai Istana Negara yang dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai surat berkenaan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pula tidak dapat memberikan maklumat lanjut kerana pegawai yang bertugas tiada ketika dihubungi lewat petang semalam.



BERSATU Sah Sertai Pakatan Harapan

Posted: 07 Dec 2016 05:55 PM PST



BERSATU amat berhasrat menyertai Pakatan Harapan bagi membentuk satu barisan pembangkang yang kuat untuk menentang BN pada PRU14.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, impian Bersatu untuk menjadi salah satu parti komponen dalam Pakatan Harapan boleh menjadi kenyataan dalam konvensyen Pakatan Harapan yang akan diadakan pada 13 Disember ini.

"Selain Bersatu, Pakatan Harapan juga jangan meminggirkan Pas supaya pakatan pembangkang benar-benar dapat bersatu padu untuk hadapi PRU14," kata Muhyiddin seperti dilaporkan dalam Sin Chew Jit Poh.

Menurut Muhyiddin, beliau telah berbincang dengan pucuk pimpinan Pas sebelum ini dan masih terdapat beberapa masalah yang belum diselesaikan.

"Buat masa ini, Pakatan Harapan tidak berbincang siapa akan menjadi perdana menteri sekiranya diberi mandat menjadi kerajaan. Sebaliknya, yang lebih diutamakan ialah siapakah perdana menteri yang diinginkan oleh rakyat.

"Sekarang ramai orang tak mahu Najib menjadi perdana menteri, tetapi kalau semua orang tidak berani bertindak dan masih bersikap tunggu dan lihat, Najib akhirnya tetap akan terus menjadi perdana menteri," kata bekas timbalan perdana menteri itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menegaskan, Pakatan Harapan dijangka mengumumkan secara rasmi kemasukan Bersatu ke dalam pakatan pembangkang itu sebaik sahaja selesainya konvensyen Pakatan Harapan.

Menurut Salahuddin, sekiranya Pakatan Harapan dipilih menjadi kerajaan, calon pilihan utama mereka untuk menjadi perdana menteri ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

"Bagaimanapun, sekiranya Anwar masih dipenjara, Amanah akan mencadangkan Muhyiddin menjadi 'perdana menteri sementara'," katanya.

 

Mahathir Dimalukan Jemputan Majlis Agong Dibatalkan

Posted: 07 Dec 2016 04:03 AM PST

Jemputan Dr M ke majlis agong dibatal, kerusi tak disedia



Undangan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad ke istiadat menandatangani surat sumpah Yang di-Pertuan Agong dan timbalan baginda pada 13 Disember ini dibatalkan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dikatakan memaklumkan perkara itu kepada Mahathir melalui surat bertarikh 5 Disember (kelmarin).

Ia juga dikatakan bagi "mengelak kesipuan (embarrassment)" kerana tiada kerusi untuk Mahathir disediakan dalam istiadat itu.

Ia dialamatkan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana yang diasaskan Mahathir di Putrajaya.

Seorang pegawai Mahathir ketika dihubungiMalaysiakini mengesahkan menerima surat itu.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bagi mendapatkan pengesahan dan penjelasan mereka.

Kandungan surat itu dikatakan mendoakan Mahathir berada dalam keadaan baik dan sihat serta turut memohon maaf kepada beliau.

Sementara itu, surat sama turut beredar di media sosial dan kumpulan-kumpulan WhatsApp.

Antara yang turut memuat naik surat itu termasuk wartawan veteran Jahabar Sadiq dan anak perempuan Mahahir, Marina.

"Siapa sebenarnya akan tersipu-sipu nanti?" tulis Marina bersama gambar surat itu.


Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT