Khamis, 15 Disember 2016

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


PAS Keliru: Giliran Mahfuz Hentam PAS

Posted: 15 Dec 2016 01:18 AM PST



ALOR SETAR - Bukan Pas yang keliru, sebaliknya parti pembangkang yang masih keliru dengan pendirian yang dinyatakan Pas sebelum ini.

Demikian tegas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berhubung pendirian Pas yang masih lagi belum memutuskan sama ada akan bersama Pakatan Harapan atau bekerjasama dengan BN.

"Parti pembangkang masih harap Pas bersama mereka, sebenarnya Pakatan Harapan dan Bersatu keliru. Pas tidak keliru, kenyataan Pas amat jelas ketika menyatakan syarat dan pendirian parti itu," katanya.

Menurutnya, jika pendirian Pas itu difahami secara tersurat, amat jelas Pas tidak bersedia menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak.

"Pemikiran pimpinan parti jelas belum bersedia bersama rakan-rakan dalam parti pembangkang, tidak perlulah membuang masa meminang atau memujuk Pas.Apabila Pas letak syarat sebegitu, bermakna mereka menolak secara baik," katanya.

Mahfuz berkata, jika Pas berminat sudah pasti diadakan rundingan terlebih dahulu sebelum letak syarat sebagai panduan.

Menurutnya, Pas hanya mempunyai dua pilihan sama ada kembali kepada gabungan pembangkang atau mewujudkan kerjasama politik dengan BN untuk menghadapi PRU14.

"Tidak semestinya Pas sertai BN, cuma perlu ada kerjasama elak pertembungan antara Pas dan BN. Jika berlaku pertembungan tiga penjuru, Umno akan merebut undi Pas, dan Pas juga akan rebut undi Umno, ia tidak beri keuntungan kepada kedua-dua parti," katanya.

Sebaliknya, katanya, sekiranya Pas-Umno seiring, mereka akan dapat gabungkan kekuatan undi itu.

"Itu antara yang perlu difikirkan oleh Pas. Ini kerana mereka yang lari dari Umno sokong Bersatu, yang lari dari Pas pula sokong Amanah, di mana mereka akan menyokong gabungan pembangkang," katanya.

Mengulas sama ada Pas sengaja guna taktik membuat keputusan di saat akhir, katanya, tidak mustahil Pas masih bergelut untuk meneutralkan ahli parti itu yang agak tegar menolak Umno.

"Mungkin sekarang dalam proses ubah minda ahli yang sebelum ini terikat pada amanat Presiden, Datuk Seri Abd Hadi Awang, supaya dapat menerima Umno untuk elak masalah menjelang PRU14," katanya.

Bagaimana pun, katanya, sekiranya masalah dalaman itu masih tidak dapat diselesaikan, PRU14 akan menyaksikan pertembungan antara Pas-gabungan pembangkang-BN.

"Gabungan pembangkang tanpa Pas dilihat lebih kuat untuk menang jika berlakunya pertembungan tiga penjuru," katanya.

Tunku Abdul Aziz Gelar Pengerusi TV3 ‘Penipu Besar’

Posted: 14 Dec 2016 04:27 PM PST



BERIKUT merupakan dakwaan yang dibuat oleh Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim seperti yang diterbitkan di dalam portal berita Malaysia Outlook.

Kenyataan tersebut dikeluarkan pada Selasa, 13 Disember dan menyentuh pergolakan dalaman di dalam Media Prima yang pada pendapatnya berpunca daripada pengerusinya, Dato Seri FD Iskandar.

Tunku Abdul Aziz juga menyifatkan FD Iskandar sebagai seorang 'penipu besar' yang telah bertanggungjawab memburukkan reputasinya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, serta menuntut permohonan maaf terbuka.

Kenyataan tersebut adalah seperti di bawah:

Pengerusi Media Prima, Dato Seri FD Iskandar telah menggunakan saya sebagai alasan untuk membuang Dato Seri Ashraf Abdullah, editor kumpulan pengarang Media Prima Berhad.

Lebih teruk lagi, beliau telah memberitahu perkara-perkara tidak benar dan sengaja memperdaya Perdana Menteri pada pagi 28 Nov. lalu, dengan mengatakan bahawa saya telah muncul di TV3 selama 12 malam berturut-turut dan ini mengakibatkan rating TV3 mengalami penurunan dramatik.

Tuduhan melulu ini hanya akan menjadi satu bentuk kemuncak kedunguan, jika tiada bukti yang boleh disahkan oleh badan bertauliah atau badan profesional agensi penarafan televisyen, untuk menyifatkan penampilan saya di TV3 telah menjadi punca populariti Buletin Utama TV3 jatuh mendadak.

Penjelasan tersebut terlalu simplistik, saya rasa tersanjung.

Beri saya peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Pada bulan Oktober dan November, saya hanya tampil di dalam Buletin Utama pada tarikh 18 Okt., 11 dan 14 Nov., hanya tiga kali dan bukan 12 seperti yang beliau bohongkan kepada PM.

Dato Seri Ashraf Abdullah merupakan seorang yang amat profesional, disanjung tinggi dan peka terhadap media massa.

Ianya pasti mengejutkan jika beliau membenarkan pengeluaran kenyataan media sebanyak lebih tiga kali sebulan daripada seseorang seperti saya uang tidak memegang sebarang jawatan sama ada di dalam kerajaan atau dunia politik.

Saya merupakan seorang aktivis sosial yang berpegang teguh kepada kepercayaan terhadap undang-undang dan peraturan.

Secara ringkasnya, Dato Seri Ashraf Abdullah merupakan seseorang yang tahu tanggungjawabnya.

Saya menuntut permohonan maaf terbuka daripada Dato Seri FD Iskandar oleh kerana beliau telah menyalahgunakan nama saya sekaligus mengelirukan PM, di samping agenda peribadinya terhadap Dato Seri Ashraf Abdullah.

Saya telah terlibat di dalam kemelut ini kerana beliau telah mengheret saya ke dalam apa yang dilihat sebagai rancangan kotornya untuk menyingkirkan editor kumpulan pengarangya yang berfikiran terbuka dengan secara terang-terangan menceritakan yang tidak benar kepada PM.

Saya berikan Dato Seri FD Iskandar tempoh hanya satu minggu daripada tarikh penerbitan surat ini di dalam portal berita Malaysia Outlook untuk membuat permohonan maaf terbuka kepada saya, dan kegagalan untuk melakukan demikian akan dikenakan tindakan undang-undang bagi melindungi nama dan reputasi saya.

Kita tidak mahu mempunyai penipu besar sebagai pengerusi di Media Prima, yang merupakan sebuah organisasi komunikasi penting yang sepatutnya dipimpin oleh seseorang yang mempunyai nilai integriti tertinggi.

Keyakinan orang ramai tidak boleh dibiarkan terjejas akibat apa yang berlaku.

Jika pengerusi boleh mengelirukan PM dengan perkara yang tidak benar, bayangkan apa yang dia tidak akan lakukan untuk kita semua, ahli-ahli biasa dalam masyarakat.

Saya kasihan kepada Dato Ashraf, seorang profesional berhati murni,kerana terpaksa bekerja di bawah seorang pendusta.

Yang lebih mendukacitakan adalah beliau terpaksa bersabar dengan seseorang yang mahu kawalan editorial secara total walaupun ia di luar bidang kuasa beliau.

Seperti yang kita semua tahu, oleh amalan, konvensyen dan tradisi, pengerusi tidak mempunyai suara dalam operasi editorial.

Dalam kes beliau, beliau hanyalah seorang pengerusi, bukan eksekutif.

Hanya Ketua Editor mempunyai kawalan lengkap dalam bilik berita.

Secara jujur saya berharap seseorang akan mendedahkan sebab sebenar mengapa Dato Seri FD Iskandar begitu berminat untuk mempunyai kawalan mutlak ke atas ruangan berita di TV3.

Adakah kepentingan politik atau perniagaan yang menjadikan beliau begitu bersungguh-sungguh mencapai matlamatnya?

Saya difahamkan bahawa beliau tidak begitu gembira apabila Tan Sri Muhyiddin telah diserang beberapa kali di TV3, terutamanya kenyataan media saya pada NCC2 yang menjadi pencetus bagi kumpulan pembangkang kepimpinan PM untuk menubuhkan mekanisme pembuat undang-undang luar-Parlimen.

Beliau dipercayai sedang berusaha untuk PM melantik beliau ketua "Boffin Boys" – kumpulan strategis yang bekerja keras untuk melindungi PM daripada pembohongan oleh media dalam dan luar negara.

Jika dia berjaya meyakinkan PM, maka saya hanya boleh berharap kedua-dua mereka yang terbaik.

- mynewshub.cc


Tiada ulasan: